Adik Cute masuk tadika ^_^

Salam 24 Rabiul Awal kawan-kawan!

Adatlah kalau duduk di rumah ni memang tak pernahnya ada masa terluang. Sibuknya memang jauh lebih hebat berbanding dengan bekerja di pejabat! Itu I pun tak dapat nak nafikan...

Namun, dek kerana keterujaan nak berkongsi cerita, laju-laju I memasak untuk makan tengahari dan selesai aje kerjarumah(tangga), apa lagi kita on lah laptop mengadap blog katanya. Kalau dah macam tu, takdalah sibuk mana sebenarnya ya tak?

Marilah kita masuk ke tajuk terus ya! Corner baring banyak sangat di awal tahun nanti menyusahkan kawan-kawan pulak. Jenuh nak membaca apatah lagi yang spesies sama macam I ni, rabun dekat memanjang! Siksa weyh... Laptop ni pun lagi sikit I nak seligi! Sejak mula digunakan semalam, asyiklah tertekan abjad 's' bila nak taip 'a'. Jari jemari dah membesar bagai johan rasanya ni... Haruslah beramal diet nampak gaya untuk kecilkan mana yang dah besar. Hahaha...!

Well, my beloved son si Adik Cute dah pun berjaya menjejakkan kaki ke alam 'persekolahan' main-main katanya! Nak gelak pulak bila ingatkan keletah si kecil ni nak masuk tadika...



I registered quite lambat. Masa pergi buat pendaftaran tu, Adik Cute nampaklah cemas. Siap kata tu dia tak mahu belajar hari tu. I pun bawalah keliling tengok tadikanya lepas teacher cuba-cuba saiz uniform dan kasut yang sesuai untuknya ^_^ Nampak Adik Cute okeylah lepas tengok keadaan tadika. Teachernya pun teacher yang sama mengajar Bubbly Abang dulu sampaikan teacher pun kata macam tak percaya after 5 years, dia akan mengajar adik si Bubbly Abang. Lepas ni takda dah lagi teacher ya. Itu je dua beradik. Hahaha!

Eh, Bubbly Abang pun ikut sama jumpa teachersnya! Sempatlah bertepuk bertampar kata omputih...

Lepas tu I decided tak nak hantar anak pergi orientasi sebab kita masih lagi di alam cuti-cuti katanya. Bila teacher kata nampak macam stabil aje emosi anakanda hamba ni, I pun gigglelah all the way masuk kereta lepas buat pendaftaran.  Harapnya benarlah bagai dikata dek teacher (tapi hampa weyh sebenarnya...propa aje lebih sama macam Mommynya!)

Balik dari pendaftaran tadika, I pun tanyalah Adik Cute siapa nama teachernya nanti. Selamba bangga dia menjawab,

Teacher Anita! Adik dah pandai sebut nama teacherkan, Mommy!

Oh, hebat! Hebat! Nampak tak gentar pun si bujang kecil ni! Legalah hati Mommy. Tak payahlah nak berumahtangga di tepi tangga tadika ^_^  

Malam sebelum memulakan tadika, kelam kabutlah isi rumah. I aje yang kelam kabut sebenarnya. My anak-anak rileks aje. Dah semua Mommy nak buat, nak kata apakan. Dek kerana uniform, beg sekolah dan kasut tak dapat lagi, maka my anak bujang kenalah berpakaian santai aje. Beg sekolah memang tak belilah sebab dah ada dalam pakej. Maka Adik Cute angkut ajelah beg sandang lamanya tu. Surprisingly, my anak-anak tak demanding langsung. Apa kita suruh angkut, diangkutnya. Takda kata nak itu, ini. Baik Bubbly Abang mahu pun Adik Cute.

Dalam beg sandangnya pun bukan ada apa. Setakat kotak pensel, botol air, bekal makan dan buku latihan main-main. Itu pun dia tak kisah nak tengok. Kita tanya nak bawa pensel Mickey Mouse ke pensel biasa 2B ni, dik... Dia jawab 'hah, yalah tu' ... Apa mahunya pun tak tahulah!

Apa nak kata dah ruler dengan eraser pun dia tak tahu macamana fungsinya. Hahaha!

Bila kita tanya dah ready ke nak pergi tadika esok. Amboi, bukan main penuh confident beri jawapan. Kita tanya macamana nanti nak pee, diajarnya kita pulak ..

Pergi toilet. Buka toilet bowl. Buka pants sikit dan peelah! Itu pun tak tahu ke...

Dik, Dik... Mommy tanya macamana nak cakap dengan teacher nak pergi pee? Itu pun tak faham ke?

Cakaplah.... Teacher Anita, I want to pee. Where is toilet?
 
Okeylah. Rasanya lepaslah si kecil ni, takda masalah. Stabil emosikan kata teacher ^_^

Malam sebelum persekolahan bermula, semua tabs dan smartphone telah disembunyikan oleh Mommy. TV pun kena tutup awal. Semua kena kerahan tidur awal. Melalak si Adik Cute sebab tak dapat nak tengok Robocar Poli bagai, I tetap juga suruh tidur!     

I ni cuti lama dengan harapan dapatlah tengok anak pakai uniform tadika. Rupa-rupanya hampalah. Kata teacher by this week boleh dapat tapi sampai hari ni pun takda khabar berita. Memang tertelan air liurlah I tak dapat menghantar Adik Cute lengkap beruniform! 

Pagi Isnin, I kena hantar Bubbly Abang dulu. Hari pertama bersekolah, wajiblah si bujang ni nak keluar rumah awal. Kecoh jugalah I pepagi tu sebab kena prepare bekalan untuk dua anak. Oh, susah woi... Hahaha.... Macamanalah mak yang banyak anak menguruskan anak-anak ya! Baru dua pun dah semput nak tarik nafas di awal pagi!

Pergi balik sekolah Abang memang macam selalulah. Siksa! Jem dan bunyi hon tu macam sinonim sangat! Tak hairan jadinya!

Balik rumah kejutkan si bujang kecil. Jomlah kita mandi dan bersiap ke tadika. Nasib baik senang nak bangun. Macam biasa, gulung-gulung rambut dulu sambil ketap bibir macam rabbit. Dah selesai barulah mandi dan bersiap.






Sampai di tadika, I temanlah naik sampai ke atas. Boleh terasalah gigil tangan si Adik Cute ni masa I pimpin naik tangga! Takutlah tu. Masuk dalam kelas okey lagi tapi bila I kata Mommy tak boleh stay dalam kelas, teruslah mencemik. Bila teacher suruh duduk, dah memandang sayu ke lantai!

Bila teacher tengok, teruslah dihugnya si kecil ni sambil  memujuk. Masa tulah I nampak dia menoleh ke arah Mommy kesayangannya dan teruslah melalak! 

Aduh! Aduh! Macamana ni! I dah tak keruan! Nak pergi pujuk tentu makin menjadi ratapan hibanya.  I pun tengok ajelah belakang pintu. Agak-agak dia okey dan teacher dah bagi signal suruh blah, I pun blahlah sambil menahan air mata jangan terikut sedih. Hahaha!

I pesan jugalah kat cikgu yang si kecil ni selama ni dunianya memang dia dan abangnya aje. Paling malu kalau nampak gegirl dan takut dengan budak-budak lelaki yang lebih kecil saiz badan daripadanya. Baby boy pun dia takut tau tak! Teacher kata, "Janganlah bimbang, Mommy!" ^_^

Tak sabar tau rasanya nak menunggu sampai pukul 12.30; nak ambil si kecil ni. Apalah nasib my anak bujang ni belajar berdikari tanpa Mommy disisi ... (Eleh, MD... anak orang lain pun rileks aje, apalah yang susah sangat ni nak melepaskan anak belajar berdikari!!!)

Pukul 12 tengahari I dah berebut-rebut nak pergi ambil si Adik Cute. Nasib baik masa I sampai, dia tak turun lagi. Kalau tidak, rasanya berdrama sedih lagi nanti! Sama ada I ke atau anak, tak tahulah siapa yang akan buat drama!

Bila nampak kelibat Mommy kat bawah, bukan main gembira lagi siap lambai tangan tersenyum gembira. Laju aje nak turun tangga. Dalam kereta, mulut dia ajelah yang kepoh bercerita itu, ini.

Paling tak tahan katanya bila dia menangis, kawan baru di sebelah pun kata, " Janganlah nangis....."

Malu Adik, Mommy! Kenapalah dia cakap macam tu! (sambil bercerita sambil tutup muka gelihati mengenangkan diri yang termalu menangis dalam kelas!)   

Dalam kelas semua pun girls! Eh, tak, tak... boys pun ada tapi girls lagi banyak! (Girls aje yang dia nampak budak kecil ni!)  

Adik pee tak tadi kat tadika?

Tak, Adik tak pee. Teacher tanya tapi Adik tak nak pee! Yang lain tak malu, Mommy!

Makan tak bekal Mommy bawa?

Alamak! Terlupa nak makan tadi! Adik makan roti teacher bagi jerk!

Baca doa makan tak?

Alamak! Adik terlupalah nak baca!

Adik belajar apa tadi?

Alamak! Adik terlupa Adik belajar apa tadi!

Gitu ajelah dia.... semua terlupa nak buat! 

Tiba-tiba dalam asyik bercerita, dia boleh kata ...

Mommy, esok tak payahlah pergi school. Hari ni dah pergi, cukuplah. Tak payah pergi lagi!

Amboi, Adik! Mommy bayar sikit punya mahal dia boleh kata nak belajar sehari jerk! Nak suruh Mommy guling atas lantai menangis ke apa ni... 

Petang tu bukan main meratap hiba lagi meraung tak mahu pergi school lagi. 1001 alasan diberinya. Puas I reka cerita memujuknya supaya pergi sekolah, tetaplah melalak tak mahu pergi. Berjujuran air mata boboi melalak tak berhenti dengan ratap hibanya 'alahai', 'alahai', 'alahai'!

Second day, tengoklah macamana pulak gayanya ...

P.S. Menaip entri di rumah bukan boleh 30 minit per entri panjang berjela. Entri ni ditaip dari pukul 11.30 pagi bersambungan sampai ke 3 petang tau! Azabnya nak buat karangan budak tadika ni!

   

    

      


  

  

 

 


Comments

  1. masih cuti?seronoknya..bila naik keje.besar dah adik, tapi acane boleh semuanya terlupa tu.hahaha.biasalh,mana-mana Mak pun nervous lepaskan anak first day berjauhan, padahal takdelah jauh nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Dik Sal! Hari ni patutnya cuti penuh tapi akak gagahkan diri ke pejabat sebelah petang. Kita officially dah naik kerjalah hari ni ^_^ Siapa ada macam akak, kan! Hujung tahun lepas dah isi leave form untuk awal tahun 2016. Hebatlah tu ^_^

      Adik Cute sampai ke hari ni pun melalak. Memang tak boleh nampak Mommylah. Macamanalah tak gundah hati dibuatnya. Ahah,esok kena pergi school dengan Daddy. Tak dapat nak bayangkan kalau dia buat perangai depan Daddynya ...

      Delete
  2. hahahhaahah...cute jer si adik jawab....semua benda byk lupa....tp yg plg kelakar alasan xnak g sekolah...sbb dh pergi sekolah hrini...adehhhh.....pjg betul akal dia hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun dia lupa, itu baru hari pertama ^_^ Kalau hari-hari pergi sekolah, memang tak tahulah macamana. Harapnya janganlah lekat penyakit lupa tu pulak!

      Budak ni depan keluarga memang kelakar. Banyak mulut (macam Mommy) tapi kalau di luar, dialah boboboi tersopan!

      Delete
  3. selamat tahun baru MD
    wah adik cute nk school ye mesti sunyi mummy kan, baru nk ckp panjang akal mcm mummy jugak like son like mummy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, KakNoor!

      Memang sunyilah KakNoor bila anak-anak takda di rumah dan Mommynya tak bekerja. Rasa mati kutu pulak dibuatnya!

      Hahaha...betullah tu! Like mother like son ^_^

      Delete
  4. Huhu.. kemain karya agung dia sampai 4 jam taip baru siap tulisnya.. adik, esok2 kamu baca ni tahula hari pertama kamu di tadika mcm mana ye. Mommy bayar beribu daftar masuk tadika, adik nak belaja sehari je ye?? Huuu. Ala, dia gertak je tu.. rasanya hari kedua dah ok tu kan?

    Haha.. menangis ya.. eh jangan kata adik yg baru masuk kls, nazif hari ni pun mengada nk nangis.. tapi mcm biasala dia blakon depan mama je, mcm mana saya buat alasan tak nak htr anak, sb lepas saya pergi cikgunya kata elok je dia main dan interview cikgunya mcm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling lama masa diambil ni, AN. Sampai hari ni penatnya terus takda entri. Hahaha!

      Tak okey lagi. Hari kedua sikit-sikit nangis. Masuk hari ni lagi hebat dia melalak tak mahu lepaskan tangan. Pengsan Mommy menahan nangis tau tak! Hehehe!

      Tapi betul tu AN. Bila kita menghilangkan diri aje, okeylah mood anak. Memang sahajalah tu nak bagi aniaya perasaan emaknyakan...

      Balik tadi okey pulak. Macam biasalah pandai malu bila teringat dia menangis. Berjanji ajelah tak mahu nangis lagi tapi entahlah esok macamana. Dah pass baton pada Daddy pulak untuk hantar anak ke tadika. Saya hantar si bujang sado jerk.

      Delete
  5. Wahh adik cute dah ke tadika. Selamat ke sekolah dik ! Hehehe. Haipp haipp tak mau lah sekolah sehari aje, biar lah penuh rekod kedatangan tu kan sepanjang tahun. Belajar rajin2 adik cute :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sekolah sorang lagi anak bujang akak. Habislah lepas ni makpak berdua-duaan aje di rumah. Anak-anak semua bersekolah ^_^ Sunyi tau, Nani bila anak-anak takda. Macam itulah agaknya mak awak rasa tau!

      Delete
  6. Selamat bersekolah adik cute dan abang bubbly :) MD, bila dah start sekolah ni kan, ibu budak pun rasa nak nangis huk huk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Linda. Bila anak-anak naik sekolah, emaklah nampaknya yang paling sibuk rasa macam nak menangis pun ada ^_^

      Delete
  7. Adik sedang dpt kejutan budaya. Anak kecil yg biasa dgn lingkungan keluarga tetiba bercampur dgn org asing. Tunggulah 2-3 minggu lepas ini adik akan petah macam dia di rumah juga. Masa itu baru bila teringat malu macam dia malu bila teringat kawan dia pujuk jgn menangis. Alahai adik...adik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu, Kakzakie. Anak-anak saya ni memang membesar dikelilingi orang dewasa sahaja. Takda rakan sebaya. Dek jarang bergaul tulah agaknya yang buat mereka takut bila kali pertama bergaul dengan rakan sebaya. Abang dulu tahan lagilah sebab dia merengek dalam diam aje. Duduk aje walaupun sedih kena tinggal. Si Adik ni lain macam sikit. Meronta-ronta sekuat hati!

      Delete
  8. Muka abg sama cam adik tak masa kecik MD? Makin tatap
    Gambar ni makin serupa abg la pulak adik ni bila dah besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada iras tapi tak serupa macam abangnya. Abang ni memang bubbly sejak kecil lagi. Bulat aje mukanya. Adik ni sebab kurus, tirus sikitlah bentuk muka. More to Daddy yang sebenarnya, LM. Abang tu more to saya ^_^

      Delete
  9. Hihi....layan jerlah Adik Ton....ha? Macamana? Ok tak panggil adik Ton ? Ke nak bangkang jugak! Kang mak panggil Karton kang....kehkehkeh

    Adik Ton, biasalah tu....ada jenis budak mmg nangis first day ke sekolah. Manja sangat ni, maklumlah anak bongsuuuu....Tapi anak anak mak dari segi ni, alhamdulilah, yg anak dara menangis jugak tp taklah melalak, menangis cembeng cembeng gitu... esok lusa dah ok. Yang lelaki pulak terlebih ok, maknya pulak yg sedih hihi...

    Nak kata adik cute tak biasa dgn org, bukan ke adik cute biasa dgn krew krew dan cameraman gitu....artis katanya hihi....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Adik Ton lagilah teruk, Mak oi! Hahaha! Karton lagilah tak boleh blah weyh!

      Anak-anak ni kalau dengan Mommy memang lebih sikit manjanya. Selalu aje buat hal dengan harapan Mommy akan memujuk walaupun mereka tahu Mommy lagi garang dan cepat marah daripada Daddy sebenarnya.

      Saya ingat dia akan menangis setakat sehari dua aje tapi dah nak masuk seminggu ni asyik menangis. HD bukan boleh bertahan dengan kerenah anak-anak. Ada yang kena nanti. Saya okey lagi cumanya saya risau kalau Daddynya yang handle. Sabar Daddy tak macam sabar Mommy mereka ni ^_^

      Delete
  10. eh dah sekolah yer adik.. ingat thn depan..
    tapi takpe lah slowly nnti oklah tuh.. baru lagi..
    sometimes budak2 ni dpn kita beria melolong melalak.. bila tiba dgn teachers nya elok plak... dpn mak pak mengada lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk 5 tahun kiranya walaupun dia lahir Nov ^_^ Dah besarlah Lyn anak akak. Sedih pulak Mommynya anak-anak dah makin kurang bergantung kat Mommy lagi!

      Entah apa yang dia tak suka pun tak tahulah. Nak masuk tadika aje yang melalak lebih-lebih. Lepas tu okey dah. Balik tadika nanti mulalah macam-macam cerita nak beritahu!

      Delete
  11. Ekekeke...pandai adik ajar mommy macam mana nak pee yerp. Amboiii...suma lupa.

    Memula skolah biasalah MD. Lelama nanti ok lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tanya macamana nak beritahu teacher kalau nak pee, lain pulak dijawabnya. Anak-anak sekarang pantang kalau tersilap tanya, kita balik yang kena!

      Semua lupa, Fiza sampailah ke hari ni. Nasib baik dia ingat ada homework a,b,c nak kena buat!

      Delete
  12. saya teringat afif masa dia memula tadika
    masa tu pun 5 tahun...dia punya meraung. allah! tuhan ajelah yang tahu
    paling tak boleh lupa dia bergayut pada palang pintu, menjerit meraung
    haha...kenangana semua tu. cuma saya tak nunggu. saya blah gitu aje
    nasiblah ko nak nangis ke apa ke. tahulah camne cikgu nak handle =)

    aisyah pula, hasil mesyuarat tergempar
    tidak disekolahkan...tunggu tahun depan baru sekolah
    takpelah...bagi dia lebih manja sikit..haha

    yang tak boleh menahan tu..semua benda adik cute lupa
    sabo ajelah...cam afif jugalah
    tapi dia selalu guna, afif lupalah mama. kadang dia jawab, entah
    rasa nak seligi aje kalau dia jawab gitu tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik 4 hari aje YY dia buat ragam. Kalau makan sebulan, dua macam kata cikgu sesetengah budak meragam, memang keluh kesahlah hati saya ni!

      Itu pun dia sibuk dok tanya kenapalah kena sekolah banyak hari, sehari cukuplah! Aduhai anak! MommyDaddy bayar mahal-mahal dia buat sekolah tu macam rumah kedua pulak, ikut suka hati bila nak pergi. Hari ni dia buat decision tak payah pergi sekolah sebab esoklusa dah cuti dan yang paling haru sekali, Daddynya ikut aje kehendak! Kes malas nak hantar anak pi tadikalah tu!

      Oh, Aisyah belum tadika lagilah ya! Untunglah boleh main-main lagi kat rumah. Kalau dia tak nak, kita paksa pun tak guna juga hantarkan, YY. Nanti kita yang menangis tengok anak tak mahu sekolah!

      Delete

Post a Comment