Final Episode : Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Salam 4 Safar kawan-kawan!

Fuh, legakan dengar final episode dah! Ingatkan nak buat sampai 50 episodes tapi takpalah, buat menyusahkan orang jerk ^_^

Hari ni kita kasi habislah entri Kuala Terengganu ni. Lepas tu boleh mula cerita aktiviti dua minggu sebelumnya ~_^  

Episod 1 dan Episod 2 boleh tengok di sini dan situ, ya! 

Kalau teringin nak semputlah ^_^ Kalau tidak baca episod akhir pun cukup! Jangan bimbang sangatlah tak faham cerita ya!

Seperti yang dikata, berjam-jam lamanya kami menunggu HD sampai di hotel ya. Anak-anak memang dah kepenatan. Takda energy lagi nak bertekak dua beradik. My mulut pun tak berapa sakit nak dok menjerit halang itu, ini. Eh, yang sebenarnya sakit juga sebab asyik membebel bilalah HD ni nak sampai! Jarum jam dah menunjukkan hari makin lewat ni. Jangan-jangan tak sempat nak ke mana, terpaksa terus balik ke KL. Memang havoclah percutian hujung minggu kami kalau begitu. Penat atas jalan ajelah 8 jam pergi balik KL-KT-KL!

Katanya pun impromptu... padanlah muka! Nak disalahkan pihak manakan....

HD sampai hampir pukul 5 petang. Dah tak terkata lagi I ni nak membebel. Lidah pun dah kelu. Tengok HD kepenatan, I pun takdalah nak banyak cakap. Ada juga yang kena hempuk nanti kalau membebel tak ingat status isterikan!

HD pun bising jugalah sebabnya pelik dengan sikap I ni. Dah disuruh jalan-jalan keliling Kuala Terengganu dengan anak-anak tapi tetaplah tak nak. Sanggup tu menunggu bagai nak rak di lobby hotel! Berjam-jam pulak tu... Kasihan kat anak-anak! (Yalah, bapaknya... anak-anak aje kasihan, isteri takda pulak rasa kasihan penat menunggu!)

Rupa-rupanya HD and those Russians sampai masuk ke Kelantan nun! Padanlah tak balik-balik! Katanya pukul 1 petang boleh selesai rupanya membawa ke berjam-jam selepas tu! Lagilah HD bengang bila urusan jadi begitu. Kalau boleh, HD nak semuanya smooth aje perjalanannya! Itu tabiat HDlah tu... 

Kami tiga beranak ni (termasuk HD juga) makan tengahari pun tidak ya! Anak-anak dok mengerjakan segala baki jajan yang ada. Licin dah tak berbaki! Bila HD balik tanya juga pada anak-anak nak makan ke tidak. Si kecil tu memanglah tak lapar. Si Bubbly Abang pun katanya masih tak lapar lagi.

Ingat nak bawa anak-anak bantai makan di KFC je tapi nampak sangat nak kena hentamkan. Tak akanlah berjalan jauh sampai ke Kuala Terengganu, KFC juga dicari! Kalau macam tu, lebih baik kita stay kat KL je hujung minggu tu makan KFCkan! So, I cancellah rancangan mengarut tu ^_^

Mula-mula kita pam minyak kereta dulu. Minyak pun sampai nak habislah dok menunggu HD! Singgah di stesen minyak Shell, kita borong apa patut buat alas perut. Masa nilah I belikan Lego Shell untuk si Bubbly Abang. Si Adik Cute tak tahu menahu pasal lego ni tapi bila nampak Abang start pasang memasang lego, mulalah dia pun nak satu! Merengek sudah!

Kasihan pulak padanya sebab keeesokan harinya harijadi Adik Cute. Ralatlah pulak kalau tak belikan satu untuk si kecil ni. Nak beli dua tadi tak dapat. Resit stesen minyak yang di Gombak tu masih lagi I simpan. Ingatnya nanti bolehlah pergi beli. Valid untuk seminggu! Masa tu punya ceritalahkan... 

Kami pun meneruskan perjalanan mencari tempat nak beli keropok lekor ^_^ 

You all tau ajelah my husbandkan. Bab jalan ni walaupun katanya tak pernah jejak eh, senang aje dicarinya! Bila dah nampak depan mata tu, apalagi... kita belilah mana patut @_@

Selesai membeli kami pun mencari lokasi Masjid Kristal. Lama dah teringin nak ke sini. Memandangkan ada masa lagi, apakata kita singgah sebelum pulang ke KL. Barulah tercapai misi  percutian tak dijangka hujung minggu tersebut ^_^ 




Nampak juga Muzium Negeri tapi tak sempat nak masuk dan tutup pun kalau tak silap. Ada pameran juga di situ tapi nak buat macamana, tak dan nak melawat muzium katanya...

Sampai di Masjid Kristal pun dah lewat. Kami tak berkesempatan nak masuk ke Taman Tamadun Islam dek kerana kelewatan tersebut. Rasa ralat juga tapi lagi ralat kalau tak puas explore di TTI nanti. Hari dah lewat. Walaupun ada diskaun 18% katanya, kita redha ajelah tak tinggal jejak di TTI. Lain kalilah ya kalau berkesempatan lagi ke Terengganu, kita makan angin sepuas hati macam foreign tourist!

Memang terpegunlah tengok Masjid Kristal ni. Cantik memang cantik. Kali pertama nampak masjid ni di waktu malam (semasa sampai ke KT) lagilah terasa indahnya ^_^ 















Agak-agak dah puas explore kawasan di sekitar Masjid Kristal dan selesai solat, kami pun bergeraklah pulang ke Kuala Lumpur! Macam hari kami bergerak dari KL, pukul 6.30 petang juga kami keluar ke highway menuju home sweet home ^_^ Itu pun dek kerana tersangkut dalam kesesakan jalanraya di KT. Ingatkan KL aje ada jem rupanya KT pun sama! HD dah mengeluh panjang. Maklumlah penat jadi pemandu katanya. 

I kata nanti dah masuk LPT, I bawalah kereta ^_^ Tapikan, baru aje masuk LPT serentak dengan senja yang kian berlabuh, mata I pun punyalah tak menahan nak terlena ~_^ Macam biasalah tu... kena aircond kereta kot, tak tahan samalah macam Adik Cute. Asal masuk kereta aje terus terlena!

Kami berhenti makan di RnR Gambang kalau tak silap. Beria-ia makan ya sebab seharian tak makan ni! So tak payahlah tanya lebih lanjut apa makanan di Terengganu yang kami rasa. Memang tak makan pun. Takpalah, lain kali aje kalau ada kesempatan ke sana lagi!

Sampai di KL lebih kurang pukul 10.30 malam. Alhamdulillah, lega dapat kembali ke rumah semula ^_^ Berakhir sudah our weekend escapade di Kuala Terengganu yang tidak dirancang langsung!

Keesokannya barulah I tahu ada kemalangan maut berlaku berhampiran RnR Perasing lebih kurang pukul 10 lebih malam yang sama di laluan yang bertentangan.  Syukur alhamdulillah, Allah melindungi perjalanan kami sekeluarga kali ini!  

Okey, lepas ni boleh sambung kisah-kisah lain pulak ~_^ 

 

  

 

  

Comments

  1. ada jugaklah, kenangn di masjid kristal dan keropok lekor..takdelah rasa sia-sia percutian di Terengganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah sempat juga jelajah kawasan Masjid Kristal, Sal. Kalau tidak, memang penat dalam kereta ajelah ^_^ Tapi best juga sebab lain daripada hujung minggu kita yang biasa-biasa di KL ni!

      Delete
  2. ada juga lalu-lalu tapi tak tersampai2 lagi..

    kita miss u, tak sedar dah setahun kita tukar kerja..busy sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, PB! Lama you tak singgah menjemah kat rumah I tau! Terima kasihlah sudi luangkan masa sekejap ya!

      Awak takpalah balik kampung boleh singgah kalau nak. Macam kita ni memang kalau tak teruja, tak sampai Terengganu tu. Jauh benar pulak rasanya ^_^

      Delete
  3. LM masa anak dua dan tiga (kejap je la sblm g qatar) rajin benor tgu suami kat loby. Ye lah check out tgh hari laki abis keje pkl 3-4 kdg2 melarat 5 lbh mmg lah longlai. Ank pulak mak aii walau sepasang tp aktifnya lahai masa tu. laki suruh jln takmo. Padahal zaman dulu kereta x byk cam skrg pun.

    Bestnya g masjid kristal. LM baru g sekali masa tu batu siap. Taman tamadun tu pun baru siap lum sepenuhnya lagi bayar pun murah masa tu. tujuh tahun x jejak kaki ke KT, 5-6 tahun tak ke ganu. Haaa lama betul!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah rasanyakan, LM bila menunggu lama sangat! Tapi nak buat macamana. Suami ada urusan. Kalau suka-suka tinggalkan kita menunggu, memang berperang besarlah lepas tu ^_^

      Saya ni kalau tempat tak familiar, memang jaranglah saya nak memandu. Lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak bersama. Rasa payah sangat kalau ada apa-apa yang tak kena nanti. Nak uruskan kereta, nak uruskan jalan, dan nak uruskan anak-anak lagi. Tetiba tak boleh nak multitasking tau!

      Okeylah walaupun sekejap aje dapat singgah Masjid Kristal ni. Ralat juga tak dapat masuk ke TTI tapi takpalah, kalau ada rezeki pada masa akan datang, kita pergilah lagi!

      Saya pun sebenarnya dah lama LM tak ke Pantai Timur. Rasanya sejak berkahwin memang takda sampai ke sini. Sampai Pahang ajelah dengan HD and Bubbly Abang. Adik Cute ni pulak first time travel jauh sikit!

      Delete
  4. tak pe MD...lepas ni boleh plan p teganu kita lagi. boleh qada tempat yg tak sempat singgah. boleh cuba ICT tu..alamak, tiba2 leleh pula air liur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Anim... tak puas hati rasanya sebab banyak tak dapat dibuat. Bercuti pun hujung minggu aje. Mengejar masa satu hal. Membuang masa menunggu pun ya juga ^_^ Lain kalilah kalau ada rezeki kita pergi lagi ke Terengganu. Enjoy sakan ^_^ Bila tak tahulahkan!

      Delete
  5. Ekeleh.....tu aje.....baru nak meleleh air liur mak, dah masuk balik haha.....

    Ohhh ....jadinya dari pukul 12 le Kak Ton anak beranak duk lobby termasuk duk dlm keta ek.....kehkehkeh...kesian sangat tau mak dengonya...

    Tak pelah kak Ton .....nasib jugak dpt cari kopok leko, kalau tidak mmg rugi. Kak Ton ni kan sawan muzium ke hape? Pantang sungguh tengok muzium tau, terus ghairah nak pergi....huh....

    Cepat jugak ek sampai KL.....4 jam jer. Makan apa kat RnR Gambang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kak Ton tak mahu sesiapa meleleh air liur sebab tiga episod drama kali nikan. Lain kalilah ya Mak kita bagi meleleh air liur sampai gigil kepala lutut. Keh3x...

      Lama Mak menunggunya... potpetpotpet mulut Kak Ton. Abang pun dah kepenatan dan bosan mendengar potpetpotpet Mommynya tau. Si Adik Cute sampai lena tidur dalam kereta! Nasib baiklah dapat juga cari keropok dan pergi Masjid Kristalkan, kalau tidak, sedihlah balik KL penat duduk dalam kereta aje buat air liur!

      Eh, kat Muzium Negeri tu ada pameran pengangkutan air ke apa erk, haruslah kita masuk tengok pamerankan. Bukan nak baca sejarah pengangkutan tapi nak snap gambar masuk blog jerk ^_^ Tapi itulah, tutup pulak sebab dah petang!

      HD drive quite laju Mak oi... Sebab itulah 4 jam pergi, 4 jam balik. Patutnya 6 jam sekali perjalanan tau! Sampai kat RnR kita bantailah makan nasi goreng cendawan hotplate, nasi ayam, nasi campur+telur goreng+telur masin+kari daging. Mak teka ajelah yang mana Kak Ton punya ^_^

      Delete
    2. Huh...dah confirm yg paling banyak lauk ....bawah sekali tu ha...

      Delete
    3. Pandai pun, Mak. Tapi Kak Ton overlah...telur goreng tu takda. Tersilap menaiplah tu. Kak Ton kalau dah sehari tak makan, mesti nak cari nasi dulu tau ^_^

      Delete
  6. Alhamdulillah sampai dgn selamat...takpa la dik terenganu bukan jauh mana...lain kali ada masa bole pegi lagi...jalan la sepuas hati nanti...comel je si abang dgn adik dok bergambo dalam tingkap tu sorang satu ye...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Lega perjalanan takda masalah dan sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju! Seriau juga tau masa dalam perjalanan dengan keadaan jalanraya, dengan suasana sekelilingnya. Maklumlah first time katanya lalu LPT ^_^

      Lain kalilah kalau ada rezeki kita jejak Terengganu lagi. Lain kali kita cuti lama sikit boleh jejak PahangKelantanTerengganu sekali trip! Banyak sikit episod boleh masuk blog ^_^

      Delete
  7. perghhh sampai ke kelantan dorang ronda, ke sesat dorg kak?? dari pukul 1 ke pukul 5, mereput lah menunggu nya...
    tapi takpelah.. balik gak kan...
    ada masa nnti boleh lah explore KT. mana yg tak dpt pergi, boleh lah repeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesat. Memang pun ada hal teruslah terlajak ke sempadan Kelantan nun. Dah masuk pun Kelantan sebenarnya. Itu yang HD geram. Katanya dekat, dekat, rupanya jauh jugalah memandu!

      Memang penat Lyn duk menunggu berjam-jam. Sakit jiwa raga tapi bila suami balik tak terkata apa lagi dah. Padahal sebelum tu bukan main lagi potpetpotpet membebel tau! Kes takut suamilah ni @_@

      Next timelah gamaknya tapi tak tahu bila. Cuti sekolah nanti kita jalanlah lagi ^_^

      Delete
  8. masjid kristal ni tak boleh buat sembahyang jumaat kan? pasal tak boleh padat ramai2 dalam satu masa. pernah sampai masa zaman sekolah menengah kot. itu pun menemankan mama ikut rombongan nak pegi masjid kristal dengan masjid terapung tu haaaa. takpe la kak. dia nak suruh ke sana lagi tu. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Tak tahu pulak akak tentang tu, Kira! Masa sampai ni pun dah lewat petang, tak dan nak masuk TTI. Takpalah kita posing depan masjid ajelah. Lain kali ada peluang kita lenjan sekali lagi pergi Terengganu ^_^

      Delete
  9. sehari punya cite pun sampai 3 episod...kira hebat tu...hehe
    mak ai MD...4 jam lebih menunggu
    jiwa kental sungguh! kalau saya menggila dah wei
    memang tensen dok gitu...tapi salah sape kan...hehe

    saya penah sampai sekali ke masji kristal tu
    tu pun dah berzaman dah...entah bila boleh sampai lagi
    kira ada jugalah kenangan ke sana walau panas bontot menunggu kat lobby
    hehe...gelakkan lagi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tau takpa! Bab menggarap cerita ni memang no hal punyalah, YY. Doakan ajelah saya tak teringin nak bercuti selama seminggukan. Kalau tidak, bayangkan ajelah kengeriannya nak membaca hasil garapan novelist terkenal ni. Hahaha!

      Nak buat macamana! Isteri mithalikan...10 tahun berturut-turut tu dapat medal ^_^ Lama ke cepat ke, kenalah juga tabah menunggu. Dah disuruh jalan-jalan sendirit tak mahu juga, nak pakai driver. Kira nasib badanlahkan!

      Nasib baiklah sempat singgah beli keropok dan ke Masjid Kristal. Kalau tak ke mana-mana, memang nangis-nangis dah sepanjang jalan pulang ke KL!

      Delete
  10. Rindunyaaa nak pergi Terengganu lagi, banyak tempat lawa2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah, Nani. Sekarang ada LPT senang sikit. Cepat sampai ^_^

      Delete
  11. nama pun percutian taK dirancang..kira oklah dpt melawat dan puas menatap masjid kristal..terengganu memang antara lokasi percutian yg best..next time kena plan baik sikit..baru puas dpt bercuti merasa sotong goreng tepung..kopok leko terengganu n sebagainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sampai juga Masjid Kristalkan. Kalau tidak, memang menangis tak berlagulah balik KL. Harap landing atas katil hotel jerk kat KT @_@

      Delete
  12. Baca je n3 berkaitan dgn terengganu trs craving kopok leko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi pulak rasanya dah sampai Terengganu tapi tak borong keropok lekor dan seangkatan dengannya banyak-banyak. Tapikan beli tak banyak pun sampai la ni ada lagi kat rumah ^_^

      Delete
  13. saya tak dpt pergi maskid kristal tu . cuma tgk atas jambatan je sbb driver punya plan lain . kami pergi satu tempat nama pulau apa tah sbb ada pameran kt situ . pilihn masa tu ada dua . sama ada nak belok kiri atau kanan . klu kanan mmg sampai masjid kristal ... pergi kampung losong tak ... mcm2 gerai keropok lekor ada ... alhamdulillah selamat sampai di rumah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak dan nak pergi ke mana-mana. Maklumlah plan on the spot gitu. Nasib baik sempat juga terjah ke Masjid Kristal. Kalau tidak memang meloponglah terus balik KL. Penat atas jalan aje dibuatnya!

      Saya sampai Kg Losong tu dan ada jugalah beli sikit-sikit. Nak beli banyak-banyak ikut nafsu takut tak terhabis nanti!

      Delete

Post a Comment