Style rambut, fridge magnet & cili padi

Salam 29 Zulhijjah kawan-kawan!

Esok dah cuti makanya pada yang bekerja mahu pun bersekolah, tentunya lompat kijang kegembiraan ^_^ Apa yang lebih penting esok merupakan awal Muharam ...

Jangan lupa ya tengok TV AlHijrah selepas Maghrib (ataupun selepas ni sepanjang tahun 2016) kotnyalah ternampak Bubbly Abang dan Adik Cute tapi janganlah ditanya...

MD, tu bukan ke anak-anak MD?

Ahah, by now semua yang mengenali I di alam maya ni memang kenal lah muka my superheroes berduakan ^_^

Dan juga... hari ni takda sambungan kisah pengantin bersanding baik di sebelah pihak perempuan mahu pun di sebelah pihak lelaki. Eh, lupa pulak! Majlis di pihak lelaki belum lagi, hujung minggu ni nanti ^_^ Masa tu memang I melaram lagilah kerjanya. I kan dah secure job jaga candy buffet, takdalah kena singsing lengan macam kata KakZakie. Hehehe ... 

Kalau nak tahu tentang majlis akad nikah, silalah terjah entri yang ini ^_^

I rasalahkan, jiran-jiran I kiri-kanan, depan belakang dah tak tahan muak dengar kisah I jadi mak saudara pengantin. Tapi nak buat macamana, tahan ajelah jangan muntah kaler-kaler yerk. Lepas hujung minggu ni, hilanglah sawan-sawan pengantin tu semua ^_^

Tapikan kalau dah tak tahan nak muntah dengan kegedikan melampau I ni, patut ke I buat entri untuk kedua-dua majlis persandingan?

Tak payah?

Payah?

Mana satu ni..... konpius ah kak nak mengarang entri teragung nanti tau ^_^

Oppss... ingatkan kalau letak tajuk direct to the point nak cerita tentang apa, takdalah merewang jauh benar tapi tetap jugalah kekdahnya dah nama kaki rewangkan....Tulis tajuk lain, cerita lain. Dah setengah entri pun tak masuk-masuk lagi topik ~_^

Ni kisah si anak bujang terunggul. Bukan main awal bangunnya Khamis lepas sebab tahu si Abang Afiq akan sampai lebih kurang pukul 8 pagi. I ni bekerja so dengar cerita dari orang di rumah aje. Bila I  WA tunang kepada Afiq yang pergi ke KLIA tu, terus dihantar gambar!

Wah, bukan main lagi 'emakbapa angkat' anak-anak I ni sedang melantak di restoran mamak! Anak I pun happy bukan main muka! Mesti jealous si Bubbly Abang sebab kena tinggal, dah dia bersekolah hari tu!

Tak lama lepas tu dapat satu lagi WA. Wah, kat salon pulak si kecil ni! 

Biasanya bila dengan MommyDaddy, memang tak pergi salon. Baru nak masuk dah terjerit terpekik. Ini boleh pulak akur aje duduk atas kerusi. Itu takpa lagi. Siap setuju tu nak ditrim rambut!

Tapi, bila I tengok rambut si kecil ni, rasa nak menangis pun ada! Apahal jadi begini....


Sayu hati Mommy menengoknya ...

Bila I balik rumah ambil si Adik Cute I pun tanyalah...

Adik tak sayang Mommy lagi eh? Kenapa potong rambut tak beritahu Mommy pun?

Kenapa Mommy tak telefon Adik? Kalau Mommy telefon, Adik cakaplah Adik nak potong rambut!

Siapa suruh potong ni?

Abang pakai spek kat 'kedai' tu suruh potong!

Tak handsomelah, Dik...

Handsomelah!

Sejak Abang Afiq balik ni, memang I lega banyak. Asyik menghilang ke rumah my sister aje. Kalau siang hari macam ni, memang kerja mengikut si Abang Afiq mana pergi. Kalau I larang mulalah keluar statement sendunya ...

Nanti tak jumpa kakak esok!

Tak jumpa Mommy takpa yerk!

Nanti kakak nak pergi Kuwait. Adik sedih tak jumpa kakak!

Mommy pergi kerja, Adik tak sedih ke tak jumpa Mommy?

Takkkkk.....


Daddy balik Tashkent Adik sedih tak?

Takkk....

Abang Afiq balik Kuwait Adik sedih tak?

Sayu hati okey!


Huhuhu....sedih pilu MommyDaddy berpelukan mengenangkan nasib ^_^ (hahaha...ambil peluang sebenarnya ... ~_^)

Dan diisebabkan Abang Afiq baru balik dari Kuwait, bertambahlah fridge magnet kat 'esbok' Mommy superheroes ni ....


Errr...ada siapa-siapa murah hati nak beri I fridge magnet ke? Laju aje nanti I hantar alamat penerima ^_^ I memang suka benda-benda percuma nih... 

Ni commercial break kejap yerk...

Sebenarnya hari ni I malas nak menaip entri baru sebabnya I nak menghabiskan blogwalking yang macam tak berkesudahan aje rasanya. Entah bilalah nak habis membaca kisah orang lain ni. Penat dah mata ayu I ni terkelip-kelip membaca. Makin rabun jadinya dok kecik besar kecik besar membaca pelbagai jenis saiz font dan cerita masing-masing. 

Entri ni pun I mula menaip sejak pukul 11 pagi tadi sampai la ni tak siap-siap. Sempat makan lunch lagi. Sempat tengok Korean Drama, The Village lagi. Habis satu episod! Sempat pi solat Zohor lagi tu. 

Ni dah pukul 2 petang pun entri tak habis-habis lagi. Itulah masalahnya kalau idea mencurah-curah tapi tak cukup masa nak diabadikan dalam blog. Lepas satu-satu idea datang tetiba aje cerita dah tercorner baring 360 darjah. Phewwwww..... 

Last topic dah ni... 

Siapa tahu nama cili ni? 



Yang ni pun dipanggil cili padi juga ke? Atau ada nama lain yang lebih mesra alam?

Kawan pejabat I beri. Katanya pedas menjelir lidah kalau makan. Tapi I dok potpetpotpet nak tanamlah kononnya di halaman rumah ^_^ Tangan I ni tak hijau macam Hulk, makanya apa sahaja I tanam semuanya menyembah bumi kembali @_@

Kawan I ni memang petani moden tau. Cakaplah apa sahaja semua pun dia tanam di depan/belakang rumah. Sekarang ni kalau setakat nak daun bawang, nak daun pandan, atau pudina, buat tak malu aje suruh dia petik depan rumahnya. Kalau beli pun memang simpan layu dalam peti sejuk aje. Membazir.... ^_^

Oh, baru teringat! Baru-baru ni I ada campak biji cili merah
dalam pasu comel. Lepas tu I  tak berapa nak jaga.  Kawan I punyalah excited nak tahu apa jadi sebab I ni bukan 'petani', mereka pun tahu. Tiba-tiba baru disuruh snap gambar, I beritahu dah selamat pun pokok cili tu.... 

Next time nak buat properly... Nak beli pasu comel-comel lepas tu menanam pokoklah MD. Tapi... tahun baru nak dekat ni. Kita buat untuk tahun barulah nanti ~_^

Oppss... sebelum ada yang komen. Awal Muharam esok tak sempatlah nak bercucuk tanam @_@

Okey yerk! Kita stop membebel di sini. Esok nak cuti. Penat nanti mata tu dok membaca entri panjang berjela. Lusalah kita sambung cerita. Jangan takut, cerita seram hari Khamis tak keluar lagi dalam blog. I takda mood seram lately ^_^





















Comments

  1. cili tu mak saya ada tanam kat kebun dia kat kampung. Projek pertanian hobi masa lapang sambil jual kalau ada pembeli katanya. Even dok kampung sekarang kalau bagi free boleh tinggal batang pokok je orang datang mengutip katanya. hahaha... Jadi yang mana malu minta beli jual jer.. Yang mana tak malu minta bagi jer sedekah ada jugak buat sistem barter tukar dengan produk pertanian lain.. ambil ulam tukar dengan kelapa bagai..kemain happening mak kita kat kampung lepas menjanda. yelah.. sibukkan diri nak hilangkan kesunyian. erkk.. menyimpang 360 darjah pulak komen ni. Apapun cili tu memang pedas & rambut adik cute ok je comel hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada lagi rupanya sistem barter ni yerk! Kalau zaman sekolah dulu pun ada juga buat sistem barter dengan kawan-kawan ^_^

      Masalahnya kalau kat kampung tu terasa berat mulut penjual nak menjual tau. Yalah, nama pun jiran-jiran tetangga sebelah menyebelah aje. Tapi kalau akaklah duduk kampung, dengan tak segan silu akak dok minta aje kat jiran tetangga. Bagus ni kalau akak duduk sebelah rumah dengan emak Suria ^_^

      Amboi, sempat tu mengata emak dia...Hehehe!

      Cili tu kecil ajekan macam cili padi cuma padat, mampat, lebar dan gebu aje rupanya! Akak cuba juga main hiris-hiris masuk dalam masakan, takda pulak terasa pedas. Ni yang akak cam konpius sekejap bila orang kata cili ni memang pedas!

      Delete
  2. Org kalau dah cantik-ayu memang tak kuasa nak sinsing lengan. Tapi tunggulah kalau kena serbu bebudak tahulah tak terlayan baru tahu haha... FM kakak pun ada koleksi juga tau. Sampai mainan buah-buah yg bermagnet yg anak kakak dulu main pun kakak tepek kat fridge tau:) Adik gunting ikut style remaja korea tu mummy yg tak tahu ke dik. Adik dah tambah hensem kan..kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Kakzakie! Manalah tahu tu MD ni cantik ayu ^_^ Hodoh, kak...macam rupa langsuir tak siap berdandan nak kacau manusia jerk ^_^

      Ahah..bab ni saya suka. Sebab jemputan pihak kakak saya tak ramai. Saudara mara dan kawan-kawannya sahaja. Kawan-kawan pengantin dah semua dijemput ke pihak perempuan sebab mereka kerja sama pejabat ^_^ Makanya kerana kurang makpak muda, saya rasalahkan budak-budak pun tak ramai ni. Bolehlah saya curi tulang selalu ^_&

      Saya pun asal nama barang percuma suka betul, kak! Yalah tak kena bayarkan ^_^

      Itulah yang saya tak suka! Ada ke buat style rambut macam pretty boy Korea pulak. Sadislah saya menengoknya!

      Delete
  3. wahhh tak sabar nak tgk abg dan adik kat TV Al-Hijrah...hihi.. kompom ler i cam muka depa... dua pun hensem bah...
    ohh MD tak suka fesyen rambut adik tu ke.. nampak hensem lah... haha..
    happy holiday for tomorrow... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua kali saya ternampak biasanya lepas pukul 7.30 malam. Untuk promosi AlHijrah 2016 sebenarnya (lebih tepat 1437H)

      Saya tak sukalah. Habis kena kikis tepi tu, tebal kat atas kepala jerk. Memanglah trend muda-mudi Korea katanya tapi Mommynya ni suka tengok drama Korea aje, ikut trend dari sana memang tak suka!

      Delete
  4. Salam MD wah tv al hijrah ye nnt LM tgu..

    Kalau MD jln umah LM blh LM bagi ank cili api. Ada dlm pasu tu tumbuh dh berbuah pun. Tumbuh ye.. Bkn ditanam. Cili gugur dlm pasu tu yg jd pokok tu. nk tanam atas tanah malas la pulak. Blh bg pokok pandan sekali. MD blh tanam dlm pasu. Pokok daun bawang pun ada. Kiranya mudah la tak yah la MD beli takat nk masak sikit2. Nk dtg singgah sambil jln2 nnt roger je okey.

    Cili api tu yang warna putih eh? LM aritu merengek laki nk minta yg putih tp jenis yg pjg2 bukan bulat camni. Lum pindah pasu lagi. Haha pemalas kata nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, LM!

      Saya ni tak pandai bercucuk tanam kot. Asal saya tanam je, kalau hidup lama mesti cili padinya kecut alahai. Nak petik buat makan pun tak sampai hati. Hahaha!

      Wah, malu pulak saya! Baru sekali jejak rumah LM nanti tetiba itu nak, ini nak! Melampau betul tetamu ni memang tak dijemput datang rumah lagilah nampaknya. Hehehe...

      Warna hijau, LM. Gemuk-gemuk tapi besar cili padi aje tu... Saya dah cuba hiris, masukkan dalam masakan tapi takdalah terasa pedas sangat! Ni yang konpius ni!

      Delete
  5. ensem ape rambut macam tu..baru la nampak macam Min Ho..hhaha..saya pun kalau bab tanam2 ni tangan panas..susah nak menjadi..kalau jadi pun terbantut je..saya punya pokok betik dah setahun baru paras lutut je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, pleaselah Kak Diana! Tak minatlah Lee Min Ho tu. Saya ni walaupun suka drama Korea, saya suka pelakon yang matured sikit. Budak-budak hingusan ala pretty boys tu memang tak leh terima dek anak tekak. Hahaha!

      Saya memang sebenarnya nak give up aje bab bercucuk tanam ni tapi kalau sesekali tengok hasil tanaman orang, terasa berkobar-kobar pulak nak mencubanya...

      Kalau dah pokoknya paras lutut, kalau tumbuh buah besar manalah agaknya yerk. Hahaha!

      Delete
  6. Comel ape rambut baru adik cute...akak kat rumah ni kan mahen "rajin" pasal tu ada ladang lalang kat keliling rumah....bukan semua orang ada ladang lalang tau jgn main2....hahaha....kalau rasa nak makan lalang tumis ikan bilis meh datang rumah tuai sendiri....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira rajinlah juga tanam lalangkan. Eh, boleh buat ganti daun sup tu kalau masak sup tulang! Hahaha!

      Betullah tu, saya setuju! Rumah saya pun takda lalang. Tak sempat nak bercucuk tanam lalang dan rumput rampai ^_^

      Delete
  7. Hahhaha, Daddy balik Tashkent tak sedih, abg afiq balik Kuwait sampai sayu, comel betul lah. Tak silap nani tu lada besar. Hahahha. Yang orang selalu buat solok lada tu, tapi yaNg pasti bukan cili padi lah. Hehehe. Selalu panggil Nani je lada, tak kira lah kecik ke besar ke cili api ke. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat akak ambil peluang berpelukan kesedihan suami isteri ^_^ Boleh pulak kakak dan abang sepupu dia sayang lebih... Ni kes melampau! Kalau boleh saman kat mahkamah, memang kena pi mahkamah ni nak saman tak cukup kasih-sayang!

      Kecil aje Nani lada tu ala-ala saiz cili padi tapi gebulah. Itu yang akak tak pasti apa ke namanya. Akak dulu lada merah panggil lada hidup tau kat Johor ^_^

      Delete
  8. Memang ni style rambut baru kot.. anak makchaq pi potong rambut baru ni pun tukang gunting buat macam ni...
    Makchaq.suruh dia pi potong lagi sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Style ala Korean katanya, makchaq. Tapi still lah sakit mata saya ni. Pedih terus ulu hati. Dahlah rambut kena trim tak diberitahu, Balik-balik tengok dah kena sekeh. Hendak pulak tu dia masuk salon. Selalunya menjerit meronta tak mahu kena gunting rambut!

      Delete
  9. Ehh hensem je sy tgok style rambut adik..apesal mommy tak suka..tak up to date la mommy ni.hahahaha..

    Adoi ada saja cari alasan takmo sinsing lengan kenduri anak buah..dr muda smp ketua asik ngelat klu bab buat kerja.huhu..

    Tak tahu plak spesis lada camtu cili padi ke apa..dh tgn ni lebih kurang besan gak la tanam apa pun kembali menyembah bumi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy tak sukalah style Korean bebudak ni... trendy tak trendy. Rambut Daddy potong kat rumah lagi better. Hahaha...

      Nak buat macamana PK... mak saudara pengantinkan vogue mengalahkan mak pengantin. Kenalah redha membaca walaupun kita tau bukan main terjuih mulut geli katanya dengan kegedikan mak saudara pengantin yang satu ni :)

      Alahai...tak leh buat jiranlah macam ni! Tanam apa pun sembah bumi. Lebih baik kawan dengan makcik Diana, tanam pokok betik tumbuh juga walaupun paras lutut je tingginya. Kah3x.

      Delete
  10. Haha. Hensem apa rambut baru adik tu.. sama kes macam Naim masa balik kampung cuti sekolah hari tu, sebelum tu potong ka rumah, kononnya asal potong je..dia kemain geli sana geli sini sampaikan ayahsu tak sanggup nk habiskan. Bila dibawa ke kedai gunting, zap zap zap siap dan dia lak baik sungguh masa tu.. hadoi..xfaham tu.

    Sukalah Adik dapat duk berkepit je dengan abang kesayangan dia ye.. alangkah bagusnya kalau nazif pun gitu.. setakat ni xda lagi macam tu..

    Ai Kak Ton, lawa tu fridge magnet baru.. takkan dapat 1 je.. haha.. meh la kongsi.. saya tukar la bg yang CH bg Kak Ton.. haha..

    Tang cili lak.. beli je kat kedai abis cerita.. haha.. cili saya tanam dulu sekali je berbuah..sampai sekarang pokokny ada tapi xda buah lain.. bermusim ke cili ni? Susahnya laman kami ni merimbun daun limau purut dan daun kunyit jelah..redho je..tu pun kira untung juga sb kalau beli guna 3 keping pasti yang lain kering layu dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dia tak suka pergi gunting rambut. Sebab itulah HD selalu trim rambut kat rumah. Tapi bila kata keluar dengan kakak/abang sepupu tersayang ni, dia punya behave memang mengejutkan. Semua pun boleh. Salah kita pulak tak telefon dia masa dia pi gunting rambut!

      Hahaha...kalau Kak Ton yang melawat Kuwait, tentu semua kawan alam maya Kak Ton bagi percuma. Ni Kak Ton pun orang yang beri. Boleh aje nak tukar suka sama suka. Kak Ton tak kisah, janji FM!

      Tak tahulah apa namanya cili ni. Memang macam cili padi tapi spesies gebulahkan. Sama jerk AN. Kalau saya pun beli banyak-banyak lepas tu layu kat dalam esbok. Membazir aje...

      Delete
  11. Memanglah tak de mood seram sekarang sebab tengah meroyan kena sawan kan hihi...

    Hehe....kesian mommy tak laku lagi dah sejak ada abg Afik ni..... Tapikan kak Ton, bila mak tengok adik cute, smart pulak dengan pesen rambut cenggitu. Nampak stylo weyh.... sajak sangatlah nak pakai kot hujung minggu ni....Abg tak buat pesen tu jugak ke?

    Alah macam tak biasa.....bukan ke Kak Ton intro mmg selalu jer konar baring hihi....kadang kadang terbabas pun ada hihi....nasib ingat masuk track balik! Huh ....

    Masalahnya, dah duk ulang aliknya kat highway Grand Saga jer, takkan nak beli FM gambo I love Cheras pulak kot hihi.....

    Cili apa ke benda tu....tak pernah makan rasanya tu. Dah rasa lum? Mmg pedas sangat ke,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawan pengantin baru belum habis lagi ni, Mak. Lusa nanti kembali ke pangkal jalan. Keluar sendiri sawan pengantin tu dari badan. Hahaha..

      Eh, sebenarnya kita suka aje tak kena jaga anak! Ada bibik(s)kan memang mudah. Tapi itulah bila siang bekerja, balik rumah anak-anak takda terasa rindu pulak. Dahlah mereka tu membesar dengan jayanya mengikut peredaran masa yang pantas. Chewah! Ayat Kak Ton kalau ikut buku memang ngerilah kalau bacakan!

      Kak Ton memanglah tak pernah direct to the point, cuma Kak Ton nak menduga aje siapa agaknya yang mula-mula perasan kalau Kak Ton meroyan direct to the topic gitu ^_^

      Dah pernah hiris cili ni tapi tak pulak rasa pedas bangat. Kotnya lidah dan bibir Kak Ton ni tebal kot sampai tak terasa kepedasannya. Hehehe....

      Delete
  12. MD...Cili tu banyak jual kat Sarawak...sebiji je guna buat masak nasi goreng confirm melahar pedasnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Namanya cili padi jugalah ya. Besar-besarlah,SA. Geram tengok kegebuan cili ni. Tapi saya dah hiris masuk dalam masakan, takdalah pulak rasa pedas sampai memijar lidah!

      Delete
  13. cili kg kan org panggil.. tapi tak tau lah org lain panggil apa. tapi mmg pedas gila cili tuh...
    klu guna buat sambal, mau berasap telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke namanya cili kampung? Akak dah cuba masukkan dalam masak kentang bercili (chewah) 5,6 biji tau tapi hiris haluslah. Takda pulak akak rasa pedas. Ni yang akak konpius. Ke you all cerita pasal cili lain tapi akak dah tersilap cili ^_^

      Delete
  14. Pernah tengok cili tu tapi tak pernah merasa lagi.

    Ok apa rambut adik. Nampak handsome.

    Kita pon pengumpul FM. Sampai dah tak muat nak letak ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korean stylelah sangat, Fiza... tapi still saya tak berkenan juga!

      Bestkan kalau banyak koleksi FM kat esbok. Rasa macam syok aje nak buka tutup esbok ^_^

      Delete
  15. hah?hah? anddddd hahhh?baru komen kat entry yg paling latest suh g saloon buat rambut........apaaaaaaaaa bila dah baca entry nih dah pergi saloon daaaaa..kekkekekekkekekekkekekeke........bapak ar baca entry nih dah macam tgok TV SUDAA siap ada iklan komersial bagai...ahahahhahahahhaaa ....The Village tuh sapa berlakon ?almaklumlah duk bertapa dalam Gua Niah tak keluar keluar :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah, dah pi salon pun, Aiman. Habis dah Lee Min Ho, jatuh tangga no.2 ^_^

      Hahaha...TV Sudaa tu TV apa? TV Siam ke? Akak ni kalau takda commercial break, memang pengsan kawan-kawan nak habiskan entri. Kiranya time comm break tu, kita bagilah peluang kawan-kawan pi minum ke, pi makan ke, pi bilik air ke, kan!

      The Village tu suspense thriller nyer genre. Bestlah! Sebelum ni akak addicted tengok Yong Pal sekarang ni The Village pulak. Pelakonnya si Moon Geun Young, (alaa.... jiran sebelah rumah akak tu) dengan Yook Sung Jae!

      Delete
    2. akak peminat drama korea k??siap tambah Yong Pal bagai..ahahahhahaa..yessss....saya suka kot Yong PAL!HERO dia hero dalam citer good doctor ta silap..haiiiiii..kalau suka korean korean nih,boleh buat partner gossip nih..lol..kekekekkekee...saya bantai semua kalau bab2 korea.....budaya,lifestyle,fashion,lagu,drama semua saya suka..tp ta prnh jejak Korea lagiiiiiiiiiiiiiiii t_t

      Delete
    3. Minat drama aje. K-pop ke apa, tidaklah.... Drama pun tengok jugalah apa genrenya :)

      Delete
  16. walaupun si adik cute tak menangis this time
    tapi rupa dia tetap seperti orang nampak momok...hehe
    innocent aje muka...kesian betul bakal menantu sorang ni
    tapi tetap cute as always...hehe
    handsomelah mummy...mana plak tak handsome
    korean style tu...hehe...memandai aje

    kat rumah ni tak boleh lekat FM...
    habis dak aisyah guna buat main masak2
    takde benda lain dia nak jadikan ikan or ayam
    mesti FM juga dituju walhal sikit punya banyak mainan masak2
    dah give up nak buat collection...kalau sayang memang kena sorok
    idak arwah FM kesayangan...
    u suka juga ye FM, tapi i pun suka juga...
    camne ni? tak jadilah nak bagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan kalau keluar dengan abang/kakak sepupu kesayangannya memang behave habislah. Cuba kalau keluar dengan Mommy, bukan main berlemak perangai tau! Baru-baru ni saya dengar dia beritahu pada abangnya lain kali jangan cakap dengan Mommy kalau buat salah; nanti Mommy marah! Dah pandai bermuafakat dua beradik ni untuk mengelak daripada kena marah tau!

      Kasihan Aisyah masak FM yerk. Ish, ni yang buat kita takut ni! Buatnya sampai dewasa dia nak masak FM buat sup FM, rendang FM, kari FM, memang menangislah dapat menantu macam ni tau!

      Delete
  17. amboi , adek ,rambut staik kpop tu . adakalanya anak ni lbh mudah ikut kata org lain berbanding mak bapak sendiri . sabar je lah ... nak buat mcm mana kan , budak ni klu cakap dari hati . mr tak faham lagi part nak jaga hati org lain ... saya klu nak menanam , tunggu musim hujan sbb cepat tumbuh ah tak yah siram ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan kita dia manja sikit. Kalau dengan orang lain tu dia dengar kata ajelah! Dia memang manja dengan sepupunya dan tunang sepupu tu. Dah macam adik beradik jerk kekdahnya. Senanglah kalau anak-anak saudara saya ada, saya buat mereka macam 'amah'. Hahaha!

      Saya belum start lagi menanam, Vee. Tools dan bekas mesti lengkap barulah boleh menanam! Hahaha!

      Delete

Post a Comment