Monday, October 5, 2015

Jerebu menggebu ...

Salam 21 Zulhijjah kawan-kawan!

Ish, ish, ish... mengada-ngada betul tau si jerebu ni! Sekejap menjelma, sekejap menghilang. Tak dan nak tarik nafas lega tetiba menjelma lagi! Kalau IPU baru 200 kita dah rasa sesak nafas, siksa hidup dan terganggu rutin harian, macamanalah gayanya kalau IPU sampai 2000 ya! Serius tak boleh bayangkan tau!

It doesn't matterlah I nak saman you, you nak saman I kerana at the end, memang kita dah sepakat nak jadikan jerebu ni acara tahunan buat beberapa tahun lagi ^_^ Kasihan anak saudara I yang teruja nak masuk acara larian antarabangsa hujung minggu baru ni kerana akhirnya terpaksa jogging setempat dalam rumah aje ^_^ Takpalah, at least dapat juga pakai medal, kan ...

As for my family, memang kasihan sungguh pada anak-anak. Lama dah mereka ni 'dikurung' di rumah. Asal buka pintu aje tengok jerebu bukan main hebat, siapa yang teruja nak berjalan-jalan di luarkan! 

Jerebu ni pun memang pelik betullah. Asal hujung minggu aje bukan main gembira menjelma. Langsung tak dapat kita nak keluar rumah. Masuk hari bekerja, elok sekejap. Sampai hujung minggu, dah start balik datang mengganggu kehidupan seharian tau! Kalau tak silap I ada baca katanya masuk Oktober ni mungkin akan berkuranganlah jerebu tapi entahlah...

Tapi, tapi, tapi dek kerana lama sangat terkurung di rumah, my anak-anak jadi bosan. Asyik merengek ajak keluar. Si Bubbly Abang rindukan shopping mall (hehehe....Mommy pun sama, Abang ~_^) dan si Adik Cute pula rindu nak melenjan di luar. Asyik-asyik dok dalam rumah main Lego dan tengok kartun. Bosan dah!

Makanya, hujung minggu baru ni bila tengok macam takdalah berjerebu sangat, I pun bawalah anak-anak ke taman bunga ^_^ Bekalkan juga face mask seorang satu (kecuali Mommynya yang konon kebal sikit nih...) 

Sampai di taman pun matahari dah terpacak tegak atas kepala tapi takdalah rasa panas membahang; terima kasih dek jerebu yang menjelma antara nak dengan tidak tu. Kalau tidak, jangan haraplah ya I nak bawa my superheroes ke taman waktu tengahari panas macam tu. Tan pulak kulit nanti. Jadi, hujung minggu baru ni dapatlah juga anak-anak bermain sekejap di taman. Lama dah mereka tak ke taman sejak jerebu hadir dalam hidup ni ...

Nama pun budak-budak, asal dapat keluar rumah memang gembira sangat. Kita ni sebagai ibubapalah yang kena mengawal keadaan. Takpalah this time I bagi peluang mereka berpeluh sebab memang lama sangat rasanya tak bawa mereka keluar dek jerebu ni.

Masa di sini pun takdalah nampak jerebu teruk sangat. Bolehlah juga my superheroes ni bersukaria di taman, berlari-larian sesuka hati dan bermain apa mahunya. I pulak yang bermasalah dek memakai kasut baru ke taman. Dah tak pasal-pasal at the end of the day, terhenjut-henjut berjalan. Maklumlah sebelum jerebu menjelma dalam hidup pun I dah lama tak beriadah ~_^ Padanlah muka ^_^



Kali ni terasa macam luas pulak taman bunga ni. Si Bubbly Abang berkali-kali ajak naik  tram, siap bawa wallet lagi kononnya nak belanja kami naik tram. Hai, duit poket tu datang dari mana yerk? Bukan ke duit MommyDaddy juga? ^_^






Ini juga kali pertama masuk ke taman rusa dan kancil. Aduhai... banyaknya alahai kandang rusa dan kancil di sini. Ada tiga ekor aje. Yang lain semuanya ayam ^_^ Tapi tak apalah, yang penting anak-anak gembira pada hujung minggu baru ni walaupun tak dapat nak bawa berjalan-jalan macam selalu. 











Dan seperti kebiasaannya, si Bubbly Abang dan Adik Cute akan ucap terima kasih tak terhingga buat MommyDaddy sebab bawa mereka jalan-jalan ^_^ Lain kalilah ya anak-anak tersayang kita jalan-jalan lagi macam dulu. Sekarang ni memang banyak sangat batasannya nak keluar rumah. Dua hujung minggu akan datang ni memang tidaklah ke mana-mana kerana majlis kahwin yang ditunggu-tunggu dah tiba ^_^
 

 
 






26 comments:

  1. cantik jugak tempat ni..kat mana ni kak MD? amboi, Adik cute dan Abang sporting pulak dok berposing dalam entry kali ni..

    semoga majlis nanti berjalan lancar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana lagi Taman Tasik Perdanalah, Sal. Lama dah tak ke sini. Akak pun pelik bila tengok macam dah lain aje taman ni sejak kali terakhir kami sampai entah berapa bulan sudah!

      Nanti-nanti nak pergi lagilah. Saja bawa anak-anak berjalan hirup udara segar. Itu cerita lepas jerebulah :)

      Delete
  2. Kakak ingatkan salah bagi salam ketuk pintu rumah.
    Nasib baik yg jawab salam dua hero MD. Tahulah tak sesat:)
    Jerebu ni yg susah budak yg nak duduk exam. Bila dicutikan sekolah ada yg merayap bercintan-cintun kat mall. Yg kecik tu sah-sahlah duduk rumah. Jadi kalau sesekali bawa mereka keluar apa salahnya.

    Kakak rasa jerebu tahun ini paling teruk berbanding tahun-tahun lepas sebab hukuman kepada yg membuat silap tak tegas itu yg mereka buat suka-suka membakar. Bukan org persendirian tapi sykt besar yg buat.. nak kata apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak salah, kak! Tangan ni gatal, makanya berubahlah rupa muka bumi blog saya ni ^_^ Itu aje yang pandai. Nak buat lagi awesome, memanglah tak reti...

      Yalah, kerap sangat dah asyik sekolah cuti. Memanglah terganggu pembelajaran especially yang nak kena sit for exam. Kesian mereka. Macam anak saya si Bubbly Abang tu memang senyum lebarlah. Itu pun 14hb ni dah start exam.

      Memang teruklah tahun nikan, kak! Kadang elok, kadang-kadang jadi teruk. Ingatkan masuk bulan Oktober semua akan jadi okey tapi tak juga. Hari ni nampak elok pulak. Kesian pulak bila dah declare sekolah tutup tiba-tiba cuaca nampak elok aje. Rugi sehari belajar!

      Delete
  3. Dah cantik sangat TTP ni berbanding dengan zaman kakcik muda2 belia dulu...

    Eh...panggung anniversary tu ada lagi ke agaknya, ya? :)

    Seronok Abang dan Adik dapat terlepas dari kurungan jerebu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, entahlah Kakcik! Panggung anniversary tu kat belah mana? Luas betul tempat ni sampai saya rasa last time saya sampai sini (berbulan lalu) dengan sekarang pun dah banyak berbeza!

      Tak tahan dah mereka duduk di rumah aje. Ada peluang keluar, asyiklah nak mengikut. Makanya kenalah bawa juga keluar ke taman. Sekurang-kurangnya fresh oxygen banyak juga kat taman ^_^

      Delete
  4. Jerebu pun Nani gigih lagi berjalan jalan hujung minggu baru ni. Hahahha :p Untung budak sekolah cuti dua hari, tak payah ganti pulak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni dah besar takpalah, Nani. Kalau sakit pun sendiri tanggung. Hehehe... Tapi budak-budak ni memang kena kawal sikit. Kalau sakit nanti, makpak yang susah hati over-over! Akak tengok macam elok aje pagi tu, itu yang bawa anak-anak keluar. Bosan mereka di rumah! Tetiba tengok kat signboard ITIS ke apa tu dah 300+ kat area Shah Alam. Alahai....

      Eh, budak U pun untung juga. Boleh aje ponteng kelas kalau jerebu. Bukan kena tunjuk surat cuti sakit pun ^_^

      Delete
  5. Dah lama tak ke sana.. last pergi eerrr.. eh lamalah masa dak Kakak Tadika dulu.. huhuhu.. nangis kejap..
    Bertukar wajah lagi rupa blog ni.. ;)
    Gambar atas tu cantik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I adalah juga pergi tapi berbulan sudah. Kiranya ni first timelah sejak beberapa bulan ni. Kena pulak masa jerebu. Ahah, bestlah tu sedut habuk. Tapikan masa kat sini tak terasalah jerebu tu teruk sangat. Okeylah lagi pemandangan. Sejuk jerk hatinya melihat taman. Keluar aje dari sini, alahai 'pekat' aje nampak pemandangan sekeliling!

      Hehehe...tukar gambar kat header je tu! Teringat masa pergi TTP, teruslah ambil satu gambar untuk buat header ^_^

      Delete
  6. Dah jadi acara tahunan jerebu ni MD..
    Bertahanlah kita dgn toleransi kerajaan yg kata utk menjaga hati jiran..
    Kesihatan kita ni .. jaga lah sendiri..
    Anak2 akak tak main kat luar pun .. dah semput..
    Tak pasal2 ke klinik ambil neb..

    Cantik dah tasik perdana tu MD
    Dah lama akak tak kesana..
    Tu hari pun gi taman burung jer..
    Terserlah kegembiraan hero berdua tu dpt beriadah diluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... Kejap ada, kejap takda. Apa yang pasti kalau hujung minggu aje mesti tebal jerebu ni. 'Gelap' lah ya Shah Alam, CH hujung minggu baru ni. Saya tengok sampai 300 dah IPU!

      Anak-anak saya ni dah bosan duduk rumah aje hujung minggu. Asal kata nak keluar beli barang bukan main suka lagi nak ikut walaupun dapat duduk dalam kereta aje. So, tengok macam okey aje pagi tu, pergilah bawa mereka keluar. Balik rumah semuanya lepak kepenatan. Lama dah tak beriadah di luar rumah!

      Delete
  7. Salam Jerebu Kak Ton.....
    Anak anak mak idak le ke taman katanya, kang kalau ke taman tak ke kelako kitaorg tengok kancil berjemaah haha.....

    Tulah jerebu ni mmg mcm main celup ba pulak, perasan tak, sejak KPM bagi cuti 2 hari mak rasa macam tak le pulak teruk sangat jerebunya..... masa hari Sabtu tu mmg nampak teruk. Mesti mereka menyesal bagii cuti. Gasak le yg penting mak boleh silang panggung kat rumah atau kat mana mana tempaat pun hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerebu dah takda Mak sebab sekolah ditutup. Kalau sekolah buka balik, barulah pakcik jerebu menjelma semula ^_^ Erk, Mak nampak ke jerebu ke tidak di luar sana katanya gelap aje panggung? Hahaha!

      Yalah, anak-anak Mak dan Mak juga dah besar panjang, melebihi tahap umur nak berlari-larian di taman. Lainlah Kak Ton, muda lagi dua, tiga tahun dari Mak. Kah3x.

      Kan, kan, kan! Bila hujung minggu aje bukan main tebal semacam. Nak tengok keluar rumah pun tak lalu apatah lagi nak keluar rumah tengok wayang! Bila hari bekerja/sekolah, okey pulak!

      Delete
  8. pd yg alah pd jerebu mmg tak keruan lah hidup. Lyn salah sorang mangsa jerebu. tak boleh nak bertahan dah. Sbb tu nak kemana bila hujung minggu. Ni bila tak sihat, jawabnya hanya duduk di rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga kami sekeluarga tak ke mana-mana musim jerebu ni. Tak tahanlah bau dan sedut habuk ni. Harapnya cepatlah berlalu musim jerebu ni. Dah jadi acara tahunan dah, macam menanti kedatangan 4 musim gitu!

      Delete
  9. Bebudak mesti la membosan asyik terkurung je camtu....mak budak ape tah lagi....hehehe....cantik jigak taman tu lain kali kalau ke kl bole ajak cik.boss terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mak-mak budak pun bosankan kalau tak dapat keluar (shopping) ~_^ Ni dah diberi cuti dua hari tengok elok pulak cuaca. Jerebu pun kurang. Ish, jerebu ni memang menyusahkan orang tau!

      Cantik dah Taman Tasik Perdana ni. Saya pun terkedu sebab last time datang sini, takdalah pulak nampak cantik macam ni :)

      Delete
  10. Jerebu ni memang halang semua aktiviti luar..ramai yg dok melepak je kat rumah..untunglah abag adik mommy bawak juga keluar ke taman..dh lama memerap dalam rumah mau tak suka dpt keluar jail.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan jerebu dah berkurangan. Tengok keluar rumah macam dah kurang, takdalah teruk sangat. Itu yang saya bawa anak-anak ke taman. Rupa-rupanya minggu itulah jerebu paling teruk. Di Shah Alam sampai paras bahaya, bacaan IPU lebih 300!

      Lama tau budak-budak memerap kat rumah. Memang bosanlah. Nasib baik kita yang bekerja ni tak dapat cuti. Kalau dapat cuti mengejut terkejut macam ni memang best tapi bosan juga sebenarnya. Lainlah kalau dah ada plankan ...

      Delete
  11. Ook dah terjawab persoalan saya tadi.. ok fine.. dah tau header baru ni gambarnya amik masa korang ke sini ya. Memang kami tak pernah sampai ke sini..

    Setujulah dengan MD. Saya pun pernah terfikir gtu masa hari tu, kenapala masa hujung minggu asyik berjerebu je..lepas tu isnin kena cuti.padahal isnin cuti tu cuacanya lebih elok drp sabtu dan ahad tu.. haha.. mcm2 la kan.. rahsia Allah kita tak mungkin faham apa yang sebenarnya berlaku.

    Syokla korang ke taman ya.. yeke bawa face mask ni? Semua gambar tak ada face mask tu? Haha.. nak tunjuk macho masing2 la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu ^_^ Puas mencari gambar yang sesuai nak dibuat header tapi semua pun tak sesuai. Tak cukup ukuran gitu... Yang ini pun terbesar sangat. Tak tahu macamana lagi nak resize gambar ni cukup-cukup molek untuk header blog :)

      Kan.... asal hujung minggu aje jerebu jadi teruk. Tapi bila hari bekerja, okey aje. Kalau tak dicutikan budak-budak sekolah, kesian pulak. Kalau dicutikan rasa macam rugi pulak. Dua-dua pun serba-salah dibuatnya...

      Bawa face mask sorang satu kecuali Mommynya tapi simpan dalam kereta ajelah. Masing-masing tak mahu pakai. Lagi pun kat taman ni takdalah nampak sangat jerebunya!

      Delete
  12. Jerebu paling lama dan paling buruk kot MD. Kesian kat bebudak yang nak periksa. ASyik tangguh jer.

    Kalau gi TTP ni memang letih sangat. Sebab letih berjalan. Beso sangat tamannya. Bebudak relaks jer. Hemak budak dah ketibas ketibus dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sekarang ni nampak dah elokkan. Kalau tidak, gembira budak-budak asyik cuti aje. Yang kesian pada yang menduduki peperiksaanlah.

      Hahaha...setuju sangat! Mak budak bukan suka sangat jenjalan kat taman sebenarnya. Kalaulah pergi petang kotnya terjumpa orang jual pisang goreng, dah tentu bersidai ajelah mak budak. Budak-budak nak melenjan berjam-jam lamanya teruskan ajelah usaha tu. Janji kita dapat bersantai makan-makan di taman bunga. Hehehe!

      Delete
  13. yelah...jerebu memang teruk benor tahun ni kan
    peliknya weekend aje teruknya...pastu elok balik
    menci tau
    kitorang anak beranak pun tjejas juga kesihatan tu
    berapa kali MC bulan ni...gara-gara jerebu
    pastu saya pun baru sedar saya ni ada masalah resdung
    selama ni ingat sakit dekat area muka tu, migraine...hehe

    lama dah tak ke tasik perdana tu
    tempat kancil dan rusa tu azab betul nak mendaki...hehe
    tapi masa saya p dulu, banyak juga kancil dengan rusanya

    memang nampak happy bebudak tu
    berapa lama gamaknya terperap dalam rumah tu
    saya ni jerebu pun kuar juga...pasal tu sakit agaknya...hehe

    gambar adik cute genggam tangan bubbly abang tu, cute lah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Jerebu ni pandai sungguh, berakal bijak tau! Asal hujung minggu aje mencanak-canak IPU naik. Masuk hari bekerja/sekolah, okey aje. Mesti macam nyesal ajekan KPM bagi cuti kat budak sekolah. Jerebu ni memang suka menyakat budak-budak sekolah gamaknya ^_^

      Hah, kalaulah terserempak di TTP, memang I let go anak-anak I dengan anak-anak you kononnya...yalah, mengeratkan ukhuwahlah kononnya ^_^ Manalah taukan betul-betul Adik Cute ngan si Aisyah tatut tu feeling BFF, on lah nampaknya majlis kenduri kahwin kita @_@

      Sepanjang jerebu ni memang saya 'lock up' di rumah aje. Memang kesian sangat. Takutlah nanti kalau berpeleseran di luar, tetiba jatuh sakit. Siapa yang susah? Mommynya juga kena ambil cuti tahunan yang nyawa-nyawa ikan sembilang tu tau!

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...