Jalan-Jalan Cuci Mata (JJCM) : Taman Botani Negara Shah Alam

Salam 7 Safar kawan-kawan!

Hari ni marilah bersama-sama I ber'JJCM' sekali lagi. Oh, JJCM bukannya  setakat 'Jalan-Jalan Cari Makan' aje ya, kali ni kita akan 'Jalan-Jalan Cuci Mata' pulak ~_^

Tak jauh pun tempat yang nak dituju dan ianya berlaku pada hujung minggu sebelum kami ke Kuala Terengganu ^_^

Pernah dengarkan Bukit Cherakah? Aha, itu dululah! Sekarang ni namanya dah lebih glamour dan lebih panjang lagi ~ Taman Botani Negara Shah Alam. Susah nak sebut senafas yerk ...


 


Lama sebenarnya nak bawa anak-anak ke sini tapi biasalah, walaupun berpuluh kali ke Shah Alam macam Shah Alam tu my second home, sampai ke sini tak juga ....

I ni biasalah ya kalau ke Shah Alam selalu aje HD tanya soalan cepu lempang tahap durjana ...

You boleh ingat tak jalan ni?

Entahlah dear...semua pun nampak sama je jalannya kat mata I !

Jawapan memang nak minta lemps duplohlapankalilah yerk ^_^  Lagi pun kalau dengan HD bukannya I kena memandu, so apa ada halnya!

Macam selalu kedua-dua bujang terhangat I (Eh, tiga sebenarnya kalau masukkan sekali Daddy mereka!) memang gembira bukan kepalang bila dapat keluar rumah. Tak kiralah ke mana hala tujuan janji hujung minggu tak menghabiskan masa di rumah!

Kalau ditengok jalan masuk ke Taman Botani ni memanglah rasa macam tempat ni sesuai sangat untuk zombies dalam Walking Dead tu berkeliaran. Takda rasa umphh pun nak masuk. Tapi nasib baik jugalah masa masuk tu, datang juga rasa keterujaan dalam diri makpak superheroes ^_^

Tiket nak masuk ke sini murah aje ya, kawan-kawan! RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Rakan sebaya macam si Adik Cute tu percuma aje!

Mehlah tengok gambar-gambar yang ada ...







Mula-mula kami berkeliaran di sekitar kawasan berhampiran kaunter tiket masuk. Nak tunggu tram sampai, ramai pulak orang. Ada ramai yang pakai pakaian sukan yang sama, kotnya ada eventlah tu di sini. Tak berapa pastilah I sebab malas nak ambil tau. 




Lepas jenjalan dekat-dekat, barulah kita tunggu tram. Dapat naik tram seronoklah sikitkan walaupun perjalanannya tak sejauh mana pun! Sedih sungguh I tengok fasiliti yang ada di taman ni. Kurang terjaga gamaknya. Naik tram pun tak sempat tarik nafas panjang tau-tau dah sampai ke destinasi yang terakhir di rumah empat musim. Kami tak masuklah lagi pun HD setakat empat musim ni tak dipandangnya pun!

Sampai di rumah empat musim, kami decided nak ikut tram balik semula ke tempat menunggu tapi tetiba I ajak HD turun di kawasan taman haiwan. Jomlah kita jalan kaki pulak ^_^




Takdalah banyak mana pun haiwan di sini. Janganlah harap macam melawat zoo pulak. Itu pun cukuplah buat anak-anak teruja ^_^





Lepas melihat haiwan-haiwan yang ada di taman haiwan ni, kami pun teruslah berjalan sehingga ke pintu masuk.






Dek kerana sudah masuk waktu zohor, kita solatlah siap-siap di sini sebelum keluar. Jalan beberapa tapak lagi buat cukup syarat melawat taman ni and teruslah kita bergerak pulang.


Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL, kita singgahlah dulu beli cendolkan. Rugi tak makan cendol di hari yang panas berdeting macam ni ~_^ 

Anak-anak cukup seronok walaupun itu aje aktiviti mengeluarkan peluh for the day. Makpak lagilah seronok sebab bila anak-anak dah penat, bolehlah kita balik rumah dan sambung tidur petang ^_^

        
    

 


Comments

  1. Last pergi sana dapat jumpa wife daddyziyyad..
    Nak pergi lagi tunggu musim cuti sekolah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Kalau pergi masa musim sekolah mungkin ramai sikitlah umat pengunjungnya. Masa saya pergi ni pun hujung minggu biasa aje. Itu pun susah nak naik tram sebab ramai budak-budak pakai baju sukan entah Hari Keluarga ke apa tak tahulah!

      Delete
  2. ala, gambar tram takde ke?nampak nau panas berdenting ting sampai bertopi-topi 2 hero tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar dalam tram tak sempat ambillah, Sal. Ingatlah jauhlah pusingan tramnya rupa-rupanya tak sempat lelap mata dah sampai! Kalau tau lebih baik jalan kaki jerk. Datang rajinnyakan ^_^

      Delete
  3. LM pergi sana form5 dulu. Tak sangka tiket masih murah. Kagum jap. Tq entri ni MD nak bawak ank2 gak nnt. Mmg tak sangka harga tiket tak mcm taman2 lain kat malaysia ni yg menjerut leher bg ank ramai cam kami ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu memang tak pernah pergi pun, LM. Dah ada anak ni tetiba aje teringat nak pergi bawa anak-anak. Jadinya saya pun tak tahulah apa keadaannya sebelum ni. Pernahlah juga dengar tentang rumah 4 musim tu tapi tak pernah pulak teringin nak masuk sebelum ni...

      Pergilah bawa anak-anak. Murah je. Takdalah menjerut leher kita mahu pun buat kita terkedu dengar harga tiket!

      Delete
    2. Smua tempat terkedu dan terkulat2 klu dgr harga tiket MD. plan nk be tmn burung pun tgk cam mahal je bila total smua . Baik g pantai ke mana2 ke.. Syok gak blh main pasir

      Delete
    3. Sekarang ni mana-mana pun mahal, LM. Kalau anak ramai, kenalah budget siap-siap walaupun kita mampu. Rasa sayangkan nak keluar duit banyak gitu setakat bayar tiket masuk aje. Itu belum kira makan, minum dan lain-lain benda lagi yang nak kena keluar duit bila bawa anak-anak keluar berjalan...

      Delete
  4. dah lama tak ke sini
    dulu popular tempat ni masa zaman saya kecik2 lah
    sunyi aje nampaknya...cam tak terurus pun ye juga
    awat adik cute cam tak ceria aje tu

    mana komen lain tak publish lagi ni
    boleh saya tolong reply kan...hehe
    sengajalah tu kan...tak bagi kita hijack blog dia

    ni i dah nak balik...smapi ke sudah air tak hidang
    menci tau...cam nak halau kita balik aje
    yelah...i baliklah!
    eh...nanti tapaukan neslo ais ikat tepi ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat bahagian depan tu berhampiran pintu masuk memanglah happening sikit. Tapi bila naik tram menuju ke rumah empat musim tu, nampak kiri-kanan banyak yang terbengkalai. Setakat ambil angin bolehlah tapi tak tahu nak buat apa lagi dah!

      Mana ada komen lain. Itu-itu ajelah komennya. Sejak dua menjak ni blog Kak Ton pun merundum habis tau.. Nasib baiklah ada besan(s) and the gang ^_^

      Lain kali pun datang air takda siapa nak jamu. Pi ambil sendiri dalam peti sejuk. Kalau nak yang panas, masak dulu air siap-siap dari rumah yerk. Kopi/teh/milo/nescafe aje kita sediakan. Kalau boleh gula dan susu pun bawalah sendiri yerk ^_^

      Delete
  5. aduh kak...mengimbau kenangan lalu betul entry akak kali nieh.... lieya mase zaman jadi pelajar uitm...ni laa tempat lepak santai2 ..... naik basikal .... riadah2...tapi mase dulu baru2 bukak mmg cun laa tempat nie...tgk dari pic akak still tak berubah .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke begitu? Kira ni memang melekat dalam lipatan sejarah zaman dulu-dululah ya, Lieya ^_^

      Ya ke masih tak berubah keadaan tempat ni? Masa mula-mula buka dulu akak rasa macam best aje (tapi akak tak pernah pergilah!) tapi lepas tu dengar tempat di terbengkalai then buka balik. Ada satu bunting katanya nantikanlah kedatangan taman orkid 2015 tapi akak rasa 2015 pun dah nak tamat, tang mana taman orkidnya pun akak tak tahu!

      Delete
  6. Cepatnya balik....nape tak pakej makan malam sekali? Alang alang dah sampai Shah Alam tu pergi ajelah membazirkan masa kemana mana yg kak Ton rasa nak pergi.... Sajalah tu nak nak balik rumah cepat, nak tido..... Huh yelah tu tido, abang ngan adik cute mmglah tido, mak paknya ? Hihi.....

    Kak Ton...mak pernah jugaklah sampai sini, tp zaman anak kecik kot, maklumlah nak merasa salji katanya.....zaman dulu manalah ada salji salji ni. Yg ada kat Bukit Cerakah dengan kat kat Mines.

    Sekarang ni dah melambak ek tempat cenggitu.
    Tak cycling ke? Rasanya bole sewa basikalkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Mak! Penat pulak rasanya. Tapi kalau tak silap, sehari sebelum tu dah makan malam di luar, Mak ^_^ Tak masuk blog aje sebab tempat yang sama!

      Tapi serius, kalau pergi Shah Alam ni banyak tempat makan best boleh cuba. Antara nak melantak dengan tidak aje!

      Amboi, Mak ni! Memang tak reti sensored mulut tu. Asyik fikir benda lain aje. Anak-anak ada rumah di hujung minggu tak mainlah Mak oi... Opppsss!

      Yalah, masa dulu dengar aje tapi sampainya tak juga. Nak berdating macam malaslah nak ke sana. Tapi sekarang ni kalau ada tempat macam best aje, mesti nak bawa anak-anak pergi. Nak tengok anak-anak teruja!

      Nak cycling macamananya...si Adik tu bukan pandai pun. Makpak pandai lagi tau bab-bab cycling ni cuma lama tak buat kerja!

      Delete
  7. Bnyk gak dah berubah ye...lama x g..dulu g masa dating2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almost semua orang pergi masa zaman muda, zaman dating. Saya aje yang pergi zaman dah beranak pinak, buat kali pertama ^_^

      Delete
  8. Kalau bukit cherakah tu akak penah gak pegi...duluuuuu dah lama dah time izara pon tak wujud lagi...kikiki...tengok rumah 4 musim tu...masa akak pegi tu musim sejuk...best sejuk gile bila becakap mulut kuar asap...hehehe...menjakun....masuk 2 hengget je kalau tak silap akak pastu bole duduk lelama dalam tu tau... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak pernah sampai sebelum ni. Lama dah nak pergi tapi tak tahu keadaan ni macamana sampailah kawan blogger bercerita. Itu yang terniat nak bawa anak-anak pergi berjalan ke sana. Sajalah suka-suka ^_^

      Oh, masa tu masuk 2 ringgit aje ke? Sekarang kalau tak silap RM3 jerk. Sebab saya bercadang nak masuk so naklah bayar RM14 in total untuk kami berempat tapi HD tak mahu masuk. Jadi saya bayar RM7 for 4 persons untuk entri masuk aje!

      Delete
  9. Nani tak pernah sampai lagi Taman Botani ni walaupun dalam 20 minit je dari tempat Nani. Hahaha. Lawa juga tempat dia ehh, memang cun sangat kalau nak buat photoshooot ni. Ewahhhh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dekat ke tempat Nani belajar dengan Taman Botani ni? Akak rasa macam jauh aje tau ... Bolehlah Nani kalau nak buat photoshoot majlis bertunang ke, berkahwin ke... Hahaha! Nanti kalau nak buat photoshoot, call lah akak. Boleh akak menebeng sekali belakang gambar ^_^

      Delete
  10. Wahh..murahnya rm.3 je..Good idea jugak ni.boleh bawa anak2 cuti sekolah ni kann...mesti seronok abang dan adik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira paling murahlah untuk tempat berbayar. Tak dapat rasanya tiket masuk RM3 kat mana-mana ^_^

      Mereka dua beradik ni dapat pergi mana pun teruja bukan main. Asal anak-anak gembira, kita pun tumpang gembira jugalah!

      Delete
  11. ya ampun..banyaknya perubahan kt bukit cherakah ni..siyesly!!! dah berbelas tahun dok shah alam hingga beranak pinak, tapi belum pernah bawa anak2 jalan ke sini. last pergi masa saya masih bersekolah rendah. hahahaha

    kak, kita ade tagged akak utk join segmen. jemputlah join ye. hehehe

    http://suriaqistina.blogspot.my/2015/11/segmen-jom-kenali-follower-anda.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke, Sue? Ada yang kata sama jerk macam dulu-dulu! Akak ni pun pertama kali sampai ke sini makanya tak tahu pun macamana keadaan tempat ni dulu. Takpalah, at least ada juga sampaikan dan bolehlah masuk blog buat ingatan katanya ^_^

      Oh, kena join segmen ke? Nanti akak tengok ya...

      Delete
  12. woe ni dia taman botani yg kononnya sy nammpegi sangat klu smp shah alam..tp entah bilalah kan..macam tak menarik mana tempatnya.teringin nk masuk yg 4 musim tu je.hahaha..

    padanlah masuk pun murah..oklah kan takat nk bawak anak2 n nk bgtau dh pernah smp tempat ni..kali kedua macam tak nak dh ye pergi..tunggu ada cucu plak kot kita ke taman botani lg.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...syahdulah PK kalau dari SP nak ke Shah Alam semata-mata nak pergi Taman Botani Negara Shah Alam ni. Lebih baiklah pergi I-City ^_^

      Tapikan kalau setakat nak berubah angin kononnya dan nak bawa anak-anak melihat sesuatu yang baru bagi mereka, apa salahnya turun ke sini ^_^

      Delete
  13. Aritu naik basikal kat sini, rasa macam nk terjatuh jantung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya faham perasaan tu walaupun saya tak berbasikal masa di sini. Ngerilah juga kalau kena turun bukit...dahlah handle basikal pun lama tak pegang ^_^ Mahu tersungkur menyembah bumi pulak @_@

      Delete
  14. Zaman dulu2 ada lah pergi kak..
    skrg ni walupun dkt dgn Lyn, pass by jer heh.. tak pergi pun hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pula inilah kali pertama sampai sini, Lyn. Daripada elok, tak elok dan tak berapa elok sekarang barulah akak sampai. Akak memang macam tu. Selalu aje tertinggal keretap kecualilah akak yang beria-ia nak pergi ^_^

      Delete
  15. hahahahahaha hujung niat kita macam sama je kak. bila anak letih balik rumah dia tido kepenatan mak pak boleh tumpang tido sebelah hihihihi. kira ni kalau bab ingt jalan kira yang kena drive sendiri. drive sendiri waktu siang dan insyaAllah lepas tu kalau nak ke situ lagi insyaAllah lah sampai. tapi janji bukan jalan KL nun la hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dah penat berjalan di bawah terik matahari, haruslah balik kena qada tidur. Asal dapat tidur aje, itulah kerja utama nak buat! Bukan selalu pun dapat tidur siang, Kira ^_^

      Akak bab jalan ni memang selalu hilang arah. Lagi-lagi sekarang ni sejak kahwin, bila berjalan dengan keluarga, memang HD yang drive. Teruslah akak lupa ingatan, lupa daratan, langsung tak kisah pun nak hafal jalan! Kena marah dek HD sebab tak ingat jalan ni dah jadi perkara biasa. Masuk telinga kanan keluar balik telinga kiri aje bila kena marah tu!

      Delete
  16. zmn saya pergi dulu x de tmn haiwan rasanya . rumah 4 musim tu ada lagi dak ? ... ntah bila nak sampai ke situ lagi agaknya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah 4 musim tu ada lagi sebab ada dijual tiket berasingan. Kami tak masuklah. HD malas nak layan main-main salji ni. Hahaha!

      Delete

Post a Comment