Makan luar (update lepas taip entri : Lari Tajuk ^_^)

Salam 15 Muharam kawan-kawan!

Semalam tak menyempat nak menaip entri. Sibuk katanya menolong kawan balas komen ~_^

Entahlah ya... sekarang ni memang rasa macam kalau tak menaip entri baru pun takpa. Tak macam dulu-dulu. Kalau boleh, asyik nak membebel aje kerjanya! Semua pun nak dicelotehkan dalam blog. Orang suka tak suka baca, kita tetap suka menulis! Jangan-jangan sindrom malas mengupdate entri dah sampai kot! Maklumlah dah dua tahun jadi blogger katanya. Dah patut-patutlah sindrom tu hinggap selalu ^_^

Takpalah kalau ya pun... bukannya kehilanganmu dirindui nanti, MD!

Berbalik pada topik.....

Errr....tak mahu masuk topiklah! Nak commercial break dulu ~_^

Dalam my blog ni commercial break memang banyak. Tak tahulah mengapa. Mungkin sebab advertiser dan penulis blog ni dari company yang sama kot @_@

Sejak beralih arah mendengar LiteFM setiap pagi sepanjang jalan ke tempat kerja, memories lama mulalah menggamit kembali. Maklumlah lagu-lagu yang ke udara semuanya lagu lama. Mulalah sambil memandu, sambil berangan. Teringat segala kisah lalu. Ini barulah sesuai nak guna peribahasa 'Sambil menyelam minum air', ya tak cikgu

Pagi tadi tetiba aje teringat sesuatu....

Betullah, sebagai manusia ni kita selalu berhadapan dengan persimpangan dilemma (ni bukan peribahasa dik non... ni tajuk lagu tak silapnya!) Selalu aje kena buat pilihan dalam kehidupan yang tidak kekal lama ni. Adakalanya kita terpaksa membuat pilihan yang bukan mengikut kehendak hati.  Acapkali juga kita merasa ragu-ragu dengan pilihan yang dibuat walaupun kadang-kala jelas di depan mata jalan mana yang harus dilalui.

Mulalah I terfikir apa ya yang akan berlaku jikalau ketika diminta membuat pilihan, kita memilih jalan yang itu, bukan jalan yang ini. Adakah jalan yang dipilih itu akan membawa kita ke mercu kebahagiaan, kejayaan dan kedamaian dalam kehidupan yang singkat ini? Apa yang berlaku jika bukan jalan ini yang kita pilih. Apa akan jadi pada hidup kita sekarang? Pada saat kita membuat pilihan, kita tak mungkin tahu apa kesudahan yang akan berlaku pada akhirnya ...

Puas jugalah I berfikir. Kalaulah I memilih untuk terus berjalan ke arah itu, bagaimana pengakhirannya sekarang ini? Apa agaknya yang akan berlaku? Betulkah I akan mendapat apa yang I harapkan di akhirnya? Atau, sebaliknya yang terjadi dan itulah sebabnya Allah gerakkan hati I untuk tidak memilih jalan tersebut?


Bila difikir-fikir kembali, itulah namanya takdir hidup. Ada sebabnya mengapa Allah tidak mendorong kita memilih jalan yang jelas di depan mata, yang mungkin kita kehendaki sangat-sangat. Mungkin ketika itu kita rasakan itulah jalan yang terbaik tetapi harus akur pada sikap manusia itu sendiri, kita bukanlah sesempurna mana pun. Allah jua yang Maha Mengetahui. Mungkin jalan yang kita pilih kini, walaupun bukan yang kita kehendaki pada mulanya, membawa seribu makna dalam kehidupan kita kini ~_^

Tiba-tiba aje teringat pulak tentang kebetulan yang selalu terjadi dalam hidup ~_^ Pada saat ia terjadi, mungkin ia tak membawa apa-apa makna tapi menjadi sesuatu yang bererti dalam salah satu episod hidup kita akhirnya.

Teringat kejadian baru-baru ni. Dalam pada sibuk mengalihkan 'khazanah' dalam handbag ini ke handbag itu, I terjumpa my Maybank passbook. Sekarang ni mana ada lagi buku akaun Maybank tu kan. Lebih mudah menggunakan online banking. Passbook itu pun kali terakhir dikemaskini pada 2009 kalau tak silap. Lepas tu memang tak pernah berupdate sejak I ada maybank2u ni ^_^

HD pun membeleklah buku akaun yang I buka sejak tahun 1999 tu. Kalau tak silap I ada dua akaun Maybank ketika itu. Yang satu lagi lebih awal lagi I buka akaun; ketika masih belajar kalau tak silap. Akaun yang itu telah dibatalkan lama juga sebab sekarang ni mana boleh ada dua akaun simpanan yang sama dengan bank yang samakan. 

Dalam pada kami membelek passbook tersebut, HD pun beritahulah lama juga rupanya I dah buka akaun simpanan ni banyak juga yang disimpan dan dihabiskan! Dibeleknya tarikh I buka akaun Maybank tersebut.

Jelas tertera di situ akaun dibuka pada Nov 9, 1999 (9.11.99)

Tiba-tiba kami berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum .... ~_^

Nak tahu kenapa?

^_^

^_^

^_^

^_^

12 tahun kemudian ...

pada tarikh yang sama ....

^_^

^_^

^_^

My beloved youngest son, Adik Cute telah dilahirkan ke dunia ~_^


Memang satu kebetulan bukan? Walaupun tarikh itu tidak mendatangkan apa-apa erti pada tahun 1999, manalah I tahu selepas 12 tahun kemudian, I akan sentiasa ternanti-nanti kedatangannya ~_^

Sama juga dengan kisah yang I pernah ceritakan dulu dalam blog ini...

I ada banyak email akaun sejak pandai beremail ^_^ Sehinggalah sampai satu waktu I harus memilih akaun email yang mana perlu menjadi prioriti untuk berurusan. Makanya I memilih akaun email yang selalu digunakan ~ hppyrynne2906 (sebutannya 'happyrynne')

'Hppy' tu dipilih sebab I ni memang seorang yang happy go lucky sejak dulu lagi ^_^ 'Rynne' tu definitely half of my nickname di kalangan keluarga dan kawan-kawan rapat. '2906' itu merupakan  my own tarikh lahir ^_^

Nak tau apa yang terjadi selepas bertahun lamanya I created this email address?

^_^

^_^

^_^

Pada 2.9.2006 (2906) my lovely eldest son, Bubbly Abang telah dilahirkan ke dunia ~_^


My email address tu bukanlah sesuatu yang penting sangat dalam hidup I ni tapi sejak tahun 2006, memang tarikh 2906 itu tak pernah sekali pun I mampu lupa!

Semuanya kebetulan sahajakan ~_^

Banyak lagi sebenarnya kebetulan yang I tetiba teringat tatkala mengimbau kenangan silam (dek khusyuk mendengar lagu-lagu lama) tapi yang lain itu biarlah tersimpan dalam memori kenangan I sahaja ya ~_^

Begitulah takdir Allah. Kita ni walaupun katanya bijak, hebat, cantik dan sebagainya, memang tak mampu melawan takdir Allah yang lagi hebat, indah dan tak ternilai bandingannya ^_^

P.S. Duh... commercial break panjang pulak pagi ni makanya idea untuk menulis tentang 'itu' teruslah tenggelam dek idea-idea menulis perkara lain ~_^





 


Comments

  1. Elehhhh.... sajalah tu nak bagi tahu tarikh lahir dia ......nak suh mak hantar kentang 20 kilo ek hihi.... konon konon cover dgn bezday abglah apalah....mcm tak tau muslihat dia.....

    Mak tak ingatlah ada ke tak dgn terkebetulan tarikh ni...maklumlah faktor usia haha.....semua pun dah terlupa....

    Tapi yelahkan kak Ton, setiap jalan yg kita pilih ni semuanya menjadi rahsia Allah. Ada yg kita telah pun merasai hikmahnya dan ada separuhnya sebaliknya. Tapi percayalah Dia mmg sebaik baik perancang.

    Dah berganti rupanya sawan pengantin ek .....jadi sawan malas....nak gi honeymoon jugaklah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, kalau tak beritahu pun tak akanlah Mak lupa? Mak melampau tau kalau tak ingat. Mengumpat tak ingat dunia tetiba tarikh lahir victim umpatan ni yang dia lupa! Cis, bedebah sungguh dapat jiran macam ni tau!

      Tapi.....errr...bila yerk harijadi Mak? Ingat bulan 4 jerk ^_^

      Oh, itu memang biasalah Mak! Kalau dah mention faktor usia tu memang dah tualah. Banyak benda tak boleh total recall katanya. Hahaha!

      Entahlah, Mak... tetiba aje pagi ni mengimbau kenangan silam! Terfikir juga, kalau diteruskan jalan yang dimahukan sangat tu, apalah jadi sekarang... Kekal bahagia ke atau merana badan gamaknya... Allah Maha Mengetahui! Adalah sebabnya mengapa pilihan ini yang 'diluluskan', ya tak?

      Sawan pengantin dah sembuh lama, Mak. Habis jerk bunyi kompang terus baik ^_^ Takut pulak sawan yang ini datang... mestilah Mak orang pertama yang merindui kita. Tak betul ke, Mak?

      Delete
    2. Ohhhhh...... of coz bebeh, goona missed u like sewel.....
      Eh.....kes apa lak yg diluluskan sangat tu kak Ton...cite ar cite ar....

      Delete
    3. I lap you, bebeh! Untung ada jiran yang prihatin dan sentiasa merindui macam ni! Hahaha....

      Eleh, Mak...tak payahlah difikir-fikir kes apanya! Biarlah ia berlalu pergi ~_~

      Delete
    4. Endut lame ler tu.....taunyeee

      Delete
    5. Pepandai aje Mak ni... kalau suruh meneka, memang hebat betul!

      Delete
  2. Wahh tahun 99 ? LM buat buku maybank pun tahun 99 masa memula masuk uitm dulu. Senang ayah nk bg duit kononnya dan paling penting nak alihkan duit ptptn ke acc tu sbb masa masuk tu dorang bg pki acc affin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lama dah ada hubungan dengan bank rimau ni.... Saya dulu pun ada buku akaun supaya senang abah nak masukkan biasiswa FAMA (fathermother). Hahaha.... Lepas kerja buka satu lagi akaun di Maybank tapi terpaksa dibatalkan beberapa tahun selepas tu sebab tak boleh ada dua akaun yang sama dengan bank yang sama. Sebab saya kerja berhampiran Jalan Ampang, maka saya kekalkan yang branch terdekat punyalah :)

      Delete
  3. Kebetulan akan dirasa kalau org yg alert akan sesuatu hal MD. Kalau yg jenis tak ambil kisah dia tak akan sedar pun akan kebetulan itu. Apa pun sebenarnya semua dah tertulis di loh mahfuz Allah kita yg tersedar akan kebetulan itu merasa eh... kebetulan yg kadang buat kita suka dan pasti ada juga yg kebetulannya membawa cerita duka pada seseorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kebetulan tu semua memang dah lama tertulis tapi yalah, masa kali pertama berlaku kita pun tak tahu. Bila berlaku sekali lagi, barulah dapat dirasai kebetulannya :)

      Delete
  4. selamat malam MD aka 'Rynne' wah sedap nya nama
    nak panggil apa ni skrg sbb kaknoor dah tau nama tu panggil Rynne je lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah, KakNoor. Panggil ajelah apa yang sesuai ^_^

      Delete
  5. eh terlupa tadi Rynne beli handbag baru ni ??
    psssssttt brand apa tu haha sibuk jugak kan makcik sorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... perasan rupanya ya! Ingatkan tiada siapa yang perasan tentang handbag ^_^

      Brand biasa-biasa aje, KakNoor. Manalah mampu nak beli hak yang mahal-mahal tu :)

      Delete
  6. Rasa nya semua nya dah tertulis tkde kebetulan sebeno nya kan
    tahun 1999 anak bungsu kaknoor lahir
    memang tahun yg bermakna jugak bagi kaknoor sbb si bungsu ni lelaki
    yang lain semua nya pompuan ( sorry terbuka cerita lah pulak kat sini )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya memang semuanya dah tertulis sejak azali lagi. Cuma bila dua peristiwa berlaku pada waktu/hari/tarikh yang sama, tiba-tiba kita rasa macam ianya kebetulan yang tak diduga akan berlaku!

      Bila difikirkan balik, lama dah rupanya tahun 1999 tu berlalukan, KakNoor *_*

      Delete
  7. Sungguh comel adik cute tu..senyum sampai ke telinga..suratan atau kebetulan ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini bergantung sepenuhnya pada gene makpak. Hahaha....

      Delete
  8. Satu yang kebetulan yang kita tak pernah tahu sebelum tu kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Aiza. Kalau kita dah tahu, bukanlah kebetulan namanyakan!

      Delete
  9. kebetulan..menarik kebetulan MD ni tau..fikir2 saya tak de la tarikh2 kebetulan macam ni..mungkin sebab saya orang yang tak suka nombor..tapi saya suka duit!:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni saya pun tak sangkalah kebetulan ini betul-betul bermakna suatu hari nanti dalam hidup saya!

      Delete
  10. klu mcm tuh senang lah akak nak ingat tarikh semua tuh.. semuanya ada kena mengena even tak jangka kan. Semestinya yg berlaku semua dah tertulis & digerakkan hati kita begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semuanya dah tertulis sejak azali lagi tapi kita ni pun namanya manusia. Bukan tau pun apa yang akan berlaku pada masa akan datangkan ...

      Delete
  11. Haha.. ayat malas menulis blog tu buat saya terasa lak! Ahha. Mood menulis mmg makin kurang sejak tahun ni. Kalau dulu tiap2 hari memang tulis, ni bukan saja banyak kerja tapi mood menulisnya yg takde..

    Peribahasa betul dah tu, tapi tindakan kat situ salah tu..ai bahaya tu boleh mengundang bahaya kalau memandu sambil verangan tu.. nope, jgn buat lagi. Haha.. dah macam anak dara nak kahwin je ni!.

    Eh, unik juga kebetulan yang MD teringat ni.. boleh pulak sama yer? Kagumla .. tak sangka pun ada InsyaAllah tindak tanduk yg kita rasa kebetulan ni semua rahsia kebesaran Allah.. moga kita sentiasa usaha dan doakan yg baik2 agar masa depan kita pun baik2 je jadinya..

    Eh, tak lama lgi birthday adik ye.. lebih kurang sama tarikh dengan papa naim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mood tu tak datang, memang payahlah, AN. Saya pun lately ada juga kena sampuk mood malas ni tapi sebab banyak cerita nak dicelotehkan dalam blog, saya tulislah juga! Nanti kalau tidak ada pulak yang merindu, kan, kan, kan ^_^

      Yang itu biasalah. Memang dah tau salah tapi tetap juga buat sekali-sekala. Kalau dulu lagi hebat, siap mengarang entri dalam kepala. Sebelum ada blog, siap mengarang skrip drama dalam kepala lagi, AN. Hahaha!

      Mulanya saya tak perasan tau tapi bila kebetulan tu terjadi, memang rasa semacam aje. Besarnya kuasa Allah S.W.T nikan!

      Oh, ya... saya dah terbaca entri untuk buah hati, AN tu! Birthday Adik Cute jatuh pada Nov 9 manakala PapaN pulak pada Nov 6, kan ^_^

      Delete
  12. Suratan atau kebetulan tu MD..
    Teringatlah tajuk lagu dulu2..
    Zaman CH muda belia hahaha..
    Tapi skrg dah kilauan emas..
    Udah lupa pulak siapa penyanyi nya.. @__@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah..nama penyanyinya Kenny, Remy dan Martin! Betul tak, CH? Hebatkan saya mengingati nostalgia semalam! Kah3x!

      Saya pun manalah muda lagi, CH. Silap haribulan 2,3 tahun aje kot berbeza dengan CH. Itu yang malas nak berakak bagai :)

      Delete
  13. kebetulan y sungguh betul ni..

    thn 2006 lya lya kawen... usia kawenlya sama dgn umur abg cute,
    hehe

    happy belated birth abg cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Agaknya bila ya tarikh kahwin Lya tu? Kotlah sama lebih kurang dengan tarikh lahir Bubbly Abang ^_^

      Memang kebetulan yang dah tersurat di azali sebenarnya!

      Delete
  14. assalamualaikum
    tuan rumah ada kat rumah tak...nak lepak ni =)

    kenapa entry kali mi banyak cam tajuk lagu
    banyak kali ternyanyi plak tu
    memula lagu nora, persimpangan delima
    pastu kenny, remy, martin..suratan atau kebetulan
    tapi syok juga...sedar2 dah habis baca...hehe

    ooh adik cute lahir sebulan lebih awal daripada aisyah
    happy belated birthday adik cute =)
    aisyah lahir bulan 12...saje aje bagtau...kot dapat hadiah...hehe

    emm banyak benor kebetulan you ye MD
    tapi yelah...semua tu ketentuan DIA kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam! (Eh, dia beri salam ler... ingatkan main terjah masuk jerk tadi!)

      Ada! Ada ni! Tuan rumah sibuk sikitlah tengok catalogue IKEA. Maklumlah hari ni kan IKEA Cheras dibuka ^_^

      Oh, ya ke banyak tajuk lagu? Kalau takda tajuk lagu pun memang kaki karaokekan! Hahaha...

      Nasib baik Adik Cute tua sebulan yerk. Kalau tidak, memang dah dibatalkan perjanjian mak-mak nak masuk meminang! Hahaha...



      Delete

Post a Comment