Aigooo.... tutup lagi ^_^

Salam 13 Muharam kawan-kawan!

Hari ni takda cerita kompang yerk sebab malas nak belek gambar yang ada.... Nanti-nantilah kita sambung...
 
Pagi tadi I hantar Bubbly Abang ke sekolah macam biasa. Dah seminggu rutin menghantar anak ke sekolah  tergendala dek jerebu. Jumaat lepas I tetiba bertukar jadi gurubesar sekolah, makanya I sukahati ajelah mencutikan my son dek kerana bacaan IPU dalam rumah I macam kabur jerk ^_^

Malam semalam sebelum tidur, Bubbly Abang dah berpesan pagi ni nak pergi sekolah awal sikit sebab ada perhimpunan. Tak mainlah sampai sekolah pukul 6.56, 6.58 pagi macam selalu. Kalau boleh, dia nak jadi orang pertama yang buka lampu dalam kelasnya!

I pun katalah kalau lepas buka lampu tetiba hantu kata 'Hiiiii...! Welcome back to school!!!!' macamana? 

Teruslah terdiam.

Keh3x. Mommy Bubbly Abang ni memang tau, suka sakat anak. Apa-apa pun legalah sikit tak payah hantar anak seawal 5 pagi dah dia sendiri takut dengan hantu. Hahaha!

Pagi tadi lepas bersiap, I check jugalah kotnya hari ni pun sekolah cuti lagi. Maklumlah jerebu tak mengenal penat nak menjelma. Walaupun hujung minggu yang baru ni nampak elok sikit cuaca, tak menjanjikan hari ni pun cuaca elok jugakan. Jerebu datang bukan beri salam ^_^ Bila confirmed memang sekolah macam biasa, I pun teruslah kejutkan anak bujang suruh bangun mandi dan bersiap!
 
So, ni kiranya pagi tadi punya ceritalah. Fresh dalam kepala sebab itulah kisah-kisah lain kena postpone dulu tunggu giliran nak masuk blog ~_^ 

Dek kerana kasihankan anak I pun keluarlah awal dari rumah, 6.32 pagi dah keluar.  Pukul 6.40 pagi macam tu dah sampai di sekolah Bubbly Abang. Tapi dari kejauhan I tengok kawasan sekolah lengang aje. Kata Bubbly Abang memanglah macam tu; kawannya kata kalau pergi awal pagi, memang tak banyak kenderaan kat kawasan sekolah! Malaslah I nak mengiakan kata-katanya!

Sampai di depan pintu pagar, tak nampak pun budak sekolah. Adalah satu, dua dok tepi tembok berhampiran pondok pak guard. Entah tak tahu tunggu apa! I pun suruh Bubbly Abang keluar dan tanya pada pak guard sekolah ke tidak.

Pak Guard kata....

Hari ni tak sekolah! Cikgu takda beritahu ke? Cikgu pergi 'melancong'!

Sumber dari pakcik google
Aih.... biar benar ni, Abang! Sejak bila pulak cikgu nak pergi melancong, sekolah kena tutup ni!

Sebab I malas nak keluar bertanya lebih lanjut, I pun terus patah balik! 

Kata Abang esok sekolah macam biasa. Salahnya juga sebab tak ke sekolah Jumaat lepas. Sebab itulah dia tak tahu hari ni tak payah datang sekolah! Entahlah, malas I nak tanya lebih lanjut. Asal kata tak sekolah, jomlah kita balik!

Sebelum sampai rumah, singgah beli sarapan dulu. Dah disediakan bekal, dia tetap juga nak makan nasi lemak kosong (takda telur rebus, timun, kacang mahu pun ikan bilis) dan sambal tumis jerk. Sempat lagi jeling manja kat Mommy tanya kotnya kalau boleh tambah ayam goreng  saiz 'kecil' jerk ^_^ 

Sampai di rumah  terserempak dengan one of my neighbours. Dia pun terpinga-pinga nampak kami. I pun beritahulah hari ni my anak tak sekolah lagi. My Chinese neighbour ni ada mengasuh anak orang dan salah seorang budak yang dijaganya tu sama sekolah dengan Bubbly Abang. Mereka berdua aje kat kawasan rumah I tu yang sama sekolah sebenarnya!

Ya lor, hari ni takda sekolah! Semalam mereka ada dinner!

Oh, gitu pulak! Ada makan besar rupanya semalam di sekolah si Bubbly Abang ni.... 

I ni sebab anak di sekolah Cina, makanya aktiviti sekolah Cina ni I memang tak ambil tau. Setakat yang melibatkan pelajaran anak aje yang diambil berat. Lain-lain memang taklah. Kalau ada jamuan ke apa, memang I tak kisah ambil tau pun... Hebat kan!

Makanya hari ni tak dapatlah nak cuci kereta sebab bila anak tak sekolah, I sampai lambat ke pejabat. I ni memang cuci kereta awal pagi Isnin sekarang ni sejak dah tau ada car wash berdekatan yang buka 24 jam ^_^

Kejap lagi kalau sempat kita up entri lain yerk. Kalau tidak esok-esok ajelah kita sambung berbual. Blogwalking masih tersangkut-sangkut lagi ni. Semput nafas nak terjah semua. Tapi jangan bimbang, sooner or later, I tetap datang bawa bom komen yerk ^_^

 



 


Comments

  1. sat, nak busy body...kalau tak sekolah, then siapa jaga Abang kat rumah? ke dia jaga diri sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. good question...i also want to know
      sape...sape...antu yang cakap hai tadi ke? hehe

      Delete
    2. Aha...cuba teka siapa! Kalau tak pun tak payah susah-susah teka. Nanti akak hire pembantu untuk tolong jawab soalan ni.

      YY, sila jawab ^_^

      Delete
    3. You wanna know eh.... you have plenty of time, why don't you just think! Kah3x....

      Hantu tu jaga budak-budak kat sekolah jerk. Kat rumah bini tarzanlah yang jaga!

      Delete
  2. Betul juga tak pernah pulak dengar sekolah tutup dek kerana cikgu melancung hihi..
    Macam-macamlah sekolah abg ni. Dah jerebu teruk tu yg cikgu-cikgu keluar negara cari fresh air utk melegakan pernafasan yg asyik tersekat aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak guard dapat wrong information kak zakie
      hehe...memandai aje

      dah empunya blog senyap aje
      biar saya jawab ye =)

      Delete
    2. Tolong! Tolong! Help me! Help me! Gulp!

      Ni blog sapa nih.....

      Kakzakie, jap eh bagi saya bernafas guna paru-paru balik! Saya tengah terkesima ni, kak. Ada orang hack blog saya ler.... Huwhaaaaaaaa!

      (Sit properly, sit properly, MD! Behave yourself please.....!)

      Kak, saya tak keluar dari kereta sebab malas nak buka seatbelt. Saya tanya banyak kali kat si Bubbly Abang, dia tetap kata guard cakap cikgu melancong!

      Saya suspek cikgu depa ni melencung kot. Maklumlah baru jerebukan, silap jalan ler tu!

      Delete
    3. Excuse me! Excuse me! Penjawab komen di atas nun....'Do I know you???'

      Kata banyak kerja! Bila takda kerja aje dia mulalah start meroyan sorang-sorang kat pejabat. Nape meroyan teruk betul, YY? Takut hantu kacau kat office eh...... @_@

      Delete
  3. utglah cuti . apalah agaknya si abang buat kat rumah tu ... heheheee ... dah lama x jenguk sini . nanti2 klu ada masa panjang , kita kasi habis entry yg tertinggal . erkkk , mcm byk je kan ... heh heh ... eh , apasal lak dah tukar oren lak umah ni . si hinom pun dah tukar cat umah juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. main lego agaknya...dah katanya dia suka main lego
      nampak saya i tak glamour tau...
      diorang bedua aje yang vee nampak dah tukar cat
      ni yang ak majuk ni

      Delete
    2. Buat apa lagi, Vee... dah tentu-tentu lepas tab, handphone. Lepas handphone, laptop. Lepas laptop, diviruskan komputer kat rumah tu pulak. Itu ajelah kerjanya... Tapi sekarang ni dah pandai WA tau. Nanti-nanti adalah tu dia WA saya pulak!

      Takdalah banyak mana kalau nak tinggalkan bom komen. I is okey sbnrnya bab-bab kena bom ni; kebal gila ^_^

      Kita pun dah lama tak ke sana, Vee. Maklumlah lama kena sawan pengantin katanya ~_^ Ni baru baik!

      Delete
    3. Tak payahlah nak majuks-majuks, YY. Awak tu katanya dah macam acara tahunan tukar template. Macam kita orang ni, acara semi tahun tau! So, tak hairanlah orang perasan. Lagipun jiran sebelah rumah tu memang pantang nak ngendeng aje kerjanya!

      Err...jiran tak sampai lagi ni! Buat dia nampak komen ni, kecil pulak hati nyamuk! Susah nak pujuk nanti @_@

      Delete
  4. rajin lagi MD berblog... akakni dah tak berapa nak laju lagi..
    nak singgah gak blog kawan2 tapi malasler pulak juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe akak...take ur time
      tapi akak ni sape ye...kita kenal tak?
      cam tak kenalkan...saya besan dia yang ke 28...hehe

      Delete
    2. Masih rajin lagi, Cho. Maklumlah kerja pun macam tak kerja aje kekdahnya. Cho apa khabar? Lama sungguh tak berborak dengan Cho di alam maya nih!

      Delete
    3. Weyh, weyh! Ni tetamu rumah kitalah! Yang awak tu besan, bila nak balik rumah sendiri? Nah, pi bawa anak dara awak balik rumah, ajar masak okey! Pengsan anak kita nanti tak makan kalau menantu asyik nak masak FM jerk kerjanya!

      Dah, dah, habis dah Neslo kat rumah saya! Datang balik bila saya beli stok nanti eh!

      Delete
  5. eeh.. ehh.. tak komen lagi..
    gitu ceritanyer yer MD...
    boleh buat cuti sendiri gak sekolahnyer yer...
    tak periksa atau dah periksa ker..
    anak2 akak tengah examlertu..
    pagi petang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh samalah anak kita pun kak
      exam juga ni...patut minggu lepas

      uishh tak apa nak komen banyak kali pun...
      tuan rumah ni tak de gamaknya...senyap aje
      kita buat cam rumah sendiri aje...
      air tambah kak...eh lupa...tuan rumah takde
      akak datang besok ye kak...nanti tuan rumah hidang coke kegemaran dia

      Delete
    2. Entahlah Cho, saya pun tak tahu sebenar-benarnya mengapa mereka dicutikan. Malas nak tanya. Maklumlah sekolah Cina kalau buat aktiviti makan-makan ni memanglah takda selera nak join sekali ^_^

      Exam dah habis, itu yang agaknya cikgu tak tahu dah nak buat apa dengan anak-anak murid! Agak sayalah sebagai emak salah seorang murid yang tak tahu dah nak buat apa! Hahaha!

      Delete
    3. Anak kita dah lama habis exam. Maklumlah sekolah cemerlang. Takkan besan tak tahukan, kan, kan!

      Ish, tuan rumah memang tak kisah pun kalau kawan-kawan (terutama besan-besan) nak berkampung tak mahu balik kat rumah kita! I is okey! Takdanya pura-pura nak menyapu di laman rumah dengan penyapu lidi dengan harapan tetamu fahamlah kita nak suruh dia balik! Hahaha!

      Takpalah YY. Awak jerang air kat dapur lepas tu buatlah air apa patut kat tetamu tuan rumah yerk. Tuan rumah sibuk berdandan ni....

      Kalau hari ni datang menolong lagi, saya ingat nak sediakan sekawah air gulalah. Senang nak buat air sedap nanti. Tak pun kalau tak sempat, saya beli ajelah sekarton Coke kat NSK. Okeylahkan agaknya...

      Delete
  6. cuti makan besar ke cuti melancong ni..yg mana satu..konpius dah.hahaha..sukalah bubbly abg sambung cuti lg..tak sempat la hantu nak say hi kt dia.muahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah...tak paham pun buat paham ajelah...hehe
      mestilah suka si bubbly abang...kalau saya pun sonok juga
      eh you ni besan lagi satu kan...terjumpa plak kita ye
      nasib tuan rumah takde...idak nak jeling tajam kat dia...hehe

      Delete
    2. Entahlah, saya pun konpius sebenarnya! Tapi untuk tidak memanjang kekonpiusan itu, saya malas nak tanya banyak. Yang penting hantar anak balik sebab dapat cuti sehari lagi. Kotnya saya aje emak yang suka anak dapat cuti sekolah panjang gini gaya jerk!

      Hari ni malas nak pergi awal. Keluar rumah macam biasa pukul 6.40 gitu... Sekolah pun dah terang. Takdalah dapat beramah mesra dengan hantu!

      Delete
    3. Kat sini kan apa pun orang cerita, kena iyakan aje. Sebabnya tuan rumah ni hati tisu. Kalau silap langkah, nanti tuan rumah merajuk. Susahlah nanti nak dapat minum Neslo free bertong-tongkan!

      Eh, sama aje kita ni! Anak dapat cuti, kita yang 'yeah' happy ^_^

      Yalah tu! Itu besan atas sikit, no. 27! Dia dah masukkan nama Cik Pia dalam senarai lagi awal dari Cik Puan YY punya anak perempuan! Kalau nak tahu ler......

      Eh, berkenalan dan bersangka baiklah ya! Jangan gaduh-gaduh sampai tarik tudung berebutkan kumbang separa import pulak yerk!

      Delete
  7. sampai habis semua tetamu u i layan
    neslo ais i langsung tak sampai
    cam sengaja nak halau kita tau! yelah2...i baliklah!
    sampaikan salam peluk cium pada adik cute ye...hehe
    sempat lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah sebab mengangkat diri sendiri jadi pengganti tuan rumah. Lain kali buatlah lagi. Maklumlah rumah besan ajekan.... apa ada hal!

      Tetiba aje tau kita terasa-rasa macam nak buat perkara yang sama juga di rumah besan-besan! Jangan nanti ada yang takut pulak nak approve komen. Kita hantar squad kebaboom kang!

      Eh, mana boleh peluk cium! Salam jerk I sampaikan tau! Peluk cium tu kalau si Aisyah I benarkan ler... Opppsss.....!!!

      Delete
  8. assalamualaikum MD, kaknoor tk tau pulak abang bubbly sekolah china, best jugak tu bila dh pandai ckp China nnt MD tunggu je dia berckp bahasa China bila dia time naik angin haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam KakNoor!

      Dah di Tahun 3 Bubbly Abang ni, KakNoor. Memang mission impossible MommyDaddynya supaya dia boleh bercakap banyak bahasa! Sekarang ni pun bukan main ramah alahai dengan jiran sebelah rumah saya. Dengan Aunty Jenny tu aje dia boleh bercakap Cina. Itu yang bangga sangatlah alahai!

      Delete
  9. hai! jerebu2 pun cikgu sempat pergi melancong... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suspek cikgu-cikgu pergi melencong ni, Bunda ^_^

      Delete
  10. Amboi..saya baca komen2 ni rasa macam MD dan upah Guard untuk jawab koemn ni..hahah...Tabik dengan YY ni..blogger paling mesra..saya rasa nak buat award la kalau macam ni..buat segmen award..
    Ada cadangan tak MD apa anugerah kita kita nak bagi kat blogger..Blogger paling mesra..Blogger kaki komen, blogger apa lagi entah..hehehe..

    Eh..entah apa saya nak komen pasal entry tadi..lupa dah..ni semua salah YY..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum sempat buka mulut nak upah, dia dah terkinja-kinja nak menolong, Diana! Nak buat macamana. Dia ugut saya nak keluarkan anaknya dari senarai menantu saya. Terpaksalahkan benarkan.... Sebenarnya semalam dia ketakutan hantu di pejabat, itu yang dia meroyan kat blog saya supaya hantu takut nak kacau dia. Hahaha....

      Betul tu. Saya rasa saya pun banyak tau geng blogger kaki komen, kaki mesra alam, kaki menghabiskan minuman di rumah dan macam-macam lagi. Kah3x!

      Ahah...itulah pasalkan! Penat membaca lepas tu terus tak tahu nak komen apa! Terimakasihlah pada pembantu aka bakal besan No.28 saya nih ~_^

      Delete
  11. meriahnyer komen2., wak tenok je dari jauhh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... Wak baca komen aje eh?

      Aiyok, tak tahu! Dah kena tangkap!!!

      Delete
  12. Jap jap...nak tanya cek sekolah ke tidak tu kat mana? Kat WA mak ke? Hihi...

    Tulah pandai pandai lagj bagi anak cuti agong kan dah terkena sekali lagi haha....

    Eh lama tak dengar cite makwe abang....sapa ke namnya tah lupa mak....Tak sekelas lagi ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr....errr.... errrr..... selalunyalah WA jiran sebelah ^_^ Tapi pagi tu betul-betul check yang KPM punya, Mak ^_^ Takda pemberitahuan pun macam selalu makanya sekolahlahkan!

      Eh, mood jadi gurubesar menjelma... nak buat macamana! Kenalah ikutkan aje kata mood tu kan!

      Itu dah jadi ex, Mak. Sejak masuk Tahun 3 ni dah tak geng lagi. Namanya Auni. Tak sempat bercinta pun depa. Sempat bertentang mata dan bergaduh mulut jerk. Hahaha!

      Delete
  13. kemain cikgu2 yer sempat melancong & makan besar lagi..
    cuti pjg lah abg yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah apa sebab sebenarnya. Dia pergi sekolah keesokannya pun tak tanya pada kawan-kawan kenapa hari sebelumnya bercuti. Tak kisahlah janji cuti ya tak ^_^

      Delete
  14. Haha. Entry pasal cuti sebab sekolah ada dinner ni macam menarik juga tapi lagi menarik baca komen kat sini. Si YY ni kena sawan jawab komen ye.. haha.. bestnya ada besan baik hati dan peramah cam ni.. jangan sumbat mulut dia ya..bagila dia pot pet2 banyak2.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... tetiba bakal besan saya ni rajin menolong jawab komen tau! Masa saya sibuk seminggu tu takda pulak dia datang menjenguk dan jawabkan komen!

      Saya tak larat nak sumbat mulut orang sebab mulut saya pun tak tersumbat. Hahaha!

      Delete

Post a Comment