Thursday, October 1, 2015

Bila 'si dia' dah tak banyak kerja (mulalah cari kerja....)

Salam 17 Zulhijjah kawan-kawan!

Ahah, dah masuk bulan Oktober rupanya hari ni! Statement cliche macam selalu ~ Cepatnya alahai masa berlalu!

Tapi nak buat macamana lagikan... masa memang akan berlalu pergi, tak kiralah apa pun yang berlaku dalam hidup ^_^

Hari ni dah tak banyak kerja tapi I mulalah gatal tangan menggodek benda-benda yang kurang pengetahuannya dalam blog ni. Cemburu pulak dengan Cikgu AN yang bila stress datang katanya, berubah wajah blog ~_^ I pun nak juga sesekali bila stress pergi (baca sungguh-sungguh - bukan masa stress buat kerja ni tapi bila stress dah keluar dari badan ^_^) naklah ubah mana patut dalam blog ni. Nak bega yang over-over takut hilang terus blog nanti so kita begalah mana yang dapat! 

Akhirnya nak tak nak, kenalah akur pada wajah baru ni. Nanti-nantilah I touch up lagi. La ni dah malas nak godeh-godeh lagi! By the way, nak juga bertanya pada yang bijaksana, macamana nak mengecilkan sikit gambar kat header tu? Pitam I tengok gambar my superheroes besar gedabak macam tu sekali. And, second by the way (^_^), awat I tak dapat-dapat nak masuk website Nuffnang ni... ada problem ke? Menyampah betul tau kalau dah duplohlapankali nak log in tak dapat-dapat!

Sejak kebelakangan ni, aktiviti blogwalking pun semakin merundum. Banyak sungguh 'rumah' kawan-kawan yang nak dicatch up - catch up gitu ceritanya. Ada juga yang I dah baca tapi tak sempat nak komen makanya kenalah datang semula nanti nak mengomen macam blog-itu-milik-I-juga!  Tak tertanggung penglihatan I yang rabun ni nak baca semua. Kalau ikutkan hati, memanglah tak mahu miss cerita kawan-kawan yang ada. Namun, kalau diikutkan juga kata hati, pengsan juga ni nak mengomen ^_^

Macam semalam punya cerita. I masuk membaca cerita dalam satu blog ni. Baru satu perenggan, dah kena tinggalkan. Ada kerja nak buat. Lepas tu masuk lagi. Sambung baca lagi. Lepas tu berhenti rehat lagi. Lepas three, masuklah lagi ^_^ Barulah dapat tinggalkan komen.

Itu pun baru komen satu ayat dah terpaksa tinggalkan sekejap. Akhirnya komen tu aje ambil masa sampai berjam-jam baru dapat tekan butang 'publish' tau!

Apa motif nak elaborate benda yang tak penting?

Sajalah tu nak beritahu betapa sibuknya I dua, tiga hari yang lalu @_@

Dan juga nak beritahu betapa I ni sebenarnya menghargai kawan-kawan yang rajin menulis entri. Kalau boleh memang nak selalu bertandang tak mahu balik rumah tapi apakan daya ...

Terima kasih jugalah pada kawan-kawan alam maya yang masih sudi bertandang sepanjang bulan September lalu. Jasamu membuang masa berharga tinggalkan komen amatlah kukenang dalam tidur yerk! Pada yang sudi singgah tapi tak tahu nak komen apa sebab pening-pening lalat tengok perkataan banyak sangat pun, terima kasih tak terhingga jugalah. Kalau you all tak datang 'melawat', tentulah sedih hati I ni tau....

Eh, nanti-nantilah kita sambung borak! Sekarang ni I nak buat hal lain pulak. Ni hati tengah gundah-gulana tengok blog macam rupa rumah tak siap aje. Itulah orang suruh panggil 'kontraktor' bertauliah, tak nak pulak! Tahan ajelah sementara ni sampai aktiviti membega dan mengodek-godek blog berlaku kembali.

I nak keluar cari lunch. Lapar sungguh pulak rasanya. Kalau dapat makan ketam masak lemak cili padi alangkah indahnya dunia makanku ^_^

See you next time.  Adios!

 

 





 


37 comments:

  1. patut la rasa macam ada cat baru.. gambar baru kat header tu. nak kecikkan tu setting kat width kot kalau tak silap... hahahaha... kita sekarang sejak ada anak jadi malas terus nak baca tutorial design blog. nak tukar je bayar suruh orang buatkan. memang hormon lepas beranak ni terus jadi M je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru beli cat Nippon. Guna cat mahal punya tapi tak pandai mengecat. Nak buat macamana....redha ajelah. Hahaha!

      Dah tengok width tu tapi cuma untuk kelebaran blog. Takdalah pulak nampak macamana nak adjust ketinggian gambar kat header tu ^_^

      Delete
  2. Sat ....sat..... nak view web version. Camne ghupenya.

    Elehhhhh.....cakap jerlah tak tahan tengok rumah jiran sebelah yg dah gojes lagi suci tu, siap ada pancuran air terpercik kanan kiri lagi. Ni konon konon cover, banyak masa bagailah, nak ikut mcm Cikgu AN, jiran selang 5 baris lew.... Huh.....jeles lew tu....kihkihkih.....

    Weyh kak Ton, mak lagi sadis tau.....sampai la, tak tau nak buh gambo gitu haha....tu yg simple buh perkataan aje. Alah lagi pun saja malas .....kang mak sawan selpie kang ha....penuh pulak header dgn gambo mak laki bini hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Mak pakai he-ho ke baca novel? Camna rupanya Mak? Nampak tak macam kita pakai Nippon Paint? Ke macam pakai cat Ah Seng buat sendiri kat kedai catnya???

      Kita tengah tension ni Mak sebab rumah tak siap tapi pahat dah berbunyi berkali-kali. Macamanalah kita nak bega lagi kasi indah sikit rumah ni...

      Alah Mak tu kalau dia ikut orang takpa, kalau orang ikut dia mulalah nak pecahkan rahsia sealam maya. Opocot...terlepas cakap pulak! Dah orang tau kita ikut dia.... ^_^

      AN kata kalau stress dia buat macam ni tapi saya ni dah habis stress barulah buat macam ni. Nampak tak perbezaan cikgu dengan anak murid? Hahahaha!

      Fuh, lega Mak tak tahu nak letak gambar kat header! Kalau tidak, demam tak kebahlah Kak Ton setiap kali balik dari mengumpat kat rumah Mak nanti!

      Tapi Kak Ton tetap juga nak tolong mana yang tau. Mak pi ajelah kat layout tu tukar ajelah gambar selfie ikut sisi mana Mak suka ^_^

      Delete
    2. Taulah tengah renovate rumah tapi takkan bersemayam tak habis habis....

      Jenuh cari sana sini yg wow sangat....sama jer mcm dulu....dah dah.... meh kita gusti kaki lak meh.....

      Delete
    3. Amboi, kata sedih hari ni! Apasal bila datang rumah orang ajak bergusti pulak? Dah lupa dunia semula ke ni? Ish, Ish, Ish... apalah insafnya sekejap aje. Setakat kemas baju, sedih. Lepas tu kembali ke pangkal jalan nak jadi sado balik ^_^

      Oh, ngumpat depan-depan eh! Dalam rumah orang lagi eh! Takpa, takpa.... taulah nak membalas macamana nanti ^_^

      Delete
  3. Kak Ton mmg sengaja ek font Tajuk tu lebih kecik dpd font entry..... Nak buat lain dari lain ar tu kononnya.....ceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ya ke Mak? Kat komputer Kak Ton ni nampak okey aje. Font tajuk lagi besar daripada font entri. Nantilah Kak Ton tengok dari he-ho Kak Ton pulak ^_^

      Apa-apa pun thank you ya, Mak kasi tau! I lap you to the moon and back to the earth gitu. Kah3x...

      Delete
  4. vavavavaaa dah berwajah baru..oren lagi tu haaa..
    cantik dah tu header..besar okey la puas hati tengok..hahhaaa
    zee lago laaa dah malas thapa ape pon tak tau..
    usahlah nak komen blog orang, blog sendiri pon tak berapdate..
    jengah sini pon takat drive thru jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, oren ek? Tadi masa bega-bega rasanya pilih merah! Nampak sangat rabun ni! Hahaha...

      Tak ke besar sangat. Kalau tulisan besar tu okeylah sebab tuan empunya blog ni rabun hebat gitu ^_^

      Oh, ni kira pakai smart taglah masuk sini yerk? Hahaha!

      Delete
  5. Replies
    1. Oh, jangan risau pasal typo error. Saya terror bab tafsir menafsir typo error ni @_@

      Delete
  6. ala mommy ni. itulah tanda cinta dan sayang mommy pada abang dan adik. letak gedabak haaaaaa gambo depa berdua dekat sini.

    bila rinduuuuuu ku tatap wajahmu selalu~~~~

    gituuuu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke itu tandanya sayang? Maka kalau gambar kecil, kuranglah kasih-sayang yerk? Hahaha...

      Okeylah macam tu. Akak terima pendapat tu buat bagi penyedap hati tengok blog ni tergendala kejadiannya *_*

      Delete
  7. sesekali bila stress memang nak kena tukar wajah blog....haha.. sy ni pun MD main godek2 sendiri jgk bila teringin nak tukar wajah blog... ala kadar je lah... aktiviti berbblog sy pun merudum juga..sampaikan tertinggal byk cerita termasuk cerita2 MD... org pun dah tak ingat sy..maklum tenggelam lama...huhu.. apo nak buat kemalasan bermaharajalela... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Barulah tau.... Tetiba tengok orang tukar, kita pun ada hati nak membega-begakan blog kononnya. Kalau tau selok beloknya bestlah. Ni pengetahuannya cetek tapi anganannya tinggi alahai....

      Takpalah setakat ni biarlah macam ni *_*

      Delete
  8. Cantik rumah baru MD ni ye..
    Rajin juga lah membega2 mana yg kurang tu..
    CH tu lah rupanya Rumah Maya dari dulu..
    Takut juga nak membega.. sebab pernah hilang..
    Nasib baik entri tak hilang..
    Kalau tidak meraung CH.. mau dengar smpi rumah MD hahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aje kononnya nak tukar template barulah. Bukan pandai mana pun tapi dah takda kerja semalam mulalah menggodek apa patut walaupun tak berapa nak faham sebenarnya ^_^

      Kalau saya pun tentu meraung juga,CH. Tengoklah entri saya mana ada yang pendek. Sayangnya kalau hilang begitu aje. Mahu tak tidur malam menangis tersedu-sedu :)

      Delete
  9. Lama juga saya tak menyinggah rumah md.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya, Mar. Rasanya kalau tengok kat sidebar, dah bersalin dah pun awakkan ^_^

      Delete
  10. Wah2 kak ton.. kerlasss gitu. Haha.. nak saing2 kita la tu.....Walaupun namaku dipetik kat situ, tapi diri mu punya cara lagi kerlass tau.. haha. Dah habis stress baru tukar templete ya? Lojik juga barulah la lawo dan ikut kehendak, kan? Kalau buat masa stress kan lagi teruk jadinya meroyan pulak lepas tu kalau tersalah tekan.

    Apa2 pun ada lagi sikit warna merah tu, memang peminat merah ya Kak Ton? Merah memang menawan kan..saya pun suka beli benda yg ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah AN punya angkara! Kan dah berjangkit! Tapikan sebelum tu jiran sebelah tu pun dah tukar template siap letak air gitu supaya kita tak terasa haus baca blog dia tau ^_^

      Tengok orang tukar, naklah juga tukar cat rumah! Tapi biasalah, orang tak pandai mengecat, memang habis rumah jadinya walaupun pakai cat mahal gitu ~_^ Saya memang suka warna merah ni tapi entahlah mengapa asyik sibuk nak mencari warna idaman hati yang lain.

      Saya pun suka warna terang dan ceria. Kalau kita dah kertu, takdalah nampak kertu sangatkan bila berada dalam warna-warna macam ni. Hahaha!

      Delete
    2. ai, ni demam ke Kak Ton oi? biasa sentiasa anggap remaja, ni kertu lak.. lain macam ni nampaknya

      haha, yg air tu saya dah buatngakn, macam buat lambat je, kang orang malas pula buka blog saya nanti kalau kena tunggu air tu hhaa...tah macam mana ada, klik2 je masa tu..

      Delete
    3. ops ... nati MD masuk blog saya hari ni, jgn tegur pasal pink ya.. haha, nak perasan remaja kejap.. bosan nati tukar lain pulak.. cakap siap2 kot nati kena gelak pulak

      Delete
    4. Kalau ada 'objek-objek' kat belakang tabir blog ni memang buat lambatkan? Sebab itulah saya malas nak letak apa-apa. Ini pun tengah fikir macamana lagi nak buat itu ini tau. Gaya macam pandai jerk!

      Oh, takpa.... pink tu lagi buat orang nampak muda jiwanya tau! Saya pun pakai pink hari ni pergi pejabat. Hahaha!

      Delete
  11. hurm..pelik juga, akak dah tak tersenarai dalam top commentator blog saya bulan lepas.tapi jangan risau, I akan tetap datang sini membaca kisah-kisah budak comel berdua tu.nanti dah tak busy sambung balik merapu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. habislah sal! ko dah seru nama dia
      sat lagi...dia bertapa depan rumah ko
      sampai lupa jalan pulang...

      Delete
    2. Ya ke, Sal? Alamak! Habislah status selebriti akak orang tak tahu macam ni! Why, Sal? Why? Kenapa last month akak tak masuk senarai? Sal lah punya pasal tak update blog. Akak punya pasal sebab tak korek entri lama-lama Sal supaya terus tersenarai dalam pengomen ngetop gitu... Huhuhu! Akak lari belakang pokok sawi kejap eh! Tengah sedih ni!

      Delete
    3. Ni, ni, ni....nak tumpang tanya sikit, boleh tak Cik YY? Eh, apahal tuan blog nak kena tanya dengan pengomen tegar dia ek? Konpius kejap...

      Ni nak tanyalah sang ibu dua anak yang tak berapa comel lagi di usia 13 tahun ni.... asal Sal komen jerk, dia mesti pasang air cond kasi kipas sejuk itu tuan rumah sampai hati tak terbakar tau!

      Sat no, sapa-sapa yang kita tak sempat meroyan kat rumah depa tu, nanti-nanti kita datang dok meroyan yerk. Jangan tak approve komen sudahlah... kubakar rumah depa nanti ! Hahaha!

      Delete
  12. nape tak suruh orang buatkan aje
    rasa kalau takat setting, adjust sana sini
    tak mahal sangat. tapi rasanya ok dah ni

    header tu aje saya kurang pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda-benda macam ni tetiba aje terasa kedekut tau ^_^ Eh, tapi murah tu berapa murah ya, YY? Saya ni tak pernah lagi 'hire' orang suruh godek blog tau. Maklumlah, berlagak pandai katanya ~_^

      Itulah, header tu besar sangat. Tak balancekan width and length nya. Rasa terseksa sangat jiwa raga melihatnya. Nak minta tolong HD, tahun depan pun belum tentu disiapkannya. Memanjang aje banyak kerja!

      Delete
  13. Perasan jugak blog akak ni dah berubah wajah sikit. Lately ni busy sangat sampai tak sempat nak update blog apatah lagi blogwalking. Huhu. Musim exam katakan. Sedapnyaaa kalau dapat ketam masak lemak cili api :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah takda kerja, macam tulah. Cari kerja pulak! Kalau dah banyak kerja, memang semua pun terpaksa dilupakan! Lama sungguh akak tak blogwalking. Rasa macam menggunung pulak hutang dengan kawan-kawan alam maya walaupun hal ni bukan pun wajib kan :)

      Delete
  14. mula2 klik tdi ingat kan salah blog address. keluar balik. click balik.. rupanya betul blog akak.. dah berwajah baru skrg... cantik & ceria...
    lyn pun baru nak bertandang ke blog org.. maklumlah dah 4 hari tk tgk lappie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Bila dah takda kerja, memanglah tangan tetiba gatal nak bega itu ini. Tapi itu ajelah yang tahu, Lyn. Nak buat lagi awesome, tak pandai!

      Delete
  15. Erkkkk...ingatkan salah rumah tadi. Kak ton cat rumah baru rupanya. Orange gittew. Upah jer lah kontraktor. Harga mampu milik pon ada kak ton ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, rumah Kak Ton baru cat dengan Nippon Paint gitu. Tapi jangan bimbang silap masuk rumahlah, Fiza. Dah tentu-tentu penyambut tetamunya sama jerk ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...