Nak letak tajuk apa agaknya ni ^_^

Salam 9 Muharam kawan-kawan!

Aduhai... hari ni memang takda mood langsunglah! Blogwalking pun dah beberapa hari tergendala nih...

Jerebu ni pun satu hal. Kenapalah tak mahu pergi-pergi! Teruk betul kali ni. Itulah, I dah kata kat MakJilap pandangan I ni dah 'kuning' tapi tetap nak ajak bertampar mulut tau! I rasa semua orang memang tak suka pun dengan kedatangan jerebu ni; macam tetamu yang datang tak berjemput gitu! Cuma seorang ni ajelah yang I tahu gembira tak terkata sampai terpancar-pancar cahaya kegembiraan tu di muka ~ my anak bujang si Bubbly Abang! Straight dapat cuti hah!

Maklumlah exam semua dah selesai, makanya datang sekolah pun hanya sekadar nak jumpa kawan-kawan. Borak-borak kosong sambil menunggu cikgu buat pengumuman bilalah nak buat spelling bee. Abang termasuk dalam 5 orang yang terpilih untuk kelasnya tapi sebab dia kata perkataan cikgu nak beri senang belaka, makanya dia malas nak hafal 24-7 sampailah tiba harinya! Sukahatilah anak oi...! 

Walaupun katanya takda mood, tau ajelah I ni kan. Bila jari jemari dah menari, memang tak nampak full stopnya. Lagi-lagilah keadaan jerebu macam ni! Dek kerana kecintaan terhadap blog sendiri dan perasan popular, I tetap juga mencatit diari alam maya hari ni... 

Kita kembali bercerita tanpa gambarlah ya sebab I malas dah nak tempek gambar ^_^

Malam semalam I dok melanguk di rumah my sister sampailah dekat pukul 10. Balik dari kerja, siap-siap masak dan uruskan rumah, teruslah ke rumah my sister. Lebih kurang pukul 10 malam, my Ngah dan anaknya nak ke KLIA. 

Amboi, boleh tahan juga my sister ni tau! Pengantin rileks aje honeymoon dalam negara tapi mak pengantin bukan main lagi nak 'honeymoon' ikut anak ke luar negara. Luas pandangan katanya. Yalah, dalam negara, pandangan tak luas sekarang ni dek jerebu ^_^ Kalau you all kata I over, my sister sebenarnya lagi over tau ^_^

Semalam ketika sedang berborak while my sister bersiap,  I tengok my sis keluarkan handbag baru...

Baru beli ke Ngah?

Takdalah... dah lama dah .... (Eh, macam biasa diguna aje statement ni! Copypaste  statement I nih rasanya...~_^)

Lepas tu masa tengah pakai shawl tetiba my sis kata,

Ahah....hari tu tak reti-reti nak lilit. Hari ni nak cuba, nak tengok camna!

I pun jeling ajelah. Memang tak pernah my sister ni pakai shawl tau. Makanya memang barulah tu ~_^

Bila dah bersiap, again my sis kata...

Boleh tak kasut ni? Akak baru beli! Susahlah kalau pakai kasut bertumit. Macam ni okeylah kot....

Uhuh... kasut pun beli baru jugak! 

Itu takdalah terperanjat mana sebab masa mencari kasut untuk si Bubbly Abang, memang dok mengajak I jenjalan tengok 'kasut sesuai' lepas tu. So, memang I tahulah confirm my sis ni nak beli kasut baru ^_^ Pakaian pun I tengok baru beli, you all! Memang hebatlah mak pengantin ni! Excited nak pi 'honeymoon', sama naik dengan bakal pengantin perempuan aka bakal menantunya yang satu lagi tu. Hehehe....

Katanya cuaca dah mulai sejuk di Kuwait. Nasib baiklah my sis tak sibuk nak cari winter coat ke apakan. Mahu I nak gelak nanti. Tapi tak boleh gelak juga sebab lepas ni memanglah 'winter coat' nya banyak kegunaan bila anak kena posting merata dunia! Okey, I tak jadi nak gelakkan my sis ni....

Dah puas dok borak (maklumlah 3 minggu  tak jumpa nanti...) barulah mereka berangkat ke KLIA. Yang paling sedih of courselah anak bujang bongsu I tu. Maklumlah MakNgah dan paling penting, kakak sepupu kesayangan nak pergi makan angin tinggalkan dia. Sampai ditanyanya pada I tak boleh ke nak ikut sekali. Huhuhu..alahai anak manja Mommy ni! Tak sayang Mommy ke, sampai nak ikut orang lain pulak makan angin ni?

Sebaik aje mereka angkat barang masuk kereta dan nak bertolak pergi, tau siapa yang menangis dulu?

Kakak Sara mereka!

Adik Cute pulak bila tengok kakak sepupu kesayangan dah sedih, dia pun apalagi. Anak I kan ratu raja air mata!

Langsung tak nak tengok muka kakak katanya sebab sedih sangat kena tinggal. 

Aduhai...harapnya janganlah sampai demam pulak! Pengsan Mommy ni dahlah semua 'penjaga' takda!

My sister pulak siap berpesan lagi....

Anak-anak beri makan cukup-cukup! Kalau tak masak, belikan makanan jerk! Jangan bagi keluar rumah jerebu macam ni!

Hebat tak pesanan?

Hahaha!

 

 



 




Comments

  1. Hahaha. Nak bercuti ke luar negara mesti lah barang2 baru kena bawak. Hehehe. Ohh budak sekolah memang cuti saje minggu ni, lepas sehari sehari. Dekat Pahang hari ni dah nampak matahari keluar, bukak pintu pun dah tak bau asap lagi dah. Harap2 dah tak berjerebu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu my kakak. Kalau akak ni Nani, dalam negara pun nak beli macam-macam sebelum bercuti. Hehehe! Nama pun nafsukan :)

      Kalau esok pun cuti, kira dah macam cuti sekolah seminggulah budak-budak ni. Anak akak pun sukalah tu. Senang hati dapat duduk rumah main aje. Exam pun dah habis.

      Hari ni nampak elok sikit. Tapi dua hari lepas punya kes, memanglah buat akak pun sakit tekak dan batuk-batuk dah ni....

      Delete
  2. Pesanan tu amat bermakna tu MD? Jgn smpi susut bdn ank2 tu nnt jenuh nk jawab. Ehehe gurau je.

    Kasihnya makngah dan si kakak sepupu pd mereka amat kuat. Bila baca dpt tau yg budak2 tu rapat dn syg pd keduanya

    Wahhhhhh kemain baju smua baru ye. Syoknya..sebut pasal jaket winter baru teringat yg LM ada dua lg jaket lupa nk jual sblm balik sini dulu. Ank dh besar tak sesuai merantau dah ni. Kat sini nk jual pun sape lah nk beli jaket tebal tu takat nk ke genting tak yah pakai jaket pun kan? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya anak-anak kalau duduk dengan Mommynya macam tak cukup makan jerk ^_^ Hahaha!

      Anak-anak saya ni memang rapat dengan kakak sepupu mereka, begitu juga dengan abang sepupu yang berada di Kuwait tu. Dengan kakak saya memang tak payah ceritalah. Memang mereka rapat dah kakak saya tu yang tolong membesarkan mereka selain MommyDaddy dan juga atok mak mereka!

      Kelakar pulak saya tengok. Tapi kalau saya pun macam tu juga sebenarnya. Mengata orang bukan main padahal diri sendiri pun dua kali lima aje. Nama pun adik beradikkan....

      Kalau nak jual kat saya pun saya tak nak, LM. Hahaha!

      Delete
  3. Aip, apa ni jerebu kay luar sampai terpengaruh orang kat dalam opis?? Haha.. sabar, lagi 1 hari je lagi..

    Bagusla sekolah yang dah awal2 buat exm ya, takdalah anak2 rasa risau dan ulang kaji byk2 kerana asyik tangguh je exmnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, mentang-mentanglah dia dah cuti 4 hari...... bukan main lagi nak fakta bagai yerk! Ni walaupun jerebunya di luar, dalam hati ni berjerebu juga tau ^_^ Asal balik kerja buka aje pintu nak keluar pejabat, terasa-rasa jerebu menyelubungi seluruh tubuh dan minda gitu. Hahaha!

      Nasib baiklah AN si Abang tu dah habis exam. Last week examnya. Legalah sikit hati saya ni. Kalau kementerian nak tutup sekolah sampai tahun depan pun saya tak kisah dah. Cuma 3 minggu ni memang stress sikitlah. Kena bergilir-gilir dok jaga anak!

      Delete
  4. datang lagi, dengan laptop pulak, tadi nazif tetiba nak pinjam hp mama, adoi anak, macam tahu je mood mama(muak tanda paper)...

    Wah, hebatla abang dalam ejaan ya. Moga terpilih dan memang dalam spelling bee tu nanti ya abang.

    Rasanya ikut hemah saya yang tak berapa arif ni,elok tajuknya berkisar tentang perkataan NGAH, nampak kisah Ngah mendominasi entry kali ni. Cer tulis tajuknya sebagai NGAH dan MD..

    Tengok pesanan Ngah tu pun dah tahu betapa ngah ni menyayangi dan memahamia diknya yang sorang ni.. haha, kena ikut pesanan ngan tu ya, jangan pulak 3 minggu ni rasa macam 3 bulan...

    Hebat juga persediaan Ngah tu, nampak excitednya nak bermenantu sulung.. haha.. tak hairanlah adiknya pun excited tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang berpuluh kali sehari pun takpa. Saya suka apa. Barulah terasa macam retis antarabangsa; ramai peminat gitu ^_^

      Bukan cikgu aje yang muak tanda paper, saya tengok kakak saya dok ke hulu ke hilir bawa kertas exam lepas UPSR tu pun saya dah muak. Nasib baiklah saya tak jadi cikgu. Saya ni mood datang ikut musim. Pengsanlah anak murid kalau time tu takda mood nak menanda kertaskan!

      Hahaha...itu tandanya Ngah dah tau macamana adiknya ni. Takut pulak anak-anak saya tak cukup makan :)

      Kakak saya ni sebenarnya takut kalau naik kapalterbang tapi sebab anak dah ajak ikutkan, makanya, overlah Ngah buat persediaan. Hahaha!

      Delete
    2. haha, bagus memahami saya, masa mood tengah baik dan lapang ni sukalah jenguk berklai-kali dan datang musim harus sibuk tu, seminggu tak jeguk tu ampun maafla....eh, tapi saya perasan ada beberapa rakan alam maya ni kalau saya menulis je tak ke blog diorang pun, masih lagi datang jenguk juga blog saya, kena bagi token penghargaan kot ni.. insyaAllah kalau ada rezki lebih nanti..lagipun kan musim jerebu, elok la berblog, kan aktiviti yang membahayakan kesihatan kita..

      haha, tak pe ngah, taulah adikmu yang sorang ni jaga diiri dan anak-anaknya.. Ngah bercuti dengan tenang je ye..

      Delete
    3. Saya ni pun sekarang dengan tak berapa 'berdiri megah' sebab batuk dan sakit tekak, dengan kurang masanya nak blogwalking memang tergendalalah semuanya. Kalau ada banyak masa, memang suka juga jalan-jalan membaca ni! Kalau tidak, kena tunggulah bila free nanti kita bawa bom komen sekali pi menziarah kawan-kawan alam maya :)

      3 minggu ni terpaksalah si adik ni kena masak pagi dan petang. Kalau tidak anak-anak kelaparanlah jawabnya. Tak boleh sangat ikutkan rasa malas ke dapur. Nak makan di luar pun dah takut ni...macam-macam penyakit timbul bila jerebu macam ni!

      Delete
  5. Nampak betapa caring kakngah tu kan. Sebab itu tak hairanlah kenapa adik sampai berjuraian airmata. Banyak masa adik lebih dgn makngah dah kak Sarah mestilah bagai kena tinggal lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya dengan anak-anak saya memang rapat. Dari kecil Ngah ni tolong tengok-tengokkan anak-anak saya baik si Abang mahu pun si Adik Cute. Abang tu pun lepas kakak pencen baru tolong jagakan tapi Adik ni sejak lahir lagi. Walaupun kakak kata tak mahu dah jaga baby sebab memori tersiksa menjaga adik-adik yang ramai masa kecil dulu masih dalam ingatan, tetap juga tolong jagakan anak-anak saya ^_^

      Delete
  6. eemm.. cuba bagi lump sum seminggu cuti sekolah.. boleh ai berjimba-jimba dengan anak2.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Senang sikit kita nak menguruskan masa :) Tapi hari ni I jadi pengetua. I dah cutikan anak bujang I hari ni. Senang straight seminggu ^_^

      Delete
  7. Ala sian nye adik cute nangis kene tingai...jalan2 pi tengok negara orang mesti la best...mana la tak girang shoping sume baru....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute memang rapat dengan MakNgahnya dan sangatlah rapat dengan kakak sepupu yang satu ni. Dah macam mak angkat jerk! Ni nak suruh 'bibik' jangan berangan lama-lama dok kat negara orang, kesian anak jagaan. Hahaha!

      Delete
  8. Ohh dah berangkat ke kuwaitlah ngan dengan sara..sian adik cute kena tinggal...biasalah excited nk pegi overseas jumpa anak kesayangan tak jeranlah handbag kasut shawl semua baru..

    Tp ayat pesanan paling win...nmpk sgt klu mimmy sediri jaga anak tak berapa cukup makan.hakhak..

    Kita gurau je..jangan jerebu dihati plak ye.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah! Bukan main enjoy lagi katanya di sana cuma my sister tu tau ajelah, susah sikit bab makan! Tekak Melayu tulen. Nasi Arab pun tak berapa in. Yang penting mesti pedas-pedas dan kalau boleh, nak sambal belacan. Mana nak cari!

      Hahaha...tau takpa! Tapikan kalau kita kat rumah memang pagi prepare breakfast (kalau malas nak keluar makan) petang nanti baru masak untuk makan dinner awal. Lepas tu masing-masing kena ikat perut. Keh3x.

      Delete
  9. Bawalah adik dan abang tu gi jalan2 ke negara HD tu MD..
    Pergi pulak musim winter..
    Seronok dorang nanti main snow..
    MD pun boleh main guling2 kat snow tu dgn HD.. mcm cerita hindustan tu..
    Mesti awesome...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak bawa sebabnya mereka belum pernah sampai lagi tapi itulah, menunggu bila HD kena renew passport. Barulah boleh pergi sekali main salji ^_^

      Hahaha..CH! Masa main salji tu saya ternampak pelakon Korea jerk, Hindustan tak main. Zaman SRK dah tamat tempoh ^_^

      Delete
  10. Wow bestnya......bakal menantu mengenali hati budi mak mertua di Kuwait gitu....Ngah saja nak kasi chance kat pengantin baru kat rumah tu hihi...

    Amboi .....Ngah bukan main lagi yer melaram sakan weyh..... Bab peram barang tu mmg tak boleh blah.....sama jer tobiat kalau dah sama sepisis hihi....

    Eh ...bonda awak bukan Ngah yg jaga ek? Ingatkan Ngah yg jaga. So adik ngan abg duk dgn sapa sepemergian Ngah ni Kak Ton?

    Mestilah sedih, depa dah sangat rapat....takut demam pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu bakal anak saudara perempuan yang satu ni memang gedik memanjang. Hahaha! Nasiblah kalau dia baca ^_^ Pengantin dah ke CH hujung minggu lalu dan terus terbang ke Langkawi selama seminggu katanya @_@ Mak pengantin ni yang over nak bercuti di obersi pulak ^_^

      Eh, kakak saya tak peram tapi statement yang kata dah lama beli tu saya rasa dia ciplak statement yang selalu saya gunapakailah!

      Mak sekarang di kampung, turn Chik pulak yang jaga. Nanti bila Ngah balik, barulah Mak naik ke KL semula.

      Delete
  11. pesanan penaja hak yang last sekali tu yang tak boleh blah tu
    berapa lama ngah awak ke sana MD
    tak penat apa lepas jadi mak pengantin...biasa orang sampai demam
    ni nampak cam adik dia aje yang ter over huh

    tetiba i boleh bayangkan drama kak sara menangis
    diikuti si adik cute...hehe
    anyway hopefully idaklah demam kerinduan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 3 minggu. Baru-baru ni Ngah dapat masuk WA group. Pun tanya soalan yang sama! Siap cakap lagi time Ngah takda ni mesti budak-budak tak cukup makan ^_^ Saya replied ler.... dah penuhkan stok ~_^

      Nak penat apanya! Semua buat kat dewan. Ngah dengan bakal menantu yang buat 99% persiapan. Kami ni semua berkumpul lebih kurang 2,3 hari sebelum majlis di kedua belah pihak.

      Memang kelakar! Ni baru nak pergi 3 minggu. Kalau nak terus dok kat sana, tak tahulah macamana berjuraian air mata. Si kecil ni memang rapat dengan Kak Saranya, maklumlah mak angkat katanya....

      Delete
  12. hahahha.. mak pengantin pun nak pergi honeymoon gak..
    ingat pengantin jer...
    hahhh ingat tu pesanan ur sis... jerebu2 ni sila stay at home.. jgn bg anak2 kluar sgt..
    Lyn pun sama kak.. tak kemana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pengantin lagi melampau.Terus naik kapal terbang. Pengantin honeymoon naik kereta aje ^_^

      Nampak sangat my sis takut anak-anak akak ni nanti kurus melidi bila dia balik sebab tak cukup diberi makan. Hahaha!

      Delete

Post a Comment