Cerita belakang tabir ...

Salam 7 Muharam kawan-kawan!

Dah puas menatap wajah my superheroes di sini

Kalau sudah, marilah kita ke entri hari ini ~_^

Hari ni pun takda kisah majlis perkahwinan ya sebabnya gambar yang I ada ni very limited. Bayangkanlah, the main stars, pengantin perempuan dan lelaki, takda pun koleksi gambarnya dalam my handphone. Sadiskan... ^_^ 

Nampak sangat MD ni over tak ingat dunia di majlis perkahwinan anak saudaranya tau! Entah apalah yang dibuatnya sampai tak sempat bergambar! 

Eh, I penat tau mengawal candy buffet sampai hilang kawalan! Ingatkan senang jerk nak mengawal budak-budak bawah umur ni; rupa-rupanya lagi susah! Baru sejam dok kat belakang candy buffet, I dah nak surrender ler!

Meh kita rewind cerita dua hari sebelum majlis di pihak lelaki ya ^_^

Balik aje kerja hari Khamis tu, sesi mencuba pakaian flowerboys. Itulah gambar-gambar yang I tempek dalam entri sebelum ini.  Pakaian untuk si Adik Cute memang dibeli khas untuknya, cuma kot yang dipakai di luar dan seluar panjang. T-shirt biru, bow tie dan kasut tu memang dah lama ada. Masalah utamanya terletak pada si Bubbly Abang. You all taulah kan anak bujang tersado I ni yang sekejap mengecil, sekejap membesar dengan jayanya, memang susah nak cari pakaian.

Asal perancangan si Bubbly Abang yang sepatutnya berjalan di hadapan manakala Adik Cute dan one of my cucu sedara(s) jadi flowerboy dan flowergirl mengiringi pengantin. Tetiba rancangan dirombak last minute! Dek kerana itu, terpaksalah tukar Adik Cute berjalan sendirian di depan manakala Bubbly Abang dan my niece jadi pengiring pengantin @_@

Dek kerana saiz badan Bubbly Abang ni menyukarkan nak cari pakaian, makanya kita pinjam ajelah sepasang kot milik Abang Afiqnya (again...) Itu yang malam tu kita cuba pakai. Tahu ajelah anak-anak bujang I ni tak suka pakai kasut tau. Ingatkan bolehlah si Bubbly Abang sarung aje kasut abang sepupunya tapi bila ditelek-telek, alahai hodoh pulak.... 

Maka, malam itu kebetulan HD nak ke LowYat, I dan my sister pun apalagi. Ambillah peluang mengukur batu-bata di Bukit Bintang. Manalah tahu kotnya dapat kasut yang sesuai ^_^ Lagi pun kata my sister, jenis macam my sons ni yang tak suka memakai kasut, lebih eloklah cuba yang murah-murah aje. Ada satu kedai katanya di Sungei Wang yang boleh diterjah. So, kita terjahlah malam tu ~_^

Puas dok fikir macamana nak make it quick supaya bila selesai urusan HD di Low Yat, kami pun dah siap mencari kasut untuk Bubbly Abang. Rupa-rupanya kami yang tercepat. Sempat makan di McD. Sempat meninjau di Parkson. Sempat berposing lagi...







Bila dah penat suruh anak-anak berposing, akhirnya kami ambil keputusan nak jalan kaki ajelah ke LowYat. Bukan jauh pun dari Sg Wang tu, belakang jerk cuma kasihan pada my superheroeslah. Tapi dek kerana mereka pun okey jerk, kita redahlah menuju ke LowYat walaupun janji asalnya nanti HD ambil kat depan Sg Wang tu...

Dan-dan sampai di LowYat, HD pun dah selesai urusan. Makanya jomlah kita balik rumah kerana hari pun dah malam ^_^

Cerita keesokan malamnya tunggulah entri seterusnya ya! Panjang I nak berceloteh ni ~_^






Comments

  1. psstt: kita tak pernah sampai lagi kat Low Yatt.. pujuk gedik dekat en. hb pun takmo dia bawakkan kita.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... ya ke? Tak pernah sampai langsung???

      Biar betul ni, Aiza! Pujuk gedik tu kena superextra... barulah boleh pi LowYat ni ~_^

      Delete
    2. eh i pun tak penah p lowyat tu
      serius ni tau...

      Delete
    3. Tumpang lalu...tumpang lalu! Jap ek nak double confirm ni blog siapa :)

      Delete
  2. Amboi, baru perasan dia punya label : majlis kahwin anak saudara MD, anak-anak MD... haha, kemain glamor gitu!

    Jangan marahkan kita ya Kak Ton.. kemain stress nak menanda macam-macam gaya ayat ni, mata mula tajam semacam, semua benda i nampak ni.. haha

    ok, back to the topic, saya termalu sendiri pula bila baca ni, ada anak saudara saya nak kahwin juga, baru minggu lepas family bincang pasal majlisnya, kami(makcik2 ni) dah mula bincang nak pergi shopping baju sama, siap ada plan ke jakarta lagi atau kirim ke sesiapa yang nak ke sana.. kemain gtu excitednya, cer tengok MD ni, mengutamakan anak-anak dahulu.. aduh.. Kak Ja, tak jadilah, kita pakai apa jelah, asalkan hadir majlis tu...

    betulla abang mudah naik mudah turun badannya, aritu nampak slim dah ni macam naik balik badan dia.. kena konsisten kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... AN, jangan buat saya gelak besar pepagi ni tau! Maklumlah saya nikan perasan glamour, tak akanlah tak tahu lagi ^_^

      Apalah nak distresskan sangat tu. Kalau rasa tak suka, letak jer markah borderline bagi lulus. Hahaha! Tapi takut jugalah kalau cikgu tengah khusyuk menanda kertas ni, sebab semua kesalahan dia nampak! Tetiba meremang bulu roma :)

      Kami ni kata aje pakai tema tapi masing-masing cari sendirilah. Keluarga sikit punya besar, kalau semua pihak pengantin nak support, tinggal seluar dalam aje nanti lepas majlis. Hehehe!

      Saya pun sebenarnya over juga tapi sebab anak-anak saya nak jadi flowerboyskan, itu yang kena uruskan mereka. Tapi kalau ikutkan saya tak seberapa tau. Mak pengantin lagi hebat overnya dalam diam ^_^

      Abang memang turun susah tapi naik senang. Kita baru nak lega beratnya dah turun sikit, tetiba esok lusa tengok bukan main 'sado' bab dada tu ^_^

      Delete
  3. Comel sangat2lah dua hero MD ni. Tapi anak cucu kakcik semua lelaki, tak boleh nak tempah siap2 untuk jadikan menantu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah, Kakcik. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi... Oppss! Hahaha!

      Yalah, yalah... saya faham keinginan nak berbesan dengan saya tu, Kakcik. Keh3x...

      Delete
  4. lama pulak tak membuang wang ke sg wang.. lowyat pun sama. Baca entri ni terus rasa rindu mengcengkam jiwa. Tapi kalau asyik jerebu memang tak kemana mana la jawabnya. Abang dalam gambar ni nampak slim sikit.. mesti rajin joging ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, dahsyatnya statement! Mencengkam jiwa katanya. Kalau dah begitu, hujung minggu ni ajaklah suami tercinta bersantai di tepian Sg Wang ^_^ Itu pun kalau jerebu tak mengganggulah yerk :)

      Ini mode berat naik balik ni, Suria. Kalau kita pantau memang dia turun sikit. Kita leka aje, dia start balik menambah berat badan di dada sado katanya....

      Delete
  5. Ooo ingatkan abg pki kasut abg afiq dia.. Hihihi

    Jeles tgk MD jln ronda sana sini. Lama betul tak berpeleseran dgn ank2 camtu. Harap tak lama lagi dpt jln2 belek2 ronda2.. Lama dh berkurung ni ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam gambar entri sebelum ni memang kasut Abang Afiqnya. Tapi bila dibelek rasa macam tak sesuai. Itu yang jenuh mencari kasut. Nasib baik jumpa yang murah, teruslah beli dua pasang.

      Nanti Baby Ariz dah besar sikit, dah boleh dibawa meronda, bolehlah LM 'berpeleseran' bersama anak-anak dan suami macam ni. Hehehe!

      Delete
  6. comey nya dua hero tu macam kembar lah muka diaorang
    kaknoor dok wonder cemana lah muka MD ni kan
    stres ni heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan stress-stress, KakNoor. Saya ni bukan retis antarabangsa. Tak nampak muka pun tak rugi mana :)

      Delete
  7. Nani dah lama rasanya tak mengukur batu bata dekat area sana. Hahaha. Bagus jugak ada persaan macam ni, takdek lah rasa duit mengalir je. Kehkehkeh :p Hai hensem boys :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tukar batu-bata cantik, Nani... rugi kalau tak pi mengukur ^_^

      Tapi memang betullah bila sampai masa malas mengukur tu, memang rasa nak dok rumah aje tau. Jimat banyaklahkan!

      Delete
  8. Eh.....kenapa pendik pulak entri hari ni? Sawan ke hape? Haha......
    Kak Ton, senyap jer hari ni....mcm balas dendam jer, org tak dtg rumah dia, dia pun tak datang rumah orang ek.

    Yelah.....mmg nampak over sungguh tau mak sedara pengantin, kalau tak de gambar dgn pengantin baru......yg banyak dlm hp dia, gambo dia laki bini. Huh....mmg sungguh over!

    Mmg elok pun cari yg murah murah, bukan nak pakai selalu pun, kotnya lepas majlis kawen tu dah jadi tukun kasut abg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawan sentap, Mak :)

      Mana ada Mak tak datang sini, kita tak datang sana! Ni nak beritahu rahsia, kita ni kalau start blogwalking, blog Mak dulu kita terjah senyap-senyap. Kadang kita baca jerk tak komen. Lepas tu datang balik komen berdas-das. Tapi dua hari ni mood lemaulah, Mak. Adakah itu petandanya kena mengundur diri dari dunia blogging???

      Hahaha....gempak ajelah! Mesti Mak dah kecut perut takda kawan mengumpat lagi ^_^

      Anak-anak jiran Mak ni bukan suka berkasut, bersepatu. Makanya buat apalah nak membazir. Kalau sesuai kasut Abang Afiq tu memang malas dah nak mencari lagi tapi dah emak pengantin pun jeling sebelah mata! Terpaksalah keluar mencari!

      Delete
  9. nasib baik ada baju yg boleh pinjam.. klu tak, nak mencari satu hal pulak..
    last2 minute takut takdo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau boleh cari, lama dah carikan tapi saiz tu susah sangat nak dapat. Nak buat khas memang tidaklah. Nak pakai ke mananya lepas majlis nanti!

      Delete
  10. Aiman ni pun samalah masalahnya dengan bubbly abang..nk buat cmna kan ada anak sado ni memang dilema betul bab mencari pakaian..huhu..

    Sy tak tahubpulak anak sy suka ke tak pakai kasut sarung..tp memang tak auka belikan depa kasut sarung..rasa macam tak selesa..sebab diri sndri tak suka pkai kasut tertutup.huhu..aiman sok hint nk kasut bola..entah bila tahun pulak nak tunaikan demand dr dia.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahkan PK ada anak terlebih sado ni. Kadang-kadang kesian alahai nak itu, nak ini tapi nak mencarinya tu memang tension. Macam Abang ni dah lama nak pakai sneakers tapi Mommy tak tahu nak cari di mana lagi. Saiz kakinya in between budak-budak dan orang dewasa. Kerap juga sekarang ni beli t-shirt orang dewasa saiz S untuk si Bubbly Abang!

      Delete
  11. alahai siannya bubbly abang
    kot yang di pakai dalam entry sebelum ni abg afiq dia punya ke
    tegap juga badan si bubbly abang ye
    agaknya kalau berjumpa ni, tinggi dia lagi dari saya yang comel ni
    hehe..ketawa sambil tutup mulut =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sibuk nak pakai tuxedo katanya... tak akanlah nak tempah satu. Nak pakai ke mananya lepas majlis nanti. Lainlah kalau tiap malam ada event nak attendkan! Kenalah pinjam Abang Afiq punya. Tapi itulah, Abang Afiq pakai elok; bila Bubbly Abang pakai, semua pun nampak sendat. Bab zip seluar pun hampir nak tercabut kenalah alter okey! Maklumlah anak bujang kita ni memang sado badannya ^_^

      Abang dengan saya pun tak lama lagi dia toleh ke bawah tengok saya tau. Saya ni mana tinggi sangat 151 cm jerk tapi anak bujang tersado kita ni sekarang dah 148 cm! Sikit aje lagi ni....

      Errr.....rasa macam nak buat macam nilah... kalau ada aje pengomen yang perasan, kita terus auto delete perkataan-perkataan yang boleh buat dia perasan!

      Delete

Post a Comment