Wednesday, November 25, 2015

Oh, IKEA!

Salam 13 Safar kawan-kawan!

Opppsss! Entri ini bukan nak beritahu yang I dah sampai ke IKEA Cheras nun. 

Gambar dari Pakcik Google


Belum! Belum sampai lagi!

Belum teruja nak menyibuk sama di IKEA tu ...

IKEA yang ini tak jauh ya dari my house. Adalah dalam sepelaung dah sampai! Tapi kalau you all menjerit kat IKEA nun memanggil-manggil namaku, takdalah I mendengarnya kalau I tengah bersantai di rumah ^_^  I buat dunno aje! Macam takda sapa-sapa yang nak pitam tengah memanggil I suruh pi IKEA!

Sebelum dibuka secara rasmi pada 19hb November, 2015 yang lalu, sejak dua tahun sudah HD dok pasak telinga I ni dengan kata-kata ~ IKEA nak buka di Cheras

Masa tu my response pun gempak jugalah like,


Oh, my! Betul ke ni???

Bila agaknya nak buka tu, Dear?  

Kat mana? Cheras kat belah mana???

Bila tau ia akan dibuka di Jalan Cochrane (jalan memori ni sebab masa si Afiq kecil jalan ni jadi jalan utama I balik rumah sebab tiap-tiap petang I kena tunggu si Afiq ni balik sekolah!) lagilah gembira tak terkata! Macamlah hari-hari nak terjah IKEA, tidur baring di sana ^_^ Maklumlah sepelaung aje dari rumahkan... 10 minit dah sampai! IKEA Damansara yang jauh tu pun I rasa dekat aje dihati ^_^

Peliknya bila IKEA Cheras dirasmikan, takdalah pulak air liur I meleleh mengidam nak ke sana! Nafsu meliur tu senang betul dibendung ~_^ Tapi, tau tak siapa pulak yang dok pasak ayat-ayat cinta IKEA di telinga ni ajak pergi ke IKEA?

My anak bujang tersado si Bubbly Abang~_^

Sejak IKEA Cheras dibuka hari-hari dia dok tanya bila kita nak pergi IKEA! I pun tak tahulah apa yang nak dicarinya di sana tapi bila I tanya katanya bestlah kalau pergi IKEA ^_^

Duh! Mommy silap ajarin anak nih!

Sebenarnya hari-hari I nampak IKEA ni bila pergi dan balik kerja. Memang di tengah laluan I pergi balik kerjalah senang cerita. Menahan aje nafsu nak masuk ke sini sebabnya hari-hari I tengok jem jalan depan IKEA ni. I suspect memang ramailah nak merasmikan minggu pertama IKEA Cheras ni. So, biarlah kita beri laluan kat depa semua! Depa datang dari jauh ^_^ Kita kat belakang rumah aje ^_^

Tiba-tiba I terfikir, kalaulah Bubbly Abang masih bersekolah di sesi petang, indahnya dunia Mommynya.... Tiap-tiap hari lepas balik kerja boleh lepak kat IKEA lepas tu barulah cari port nak parking kereta kat depan sekolah Bubbly Abang. Nikmatnya....

I pun ada terfikir jugalah... Manalah tahu suatu pagi yang indah sedang dalam perjalanan ke tempat kerja tetiba hati kata malas nak pergi kerja, call aje boss kata nak ambil cuti dan terus melencong ke IKEA ^_^ (Nasib baik boss tak pandai baca blog dalam BM ^_^ Selamat rahsia!)

Mana boleh tahankan sebab hari-hari dok terpandang sebesar-besar signboard IKEA dua kali sehari tau; pergi dan balik kerja! Mana boleh kawal nafsu macam ni... Hehehe!

Dan lagi, I rasa I nak start dietlah tahun depan makanya, untuk mengawal nafsu makan, lebih afdal kalau kita spend quality time di IKEA! Kehkehkeh.... Hebatkan idea I nak merealisasikan program diet tahun depan ~_^

Tapikan kenapalah IKEA ni tak nak buka 24-7? Kalau macam tu lagi bestlah! Pagi-pagi lepas hantar si Bubbly Abang pergi sekolah, I boleh singgah IKEA dulu tinjau-tinjau lepas tu baru pergi kerja. Kalau terlambat sampai boleh aje cakap kat boss

Too many customers at IKEA early morning, boss!
Long queue at the cashier's counter, boss! 
Plus heavy traffic jam on the way to office. 
In fact I came out early in the morning you know... ^_^

Memanglah nak minta lemps lahkan... Tak pun boss kata, apa kata cuti setahun terus, senang takda jem dan takdalah punch card merah. Doklah bertapa kat IKEA nun! Banyak songeh betul ler... ^_^

Okeylah, I malas nak dok membayangkan situasi-situasi lain berkaitan dengan IKEA ni. Nanti tak pasal-pasal pulak petang ni I call HD nak minta izin singgah IKEA kejap! 

Nak merasmikan tempat baru, kena pergi satu keluarga! Barulah ada feeling meleleh air liur tengok barang-barang ^_^

Dah, I nak sambung kerja yerk! Nanti kita sambung berceloteh ^_^ 

P.S. Pssstttt! Kat belakang rumah I sekarang dah buka Sangkaya tau ^_^ 

  

 

  

  

   



   

49 comments:

  1. Masa IKEA Cheras ni dibuka, Kakcik masih di India. Khabarnya jalan sesak teruk ditambah pula dengan kedatangan pemimpin dari negara sebelah sana, katanya...

    Tapiiiiiii... kakcik sendiri tak tahu IKEA ni terletak di mana! Yang dah berkurun kat One Utama ke mana tu pun kakcik tak pernah sampai... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, Kakcik baru balik makan angin ya! Sorrylah ya Kakcik, lama sungguh tak jejak blog. Bukan tak sudi tapi sibuk dengan kerja, dengan cuti sekolah, dengan perasaan terujanya tengok promosi sana-sini ^_^

      Kakcik, IKEA ni belakang Taman Maluri je. Dulukan ada sekolah dan kuarters kerajaan kat Jalan Peel ni tapi dah lama kena roboh sebab nak buat MRT dan juga IKEA nilah....

      Delete
  2. Hahahaha, takkan nak tengok je hari2 MD, kena masuk jugak membeli apa yang patut. Hahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni kita tengok aje dari rumahlah, Nani. Nanti bila dah tak terkawal perasaan teruja tu, barulah kita menembeng kat IKEA ni meninjau-ninjau apa yang patut ^_^ Maklumlah belakang rumah aje tu ^_^

      Delete
  3. Hahahaha, takkan nak tengok je hari2 MD, kena masuk jugak membeli apa yang patut. Hahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak terpublished dua kali pulak! Takpalah malas nak tekan button delete @_@

      Delete
  4. hehe.. semangat nya MD nk ke IKEA.. mcm2 reason dia plan nk bg kat boss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun kira semangat tengah pudar tau, Ira. Kalau tidak, hari pertama saya dah kalahkan customer yang katanya sanggup tunggu IKEA buka pukul 11 malam hari sebelumnya ^_^

      Delete
  5. Senanglah nak melenjan ye MD..
    Sepelaung jer dari rumah..
    Celik mata buka tingkap dah terpandang IKEA ni..

    Ye ke boleh diet kat bila pergi IKEA ni..
    Setahu CH lagi banyak food court kat situ..
    Lagi bambam ada tu MD..

    p/s terima kasih ye mencemar duli datang ke blog CH.. meninggalkan komen.. memang CH rindu dgn komen2 MD tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, CH. Dari rumah dah nampak IKEA. Kalau terliur sampai meleleh-leleh air liur, terjah aje pakai baju tidur pun takpa. Maklumlah dekat... Nasib baik saya bukan pencinta meatball IKEA ni. Kalau tidak, hari-hari saya breakfastlunchndinner meatballs aje sampai sembab muka ^_^

      Kalau lunch time pergi IKEA, mana sempat nak makan CH. Orang ramai. Lagi afdal kita meninjau barang. Boleh slim rasanya tu kalau sebulan tak makan, asyik ke IKEA aje. Kalah orang yang pergi slimming centre mahupun gym tau ^_^

      Hahaha... mencemar duli katanya! Saya ni bukan bini TMJ ^_^ Lamalah nak singgah sana tapi ada aje batu penghalang, traffic light merah dan barrier tau!

      Delete
  6. Masa open ceremony tempohari masuk berita tv dan katanya juga akan buka branch di JB
    Hee.... kakak tunggu yg JB punyalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak! IKEA ada lagi dua tanah yang belum dibangunkan di Perak dan Johor. Kalau response baik, tentu dapatlah warga Johor pergi IKEA hari-hari nanti ^_^

      Delete
  7. baru bukak ni janganlah pergi.mesti penuh je. nak melihat2 barang pun malas jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang confirmed ramai orang. Berlaga bahu ajelah nanti. Tak seronok! Nanti-nantilah kita terjah bila keadaan dah tenang katanya ^_^

      Delete
  8. Huntunggggg le dia...hakak jugak yg melepas T_T tapi cam orang2 tua penah cakap la dik...kalau dah ada depan mata memang tak heran...ce jauh2 cam hakak ni tengok je iklan ikea kat sokabo menitik2 ailio tau...ingat nanti nak rajinkan diri la cabut uban cik boss sambil2 tu bole gak ajak dia dtg ikea baru bukak ni...kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada untungnya. Dari segi poket, memang rugilah memanjang ^_^ Memang betul kot sebabnya bila dah rasmi langsung tak teruja pulak nak jejak. Kalau tidak, rasa nak berkhemah aje depan shopping complex bila baru dirasmikan tau!

      Alahai, sedih, terharu dan tersentuh hati ni bila dengar tengok kat sokabo pun boleh menitik-nitik air liur tu. Sedih bangat ni, buk! Takpa, takpa ...nanti lepas dapat upah cabut uban, ajaklah paknya naik KL, tidur kat hotel sebab nak pi IKEA yerk ^_^ Nak saya suggest nama hotel terdekat tak? Senang sikit nanti nak bershopping kat IKEA sampai lebam ^_^

      Delete
  9. assalam mommy

    saya dulu dok ingat ikea cheras nun belah taman connaught ke atau belah belah sana. skali suami balik kja dia ckp ikea cheras yg baru dkt area pudu j. lagi la terkezut. masa tu, blm naik signboard besar tu lagi.

    dgn saya dekat juga, tapi kena ikut jln blkg la. ikut ampang, pastu masuk ikt tmn maluri.kalau guna bulatan pandan, mau hadap jem dulu..

    bila mommy nk ke sana tu. kot2 leh terbelaga bahu.hikhiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Ciksu!

      Oh, saya memang tau dari awal kat mana tapak IKEA Cheras ni sebab dah tentu-tentu sepelaung aje dari rumah. Teruja memang sejak nampak tapak lagi ^_^ Tapi entahlah bila dah siap, takdalah pulak teruja sangat. Lagipun IKEA ni memang sedia maklum~memanjang aje penuh dengan umat manusia!

      Entahlah Ciksu bilanya nak pergi tapi yang mesti bukan hujung minggulah. Sure penuh memanjang tu ...

      Delete
  10. X suka pegi ikea. Sesak. Skt kpla tgk ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu memang sesak. Memanjang ramai orang. Tapi kalau dah teringin sangat, terjah juga saya ni tau ^_^ But IKEA Cheras ni kita bagilah tempoh bertenang. Nanti-nantilah kita pergi meninjau. Setakat ni pun bukan ada apa yang nak dibeli tapi list sentiasa ada aje @_@

      Delete
  11. Mak pun belum sampai Kak Ton....biarlah dulu.
    Nak tau Kak Ton, minggu lepas sebenarnya mak ke Ikea Damansara, pelik jugak kekadang sawan ni, yg dekat ada, yg jauh jugak di carinya hihi.....

    Tahun depan plan sikit cuti tu. Masukkan EL ke Ikea sekali hihi.... Kat mana Ikea Cheras ni ek....First time pergi kena ajak Pak Jilapah, kasi tunjuk jalan..... pas tu kalau clear dah boleh ngetest hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mak tahu kat mana SPRM, senanglah Mak nak jumpa IKEA Cheras ni, Mak. Kat belakang Aeon Maluri kata kasarnya tapi bukan belakang betullah ^_^

      Huh, Mak memang pelik! Tapi Kak Ton faham. Mesti Mak sangka orang berpusu nak ke IKEA Cheras jadi IKEA Damansara lenganglah sikit. Kak Ton pun kalau terasa-rasa nak pergi IKEA masa tu mesti fikirkan perkara sama walaupun hakikatnya IKEA Damansara tu lagi jauh dari tempat kita, Mak ^_^

      Rasa-rasanya nak masuk dalam azam tahun barulah, Mak. 365 hari, mesti ada juga yang tergelincir ambil cuti mengejut sebab nak ke IKEA. Stress katanya dengan rutin @_@

      Delete
  12. hamboi2 kak...ikea dekat ngan umah...sangkaya pun dekat ngan umah...syiok lee akak heheheeh

    tu le kak, baru2 ni takyah le pi lagi...org mcm ulat taik org kate ...penohhh hahaahahah....lieya pun gelinjang2 gak nak pi nie tapi dok tgu reda dulu kejakunan umat manusia ke ikea cheras ekekeekekekekek...kalo akak pi nanti snap pic tau byk2...nak tgk leeee gambaran kat dlm die....best takkk heheheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jangan jealous, Lieya! La ni kita tak payahlah nak ambil cuti semata nak pergi IKEA aje. Dah katanya sepelaung aje dari rumah. Ikea buka pukul 9 pagi, pukul 7 pagi kita dah boleh park kereta ^_^ Malam pun boleh aje terjah sebelum tutup ^_^ Aduh, akak boleh bayangkan macamana cemburunya Lieya kalau akak elaborate lebih lanjut! Kah3x...

      Jangan ler menggelupur sakan nak pi sini. Bagi dulu tempoh bertenang. Nanti kalau semua pelanggan tegar IKEA dah bertenang dan tak heran lagi dengan IKEA baru ni, Lieya drivelah pi Cheras! Sekarang ni dok dendiam dulu kat Putrajaya, main-main kat belakang rumah ajelah dulu yerk! Tak pun pi IOI Mallkan meriah jerk ^_^ Hahaha!

      Delete
  13. dari gi IKEA, baik gi karaoke..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal ni kan memang nak kena babat tau! Taulah suara dia sedap asyik nak karok aje ^_^ Hahaha!

      Delete
    2. Eh, apasal komen pendek aje macam tak cukup sifat ni? Takkanlah dah kering idea nak mengomen. Banyak tu isi-isi penting tak sentuh lagi ^_^

      Delete
    3. alkisahnya tak habis komen tetibe bos panggil.tu yang datang balik tau..hahaha.saya tak minat sangat IKEA ni sebab sy rasa barang dia mahal, tapi saya pernah la ikut orang,pastu posing tangkap gambar kat situ, poyo kan.

      Delete
    4. Memang poyo ^_^ Kononnya nak jugalah guna - 'been there, done that' gitu ^_^ Oh, ya ke boss datang? Jangan-jangan bos tau kot kalau ada masa terluang jerk budak Sal ni pi jenjalan blogwalking macam internet ofis tu dia bayar. Hahaha!

      Delete
  14. orang utara boleh baca je MD. nasib baiklah ada adik ipar yg rajin tanya kakak iparnya ni nak kirim apa kat IKEA. tu yg rajin tengok katalog online..

    kat utara ni pun ada jg khidmat kirim barang IKEA. kalau ada sale gempar, bolehlah kirim kat depa yg nak memborong. kalau kecil barang, upah RM5 satu item. ikutlah...kalau rak biasa RM10. oklah kan..kalau nak plus tol dan minyak lagi haru..

    so...walaupun takde IKEA kat utara ni, merasalah jg barangan IKEA..hihi

    p/s terpandang satu iklan di TV Al hijrah sebelum azan maghrib. hati berdetik kata, itu abang kah? yang dok depan tv bersama ayah dan adiknya (sure itu bukan HD..hihi). is it true, MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah kalau macam tu, Anim! Boleh suruh personal shopper tolong belikan. Kalau semata-mata nak pi IKEA kena bayar tol, duh melampau tu! Mau kena marah dengan pak driver pulak nanti ^_^

      Hehehe... memang betul pun, Anim. Memang mereka dua beradik. Promosi untuk AlHijrah selama setahun untuk tahun depan. Yang bapa tu memanglah bukan HD. Kalau HD masuk TV, dah lama dah saya tempek gambar kami suami isteri dalam blog ^_^

      Delete
    2. Wow, adik abang masuk tv nk tggu azan kt TV al-hijrah la nk tgk sndri...

      Delete
    3. Time nak dekat-dekat pukul 8 kot tak pun masa nak azan tu adalah keluar ident TV Alhijrah ni. Oh, ya... Mommynya baru sekali aje tengok tau!

      Delete
  15. Salam... KA dah malas nak menyumbang pada IKEA ni he3.. ada ler cerita sensasi satu ketika dulu. So takut luka lama berdarah kembali. Neway Angah berkirim salam balik . Xde masa nak berblog dah sekarang ni.. Jadual padat hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, KA ...

      Ahah, apa ceritanya tu sampai berduka lara tak mahu berpaling ke belakang lagi ni? Jenuh ni kalau putus cinta dengan IKEA gaya gini ^_^

      Wa'alaikumsalam, Angah! Yalah, tengah belajar ni memang susah nak maintain blog. Nanti-nanti dah habis belajar barulah boleh cuba jadi blogger popular ya, Angah ^_^

      Delete
  16. Ikea tak sesuai utk saya bw ank2 yg ramai ni MD. baru sekali jejak kaki ke sana. Bahaya takut hilang dan terpecah barang.

    Errr ye ke bos MD tak leh baca? Kot la dia bukak google translate. Terus hepi dia dpt baca cerita MD. ehehe.. (Gurau je)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang ada dua anak ni pun sentiasa berhati-hati, LM. Takutlah juga kot tetiba mereka langgar sana-sini. Budak-budak ni kalau masuk aje mulalah nak main hide and seek depan makpak. Stress juga. Itu yang tak suka tempat crowded sangat!

      Confirmed dia tak faham BM. Kalau dia tengok panjang macam ni, give up terus nak belajar BM, LM. Hahaha!

      Delete
  17. Lyn pun tak pergi lagi kak Ikea masa opening hari tuh. dan belum lagi teringin nak pergi buat masa ini. Mcm akak lah, bg peluang org lain melenjan dulu puas2 untuk bln pertama ni. Kita ni nnti2 lah singgah if ada masa or else mintak cuti.. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak pergi, Lyn. Sesak teruklah. Akak memang tak teruja pun nak ke grand openingnya sebab memang tau dah, IKEA ni mana pernah takda orang. Nanti-nantilah bila dah redha keterujaan semua orang, barulah akak pergi ^_^

      Delete
  18. Hihi..saya pun tak terasa meleleh air liur nk ke ikea baru.. nk kena cari idea ni, sb ipar duai dtg ke kl hijung minggu ni sb plan nk ke ikea ramai2.. ai.. apa ye alasan nk mboh ikut deme2 tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah pelik pulak saya rasa dengan diri sendiri tau. Selalunya saya yang paling sibuk tapi kali ni tak pulak terliur. Maybe sebab dekat kot. Wah, ipar duai adik beradik semua pakat nak terjah IKEA ya. Kena bertahan sabarlah yerk sebab nak masuk parking, nak parking, nak keluar parking, nak makan meatballs semuanya penuh! Kawan pejabat saya pergi hujung minggu baru ni katanya anak nak makan meatballs tapi queue bengkang-bengkok dekat 30 orang depannya! Terus makan karipap jerk ^_^

      Delete
  19. teringin jugak nak ke ikea cheras nun, lagi besar dari damansara kan? tapinya kalau kami dari utara ni memang lagi jauhhhhhh la banding dengan damansara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya lagi besar dari IKEA Damansara tapi akak pun tak jenguk lagi, Kira. Ramai umat manusia. Tak tahan pulak rasanya nak mencelah sama kat dalam tu. Nanti-nantilah bila termengidam nak pergi kita jalan kaki ajelah. Katanya dekat sepelaung ajekan. Kah3x...

      Delete
  20. Mesti si abang ngidam meatballkn, cikna pun xteruja nk ke sana tggu la setahun dua lg msti time tu xde lg berasak2 ngan org ramai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak minat meatball ni, Cikna. Tapi tak tahulah apa yang dicarinya kat IKEA ni. Suka betul nak pergi. Nak kata pergi main kat tempat kanak-kanak tu, tak juga. Dia suka duduk dalam IKEA ^_^

      Delete
  21. Ok.. ai tak pernah sampai memana ikea lagi., hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih afdal kalau you pergi mana-mana IKEA yang ada sekarang. Itu pun kalau terasa-rasa tak tahu nak buat apa dengan duit bila dapat bonus hujung tahun nantilah. Hahaha!

      Delete
  22. sangkaya ? lagi klu dia beri . mcm blh terjumpa jer dua bujang tu nanti ... ahaks ... saya sblm masuk 2016 dah niat nak berdiet mkn bubur thn depan katanya . tapi sampai hari kedua ni , nampak nasi terus jadi lupa , nak xcersise turun naik tangga ganti jogging , lagilah lupa ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kat Cheraslah, Vee tapi jauhlah dari tempat tinggal awak tu. Tapi kalau dah ditakdirkan bertemu, kat Johor pun kita boleh bertemu tau. Hahaha!

      Saya akhir tahun hari tu ingat nak buat diet Atkins. Masuk tahun baru, dah tak nampak pun perkataan diet tu. Nasib baiklah tak buat azam. Hehehe!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...