Friday, October 30, 2015

Muzium Negara : Pameran Racun & Bisa

Salam 17 Muharam kawan-kawan!

Duh, penat tau watermark gambar yang ada walaupun tak banyak mana! Selalunya guna picmonkey untuk edit dan watermark gambar yang ada tetapi entah mengapa sejak dua hari lalu tak boleh digunakan pulak! Terpaksalah beralih arah ke photo editor yang lain!

Yang sebenarnya entri kompang belum tamat lagi tapi sebab malas nak watermark gambar dan sawan pengantin pun dah sembuh, makanya lama lagilah kot nak sampai ke penghujung ceritera ^_^ Biarlah cerita kompang tu tergantung dulu ya ^_^

Baru-baru ni memandangkan jerebu sudah tiada di mata dan hati, makanya kami pun bawalah anak-anak keluar rumah. Pergi makan-makan dan yang paling penting untuk memberi mereka ruang kebebasan sebab sudah lama mereka terperuk di rumah dek jerebu!

Kali ni kami kembali ke Muzium Negara untuk menyaksikan Pameran Racun & Bisa yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2015 nanti. Masih sempat ya kalau ada di kalangan kawan-kawan yang nak bawa anak-anak ke sana esok ^_^

 


Sebenarnya pameran ini sudah lama berlangsung tetapi kami ni kalau lalu di depan Muzium Negara, memang takda hati nak singgah setakat nak melawat muzium aje!

Kali ini pun tanpa diduga tetiba HD ajak singgah tengok apa yang menarik selepas pulang dari melenjan. Anak-anak pula bila kata ada ular, ada kala jengking, ada semut api dan lain-lain, bukan main teruja nak pergi tengok. Begitu juga Adik Cute. Sangat berbeza perasaan teruja mereka ni jika dibandingkan dengan kali pertama kami bawa mereka menyaksikan pameran di Muzium Negara.

Masuk ke pameran ni percuma sahaja ya. So, memang kenalah pergi tengok-tengok apa yang ada!

I malas nak berceloteh banyak sebabnya penatlah mengwatermark gambar yang tak seberapa ni. 

Kita tengok gambar ajelah ya ~_^




My superheroes memang tersangat gembira di dalam ni. Suara mereka dua beradik aje yang kedengaran. Si Adik Cute tu sebab terlalu happy berlari ke sana-sini tanpa rasa takut macam dulu. Habis semua yang ditengok dikatanya 'Oh, Wow!'








Macamlah 'wow' sangat. I tengok biasa-biasa aje pun ....





Yang paling ngeri bila tengok ni aje. Geli yang sebenarnya! Yang lain-lain tu no hal pun, langsung takda debaran dapdupdapdup dalam hati tau 



Lepas tu kita tengok ikan pulak ~_^






Habis dah cerita. Tak sampai 30 minit dah habis kami melawat Pameran Racun & Bisa ni...




Yang penting bila ke mana-mana, anak-anak rasa puas hati dan gembira. Ingatkan minggu ni nak naik ETS pergi Padang Besar, nasib baik tak jadi ^_^ 

Esok dah hujung minggu, kita jumpa next Monday ajelah ya. 

Dengan ini tamat sudah entri untuk bulan Oktober. Bertemu di bulan Novemberlah kita hari Isnin nanti ya ~_^ 


     

































 

 


41 comments:

  1. Wah...dah sampai ke Muzium KL....awal bulan 10 lalu.....lalu jer tepi Muzium...tak sempat singgah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium ni kalau takda pameran, saya pun takda hati nak singgah, Fida ^_^

      Delete
  2. kalau ai, anak2 biasa je.. yang 'wow' lebih mak budak.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Aiza kalau mak-mak yang terover teruja. Saya pun kadang-kadang macam tu juga. Saya aje yang 'Oh, wow!' duplohlapankali. Anak-anak dan suami rileks aje sambil tengok kita macam apa!

      Delete
  3. picmonkey tu, dia dah update adobe flash dia..saya pun dah tak pakai yang tu, sy guna Pizap sekarang. senang la jugak.

    http://www.pizap.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah bolehlah pakai. Kat pejabat ni susah sikit. Nak update apa-apa mesti nak melalui administrator. Tak kuasalah nak merayu bagai! Akak guna Ipiccy.com, Sal. Quite okey juga. Yang penting senang nak guna!

      Thank you yeah beritahu tentang photo editor yang satu lagi ni. Akak ada juga cuba guna!

      Delete
  4. kalau saya gi sini mesti akan sesuka hati bergambar bawah bunga-bunga dan labah2 besar tu..tapi kat pameran ular dalam botol tu confirm sy jalan laju-laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni sendiri jarang selfie, Sal. Tapi kalau nak tahu rahsia sang suami kitakan memang suka betul snap gambar diri sendiri ^_^ Sebab itulah akak guna model anak-anak untuk memeriahkan suasana majlis...eh...suasana blog dah akak sendiri malu-malu kucing jantan nak tempek gambar sendiri! Akak memang lain spesies dengan MakJilap!

      Delete
  5. MD, rasa mcm dah komen tapi tiba2 dh hilang. Xpelah komen lg sekali . Adik pun baru balik dari muzium alam sekitar di putrajaya. Citer pun x abis2 lag ni... baca n3 ni teringat nak wat citer Adik kena kiss dgn semut luar biasa dlm n3 . he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA, rindunya kat KA ni tau! Lama sungguh tak datang bertandang ke rumah kita!

      Eh, muzium alam sekitar kat Putrajaya tu celah mana pulak, KA? Tak pernah pulak rasanya saya mendengar. Ni yang nak google ni. Rasanya setakat Putrajaya tu semua kami anak beranak dah cover ^_^

      Delete
  6. Seronoknya adik dan abang dan jalan-jalan.

    kakcik ni pintu masuk ke muzium tu pun kakcik dah lupa kat mana. Zaman2 remaja dulu, pergi muzium lepas dating kat Tasik Perdana! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka berdua ni Kakcik kalau dapat keluar rumah memang seronok memanjang. Ucap terimakasih berbelas kali. Macamlah tak biasa. Ish, saya ni anak-anak ucap terimakasih pun nak komplen! Apalah...

      Hahaha...Kakcik ni memang kelakar tau! Taulah dah lama tak masuk muzium. Kalau ikutkan saya pun malas nak masuk muzium lagi Kakcik. Saya pun bukan minat sangat. Tapi untuk anak-anak, semua pun perkara baru bagi mereka. Berilah mereka peluang merasai pengalaman itu ^_^

      Delete
  7. hehe.. gantung kompang dulu ye.. nnt ada mood baru sambung balik..

    geli tengok ular dgn ulat gonggok tu.. hehe..
    masuk muzium negara masa kecik2 je.. lama x masuk, selalu lalu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal... kompang dah habis dipalu tapi cerita takda ending lagi ^_^ Nanti-nantilah ya kita sambung!

      Sebenarnya memang geli. Lebih-lebih lagi ular yang dah kena 'frozen' tu ^_^ Masa nak keluar dari pameran ada tunjuk jenis-jenis serangga yang dijual sebagai makanan di Thailand. Aduhai... saya pejam mata aje terus keluar!

      Delete
  8. Mak kan Kak Ton, rasanyalah... kalau 20 x lalu kat muzium, belum tentu sekali mak singgah kecualilah mak diberitahu Kak Ton ada kat muzium ....

    Sanggup tau mak datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, mak tengok exhibit ke nak tengok jiran..

      Delete
    2. Mak biasalah memang tak mahu belajar tentang sejarah lanun ni semua! Eh, apalah termerapu pulak! Sorry eh, Mak... Kita tak kata pun Mak keturunan lanun tapi semua orang Johor keturunan lanun kan, Mak? Kah3x!

      Mak memang suka nak skodeng kita tau. Takut sangat kita terlebih awet muda daripada dia. Jangan takutlah, Mak! Rupa Kak Ton sebiji macam langsuir ^_^

      Delete
  9. Bujang cilik tu tak geli pulak tu MD. Sengih tak sudah. Seronok sangatlah dia kan dapat explore semua tempat.

    Kakak rasa dah berpuluh tahun kakak tak jejak sana tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja, kak! Bukan main kuat suara si kecil tu kat dalam ni. Si Abang pun sama juga. Asal ramai orang aje dia start speaking London. Kalau tidak elok aje cakap BM. Hahaha!

      Saya ni kalau tak kerana anak-anak, memang tak jejak juga Muzium Negara ni, kak!

      Delete
  10. 30 minit je..ni sah2 memang jamu mata je la..baca2 nya tidak..kan??/hehehh..Tak takut pulak budak berdua tu.bukan kalau masuk muzium2 ni ada je yang mengelabah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai Diana meneka! Ingat saya ni peminat sejarah ke? Takda maknanya! Setakat bawa anak-anak tengok pameran pun. Baca pun tak sempat, Diana... Laju-laju tengok, laju-laju snap photo dan laju-laju keluar! Habis dah!

      Kali ni bagus pulak. Takda siapa yang menggelabah. Elok aje mereka berdua terjerit terpekik berlari dalam ni. Mommy mereka pun elok aje terpekik sama ^_^

      Delete
  11. selamat malam MD oh wowwww!!!
    awat kejab sngt mcm tk puas je tengok pameran tu
    mesti dh letih mengwatermark gmbr kan
    oklah jumpa lgi bln depan ya kbaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya reply komen ni hari dah petang, Kak Noor. Saya ni baru kekenyangan makan tengahari ^_^

      Memangnya saja jalan-jalan 'tengok' pameran! Bukan nak ambil tahu pasal apa pun! Hahaha...Itu yang sekejap aje dah habis keliling satu pameran! Snap,snap terus jalan. Baca pun tidak!

      Delete
  12. rindunya dengan super heroes MD:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindunya saya dengan Anim juga ^_^ Lama tak dapat menyinggah ke sana Anim dan tuan punya blog pun nampaknya lama juga menyepi ya!

      Delete
  13. saya baca dan scroll sampai bawah kot2 ada terselit gambar berkenaan entry di atas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri yang mana tu, Anim? Tak payahlah susah-susah cari rupa paras, MD ya. Memang hampalah jawabnya ^_^

      Delete
  14. sy belum berjaya lg menjejak kan kaki ke muzium negara....selalu lalu jer....setiap kali lalu...setiap kali tu jugak la ckp nk g muzium.....bila ckp kt kengkawang nak ajak diorg pergi...diorg gelakkan sy....hahahahhha...tp sy memang suka pergi muzium....sy suka tgk pameran.....pastu leh tmbh byk ilmu yg mungkin kita xpernah terpikir pun....mungkin satu hari akan ku jejak jugak kaki ke sana hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu kalau bukan peminat sejarah, muzium ni tak termasuk dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi! Akak pun sebenarnya bukan minat sangat tapi sebab anak-anak, bawalah juga. Nanti dah besar tak kenal muzium pun susah jugakan! Hahaha...

      Akak kan kalau tengok pameran yang gitu-gitu memang sekilas pandang aje. Janji masuk, janji ambil gambar anak-anak di pameran. Apa motif pergi pameran pun tak tahulah ^_^

      Delete
  15. zaman kekecik dulu jer pgi muzium negara ni. Klu skrg ni di beri pilihan mmg tak pergi kot. baik pg shopping mall. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan kerana anak-anak, akak pun tak masuk dah muzium ni, Lyn. Lebih baik kita mengukur jalan sejauh pandangan, ya tak?

      Delete
  16. Semut kayap tu..
    Kalau gigit orang tu boleh dpt kayap ke MD..
    Ada info tak mengenai semut kayap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya main snap aje gambarnya, CH. Info pun tak baca. Entahlah kenapa namanya semut kayap. Semut boleh menyebabkan kayap ke? Hehehe...

      Delete
  17. Aduh md .. Tgk ular tu terus berpinar rasa mata. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gerun bab ular tu walaupun dah masuk dalam balang macam tu. Geli sebenarnya... Laju-laju aje snap lepas tu terus jalan ke tempat lain!

      Delete
  18. seronoknya..
    cnfirm hero2 mD teruja n seronok..
    siap ade replika semut gergasi mcm citer honey i shrunk the kid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang mereka berdua seronok sangat, Lya. Kali pertama masuk tengok pameran dulu bukan main lagi si kecil tu menangis takut gelap katanya...

      Itu yang buat budak-budak ni suka. Macam-macam serangga ada dalam ni!

      Delete
  19. Haha.. saya kalau tak dipaksa tidakla saya masuk pameran macam ni.. terfikirkannya pun macam rasa geli dan agak takut nak tengok.. haha.. syabasla budak dua beradik ni masuk juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab racun dan bisa dan serangga tu okeylah. Tapi bila tengok ular tu saya dah hilang selera. Hahaha...macam betullah hilang selera. Balik rumah tetap juga elok menjamu selera!

      Delete
  20. ada keinginan nak pergi hari tu
    tapi papa diorang tak suka, tak ada keja katanya p tempat camni
    hancur harapan anak bujang yang suka benda gini
    dia nak tengok dewa apa tu hak yang ada ular banyak kat kepala tu
    haritu dia ada nampak dekat mana entah

    tapi rasanya kalau bawa aisyah...mau menjerit aje dalam tu
    dasar penakut. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau dah driver tak mahu pergi nak buat macamana! Kenalah redha dan mendengar kata, ya tak?

      Kali ni takdalah tempat pameran tu gelap sangat. Si Adik Cute pun tak menjerit ketakutan langsung. Teruja adalah... lari sana-sini teruja nak beritahu kita apa yang dia nampak! Suruh snap foto lagi banyak-banyak ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...