Thursday, November 26, 2015

My anak-anak bujang ^_^

Salam 14 Safar kawan-kawan!

Duh, makin nak hujung tahun makin malas bekerja rasanya! Bestnya alahai kalau dapat cuti sebulan juga macam budak-budak sekolah ~_^

Cuti sekolah kali ni memang I ada rancangan dengan keluarga tapi biarlah dulu. Belum pergi lagi makanya macamana nak berceritakan ...

Meh, tempek siap-siap dulu gambar my bujang terhangat di pasaran  antarabangsa sebelah Laut China Selatan ^_^ Masa ni kami pi makan Texas Chicken ...

'Malulah Mommy ambil gambar dengan ayam ni!' - dah lama sebenarnya tak pekena ayam goreng. Di rumah memang takda stok ayam lagi dah. Ini pun dah dilimitkan makan fastfood sebulan sekali aje tapi bulan ni dah tiga kali ke KFC, McD dan Texas Chicken. Apalah Mommy ni, dia jadi penguatkuasa, dia yang melanggar larangan ^_^

Adik Cute tak suka ayam goreng. Adik Cute sekarang teruja nak makan burger aje. Kalau masuk fastfood dah tak minta nuggets lagi, dia minta burger ^_^ Di rumah dia ada satu botol kecil mayonaise Kewpie khas untuk dia seorang sahaja! Peminat mayo no. satu dalam rumah kami ni!
 
Eh, Eh! Tertempek pulak ayam goreng Texas Chicken Tom Yum Flavour milik Mommy ^_^ Kan I dah kata, kalau I lapar, gambar semua gigil jerk! Kah3x...

Aha, cair tak hati anak-anak perempuan you all bila tengok Imam Muda ni? Hadiah jubah dari KakSara yang baru balik dari Kuwait tu ^_^



Sudah lama tak berceloteh tentang my anak-anak bujang. Sejak cuti sekolah ni bukan main gembira berehat tapi I tak bagi muka kali ni sebabnya keputusan peperiksaan akhir tahun si Bubbly Abang merundum dan jatuh satu anak tangga di nombor 2! Balik rumah selepas dapat keputusan terus telefon Mommy di pejabat, menangis siap-siap supaya tak kena marah! Dia fikir Mommy ni cepat lemah semangatlah bila dengar rintihan terus tak jadi marah!

Makanya, I sudah sediakan bukukerja untuk Tahun 4. Silalah buat hari-hari jangan nak skip. Kalau main komputer boleh 24-7 sehari tanpa jemu tak akanlah buat bukukerja tak bolehkan! Bukannya Mommy suruh belajar 24-7 sehari pun! Mommy suruh belajar 2 kali dalam 4 jam selama 7 hari aje ^_^

Si Adik Cute pulak bila orang sibuk cuti sekolah, dia sibuk buat homework cikgu beri katanya. Hari-hari tidur lewat sebab kena siapkan homework. Ada jugalah buku tadika lama Abang yang I beri padanya. Bila dia nampak ada kerja yang dah siap (yang si abangnya dah buat lama dulu...), mulalah dia bantai melara kesedihan. Sebabnya - bila dia tanya siapa buat dan cantik ke tidak hasil kerja tu, I pun main jawab cantiklah! Maka, dia sedihlah sebab kerja yang orang lain buat lagi cantik daripada hasilkerjanya! Merajuklah terus, tutup muka dan mencemik tak mahu cakap dengan Mommy lagi!

Akal si kecil ni pun memang dah lama saraf-saraf pembelajaran bergabung tenaga sampaikan tak terjawab mulut I ni dengan pertanyaannya. Sifat cemburu pun bukan main hebat lagi. Asyiklah mencemburui kerjanya! Asal kita duduk satu keluarga, semua kena dengar apa yang dia nak cakap. Ada kalanya bila my sister tengah berborak gosip dengan I, sibuklah dia interfere suruh kita dengar 'gosip' dia pulak ^_^

Tapi nak tahu tak betapa I rasa beruntung sangat walaupun ada dua anak lelaki aje?

My anak-anak bujang rajin you terutama si kecil ni. Suruhlah apa sahaja memang dialah yang offer diri nak buat kerja! Paling disukainya menolong I melipat pakaian. Bab spender superman sendiri tu memang dialah yang lipat. Janganlah mengada-ngada nak selongkar dan lipat semula, memang dia mengamuk merajuk! 

Nak suruh lipat t-shirt dan short pants sendiri pun dah boleh ^_^ Lepas lipat terus laju-laju hantar masuk dalam almari sebab dia takut nanti kita selongkar balik dan lipat! Mana yang dia tak pandai, disuruhnya kita tunjuk 'tutorial' gitu ~_^ Nah, tak sia-sialah kalau jadi menantu sesiapa ni nanti. Sure rajin menolong keluarga tau! Maklumlah nama pun anak bujang MD, kan, kan, kan ^_^

Dan orang yang paling lega sudah tentulah si Bubbly Abang. Sebabnya, bila I panggil namanya untuk minta tolong, si adik terus meluru nak membantu. Kalau Abang berkeras nak buat, mulalah Adik Cute mencemik sambil meraung kesedihan tak dapat membantu! 

Abang redha ajelah dengan kerajinan si adik sebab itu satu benefit buat dirinya. Ni bab buang sampah ni I rasa tak lama lagi pun si kecil ni nak take over kot! Sekarang ni tak bolehlah sebab dia kecil lagi, pengsan omaknya nanti kalau dia sepahkan sampah dalam plastik tu! Bertambah pulak kerja supermaknya nanti ^_^

Tapi kalau dah penat, silalah jangan bercakap dengannya... Boleh aje nanti dijawabnya,

Mommy, jangan cakap dengan adik lagi, eh! Adik penatlah nak dengar!

Diam seribu bahasa terus mulut Mommynya yang biasanya tak pernah tertutup rapat kalau kat rumah ni... ~_^  

Dari segi rancangan kegemaran, dah mula beralih arah si kecil ni. Tak main lagi dah Upin Ipin. Sekarang dah mula minat Chibi Maruko Chan, Lego Friends (nampak tak? nampak tak apa yang I nampak?) dan Robocar Poli. Bubbly Abang memang tak tahan nak gelakkan si adiknya. Yalah, dalam banyak-banyak kartun yang ada, tetap kartun gegirl juga yang dia minat. Si kecil ni tau semua karakter gegirl dalam Lego Friends tau! Hari-hari disuruhnya I check kat info agak-agak ada tak masanya dia kena 'berebut remote control' dengan Mommynya! 

Bila adik dah mula conquer channel Astro, si abang pun pasrah aje lari masuk bilik main komputer! Bubbly Abang malas nak join sekaki berebut remote control dengan Mommy dan Adik Cute ^_^ Nasib baiklah Daddy jarang turut serta!

My house ni macam biasalah memang haru-biru kalau empat beranak ada di rumah. Tak kiralah siang ke malam, pagi, petang mahu pun tengah malam! Lagilah cuti sekolah macam ni, my superheroes asyiklah minta izin tidur lewat. I berilah juga peluang tapi bila mereka melenjan tak ingat dunia, I terus  tutup lampu dan bertempik suruh pejam mata cepat-cepat. Kecut perut masing-masing tapi dalam hati, siapa yang tahukan...

Baru-baru ni I geramkan mereka berdua asyik bergilir-gilir merebut segala gadget yang ada, I sembunyikan semua sekali masuk beg yang I selalu bawa pergi kerja. Si Adik Cute nampaklah. Esok paginya bila dia bangun tengok tab takda, dia pun mengeluh. Bubbly Abang terus telefon I di pejabat tanya betul ke semua gadgets Mommy bawa bersama ke pejabat?

Adik mengadu katanya and nak tahu apa si kecil ni cakap?

Mommy ni memang tau! Mengada-ngada!

Si kecil ni adakalanya dia main ikut apa orang kata. Maksud pun tak tahu. Samalah juga dengan satu nursery ryhmes ni, The Finger Family.  Elok aje sampai ke lirik untuk 'daddy finger' dan 'baby finger' tau tak apa disebutnya?

Elok jerk tau dia menyanyi dengan girang sambil menyebut,

'Vavi' finger, 'Vavi' finger, where are you? (fahamlah apa perkataan sebenarnyakan!)

Dan sekali tu dia pi nyanyi depan Daddynya. Apalagi, menyingalah Daddy! Terus kena marah kawkaw! Mahu Daddy tak marah bila dengar anak pi tukar 'Daddy' ke 'Vavi'. Memang minta lempslah kan....

Abang pun mengadulah kat Mommy ...

I pun panggil si kecil ni dan tanya kenapa dia suka tukar 'daddy' dan 'baby' dalam ryhmes tu ke 'vavi'! I tunjuk image 'Vavi' dalam tab! Tahu apa dia kata?

Eh, Oink! Oink! Oink! Comelnya....

I pun explainlah kat si kecil ni!

Yang sebenarnya dia tak tahu pun 'vavi' tu apa. Tak tahu pun perkataan tu tak berapa eloklah di pendengaran telinga. Yang dia tahu kalau tunjuk haiwan tu namanya 'oink!oink!' Yalah, perkataan tu sendiri tak salah. Haiwannya pun tak salah tapi tau ajelah bila tersebut, sensitif lain macam jiwa raga kita nikan...

Takut jugalah kalau dia jadi sedap menyebut habis di'vavi'kan semua benda. Masaklah Mommy nak menjawab kalau dah terlanjur katakan! Kena pandangan sinis aje nanti dengan umat manusia yang lain, tak reti didik anak katanya!

La ni takdalah lagi dengar dia menyanyi The Finger Family ni tukar lirik lagi ^_^

Begitulah anak-anak. Tengah membesar ni macam-macam ragam. Kalau mereka buat silap semasa kecil, boleh juga kita lentur balik supaya mudah dibawa kembali ke pangkal jalan. Kalau kita buat tak kisah waima sekecil zarah pun silap mereka, bila dah besar panjang nanti jangan pulak nak meraung terlentang terlangkup kat lantai dok kata anak derhaka ke apakan... Salahnya dah tentulah si tukang membentuk jati diri tu ^_^ Sebab itulah nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dah keras kejung nanti apa lagi yang boleh dilentur @_@

Okeylah, dah terpanjang pulak kisah masyarakat hari ni! Macamlah tak biasa dengar I berceloteh lepas tu terbabas entah apa-apa ^_^ Next time kita story mory lalaland lagilah yerk @_@ Penat dah tangan ni dok menekan 'papan kekunci' ni ...   

   

    



 
 

 

    


40 comments:

  1. Hahaha... tergelak sensorang bila baca part lirik lagu tu..
    Klaka la adik ni.. ayat2 dia bg kat mommy tu mmg terdiam dibuatnya.. hihi..
    Ensem la dia berjubah.. :)
    Mcm2 ragam ank2 kan.. apa2 pun kita yg mencoraknya.. bahasa, cara mereka response,tingkah laku mereka.. kalau yg x betul tu kita x tegur, sampai bila2 dia ingat apa dia buat tu betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamba dia aje nak nyanyi ikut suka lirik apa nak guna. Tapi yang sebenarnya memang dia tak tahu pun perkataan tu apa maksudnya. Baru-baru ni pun dia ternampak haiwan ni dalam youtube, dia terus beritahu saya inilah dia haiwannya yang Mommy tak beri sebut nama! Saya tanya itu haiwan apa dan jawabnya senang jerk ~ oink, oink!

      Delete
  2. Chantik jubah kakak sara beli tu.

    LM baru siap asingkan buku yg nk buang dan nk simpan. Mmg mana yg x abis buat blh agih pada si adik.

    Bab rajin tu moga kekal smpi ke besar ... Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngam-ngam saiznya. Si Abanglah kesian. Mereka beli jubah saiz Daddynya. Takdalah dapat kalau dah gaya gitu besarnya. Saya pun baru aje minggu lepas bungkus dan simpan buku si Bubbly Abang ni. Hujung minggu ni ingatnya nak balut buku untuk tahun depan pulak!

      Aminnnnn...semoga kekallah kerajinan tu hendaknya....

      Delete
  3. comei anak teruna pakai jubah..serupa anak arab dah tu :)
    hehe..salam kenal dari saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana pujian untuk anak dan juga sudi singgah blog saya yang suka merapu ni ^_^

      Delete
  4. Untung kan budak sekarang mommy mereka ada blog. Bila besar kelak paparan ini mereka boleh baca kembali mesti senyum apa lagi kalau baca dengan girl friend memasing. Masa anak akak kecik dulu blog belum ada. Kalau ada pun org-org yg bijakpandai internet aje.. limited sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...masa mereka dah pandai baca blog, kemungkinan makpak pun dah takda lagi, Kakzakie. Uhuh...sedih pulak! Tapi, dari segi positifnya, adalah juga kenangan yang mereka boleh tatap hari-hari tanpa jemu tentang kisah merekakan, kak ^_^

      Delete
  5. nasib baik takde anak pompuan, kalau tak boleh apply jadi menantu, walaupun waiting list panjang katanya..selamat bercuti sekolah ye Abang, dan Adik jugak...kesian ye cuti kena belajar...yang penting dapat upah ayam goreng..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik... kalau tak, akak tak tahulah nak buat macamana, semua pun nak berbesan dengan akak. Hahaha!

      Nak buat macamana. Hari sekolah tak nak belajar makanya hari cuti kenalah belajar. Sendiri yang salah, bukan Mommy yang tegas :)

      Delete
  6. cantik adik dalam jubah hitam tu tenyummmm je...
    rasa nya minat kartun gegirl takde masaalah lah MD kan sbb gegirl punya kartun lebih cantik kot, maka nyaa, cucu kak noor pun suka snagat dengan barang2 gegirl jugakk hahaha
    patutlah kan sokong 200 persen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... KakNoor memang tau! Padanlah beria-ia menyokong adik rupa-rupanya cucu KakNoor pun sama juga! Anak saya ni bab toys ke apa tidaklah menjadi kesukaan tapi Lego Friends ni menjadi-jadi suka menontonnya!

      Delete
  7. Untunglah MD ada 2 orang anak bujang ensem dan comel ha...anak dara SA dah besar panjanng...x leh nak jadikan calon la kot..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, register aje dulu! Manalah tau berjodoh ^_^ Jodoh tak kenal usia tau tapi kalau dah jauh sangat berbeza tu haruslah diambil kira :)

      Delete
  8. Salam MD. suka tgk pic anak2 bujang u ni. Adik dah remind KA kalau nak tepek gambar kat blog boleh tapi jgn letak gambar adik tgh makan sensitif. Mana taknya makan tinggi membukit nasi sepinggan he3.... Bab menolong lipat kain baju ni yang paling KA suka, masuk dlm calon bakal menantu dah ni... x kisahlah abang ke adik he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang saya pun dah malu, KA. Tengoklah tu setiap kali saya ambil gambar dia tengah makan, mesti tertunduk malu. Badan macam dipam-pam walaupun sebenarnya dah banyak dikurangkan makanan kegemarannya. Cuma sesekali keluar, memang dia aim ayamlah sebab di rumah tak dapat!

      Yang suka melipat baju si adik tau, KA. Yang si abang tolong picit kaki, picit kepala bolehlah ^_^

      Delete
  9. "Adik penat nak dengar",,haha, kan mama dah kena...
    untunglah ada mama yg betul2 prihatin susun aktiviti anak2 cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pun macam tu, Anim. Kalau dia penat aje, dia suruh kita senyap jangan bercakap banyak. Memangnya Mommy mereka ni di rumah bercakap tak berhenti. Kalau tak bercakap tu maknanya tengah merajuklah :)

      Delete
  10. Sedap ke Texas Chicken ni Md?.belum ernah rasa lagilah....Amboiii hensemnya Imam Muda sorang tu ..senyum simpul..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tahan, Wa kalau nak ubah selera daripada KFC. Dulu saya suka makan kat Popeye's tapi dah takda lagi restoran tu. Sekarang ni KFC memang tak boleh tahan. Nak habiskan seketul ayam tu pun payah. So, kita ke marilah pulak.

      Imam Muda time baik memanglah muka innocent aje. Cuba time dia sibuk melenjan dan cengeng tak bertempat, haru-biru keadaan. Bakal-bakal menantu semua pun lari balik rumah makpak tau ^_^

      Delete
  11. Sedapnye ayam tuhhhh.......hujung2 tahu ni musim hujan....dok melingkar dlm selimut sodapppp..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Nini. Lagi lebat hujan, lagi liat nak bangun dari katil. Sedapnya alahai tidur bawah selimut tebal ^_^

      Delete
  12. Weyh mak Ton.....mana pi ni ? Betapa lagi ka ? Ka berkelah? Agak agaklah nak berkelah pun, musim tengkujuh ni weyh.....

    Betul ckp Kak Noor, mak pun suka tengok adik cute yg pakai jubah hitam tu......Sesuci lebaran you wajah adik. Geram! Rasa nak cubit pipi adik jer.....

    Kalau rajin cenggitu mak nak tempah untuk bakal cucu mak ar. Senang sikit cucu mak tak yah lipat baju hihi....maklumlah nekmommynya pemalas lipat baju, takut jangkit kat cuu pulak tu yg siap siap standby cari bakal cucu yg rajin tu.....
    Amacam? Ada bran? Hahaha.....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton kalau hujung-hujung tahun ni memang malas nak menjelma, Mak. Kerja pun malas. Makan gaji buta aje gamaknya tapi bila hujung tahun itulah banyak pulak kerja terbang melayang ke atas meja tau!

      Err...Mak nak buat cucu menantu ke anak kita? Tapi kita takutlah kalau-kalau anak kita tetiba ada adik ipar kecil lagi maklumlah Nek Mommynya tu ada hati nak beranak kecil lagi. Hahaha!

      Delete
    2. Apa lak adik iparnya.....kalau mak beranakmlagi dah tentu adik cute tu jadi anak sedaranya, adik cute ada pak/ mak sedara..
      Haih...idaknya kuasa mak nak memerut haha...

      Delete
    3. Oh, ya tak yalah! Kalau Adik Cute jadi cucu menantu Mak, tentulah bila mak mertuanya dapat adik baru, itu pak/mak sedara barulahkan... Bukan apa, bila membayangkan Mak nak hantar anak kecil pi babysitter/kindie, terus terkujat idea dalam kepala Kak Ton tau. Scary imagination jerk, Mak oi! Hahaha....

      Delete
  13. gambar adik pakai jubah tu encem sgt la. Sampai hati dia tukar lirik lagu tu part daddy je. tapi ada baiknye dia tukar lirik part daddy. cannot imagine kalo dia tukar lirik part mommy yg jadi vavi finger tu. hakhak. Mesti mommy lagi terus bertukar jadi the mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, kalau dia tukar part Mommy, sudah tentulah Mommynya lari ke Minyak Beku nun jauh di BP tu. Bawa hati yang laralah kononnya tapi takut juga kalau-kalau dia tak pujuk balik....

      Peliklah entah macamana dia boleh sebut perkataan ni. Nak kata dia tahu haiwan tu, itu namanya tak juga. Bila tunjuk sibuk dia kata 'oink, oink'!

      Delete
  14. Ensem nya la imam muda cute tu..sesuai la dia berjubah..bagi pakai jubah la lepas ni..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum berpakai pun lagi jubah ni, Diana. Anak-anak saya ni kan dah kata lagi pendek seluar, lagi depa suka. Maklumlah 'ka-cu'kan' katanya. Hahaha.... Suruh depa tutup aurat, masa hujan lebatlah. Sejukkan, masing-masing cari baju cover seluruh aurat ^_^

      Delete
  15. Oip.. baca ciri2 si adik ni banyak betul persamaan dengan adik dlm rumah kami ni.. adoi.. lagi2 bab kena dgr cakap dia tu.. dah la orangnya memang sentiasa penuh idea macam2 nak cerita, kalau kita palingkan muka kejap nak dengar cakap abang atau papa dia akan ambil tangan dan letak tangan dia kat pipi dan pusingkan ke muka dia balik.. hihu.. mulalah abang pulak merajuk..silap ari bulan papa pun merajuk sama..

    Rebut remote tv alhamdulillah belum lg.. sebabnya jarang la si adik kami nk tengok tv beriya.. dalam seminggu sekali sekala je dia tumpu je tv.. lega bab tu jadi mama leh tgk korea dgn aman.. huhu.

    Aduhai lawa hensem kacak pakai bj jubah kuwait tu..kena puji ni sebab nampak hensem nau.. lepas ni bolehla pergi jalan2 cari awek ya..

    Ayam texas sedap.. tp saya ni kalau bab ayam, sekali sekala okla.. konon takut gemuk.. haha.. padahal berat naik gak ni.. bila nk diet smula ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab dengar dia bercakap tu yang tak tahan, AN. Kalau tak dengar, mulalah lari landing atas katil tutup muka merajuk kononnya. Daddy pun kena akur, kena beri laluan kat dia dulu nak bercakap! Semalam Daddy nak tengok news, dia nak tengok kartun. Daddy kata 'TV ni Daddy belilah!' Dia pun jawab' Eh, TV ni Mommy beli untuk Adiklah!'

      Saya dok gelak aje mendengar mereka berbalah. Nak juga masuk campur - 'Eh, Astro ni Mommy yang bayarlah!' Hahahaha!

      Sekarang ni dah pandai kalau nampak awek, malu. Malu sangat sebab bimbang awek tak berkelip mata tengok dia... Aduhai... stress tau! Kalau kita puji dia cute ke, hensem ke, mulalah buat muka kembang dan hidung kembang kuncup, kononnya malulah orang puji! Double stress I tell you!

      Kalau suruh pilih sekarang memang saya lagi suka Texas Chicken berbanding KFC. KFC tu gamaknya dah lama sangat makan, takda feeling sedap sekarang ni!

      Delete
  16. hahahahaha gelak beso achik kira dengar Adik Cute nyanyi vavi tu hahahaha adehhh yela dorang kan ikut sedap mulut dorang je nak sebut benda tu. adehhhhhh kesian dady tak pasal2 aje kihkihkkih. tapi kan memang cairrrrrrrr tengok adik cute pakai jubah tu!!! mujur belum ada anak perempuan kalau tidak nak jugak jadi tukang isi borang hihihihi.

    chicken texas tu dekat sini takde. sama ke rasa dia dengan KFC Mekdi tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati dia aje nak tukar lirik. Nasib baiklah Mommy tak kena, kalau tidak dah menangis tersedu-sedu dah bila dia tukar lirik lagu ^_^

      Yalah, dia tak faham pun apa maksudnya perkataan tu. Sekarang ni bila dia nampak haiwan ni, dia mesti kata nilah haiwan yang Mommy tak bagi sebut nama tu.... Gitu pulak!

      Kalau dah jemu dengan KFC, Chicken Texas ni lah pilihan terbaik jika nak bertukar selera ayam goreng, Kira :)

      Delete
  17. alahaiii comelnya dia pakai jubah.. dah mcm pak arab..
    dah boleh jadi pencetus ummah ni... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak masuk meminang ke? Kata ramai anak saudara. Hahaha!

      Apalah si Mommy ni kan. Asyik sibuk nak pinang anak dara orang!

      Delete
  18. Senyum ai baca kisah dua beradik tu.. kelakar pun bila bertukar lirik tu..
    Supercute dak Adik pakai jubah tu.. ai chop dulu utk dak Nuha blh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You nak chop kena WA personally. Bukan apa, you tak tahu ke I ni berapa banyak dah open registration online untuk my anak bujang. Bakal besan aje dah dua confirmed. Hahaha!

      Delete
  19. klu fikirkan vavi tu binatang je dan Allah yg cipta tapi bila dah vavi jadi sebahagian kata2 kesat mmg hanginlah bia ada yg guna perkataan tu . nasib baik MD pandai explain ... terus lapar tau bila tgk ayam . saya pun blm mkn lagi sejak kul 2ptg tadi ni . oklah dah khatam bln nov n dis tapi masih blm jumpa entry pelamin n kompang ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, haiwan tu tak salah. Namanya pun tak salah. Tapi dah kita sinonimkan nama haiwan tersebut dengan kata-kata celupar, tentulah tak sedap didengar bila disebut-sebut apatahlagi budak-budak. Lain macam sungguhkan!

      Tahniahlah khatam entri saya. Terima kasih banyak-banyak ya ^_^

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...