Salam 5 Safar kawan-kawan!
Hari ni mari kita berceloteh tentang kisah makan-makan. Lama dah tak berceloteh tentang JJCM ni kan ^_^
Hujung minggu lalu kami ke Cyberjaya tanpa arah tujuan sebenarnya. Sajalah berjalan-jalan melihat suasana di Cyberjaya. Ingatkan nak bawa anak-anak melenjan di taman tapi bila kami sampai di Cyberjaya, hari panas berdenting. Takkanlah nak berlari-larian dan berkejar-kejaransuami isteri di taman bungakan. Tak romantik langsung! Basah ketiak! Deodorant tak bawa sama!
Makanya kita pusing-pusing tengok tempat makan. Asal cerita kami nak makan di Putrajaya yang sebenarnya tapi entah kenapa jalan terus aje ke Cyberjaya. So, redha ajelah tahan lapar sebab dari pagi tak breakfast!
Sampai di sana, kita pun tinjaulah tempat-tempat makan yang ada. Wah, best betullah! Banyak sungguh yang kita tak pernah tinggal jejak tapi sebelum tu biarlah kita singgah dulu kat kedai Arab yang ada memborong air minuman dan entah apa-apa lagi...
Suka betullah apple juice jenama Rani tu. Kalau singgah mana-mana kedai Arab, memang ini jelah kami borong. Botol air kaca Mountain Dew di belakang tu I lah yang gatal membeli. Seronok pulak sebab lain sikit bentuknya berbanding Mountain Dew yang selalu dibeli tu @_@
Lepas keluar dari kedai Arab ni, kita teruskan perjalanan mencari tempat makan best lagi. Nak singgah Mat Ayam Kampung, dah pernah makan dulu. Malaslah nak masuk dua kali pulak. Si Bubbly Abang sibuk teringatkan restoran Wak Dol di Setia Alam tu. Uhuh, jauh tu nak patah balik dan pergi Shah Alam pulak!
Nak juga masuk ke DPulze ~ jalan-jalan window shopping ke, tak pun makan-makan ke, tak pun tengok wayang ke... tapi semuanya tak menjadi! Tiba-tiba masing-masing tak boleh buat keputusan nak makan di mana. Bercanggah pendapat aje kerjanya!
Makanya tetiba I teringat kata-kata my sister yang pernah makan di suatu tempat ni...
Jom kita patah balik ke KL! Kita makan kat restoran ayam goreng kunyit tu nak tak?
Makanya...seluruh 'ahli makan' pun tetiba bersetuju. Jomlah kita balik KL ^_^ (Eh, ni memang perkara biasa tau dalam my family. Dah sampai sini tetiba tak mahu makan di situ nak makan di sinun. Kalau tak percaya, koreklah entri lama-lama ^_^ Habit lama dah ni!)
Maka kita pun teruslah memecut pulang ke KL dan masuk MRR2 nak ke Kampung Pandan @_@
Restoran ayam goreng kunyit ni terletak di alamat ini :
Restoran ni meriah dengan warna temanya - merah. Habis semua van penghantaran pun berwarna merah tapi takdalah I sibuk nak snap gambar van, kan ^_^
Mari tengok apa yang ada di sini ... (separuh aje ni dari buku menu ya!)
Of courselah ya, menu utamanya masak kunyitlah ~ ayam, daging, udang, sotong semua pun masak kunyit ^_^
Ini yang kami tiga beranak order ...
Nampak macam sikitkan tapi kalau dialihkan mangkuk sup dan sambal belacan tu, penuh sepinggan ya. Boleh tahan kenyanglah kalau habis sepinggan ni.
Set untuk HD I tak sempat snaplah! HD ambil set nasi dan daging goreng kunyit. Untuk minuman yang termasuk dalam set ni boleh pilih. I order 3 gelas iced lemon tea dan 1 gelas sirap bandung untuk Adik Cute.
Sambal belacan tu kalau nak tahu pedas memijarnya bukan main. Mulanya I 'simbah' semua atas my pinggan nasi. Ingatkan nak 'simbah' juga sambal belacan si Adik Cute dan Bubbly Abang dalam my pinggan. Mereka berdua tak akan nak makan sambal belacankan. Nasib baiklah I tak buat.
HD pulak tengok I 'menyimbah' oh, buat juga perkara yang sama!
Lepas tu kami pun mulalah makan ...
Mak ai... pedas menggila ya walaupun banyak tu aje. Pijar terus lidah. I beritahu HD jangan makan banyak sangat sambal belacan tu sebab pedas tapi HD nak tunjuk macholah kononnya. Disuap sesudu dengan nasi lepas tu buat muka macam takda apa-apa rasa pun. Konon nak beritahulah yang 'Melayu' apalah I ni, sambal belacan banyak tu pun tak tahan pedas!
Tak lama lepas tu, ahah.... merah padam muka! Habis air segelas diminumnya. Rasa pijar melekat dalam mulut katanya. Terpaksalah order ais kosong satu lagi. Hahaha!
Itulah kita nasihat seikhlas hati tak mahu dengar ^_^
Secara keseluruhannya, boleh tahanlah makan set nasi dan ayam goreng kunyit di sini. Bab daging tu HD kata ada liat sikit dan kering sesangat rasanya. Harga pun not bad, murahlah juga. Nasi dan ayam goreng kunyit berserta minuman cuma RM7.50 satu set. Manakala nasi dan daging goreng kunyit berserta minuman pulak cuma RM8.50 per set. Ada juga set premium di mana ada nasi, daging, ayam,sotong dan udang goreng kunyit berharga RM12.50 per set.
Total makan tengahari di sini kali ini cuma RM31.30 aje. Murahkan?
Lepas kenyang kami pun pulanglah ke rumah. Penat 'merayau' ke Cyberjaya dan patah balik makan di KL katanya!
Hari ni mari kita berceloteh tentang kisah makan-makan. Lama dah tak berceloteh tentang JJCM ni kan ^_^
Hujung minggu lalu kami ke Cyberjaya tanpa arah tujuan sebenarnya. Sajalah berjalan-jalan melihat suasana di Cyberjaya. Ingatkan nak bawa anak-anak melenjan di taman tapi bila kami sampai di Cyberjaya, hari panas berdenting. Takkanlah nak berlari-larian dan berkejar-kejaran
Makanya kita pusing-pusing tengok tempat makan. Asal cerita kami nak makan di Putrajaya yang sebenarnya tapi entah kenapa jalan terus aje ke Cyberjaya. So, redha ajelah tahan lapar sebab dari pagi tak breakfast!
Sampai di sana, kita pun tinjaulah tempat-tempat makan yang ada. Wah, best betullah! Banyak sungguh yang kita tak pernah tinggal jejak tapi sebelum tu biarlah kita singgah dulu kat kedai Arab yang ada memborong air minuman dan entah apa-apa lagi...
Suka betullah apple juice jenama Rani tu. Kalau singgah mana-mana kedai Arab, memang ini jelah kami borong. Botol air kaca Mountain Dew di belakang tu I lah yang gatal membeli. Seronok pulak sebab lain sikit bentuknya berbanding Mountain Dew yang selalu dibeli tu @_@
Lepas keluar dari kedai Arab ni, kita teruskan perjalanan mencari tempat makan best lagi. Nak singgah Mat Ayam Kampung, dah pernah makan dulu. Malaslah nak masuk dua kali pulak. Si Bubbly Abang sibuk teringatkan restoran Wak Dol di Setia Alam tu. Uhuh, jauh tu nak patah balik dan pergi Shah Alam pulak!
Nak juga masuk ke DPulze ~ jalan-jalan window shopping ke, tak pun makan-makan ke, tak pun tengok wayang ke... tapi semuanya tak menjadi! Tiba-tiba masing-masing tak boleh buat keputusan nak makan di mana. Bercanggah pendapat aje kerjanya!
Makanya tetiba I teringat kata-kata my sister yang pernah makan di suatu tempat ni...
Jom kita patah balik ke KL! Kita makan kat restoran ayam goreng kunyit tu nak tak?
Makanya...seluruh 'ahli makan' pun tetiba bersetuju. Jomlah kita balik KL ^_^ (Eh, ni memang perkara biasa tau dalam my family. Dah sampai sini tetiba tak mahu makan di situ nak makan di sinun. Kalau tak percaya, koreklah entri lama-lama ^_^ Habit lama dah ni!)
Maka kita pun teruslah memecut pulang ke KL dan masuk MRR2 nak ke Kampung Pandan @_@
Restoran ayam goreng kunyit ni terletak di alamat ini :
Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
No.15, Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri, Cheras
55100 Kuala Lumpur
Tel : 1300 88 5800 (ada buat delivery untuk majlis ya ^_^)
(No. GST you all nak suruh I letak kat sini tak? Keh3x...)
Restoran ni meriah dengan warna temanya - merah. Habis semua van penghantaran pun berwarna merah tapi takdalah I sibuk nak snap gambar van, kan ^_^
Mari tengok apa yang ada di sini ... (separuh aje ni dari buku menu ya!)
Of courselah ya, menu utamanya masak kunyitlah ~ ayam, daging, udang, sotong semua pun masak kunyit ^_^
Ini yang kami tiga beranak order ...
Nampak macam sikitkan tapi kalau dialihkan mangkuk sup dan sambal belacan tu, penuh sepinggan ya. Boleh tahan kenyanglah kalau habis sepinggan ni.
Set untuk HD I tak sempat snaplah! HD ambil set nasi dan daging goreng kunyit. Untuk minuman yang termasuk dalam set ni boleh pilih. I order 3 gelas iced lemon tea dan 1 gelas sirap bandung untuk Adik Cute.
Sambal belacan tu kalau nak tahu pedas memijarnya bukan main. Mulanya I 'simbah' semua atas my pinggan nasi. Ingatkan nak 'simbah' juga sambal belacan si Adik Cute dan Bubbly Abang dalam my pinggan. Mereka berdua tak akan nak makan sambal belacankan. Nasib baiklah I tak buat.
HD pulak tengok I 'menyimbah' oh, buat juga perkara yang sama!
Lepas tu kami pun mulalah makan ...
Mak ai... pedas menggila ya walaupun banyak tu aje. Pijar terus lidah. I beritahu HD jangan makan banyak sangat sambal belacan tu sebab pedas tapi HD nak tunjuk macholah kononnya. Disuap sesudu dengan nasi lepas tu buat muka macam takda apa-apa rasa pun. Konon nak beritahulah yang 'Melayu' apalah I ni, sambal belacan banyak tu pun tak tahan pedas!
Tak lama lepas tu, ahah.... merah padam muka! Habis air segelas diminumnya. Rasa pijar melekat dalam mulut katanya. Terpaksalah order ais kosong satu lagi. Hahaha!
Itulah kita nasihat seikhlas hati tak mahu dengar ^_^
Secara keseluruhannya, boleh tahanlah makan set nasi dan ayam goreng kunyit di sini. Bab daging tu HD kata ada liat sikit dan kering sesangat rasanya. Harga pun not bad, murahlah juga. Nasi dan ayam goreng kunyit berserta minuman cuma RM7.50 satu set. Manakala nasi dan daging goreng kunyit berserta minuman pulak cuma RM8.50 per set. Ada juga set premium di mana ada nasi, daging, ayam,sotong dan udang goreng kunyit berharga RM12.50 per set.
Total makan tengahari di sini kali ini cuma RM31.30 aje. Murahkan?
Lepas kenyang kami pun pulanglah ke rumah. Penat 'merayau' ke Cyberjaya dan patah balik makan di KL katanya!
Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. nampak cam best je, tapi kalau KA suka bikin sendiri je menu ayam grng kunit ni, camput dengan kcang panjang n kobis bunga uiiii heaven sgt !
ReplyDeleteTerima kasih KA sudi singgah sini ^_^
DeleteSebenarnya memang senang aje nak buat di rumah tapi gatal kaki tu nak melangkah makan di luarkan. Ikutkan ajelah...
Anak saya si Bubbly Abang cukup suka ayam masak kunyit ni. Sejak tak boleh makan ayam seketul, kita masak ajelah macam ni guna isi ayam. Suka dia sampai makan bertambah!
amboi sedap nampak ayam goreng kunyit dengan nasi putih. menyelerakan pulak sampai rasa nak jilat skrin.. kot2 ada tempias2 rasa katanya...
ReplyDeleteLaaa... kenapa tak jilat aje? Jangan rasa-rasa, jilat ajelah Suria ^_^
DeleteLauk memanglah itu aje, senang pulak tu kalau rajin memasak di rumah tapi tau ajelah akak nikan. Ada masanya memang gembira riang nak makan di luar. Ni kes terlupa pesanan mak mertua lah ni :)
Amboi sdpnya RANI
ReplyDeleteDulu memula pindah doha tiap hari teguk rani. Jakun sgt dpt jus pekat nak-nak yg MANJU(manggo). Pastu bila blk sini cuti buat muka pelik bila mak belikan air kat simi cair bair. Ank smua xmo minum. Dh tua ni dh tak kemaruk dah dgn rani. Dulu sebotol besar sy blh minum sehari sorang2. Huhu
Amboii rajin nya kalian pusing balik ke kl carik makan ye?
Ada satu kedai Arab di sekitar Setapak tu pun saya rajin terjah. Kalau datang pun memang beli air jus aje. Sedap. Lagi sedap sebab murah aje kat situ, RM1 setin ^_^ Kat kedai ni tak silap saya dia jual air tin ni RM2.12. Next time nak jenjalan lagi cari port kat Cyberjaya lepas tu kalau lapar sakan, kita berhenti ajelah makan! Penatlah pusing-pusing 'makan angin' aje!
DeleteItu memang hal standard berlaku dalam keluarga saya, LM. Keluar rumah nak makan kat sini tetiba dah separuh jalan tukar port lain. Pernah juga dah masuk kedai kita angkat punggung pergi cari kedai lain! Hebat tak? Hahaha!
Kalau bunda memang tak makan langsunglah kot sambal belacan pedas macam tu... makan nasi ngn sup dan yang lain jer..
ReplyDeleteMemang pedas sangat Bunda sambal belacannya. Sesuai dengan warnanya yang merah menyala. Saya suka makan pedas-pedas ni maklumlah tekak Melayu tapi tak menahan pulak rasanya pijar di mulut bila makan sambal belacan kat sini!
DeleteAkak suka makan kering2 camni dik...takde sup pon takpe...hehehe...gigih korang ek jjcm
ReplyDeleteOh, ya ke? Saya pula asal ada yang pedas, saya okeylah. Kalau tak pedas, gigil perut saya ni tak kenyang makan!
DeleteKami sekeluarga bab JJCM ni memang gigih. Kalau ada yang beritahu di JB nun ada sebab makan, sanggup kami plan itinerary pergi JB makan-makan aje! Cuma masa tu je yang selalu jadi kengkangan nak jalan jauh-jauh ^_^
lapar pulak tgk ayam goreng kunyit tuh.. tapi jauh lah pulak nak kesana..
ReplyDeleteklu ade cawangan kat sini2, boleh gak try
Sesekali makan simple macam ni dan sesuai dengan anak tekak, bolehlah Lyn tapi lagi afdal kalau memasak lauk yang sama di rumah. Hahaha...
DeleteEntahlah Mat Rock ni ada cawangan ke tidak. Trylah call toll free number tu ^_^
dah sampai cyber tapi carik makan KL jugak..hahahaaa..kalo zee mau amukan tu kelaparan..
ReplyDeleteselalu lalu jer kedai arab tak pernah masuk..tak tau nak beli ape pon yer jugak..
pasni boleh la try air RANI tu..sedap eh?
Biasalah tu, Zee. Selalu sangat dah kami macam tu. Bukannya sesuatu yang menghairankan pun ^_^ Kami sebenarnya nak mencari halwa tapi bila dah sampai di sana, lain pulak yang dibelinya! Air jus ni memang favorite sekeluarga. Rajinlah kalau ke kedai Arab ni kami membeli air jus ni. Selalu pergi yang area Setapak aje! Kali ni kita pi jauh sikit ^_^ Nak pergi taman tengok matahari tengah tegak mencanak atas kepala. Tak jadi terus!
DeleteJusnya sedaplah bagi tekak saya!
Macam best jer MD..
ReplyDeleteAda sup dan sambal belacan..
Kalau CH.. mesti rasa sambal belacan tu sebelum simbah semua kat pinggan tu..
Takut pijar mulut tu...
Mahu CH mintan satu tong air..
Untuk hilangkan pedas tu hahhaha
Simple je, CH tapi okeylah kalau nak try. Nak dikatakan sedap sangat pun tidaklah tapi bolehlah buat menghilangkan lapar ^_^
DeleteOh, saya ni tahan pedas sebenarnya tapi tak tahulah sambal belacan ni betul-betul pedas memijar. Kakak saya dah warning tapi saya lupa pulak!
HD minum dua gelas air pun tak cukup nak menghilangkan rasa pijar tu, CH ...
Kak Ton, kan dah mak dah masak goreng kunyit utk ptg ni punya lauk. Tulah sapa suh tayang!
ReplyDeleteTp lauk cenggini sekarang ni mmg pemes lah Kak Ton. Tu ha depan taman mak, tepi jalan, ada gak org jual lauk mcm tu. Cuma mak lum try ..... Mcm rasa bersalah pulak nak try , sebab senang sangat nak buatnya hihi...
Lainlah Kak Ton, Kak Ton tak per ar. Kak Ton kan wanita bekerjaya, mak ni duk kat rumah goyang kaki pas tu nak beli ayam goreng kunyit pulak! Pergh macam kelako rasanya hoho....
Senang aje nak membuatnyakan, Mak. Pejam mata pun tak mungkin rentung tapi Mak punya style, Kak Ton tak pastilahkan! Hahaha...
DeleteKak Ton pun selalu masak isi ayam goreng kunyit macam ni untuk si Bubbly Abang. Dah sekarang ni tak boleh makan ayam seketul-ketul, kita makanlah isi ayam aje ^_^ Buat hilang stress kena diet katanya. Kah3x...
Kak Ton wanita berkerjaya, Mak. Memanglah tak sempat nak berlama-lama di dapur sampai rentung segalanya. Kak Ton kalau masak pun nak yang quick and easy. Lagi afdal, tak payah masak terus. Lagi quick beli di luar jerk, kan Mak kan.... ^_^
Sebab itulah agaknya saya tak boleh buat review produk berbayar, Diana. Saya ni memang tak reti nak kata ya kalau faktanya tidak. Hahaha....
ReplyDeleteSo-so aje makan di sini tapi sebab kakak saya kata sambal belacannya kaw, maka saya pun nak cubalah. Setakat masak goreng kunyit ni kalau kat rumah pejam mata pun lepas memasaknya. Hehehe....
kira pernah beli air brand Rani tu. tapi bukan apply. mango. tak sedap langsung. rasa pekat sangat tak boleh masuk dengan tekak.
ReplyDeleteayam kunyit tu pebret kita tau kak!!!!! murah la tu. ohoiiiii nak kena save the address la gitu. kot kalau terjatuh dekat kl boleh jugak ke situ hewhewhew
Akak selalu beli apple, Kira. Memang suka betul. Mango tu mungkinlah kot pekat sangat...
DeleteOh, ramai juga yang suka ayam goreng kunyit ni yerk! Kalau akak buat bisnes ni mesti laku. Hahaha!
Wak dol setia alam.. belah mana ek..?
ReplyDeleteSaya pernah buat entri tentang restoran Wak Dol ni, Aiza. Sat ya saya cari link...
DeleteAhah... dah jumpa! Boleh baca di sini ~ http://mummydearie.blogspot.my/2015/05/jjcm-sarapan-lewat-pagi-di-restoran-wak.html
ada juga restoran gini ye
ReplyDeletetak penah ketemu pula saya dekat sini
okay lah tu harga gitu makan 4 beranak
saya lately pedas sangat tak boleh nak makan lah
padahal dulu hantu pedas
sanggup buat cili padi jadi ulam kalau pedas tu ada
tapi sekarang, sikit makan pun dah merah telinga..hehe
Saya pun baru tau walaupun dekat dengan rumah. Nasib baik kakak saya dah cuba kat restoran ni. Kakak kata murah sangat makanya saya pun terangsanglah nak pergi mencuba. Amboi, perkataan 'terangsang' gitu! Hahaha!
DeleteOh, ya ke tak tahan pedas sekarang? Ini mesti sebab usia dah tak 13 tahun lagi tu, YY ^_^
sdoi tengah lapar ni tengok apa pun sedap..style goreng kunyit mac ayam daging ni jenis kering2 memanglah antara makanan peberet sy..
ReplyDeletepuas hatilah ye makanan murah n sedap
Dalam rumah saya yang paling suka ayam goreng kunyit dah tentu-tentulah si bujang tersado. Kami suami isteri biasa-biasa aje. Kalau ada makan, kalau takda tak minta. Si kecil tu lagilah tak suka ayam atau daging ni. Dia peminat sup aje!
DeleteDasyat simbah sambal belacan, klu cikna sambal belacan letak tepi(anak omputih la katakan) nak tnya klu yg set blh tuka menu air dia x,harga memang berbaloi lah.....;-)
ReplyDeleteUhuh, kalau tak pedas Cikna, tak terasa nikmat makan tau ^_^ Akak memang suka pedas-pedas ni. Itu yang ingatkan kalau simbah aje sambal belacan secoet takda masalah. Rupa-rupanya memijar lidah jadinya!
DeleteAir tu boleh tukar apa yang kita nak!
best tu MD dapat sambal yg pedas . selama ni klu saya mkn diluar , mmg tak jumpa sambal yg pedas wpun saya dah tuang semua sambal yg ada kat pinggan ... heh heh heh .
ReplyDeleteMemang jarang jumpa sambal belacan yang pedas kalau makan di luar. Maklumlah nak cater pada kesemua anak tekak pelanggan bukan mudah. Ada yang suka pedas, ada yang tak suka. Kenalah buat ala kadar. Tapi kat sini memang sambal belacannya boleh tahan pijar mulut dibuatnya. Janganlah main curah aje. Colek dulu dengan tangan ^_^
Deletemommy tau tak dh lama sy ni tingin nk ke kfai mat rock ni. blh suami kata aym kunyit j kot .abg bli ayam buat kat rumah..
ReplyDeleteadoi.kta ni nk merasa aym knyit deme.
Ayam kunyitnya memang biasa-biasa aje, Ciksu tapi yang paling best sambal belacan tu. Pijar dibuatnya mulut!
Delete