Episod 2 : Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Salam 1 Safar kawan-kawan!

Dah masuk bulan baru pun dalam kalendar Islam hari ni ... Bulan omputih, lagi beberapa minggu berakhirlah sudah tahun 2015. Sekejap alahai masa berlalu. Apa ya yang I dah buat tahun ni? Entahlah.... macam takda apa-apa pencapaian pun!

Baiklah, untuk tidak membuang masa marilah kita menyambung cerita Kuala Terengganu ya! Eh, I yang bercerita, you all baca ajelah sambil tertelan-telan air liur. Nampak tak baru episod 2? Harapnya melodrama kali ni takdalah panjang mana ya. Kesian pulak kat pembaca yang terkujat-kujat kepenatan membaca patah demi patah perkataan ^_^

Episod pertama di sini ^_^

I booked Hotel Grand Continental dari sini ...  Last minute punya booking ya. Hari Jumaat malam dalam pukul 9 lebih gitu kita buat booking. Siap dengan breakfast for two. Yang sebenarnya breakfast tu takdalah penting sangat sebab dok memikirkan sampai pun nanti lebih kurang 10-11 malam. Tak rasa nak bersarapan pagi esoknya. Yang penting mesti ada kolam renang. Nanti bila Daddy keluar berurusan, kita yang tinggal kat hotel ni bolehlah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian' kolam renang!

Tengok dalam gambar, not badlah kolam renang walaupun nampak tak macam saiz kolam renang Olimpik gitu ^_^ Ada dua pilihan pemandangan katanya! Kita pun mintalah bilik menghadap seaview. Yalah, yalah... seaviewlah sangat-sangat! Yang penting lokasinya di tengah bandar. Maklumlah I ni kalau suruh dok kat kawasan hutan hujan Khatulistiwa, memang merana badan! I bukan pencinta alam semulajadi tegar ya. Takdanya I nak 'Oh, wow!' duplohlapankali tanda gembira ya! I ni 'budak bandar' Kah3x... 

Haipppp.... jangan mengumpat mahu pun mencemik muka sambil baca my statement! Ada yang kena tukul nanti ^_^ (Tetiba teringat kat blogger ni yang katanya seram sungguh kalau membayangkan perempuan berjalan sambil tunduk ke lantai mengheret kapak katanya... Keh3x... Oppsss!)

Seperti yang dijangka, kami sampai di hotel dalam pukul 10 lebih. Dah nak dekat pukul 11 malam ya. Jenuh mengangkut barang dari basement parking ke lobby hotel. Nak cepat punya pasalkan, panjat ajelah tangga! Lif takda pulak. I tengok parking area yang membukit aje dah gerun. Maklumlah I ni pemandu F1 dulunya tapi sekarang dah insaf. Maka kalau tengok sesuatu yang luar biasa, memang I ngeri siap-siap

HD kata esok kereta ditinggalkan di situ dan bawalah anak-anak keluar menikmati suasana di Kuala Terengganu. I senyap seribu bahasa aje sambil dalam hati berkata tak kuasa nak memandu kat Kuala Terengganu ni. Silap haribulan bukan menikmati suasana tapi menikmati sesat jalan sepanjang masa. I tak sama dengan HD. HD guna bintang dan bangunan untuk pandu arah tapi I ni diberi Waze depan mata pun sesat tau!

Dah! Dah! Jangan gelak banyak sangat! Tak baik gelakkan I tau ^_^

Masuk aje bilik sebelum landing atas katil yang penting kita snap gambar dulu ~_^ 

Eh, bukan I yang kata! HD yang suruh tau! Lepas tu bukan main lagi mulut sang suami mengumpat mengata nanti-nanti masuklah tu dalam blog MD, MD, MDDDDDDD..... 

Ish, nyampah betul tapi sayang sebenarnya!





Setakat nak tidur malam, kira okeylah hotel ni. Kalau nak yang lebih ummphh lagi untuk berdating empat beranak, kenalah pilih hotel lima bintang. Kalau dah duduk di hotel lima bintang, memang tak keluar biliklah gamaknya ^_^

Pemandangan dari tingkap bilik kami di Tingkat 10! Seaviewlah sangat-sangatkan ^_^


Cuma yang tak berapa berkenan di hati bab bilik airnya. Lantai bath tub tak bersih. Nak pijak pun terasa semacam tapi kalau tak pijak, macamana pulak nak mandi! Kita redha ajelah. Lagi pun bukan lama. Satu hari pun tak sampai sebenarnya! Setakat nak tidur malam aje.
 
Macam yang I kata, anak-anak teruja setiap kali tidur di hotel. Entah apa yang best tak tahulah. Hampir sepanjang perjalanan si Adik Cute ni tidur tapi bila masuk bilik hotel, aktif pula jadinya. Melompat turun naik katil. Berlari ke sana ke sini sambil buat gelak monsternya 'Ha!Ha!Ha!' Memang teruja sungguh!

I suruh  tidur cepat-cepat supaya esok bolehlah pergi mandi di kolam renang seawal lepas Subuh ^_^ Disebabkan dapat twin beds, makanya HD tidur sekatil dengan I (^_^) dan Bubbly Abang sekatil dengan Adik Cute. Harapnya tiada siapa yang akan jatuh katil hendaknya ~_^

Bubbly Abang yang kepenatan letak aje kepala atas bantal, teruslah terlena tapi si adiknya ni memang ligat tak mahu lelap. Kejap-kejap dia turun katil, lari ke sebelah Daddynya. I sergah suruh tidur, barulah dia pura-pura pejam mata.

Bak dikata dalam entri sebelum ni, I memang tertidur lena. Sebelum si kecil tertidur, I dah jenuh menahan mata jangan sampai terlelap ^_^ Yang paling kasihan, HDlah. Dahlah penat memandu, tiba-tiba tak boleh tidur pulak. Dekat pukul 4 pagi HD baru tertidur. I dah lama dibuai mimpi entah kat kepulauan mana pun tak tahulah! 

Keesokannya, pukul 7 pagi my anak-anak dah berebut nak mandi pagi. HD ajak turun sarapan dulu. Pukul 9 pagi nanti HD dah nak keluar. Those Russians pulak pukul 3 pagi Ahad bertolak dari KL dan dijangka sampai pukul 9 pagi (kata Waze mereka...keh3x). Tapikan.. mereka memang pun punctual. Takda janji Melayu tau. Tepat pukul 9 pagi dah dok sampai di Kuala Terengganu walaupun waze bawa entah ke mana-mana perginya ^_^

Gambar bersarapan takdalah I ambil sebab tak best mana pun. Standardlah sarapan pagi tahu ajelah apa yang disediakan! I bayar RM18 untuk Bubbly Abang dan si Adik Cute tu free aje. Untuk kami suami isteri memanglah dah termasuk sekali dalam harga bilik. Itu pun membazir sungguh bayar untuk Bubbly Abang tau. Dia cuma makan french toast with honey and mango drink aje! Si Adik Cute lagilah... semua pun tak mahu makan. Jangan paksa-paksa katanya sebab dia tak lapar! Letak semangkuk koko crunch dengan susu pun katanya tak sedap! Kuey teow ke, nasi dagang ke, kuih-muih mahu pun pelbagai jenis roti lagilah dia tak pandang! 



Selesai makan, kami tinjaulah kolam renang di Tingkat 3. Our room di Tingkat 10 ya ^_^ Anak-anak dah tak sabar katanya nak kuak lentang, kuak depan belakang katanya ^_^

Sunyi alahai di tingkat ni. Cuma ada ballrooms dan malap aje keadaannya....



Kolam renang pun takda sesiapa masa ni. Yalah awal pagikan, siapalah nak menggigil kesejukan berenang dalam kolam renang.  My superheroes aje yang sibuk nak mandi di kolam renang. Bila tengok kolam renang, kata HD tak payahlah bawa anak-anak mandi di sini. Siapa yang tengok-tengokkan si Abang kalau dia mandi bersendirian. I dah tentulah menjaga si kecil di kolam kanak-kanak. Lagi pun Mommy mereka ni bukan pandai berenang pun! 

Berubah terus muka my anak-anak. Dari KL berjanji boleh mandi di kolam renang tiba-tiba bila dah sampai, tak boleh pulak! Tentulah hampakan ...

Sebaik Daddy keluar, mereka pun memujuklah ajak pergi. Kasihan pulak I tengok. Tapi I suruh Abang janjilah tak boleh masuk kolam untuk dewasa sebab takda lifeguard dan Mommy tak reti berenang kalau berlaku kecemasan. Kenalah dia akur mandi bersama adiknya....

Kasihan tau sebabnya....





Besar ni aje kolam renang untuk kanak-kanak!     

Termangu-mangulah si Bubbly Abang menemani adiknya bermain air di sini! Nak dilepaskan ke kolam renang yang besar, I ni kan superfreaking mak! HD takda lagilah I tak berani nak suruh Abang mandi sendirian di kolam besar tu walaupun depan mata aje!

Si Adik pulak memang rambut pun tak basah main air! 30 minit ajelah kami di sini. Bila anak-anak rasa bosan, mereka ajak balik ke bilik. Duduklah kami dalam bilik menunggu HD selesai urusan. Tengok Astro Movie pun sakit aje jiwa channel tak jelas sangat!

Ingatnya kalau HD lambat, I nak extend check out. Tapi HD called beritahu maybe dalam pukul 1 petang selesailah urusannya. Maka pukul 12.30 tengahari I pun selesaikan segala urusan check out dan menantilah kami dengan penuh kebosanan di lobby hotel ... 




HD banyak kali suruh I drive bawa anak-anak keluar melihat sekitar Kuala Terengganu tapi tahu ajelah I ni kalau tak biasa dengan kawasan sekitar, memang tidaklah jawabnya I nak memandukan! Betul-betul membuang masa kat lobby! Tapi yalah, namanya pun impromptu. Bukan merancang sebaik-baiknya sebelum ke sini. Main kemas beg dan jalan aje! Nasiblahkan kalau itinerary tunggang- langgang. 

I baca katanya Kedai Pasar Payang 10 minit aje dari hotel tapi itulah, dah kata tak nak memandu, memang tidaklah jawabnya! Kecualilah you letak parang kat leher suruh I keluarkan kereta dari basement parking tukan. Kalau gitu, mungkin I kecut perut terus memecut keluar dari hotel ^_^  

My superheroes pada mulanya okey lagi berlari ke hulur ke hilir macam lobby hotel tu rumah mereka. Makin lama menunggu makin kurang energy level masing-masing jadinya. Siap sampai baring lagi atas sofa di lobby tu ^_^

I pun berangan ajelah tak sudah kalau-kalau HD sampai cepat nanti bolehlah ajak ke sini, sana, situ dan sinun ^_^

Tapi tau tak berapa lama kami menunggu di lobby hotel?

Berjam-jam okey! Sampaikan dari lobby kita terus masuk kereta. Tunggu dalam kereta pulak. Si Adik Cute nyenyak tidur dalam kereta dek kepenatan menunggu. Bubbly Abang tak payah katalah, muka pun dah semacam!

HD pulak katanya nak sampai, nak sampai. 1 jam lagi, 45 minit lagi, 10 minit lagi, 12 km lagi sampailah entah pukul berapa baru muncul depan hotel tu. Mengeluh panjang I dan Bubbly Abang! Duh!

Kita sambung dalam episod seterusnya ya ~_^       

  

       

  



   



Comments

  1. alahai, kesiannya Abang..agak kecewa la dia.Dahla air cetek, kolam kecik pulak.nanti mami kena tebus bawak gi kolam lain plak..hehe

    Adik tu mungkin tak boleh tidur sebab dah lama sangat tidur dalam keter kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kasihan. Termangu-mangu kat tepi kolam kanak-kanak tu. Budak lain sebaya dia mandi kat kolam besar tu tapi akak tak beranilah nak suruh dia ke sana. Kalau ada apa-apa hal, bukan senang nak handle. Biarlah menyesal dulu dari menyesal kemudiankan!

      Adik kalau kena aircond kereta memang cepat lelap. Kalau tidak, hyper bukan main!

      Delete
  2. Alahai MD ni betul-betullah. Kalau takat 10 minit ke Pasar Payang kalau kakak drive sekejap. Memang payah nak dpt parking kat situ. Tapi agak-agak tak ada parking balik semulalah ke hotel. Tapi Pasar payang tu panas tau MD. Habis tu tak kemanalah anak-anak ye.. Or bila HD balik baru pergi visit tempat-tempat idaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaslah, kak. Takut sesat jalan pun ya. Saya ni kalau parking pun susah, jalan tak tahu memanglah saya malas nak memandu. Saya nak yang mudah-mudah aje ^_^ Kalau ikutkan hati nak aje jalan kaki dah kata 10 minitkan tapi kasihan pulak kat anak-anak!

      Tunggulah sambungan ceritanya ya, kak ^_^

      Delete
  3. Haha.. setuju kalau saya pun sama ni.. dengan anakanda berdua ni, tak kot saya memandu di tempat yang saya tak biasa..kecuali terpaksa.. kang jadi apa2 mmg tak leh fikir akibatnya.. jadi elokla bagi budak2 berkejaran je kat tempat yang selamat tu.. haha..

    Sian abang main air kat kolam baby je tu.. haha.. kecil tul nampaknya.. mmg tak mencabarla.. tapi bagus juga abang mendengar kata nampaknya tu.. biarla deme bosan drp kita risau akan keselamatan diorang pulak..

    Kemain 3 episod ke terengganu ye? Ke empat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dahlah tak tahu jalan, nak bawa anak-anak lagi. Memang tidaklah, AN. Tak cukup keberanianlah! Kecualilah kalau memang betul-betul terpaksa. Takda pilihan langsung dan demi anak-anakkan!

      Nak buat macamana. Nak lepaskan ke kolam dewasa takut pulak rasa dalam hati ni. Dalam juga tu sebab ketinggian berbezakan. Kalau apa-apa terjadi, manalah kudrat saya ni mampu nak buat apa-apa. Dahlah tak pandai berenang!

      Tiga episod je, AN. Nak cepat-cepat habiskan. Itu pun dah melampaulah kiranyakan bercuti satu hari tapi sampai tiga episod dibantainya. Hehehe!

      Delete
  4. Kesian betul akak tengok si Abang tu..
    Apa tak nya.. air kolam tu takat lutut abang..
    Mana nak berenang-renang riang di kolam tu..
    Sungguh tabah MD dan anak2 menunggu HD balik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian, CH tapi nak buat macamana. Takut saya nak lepaskan dia ke kolam renang dewasa tu. Kedalaman air tak sama. Jenuhlah saya nak mengawal dua anak di tempat yang berbeza. Dan yang paling penting, saya tak tahu berenang. Takutlah pulak nak biarkan dia bermandi-manda sendirian di kolam berasingan. Takpalah janji dapat main air dalam kolam renang. Hahaha!

      Delete
  5. kesian abg..mandi pool tak adventure langsung pastu kena sambung menunggu di lobi..ngeri je pengalaman tido hotel kali ni..dpt plak mummy yg bagi macam2 alasan taknak drive.hahahaha kesian kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang ngerilah PK oi! Dahlah perjalanan sampai 4 jam. Terdiam aje si Abang ni dalam kereta. Tak sanggup nak menempuh perjalanan yang lama. Nasib baiklah dapat juga pergi Masjid Kristal. Bolehlahkan daripada tak ke mana-mana langsung. Takpalah nanti cuti sekolah ni kita usahakan bawa anak-anak berjalan lagi ^_^

      Delete
  6. ni baru betul2 bercuti.. ai 2 in 1.. keje n bercuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti rehatkan badan ajelah. Nak betul-betul berjalan makan angin tak juga sebab HD ada urusan!

      Delete
  7. Bukan main patuh lagi abang dgn arahan mommy... Good boy!
    Owh, tak keluar bilik eh kalau duk hotel five stars.. Bahaya tu, nanti adik dapat baby lagi.... alamak, lupa HD xde dlm bilik :p
    Itu lah, datang kampung saya tak bagi salam... Kalau tak, boleh la kita kenal2... Nak bawak pegi jalan Pasar Payang tu, saya pun tak pandai.... hahaha, baru sekali ke sana.. Tu pun kawan bawak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, sayang nak keluar bilik kalau dah bayar mahal-mahal, Nur. Hahaha... Erk! Sampai ke situ pulak fikirannya! Double hahahaha!

      Nak tak nak kenalah dia patuh. Saya takutlah nak biarkan dia mandi sendirian di kolam dewasa walaupun depan mata aje.

      Datang pun mengejut tau. Kalau tidak, boleh juga merancang bagus-bagus mana nak tuju, apa nak makan, apa nak shopping!

      Saya dulu pergi zaman perangkan so sekarang ni memang tak tahulah mana nak tuju. Kedai Pasar Payang dengan Pasar Payang tu sama ajelah kekdahnya. Masa jalan-jalan lalu situ dibawa HD, nampak juga Pasar Payang tu tapi macam buruk jerk dari luar. Keh3x...

      Delete
  8. sampai dah KT..teringat komen MD dalam blog saya lama dulu nak bw HD p tengok replika masjid Uzbek di Tmn Tamadun Islam..
    mesti ada dalam plan tu..tak sabaq nk tunggu episod berikutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru la ni dapat peluang ke KT, Anim. Dalam senarai memang dah lama tapi itulah susah betul nak plan betul-betul. Ini pun kebetulan aje seba HD ada kerja di sana. Kalau tidak, tak juga sampai-sampai lagilah bila dengar macam-macam kisah di LPT tu ^_^

      Tak dapat masuk, Anim sebab kami sampai ke sini dah petang sangat. Pukul 5 lebih dah masa tu. Tinjau-tinjau sekitar Masjid Kristal aje. Lain kalilah kalau ada peluang kita tuju lagi KT dengan itinerary yang lengkap! InsyaAllah!

      Delete
  9. mmg pnjang entrynya..

    sygnya kolam mandi bdk2 kecil jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sesuailah untuk budak-budak yang dah besar panjang. Kalau bawah 5 tahun tu okeylah kot kolam renang besar gitu. Takpalah nanti kita bawa anak-anak sekali lagi mandi kat kolam renang hotel ^_^

      Delete
  10. Dik nape tak gagahkan je diri merempit pi pasor payang...10 minit je dari hotel...rugi nye pasor payang adalah super best tau...akak paling mengila beli dodol yg dalam daun tu....ya hampun sedap tau rangup2 di luar lembut dan manis didalam....sian adik dgn abang membosan menunggu papa ye...takpe2 nanti ajak mama dgn papa pi sunway lagoon ye....hahaha....matilanaaakk...menghasut anak orang haku ni....uhuk!! Uhuk!! Patut la tersedak hada orang petik2 nama rupenye...buwekkkk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beranilah. Takut sesat jalan. Anak-anak pun ada sama. Saya ni kalau sendirian mungkin juga saya gagahkan diri (sebab nak shopping!) Tapi sebab ada anak-anak, memang takut betul kalau tak tahu jalan ni! Nak buat macamanakan, redha ajelah dapat Mommy gaya diva macam ni, asyik nak berdriver jerk kerjanya ^_^

      Hahaha...Sunway Lagoon pun dah lama tak pergi tau. Si kecil tu belum pernah merasa lagi. Tapi kita ada tempat lain yang tengah aim nak dituju ni ^_^ Lain kalilah kita cerita ya....

      Itu bukan tersedak lagi dah tu...dah muntah kaler-kaler dah gamaknya! Nasib baik petik nama samaran sekali jerk. Kah3x.

      Delete
  11. Hehehe...lamanya menunggguu..mesti penat campur bosan tu..laaa..kecik je kolam renangnya...sian abang ngan adik..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masuk dalam GBR lah waktu menunggu paling lama! Tension betul. Nasib baik selepas tu dapat juga kita jenjalan di KTkan. Kalau tidak, mahu menangis tak berlagu kena balik KL lepas penat menunggu bapaknya!

      Delete
  12. Kalau mak rakyat marhaen ni, dah ok sangat dah tu Grand Continental....ada bath tub bagai. Selalunya mak pergi hotel bajet jee hihi....Itu pun dah best sangat.

    Fuyooooo.....
    Yelah..... sayangkan anak kena bagi selesa anak tu tido ye dak. Mak paknya, lagi sempit katil tu lagi indah katanya hihi....

    Oit.....dah tau nak mandi kolam, nape lak tak bawak pelampung adik, barulah senang nak mandi kat kolam besar tu.... Alah mcm tak biasa pakai 2 piece huh....Kesian abg....

    Tak perlah tak kemana pun, janji dpt selfie dekat lobby hotel, pun jadiklahhh....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat nak tidur aje, okeylah tak kira pun hotel berapa bintang ya, Mak. Kalau betul-betul nak dating dalam bilik hotel, kenalah pilih yang umpph sikit ^_^ Ini pun sehari tak sampai. Redha ajelah apa lebih kurang bilik hotel ni. Yang penting takda hal-hal mistik berlaku memalam hari. Hahaha!

      Pandai pun, Mak. Tak payah Kak Ton nak elaborate panjang berjela. Bagi hint sikit aje, Mak dah faham dan tau apa nak komen sepatutnya. Kah3x.

      Adik Cute mana main pelampung ni. Dia suka berdiri dalam air aje. Renjis-renjis dipilis sikit atas kepala sudahlah... Itulah definisi mandi kolam renang buat si kecil ni! Senang betul! Abang tulah yang kesian, takat paras tu aje air kolam. Masam muka tapi tak boleh nak bantah kata-kata Mommynya!

      Delete
  13. Haha awalnya ank2 MD bangun ? Ingatkan lwt smpi keletihan.

    Bab teruja tu mmg perangai ank2 kan MD? Dorang suka sbb bertukar angin kot?

    Rm18 mmg rugi byr kan? Sbb tu dulu kerap gak kami x turun mkn sbb mls nk byr. Byr mahal dia mkn cereal je. Sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangka. Sebab mereka tidur lewat jadi takdalah saya nak kejut awal pagi. Tapi mereka sendiri terjaga. Terujalah tu nak mandi kat kolam renang. Kasihan alahai, hajat tak tercapai. Kolam renangnya kecil betul. Buat celup-celup badan ajelah ^_^

      Mungkinlah LM. Asal dapat keluar rumah dan menikmati suasana yang berbeza daripada biasa, terujalah mereka. Kita pun kadang-kadang macam tu jugakan!

      Memang rugi. Nasib baik RM18. Kalau lagi mahal, lagilah tension kami membayarnya. Dah banyak kali kami kena macam ni. Masa kat Avillion dulu pun sama juga. Si Adik Cute tu nasib baiklah free. Kalau kena bayar juga, memang frustlah sebab mereka tak makan pun! Kalau anak saya ramai macam LM, memang tidaklah rasanya saya nak breakfast kat hotel. Buang duit je membayar lepas tu anak-anak tak mahu makan! Kalau jenis pemakan tu takpalah jugakan.

      Delete
  14. Redha jelah abg kena swimming kat kolam kanak2.. tapi elok jugak. dgn takde life guard, klu jadi apa2 payah pulak nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak terpaksalah juga. Dah akak ni bukan perenang katanya. Kalau apa-apa, akak juga yang susah nanti!

      Delete
  15. huuuuuu kalau kira rasanya tak sanggup kot duduk situ lama2 sanggup lagi duduk sesat ntah kemana lepas tu nanti pandai2 datang pick up kita sebab dorg lambat hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah, Kira. Dah disuruh drive tak mahu juga takut sesat jalan. Nasib badanlah. Itu pun nasib baik mood HD tak merundum. Dapatlah kita jalan-jalan kat Masjid Kristal ^_^

      Delete
  16. lain kali ajak saya...tak adanya istilah takut sesat
    walau lesen P baru diperolehi setahun yang lalu...cehwah ayat
    i bab berjalan tak ada kompromi...jalan tetap jalan! hehe
    kejabnya main kat pool tu...ni kalau afif ni
    mau lupa jalan pulang ni

    berapa lama dok melanguk kat lobby tu
    tetiba boleh bayangkan level tensen tu
    setengah jam pun dah rasa cam bertahun kalau saya...hehe
    eh mana air ni dah bertahun menunggu ni MD wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, berani nampak ni! Saya ni pakai waze pun blur lagi tau! Hahaha... Kalau saya sorang aje, dah panjang langkah saya bershopping. Ni sebab dengan anak-anak, saya ada ngeri sikit. HD kata pergi ajelah ke mana-mana. Nanti kalau tak tahu jalan balik ke hotel, call aje pergilah HD mencari kami! Senang jerk katanya... saya ni entahlah...tak konfidenlah nak memandu kat tempat orang dengan anak-anak bersama!

      Kecil sangat kolam renang tu, itu yang si Abang bosan aje muka. Nak terjun tiruk pun tak lepas, mahu benjol kepala kalau kena tepi kolam! Si Adik pulak sebab terlalu kecil, dia mulalah perasan semua orang memerhatikan kehenseman dia..padahal takda sesiapa pun main kat situ!

      Lama weyh YY kami menunggu. Berjam-jam lamanya weyh! Penat dah mulut nak potpetpotpet kat suami. Keh3x...

      Delete
  17. Alaaah air cetek tak best lah untuk abang ehh. Hehehe. Abang, lepas nia jak mummy pergi main air dekat Sunway Lagoon confirm puas hati. Dah masuk cuti sekolah ni kan. Hehehe. Comel je adik jadi angkasawan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cetek sangat. Kalau akak masuk sama, memang kesianlah budak-budak lain nak main. Hahaha! Dah lama tak pergi ke Sunway Lagoon. Katanya harga pun dah mahal mengancam ^_^ Ni plan nak ke Legoland pun tak dapat-dapat lagi, Nani...

      Delete
  18. sebenarnya andar kt tak besar mana , signboard pun banyak . pusing2 pun kat situ jer memanjang . masa kami hantar pengantin , kami pergi sendiri . tak de lah suruh wakil tuan rumah tunggu kat mana2 . hasilnya kami sesat dan lalu kat laluan yg sama berkali2 . sudahnya bakal pengantin dtg jemput . rupanya kat jln yg kami sesat berkali2 , cuma tak masuk lorong ... nape md tak panggil je teksi . boleh je jenjalan kat pasar kepayang , gi tgk wall art kat chinese town ... mesti tak terfikir kan nak cari teksi ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni makin berumur, makin takut jadinya drive kereta. Tak tahulah kenapa. Setakat pergi balik kerja dan di KL okeylah. Kalau nak suruh saya memandu masa HD ada bersama, memang tidaklah! Kalau diikutkan, memang takdalah susah sangat pun jalan kat KT tu tapi entahlah tak tahu kenapa malas nak memandu. Nak panggil teksi pun tak terfikir walaupun nampak teksi menunggu depan hotel.

      Delete

Post a Comment