Mat Sushi ^_^

Salam 28 Safar kawan-kawan!

Ahah, laju-laju watermark gambar mana dapat sebabnya ~ pepagi bos baru dah keluar ^_^

Duh, lega rasanya!

Tapi jangan main ngumpat sembrono (Eh, Mak... 'sembrono' ni bahasa Jaws ke? Pandai pulak Kak Ton cakap Jawa. Keh3x) Kerja dah disiapkan semua. Sekarang sepatutnya time baca suratkhabar ^_^ Tapi dek kerana bos takda, makanya time baca suratkhabar tu kita tukarkan kepada mengwatermark gambar dan taip entri ikut sedap jari menari di atas papan kekunci @_@

Hari ni nak bercerita tentang orang tersayang, siapa lagilah kalau bukan HD, dah tentu Bubbly Abang. Kalau bukan Bubbly Abang, dah tentulah si kecil comel lote, buah hati pengarang jantung jangan sampai sentap ~ my anak bujang, Adik Cute ^_^

Si kecil I ni sesekali tengok bila tengah tidur, dah besar rupanya. Tahun depan dah nak masuk tadika. So sad alahai... 

I rindu those moments masa anak-anak masih kecillah. Suci bersih sungguh,  takda debu langsung. Kenangan pun indah-indah belaka. Yang tak indah, dah lama keluar dari kotak fikiran tak sempat nak simpan dalam memori!

Si kecil ni buat masa ni memanglah manja. Kuat merajuk pun ya juga. Minta perhatian paling pandai. Kalau tak beri perhatian, memang dia merajuklah nak lempar-lempar body atas katil. Lepas tu terkebil-kebil dok tengok celah jari siapalah kot yang akan masuk memujuknya. Epik sungguh bab merajuk ni...

Adik Cute memang banyak ikut perangai Daddy. Ganas pun ikut Daddy ^_^ Tak macam Bubbly Abang yang lebih lembut hatinya ikut Mommy sampaikan selalu kena buli dengan adik sendiri. Kalau mereka main bergaduh-gaduh di rumah, si adik akan pegang badan atau naik atas badan abangnya sambil tarik rambut sungguh-sungguh. Abangnya redha aje memanjang, nak lawan balik tak dapat. Hahaha...

Tapi si kecil ni ada keras kepala sikit. Kalau kena marah dengan Mommy, dia lari belakang Daddy. Tahu apa dia suggest kat Daddynya?

Daddy! Daddy! Marahlah Mommy! Marahlah Mommy! Kalau Daddy marah, Mommy senyap!

Sadis sungguh statement! Nasib baik Mommy dah pasrah mendengarnya. Kalau tidak, memang dah lari minta ditelan Batu Caveslah!

Manalah tak geram sebab si kecil ni suka menyepahkan rumah dengan dua benda ni ...



Itu tak termasuk lego mereka berdua yang berkotak-kotak tu... 

Itu pun kalau kita marah dan Daddynya suruh minta maaf, dikeraskan badan sambil lima jari terus sumbat masuk mulut. Muka terkebil-kebil macam anak kucing comel tapi hati bukan main keras tau!

Sekarang ni masalah utama dengan si kecil ni adalah bab makan! Adik Cute tak suka makan. Katanya susah betullah kena makan ni... Dia memanjang kenyang! Cuma kerap juga bila malam nak tidur tetiba dia kata,

Mommy! Perut Adik dah sakit ni! Adik laparlah, nak makan!

Itu pun dia makan roti sekeping aje lepas tu sambung landing atas tilam...

Susah nak bagi si kecil ni makan. Memanjang dia tak lapar. Makan sekali sehari tu dah cukup untuknya. Itu pun bukan banyak mana. Selalunya kena bersuap, kalau tidak memang jangan haraplah si kecil ni cukup makan katanya...

Kalau kita paksa, akan keluarkan kata-kata menusuk kalbunya,

Hah, kan dah sakit perut! Nak demam ni! Adik dah kata tak nak makan tadi!

Itulah Mommy punya pasal! Kan baju Adik dah basah kena air sebab Mommy suruh makan!

Pedaslah, Mommy! Mommy punya pasallah suruh Adik makan! Kan dah pedas!   

Tapi, like father like son lah ... Si Adik Cute suka makan sushi ^_^ Kalau dia ada masa kita memilih, nak yang hak banyak aje. Tak mainlah kongsi dengan Daddy. Nak asing-asing. Bila tengok dia makan sushi, seronok sungguh hati I ni tau ^_^


So buat masa ni, senang aje nak menangani masalah tak suka makan si kecil ni ~ beli aje sushi ^_^

Tengok betapa terujanya dia makan sushi. Penuh kesopanan dan ketatasusilaan tau!

Sehingga menjilat jari, I tell you ^_^

Oh, nak suruh omaknya belajar buat sushi?

Boleh juga ... tapi tunggu tahun depanlah kita belajar yerk! Tahun satu lagi barulah dapat Adik Cute bawa bekal sushi pergi tadika @_@

P.S. Jangan ditanya mengapa sekarang ni jarang keluar kisah si Bubbly Abang. Dia sendiri merasa diri dah besar panjang, tak sesuai nak jadi model dan modal cerita dalam blog Mommy lagi. Lagi pun dia dah tahu tentang nilai wang ringgit. Pengsanlah nanti kalau dia minta upah dari Mommy sebab masuk blog. Dahlah blog Mommynya bukan menjana income pun. Iklan NN pun entah ke mana perginya sejak tukar template ni ^_^ Tapi jangan dirisau, being mak-mak macam kita-kita ini, memang tak jemu-jemu nak berkongsi kisah anak-anak, tak kiralah anak-anak dah besar panjang dan lebih tinggi daripada kita ^_^

       

    

 

   


Comments

  1. :-) seronok baca cerita si adik. Comel je makan sushi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercerita kisah anak-anak kecil ni memang tak pernah ada endingnyakan, Lea ^_^

      Delete
  2. Baiklah bercerita tentang anak-anak dari bercerita hal entah siapa-siapa, kan?

    Lagipun anak kita, suka hati kitalah hendak cerita macamana, ya tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, betul tu, Kakcik! Daripada mengumpat tak tentu pasal, lebih baik kita buka cerita pasal anak-anak sendiri. Tak pedulilah orang nak kata apakan ^_^

      Delete
  3. pergh..anak Uzbek ni makan sushi ye..oklah tu, ada gak nasi dan ikan..cukup khasiat.kalau makan sushi selalu boleh kurus tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Uzbek makan sushi yerk. Hahaha...lain macam pulak bunyinya. Anak Melayu pun ramai aje yang suka makan sushi, Sal ^_^ Dia suka yang ini aje. Si Abang try juga tapi dia tak suka seaweed; samalah macam Mommy. So kami dua beranak memang pure Malayslah senang cerita ^_^

      Delete
  4. Salam MD, dalam family anak2 mmg suka sushi ni, tapi nak wat camner dah mak bapak jenis tekak melayu sejati tak leh nak telah makanan japang ni. jadi anak2 bertabah ajelah sesekali tu ok lah, nak selalu mmg idoklah MD. Bab n3 cik Anon tu saja KA letak di blog sebelum ni KA ignorekan aje, tp sebab nak g cuti2 kita lepaskan dulu apa2 yang berbuku dihati barulah leh g cuti2 dgnhappy kan MD. Adik makin comeeeeeeeeeeeeeeey lah MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya ni memang terbahagi dua samarata, KA ^_^ Satu ikut emak, satu lagi ikut bapanya. Ngam-ngam semua pembahagian genes. Keh3x.

      Yalah, KA. Kalau simpan dalam hati nanti tak seronoklah pulak percutian. Dok fikir tak habis-habis. Adat si keyboard warrior ni, selalu menyalahkan niat orang. Nak buat macamanakan...

      Delete
  5. part masukkan jari tu nampak super cute dak Adik.. hehehe.. ai like.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mula-mula dia masukkan jari kanan sebab melekit makan sushi. Lepas tu saya terlepas nak snap gambar. Boleh pulak tu dia suruh snap gambar tapi salah masuk jari. Hahaha!

      Delete
  6. Anak-anak MD masih kecil sangat dimata kakak ni. Anak-anak kakak yg dah anak dara pun selalu jadi sasaran cerita di blog kakak. Siapa nak cerita anak kita kalau bukan kita. Org lain mana tahu kisah anak-anak kita kan.. So.. share di sini bagi sama-sama senyum oklah juga kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tiba bab anak-anak nikan kak terasa macam selamanya mereka ni 'baby' kita. Asyik nak bercerita. Kadang tu takut juga orang tersalah sangka tapi yalah, anak kita, blog kita, sukahati kitalahkan, kak ^_^

      Delete
  7. wahhhh... suka betul dia makan shushi.. ajak mummy pergi sushi king..
    tapau sekali habis.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya tak makan sushilah, Lyn. Kalau nak makan sushi, biarlah dia pergi dengan Daddynya ^_^ Kalau nak tapau aje, itu lain cerita. Mommy boleh tolong tapaukan ^_^

      Delete
  8. Dia menyusu ke smpi x mkn tu MD? Kalau syafiq dulu kuat susu tak mkn pun takpe. Ni skrg dua kali je nyusu mmg dia mkn nasik. J
    Klu tak kuat lah amukan niang rapik dia tu. mudah je la beli je sushi hari2 klu gitu ye? Janji dia kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah berhenti menyusu, LM. Sekarang ni minum Milo aje. Makan memang kurang minat sikit si kecil ni. Walaupun tak secerewet abangnya, makanan tertentu aje yang dia suka. Maka kita ni kenalah beli apa yang dia suka nak makan tu. Kalau masak pun macam saya katalah, sup-sup aje yang jadi minatnya. Dia tak minat ayam goreng macam abangnya!

      Delete
  9. saya dulu selalu kongsi cerita pasal anak saya si maisara.tapi sejak dia dah besar terus tak de dah cerita dia sebab dia kata jangan cerita kat blog..kakak dah besar katanya..hahha..dia kata kalau dia nak cerita pasal dia sendiri nanti dia buat blog dia ....bila dia cakap gitu saya tau la anak saya dah besar rupanya..sob!!sob!1sob!!... :( .. eceh!!padahal baru nak masuk darjah 3 .dia memang suka berlagak dia dah besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa sejak membaca blog Diana, jarang sekali membaca kisah Maisara. Mesti masa saya rajin blogwalking ke sana, Maisara dah rasa dirinya dah besar. Itu yang takda ceritakan. Amboi, nak buat blog sendiri cerita pasal diri sendiri. Alahai, Maisara!

      Memang dah besarlah tu, Diana ^_^

      Anak saya si Bubbly Abang tu sekarang beberapa inch aje lagi nak melangkau ketinggian saya. Saya pun bukannya tinggi mana ^_^

      Delete
  10. Wahhhh tekak orang Jepun sangat ni nak makan sushi. Hehehhe. Sedap pulak tengok sushi tu. Jumaat baru ni nak pergi makan sushi dekat Sushi King sekali full house. Dekat luar pun ada orang beratur, cancel terus plan nak makan sushi. Hahahha ! Pergi time lunch hour memang lah full house kan :P

    Teringat semalam ada lecturer Nani tunjuk gambar student dia sem lepas untuk subjek public speaking masak sushi + sambal belacan. Hahahahah ! Paling WIN lah tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepang sangatlah, Nani ^_^ Entah macamana dia boleh minat sushi pulak ni. Dia ni suka ikut Daddylah senang cerita. Hari-hari tengok Daddy minum kopi, boleh pulak tu dia bisik kat telinga kita kata nak kopi juga!

      Akak tak pernah lagi pergi Sushi King sebab HD aje yang makan sushi sebelum ni. So, manalah boleh pergi ke sana empat beranakkan. Sekarang ni HD dah ada genglah ~ Adik Cute!

      Hai, peliknya suhsi+sambal belacan? Tak boleh nak dibayangkanlah!

      Delete
  11. Amboi.. Japanese sgt si adik niye.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tau. Maklumlah Mommynya kerja dengan Jepang ^_^ Itulah tetiba suka makan sushi pulak dah...

      Delete
  12. Betul tu MD..
    Buat yg dia suka mkn..
    Bila dah jemu ..
    Cari lah menu lain yg dia suka..
    Tapi adik cute ni kira berisi lah..
    Kalau nabil lagi lah keding ajer..
    Mcm tak mkn..
    Baru ni timbang lepas berkhatan..
    Boleh lak turun 3 kg..
    Alahai kesian anak omak..
    Harap2 lepas berkhatan ni boar lah nabil sado bdn nya mcm bubly abang tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya memang cerewet, CH. Susah betul nak memasak. Dahlah kita ni bila masak dapur aje idea terus kontang tak tahu nak masak apa. Kalau ikut nafsu sendiri, memang macam-macam nak masak tapi bila difikir nanti kita aje yang syok sendiri memakannya, itu yang jadi malas!

      Terlebih sado macam anak saya tu pun susah juga, CH. Kesian pulak melihatnya. Ni pun slowly-slowly suruh dia turunkan sikit berat badan tu. Nak buat mendadak kesian juga. Kejap naik, kejap turun aje badan si abang tu. Tapi yang selalunya naik ler ...

      Delete
  13. udak besar adik cute ni memang kurang makan..nak main je kerjanya..takpelah slim sikit adik cute tu.hehe..

    suka makan sushi rupanya..future mom in law ni kena belajaq masak sushi jugaklah kot.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak lapar tu yang pelik. Kita ni kejap-kejap teringat nak makan tapi dia sekali sehari makan coco crunch pun rasa macam dah banyak sangat makan! Susah betul nak suruh dia makan. Kalau bersuap pun bukan banyak mana pun.

      Amboi, nak belajaq buat sushi! Mithalilah sangat ^_^

      Delete
  14. Mak nak keluo nanti balik sambung komen....Uit...semput mak tau baca entri tak habis habis ni. Sawan ek?Hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke mana lagi tu, Mak? Nak cari makan-makan lagi ke? Tak puas lagi ke pi makan-makan sejak dua menjak ni, Mak?

      Eleh, baru baca sikit dah semput! Kalau tak update blog, kang dia punya yang tersayup-sayup memanggil namaku suruh keluar gua!

      Delete
    2. Tak ingat gi mana agaknya hari tu ek mak kak Ton...

      Sembrono tu bahasa Indonesia rasanya Kak Ton.

      Adik tu dah kenyang makan rumah Ngah kot, tu yg tak mo makan bila sampai rumah tu.

      Uiksss.....Adik suka makan sushi plain jee ke ? Tak suka yg ada benda atas tu ek?

      Kiranya sama adillah ni, anak anak Allah bagi sorang satu perangai ek.

      Delete
    3. Sembrono tu kira bahasa Jawslahkan Mak. Indonesia dengan Jawa kat intim gitu. Hahaha...

      Mak memang rajin keluar sekarang sampai lupa ke mana perginya sebab asyiklah keluar cari makankan, Mak!

      Tak juga. Kat rumah Ngah pun dia tak makan sangat. Entahlah dari mana datang kenyangnya tu...

      Memang anak-anak saya satu ikut emak, satu ikut bapa. Sehati sejiwa betullah. Hahaha!

      Delete
  15. owh , kalau dah tak nak mkn , suruh je si adik tu niat puasa . cuma pastikan dia mkn awal pagi . dapat gak pahala . bimbang juga kena gastrik tu nanti ... sembrono tu bahasa jawa lah MD . jawa kan banyak jenis . ada jawa penorogo , ada jawa magelen dan jawa halus . jawa halus ni saya cuma tahu sikit2 jer . jawa saya jenis jawa magelen . kalau jawa penorogo , bahasanya kasar sikit . kalau jawa halus , sangat sopan dan seni bahasanya ... tetiba masuk kelas bahasa jawa lak ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang memanjang. Nak kata dia suka makan cincai-cincai ke, snacking ke tak juga. Memang kuranglah dia makan. Kalau dulu sukalah fishball soup tu tapi sekarang ni fishball pun dah tak pandang sejak kena cirit-birit baru-baru ni. Lepas tu habis semua pun dia tak nak makan sebab dia takut sakit perut katanya!

      Oh, Jawa pun banyak spesiesnya yerk! Penorogo tu saya biasa dengar sebab kalau dulu nak kata membalas kata-kata gaduh, selalu aje sebut ' macam Jawa Penorogolah!' Tak pasal-pasal Jawa Penorogo dapat nama! Kesian!

      Delete

Post a Comment