Alahai Adik Cute ...

Salam 26 Rabiul Awal kawan-kawan!

Duh, awal tahun dah semput! Semalam tengahari, I dah mula bekerja. Masuk kerja kali pertama di tahun baru tahu-tahu ajelah macamana keadaannya. Nampak gaya tahun ni kuranglah entri on the spot. Semuanya kena autopublish kalau nak mengarang syok sendiri dan panjang berjela-jela. Tak dan nak buat semuanya. Pun begitu, I rasa duduk di rumah sahaja lebih sibuk daripada berada di pejabat ^_^

Ni sambungan kisah si Adik Cutelah senang cerita ...



Nak tahu apa jadi?

Awal tahun dah buat dada Mommy berdebar kencang si kecil ni!

Ingatkan kerana kehadiran I ketika menghantar si kecil ni ke tadika yang menjadikan dia melalak tak ingat dunia. Rupa-rupanya tidak juga! Hari ni dihantar oleh HD buat kali pertama. I pulak seawal 6.45 pagi dah keluar rumah menghantar si Bubbly Abang macam selalu dan teruslah ke tempat kerja. 

Belum sempat memulakan kerja pukul 8.30 pagi, HD dah called! Katanya fed up betul melayan kerenah si kecil ni melalak tak mahu masuk tadika! Budak-budak lain okey aje, takda yang melalak macam si Adik Cute. Tahu ajelah bapa dengan anak, emosinya tak sama macam emak dengan anak. Kalau emak ni, anak buat hal masih lagi boleh banyak bersabar. Kalau dengan bapa, memang kesabaran tu menipis dengan pantas!

I pulak jadi pening kepala tak tahu nak buat macamana ...   

Semalam masa I hantar pun sama juga kekdahnya. Tak mahu keluar dari kereta. Bila dah sampai depan tangga, teruslah peluk tak mahu lepas. Bila dipujuk-pujuk ajak naik, mulalah melalak! Puas teacher dan aunty pujuk, tetap juga dia tak mahu berganjak dari tangga. Menjerit-jerit tak bagi I pergi mana-mana, nak ajak balik rumah!

Sampailah Teacher Anita muncul dan pujuk bawa naik. Teacher terus bagi signal suruh I balik, jangan diikut naik atas! I ni dalam hati berkecamuk sekali tengok kerenah anak macam tu. Marah tu tidaklah, tapi tak sampai hati tengok dia terteleng-teleng kepala menjerit tak bagi Mommy pergi dari tadika. Mana boleh tahan...hati Mommy ni kan laksana tisu lembut gitu...

Risau pun ya juga. Sebabnya hari keempat tadika, I dah mula bekerja dan officially, HD akan hantar si Adik Cute ke tadika setiap hari. Kalau Adik Cute buat perangai macam ni, I tak pastilah Daddynya boleh tahan sabar!

Kalau pada hari kedua di tadika, I umpanlah lepas habis tadika kita  tapau Coolblog tapi itulah sekali. Kalau hari-hari berjanji begitu, mana boleh. Jadi sedap pulak dia meminta-minta sesuatu sebab dah pergi tadika.

Semalam petang bawalah ke taman beriadah katanya, takda bagi habuan lain sebab berjaya pergi tadika. Pandai pulak tu semalam lepas habis tadika, tunjuk dengan jari lagi dua hari kena pergi tadika. Ajaklah berjanji tak mahu menangis lagi. Janji kosong aje Adik ni! Adik ni masa nak masuk ke kelas aje yang melalak. Bila balik okeylah bercerita tak berhenti! Pening betul memikirkan kenapa...

Kata HD bukan kerana dia takut tapi dia malas sebenarnya. Dia rasa lebih best duduk rumah tengok kartun dan main lego sebab itu kebiasaannya. Ikut kata teacher, dalam kelas dia okey aje. Melalak pun masa sampai aje! Hilang kemachoan kalau macam nilah, Adik!

Kalau ikutkan, si Bubbly Abang dulu pun sama tapi ketika I hantar aje. Kalau Daddy mahu pun MakNgahnya yang hantar dia okey. Itu pun seingat I, 2-3 hari aje dia menangis. Abang lain sikit. Sebab dia takut, dia menangis dalam senyap tapi si Adik ni boleh tahan pakej siap melalak meronta-ronta dan keraskan badan

I told HD ini mungkin disebabkan mereka tak bercampur-gaul dengan rakan-rakan sebaya. Kalau Abang dulu memang lebih banyak masa di rumah, main sendirian. Takda rakan sebaya. Si Adik ni pun, best friendnya hanya abang walaupun kalau sama-sama ada di rumah, kecoh dibuatnya! Lagi pun dia memang tak suka dengan budak-budak lebih kecil saiz daripadanya dan girls. Automatik dia akan melarikan diri tak mahu berkawan! 

Anti sosiallah senang cerita my anak-anak ni... Aduhai....! 

I dah tak tahu nak buat macamana. Nampak gaya esok macam I kena datang lewat ke pejabat demi nak menghantar si kecil ni. Tapi itulah, dengan Mommynya lagilah dia mengada-ngada. Mahu dipeluknya Mommy dan menjerit-jerit tak mahu masuk kelas!

Jenuh berfikir nak dibuat macamana!  

 

      

Comments

  1. anak saya nak masuk kelas takde melalak... habis kelas nampak muka mak dia terus menangis macam protes kena tinggal kat tadika je. Dok tanya cikgu dia takde pulak buat hal kat tadika. Ok jer boleh berkawan cuma masalah makan je la. Nasib baik mak dia dah lama di berhentikan kerja makan gaji ni.. Dari hari 1st day memang tak tunggu. masuk kelas je.. dia dah ok sebab banyak kawan & mainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik pulak ya, Suria. Stress betul tengok si kecil ni bila sampai aje depan tadika teruslah menangis tak berhenti. Siap dengan drama lagi tu yang tak tahan. Kalau akak yang hantar, bolehlah bersabar. Daddynya baru hari ni hantar sendiri dah kata tak sanggup tengok anak buat hal! Aduhai.. Itulah susahnya bila emak bekerjaya ni, chewah ^_^

      Delete
  2. Ala, no worries la MD.... Adik dalam proses membiasakan diri tu... lepas sesi drama di waktu pagi dua tiga minggu, adik cute Ok la nanti... lagi2 bila dia dah ada kawan kat sekolah... silap hari bulan, hari minggu pun nak pegi sekolah :)

    Bertabah yer MD... Saya dah lepas fasa Danish menangis waktu pagi ni... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati emak ni memang begitulah kot. Kalau tak kuat semangat, jadilah macam saya. Saya ni bukan boleh bila tengok anak menangis-nangis, meratap hiba nak dapatkan kita. Mulalah jadi tak tentu arah dibuatnya. Esok ingatnya saya nak hantar sebelum pergi kerja. Memang merahlah punch card di awal tahun ni...

      Delete
  3. aduh kak....gitu plak peelnye yeak...ni sebijik perangak mija dulu ni kak oii...sebulan hokeyy mcm tu...org lain antai drop babai jek ...mija tu nak dekat sebulan nangis.... mmg mule2 pujuk gak...masuk minggu ke 3 aku cubitkan ajek ahahahha...tu baru betul2 nangis sebab org buat.....sebulan tu jugak le ngekor bontot pengetua taska....sebab baik org tua tu rajin nak layan.....tapi lepas2 tu okey dah kak...rasenye faktor manja pun yeak jugak....lagi satu nak sesuaikan diri dgn rutin tu pun amik masa....akak jgn risau....akak keringkan hati jek....yg penting tecer kene pandai tackle n pujuk.....

    eh kak, adik dah kurus sikit kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress dibuatnya, Lieya. Kalau tengokkan perangainya, ingat mestilah dia lagi kuat semangat berbanding dengan abangnya. Rupa-rupanya lagi teruk! Dah nak masuk seminggu masih lagi melalak. Teacher pun dah pening-pening lalat tak faham. Teacher sendiri ingat abangnya macamana dulu tapi tak sebanding dengan perangai si adik! Harapnya janganlah sampai sebulan buat perangai, Lieya. Pengsan akak mana nak fikir pasal kerja, mana nak fikir pasal anak-anak dan keluarga, mana nak fikir pasal blog. Eh, eh, eh...tersasul pulak ^_^

      Memang dia kurus banyak sebab tak mahu makan. Kita bekalkan makanan, dia bantai makanan teacher bagi. Dalam kereta balik sekolah barulah makan bekal Mommy sediakan. Lepas tu satu hari dia kenyang memanjang!

      Delete
  4. Semoga Adik cepat dapat kawan yang disenanginya. Jadi nanti seronoklah dia berjumpa kawan-kawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya cepatlah dia dapat kawan yang sesuai dengan jiwaraganya. Seksa dibuatnya kalau anak-anak meragam dengan kita nak bekerja lagi. Tak aman dunia dibuatnya!

      Delete
  5. Alahai dik menangis pulak nak ke tadika. Mungkin awal awal ni kot tak biasa lagi dengan tadika, dengan kawan2 nanti lama2 ok lah tu. Hehehe. Puas juga hari2 nak memujuk suruh dia ke tadika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja menangis aje depan tadika. Jadi stress akak dibuatnya Nani. Bukan stress sebab dia menangis tapi stress duk memikirkan macamana nak buat biar dia suka tadika dan kalau dihantar Daddynya, takdalah mengamuk pulak Daddy dengan perangai anak bujang tercomelnya tu!

      Delete
  6. Cutenya gmbr adik!!!

    Err sy rasa baik MD suruh je si ayah yg hantar. Sbb klu MD yg hantar sama gak sesi memujuk dan bertarik2 tali. Eh tarik tgn peluk kaki.. Hehe.

    Biasanya lepas ibu atau ayah pergi ank2 akan okey. Cikgu pujuk kejap je dh okey. Tp klu jenis nk sgt balik biasanya cikgu pujuk tak jalan, maka cikgu biarkan je dia melalak lepas dh pujuk x blh senyap gak. Cikgu bagi budak2 ni ruang utk mereka bertenang. Pastu dia diam sendiri. Takda la melalak kuat2 biasanya. Dpn ibu ayah je dorang melalak mcm kena dera kat situ. Ehehe.

    Ank2 ni biasanya lbh rapat dgn ibu. (Ank saya la). Maka lbh baik si ayah yg hantar dr sy yg hantar. Klu sy hantar lg hebat drama swastanya. Dulu pernah sekali hantar acha tadika. Tobat!! Siap tarik2 tgn sy peluk kaki lari keluar gate lagi. Saya tarik dia terus serah kat cikgu. Kena kental la sikit hati tgk dia meraung mcm tak jmp sy dah pastu peel dia. Esoknya ayah hantar drama air mata tetap ada tp x la hebat cam tu.

    Lepas hantar terus balik. Kena amalkan tu je. Sbb klu duduk situ. Pujuk dan pujuk lg naik lemak. Saya tak pernah masuk kelas anak. Masuk time byr pendaftaran, masa ambik report card je. Kau nak meraung ummi layan kat gate je la anak oi. Tu yg LM buat utk acha dan apit la. adik ad dan kakak tadika tak menangis. Tak bg ayah tgu pun. Cuma masa 4 thn stgh tu adik ad mula sek kat doha ada drama air mata la jugak. Takut tgk takda melayu. LM tgu lima belas minit terus balik. Dia tarik2 gak baju suruh tgu air mata meleleh2, tp suara tak keluar. Masa tu mmg sebak sbb pikir dia tak pandai speaking masa 4 thn tu. tau basic2 je . Gundah gulana gak hati ni.

    Hati ibu.. LM faham MD rasa stress gak kan? Apit dulu smgu pas mula sek meragam takmo g sek sbb cikgu marah dia sepak meja. Mmg drama la tiap pagi duk pujuk mandi dah meraung, lum lg bawa perut memboyot antar dia kat sek bertarik2 tgn. Grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, panjangnya komen LM. Habislah saya kali ni. Selalunya saya aje yang mengomen panjang-panjang! Ni mesti kes rindu sangat kat saya ni. Hahaha! Gurauan di tahun baru ya! Jangan ambil hati. Buatlah lagi komen panjang berjela, saya suka sangat!

      Daddynya baru hantar hari ni itu pun tak sempat saya mula bekerja dah ditelefonnya saya kata anak mengamuk. Stress kata Daddy sebab anak orang lain takda pun buat perangai macam Adik Cute. Daddy ingat anaknya lagi strong dan behave. Yalah, budak-budak manalah boleh sama. Sedang anak-anak sendiri pun berbeza perangaikan. Bapak-bapak ni biasalah, kesabaran kurang sikit levelnya!

      Saya tak stress sebab dia melalak tapi stress sebab nak buat macamana jangan sampai dia tak suka pergi tadika. Stress bila memikirkan dia buat hal dengan Daddynya dan Daddy tak suka nak layan. Hati ni tak tenang nak bekerja, LM. Saya ingat esok saya nak hantar dan pujuk elok-elok. Manalah tau, lama-lama nanti termakan juga pujuk rayu Mommynya. Adik dan Abang ni perangai sama. Mereka lebih selesa bersama dan dikelilingi orang dewasa berbanding dengan rakan-rakan sebaya. Anti sosial betul anak-anak saya ni tau!

      Delete
    2. kombinasi dua komen ni dah jadi satu entry dah wei
      jenuh orang lain nak scroll ke bawah nak komen =)

      Delete
    3. Hai! Pendeknya komen. Menumpang komen orang pulak tu. Hahaha! Saya faham, saya faham! Adakalanya otak kita blank tak tahu nak komen apa bila kena skroll laju-laju sampai ke komen terakhir. Kira komen-komen yang ada ni dah boleh represent apa yang kita nak komenlahkan, YY ^_^

      Delete
  7. Mood bangun pagi adik cute macamana? Senang ke susah nak mandi?

    Ingat dengan daddy dia tak buat perangai. Sama jugak melalak rupanya....

    Lama lama ok kot .....kena hati keringlah nampaknya Kak Ton, hantar pas tu tinggal. Budak ni kekadang ngengada depan mak pak jer, bila kita tak de, diaorang ok jer...

    Kalau mak, kekadang Pak Jilap tu lagi rajin melayan kerenah anak, mak kurenggg....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bangun pagi takda masalah. Nak mandi pun takda masalah. Dah sampai kat tadika nanti dia buat hal. Keraskan badan, dok pegang kita tak mahu lepas. Then mulalah melalak-lalak tak nak masuk kelas!

      Nak mengeringkan hati tu yang tak tahan, Mak oi! Maklumlah Kak Ton ni berjiwa penyayang, hati selembut tisu premier tau! Hahaha!

      Delete
  8. lain anak lain lah ragamnya... nnti lama2 oklah tuh..
    kena byk bersabar dgn kerenah anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu dia okey tu tak tahulah bila, Lyn. Janganlah sampai sebulan macam ni. Pengsan dibuatnya. Akak boleh bertahan lagi tapi kalau Daddynya yang hantar, mana boleh tahan anak buat hal. Baru satu hari melayan kerenah anak dah naik bosan. Hahaha!

      Delete
  9. tak mampu nak bagi advice, tapi saya rasa lama-lama nanti ok le tu kot..sabar ye encik HD dan mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam brutal aje anak akak yang kecil ni tapi hati tetap lembut macam tisu premierlah. Kata Daddynya, ikut Mommylah tu, cengeng! Asyiklah kita yang kena kalau anak-anak tak mencapai 'piawaian'. Hahaha!

      Delete
  10. Ikut pengalaman saya elok bg bapaknya hantar.. nazif 3 hari sy htr kemain dia mcm si adik ni juga, menangis drp bawah lagi, dh sampai dpn pintu dia mengeraskan badan, tangan pegang baju mama tdung mama kuat2 sambil tepis tangan cikgu.. semalam dan arini papa hantar elok je jalan sendiri naik tangga.. cis, kemain bangga papanya cerita..

    Agaknya kena tukar cara psiko si adik tu.. papa nazif psiko dia cakap kalau adik menangis nanti kawan2 tak nak kawan dgn adik.. adik kan dh besar.. adik dah 4 years.. diorang ni, part ni thanks to naim, tak tahu mcm mana cikgunya ajar yang naim berjaya pengaruhi adiknya yang 4 years tu maknanya dah hebat, dah besar..

    Ni mesti minggu depan adik dh ok ni.. layankan jela minggu ni r dua minggu ni kalau dia nk mitak apa2.. asalkan dia ada mindset yg seronok belajar.. lepas ni baru la slow2 train dia berdikari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya Daddy yang kena hantar, AN. Saya ni tak dan nak hantar dua-dua anak di sebelah pagi. Sebab saya keluar awal dengan Bubbly Abang dan terus ke tempat kerja. Nak patah balik ke rumah ambil Adik Cute dan hantar ke tadika, memang merahlah punch card saya hari-hari!

      Semalam first day Daddy hantar pun buat perangai. Saya ni bolehlah bersabar, biasalah emak-emakkan. Kalau dengan Daddy, janganlah buat perangai. Daddy suggest cutikan aje 2,3 hari. Aduhai... sayang tabur duit macam tu aje bila anak tak mahu ke tadika, kita ikutkan aje. Saya tetap juga nak hantar tak kiralah kalau dia menangis hari-hari. Nanti-nanti dia dah suka, berhentilah tu. Cuma nak cari jalan supaya dia berhenti melalak cepat sikit. Kalau sampai 2,3 minggu mahu pun sebulan, aduhai...

      Delete
  11. Betul kata MD tu..
    Sebelum ni mereka bermain dilingkungan keluarga..
    Tak bersosial dgn org lain..
    Macam anak2 CH dari kecik dah hantar kat pengasuh..
    Dia pandailah bersosial dari kecil..
    Jadi bila nak masuk tadika tiada lah adegan tarik menarik peluk memeluk melalak menangis macam tu..
    CH rasa bila adik Cute dah jumpa kawan yg serasi dengannya ..
    Oklah tu.. tengok keadaan ni mau jugak 2 3mingu MD bersabar dgn adik cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mungkin salah-satu puncanya, CH. Selalunya dia bermain dengan abangnya aje. Selalu pun tinggal dengan orang dewasa, tak bercampur dengan rakan sebaya. Kalau 'cucu-cucu' saudara saya datang, yang umurnya jauh lebih muda daripada Adik Cute ni, tak mahu dia bermain dengan mereka. Nampak aje mereka, teruslah dia lari masuk bilik. Inikan pulak bercampur dengan rakan sebaya yang tak dikenali. Mungkin itulah kot puncanya dia tak berapa suka nak ke tadika.

      Harapnya janganlah berlama-lama. Susah hati saya nanti!

      Delete
  12. My anak dara pon nangis gak. Padahal dah 6 tahun. Macam tak biasa plak khenn. Nangis sebab 6 tahun dah tukar cikgu lain. Dia nak ngan cikgu mas dia gak...ppffttt...

    Iols lagi best, Org lain sibuk dengan anak nangis. Iols buat kecoh bila blye pitam plak...cisss...Rasa nak gelak pon ada. Penangan tekanan darah rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik tau, Fiza. Saya tengok anak saya yang kecil ni macam stronger than his brother. Rupa-rupanya bab melalak masuk tadika ni dia lagi teruk daripada abangnya. Alhamdulillah, 4 hari pertama aje dia buat hal. Sekarang dah pandai control cute. Tapi itulah, asal balik dan ditanya belajar apa, memanjang aje dia lupa!

      Delete
  13. camne ni adik cute...masuk sekolah aje nangis
    hilang macho gitu. kalau gegirl okaylah buat perangai gitu
    cam tak jadilah nak minang kalau gini...haha

    tapi biasa memula aje gitu, samalah cam afif dulu
    once dia dah get along dengan suasana, ada kawan
    dia akan okay...sementara ni aje kena bertabah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opps! Ingatkan dia dah tak tahu nak komen apa tadi ^_^

      Itu yang buat saya stress! Kalau tengok gaya, memang dia lebih macho, lebih berani, lebih kuat daripada abangnya. Tiba-tiba dia pulak yang over melalak tak ingat dunia. Meraung-raung tak mahu masuk kelas sambil pegang badan Mommynya! Saya kena 3 hari pertama okey lagi. Kena kat HD, sehari aje pun dah dikomplennya!

      La ni dah okey! Dah pandai berkawan. Dah pandai memekak dalam kelas pun kata teacher!

      Delete

Post a Comment