Melayan kerenah Adik Cute bila makan di luar @_@

Salam 16 Muharam kawan-kawan!

Aha, ini baru betul tajuknya! Sepatutnya semalam keluar entri ni tetiba I sibuk membebel cerita lain pulak jadinya ~_^

Tapi you all dah biasakan, kan, kan! Takdalah terkejut mana, ya tak? *senyum80megawatt*

Walau bagaimanapun, ini bukan entri tentang jalan-jalan cari makan ya ~_^ Yang sebenarnya, lama juga kami meninggalkan aktiviti melenjan cari makan di luar ni. Percayalah, I memang dah rajin ke dapur! Nak up entri masak dan makan-makan syok sendiri, takut pulak chef-chef tersohor yang ada di alam maya ni gundah-gulana pulak tengok keaktifan I di dapur ~_^ Tak gitu, KakNoor?  @_@

Cuma satu ajelah yang membezakan I dengan chef-chef tersohor alam maya ni ~ I tak reti nak snap gambar yang menggiurkan gitu ...

Apa sengih-sengih macam kerang terovercooked ni? 

Ish, kita nak kata gambar-gambar makanan yang menggiurkan dan melelehkan air liur hingga basah tudung! Itu aje... jauh benar nampaknya verangan ~_^

Marilah kita kembali ke pangkal jalan bercerita ya ~_^ Semalam katanya macam takda mood nak menulis tapi tetiba hari ni bila tengok kerja yang menunggu, macam nak menulis duplohlapan entri sehari aje rasanya tau! 

Tengoklah mampu ke tidak ya @_@

Jumaat minggu lepas kami keluar mencari sesuatu. Asalnya nak membeli satu barang ni tapi tahu ajelah kalau dah keluar rumah tak makan di luar memang rasa macam something is wrong somewhere aje tau!

Kita pun pergilah ke port biasa di Tesco Ampang nun ~_^

Plan asalnya nak makan di situ. Senang cerita. Balik rumah boleh terus terbongkang. Tak payah susah hati nak membasuh pinggan mangkuk selepas digunakan. Makanya kami pun buatlah pesanan. Menunya pun sama aje macam selalu kalau kami ke sini.

Biasalah restoran ni kalau peak hours memang sentiasa penuh. Lama jugalah menunggu. Si Adik Cute ni sejak tak berdiaper lagi (yes, my busyuk manja si kecil ni baru aje betul-betul free diapers beberapa bulan yang lalu....) memang sentiasa buat Mommynya susah hati. Si kecil ni tak suka masuk public toilet. Kalau dia masuk, habis semua spender, seluar, baju dan kasut nak dibukanya. Tapi Adik Cute ni spesies tahu malu, maka semuanya nak dibuat dalam bilik air dan di atas riba Mommy sebab dia penggeli! Jangan sampai kakinya terkena air dalam bilik air tu. Mahu merengek tak sudah! 

Jadi untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku di khalayak ramai, sebelum keluar rumah I suruh dia pergi pee siap-siap!

Gambar ni masa hari kejadian makan-makan luarlah ya. Makanan yang dipesan tak sampai-sampai tapi air dah siap dihantar. Makanya Adik Cute pun bukan main sedap menyedut air sirap bandung Mommynya. Ingatkan kami nak berkongsi air tapi bila tengok keterujaannya menyedut air, memang tak sempat rasanya makanan nak sampai air dah lama habis!

Tempat duduk di belakang tu sebelumnya ada satu keluarga duduk makan. Ada dua anak perempuan, lebih kurang baya-baya Adik Cutelah. Bukan main tau my para besan(s), si kecil ni dah pandai main mata weyh!

Kejap-kejap dia toleh ke belakang tengok budak perempuan yang tengah makan tu. Bila budak tu tengok dia, mulalah dia membebel,

Apalah budak tu tengok-tengok Adik!!!

Yang sebenarnya, dia yang sibuk tengok anak orang! 

Bila I sakat dia dengan kata-kata mengusik, mulalah buat senyuman menawan sambil jeling mata...

Amboi Adik... dah pandai tengok gegirl eh!

Mana adalah, Mommy! *sambiljelingsenyummanja*





Bab suruh ambil gambar pun bukan main hebat sekarang ni. Kejap-kejap suruh Mommy snap photo. Macam tau-tau aje Mommy suka tempek gambarnya dalam blog ~_^

I rasa tak lama lagi si kecil ni pandai berselfielah. Makpak tak pandai selfie (Eh, Mommy aje, Daddy sepanjang masa suka berselfie tau!) tapi anak bukan main lagi perasan cute bila minta berposing tau!

Dalam pada dia sibuk menghabiskan air dan aktiviti jeling menjelingnya, tetiba aje mukanya berkerut....

Mommy, Mommy! Adik nak yak!

I pun apalagi bila mendengarnya! Lintang-pukanglah nak bawa dia pergi bilik air. Tapi si kecil ni tak mahu. Dia tak mahu buat kerja dalam public toilet! 

Makanan yang dipesan tak sampai lagi. Si kecil ni pulak dah terkinja-kinja atas kerusi merengek. Akhirnya HD surrender bawa anak masuk kereta. Disuruhnya I tapau aje makanan yang belum terhidang. Bubbly Abang yang sejak awal tak banyak cerita, teruslah mengeluh.

Yalah, dah pukul 8 lebih, kami masih belum makan malam. Kalau di rumah ni pukul 7 malam dah selesai dinner! Abang kata perutnya dah lapar tapi nak buat macamana dah adiknya terkinja-kinja nak membuang!

Nasib baik jugalah makanan cepat dibungkuskan. I pun terus bayar dan meluru ke kereta dengan Bubbly Abang. Hancur, punah, berkecai harapan nak masuk Tesco lepas makan tau!

Sampai di kereta I pun tanya pada HD apa cerita si kecil tu....

Elok aje dia bermain dalam kereta!

Tak jadi yak ke, dik?

Tak! Tak jadi!

Tension weyh! 

Ini bukan kali pertama. Dua hari berturut-turut dia buat hal yang sama. Selama ni memang tak pernah lagi dia terasa nak membuang bila kami keluar berjalan. You all yang ada anak kecil sebaya Adik Cute ni ada idea ke nak buat apa kalau terjadi situasi macam ni? 

Nak bawa masuk bilik air, memang tensionlah. Bertukar jadi bini Tarzan Mommynya ni tau. Seboleh-boleh dia tak mahu jejak kaki ke lantai bilik air dan pada masa yang sama semua pun dia nak buka! Dahlah Mommy ni hampir menjurus ke peringkat senior citizen tetiba bila bab kena sama mencangkung mahu pun meriba anak dalam tempat sempit. Terus menggeletar kepala lutut dan cramp segala sendi ^_^ 

Itulah, I dah kata banyak kali tapi you all asyik nak tanya soalan cepu lempang tau.... 

Inilah anak bongsu I ya! Takda repeat statement lagi dah! Tak mainlah nak beranak kecil lagi ~_^ Lainlah kalau jiran sebelah ah kak nak jadi godmother dan tolong jaga siang malam bagi ah kak rehat! Itulah sibuk betul ajak sama-sama hantar anak pergi tadika 5 tahun akan datang! 

Ishhhh.....tak kuasa sungguh nak melayan permintaan ikhlas dari jiran yang prihatin macam ni tau ~_^

Eh, tetiba pulak jiran sebelah yang kena! @_@







Comments

  1. memang masaalah tu MD..anak sedara acik ada anak umur 5 tahun..begitu juga la..dah dihantar ke tadika...sepanjang disekolah dia tahan..pi rumah transit pun tahan..sampai tunggu balik rumah..susah hati mak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni kalau keluar lama-lama memang inilah masalahnya, Acik. Kalau dia nak pee, boleh naik angin kita dibuatnya. Habis semua nak dibukanya lepas tu tau malu pulak. Kena buat dalam bilik air yang sempit dan basah tu. Menyirap jugalah darah kadang-kadang!

      Tahun depan nak sekolah tak tahulah macamana!

      Delete
  2. Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Ha3 Adik makin cute. Gitulah MD. Anak2 KA pun sama juga kalau kat luar mmg dier tahan nak buang segala ni. Sampai je rumah macam lipas kudung masing2 masuk rumah nak buat projek he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu, KA! Terima kasih ya berkesempatan singgah ke entri ni ^_^ Anak-anak macam tulah ya, KA. Walaupun hati adakala rasa nak marah, bila tengok muka suci bersih mereka ni terus hilang segala amarah!

      Delete
  3. Eh????? Apasal nama mak yg naik ni.....Mak pulak yg nak kena jaga tambi jiran pulak memalam ni. Kalau dara mak naik camne? Mak ni dahlah kilauan.....

    Yelah .... sajalah.....nak kasi jiran sebelah putus urat punggung 3 kali jugak hahaha.....Mana aci urat mak sorang yg putus lebih.

    Huh sama jerlah perangai anak dgn omaknya tu. Omaknya, bukan ke tak mau masuk public toilet jugak ? Kan sendiri dah susah, tak boleh nak membongkang kat rumah balik jenjalan.

    Next time cuba bawak wet tissue or sanitiser sebelum nak kodok hajat tu, so kalau adik sakit perut, tak delah susah nak kena balik rumah pulak kalau emergency cenggitu . Cleaner pun happy sebab ada pembantu hihi...

    Tak sangka weyh HD pun suka selpie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, habis tu nak 'naikkan' nama siapa? Bukan ke Mak yang beria-ia nak tengok Kak Ton hantar anak pergi tadika 5 tahun dari sekarang? Kenalah Mak bertanggungjawab sama jadi godmother! Eleh, setakat tolong jaga baby tak akanlah putus urat punggung! Katanya awet muda. For surelah urat-urat tu semua pun awet muda juga!

      Pandai Mak! Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke pinggan nasi ya tak, Mak? Jadinya tak bolehlah Mommynya nak naik angin sangat. Kang ada yang kena letuk! Itu Mak tak tengok macamana si Adik Cute ni kejap-kejap nak terkencing masa dalam perjalanan ke KT. Urut dada menahan sabar Kak Ton, Mak...

      Memang wet tissues tu memanjang ada dalam handbag Kak Ton, Mak tapi anak Kak Ton ni cerewet yang amat! Kak Ton nak suruh dia kencing dalam botol aje. Tak mahu pulak! Hahaha!

      HD memang rajin selfie. Lepas tu agak-agak handsome je gambar teruslah nak jadi gambar profile tau. Jangan tak tahu rahsia keluarga Kak Ton nih... ^_^

      Delete
  4. ai sekarang tengah cuba dekat dak Nuha.. cuma sebab kami jarang makan dekat luar so belum ada pengalaman macam tu lagi buat masa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat kat rumah tu okeylah lagi, Aiza. Tapi kalau kat luar rumah tu memang boleh buat menyirap darahlah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Nak buka semuanya habis. Lepas tu penggeli pulak tu. Memang sakit jiwa raga kalau dia nak terkencing di luar rumah!

      Delete
  5. hahahaha..sama jugaklah dgn anak2 saya kak oi...geram jugak kdg2 tu..kt rumah xnak pulak membuang, ni time nk makan, time tgh makan, time tu la dia nak membuang..stressed mak pak nk makan..huhuhu..

    (lamanya saya x update blog kak oiiii..baru update minggu lepas, ni nk JJCM ke blog kengkawan mane yg sempat pulak..hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekata kalau ada anak kecil ni, memang lebih kurang samalah pengalamannyakan, Sue. Nak buat macamana. Nak dimarah sangat pun nama pun budak-budak. Kalau orang tua macam kita ni memang patutlah kena lempang selepukkan kalau buat perangai gaya gitu ^_^

      Akak pun sibuk sekarang ni Sue. Celah belum aje melawat blog kawan-kawan. Hajat hati nak melawat semua tapi tak terdaya sungguh. Nanti-nantilah ya akak datang ke sana bila berkesempatan!

      Delete
  6. Alahai comel nye adik skodeng awek meja belakang....tapi part masuk tandas tu tak berapa nak comel sangat...hahaha...tapi sesekali kasi mamanye kerja lebih ape salahnye....kuikuikui....betol tak mak okje? Wakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii... sekarang ni memang boleh tahanlah kalau bab skodeng anak dara orang ni! Entah belajar dari manalah ilmu tu agaknya. Daddynya kot ^_^

      Mommynya kalau bagi kerja lebih masa mulalah darah cepat naik. Itu masalahnya. Bila darah naik, kecohlahkan!

      Delete
  7. memang masalah besar tu..masuk kedai makan sibuk nak membuang..setakat ni anak2 saya memang kalau sebelum keluar saya paksa buang apa yang nak dibuang..hahhha..kejam giler...ekekek..nak buat cemana..diaorang pun macam adik jugak la..tak suka masuk tandas awam..lagi2 kat restoran..keluar je tandas kompem semua tak lalu makan./..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga. Selalunya si kecil ni berjam-jam tak pee takpa tapi dah dua kali keluar kejap-kejap dia nak pee. Nak pee pun tak mahu masuk bilik air public tu, geli kononnya. Kalau paksa masuk, itu yang semua pun dia nak buka. Suruh diri atas toilet bowl tu tak mahu pulak. Dah bilik air basah, mana lagi nak letak dia dan buka semuanya! Dush! Memang geram betul tau!

      Saya pun tak suka kalau pergi makan masuk public toilet. Hilang terus selera nak makan!

      Delete
  8. Haha.. kisah adik ni kelakat tau. Tau2 aje MD ramai yg nk mengusik suruh tambah anak ye.. haha.. kang dah tua nanti menyesal tak nak tambah masa muda tau. Haha baik tambah sekarang juga.. sementara tak tua mana tu.

    Ai.. mujur gak kalau kat luar suami saya yang layan budak berdua tu ke tandas.. terima kasih pd cikgu naim yg ajar bezakan tandas boys dan girls. Jadi selamat kebanyakan masa, serahkan pada papa diorang utk urusan ke tandas. Naim ni terutamanya, dia jenis yang selalu sangat ke tandas tapi memang dia membuang pun.. pada masa kita tengah makan.. memang la pada mulanya.. hihi.. tak nak sambung. Adik ok lagi, jarang ke tandas kalau masa kami makan.

    Banyak ragam masing2, nati jadi hiburan kita di masa tua.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya dah kata tapi tak nak percaya. Saya ni memang dua ajelah anak yang ada, AN. Takda tiga, empatnya lagi. Kilang pun dah kurang berfungsi maklumlah usia pun dah hampir mengejar jiran sebelah! Mana ada mudanya lagi! Awak tu lainlah, boleh tambah 2,3,4 lagi ^_^

      Nasib baik tau kalau suami rajin melayan anak. Saya tengok adik lelaki saya ajelah. Rajin sungguh layan anak-anaknya. My nieces pun sama, semua suami yang buat. Tapi dengan HD tidaklah. Setakat tolong tengok-tengokkan bolehlah. Kalau lebih-lebih buat in public, memang nak kenalah isteri mithali ni!

      Saya pun tak sukalah masuk tandas bila makan di luar. Baik sebelum mahu pun selepas makan. Rasa nak keluar balik segala makanan yang dah dimakan. Kalau belum makan, terus hilang selera tau!

      Betul tu, AN. Kalau difikir-fikirkan memanglah akan jadi kenangan terindah bila kita 'ditinggalkan' anak-anak bila dah tua nanti!

      Delete
  9. nasib baik Abang tu penyabar..kalau anak sedara saya confirm dah membebel tak sudah kalau adik dia buat perangai..haha. amboi adik, gila selfie? tu macam perangai kakak mertua ku je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sebenarnya dah lapar sangat. Selalunya kalau masak di rumah, sebelum pukul 7 malam dah makan. Adik punya pasal, memang tak boleh nak buat apa. Kenalah tahan walaupun lapar sangat dah katanya!

      Itulah sawan jiran sebelah agaknya, Sal. Terjangkit pulak kat anak-anak akak ^_^

      Delete
  10. amboi perasan betul si adik yerkkk... kemain dia perasan org tu pandang2 dia..
    cute.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dua menjak ni memang perasan macam semua orang suka tengok dia. Samalah seperangai dengan Daddynya. Hahaha!

      Delete
  11. Masalah besar tu MD bila sekolah nanti..
    Dibuat nak balik rumah jugak nak yak..
    Ahhh paroh.. adik cute ni..
    Kena didik juga tu MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengah fikir macamana nak buat. Tapi kalau kat tadika ada bilik airkan, cikgulah yang pitam melayan nanti. Tapi cikgu tadika ni biasanya penyabar sikit kot ^_^ Sajalah nak sedapkan hati. Kalau tak sedap hati nanti, mahu tak bersekolah pulak anak saya ni. CH ~_^

      Delete
  12. hihi,..dia selesa yang kat rmh jer tu..
    hihi..mcm2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni begitulah. Kalau nak pee, okey lagi, Lya. Kalau dia nak buang air besar, itu yang masalah negara tak jumpa lagi jalan penyelesaiannya. Macam kes 1MDB tau ^_^

      Delete
  13. eh anak saya pun samalah MD
    tapi tidaklah sampai tak mahu langsung membuang kat public toilet
    cumanya toilet tu kena bersih
    jadi keja saya ni nak kena jadi cleaner semata nak suh anak membuang
    diorang geli kalau tengok kotor
    daripada balik rumah, so saya bersihkan aje lah tempat yang diorang nak membuang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkinja-kinja dia YY kalau saya tak benarkan buka semua sampai habis. Saya ajar dia buka zip seluar aje lepas tu pancut sudahlah... Tak mahu. Gelilah kononnya. Nak suruh kita riba lepas tu terjerit-jeritlah takut kaki tu terkena lantai bilik air yang basah! Stress sungguh!

      Delete

Post a Comment