Tuesday, November 24, 2015

Tak tahulah nak kata apa ...

Salam 12 Safar kawan-kawan!

Tak tahulah angin apa yang dah melanda diri I ni... Sejak dua menjak ni bila sibuk di pejabat memanglah tak dan nak menaip entri. Tapi bila kesibukan tu dah surut, tetap juga I tak update blog. Apa kes? Kes malaslah tu MD apa lagi ...

I banyak sebenarnya nak bercerita tapi kebetulan pulak cerita-cerita terkini semuanya takda gambar. Pergi makan tak ambil gambar! Pergi jalan-jalan 'setempat' tak ambil gambar! Makanya macamana nak buat entri kalau takda gambar

Seriuslah you ni, MD! Selama ni pun entri you bukan banyak gambar pun! Kalau ambil pun, ketaq kepala lututlah, ketaq jari-jemarilah sampaikan gambar pun semua gegar gitu.... ~_^ 

You all jugakan yang kata kalau takda gambar tak best baca entri @_@

Last week I ke Setapak Sentral (atau nama lamanya KL Festival ya...) Rasa macam nak pengsan kat dalam tu sebab seronok sangat tengok itu, ini ^_^ Nasib baiklah tak pengsan! Sampaikan nampak Popular Bookstores pun I yang terlebih teruja berbanding dengan my anak bujang tersado ^_^ 

Ini kali kedua I ke sini. Kali pertama dulu tak sempat nak melenjan di dalam, tetiba I kena sakit perut. And kali kedua pun sama juga! Tengah teruja tengok itu, ini tetiba aje datang sakit perut memulas. Stress tau! Tapi sempatlah juga melenjan lebih kurang 2 jam lebih gitu ....

Sehari selepas tu kami melenjan ke Shah Alam, Taman Seri Muda to be exact. Mencari Ikan Bakar Taman Seri Muda yang katanya ada gulai kawah yang sedap bangat! Punyalah beria HD mencari jalan tanpa sebarang klu. Asalnya nak ke Ikan Bakar Bellamy tapi tutup pulak hari Ahad. Off we go to Shah Alam bila I tetiba aje beri cadangan ^_^

Malangnya internet semput pulak makanya nak cari address memang tak dapat. I tetiba teringat tempat ni walaupun sudah berbulan-bulan lamanya I membaca review blogger lain ^_^. Mungkin dah setahun yang lalu I membaca tentang restoran ni ^_^ Sebaik sampai di Taman Seri Muda, barulah dapat cari alamat kedai bila digoogle.

Nak tahu apa jadi?

'Permanently closed' kata Pak Google!  

Ahli kelab malam makan dah kebulur sebab ada yang tak makan breakfast kononnya nak makan lunch berat-berat gitu. Anak bujang tersado asyiklah nak pergi Wak Dol di Setia Alam nun. Tanya my sister dah kelu lidah takda idea. So kita pun berpusing-pusinglah kat Seksyen 7 mencari makan. Dah sampai depan kedai, tetiba aje hilang selera tak jadi nak turun makan!

Jalan lagi mencari tempat makan yang lain ^_^ Ingat nak singgah di sebuah restoran berhampiran dengan port makan favorite kami (port ni buka lepas pukul 5 petang, so jangan haraplah kami nak tahan lapar sampai petang ya ^_^) tapi bila my sister turun, tetiba katanya tak nak sebab jemulah makan makanan Arab! Tekaknya nak makanan Melayu okey @_@

So kita jalanlah lagi mencari restoran ....

Akhirnya kita singgah di Hot Pindang aje (di seksyen berapa don'tlah ask me, my friends... I dah lupa ^_^)  Ini pun kali kedua ya kita makan di sini ...

Masing-masing makan set nasi dengan lauk, tak main share-sharelah. Si Abang pula order nasi ayam penyet dan Vanilla Float. Si Adik Cute bantai makan 'smileys', nugget, neopolitan aiskrim dan milo ais. Yang bajet dewasa pulak tak payahlah I elaborate makan apa yerk ^_^ Maklumlah gambar pun takda snap sebab dah lapar sangat masa tu kononnya! Bak kata I tadi, tangan ni cepat gigil sejak dua menjak ni. Kalau dipaksa snap gambar, mahu gegar seribu pulak gambar tu jadinya! Senang cerita kita back to zaman dulu-dulu masa mula-mula berblogging ~ menaip aje tanpa gambar ^_^

Habis juga baca entri I kan, kawan-kawan!

Ya?

Tak?

Skip je banyak and baca last paragraph aje?

Tak kisahlah apa pun, janji datang dan baca lepas tu komen bukan-bukan! Kah3x!

Sebenarnya I nak sambung kisah pelamin dan kompang tapi malasnya nak watermark gambar. Dahlah kemalasan melanda diri aje ni. Maklumlah bila tiba cuti sekolah, mak-mak budak yang bekerja memang teruja nak cuti panjang sama tapi apakan daya ... cuti pun tinggal 1.5 hari aje! Banyaklah sungguh kalau nak ambil straight cuti sebulan ^_^

Blogwaking 'job' pun dah kedaung. Janganlah kecil hati kat I yang vogue ni kalau tak datang berkunjung ya ^_^ I ni 'sibukkkkkkkk.......' katanya! Penat nak mengkhatamkan semua catalogue promosi yang ada yerk. Nanti-nanti bila I datang, I pulun habis-habisanlah mengomen ...

Okey, I nak sambung kerja! Kalau I datang kerajinan, nanti I buat auto published entries ajelah senang cerita. Kalau tak,  tunggulah kemunculanku bila nafsu berceloteh datang menjelma yerk ~_^

Adios ^_^  

 

         

40 comments:

  1. takpe nanti kita review produk nak bagi hilang gigil tangan tu katanya hahaha... Kita tak kisah pun kalau orang tak sempat BW ke blog kita, kita yang katif berhapdet 3 4 entri sehari pun kekadang tak sempat nak BW jugak. MD tetap di hati, no bilik 0001 katanya. ada masa kita terjah laju laju kesini. Kita sekarang kalau keluar manjang makan ringan2... alih2 balik masak jugak. tak tau la maybe mood asben nak makan air renjis2 bini dia jugak kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak baca review live dari Guardian tau, Suria ^_^ Memang tak menyempatlah. Apalagi kalau datang aje, nak habis dibacanya entri orangkan. Lagilah tak dan nak mengejar! Nantilah bila akak free, akak datang lagi yerk!

      Oi, bilik 0001 rupanya! Bagi akak bilik 007lah, Suria! Akak ni kan bini James Bond nombor 28!

      Rajinnya alahai dah keluar jenjalan tetiba balik masak! Akak belum serajin tu tau. Kalau dah kata nak keluar, memang akak tak masaklah jawabnya!

      Delete
  2. Huh....keluar dari pertapaan terus cerita parkinson ......fobia tau mak!

    Setapak Sentral? Kat mana tu Kak Ton? Dekat ngan Court Mammoth ( mls nak check ejaan, lantaklah...). Apa yg teruja sangat tu Kak Ton? Best sangat ke?

    Hot Pindang tu apa agak menunya yek? Takkan ikan masak pindang kot? Hihi...

    Kak Ton ...... HD ni coollah kan, perut berkeroncong pun masih boleh ke sana kesini cari restoren melayan kehendak bini dia. Kalau Pak Jilap tu mmg mak dah kena marah kaw kaw weyh. Tambah lagi kalau kita yg mengajak. Silap haribulan makan kat RnR jer hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nak buat macamana, Mak! Ni Maklah punya pasal, menyawankan jiran dengan penyakit suka bertapanya! Aha, nampak tak perkataan baru tu? Itu baru create masa bertapalah tu ^_^

      Setapak Sentral tu kat Setapaklah, Mak. Jauh lah dari CM tu. Kat sini pun ada Mi Tarik Warisan tau, Mak tapi bukanlah kat dalam shopping mall ni. Macam-macam ada. Mak ingat tak Mak pergi Kaison kat Perak tempat anak jejaka Mak sedang menuntut tu? Kat sini pun ada juga ya, Mak. Kak Ton asalnya nak cari Kaison ler tapi bila dah pi, kecik aje hak keluasan km persegi si Kaison ni. Sekali kelip mata dah habis tawaf, Mak ^_^

      Hot Pindang tu macam-macam menu ada. Tapi sebab Kak Ton tak snap gambar maka lain kalilah kita cerita kalau ada tersinggah makan di sini lagi ya, Mak ^_^

      HD okeylah bab-bab cari makan ni sebab memang suka memandu katanyakan. Penat macamana pun diturutkan aje kemahuan anak-anak dan isteri. Kalau Ngah ada, lagilah sopan sifatnya sebagai adik ipar termithali tau!

      Delete
  3. Memang frust lah tempat yg kita pergi tengok dah tutup..
    Terpaksa cari yg lain ye MD..
    Bertabah sungguh HD tu wlpn perut lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu pulak dah tutup, CH. Lama dulu saya baca reviewnya. Lepas tu masa ke sini, internet buat hal pulak. Langsung tak boleh nak digoogle nama tempatnya. Saya pulak terlupa nama penuh restoran ni cuma ingat tentang gulai kawah di Taman Seri Muda. Rupa-rupanya bila boleh berinternet semula, senang aje jawapan Pakcik Google bagi ~ dah tutup selamanya ^_^

      Sadis terasa dalam hati tau. Nasib baik bukan saya yang kebulur. Kalau sayalah yang paling kebulur, memang dah mengamuk!

      Delete
  4. Kakak sangkakan bila tak tahu nak kata apa pasti kisah cerita pendik
    Tapi bila baca dari mula cari tempat makan tak jumpa, yg tutup lain, perut berkeroncong lain. Last makan juga tapi dek tangan dah gigil gambar tak ada haha... Macam-macamlah MD ni kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Mana adanya kak! Propa aje lebih kata tak tahu nak kata apa. Saya ni kalau dah pegang keyboard, memang laju aje jari jemari tak berhenti menaip ^_^

      Delete
    2. Itulah.. kisahnya bersambung2 bukan satu tajuk je.. hehehe..

      Delete
    3. Biasalah tu kalau tulis satu tajuk tapi macam-macam cerita dalam satu entri. Tak tahu nak tulis yang mana satu dulu ^_^

      Delete
  5. wah banyak betul cerita dalam satu N3 yer MD... tapi dalam sibuk2 menghapdate tu N3 tetap maintain berjurai2 pjg nyer .. he3 MD, MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. As usual lah, KA. Saya ni memang tak reti nak taip entri pendek-pendek kalau dah ada peluang. Takda gambar pun saya boleh balun buat novel. Hahaha!

      Delete
  6. Laa... ingatkan kalu dah takder gamba...tayangan cerita pendek jer...rupanya... beranika cerita dalam satu siri... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sekalilah, Bunda. Kalau takda gambar lagi panjang berjela entri saya sebab syok menaip tanpa henti ^_^

      Delete
  7. Haa, dah nampak dah ciri-ciri blogger pasang surut mcm i ni nanti. Heheh... Kejap ada kejap takde. Hari ni update, lepas tu sebulan baru update. Tp mungkin u belum sampai tahap kritikal mcm i lagi. Tapi kesian ye u kempunan nak makan ikan bakar yg dah permanently closed tu. Tu la. Lambat sgt nak jejak kedai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah macam nak kena jangkitan aje, Lyd. You takpalah, katanya sekarang mabuk-mabuk, muntah-muntahkan. Ada jugalah alasa nak diberi kalau orang tanya. Macam I ni memang confirmedlah malas dah sampai!

      Setakat ni jangkitan M ni belum kritikal sangatlah cumanya lately rajin mula menular dalam badan. Ni nak minta buat azam baru tahun depanlah tu ^_^

      Itulah pasal! Lambat sangat I tinggalkan jejak. Akhirnya tutup selamanya. Kata maju jaya, sentiasa penuh, takkanlah tak laku sampai kena tutup. I suspect owner nak migrate tu, tak tahan dengan GST. Keh3x.

      Delete
  8. MD..MD...memang terer kan bab2 bercerita...Tak pernah kering idea! hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab bercerita, serahlah pada saya. Berliku-liku jalan ceritanya nak sampai ke penghujung, Linda ^_^

      Delete
  9. Ai..samala kita mood kedaung bila keje menimbun ni.. kata je cuti sekolah, tapi setiap ari masih lg kerja sama ada di sekolah sendiri atau sek spm.. duk target keje di sekolah sendiri dapat berjaya siapkan menjelang jumaat ni.. nak relax2 jugala..

    Hot pindang tu apa komen? Saya baca mcm xda ayat yg bgtau sedap ke x je.. area batu 3 rasanya kedai tu.. diorng pernah sponsor jamuan hari guru sek kami, agaknya sebab tempahan beribu sekali gus tu, alahai ada yang kebulur dulu.. makanan okla.. katanya ada masuk tender utk jd pengusaha kantin kami tahun dpn, xtau apa nasib dia ....

    Jauhnya datang nk makan sampai ke seri muda tu, bagusla HD sanggup bawa korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila dah banyak kerja tak sempat nak update blog. Bila kerja dah takda, mulalah berkira-kira pulak nak mengupdate blog padahal cerita ada aje boleh dimanipulasi gitu ^_^

      Hot Pindang tu 2nd time saya pergi. First time makan makanan yang bergoreng dan kali ni kita cuba pulak nasi putih dengan lauk. Rasa not badlah. Nak kata sedap sangat sampai menjilat sisa makanan atas pinggan tu tidaklah. Tapi gulai daging (masak asam pedas) tu style orang Melaka rasanya ...Kalau dapat style orang Johor, lagilah saya berulang tau. Kat situ pun ada satu lagi tempat makan nasi campur - Restoran Azira kalau tak silap namanya. Itu pun saya dah cuba juga. Pun bolehlah, takdalah perut lapar sebab makanan tak sedap!

      Biasalah kami ni, AN. Itu belum datang meroyan lagi nak breakfast kat Shah Alam ler, Subang Jaya ler, Setia Alam ler... jauh tu dari rumah tau!

      Delete
  10. Apa yg menarik kat kl festival tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada Kaison yang lama saya nak pergi tapi tak dapat-dapat pergi! Last-last bila dapat masuk, tarik nafas sekali aje dah habis tour dalam Kaison ni! Stress rasanya tau!

      Saya suka Parkson kat sini. Macam best jerk. Kalau bawa penuh dompet, memang licinlah bila keluar!

      Saya pergi pagi so bila masuk toilet tu bersihnya alahai...Suka pulak nak masuk toilet dua, tiga kali (padahal sakit perut yang sebenarnya...) Environment kat sini pun not bad, tenang mata ni nak 'menjamu' ^_^

      Delete
  11. Hellooooo..hakak baca dari mula sampai abis tau...tak main la skip2...hahaha...bila baca pasal makanan arab ni terus laju2 otak akak terkenang nasi arab yg sedap kebabom kat air keroh melaka...hari tu pon ternampak nasik arab kat hutan simpan cam murah pulak satu set rm8 hengget je...tapi rase tatau pulak.camne sebab tak penah try makan situ...nanti2 mesti nak kene try gak....ok bai :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Tak main skip-skip eh? Takkan.... ^_^ Okeylah, kita percaya! Maka dengan itu kita nak bagi kuiz cepu lempang duplohlapankali ~ bila entri ni ditaip?

      Hah! Jangan ngelat! Jangan pi skrol balik nak tengok tarikh dan masa! Keh3x...

      Saya pun suka makanan Arab dan favorite restaurant saya kat KL ni dah tentulah AlRawsha. Tapi kat KL ni memang banyak restoran nasi arab so kalau terliur tetiba, terjah ajelah mana suka....

      Nanti kalau dah try, masuklah dalam blog yerk! Manalah tahu sampai Melaka next trip, boleh tumpang tui singgah kat restoran yang sama. Kata nak selpie sepam dua ^_^

      Delete
  12. Alahai..banyaknua dugaan nak cari tempat makan ye Md.Kadang-kadang memang ada satu masa tu kan..semua benda yang kita nak atau nak buat , tak jadi,,ada je halangan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakalanya memang begitu. Tapi saya sekeluarga ni kalau bab tempat makan, memang selalu terjadi macam ni. Keluar rumah nak ke sini tetiba dah separuh jalan nak ke situ pulak. Nasib baik driver F1 tak banyak komplen tau sebabnya driver F1 pun suka aktiviti makan-makan ni ^_^

      Delete
  13. saya nak bagi tau sesuatu ni..MD pernah check tak bounce rate blog ni..mesti rendah sebab blog ni panjang isinya..dan dah tentu ramai yang melekat..macam saya la. yang melekat tu..hehe.bounce rate ni kalau lagi rendah lagi bagus..jadi teruskan menulis panjang2 macam ni tau MD..saya pun nak belajar menulis macam ni..tengah berusaha ni..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ho... ni Kak Diana nak berkongsi rahsia lagilah yerk! Yerk, yerk, kita tengah dengar dengan penuh teliti ni...

      Macamana nak check bounce rate yerk? Saya dah masuk google analyticals tapi takdalah data sebab saya baru jerk sign up hari ni web address yang ini. Tapi bila tengok GA tu, pening kepala saya nak faham. Bertambah tak faham adalah!

      Oh, kalau menulis panjang-panjang lagi baguslah ya? Saya ingatkan kalau menulis panjang ni lagilah readers tak suka baca sebab penatlah nak skrol sampai habis. Lagi-lagi yang jenis suka merapu corner baring macam saya ni! Susahlahkan!

      Kipidup! Dongibab, Diana! Mesti boleh punyalah...bukan susah sangat nak merapu panjang-panjang ni ^_^

      Delete
  14. dalam pada tk tahu nak kata apa tu boleh berjela entrynya..misi mencari makan tu buatkan saya yang membaca pun tumpang lapar jugak. tapi Encik HD tu memang penyabar lah..kalau bapak saya dia dh ajak balik makan nasi ngan telur goreng kicap je.apa-apa pun, nanti dah ada mood meh la jalan-jalan kat blog saya yang jarang berupdate tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, Sal! Macam tak biasa pulak! Sebenarnya kita ni kan spesies yang lagi berdiam diri lelama, lagi banyak benda kita nak celoteh. Sebab itulah hari-hari kena tulis entri. Kalau tidak, satu entri tu macam-macam cerita ada! Pengsan nak menghadam semua cerita, tak tahu mana hujung mana pangkal tau ^_^

      HD bab jenjalan ni memang baguslah. Lagi bab bawa kereta, memanglah suka memandu. Yang HD tak suka menunggu ^_^

      Eh, kan akak ada datang blog Sal! Sal tu yang dah lupakan akak veteran ni. Maklumlah katanya dah famous sekarang ^_^

      Delete
  15. amboi, nak makan pusing2 sana sini..kalau kena ngan tok laki saya, alamat dibawanya saya balik rumah, breakfast cucur kodok segera Adabi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab itu, sejujurnya saya mengakulah suami saya ni memang al terbaik, Anim ^_^ Mungkin sebab HD suka memandu, suka mencari tempat baru makanya HD tak kisah pun kalau duplohlapankali kita bertukar arah ^_^ Tapi kalau mood HD tak berapa nak okey, memang minta ken hemps juga buat lagu ni, Anim ...

      Delete
  16. Aip aipp smpi gigil tgn ni apasal MD?

    Gigil tgn klu lmbt mkn tu penyakit LM bila kena gastrik. Ke... MD mmg ada gastrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kertu, LM. Pegang apa pun gigil. Hehehe...

      Takdalah! Saya memang takda gastrik. Kalau ada pun maybe bulan puasa kot menjelma. Keh3x. Main-main jerk!

      Delete
  17. ikan bakar sri muda da tutup ke kak?? Ya Allah punya lah lama Lyn tak kesana.
    Dulu masa kerja area2 situ selalu pegi time lunch. Skrg mmg tak pegi lagi sejak dah tukar kerja..
    mm sedap makan situ kak.. lauk mcm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, baru akak ingat sekarang! Antara blog yang akak baca pasal tempat ni termasuklah blog Lyn. Lyn pun pernah blog out tentang tempat nikan... JJCM TV3 pun rasanya ada masuk juga :)

      Puas Lyn akak mencari tempatnya sebab internet sengal tetiba, nama restoran pun lupa. Cuma ingat gulai kawah aje ... Dah sampai sana barulah kita google sekali lagi dan terjumpa nama tempat. Almalang, pakcik google kata dah tutup selamanya. Makan hati jugalah....

      Delete
  18. tatau nak kata apa tapi entry lebih 360 patah perkataan jugak hihihihi :p tu mujur la jumpa jugak kedai makan yang nak makan. buatnya patah balik rumah dengan perut kosong dan kena masak pulak lagi tu lagiiiii haru!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni biasalah, Kira. Cakap aje tak tahu nak kata apa tapi bila dapat tekan keyboard, amboi bukan main tak mahu berhenti.

      Nasib baiklah kita dah familiar dengan Shah Alam ni. Datang dari jauh tapi tak jumpa tempat makan, memanglah nak kena hempuk nanti dengan driver!

      Delete
  19. sampai ke sudah masih tak jumpa entry pelamin dan kompang tu . melenjan blog MD dari petang sampai mlm nun tapi break sekejap tidor sbb gantuk ya amat n layan jap running man ... heh heh heh . rasanya entry kompang n pelamin tu dlm bulan oktober kan ... nantilah , when i feel free ... boleh gitu ? ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri pelamin dan kompang tu rasanya dalam bulan Oktoberlah, Vee sebab majlisnya pada bulan tu. Jenuhlah alahai kalau nak gali mencari entri tu. Saya sendiri pun lupa. Maklumlah teknikal stuff tak berapa pandai, entri sendiri pun kalau nak menggali sikit punya payah!

      Sampai la ni saya belum buat final episodnya lagi, Vee ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...