JJCM : Umai Cafe

Salam 21 Safar kawan-kawan!

Hari ni marilah kita meneruskan aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kita yerk! Sememangnya minggu lalu minggu melantak antarabangsa gamaknya, makanya selagi ada kerajinan mengupdate blog, marilah kita sama-sama berkongsi  cerita.

Meh tongkat dagu sambil membaca macam selalu ~_^

Apa puncanya I ke sini dalam entri semalam tu?

Jawapannya mudah aje, tak perlu diteka @_@

Kami pergi bersarapan di Putrajaya nun. Lebih tepat lagi di Umai Cafe, Presint 2. Ni kalau tanya kat Lieyalatif, memang dia expertlah. Maklumlah the whole Putrajaya tu rasanya dia dah habis melenjan anak beranak ^_^  Maklumlah, tanah tumpah 'daraku' katanya ^_^



Siapa yang sibuk bagi tips kat I untuk bersarapan di sini?

Siapa lagi kalau bukan gerangan suami sendiri ~_^

Dan dari mana HD tau tentang restoran ni?

Adalah satu hamba Allah sang kenalan HD yang beritahu. Katanya best makan di restoran ni. Mesti nak try , jangan tak try. Serve makanan Melayu termasuklah lempeng, lempeng pisang, bubur beraneka jenis dan macam-macamlah lagi!

So bila si MD ni mendengarnya, of courselah tertelan-telan air liur tak sempat nak lap dengan hujung tudung sebab kat rumah free hair gitu, mana ada tudung nak buat lap air liurkan! Tinggal tunggu masa yang sesuai aje nak ke Putrajaya. Tapi kena ingat jugalah, kalau dah jauh bersarapan di Putrajaya, haruslah ada aktiviti sampingannya macam pergi mengeluarkan peluh ke, snap photo ke, singgah kat Hero baru dibuka ke (Eh, eh!) dan sebagainya ~_^ Kenalah multitasking sikit, beb ^_^

Jom tengok gambar gigil jari jemari MD yang tukang snap ni ^_^ (Haipp...apa mengutuk bukan-bukan tu? Tak baik tau cakap belakang! Kalau nak kutuk, kutuklah dalam komen. Memang confirm tak dapat approval ~_^)

'Well, I don't want to eat, Mommy! I already put on weight! Kena diet 80 hari makan sup 'pitball' (aka fishball) jerk eh, Mommy ^_^

Adik tengah mengajuk abangnya. Kata Adik Cute, kalau abang kena marah dengan Mommy mesti akan buat mulut 'itik' macam ni!

Kalau Abang kata, 'Daddy, cantik tak Malaysia tanahairku tercinta ni?' Tentu lara hati Daddy mengenangkan takda siapa ke yang nak kata cantik tak Uzbekistanku tercinta? Uhuh, pelik pulak bunyinya @_@
 
Eh, Abang! Awat Mommy tersnap gambar bunga tergantung tu? Mommy is not gadis bunga, nak oi ^_^

Pemandangan cantik kat sini. Kalau pepagi bersarapan menu 'lemak bersantan disukai ramai' memang tak berhenti makanlah gamaknya sebab terpegun sambil makan, sambil tengok pemandangan ^_^

Gambar Adik Cute semasa di luar tak banyak disebabkan dia tengah sibuk jogging katanya. Lintang-pukang aje I tengok my anak bujang tercomel ni berlari mengejar abang dan Daddynya berjalan ^_^ Itu pun bukan main penat katanya sebab kena exercise berlari 1 minit. Masuk kereta aje minta air, air, air tak berhenti! 

Eh, lupa pulak nak letak gambar ni ....

Nasi lemak ayam berempah satu untuk Bubbly Abang dan satu lagi add on telur mata untuk HD

Guess siapa punya?
 
I order teh tarik, HD dan Bubbly Abang pula order teh 'o' ais, Milo Ais untuk Adik Cute, Nescafe 'o' ais untuk Ngah dan kopi 'o' panas untuk my emak



Ngah order nasi lemak, sambal sotong dan telur mata manakala my emak pulak order mi rebus tapi dua-dua hidangan pun I tak sempat snap ^_^ Si Adik Cute I orderkan burger ayam kosong aje sebabnya si kecil ni gian makan burger sekarang. Tapi biasalah anak-anak, bila kita order yang ini, dia nak yang itu! Sibuk dia nak makan nasi lemak Mak Ngahnya.

I ni pulak bila ada Ngah, memang  I makan dengan aman dan damai dalam hati sebab anak kecil I dah subcon ke my sister urusan makan-makannya! Hahaha!
  
Kesimpulannya, okeylah rasa makanan di sini. Cuma yang I tak berapa suka bila makanan pedas terasa manis. Sambal tumis untuk nasi lemaknya ada sedikit manis. Itu yang buat I terbantut sikit penghadaman ^_^

Servisnya not bad, boleh tahan cepat. Boleh pilih meja makan di dalam bangunan ataupun duduk di luar menikmati suasana nyaman tasik yang terbentang indah di depan mata. Dari segi harga pulak, memang takdalah mahal mana. Cumanya tahap kebersihan tu kenalah up sikit. Pantau kalau ada tetamu tak diundang macam sang lalat sibuk nak book meja yerk! 

At the end, I tak order pun lempeng pisang walaupun terbeliak mata melihat katalog menu ^_^ Maklumlah susah oi nak buat lempeng kat rumah ^_^ Mahunya kalau hari ni I kata nak buat, tahun depan baru terbuat!

I kata kat my sister, macam nak order segala jenis bubur yang ada terutamanya bubur jagung dan pengat pisang tapi bila fikir balik, biarlah kita bersarapan dulu. Lepas sarapan nanti baru tau langit tinggi ke tidak yang sibuk nak tapau itu, ini! 

Memandangkan restoran ini dicadangkan oleh HD, makanya tentulah HD akan tanya pendapat masing-masing. Bila HD tanya pada my sister okey ke tidak makanan di sini macam biasalah my sister ni. Kalau depan HD semuanya okey, takda yang tak okey. Tapi kalau berdua dengan adiknya, yang okey tu nanti boleh pulak jadi tak berapa nak okey tau ^_^
 
Anyway, kalau you all terasa nak mencuba bersarapan jauh dari rumah, bolehlah singgah di restoran ni. Bukanlah I kata makanannya tak sedap ya! Okeylah kalau perut dah lapar. Bolehlah masuk juga perut berbanding dengan sesetengah tempat makan yang sekali suap lepas tu tak lalu lagi dah!   

Disebabkan I ni bukan buat review berbayar macam JJCM TV3 tu, tentulah bab mengampu tu kurang sikit. I bercakap ikut sedap mulut ajelah mengikut pengalaman ikut sedap perut sendiri. Kenalah ingat, citarasa semua orang tak sama. Sedap pada I belum tentulah lagi sedap pada tekak you all semuakan. Tak sedap pada tekak I, mungkin sedap pada tekak you all pulak ^_^

Lepas ni kita JJCM tempat lain pulak. Nanti hujung tahun lagi banyak tempat I nak JJCM. You all tunggu ajelah ya, dok mai sini jangan jemu. Hahaha!  

      

Comments

  1. Harga makanan ok ke, KO? :P
    View cantik..
    Boleh consider ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga makanan okey aje, DZ! Bab sedap tak sedap tu saya tak pastilah sebab DZ kan ada pakar masak kat rumah. Ikutkan tekak saya okeylah boleh hadam ^_^

      Kalau DZ ambil gambar kat sini dengan kamera gedabak tu mesti lagi cantik. Nanti boleh masuk blog. Bolehlah update blog ^_^

      Delete
  2. kalau sambal yang patut pedas jadi manis kita pun tak suka kak huuuuu. tapi kalau tengok view ok la. sempat la makan pelan2 kot sampai habis hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak berapa suka masakan pedas jadi manis. Kalau pedas, biarlah pedas betul sampai memijar lidah. Barulah sedap makan!

      Kalau duduk-duduk bersantai kat sini sambil menikmati pemandangan memang cantiklah, Kira. Serius tenang aje rasanya!

      Delete
  3. Umai Cafe? Mcm Umai ko jer haha.....

    Kat mana ni Mak Ton.....kedai bawah depan masjid tu ek. Setakat nak bersarapan pergi jauh dari radar lingkungan rumah, mmg tak lah mak ...... mak boleh aje tp pakcik ai tulah..... mmg tak boleh blah huhu...

    Ohhhh .....sambal manislah sedap weyh..... I loikeeeee.... barulah seimbang rasa sambal .Tekak maklah hihi.....tekak Mak Ton mak tak tau!

    Nasi lemak ayam sambal ek tu. Kak Ton punyalah tu, sapa lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Umai ko tu....mcm tk sedap pulak bunyinya.....Umai hang lah yg biasa dengar tu rasanya......ye ke?

      Delete
    2. Mak cerita apa ni, Mak? Dua-dua pun Kak Ton tak faham, baik Umai Ko mahu pun Umai Hang ^_^

      Cafe ni terletak tak jauh dari Masjid Besi. Berhampiran dengan Skyrides Festivals Park nilah. Sebab itulah lepas breakfast kami pun melenjan pi Skyrides Park tu. Jalan kaki aje, buat exercise ringan katanya supaya makanan dihadamkan cepat sikit ~_^

      Ish, Kak Ton memang tak bolehlah sambal tumis manis. Asal ada lada aje mesti pedas. Kalau pedas dan manis memang tertutuplah selera Kak Ton. Tapi kalau ada, Kak Ton makan juga tak ingat dunia ^_^

      Delete
  4. pernah ghi umai cafe ni waktu sunset memey chantek ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke Wak waktu sunset lagi cantik? Ini yang macam nak pergi lagi nih....Banyak menu boleh try tak sempat nak try sebab datang untuk bersarapan aje!

      Delete
    2. try tengok gmbr sunset dlm kawan wak nih:

      http://wakgelas.blogspot.my/2013/03/umai-di-belakang-aku.html

      Delete
    3. Dah pergi sekali lagi, Wak tapi tetap juga tengahari nun! Nanti-nanti saya nak pi waktu senja pulak menikmati matahari terbenam pastu boleh terus lari pi masjid. Hahaha!

      Delete
  5. Lempeng pisang kalau goreng alas daun pisang aduhai semerbak satu dapur
    Memang tak terfikir nak buat sendiri kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak... leceh tau kalau nak buat sendiri! Lain kali kalau saya pergi lagi, nak jugalah saya beli lempeng pisang ni dan segala bubur yang ada. Menyesal pulak tak beli hari tu. Bila taip entri ni teringat balik sesalan. Hahaha!

      Delete
  6. Kalau CH anak beranak pergi sini breakfast ..
    Kena makan banyak2 sebab jauh..
    Nanti sampai rumah dah kebuluran masing2..
    Rajin HD nak pergi JJCM breakast pagi2 ye MD..
    Kalau hb CH .. tak adalah dia nak pergi kalau tak kesana ada hal..
    Ini anak2 pun dah bertanya.. kalau nabil dah elok bersunat ni kita nak gi cuti mana mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni biasa macam ni, CH. Saya selalu aje pergi Shah Alam untuk breakfast tau. Pernah tu sampai ke Setia Alam kita breakfast. Padahal memang jauhlah dari rumah... Nasib baiklah bab-bab macam ni HD rajin melayan. Suami saya ni romantik tidaklah tapi bab-bab makan ni memang rajinlah ikut serta sebab HD pun suka makan juga. Hahaha!

      Delete
  7. view gini, kalau dating romantik giler..tapi kes you olls, dating reramai. hehe.ish, memang potong kalau sambal rasa manis..kena pedas barulah kick!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, Sal! Nama pun ada anak dua kenalah mengaku juga fakta tu. Akak ni kalau dating berdua aje ke mana-mana lagi-lagi kalau tempat cantik dan makanan sedap, syahdu dalam hati ni tau bila tinggalkan anak-anak ^_^ Nanti-nanti Sal rasalah yerk macamana akak rasa.InsyaAllah ^_^

      Potong stim tau kalau sambal tumis manis. Akak memang pantang 60 harilah kalau kena makanan pedas tapi manis ni!

      Delete
  8. lempeng pisang klu nak buat sendiri kena ada daun pisang kecuali klu guna pemanggang ajaib yg tak melekat tu ... blh lah saya cari nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee dekat aje kan dengan Putrajaya ni, bolehlah bawa kakak dan anak-anak buah ke sini. Tentu mereka seronok. Lepas makan, boleh exercise light-light katanya...

      Nak suruh saya buat lempeng pisang memang ambil masa berdekadlah, Vee. Nak cari daun pisang pun nanti saya google kat mana tau. Hahaha!

      Delete
  9. Kakak saya ni kalau depan suami saya memanglah alahai semua pun dia setuju aje. Tapi cuba dengan saya, habis semua power dia nak bertekak tau. Kan dulu saya pernah cerita saya beli kain ikut kata dia tetiba HD kata kenapa pilih warna macam tu dan-dan tu juga kakak saya menjawab, 'Hah, tulah Ngah pun dah cakap kenapa ambil warna ni... Eh, kalau kau ambil warna yang tadi tu lagi cantik!'

    Stress saya tau ^_^

    ReplyDelete
  10. Salam Perkenalan..
    Samalah kita, tak suka makanan pedas terasa manis :)
    amboiii panjangnya muncung si kecik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ^_^

      Terima kasihlah ya sudi singgah! Harapnya tak pitamlah tengok entri saya panjang berjela ^_^

      Memang tak boleh in lah kalau masakan pedas terasa manis. Rasa macam something wrong somewhere aje =_=

      Delete
  11. Sedapnyaaaa nasi lemak. Terliur lah pulak. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak memang sentiasa dekat di hatikan, Nani. Kalau dapat, rasa hari-hari nak makan. Tapi bila difikirkan kesihatan, takut pulak ^_^

      Delete
  12. Rajinnya akak breakfast kat luar..
    klu lyn lah, mmg taklah nak bfast kat luar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujung minggu tak keluar rumah tu Lyn rasa semacam aje tau. Ini pun puas fikir nak bersarapan di mana sebab dah jemu bersarapan di tempat yang sama. Lain kali nak aim satu tempat ni pulak di PJ ^_^

      Delete
  13. nampak cam sedap tapi..emm apsal MD tak makan western ek...apa oglio...spegeti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...masa ni sarapan pagilah, Mar! Kalau betul-betul restoran western, memang saya bantai rasa spaghetti olio dulu ^_^ My favorite tu!

      Delete
  14. acap kali nama umai cafe ni naik kat fb..
    tengok makanan cam biasa jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanannya biasa-biasa aje. Lempeng pisang tu boleh tahanlah sedapnya sebab kali kedua saya pergi, dapatlah merasa lempeng pisang ^_^

      Delete
  15. Takmo kata apa.. Nk kata terliur giler babas tgk teh tarik tu.


    Brp bulan dh LM tak dpt teh tarik ni?? Arghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bab teh tarik ni sayalah champion, LM! Entah kenapa masih lagi tak boleh nak menolak teh tarik ni tau! Saya ni bukan peng-kopi orangnya maka tehlah yang paling sedap di tekak saya!

      Delete
  16. Nangis diet ai kalau ai makan menu tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa makan tu pura-puralah ada alzheimer. Sure tak nangis teringatkan diet ^_^ Lepas tu, guling-guling atas lantailah bila naik penimbang ^_^

      Delete
  17. nampak nasi lemaknya tu menarik..manis sgtkah sambalnya tu..sy sambal klu pedas manis tu ok..sy memang suka manis2 sikit..tp janganlah manis sgt pulak kan..

    putrajaya tu memang tak merasa la kami nak bersarapan kat situ..takat baca dan membayangkan boleh la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya asal namanya lauk pedas, memang tak suka manis. Saya tak pernah masuk gula kalau masak pedas-pedas ni. Kalau buat sambal tumis, adalah tabur secubit gitu janji takda rasa manis dapat detect. Saya memang tak suka!

      Yalah, PK. Awak tu jauh. So tengok ajelah menjamu mata. Nak turun KL semata nak pergi Putrajaya memanglah tak berapa bijak plannya. Hahaha!

      Delete

Post a Comment