Thursday, October 8, 2015

Intro panjang berjela-jela-jela ... ^_^

Salam 24 Zulhijjah kawan-kawan!

Alright! Mari mendengar I berceloteh hari ini! Semalamkan takda entri fresh dari fikiran, makanya tabah ajelah ya kalau tetiba hari ni entri terpanjang lebih daripada luarbiasa ^_^ (Kak Diana, silalah pasang lagu latar klasik ' I wanna hold your hands ....' tu okey!) 

Semalam I bekerja macam biasa tapi tak danlah nak mengarang esei harian untuk my blog tercinta ni. Sempat blogwalking setempat aje ~_^ Walaupun I blogwalking separuh nyawa dan sepenuh jiwa, tetap juga tak habis-habis melawat rumah jiran tetangga alamaya. Ada tu sempat buka link je lepas tu terbiar tak sempat baca!

Minta maaflah ya pada kawan-kawan yang I belum sempat singgah bergosip. I ni entah kenapa tetiba busy memanjang di pejabat. Kalau tak busy di pejabat, busy memikirkan 'hari kahwin' (keh3x). Semalam tengahari I dah balik rumah sebab cuti setengah hari. I kan ada lagi baki cuti tahunan yang tinggal nyawa-nyawa ikan bilis tu....

Oh, bukan! Bukan!

I bukan pergi cari pakaian untuk hari kahwin .... 

No, no, no.... 

Semalam I kena hantar anak-anak 'bekerja'. Kan I dah beritahu dalam entri sebelum ni ^_^

And by the way, semasa entri ini ditulis, the only adik kepada pengantin lelaki dah pun selamat sampai ke tanahair. Wah, lenguhlah pipi kena peluk cium maklumlah dah 8 bulan tak jumpa! My sister Ngah tak pergi menjemput kerana si tunang (bakal kakak sepupu kesayangan my superheroes) nak ber'me time' lah kononnya di KLIA tu sebelum keponakan dan kawan-kawan datang menerjah tunang kononnya. Aduh, propa sangat tau (sama je macam bakal mak saudara bongsu ni aka I ler tu ^_^)

Amboi, MD .... taulah semalam tak dapat menulis! Habis semua cerita disumbat selit sana-sini! Cuba cerita satu persatu dengan tenang, barulah yang membaca boleh faham!

Okey, okey...

I nak elaborate satu persatulah ni..... ^_^

Cerita pertama ...

Semalam tengahari I pulang ke rumah untuk ambil anak-anak. Si Bubbly Abangkan bersekolah pagi makanya bila dengar Mommy cuti setengah hari, Daddynya pun berkata-kata mesralah kepada Mommynya ~ terlanjur nak balik rumah apakata ambil sekali anak di sekolah!

Okey, darling! Small matter. I can fetch our beloved son. 

So I pun pergilah ambil anak di sekolahnya ... 

Eleh, ini pun nak elaborate ke, MD? 

Yalahkan, nanti you all tak faham pulak jalan cerita yang penuh bengkang-bengkok ni ~_^

Balik dari sekolah teruslah si Bubbly Abang bersiap-siap sebabnya kami kena rush ke TTDI Jaya. Janji Melayunya pukul 2 petang. Maka kami anak beranak ni pun bukan mainlah tergesa-gesa. I ni bukan boleh tau. Kalau dalam tergesa-gesa tu, bukan kaki tangan aje ligat bergerak, mulut pun boleh tahan sampai duplohlapankali HD suruh 'shhhhhh' supaya  tak memporak-perandakan keadaan!

Tengah leka main tab rembat MakNgah punya. 

Pantang nampak kita nak ambil gambar, bukan main tersengih. Ni nasib baik tak sempat buat aksi 'peace' macam selalu!


Sampai di TTDI Jaya dalam pukul 2.30 petang. Kerana I ni bukan hebat sangat tentang arah tuju, terpaksalah HD yang memandu ke sini. Itu pun berpuluh kali HD explain jalan itu, ini, I tetap jugalah blur. Senang aje I jawab - semua pun entahlah!

Tunggu punya tunggu sampai pukul 4 petang barulah krew sampai! I ni walaupun tak suka menunggu orang mahupun orang menunggu kita, tetap juga boleh sabar. Tapi anak-anak dah penat. Sampai tertidur-tidur si Adik Cute dalam kereta. Rambut dah habis 'diblow'nya sebab nak tidur kena gentel rambut atas kepala! Penat aje I menyiapkan anak-anak dari rumah!

Sebenarnya ada shooting di rumah seseorang tapi I malas nak ke rumah tu dulu menunggu krew di sana. Makanya kami pun berpusing-pusinglah di TTDI Jaya tu tak tahu nak buat apa.   Penat berpusing tanpa tujuan, kita duduk menunggu dalam kereta pulak!

Pukul empat lebih mereka sampai barulah  I anak beranak menuju ke lokasi yang ditetapkan. Dek kerana ramai krew di sana, I tinggalkan aje anak-anak bersama mereka. I dan HD terus ke restoran nasi kandar berhampiran. Dekat 2 jam juga tau kami terpaksa dating melepak kat sini. 


I ni sebenarnya memang tak boleh in tekak ni dengan makanan mamak tapi adakalanya okey aje. Adakalanya tengok restoran pun tak lalu. HD pulak yang terlebih tempatan daripada I tu, semua pun suka. Kalau pergi mamak ni asyiklah nak makan roti naan tandoori dengan kuah kari. Favorite HD tu!

Lepas puas dating melepak suami-isteri, kami ke masjid berhampiran dengan Restoran Aroma Hijrah (restoran nasi arab favorite kami ni tapi malas nak pergi semalam sebab mood nasi arab tak timbul pulak...) untuk solat Asar. 

Selesai solat calledlah dok tanya kalau dah siap shooting. Rupa-rupanya baru selesai satu scene. Ada satu lagi nak kena shoot. Dek kerana tak tahu mana nak tuju, makanya kami teruslah ke rumah yang jadi lokasi tu. 

Dah nak hampir Maghrib jugalah baru selesai. Siap-siap beri my superheroes makan, kami terus bertolak pulang ke rumah. Masuk aje dalam kereta both my superheroes tertidur. Penat sangatlah tu. Si Bubbly Abang tu mana pernah tertidur dalam kereta. Ini mesti kes penat sangat. Yalah, balik sekolah aje terus bergegas ke TTDI Jaya. Si Adik Cute siap berpesan lagi sebelum tertidur tak mahu dah singgah ke mana-mana lagi; dah penat! Kasihan pulak I tengok mereka berdua. I suami isteri pun penat juga sebenarnya. 

Sampai rumah teruslah cepat-cepat solat Maghrib yang agat terlewat tu. Nasib baik jalan tak jem teruk. 

And for the bibik (asal balik rumah aje terus berubah title jadi bibik tau, maklumlah tak mampu nak hire maid katanya.... ), kenalah teruskan rutin mengemas rumah, membasuh pakaian dan menjaga anak-anak dan suami. My superheroes ni sekejap aje letihnya, lepas tu terus aktif melenjan semula. I kenalah 'bertempik kuat'  baru semua pecut baring dan pejam mata. Lega hati Mommy dapat rest awal sikit malam semalam ^_^ Itu yang pagi ni segar aje rasa sampai ke pejabat, siap berkobar-kobar nak menaip entri lagi ~_^

Nah,  I tempek gambar anak-anak buat tatapan!



Oh, ya ... tak payahlah tanya mereka shoot untuk apa ya ^_^ Memanglah I tak akan jawab buat masa ini ^_^

Cerita kedua ...

Err...cerita Abang Afiq, sepupu kesayangan mereka yang baru turun kapal terbang pagi tadi ni nak disambung ke?

Tak payahlahkan...buang space my blog ajelah nak cerita pasal my nephew ni. Hahahah .... (mak saudara tak guna betul ler.... syok sendiri memanjang aje macam dia ramai peminat di luar sana ^_^)

Sebenarnya sejak malam semalam my superheroes dah sibuk bertanya bilalah Abang Afiq ni nak sampai. Si Bubbly Abang bila dikejut bangun tidur pagi tadi terus tanya - 'Abang Afiq dah sampai ke, Mommy?'

Untung katanya si adik sebab dapat spend time dengan Abang Afiq sedangkan dia kena ke sekolah! 

Dalam perjalanan ke sekolah tadi, sibuklah pulak dia bertanya tentang Abang Iwannya pulak. Bila kahwin, bila buat majlis, kenapa kena pergi sampai dua, tiga kali majlis! Eh, Eh, Eh... sibuknya mengalahkan Mommy pulak dah.... 

Yalah, yalah... I tahu apa you all nak komen - Dah namanya anak Mommykan, memanglah ikut perangai Mommy ^_^ 

Cerita ketiga ...

Ni I gatal-gatal tangan tau nak bagi clue baju 'hari kahwin' nanti... Hahahaha....  Silalah bersabar dengan keterujaan emak saudara seorang ni yerk. Tak lama je lagi, overlah semuanya! So, bertahan ajelah yerk seminggu dua ni. Jangan muntah terbelahak banyak sangat. Susah pulak nanti nak mengemop lantai ~_^

Nah, tambah dua lagi tapi I tak tahulah mana nak pakai. Manalah tau kotnya esok pagi ada kesempatan cari pakaian lagikan.... ~_^




Untuk majlis di pihak Ngah, itu nanti-nantilah kita tunjuk. Kalau tidak, tak havoclah hari kejadian nanti ^_^ 

Oh, indahnya dunia menunggu 'hari kahwin' ni nanti! 

 Awat masa I kahwin dulu takdalah terasa gedik macam ni sekali tau! Suci, bersih dan murni aje jiwa raga I masa tu tanpa disaluti sifat gedik melampau ^_^


Okeylah, cukup-cukup sudahlah untuk hari ni. Kita sambung esok!

Oh, esok I cutilah. Lupa pulak! 

Doakan majlis my sister berjalan lancar semuanya ya! Jumpa next Mondaylah nampaknya kita. Ah kak sibuk hujung minggu ni berdandan @_@













41 comments:

  1. Semoga segala apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan sempurna... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Harapnya pun begitulah, Kakcik!

      Delete
  2. Amboi MD semua episod sumbat dalam satu entri. memang hari ni mood segar bugar nampak. Alahai 2 hero dah jadi retis.. minta sain awal2 takut esok tak sempat nak dapat otograf katanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Asal sehari tak keluar entri, mulalah semua idea menggebu-gebu dalam kepala sampai tak tahu nak start kat mana dulu. Hahaha...

      Hari ni mood memang baik, Suria. Setakat nak dengar cerita seram tu takda masalahlah mood nak bertukar kepada kecut perut ^_^

      Mehlah minta autograph kat Mommy mereka aje. Mommy mereka pun celeb juga tau. Hahaha!

      Delete
  3. wahhhh ada sessi photo shoot tu MD bestnye acara apa ni??
    masuk tv ke ni hahaha
    or testing2 utk hari kawin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, itu untuk hal lainlah, KakNoor. Takda kena mengena dengan majlis kahwin abang sepupunya hujung minggu ni. Majlis kahwin tu biasa-biasa aje, sederhana sahaja tapi tau ajelah saya ni kan kalau dah start propa macam artis aje yang nak buat majlis. Kah3x.

      Delete
  4. tak sabar nak tengok MD pakai baju cantik2 tu jgn lupa tunaikan permintaan kaknoor tau haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, KakNoor. Terbeban tau bila dengar request berkali-kali ni ^_^ Saya dah berjanji dengan HD tak akan keluarkan gambar saya mahu pun suami dalam blog kecuali anak-anak sebabnya masa mula-mula menulis dalam blog dulu pun kerana anak-anak juga!

      Gambar majlis dan suasana di hari bersejarah tu nanti tengoklah macamana ya, KakNoor ^_^

      Delete
  5. Biasalah semakin kertu mmg semakin gedik, sebab tu lah cenggitu jadinya.....kehkehkeh....
    Mengalahkan pengantin.....Maklum le nak pakai baju pink campur silver..... tak sabo ler tu!

    Ohhh shooting filem ek superhero 2 orang tu. Nape Kak Ton tak berlakon sekali jadi bibik, mesti tak payah nak casting bagai sebab dah biasa hahaha......
    Eleh....nyampah, tunjuk gambo lepas tu tak mo cerita, baik tak yah tunjuk....

    Biasa le tu ada masa mmg tak selere dek tekak kita, mcm mak hari tu punyalah mengidam nak makan roti canai, ke tosei lepas dah dapat 2 kali udah muak pulak......
    Lunch ni tak tau nak makan apa .....tak masak lagi ni,...makan luar jerlah senang hihi....

    Nasiblah Ngah sporting..... kasi chance depa melepas rindu. Si Afiq tu jenuh doa dalam flight, moga moga Ngah dengan Auntie Noen tak datang KLIA jemput dia agaknya haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah, lawak komen Mak Jilap. Setuju la tu, tunjuk gmbr pastu tanak cerita. Yg penting nampak logo TV Al Hijrah. So lepas ni, kena stay kat TV Al Hijrah je takut terlepas rancangan yg budak berdua tu shooting. Ni utk zon Aulad lagi ke?

      Delete
    2. Kan Lyd.....dah tunjuk gambo pas tu nyorok! Nyampah kan Lyd....

      Kak Tonnn oh Kak Tonnn.....udah udah ler sawan pengantin tunya tu ha....

      Delete
    3. Jiran kita tu Lyd memang macam tu. Kalau masuk sini tak mengumpat kita sepuluh das sekali tembak, memang dia tak nak balik ^_^ Takpalah, sama aje kertunya makanya dia ajelah yang faham betapa gediknya kalau dah kertu ni. Hahaha...

      Eh, orang dah katakan intro aje ni...Ini belum buka cerita lagi nih....

      Nope bukan Zon Aulad lagi....Nantilah 2,3 hari ni keluarlah ^_^

      Delete
    4. Mak ni bukan tak tahu... Kak Ton kalau bercuti aje mesti kerja melambak. Kenalah siapkan kerja dulu walaupun teruja nak meroyan melalak dalam blog, Mak...

      Ish, Kak Ton taulah...Mak memang tau kalau tak nampak Kak Ton bersiaran langsung mesti dan-dan tu juga merindu. I know, Mak....Mak memang sayang bangat sama Kak Ton, jiran Mak yang teroverdose perasan glamour nih ~_^

      Delete
  6. Baru nak tnya shoot untuk apa.potong betullah MD ni tau huhu..

    Adoi tak habis2 teruja gedik besan kita ni..klu anak sendiri mawen macam mana la gayanya ye..baru anak sedara je dah tak lena tidir fikir baju apa nk pkai..anak sendiri haruslah tak tidur memikirkan majlis.hakhak..

    Mana tak tumpahnya kuah kalau taj kenasi..ok2 faham.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah....ini intro aje, PK. Nampak sangat tak baca betul-betul tau. Baca sekali imbas jerk ni. Tak hadamkan dalam kepala. Hahaha!

      Nak buat macamana memang gedik ni makin menjadi-jadi sejak dah tua. Hahaha! Nasib baik juga takda anak perempuan. Kalau tidak, tak dapat dihadamkan langsung nanti tengok kegedikan kita teruja anak nak kahwin tau!

      Delete
  7. Amboi mak retis rupenye patut le hover....hahaha....baju itam tu cantik dik bekenan sangat akak menengoknye...rehat byk2 ye hujung minggu nanti tenaga byk nak pakai....snap gambo byk2 nanti tau bole boh kat sini dapat gak kiteorang tengok....ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... mak retis yang keluar setahun sekali tu.... tak akanlah tak kenal! Hahaha!

      Memang itulah baju yang saya pakai di majlis pihak perempuan. Terpandang-pandang semua orang (lantaklah nak kata perasan ke tidak asalkan kita bahagia gitu...)

      Eh, saya memang pun rehat jerk! Berat tulang ni nak membantu. Tahu-tahu bersiap ke majlis aje macam tetamu VIP gitu ^_^ Nantilah di majlis kakak saya tengoklah nak singsing lengan ke tidak ^_^

      Delete
  8. Bukan main sibuk Mak Busunya jgn sampai tiba masa ada yg tertinggal bila dah sampai dewan. Selamat bercuti dan bergaya sakan di majlis itu. Moga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Selesai sudah majlis akad nikah dan majlis di pihak perempuan. Nampaknya okeylah kak, walaupun ada juga sedikit cacat cela sana-sini. Dah namanya manusia, kita mampu merancang yang terbaik tapi Allah juga yang menentukan semuanya :)

      Delete
  9. Lepas tu diaorang berdua jumpa tak abang kesayangan nya t hari tu..kesian diaorang nak sangat jumpa..rindu sangat dah tu..

    Saya suka warna hitam tu MD..Yang atas nampak biasa2 sahaja..
    jeheheh..marah juga tuan punya baju dah awal2 komplain kata baju biasa2..hahahha.

    Masa baca entry ni saya dengar lagu Kpop..sorry..sorry..sorry!! tajuk dia..ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, mestilah jumpa, Diana! Dah namanya sepupu terapat dan tersayang begitu.... Habis meronda tak ingat balik rumah! Minta nak tidur rumah MakNgah lagi!

      Warna hitam itulah yang saya pakai untuk ke majlis pihak perempuan, dipadankan dengan tudung warna kuning cair. Masa akad nikah saya pakai pink dan purple. Memang kalahlah tetamu yang lain. Hahaha.... silalah jangan percaya 100% bila saya dah ditimpa perasaan yerk!

      Laaa...tak sesuailah lagu latar dengan entri saya kali ni! Pilih lagu lain next time yerk...Kalau entri pengantin nanti bukalah lagu selamat pengantin baru tu ^_^

      Delete
  10. Semoga majlis anak buah MD ni berjalan lancar tanpa apa2 masalah besar ya.. alahai.. semalam dah baca entry ni tp sebab kesibukan yang melanda ni memang terasa tak sempat nak berblog pun minggu ni. Nk lena pun xsanggup rasanya.. kelam kabut betul hidup..eh.. kiranya tumpang stress mcm MD, tp saya stress sebab lain..

    sukala adik ya sebab dapat jumpa abang afiq yang dirinduinya tu.. haha.. ni tandanya MD memang berkenduri sakan nanti ni. Anak2 pasti ada penjaga khas, pasti MD boleh la jalan sana sini ya..

    Belila lebih baju kat atas tu.. bg saya 1.. haha.. xdijemput pun nk minta baju ye? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah dan di sebelah pihak perempuan. Tinggal majlis di sebelah pihak kami pulak. Saya tetap juga tak kena singsing lengan tau, AN. Saya offer nak jaga candy buffet dengan suami. Hahaha....

      Oh, pandai AN meneka! Untunglah saya anak-anak ni ada 'makpak' angkat. Senang hidup Mommynya. Ini pun kalau boleh nak tidur kat rumah kakak saya aje. Saya relalah berhoneymoon dengan suami minggu ni ^_^

      Delete
  11. Huhu lamanya menunggu.

    Ye la.. MD masuk majalah ngan ank2 mana bk bagi tau kita. Huhu sentap tau

    Ops masuk tv eh? Haaa lagi retis. Okey sentap doploh kali !

    Makin segan la LM nk jln sini pasni. Hihi..

    Lama betul menunggu. LM yg baca ni pun letih. Budak2 apatah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada saya masuk majalah, LM. Saya ni perahsantan aje, mana ada glamournya ^_^ Hahaha... Tak payahlah susah hati nak sentap, LM. Buang tenaga aje. Kalau cemburu dengan CT Nurhaliza tu lainlah!

      Ya, ya masuk TV. Tunggulah 2,3 hari ni keluarlah...sepanjang tahun di stesen TV yang sama ^_^

      Delete
  12. Cantiknya abang senyum..nampak gigi comel dia .Wa pun kalau makan kedai mamak mesti order Roti nan ngan tandoori .Ok..baju hitam tu mesti comel ngan MD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah terikut dek keinginan suami tau. Asal pergi mamak minta roti naan. Bukan apa, naklah juga makan sepinggan. Dah lama sangat jadi pengantin ni, lupa dah macamana makan sepinggan merpati dua sejoli. Hahaha....

      Oh, baju hitam tulah yang saya pakai di pihak perempuan. Ikut temalah konon katanya...

      Delete
  13. saya baca entry ni pun semput..haha.terkejar-kejar ye MD..cenggitulah kalau nak jadi mak artis..haha.dah kata jangan tanya, nak tanya gak..rancangan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah pengorbanannya, Sal! Hahaha...nak gelak pun ada bila you all kata mak retis. Kelakar alahai sangat bunyinya ^_^

      Nantilah...kalau dah keluar TV memang akak memekak kat sini suruh you all tengok ~_^

      Delete
  14. Pehhh pehh pehh. shooting apa tuu. Hehehe :p Nani ni kalau kedai mamak ni tengok jugak. Kalau jenis kedai yang bersih masuk lah makan. Hehe. Dekat area rumah ni ada satu kedai mamak dia 24 jam tapi tak bersih. Sejak tu tak masuk2 dah. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah tengok TV malam nanti. Kalau tak keluar malam ni, hari-hari akan datang mungkinlah keluar ^_^ Akak pun tak pasti. Dapat mesej aje bilanya tak tahu. Tapi tahu ajelah Mommynya yang propa ni... anak masuk TV, Mommy yang tukang pukul canang!

      Akak kalau tak bersih tu memang tidaklah jejak Nani.... Seriau akak. Tapi adakalanya hilang juga tetiba seriau tu. Ada satu dekat rumah ni memanglah nampak bersih. Itulah port kami kalau time mengidam mamaknya datang....

      Delete
  15. wah...shooting...artis depa berdua ni kan...hehehehe.....apapun ..setiap majlis perkahwinan sure yang makcik2 havoc melaram...itu je time nya pun nak melaram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SA. Bila lagi nak melaram over-over mengalahkan retis antarabangsakan! Masa inilah... ^_^

      Alahai...shooting berjam tapi keluarnya tak sampai seminit pun! Dua scenes aje sebenarnya!

      Delete
  16. wah glamour lah anak MD lepas ni.. ehh dulu pun dorang ada pergi shooting gak kan.. untuk tv alhijrah klu tak silap...
    nnti war2 kan lah yer.. boleh kita tgk sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, dulu untuk 2014. Kali ni untuk 2016 pulak ^_^

      Belum dapat gambar penuh dari sana. Kalau dah dapat nanti barulah boleh bercerita dalam blog. Almaklumlah Mommy mereka ni memang kekwat tau, habis semua nak cerita ^_^

      Delete
  17. Wah...retis lah anak MD. Glamer kak ton. Baru nak tanya shooting untuk apa. Tapi dah nampak station TV mana tu ☺

    Amboiiii...tak sabar nak tunggu abg afiq dorang tu yerp. Smoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya anak retis suam-suam kuku aje tapi mak retis ni yang propa dan hover memanjang macam dia pulak retis antarabangsanya ^_^ Kesian sangatkan!

      Lepas esok kira selesailah majlis. Malam ni kami berkampung di rumah kakaklah uruskan mana yang patut sebelum majlis esok. Tapi mak saudara pengantin yang vogue ni jaga candy buffet jerk ^_^

      Delete
  18. wah, dah jadi mak retis
    mesti kita akan dilupakan selepas ni...
    mujur waiting list berderet..hehe

    untuk scene sekejab tu pun lama juga diorang shoot ye
    dah beberapa kali juga nampak mereka berdua tu
    tapi sekejab sangat rasanya...

    mujur baca cite ni selepas majlis
    idak mesti rasa nak muntah hijau dengan keteroveran mak sedara pengantin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, sajalah tu nak kasi kita gentar kononnya dia pun ada waiting list ^_^ Suka betul meniru ayat-ayat besan tau!

      Lamalah untuk scene sekejap tu.... 2 jam lebih juga. Macam-macam pose yang ada, yang itu juga diambilnya. Adik Cute sampai geram sebab dia penat main tapi kejap aje scene keluar kat TV. Tak berbaloi! Err...ni Mommynya yang cakap, Adik Cute tak tahu berbaloi tu apa!

      Ada yang panjang tapi saya pun tak tengok lagi....

      Nak buat macamana dah kita ni memang perasan glamour memanjang. Muntah hijau ke, muntah kaler-kaler ke, kita apa kisah. Yang penting bukan kita yang kena mop lantai!

      Delete
  19. pihak produksi yg janji melayu ya . lama tu pukul 4.30 baru sampai . elok je lak dua beradik tu shoot ... nak gak tgk nanti kat tv al hijrah . blh tunjuk kat my kakak , tulah anak MD ... heheheheee ... mak ia . selalunya kan mmg nak bergaya sakan bila anak buah kahwin ... saya mmg suka bergaya ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ada shooting kat tempat lain. Jauhlah kiranya. Kata datang pukul 2 tak silap, makanya saya pun ambillah setengah hari cuti. Saya bukan percaya orang lain kalau membabitkan anak-anak saya ni. Kalau saya tak cuti pun masih sempat lagi pergi kalau pukul 4.30 baru sampaikan...

      Ada lagi promo TVAlhijrah ni untuk sepanjang 2016. Biasanya lepas Maghrib tak pun agak-agak nak masuk pukul 8 malam sebelum berita!

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...