Monday, October 12, 2015

Hari Nikah 9.10.2015

Salam 28 Zulhijjah kawan-kawan!

Ohhhhh.... malasnya nak buat apa-apa! Maklumlah cuti panjang sikit hujung minggu lepas berbanding dengan minggu-minggu biasa ~_^ Lagipun bila naik kerja lepas bercuti mestilah tetiba kerja banyak, entah datang dari celah mana pun tak tahulah!

Eh, hari ni I kena bercerita tentang majlis anak saudara I ke?

Hahaha.... 

Sajalah bertanya! Manalah tahu kotnya masing-masing dah lupa! Jimat tenaga I nak menaip entri panjang berjela ^_^ Bolehlah meroyan pasal perkara lain pulak ^_^

Majlisnya belum selesai lagi. Baru selesai sebelah pihak perempuan. Pihak lelaki yang ada Kak Ton seorang ni, belum lagi yerk.... Itu hujung minggu ni ^_^ 

Oh, by the way sebelum terlupa! Minta maaflah tak menjemput mulut pun kawan-kawan alam maya sebabnya ini bukan majlis Kak Ton. Kak Ton propa aje lebih padahal majlis kakak Kak Ton aje. Kak Ton tumpang menyibuk huru-harakan majlis ^_^

Marilah dengar I berceloteh hari ni. Rindukan 3 hari tak dengar I membebel kat dalam blog sendiri. Keh3x...

Hari Jumaat lepas I cuti. Pagi-pagi sebelum Subuh dah bangun mengalahkan pengantin! Hantar Bubbly Abang ke sekolah macam biasa. Lepas tu siap-siap uruskan rumah dan sediakan sarapan suami dan anak-anak then  I pun pergi rumah my sister. Tolonglah mana patut ditolong. Bukan senang I ni nak meringankan tulang apalagi kalau dengan my sister yang ini. Selalunya I berat tulang! I tahu makan aje kalau sampai rumah Ngah ni, tak kiralah apa pun majlisnya ~_^

Tengahari sementara kaum lelaki pergi solat Jumaat, I pulak pergi fetch si Bubbly Abang dan terus ambil salah seorang anak saudara di sekolah berdekatan. Suaminya tak dapat cuti makanya tak dapat ikut rombongan pengantin lelaki untuk majlis akad nikah selepas solat Jumaat. Kiranya dia jadi wakil keluarga kecilnyalah. Anak-anak ( my cucu saudara okey...) pun ditinggalkan di rumah pengasuh. Lenggang-kangkung bawa diri sendirian ikut my Chik, emaknya ^_^ 

Sebelum tu, my Chik suruh kami cari makan tengahari dulu. Bagi makan mana patut barulah boleh gerak. Memangnya di rumah my Ngah tak buat apa-apa pun hari Jumaat tu. Yalah, kesian Ngah kalut menguruskan majlis sendirian. Pertama kali pulak tu. So, kami pun tak naklah menyusahkannya, pandai-pandailah bawa diri. Kalau tanya my Ngah, memanglah dah tak lalu makan lagi. Tentu risau jugakan sebab anak lelaki sulung nak berkahwin katanya...

Balik rumah, I sambung gosok pakaian anak beranak untuk ke majlis. Ya, ya... cakap aje teruja tapi nak juga tunggu last minute baru siapkan semua ^_^ Lagi pun dalam my family, memang I kena bersiap last sekali. Kalau tidak, huru-haralah situasi!

Selalunya janji Melayu ni jarang ditepati. Kalau janji pukul 3, mahu 3 lebih baru muncul. Tapi tak kali ni. Janji pukul 3 petang di rumah pihak perempuan, makanya pukul 2.30 petang, Ngah dah arahkan rombongan bergerak keluar dari rumahnya.  Makanya kami tepat waktulah, takda mainlah sampai lewat di rumah pengantin perempuan @_@

Dan, kalau nak tahu... semua orang dah masuk kereta tinggal I aje yang tak siap lagi lilit shawl! Nak gempak sangatlah kononnyakan ~_^ Makanya I lah yang lintang pukang, panik bersiap.Kira I lah yang last masuk kereta gitu.... Maklumlah mak saudara bongsu pengantin lelaki nih.... Kah3x.

Untuk majlis akad nikah ni pun tak semua yang ada. Sebelah pihak my Ngah, my two brothers and seorang kakak tak dapat turut serta. Sebelah pihak bapa pengantin pulak, pun tak cukup korum juga. Yalah, hari Jumaat kalau nak join rombongan kena ambil cuti. Lainlah macam Kak Ton ni, nak cuti cakap mulut aje lepas tu baru isi form ^_^

Sampai di rumah pihak pengantin perempuan, kami anak beranak duduk di khemah aje. Tak kuasa nak duduk bersimpuh ala-ala perempuan Melayu terakhir. I dan HDkan tak boleh berpisah jauh gitu. Dah anak-anak tak nak masuk rumah pengantin, kita duduk ajelah di khemah yang disediakan.

Lama jugalah menunggu. Asal orang angkat tangan, kita pun angkat tangan sama padahal nikahnya tak juga.... Boleh pulak tok kadi terlupa bawa borang-borangnya. Aduhai... padanlah lama menunggu di luar. I ingatkan anak saudara I dah 7,8 kali akad tak lepas. Hahaha!

Kali ni yang jadi surprise bila mana tok kadi kata wang hantaran termasuk dalam mas kahwin. Katanya macam orang Kelantan. Masalahnya mereka ni berakad nikah di Selangor dan pihak perempuan pun pure orang KL ni! Masing-masing tercenganglah sekejap sebabnya memang takda dalam perbincangan pun wang hantaran dan mas kahwin disatukan! Apa-apa pun selesai sudah hal tersebut. Pandai-pandailah pihak pengantin perempuan nak buat macamana, dah pihak pengantin perempuan pun rupa-rupanya terkejut, pihak pengantin lelaki apatah lagi...  ^_^ 

My superheroes pulak memang tak boleh menunggu lama. Kejap-kejap hauslah. Kejap-kejap laparlah. Kejap-kejap suruh I ambilkan makananlah. Diberi plain water, tetiba nak Vitagen. Lepas tu minta ambil kuihlah. Eh, ni rumah oranglah! Bukan rumah kita! Kalau rumah MakNgah pun takpalah juga!

Akhirnya segalanya selesai. Dengan sekali lafaz, termeterailah ikatan suami isteri. Dah kahwin pun Abang Iwan. Lepas ni tak boleh lepas bebaslah budak-budak berdua ni. Mereka kalau di rumah MakNgah memang takda batasan langsung. Itu pun bukan main sedap si Bubbly Abang lepak atas katil pengantin sebab 'bestlah tilam dalam bilik Abang Iwan ni....' Boleh gitu yerk!

Betullah kata geng hovercraft ni, rasa sayu pulak bila anak saudara yang rapat dah berkahwin. Nasib baik tak merembes air mata mengalahkan mak pengantin. Maklumlah dalam hati mak saudara depa ni ada taman bunga kalah Taman Tasik Perdana tu ^_^

Okey, kita tempeklah gambar pengantin masa akad nikah ni! Tak boleh banyak sangat sebab majlis tak selesai lagi. Nanti-nantilah baru kita letak gambar ikut suka hati banyak mana ya ^_^

Gambar mak saudara pengantin yang gorgeous ni memanglah tak dapat dimasukkan dalam blog. Tapi minta maaflah yerk...mak saudara pengantin punya pakaian jadi perhatianlah kononnya. Orang dok tanya buat kat mana/beli kat mana tapi kita kata kita curi kat kedai aje @_@

Pengantin, adik pengantin, pengapit, bapa pengantin, bapa-bapa saudara sebelah emak dan abah pengantin

Senyum Abang Iwan tapi dalam hati dah tentu gundah tu nak akad nikah ^_^



Muka masing-masing ketika menunggu akad nikah dan time boleh makan!

Muka lepas dapat 'makan dan minum' Siap kena berjanji on the way nak balik nanti belikan keropok dan air yoghurt. Kita janjilah aje lepas tu buat-buat lupa ^_^

Keesokan harinya merupakan majlis persandingan di sebelah pihak perempuan. Yang itu kita cerita dalam entri lainlah pulak.

Entri ni setakat intro aje ^_^


 

 

 
 

 

 

 




40 comments:

  1. Salam MD.. Eh masuk dlm mas kawen? Nanges la mak pak perantin klu perantin kata duit hantaran tu dh jd mas kawen so hak dia. Ahaha.. Takpelah dia blh serah sendiri pd mak pak dia nnt kan.. Pelik juga , rasanya johor xde pula buat camtu setakat ni kan?

    Siannye tgk muka boring budak hero berdua tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tak pernah pula dengar macam ni. Katanya orang Kelantan memang macam ni caranya. Saya pun tak pasti sebab tak pernah lagi ada saudara -mara berkahwin dengan orang Kelantan. Tapikan pengantin perempuan ni bernikah di Selangor. Itu yang pelik apahal pulak nak ikut style orang Kelantan....

      Budak-budak berdua tu LM kalau nak tahu memang tak suka seminit pun menunggu. Ikut perangai Daddy mereka!

      Delete
  2. Tahniah MD.. dpt menantu saudara.. hihi..
    Buat anak saudara MD & isteri, semoga bahagia hingga ke jannah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ira ^_^ Yang sebenarnya dah ada cucu saudara pun ^_^

      Delete
  3. Semoga Allah SWT merahmati pasangan pengantin dan keluarga dengan kasih sayangNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakcik. Semoga penyatuan ini berkekalan hingga ke jannah...

      Delete
  4. tahniah MD dan family..ingat anak saudara Kuwait yang nikah tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Dik Sal. Bukan Afiq yang kahwin. Ini abang kepada Afiq. Mereka dua beradik aje samalah macam sepupu terapat mereka aka anak-anak akak ^_^

      Delete
  5. Alhamdulillah... Selesai sudah.. Tok kadi blh buat lupa bawa borang... Memang sejarah betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kelakar. Lama sungguh menunggu kat khemah. Ingatkan pengantin nervous tak lepas akad nikah. Rupa-rupanya tunggu ada borang yang tok kadi tertinggal! Yalah tok kadinya pun dah tua, takda pembantu ^_^

      Delete
  6. Alhamdulilllah majlis berjalan dengan jaya nya ye MD... dapat lah menantu saudara.kena tunggu hujung minggu ni plak ye belah family sndiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, separuh risau dah hilang :) Lepas ni bolehlah bergaya sakan di majlis belah kakak saya hujung minggu nanti!

      Delete
  7. Barokallah...
    Semoga pasangan mendapat kebahagiaan dan keberkatan berpanjangan
    Tok kadi tak ada secretary sampai lupa bawa yg diperlukan. Kelakar tapi yg menanti berdebar pastinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakzakie. Hendaknya begitulah. Adat berumahtangga banyak pancaroba walaupun mulanya nampak yang indah-indah sahaja :)

      Hahaha...tok kadi boleh lupa bawa borang untuk diisi. Pengsan alahai kita ni kat luar, dok aminkan doa. Ingatkan dah selesai rupanya nikah pun tak lagi :)

      Delete
  8. Rasa sayu eh bila anak sedara yg rapat kahwin..
    Cuba tengok apa rasanya bila anak bujang sendiri pulak yg kahwin...kikikiki..

    Eh, kalau anak bujang awak nak kahwin dgn wanita oversea...eg wanita Spain ke...Jepun ke...Pakistan ke...awak bagi tak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak sendiri yang kahwin, mahu meratap hiba, DZ. Dahlah anak dua aje, lelaki pulak tu!

      Kalau anak saya nak kahwin dengan warga asing saya benarkan. Nak duduk di negara orang pun saya benarkan. Tapi kena tengoklah dari negara mana dulu. Kalau dari Nigeria ke, Timbuktu ke, saya kena bangkang habis-habisan dulu baru benarkan (dengan harapan masa saya bangkang tu anak terus ikut kata tak jadi kahwin dah....)

      Ish, tak akan saya tak benarkan...Saya dan bapak mereka pun berbeza. Kalau menghalang sekuat hati dah tentu macam meludah ke langit kena diri sendiri pulak ^_^

      Delete
  9. Alhamdulilah.....selamat sudah. Mak pun lega tau, suku dpd majlis ni dah habis, yelah.... selagi tak habis majlis ni, mak risau jiran sebelah mak tak habis habis mandi klorok hihi....

    Selamat Pengantin baru buat Iwan dan pasangannya, sapa nama pasangannya Nabila ke?hihi....

    Juga buat Pengantin lama yg over, Puan Potamayo dan pasangannya....... Eh ....kalau mak pun nangis tu Kak Ton, sedih ar tengok orang nikah ni.

    Teringin nak tengok camnelah agaknya orang tu membelit shawl .....yelah katanya paling last masuk keretakan.... sure latest design punya belitan tu...

    Hihi... superhero nampak betul boringnya menunggu tu...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, janji akad nikah dah lepas ^_^ Yalah, Mak...kita pun risau sebenarnya sebab kita takut sawan pengantin kita terbang ditiup angin sampai rumah Mak. Lagilah ngerikan...Mak kalau dah terkena sawan memang susah nak baik! Makan masa betul! Cer tengok sawan selfie, sawan bertapa...bukan senang Mak nak elok balik semula. Harapnya Mak takdalah teruk sangat kena sawan pengantin dari kita ni....

      Nama pasangan Iwan, Nurul Ain ler... Pandai-pandai aje Mak ni tau....

      Terima kasihlah, Mak. Ada juga orang ucap selamat pengantin lama kat kita laki-bini. Bukan selalu sekarang ni orang ucap macam tu. Mak ni memang pandai betul jaga hati dan 'perasan' jiran Mak ni tau ^_^ I like ler ada jiran macam ni :)

      Eleh, lilit senang jerk tapi itulah.... kalau dah panik kita ni memang semua pun jadi entah apa-apa. Kakak kita siap sound lagi tapi bukan salah kita pun. Dia orang tu yang punctual. Selalu tak gitu ^_^

      Delete
    2. Kikiki.....sajalah tu kan ....ambik peluang jugak nak mengenakan orang...

      Delete
    3. Berbalas-balas gurauan tu afdal Mak selagi boleh ketawa ^_^ Kalau dah sentap tu lainlah cerita. Kenalah masuk buku tigalima nak minta maaf the next raya. Tak kiralah raya apa. CNY pun boleh ^_^

      Delete
  10. Alhamdulillah debaran kak ton akhirnya berakhir ya.. berjaya majlisnya tu nampaknya. Apa lak pak kadi saja buat saspens pasal borang dia tu ya? Ini agaknya menantu baru ni asal orang Kelate la ya? Maybe mak ayahnya orang Kelate yang tinggal sini ya.. apa2lah ya. Yang penting dah selesai..

    Ai..adik dalam gambar kat atas tu nampak besar sangatla .. ai..kenapala cepat membesar ya? Nanti MD rindu saat kecil dia tau.. ehem..

    Sebelum terlupa, selamat pengantin baru. Selamat berbahagia ke anak cucu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana ni, AN? Betul ke orang Kelantan mas kahwin dan hantaran disatukan masa akad nikah? Gelak weyh kami sebab ini first time kena. Takda kerabat yang kahwin dengan orang Kelantan setakat ni... Dengarnya semua pure KL, menetap di Selangor.

      Gambar anak-anak aje boleh ambil dari dekat. Gambar lain semua dari jauh. Malulah ^_^

      Terima kasih, AN. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan kekal hingga ke jannah!

      Delete
    2. Orang kelantan terengganu mmg macam tu kalau kawin.. cthnya kalau hantaran rm10k, semua yg rm10k tu dianggap wang mas kahwin.. jadi semua tu pengantin perempuan yg punyala..haha.. abis kenapa lak menantu baru ikut adat gitu kalau bukan orang asal kelantan ya? Haha.. misteri dan nak tumpang gelak juga..

      Macam misteri dlm cerita village tu kan? Tak sabar saya nak tau apa kesudahan cerita ni.. cukup suspens betul setakat ni..

      Delete
    3. Entahlah, misteri betul tok kadi depa ni tau! Yang bestnya kita dah tau mas kahwin di Selangor RM300. Tiba-tiba disebutnya jumlah hantar campur dengan mas kahwin RM300 tu. Terkedulah masing-masing. Pihak perempuan pun katanya takda pulak tahu macam tu ceritanya tapi takpalah sebab pengantin perempuan dah niat nak serahkan duit hantarannya kepada ibubapa sendiri untuk menguruskan majlis.

      Oh, sekarang ni tengah asyik tengok The Village ni! Malam ni sure tak dapat tengok. Esok ulangan pun tak dapat tengok! Saya takda recorder Astro, tak mampu! Hahaha!

      Delete
  11. Mas kawen masuk dalam hanyaran.cmna ye sy pun tak berapa faham..klu sy dilu pun cmtu..tp masa akad nikah sebut yg mas kawennya je lah..smp hati tok kadi lupa bawak borang.nasib tak huru hara majlis org.hahaha

    Amboi klu ya pun mak sedara horgoes taknak tempek gambar sendiri kok gmbaq pngantin pun jauh nau..silau mata nk tilik rupa anak sedara kot ada iras mak sedaranya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya masa akadkan sebut mas kahwin aje. Kalau kat Selangor ni RM300 aje maskahwinnya. Kalau kat Johor lagi sadis - RM22.50 aje. Tapi kali ni anak saudara saya masa diakadkan, kena sebut total mas kahwin dan duit hantaran. Itu yang kami tercengang. Pihak lelaki okey lagi. Pihak perempuanlah yang semput. Kalau dah tergunakan untuk majlis, memang duit hantaran tu pengantin perempuan kena niatlah nak beri pada makpaknya untuk urusan majlis!

      Malu argh nak masuk snap gambar. Lelaki semua kat dalam tu *_* Kita pun dok berpanas kat khemah di luar aje :)

      Delete
    2. Ohh kami area utara tak ditetapkan harga..pihak perempuan yg letak berapa mas kahwinnya..pelik juga ye kena sebut sekali hantaran dan mas kahwin..klu sy pun mesti turut sama tercengang.huhu

      Delete
    3. Eh, PK! Bukan ke kalau orang utara ikut berapa luas bendang padi mereka ada? Takda ya yang barang kemas serba berdiri, serba satu, serba menegak tu? Saya dululah ingat nak kahwin belah-belah utara jerk sebab syok oi banyak dapat! Hahaha....

      Delete
  12. Tahniahhh pengantin. Semoga berbahagia selalu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nani. Bila pulak awak nak makan nasi minyak ni. Pengantin lelaki katanya dah lama ada ^_^

      Delete
  13. Ensem pengantin lelakinya...tahniah buat pasangan pengantin...moga berbahagia hingga akhirnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang handsome tu dah tentulah anak saudara saya, SA! Hahaha....

      Terima kasih banyak atas ucapan dan doa yerk!

      Delete
  14. akhirnya selesai sudah akad nikah yer.. dah dpt ahli keluarga baru...
    owh dorang campur mas kahwin dan wang hantaran yer.. mcm kes anak buah Lyn jugak lah masa kwin january hari tuh.. tapi tak kisah lah sbb dua2 pihak setuju.. yg penting semuanya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah bertambah ahli keluarga besar kami terutama my sister, Ngah. Lepas ni boleh berehatlah suruh menantu buat kerja rumah pulak. Hehehe...

      Itulah peliknya, Lyn. Kami memang tak tahu menahu. Pihak perempuan pun tak sangka tok kadi kata begitu. Tapi dah selesai masalah okeylah. Pandai-pandailah pengantin perempuan nak buat macamana!

      Delete
  15. Selamat pengantin baru buat mereka. Boleh plak tok kadi lupa bawak borang yerp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok kadi dah tua sangat. Pembantu pun takda. Salah satu borang tok kadi terlupa nak bawa. Penatlah kami ni dok mengaminkan doa kat luar, ingatkan dah settle akad nikah. Rupa-rupanya tak juga ^_^

      Delete
  16. tok kadi lupa borong? entah2 part mas kawin tu dia lupa juga kot
    nampak muka cuak pengantin...hehe
    ada kena soklan gempak dak?
    contohnya, dah byr hutang ptptn ke belum...hehe

    alolo...as always, adik cute memang cute
    tapi awat si bubbly abang cam kebosanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah borang apa yang dia terlupa bawa! Itu yang lama menunggu. Tapi betul juga kat Kakzakie, tok kadi takda PA semuanya nak kena ingat dalam kepala! Kita maafkan ajelah yerk!

      Tok kadi yang insist letak wang hantaran dalam mas kahwin padahal both pihak pun tak tahu menahu. Tapi nasib baiklah kita pihak lelaki, so pandai-pandailah pihak perempuan nak buat macamana. Dah itu area depakan....depalah patutnya deal dengan tok kadi sebelum majlis. Hahaha!

      Bubbly Abang memang tak suka pergi majlis macam ni. Dia cepat bosan. Lebih bosan bila Mommy asyik nak tala kamera kat mukanya. Itu yang nampak sangat kebosanannya. Adik Cute tu okey sebab dah janji nak beli jajan, nak beli Vitagen bila balik rumah nanti.

      Delete
  17. wang hantaran campur sekali dgn maskahwin tu mmg dah jadi syarat wajib ke MD ... saya ni dah jadi org selangor . klu lagu tu , saya suka jer . x de sape dpt usik pe ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish! Tak acilah ni. Kata orang Johor. RM22.50 cukuplah ... ^_^

      Eh, Vee... Johor masih lagikan mas kahwin RM22.50? Bilalah nak naik yerk. Zaman GST ni, tak naik juga ke?

      Tak kisahlah janji nak kahwin di Selangor kenalah ikut cara Selangor. Kalau orang suruh balik Johor nikah, jangan tau Vee. Nanti tak memasal dapat RM22.50 aje ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...