Episod 1 : Weekend Escapade - Kuala Terengganu ^_^

Salam 30 Muharam kawan-kawan!

Nampak tak tajuk?

Nampak?

Nanti lepas baca, jangan gelak sakan pulak! 

Kenapa?

Nantilah I beritahu kenapa ya ^_^

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Terengganu. Sesuatu yang tak dirancang sebenarnya. I memang ambil cuti pada hari Isnin sehari sebelum cuti Deepavali tapi bukan kerana ada tujuan nak berjalan makan angin. Nak menjadi surirumahtangga sepenuh masa aje ^_^

Sebenarnya HD yang ada urusan di Kuala Terengganu. Rancangan asal HD sepatutnya ke sana dengan his Russian clients. Dek kerana si Russians ni pun sampai KL petang Jumaat makanya penatlah weyh berjam-jam dalam penerbangan dari Moscow ke KL lepas tu nak sambung lagi perjalanan selama hampir 6 jam ke Kuala Terengganu. Kalau ikutkan mereka nak memandu ke KT pada pagi Sabtu. Sebab mereka bertiga, maybe bolehlah bergilir-gilir memandu. Kalau tidak pun, serahkan aje pada HD, selesai masalah siapa yang memandu ni. HD memang suka bab-bab memandu laju ni!

Tiba-tiba Jumaat malam tu, mereka beritahu HD nak ke sana seawal pagi hari Ahad. Kalau penat juga, mereka nak stay aje sehari dan pulang hari Isnin. HD pulak memang tak bolehlah nak balik ke KL hari Isnin kerana ada urusan kerja lain. Kalau ikutkan hati HD, nak aje beliau memandu sendirian pagi Ahad tu berkonvoi dengan si Russians ni dan pulang ke KL petang Ahad juga! Oh, kesian pulak isteri mithali mendengarnya... Penat tu weyh! 

Tapi suami den ni kan memang suka memandulah gamaknya. Pernah aje HD buat kerja dari KL ke JB, esoknya pulang ke KL setakat beberapa jam dan memandu ke  Alor Setar pulak pada hari yang sama. Esoknya balik ke KL semula! Sampai rumah terus flat! Kepenatan sangat!

Jadi, bila ditanya nak tak kami ikut sekali ke Kuala Terengganu memang macam pucuk dicita, ulam mendatanglah jawabnya. Sehari pun seharilah janji kita happy anak beranak! Lagipun rancangan asalnya, kalau HD penat memandu, bolehlah co-pilot yang becok ni  take over hot seat pemandu tu ^_^ Takdalah HD kepenatan memandu sendiriankan kalau kami anak beranak ada. Kalau kami bertiga ni mengikut, memang kecohlah dalam kereta ni. Co-pilot terlebih bijak dari driver dan penumpang cilik berdua tu pulak memang tak reti duduk diam! Havoclah gamaknya sepanjang perjalanan @_@

Kita pun teruslah ke booking.com menempah bilik penginapan hari Jumaat malam tu! Kami bercadang nak memandu ke KT pada petang Sabtu dan pulang ke KL pada petang Ahad ^_^ HD pulak ada urusan lain hari Sabtu tu. Jangkaannya pukul 3 atau 4 petang baru selesai!

My superheroes memang sangat terujalah sebab mereka ni belum pernah sampai ke negeri-negeri di Pantai Timur ya! Eh, si Bubbly Abang pernahlah pergi sampai ke Pahang; Cherating to be exact ^_^  I sendiri pun memang sudah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke Pantai Timur. Lama sungguh, bukan sikit-sikit lamanya tau!

Bab menempah bilik penginapan pun, faktor paling utama yang perlu diambil kira adalah 'kewujudan' kolam renang. Anak-anak memang suka fenomena 'badak berendam' ni. Lagi pun kalau HD keluar atas urusan, kami yang tinggal ni bolehlah 'main cuit-cuit air' gitu ^_^ Bab-bab nak beli keropok lekor ke nak shopping ke memang tak masuk senarailah ya sebab memang tau HD sibuk. Nak harapkan I memandu di KT, mahu nanti I terus memandu ke LPT tau-tau dah sampai KL dek konpius! I ni pun sejak dua menjak ni memang sentiasa konpius aje kalau kena memandu sendiri!

Maka pagi Sabtu tu, kami bangun awal. HD memang keluar rumah seawal 9 pagi kerana ada urusan. Anak-anak pulak rileks aje main Lego dan menonton kartun at the same time. Macam biasalah depa ni kalau hujung minggu di rumah. Kemas Lego, main tab. Tutup tab, main Lego. Sepahkan Lego, tengok kartun! Itu ajelah kerja mereka. Memang mudahnya kehidupan zaman kanak-kanak ni yerk!

Mommy mereka pula bukan main sibuk weyh mengemas pakaian. Cakap je nak pergi sehari tapi kemas baju macam nak pergi melancong seminggu kekdahnya. Nasib baik HD takda di rumah, kalau tidak memang dah kena sound baik punya disuruhnya panggil lori aje angkut kain baju pergi KT!

Sempat lagi ya tengahari tu I keluar ke Aeonbig membeli jajan. I ni kan kalau travel ke mana-mana, memang mengutamakan jajan anak-anak. My superheroes ni kalau tak 'disuap makanan' memang kecoh memanjang dalam kereta. Adik Cute tu kalau penat boleh tertidur lena tapi si Bubbly Abang ni tak reti tidur dalam kereta kecuali kepenatan sangat. Cara mudah nak suruh mereka diam sekejap adalah dengan 'mengunyah' ^_^

Pukul 5.30 petang HD called suruh bersiap sebab beliau dah nak sampai rumah. Beg pakaian I dah standby tinggal nak masukkan dalam bonet kereta aje. Bila HD sampai rumah, biasalah beliau geleng kepala tengok beg pakaian dan 'beg-beg'  sampingan ^_^

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6.00 petang. Sempatlah singgah di Shell Gombak untuk pam minyak. Nak beli Lego di Shell tetiba aje kata habis stok. Suruh simpan resit dan datang balik dalam masa seminggu. Siapalah yang nak ke Shell tu semula sedangkan ada satu lagi Shell station yang berhampiran dengan my house. Memang tak kuasalah tapi resit tetap juga simpan rapi dalam handbag ~_^

Kami masuk ke highway lebih kurang pukul 6.30 petang. Sepanjang perjalanan, hujan turun - kalau tak renyai-renyai, lebat sampai kelabu pandangan mata! Terutama masa di Lebuhraya Karak dan bila masuk ke Lebuhraya Pantai Timur belah-belah utara tu! Susah hati juga memandu dalam keadaan macam ni. Kesian juga pada HD tapi jangan haraplah I nak memandu kat highway Karak ni ke apa yerk. I tengok aje dah ngeri, nak suruh memandu! Ish, tidaklah selagi tak diletak pisau kat leher tau! 

I beritahu kat HD, nanti-nantilah bila dah 'tenang' highway, jalan tak sibuk, I take overlah. Setakat waktu itu, biarlah I membebel di seat belakang aje ... (Oh, ya co-pilot duduk kat belakang dengan Adik Cute manakala Bubbly Abang duduk di sebelah Daddynya!) 

Sampai kat tol Karak, satu insiden pulak berlaku ...Nanti dah sampai KT, I beritahu yerk ... ~_^ HD kata takpalah, nanti-nanti dah nak dekat sampai Kuala Terengganu, kita usahakan apa yang patut!

Kita teruskan ajelah perjalanan ke Pantai Timur dengan hati yang gembira. Maklumlah lama dah tak ke sini. Si Bubbly Abang pulak dah terkedu di depan sebabnya bila tau perjalanan ambil masa lama, dah boleh dibayangkan betapa penatnya dia kena duduk berseatbelt dalam kereta!  

Adik Cute pulak sebaik masuk kereta aje dah tertidur. Lama jugalah. Tau-tau bila dia bangun tidur, kami dah masuk ke Terengganu! Pandai pulak tu dia bertanya pelik kenapa tadi siang sekarang ni dah malam pulak! Mana tidaknya, tidur bukan main lena lagi!

Sebaik aje bangun tidur, mulalah nak terkucil pulak katanya! Jenuh alahai berpencak silat I dua beranak bila si kecil ni nak terkencing. Maklumlah spesies pembersih katanya!

Kalau tak silap kami berhenti sekejap di RnR.  Tapau makanan sikit. Kalau ikut kata hati masing-masing semua pun tak mahu makan. I ada bawa bekal makanan juga sebenarnya tapi biasalah mak-mak budak punya perangaikan. Suami dan anak-anak tak lapar, dia yang lebih-lebih kelaparan!  I ni takutlah kalau dah sampai hotel tetiba masing-masing lapar. Malam dah semakin larut. Mana nak cekau cari makanan nanti!

Sepanjang perjalanan belah-belah atas highway ni memang ngeri sikitlah suasananya. Sunyi sepi aje. Kereta pun sebuah-sebuah aje nampaknya dari kejauhan. Nasib baik si Adik Cute becok bercakap. Takdalah sunyi sangat. Si Bubbly Abang tak payah ceritalah, dah senyap malas nak cakap. Penat jadi front seat passenger gamaknya. Lagi bertambah seriau bila Adik Cute suka betul alahai memandang ke belakang, katanya nak tengok lampu kereta. Manalah ada kereta masa tu dik oi, kereta Daddy aje yang meluncur laju atas highway tu. Dengan kabus tebalnya lagi.. Ish, memang sesuai betullah buat movie seram gaya gini!

Agak-agaklah, pukul berapa kami sampai di KT?

~_^

~_^


~_^


Lebih kurang pukul 10.30 malam ... ^_^

I dah informed hotel yang kami akan check in lewat. Rugi memanglah rugi tapi nak buat macamanakan, pergi pun atas urusan kerja bukan main-main sembunyi ibu gitu...

Sampai kat Tol KT, barulah episod cemas berlaku!

Masa kami swipe Touch n Go di Tol Karak, kami tersilap swipe kad! Kad yang banyak baki tak diswipe tapi kad yang ada RM5.70 yang kami pi swipe! Ingatkan kat Tol Karak tu pun swipe and bayar on the spot macam sebelumnya so takdalah risau. Tapi bila tengok tertera baki kad, terus tertelan-telan air liur. Dah terlanjur masuk highway, nak buat lagu mana lagi. Teruskan ajelah perjalanan. Mana tau nanti-nanti boleh top up kat stesen minyak on the way yang sangat panjang nak ke KTkan.

Seperti yang I kata, I dah lama tak ke Pantai Timur ni. LPT selepas negeri Pahang tu pun I rasa memang first timelah I lalu. Maka, takdalah familiar sangat keadaan sekeliling macam kita balik kampung kat BP kan! HD pulak inilah kali pertama ke Terengganu yerk! Tapi don't you worry, my hubby ni bab mencari jalan memang superpower gitu. Tak payah sibuk nak pakai Waze ke apa yerk ^_^ Tengok bintang pun dah tahu jalan. Hahaha!

Singgah kat RnR, takda pulak khidmat top-up mengtop-up ni! Kata HD takpalah. Nanti sampai kat tol KT maybe ada kaunter tambah nilai! 

Sampai aje kat tol KT pukul 10 malam tu, haramlah tak nampak kaunter tambah nilai. I pun suruhlah HD masuk aje lane tunai! Ah kak dah get ready nak buat explanation panjang berjela sebab musabab kad kami tak cukup nilai ^_^ HD pulak tetiba aje tak pandai berbahasa Melayu tau! Terteleng-teleng kepala I ni nak bercakap dengan budak tol tu!

Dek kerana dah malam dan kereta pun tak banyak mana, budak tol tu pun malas dah nak dengar my explanation (maklumlah I bercakap bahasa kesusasteraan Melayu lamakan memalam macam tu, budak tu pun seriau juga kot langsung takda slang Ganu ^_^)  Dia minta I bayar tunai ajelah baki yang tak cukup tu! Habis cerita ...

So, pada pukul 10 malam, malam Sabtu itu, masa you all sedang enak duduk terbongkang menonton TV di rumah mahu pun sudah lena dibuai mimpi indah, kami anak beranak pulak sedang terpegun melihat bandar Kuala Terengganu di malam hari yerk ~_^ 

Sampai hotel teruslah check in. Anak-anak yang mulanya muram dek kepenatan lama sangat perjalanan, terus teruja melompat bintang. Itu tak nampak kolam renang lagi! Dekat pukul 1 pagi ya baru mereka tertidur!



Yang kasihan HDlah... Berguling kiri-kanan sebab mata dah tak mengantuk. Dekat pukul 4 pagi barulah HD tertidur ya. I tak payah tanyalah.... penat jadi co-pilot katanya ^_^ Geram aje HD tengok I senang betul terlena!

Nanti kita sambung episod 2 di Kuala Terengganu ya ^_^

Nampak tak betapa hebatnya I kalau bab berceloteh ni. Ini baru bercuti sehari, berepisod nak digarapnya cerita. Kalaulah I pergi bercuti seminggu, memang muntah keringlah you all menghadap entri 100 episod I yerk ^_^
    

    



  

     

 

 

  


Comments

  1. baru cerita perjalanan dah satu entry, hehehe...tapi OKlah anak-anak tak meragam, sorang tido je.tapi memandu di KArak musim-musim hujan ni memang mencabar.cayalah HD!tahniah untuk copilot gak lah walau takat tolong bebel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, hebat tak akak ni, Sal? Ke kita satu kepala bab-bab putarbelit cerita sampai panjang berjela? Hahaha!

      Nasib baiklah mereka okey. Tertelan-telan air liur si Abang bila tau perjalanan mungkin sampai 6 jam. Tapi dapat berjalan punya pasalkan, haruslah diharungi dengan tabah katanya ^_^

      Co-pilot peranannya amat penting tau! Walaupun adakalanya jadi pemandu simpanan, celotehnya membolehkan pemandu utama tak mengantuk ^_^

      Delete
  2. Eleh....setakat guling sana guling sini, mata tak mau lelap kenapa Kak Ton tak dibagi jer ubat tido yg paling mujarab di dunia? ...Ke dah? Hihi....kesian kawan tu, esok dahlah nak kena ngadap Russian tu...

    Rugilah sampai Terengganu tak makan kopok leko Kak Ton...Itulah satu benda yg mak teringat ingat sampai sekarang, teringin nak pergi Terengganu lagi.. Mak tak test lagi LPT tu....mcm mcm cerita dengar, seram pulak.

    Habis tu, langsung tak makan kopok leko ke? Mcm tak de sentuh pun bab bab kopok ni...

    Alah .... tak payahlah kekonon nak offer drive, mmg idaklah tu sampai Terengganu, mak dah boleh baca dah.... Huh...baik tak payah Kak Ton, kang free free je kena marah dgn HD. Dahlah tak tau jalan.... Baik baik mood ok terus ke laut....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa Mak? Tetiba aje tak fahamlah statement putar belit Mak ni ^_^ Kak Ton letih Mak oi. Penat membebel dalam kereta jangan bagi peluang driver terasa mengantuk. Tapi kalau Kak Ton takda pun, driver okey aje sebenarnya bawa kereta sensorang!

      Eh, Mak ni... Ini baru cerita perjalanan ke Terengganu. Belum masuk lagi bab di Terengganukan... Nanti-nantilah Mak oi. Kak Ton memang tau Mak tak sabar-sabar sebenarnya nak menghentam Kak Ton bila ada peluang. Yalah, nak balas dendam katanya sebab hari-hari kena hentam dengan Kak Ton juga. Hahaha!

      Yang last tu Mak memang bijak. Kak Ton offer nak memandu dari pergi sampai balik tapi tetap juga dua-dua perjalanan Kak Ton selesa dok kat seat passenger di belakang. HD ada juga suruh bawa. Jalan lengang tak mahu suruh. Jalan bengkang bengkok disuruhnya kita. Ngerilah Kak Tonkan! Asal matanya tak mengantuk, Kak Ton paksa jerk HD drive sampai KL ^_^

      Delete
  3. Nanti tunjuk muka si Rusia tu buleh?? he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak jumpa si Russian dua orang ni, Kak. Yang pasti dah tua katanya. Hehehe....

      Delete
  4. terengganu best kan, pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sangat sebab 24 jam aje di sana. Yalah rancangan pun last minute makanya dapat pergi pun jadilah. Nanti lain kali kita kembali bersiaran di Terengganu tapi tak tahulah bilanya ^_^

      Delete
  5. Jadi co pilot pun letih ye MD..kena pulak tilam empuk sikit dari yang ada kat rumah..kan?/lagi la letak2 terus mimpi..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat weyh Diana jadi co-pilot ni. Lebih penat daripada driver utama tau ^_^ Semua pun nak kena jaga!

      Itulah saya kalau tilam empuk, tak mengantuk pun boleh tertidur. Kalau mengantuk, lagilah terus tak sedarkan! Saya ni pulak kalau berjalan memang tak reti nak lelap dalam kereta. Takut punya pasal ^_^

      Delete
  6. Akak lagi lama tak ke KT ni..
    Adalh 20 tahun rasanya..
    Tapi betul juga kata Hainom..
    Rugi gi KT kalau tak cari keropok lekor tu..
    Sedap tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya lama juga CH tak menjejaki KT ni. Pendekata negeri-negeri Pantai Timur ni memang lama sungguhlah tak pergi. Last pun pergi Cherating beberapa tahun sudah.

      Ada, mesti ada membeli keropok lekor tu, CH. Belum sampai lagi ceritanya tu ^_^

      Delete
  7. wah sampai ke KT rupanya anak beranak ni... best tuh...
    at least adalah aktiviti sempena cuti pjg tu kan...
    Lyn ni tunggu nak pi KT tak pergi2 lagi.. asyik postpone jer..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Impromptu, Lyn ^_^ Kita anak beranak ni kalau plan baik punya selalu aje tak menjadi! Kebetulan HD ada urusan di sana, apalagi kita ikutlah!

      Ni dah nak cuti sekolah tak terasa pulak nak berjalan-jalan sebabnya dah tahu, mesti sesak punya kat mana-mana pun!

      Delete
  8. Bila dlm perjalanan ada yg buat sengkak macam toll tu mesti rasa tak selesa kan.. tapi highway sana satulah lengang jadi tak adalah sangkut-sangkut.

    Sejak anak kakak belajar di sana T'ganu jadi salah satu destinasi yg selalu kami jejaki. Kakak suka makanan di sana murah dan menepati selera kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak familiar dengan highway yang satu ni, kak. Masa awal masuk, asyik-asyiklah swipe dan bayar terus. Ingatkan samalah juga kekdah bila kat tol Karak tu. Maka kita swipelah kad yang sama kononnya nak menghabiskan baki dalam kad. Mana tau rupanya bayaran dibuat kat Tol KT nanti!

      Saya pergi pun sehari. Sibuk pulak HD. Tak sempat kami nak menikmati keindahan KT dan makanannya, kak!

      Delete
  9. sy pulak bila dalam perjalanan jauh..jajan anak2 tak penting sangat pun..yg penting jajan drivernya.hahaha tp kami tak pernah la memborong awal2..selalunya bila smp petrol station haa borong la jajan apa yg patut..smp lokasi seterusnya borong lagi..pendel kata klu jalan jauh..duit makan duit jajan sama naik duit minyak tol la.hakhak..

    dasyat garapan cerita sepanjang perjalanan..baru intro dah berjela.as usual sapa tak kenal MD.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itu mesti driver nak mengelak daripada rasa mengantuk tu. Anak-anak saya ni kalau tak disediakan bekalan makanan dan minuman, memang kecohlah dalam kereta tu nanti. Untuk mengelakkan semua orang pun kecoh, lebih baik kita buat apa yang patut kat si superheroes ni bagi mengawal keadaan!

      Itulahkan...nasib baik sehari aje pergi. Cuba bayangkan kalau saya pergi berjalan seminggu ke sebulan, mahu nangis-nangis nak menggarap entri tau! Yang membacanya pun memang skip banyaklah saya rasa ^_^

      Delete
  10. Mencungap hakak ko ni membaca dik...maklum la hakak kan ada penyakit semput....hahaha....suspen je tau ingat korang nampak penampakan ke hape rupenye pasal tol....buang masa je akak kecut kan usu...akhirnye sampai gak dgn selamat...alhamdulillah syukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau pun tercungap. Tengok komen pun dah tau dah... Hahaha! Nasib baiklah takda apa-apa penapakan UFO ke apakan sepanjang perjalanan pergi balik tapi serius kata, LPT ni memang ada sedikit mengundang ngerilah. Kalau nak suruh saya memandu memang lama lagilah kot baru terjadi!

      Sia-sia ajekan kecut perut. Keh3x...

      Delete
  11. oo..baru tau tak plan. tak pe, seronok p tak rancang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak plan pun, Anim. Malam Jumaat tu baru booking hotel, baru confirm nak pergi hari Sabtu. Punyalahkan... Jadinya tak sempatlah nak menggoogle apa yang menarik di KT. Lagi pun dah tau HD akan sibuk dengan urusan kerjanya maka malaslah nak plan macam-macam ^_^ Janji dapat ikut pun jadilah!

      Delete
  12. Muka adik cute dah iras sgt dgn abg nya

    Kagum dgn MD sempat lg g sopink jajan. Jlu LM berkemas baju x siap2, x kuasa nk membeli itu ini. Nnt nk gerak baru singgah beli apa yg dh siap di listkan berjela2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang yang kata begitu, LM. Saya pun tak pasti dari sipi mana mereka serupa. Tapi kalau nak tahu, Abang tu iras saya. Adik Cute tu memang iras Daddynya.

      Saya kalau nak berjalan walau dekat sekali pun memang bab jajan dan makanan dalam kereta mesti diutamakan. Saya memang benci situasi bila anak-anak kata lapar dan haus dalam kereta!

      Delete
  13. kak. bukan lebuhraya karak tu ke yang dorg kata berhantu tu? yg tengah viral cerita dekat pesbuk tu haaaa? lebuhraya nak ke teregganu.. adik cute buat suspen je tengok2 belakang hewhewhew

    meh la ke alor setar. kalau HD ada kerja boleh adik kiera akak ni bawakkan berjalan hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu... Memang LPT tu lah yang dikatakan keras! Entahlah...mungkin kot! Tapi alhamdulillah, takda apa-apa berlaku pada akak sekeluarga. Jalan memang ada kabus tebal, Kira. Serius seram! Akak beria-ia pujuk si Adik Cute tak payahlah nak tengok lampu kereta kat belakang. Tengok Mommy lagi afdal!

      Ada hati juga nak pergi Kedah tau. Nak pi Changlun, nak makan kat satu gerai ni... 10 tahun pergi sampai la ni terasa-rasa kesedapannya. Nama gerai dah lupa. Lokasinya ingat lagi. Entah ada lagi ke tidak sekarang ni pun tak tahulah ^_^

      Delete
  14. ni baru episod atas jalan...on the way nak pergi
    belum lagi hak yang lelain
    berapa episod agaknya ni kang
    so cite lucunya part hak kad touch n go tu ke
    pastu yang insiden tu apa...cpt lah cite
    ke saya yanbg tak paham cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Nasib baiklah 3 episod aje. Itu pun mini-mini episodes jerk ^_^ Lain kali saya nak membebel panjang sikitlah. Tak habis air sejug kalau saya tulis pendek-pendekkan @_@

      Nasib baik tau boleh top up duit kat toll booth tu. Kalau tidak, tak tahu nak buat apa di tengah malam begitu.... Insiden tu insiden kad Touch n Go,lah ^_^

      Delete
  15. Nani kan kalau jadi co pilot sepanjang jalan mentido aje dalam kereta. Hahahaha ! Bestnyaa kak jenjalan. Nani ni sekarang tengah busy tak sempat langsung nak berjalan. Hujung minggu ada je kerja nak buat. Rindu pula rasa nak jalan dalam mall. Hahahahah ! Tapi bagus juga kadang2 busy ni boleh jimat duit. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak bolehlah Nani ni jadi co-pilot tau. Memang tak sampai destinasilah nampaknya, dia sampai ke awan biru nun bermimpi. Hahaha....

      Akak ni sebab takut itu yang tak berani nak tidur dalam kereta. Kalau berat mata sekali pun akak cuba juga berjaga. Kesian kat driver F1 kalau co-pilotnya tertidur tau! Tapi HD sukalah kalau akak tidur, tak payah nak susah-susah jaga meter kelajuan tu!

      Baguslah Nani kalau banyak kerja nak dibuat. Jimat kos. Kalau asyik melawat shopping mall memang susah sikitlah nak berjimat. Pengalaman akak ler ^_^

      Delete
  16. bab karak tu , saya pun meremng tengok jln mcm ular kena palu . nasib baik man in da house yg drive membawa geng nak melamar sang puteri di Kt itu cekap memandu ... bilah dah nak dekat sampai hujung tol tu memang sunyi md . x de kenderaan lalu tau . kebetulan masa tu ada satu kenderaan , jadi driver follow dekat sikit buat kwn . klu dah masuk kemaman tu dah ok lah . saya terkilan benor tak membeli asam jawa fresh kat rnr tu . melambak tau ... kami sampai kt masa tu dalam kul 1 pagi . memang cantik pemandangan lampu malam dgn tiupan angin laut ... ntah bila nak sampai sana lagi ... lain kali cakap kat HD , bhs melayu lbh , mesra alam kat m'sia ni ... heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalannya dahlah bengkang-bengkok, atas bukit lagi. Aduhai, memang mengucap panjang dibuatnya. Saya pernah juga memandu sendiri di area ni tapi sekarang ni memang lamalah tak memandu asal keluar dari KL.

      Oh, Vee baru balik dari Terengganu ke masa cuti sekolah baru ni? Mesti puas berjalan dibawa dek abang ipar ya.

      Delete

Post a Comment