Monday, October 19, 2015

My Precious Flowerboys ^_^

Salam 6 Muharam kawan-kawan!

Yeah, Kak Ton dah kembali ke alam nyata nampaknya ~_^ Hari ni walaupun nampak jerebu semacam jerk, hati Kak Ton ni langsung takda jerebu tau. Tangan Kak Ton pun dah mengalahkan pengantin baru, penuh corak inai ^_^ Baru hari ni pulak Kak Ton terasa malu bila tengok tangan sendiri dah macam pengantin baru. Nak isi minyak pun siap cover lagi jangan sampai ada orang yang perasan. Hahaha!

Bermula dari semalam, sawan pengantin Kak Ton pun dah berjaya diubati. Hilang dah sawan. Tinggal semput jerk ^_^

Makanya, janganlah bimbang Kak Ton akan melatah over-over selepas ni. Maklumlah, Kak Ton sedar keponakan Kak Ton dah semakin membesar dan bertambah ahlinya, maka kenalah Kak Ton behave sesuai dengan usia ada kukisah dah kertu ni!

Alhamdulillah! Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah! Banyak kisah di sebalik tabir tau. Kisah-kisah majlis yang berlangsung tu entah bilalah boleh up entri. Sebabnya... nak tau tak apa sebabnya?

Kak Ton sekeluarga tak dapat bergambar pun dengan pengantin! Pertama sebab Kak Ton pening ramai tetamu lagi pun Kak Ton ni pemalu, down to earth, low profile orangnya ^_^ Kedua, lepas aje jadi playboy flowerboy, Adik Cute buat hal melalak tak mahu itu, tak mahu ini. Nak ajak naik bergambar di pelamin pun tak mahu! Terkehel dah tangan Kak Ton ni dia bantai nak berdukung sampai dibawa pulang ke rumah oleh Daddynya. Hancur hati tau tak dapat naik pelamin anak beranak ^_^

Makanya, terpaksalah Kak Ton redha dengan takdir ni... Huhuhu ....

Tapi, yang sebenarnya Kak Ton dan suami dah selamat 'bersanding' di atas pelamin dan 'makan beradap' berdua-duaan sebelum majlis bermula! Tapi gambar eksklusif tu of courselah tak masuk blogkan. Kata dah berjanji sehati sejiwa tak mahu jadi selebriti gitu. Hahaha!

Nak tahu apa jadi pada candy buffet yang Kak Ton jaga?

Nanti-nantilah kita cerita erk.... ^_^

Nak tahu apa jadi bila Kak Ton ligat nak berinai sama?

Nanti-nantilah yerk...Kak Ton tengah semput ni walaupun Kak Ton tak buat kerja membanting-tulang empat kerat pun masa majlis berlangsung ^_^

Nak tau apa lagi 'tragedi' yang berlaku pada Kak Ton?

Pun nanti-nantilah kita cerita erk.... ~_^

Ni, Kak Ton nak minta maaflah sebabnya Kak Ton dah silap percaturan dalam entri sebelum ni^_^. Kan dalam entri ni Kak Ton suruh teka mana satu kot yang Adik Cute pakai tapi yang sebenarnya Kak Ton dah silap up gambar @_@

Gambar yang Kak Ton up tu just eksyen-eksyen buat promo jerk. Yang sebenarnya takda satu pun gambar yang Kak Ton tunjuk di sini yang betul ^_^

Maklumlah Kak Ton kan rabun! Kak Ton WA gambar kat MakJilap tetiba ditanya kenapa kot Adik jadi biru! Kak Ton pun checklah balik. Rupa-rupanya memang Kak Ton silap. Yalah, masa tu sawan pengantin almost 100%, Kak Ton kalau panik aje selalu buat silap tau. Maafkanlah Kak Ton yerk! Makanya memang takda sesiapalah dapat dulang hantaran dari pihak Kak Ton cam ni.... 

Tension juga Kak Ton bila jiran sebelah Kak Ton lagi sharp matanya daripada Kak Ton padahal sama-sama merabun ^_^

Nah, tengok gambar promo lagilah yerk. Ni masa testing-testing nak tengok okey ke tidak! Gambar masa majlis tu kena tunggulah. Semakphone Kak Ton limited edition gambarnya. Nak tunggu WA sepupu sepapat memang lamalah lagi sebabnya Kak Ton tak dapat-dapat masuk group ni. Anak-anak saudara Kak Ton kata, Kak Ton tak layak masuk sebab title 'mak saudara' Kak Ton tu tak melayakkan Kak Ton masuk dalam group WA depa ^_^





Adik Cute ni memang ikut resmi Daddy tau. Kalau ramai yang memuji mulalah buat muka macam ni sebab perasan diri tu glamour *_*

Abaikan kasut-kasut yang si Bubbly Abang cuba di sini sebab itu semua kasut Abang Afiqnya ^_^






Tengok gambar anak-anak Kak Ton ajelah ya! Bangga juga sebenarnya Kak Ton dengan playboy-playboy flowerboys Kak Ton ni yang berjaya memeriahkan majlis ^_^. Nasib baik mereka tak buat hal masa tu ^_^

Update : Eh, Kak Ton dah penat tau garap entri ni lepas tu Kak Ton check sekali lagi gambar kot Adik Cute ni. Macam serupa pulak gambar ni dengan kot no. 2 dalam entri tu! Cer korang check pulak! Maybe pencahayaan kat kedai yang buat kot ni nampak lain. Macam samakan! Ni ada dua orang yang teka betul tu. Kalau sama, terpaksalah Kak Ton lepaskan dulang hantaran kat mereka berdua tu - Mak kepada Mak Enon dan Ratu Review Malaya. Keh3x. 

P.S II. Masa Kak Ton  tengah sibuk berinai, tetiba salah seorang anak saudara lelaki Kak Ton memulakan 'bual bicara'. Katanya dia nampak gambar anak-anak Kak Ton dalam satu blog ni. Sampai siap dibookmarked ler. Mulanya dia ingat kakak sepupu mereka yang menulis blog tapi bila diamat-amati duplohlapankali nampak benar tuan empunya blog tu sebenarnya mak saudara dia... Apalagi dia nak membahanlah tu... Nasib baik Kak Ton dah potong stim siap-siap supaya isu panas tak begitu panas dibicarakan. Eh, tetiba aje Kak Ton nak tender resignation jadi blogger tau! Kak Ton kan down to earth, low profile, pemalu orangnya... Hahaha!

Kalau anak saudara yang berkenaan baca lagi blog Kak Ton ni, Kak Ton nak sebat dia! Yang pasti kalau dia cuba mengomen, memang  tak lepas ler. Hahaha!



 



 

 

 




32 comments:

  1. lahaiiiiiii frustnya kaknoor gambar MD takde mana tau gambar dgn pengantin ke boleh jugak main teka tekuk ke kalau bergambar ramai tu..
    tapi oklah redo je lah dpt tengok gambar flowersboy tu yg hencem dan macho tu cukup lah
    sabo je ek trus lariii laju2 keluar heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa KakNoor, MD memang tak boleh masuk blog. Maklumlah retis suam-suam kuku gitu ^_^ Tengok gambar anak-anak ajelah ya. Mana tau lepas ni dapat tengok gambar pengantin pulak :)

      Delete
  2. Ni dah boleh jadi model hero dua orang ni. Hensemnyaaa ! Dah macam orang besar. Hahaha. Adik cute rimas kot ramai orang tu pasal mengamuk hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok gambar mereka, rasa cepat alahai anak-anak membesar. Dah boleh bermenantu dah akak ni, Nani. Hehehe!

      Mungkin Adik Cute penatlah hari tu. Dua hari berturut-turut dia bebas berlarian dan tidur lewat. Pada hari majlis tu pun dia penat kena standby di luar dewan tunggu pengantin nak masuk. Kaki pulak melecet sehari sebelum tu. Itu yang buat hal. Nasib baik buat hal selepas jadi majlis selesai. Kalau tidak, habislah rosak majlis abang sepupunya!

      Delete
  3. Memanglah rasa terkilan tak dpt naik pelamin dgn pengantin sekeluarga ye MD. Masa majlis rumah pengantin perempuan ada tak. Kalau tak dah tak dpt nak ulang dah.. Adik kalau menangis tu mestilah ada hal sebab tengok adik tu jenis cool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempatlah, kak. Sibuk sangat di belakang tabir tak tahu buat apa. Lepas majlis si kecil tu buat hal merengek, meleleh-leleh air mata. Meronta ajak balik rumah sebab dia penat. Ajak bergambar pun tak mahu naik atas pentas! Terpaksalah akur. HD kena balik. Si Abangnya pula sibuk makan, orang bergambar dia merayau dalam dewan dengan kotnya, teruja tak pernah pakai kot katanya ^_^ Saya dan suami of courselah memang takda gambar sebab dah seorang jaga anak ni, seorang lagi jaga anak tu!

      Hari nikah pun kami balik dulu dengan harapan takpalah nanti kat majlis pihak lelaki kami posing kuak lentang barang 20 minit atas pentas. Pun tak dapat! Gambar dengan keluarga pun di pihak perempuan sekali aje, pro photographer ambil. Belah pihak lelaki langsung takda gambar dengan pengantin! Tension betul!

      Delete
  4. Perghhhhh...handsome nya. Dah boleh jadi model nih kak ton. Berebut² lah lepas ni orang masuk meminang ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk meminang ke? Hahaha....

      Susah betul kalau dapat Mommy yang perasan macam I ni. Kalau dah anak-anak dan suami pun kuat perasan glamour, lagilah susah ^_^

      Delete
  5. Yeahhhh!!! Hakak meneka dgn betoi !!! Memang sweet sgt bila adik pakai kaler tu....abang pon kan mahen segak bergaya...ni yg nak mangaruk ni....nak tengok gambo!! Nak tengok gambo!!! (Hentak kaki sambil nangis guling2 kat tanah) kahkahkah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, jiran sebelah saya tu kata kenapa kot jadi biru. Saya belek gambar eh macam tak sama kebiruaan kotnya padahal saya dah nampak Ratu Review dan Mak Mak Enon teka betul. Kalau dah terlepas hantar dulang hantaran (kosong) memang saya nak minta balik. Itu yang saya check semula tau. Eh, nampak sama pulak!

      Takpalah....janji memang macam kot no. 2 dalam entri sebelum ni. Makanya sudi-sudikanlah hantar alamat ke insan marhaen yang penuh perahsantan ni. Nak hantaran tak? Tak nak?

      Nanti saya singgah sana saya bagi email yerk ^_^

      Delete
  6. hahahhahahahhaa..Kak Ton buat corak inai apa kat tgn sampai nak cover tak bg org perasan?buat corak batik jawa ke?ke acah acah mat taiko ketua kongsi gelap bagai..hehhehehehhehehee......alaaaaaaaa....buat relaks jeeee.........Bukannay hari2 pon..hoohooo...lawa gila anak bongsu Kak Ton.....boleh jd superstar gamaknya...tgok anak bongsu kak Ton ta sabar nak kahwin nak tgok rupa ank sediri..ahaahhahahahahhahaa..terbaik flower boy kak ton...........dah bole ganti KimBum dah dalam citer boy over flower ... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kelas pulak Leman Kak Ton nak buat corak batik jawa! Ish, si Leman ni nak kena babat tau! Penuhlah juga tangan Kak Ton dengan corak kerawang gitu ^_^ Dari pergelangan tangan yang gebu sampailah ke hujung jari tau! Sampai 2,3 kali bos perempuan Kak Ton dok pandang sebelum berani nak datang dekat membelek dan tanya. Hahaha!

      Amboi, Aiman.... belajar sampai habis dulu! Panjat sampai ke puncak menara gading tu barulah boleh fikir pasal kahwin okey ^_^

      Alaa... akak tak sukalah boys over flower tu. Akak ni suka hero ganteng, Aiman oi ^_^

      Delete
  7. Ala baru mak sedara pengantin kot..ni mak pengantin sendiri kadang2 tak sempat bergambar dengan pengantin tau.dh sibuk dengan kenduri layan tetamu bagai..jadi dah masa kenduri adik ipar 6 tahun lepas.hahaha

    Ceh menyesal teka..dulang hantaran milik org lain.huhu..

    Memang hensem la anak teruna MD berdua ni dengan coatnya..klu adik xute tsk available lagi..bubbly abg pun bolehlah ye book buat menantu.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, PK. Dulu pun sama juga. Masa anak Chik saya kahwin, pun kami tak puas posing kuak lentang atas pelamin dengan pengantin. Masa tu lagilah buat kat rumahkan, jadi ruangnya lebih sempit. Tak boleh berlama-lama sebab orang lain pun nak bergambar dengan pengantin juga!

      Hahaha...jangan bimbang! Dulang aje. Belum tentu ada hantarannya. Hehehe!

      Apa? Cik Pia nak berpaling arah ke ni? Ini dah macam cerita drama pukul 7 malam! Tak dapat adik, abang pun jadilah!

      Delete
  8. amboi comey betul flowerboy kak ton yer.. heee.. btw kenapa malu pakai inai.. Farah kalau pakai inai lagi suka nak tayang2 kat orang.. kekonon feeling mcm pengantin baru la walaupun sebenarnya dah tak pengantin baru pun.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah masa berinai tu Kak Ton jerk yang mewakili mak saudara, Farah. Jadinya bila tengok anak-anak saudara aje yang berinai, terasa malu pulak ^_^ Bila terasa-rasa orang dok perhati tangan kita, lagilah tetiba bertambah malunya! Selama ni tak pernah pulak tahu malu! Hahaha!

      Delete
  9. ai lamanya semput dia, arini tak de terbit entry baru pun! Ingatkan saya bertapa menanda paper exm, bila datang sini akan semput nak komen banyak-banyak entry MD.

    ai, meriahla jari jemari tu ya dengan inai.. ops ke sebab penuh inai tu jadi malas nak menaip entry terbaru? haha..kata malu tapi pakai juga nape? haha.

    alahai tak sempat bergambar dengan pengantin ye? awatla gitu jadinya ya? mesti keadaan masa tu betul2 tak mengizinkan ya.. kak ton kan sayang sngat dan teruja sangat dengan majlis ni..

    Ok, setuju sangat dan pasti MD pun bangga dengan ank-anak yang jadi flower boys ni.. comel sungguh diorang pakai baju yang dipilih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah AN...semput jaga candy buffet katanya ^_^ Nak tahu, ada lagi cerita yang lebih menyemputkan, AN. Sesak nafas sekejap dibuatnya. Nanti-nantilah aje kita cerita. Agak-agak dah basi nanti kita masuklah dalam blogkan!

      Penuh inai di jari. Tetiba aje terdengar-dengar bunyi kompang bertahun yang lalu ^_^ Biasalah bila majlis kaum keluarga. Ligat ke hulu ke hilir lepas tu orang naik bergambar kat pelamin kita pulak tertinggal! Masa sesi bergambar tu si Adik Cute dah buat hal, merengek meleleh air mata jiwa sendu katanya...

      Kesian tau kat pengantin. Tetamu dok tengok flowerboys and girl instead of pengantin. Huhuhu!

      Delete
  10. hensem bebenor hero2 kecik ni.....ingatkan adalah pic mak sedara pengantin....hahaha..org Sabah ckp "kecelek" nak tgk muka MD.. hahaha..
    MD; kamek dah tgk TV Al-HIjrah.... hensemmmnyaaa abang dan adik....kita dok kempen bgtau adik yg tu anak MD... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dapatnya mak saudara pengantin, Atie. Buang tebiatlah kalau mak saudara pengantin tetiba berselfie masuk blog ^_^

      Oh, ya ke? Laaa...cerita AlHijrah tu pun tak masuk blog lagi. Hehehe!

      Delete
  11. Comelnya hero dua org ni.. Eh abg pakai kasut saiz brp MD? Nmpk besar kasut abg afiq pun dia blh pki

    Ayoo pasni ank sedara komen tiap entri MD la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya saiz kaki si Bubbly Abang ni 4 (lebih kurang size 5 kaki kita yang perempuan ni) Itu yang susah nak cari kasut untuknya. Sejak raya tau nak pakai sneakerlah, itulah, inilah tapi saya tak dan nak mencari. Dah cari sebenarnya tapi tak jumpa. Ini pun kakak saya yang tunjuk kat mana nak pergi. Kalau nak try pakai katanya murahlah sebab anak-anak saya bukan suka pakai kasut, sandals aje memanjang.

      Hahaha...itu yang paling 'ngeri' ^_^

      Delete
  12. Alhamdulillah dah selesai majlis kenduri tu MD..
    Kerja balik takbir ni pun memenatkan juga MD..
    CH pun kalau anak saudara kawin.. tu lah keje CH .. part balik takbir jer lah..
    Tapi kalau bergambar sempat jer CH kuak lentang terlangkup atas pelamin tu :D

    Terserlah kehenseman anak2 bujang MD tu bila berkot tu.. sesuai sgtlah jadi flowerboy tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Lega sangat (mengalahkan mak pengantin pulak...) Saya kerja takdalah teruk mana tapi siksa juga nak mengawal candy buffet ni. Hahaha... itulah padan muka! Nak sangat kerja senang kononnya!

      Yang lagi penat bila si Adik Cute buat hal sebaik selesai majlis. Nasib baik masa jadi flowerboy tu dia tak meragam. Selesai aje tugas, teruslah merengek!

      Delete
  13. Nyampah tau....asyik sawan nanti je ni....Yelah....yelah...mmg le sawan pengantin dah hilang tp timbul lak sawan 'nanti'.....Hish peninglah mak kalau cenggini.

    Eleh....ngengada lew tu, konon nak sorok tangan, tp hari tu bukan main menggedix nak berinai.... Alah paling kuat org kata pun... Ohhh .....dia ni dah kilauan baru temu jodoh rupanya..... Sengih jerah, habis cite hihi....

    Nak buat camne ....dah bukan rezeki dpt dulang hantaran, tak perlah mak kasi chance org lain pulak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, Mak... bab sawan-sawan ni semuanya menjangkit jiran. Bukan ke jiran yang kata kita kena sawan? Hahaha....nasiblahkan....

      Eh, kira okeylah juga ni! Cepat juga up entrikan....

      Mak, cun gila tau inai dijariku... Hahaha..... mesti tension sebab tak boleh tengokkan, kan, kan! Ngaku ajelah tension ^_^

      Delete
  14. alaaaaa.... melepas lagi nak tgk muka kak ton dgn hubby yg jadi 'pengantin lama' tuh. ingat kan terbuka lah hati nak tayang pic. tapi nan hado... jdinya tgk jer pic ank bujang yg berdua tuh..
    bdk berdua tu dah mcm model dah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jangan buat permintaan! Nanti tak pasal-pasal terkilan ^_^

      Pengantin lama ni eksklusif, Lyn... tapi kalau terjumpa tepi jalan, takpa ^_^

      Delete
  15. mana sama...i baru aje p tengok tadi
    tak sama! hak ni lain...hak ni baru menyerlah ke"cute"tan adik cute
    kronik sungguh dia ni punya rabun rupanya...ish...ish
    tapi tak kisah walau tak dapat dulang hantaran pun
    tetap memuja dari jauh...eceh...poyo plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke tak sama? Mula-mula rasa macam sama, lepas tu belek-belek macam tak sama pulak! Maklumlah bak diduga, my eyes memang rabun teruk ^_^ Ni pakai spek tu membeleknya. Kalau tak pakai spek, lagilah teruk entah apa-apa yang dilihatnya!

      Err...sebenarnya kalau nak tahu, dulang hantaran tu kosong jerk ^_^

      Delete
  16. byk gak citer yg dia nak skip ya . ni kena godek semua ntry baru jumpa ni ... si abg nampak style lek dgn kot dan tie tu ... nasib baik my anak buah x heran my blog . heheheee ... selamat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya Vee ni menggodek. Terima kasihlah ya. Final episod memang belum up lagi, Vee. Ingatkan naklah juga tamatkan cepat-cepat. Kesian kat penonton. Hahaha!

      Pengantin pun dah basi. Kesian pengantin cerita kahwinnya tergantung gitu jerk ^_^

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...