Apa rasanya bila anak kena 'reject'! (Sedihnya ...)

Salam 10 Rabiul Akhir kawan-kawan!

My anak bujang tersado baru kali pertama memulakan aktiviti ko-ko di sekolah hari ni. Bukan main berdebar-debar katanya sebab yalah, tak pernah merasai apa itu aktiviti ko-kurrikulum sebelum ni. Since dia insist juga nak tetap dengan pendirian Laoshinya yang sesuka hati memilih si Bubbly Abang untuk menyertai Persatuan Sains, Kelab Catur dan juga taekwando, makanya I pun akurlah. Kalau si Bubbly Abang ragu-ragu dengan kata putus Laoshinya, memang I call aje cikgu tanya boleh tak tukarkan aje persatuan, kelab dan aktiviti lain untuk my anak bujang! Kasihan anak I kan kerna terpaksa turut perintah ajelah!

Anyway, yang sebenarnya I tengah bersedih ni tau! Walaupun you all tak nampak betapa sedihnya I sekarang ni, tetap jugalah I beritahu yang I memang sangat sedih sekarang ni. Sebak rasa dada ni....  Tengah cuba nak distract perasaan tu, cuba nak jadi ceria macam selalu!

Tapi walau apa pun keadaannya, I dah boleh terima kenyataan yang pahit ni ...

Ini kisahnya yang buatkan hati I terasa sayu sangat! Menitis air mata tau ...

Semalam bila I balik dari kerja, si Bubbly Abang teruslah mengadu...

Mommy! Mommy! Adik mengadu kat Daddy kata dia kena reject!

I pun main yalah aje, tak dengar betul-betul pun. Maklumlah baru balik kerjakan, kalut memikirkan rutin harian mana yang nak dibuat dahulu....

Sempat juga I tanya kat Hubbydearie dan jawapannya selamba aje,

Yalah! Anak you kena reject!

You tak kisah ke Dear, anak you kena reject? You sendiri pun tak pernah kena rejectkan selama ni ....

HD senyap aje!
 
Tergamam I tetiba. Sebab tergamam sangat, terus tak tahu nak kata apa. Si Adik Cute pulak masih lagi di rumah my sister. Sedap tidur petang kononnya. Yalah, budak sebaya Adik Cute tu bukan tahu pun apa maknanya kena reject. Lebih baik dia enjoy life ~ main, makan dan tidur bila penat!

Malam tu, bila dia sibuk menconteng, I pun tanyalah apa ceritanya Adik Cute kena reject kat tadika ni ...

Kenapa Dik, Adik kena reject?

Mommy ingat tak budak yang cakap dengan Adik tu... yang cakap ' Janganlah nangis! Nanti mak ko datanglah!'

Kenapa budak tu?      

Tadi dia cakap macam ni dengan Adik ~ 'Saya tak sayang awak! Saya sayang orang lain!'

Hahahaha..... gelak besar okey I mendengarnya! Rasa nak guling-guling atas lantai tetiba. Biarlah anak-anak tengok pulak macamana gaya Mommy berguling gelihati atas lantai!

Serius! Apa perasaan you all bila dengar anak kena reject?

Aduhai! Sakit jiwa I ni mendengarnya! HD dah gelak-gelak dalam bilik. Bubbly Abang tak payah ceritalah, memang gelakkan adiknya macam nak rak! Cuma Adik Cute aje yang rileks sambil bercakap, sambil menconteng.

Kasihan anak Mommy kena reject dengan  gegirl! First time ni Mommy dengar anak kena reject!

Ish, kena skodeng juga si budak perempuan yang Adik Cute panggil 'girlfriend' ni! Berani dia reject my anak bujang tercomel?   

Tak tahan gelak I mendengarnya. I pun tanya kat HD,

Dear, macamana nak buat ni... anak bujang kita kena reject? Cuba you pergi skodeng budak ni! Dia yang mula-mula pujuk Adik Cute, berani pulak tu dia reject anak bujang kita!

HD pun jawab sambil gelak,

Kan I dah kata... tadi masa balik selamba aje dia cakap ~ Daddy, girlfriend Adik dah tak sayangkan Adik lagi!

Penuh confident weyh beritahu Daddynya tanpa sedikit pun rasa maruah tercalar gitu ^_^ 

Epik sungguh I dengar cerita Adik Cute semalam. Kira dia cipta sejarahlah dalam keluarga! Antara Daddy, Bubbly Abang dan Adik Cute, Adik Cutelah yang pertama kena reject at the age of 5!

Sekurang-kurangnya Bubbly Abang lagi pandai. Dengan si Auni dulu, dia yang 'tinggalkan' budak perempuan tu sebabnya Bubbly Abang kata, 

Auni tu banyak mulutlah, Mommy! Asyik nak bercakap aje!

Maka, kenalah 'tinggal' budak tu at the age of 7! 

Duh! Sakit perut gelak banyak sangat...

Dah reda gelak tawa, I pun tanyalah lagi apa dijawabnya bila 'girlfriend' cakap macam tu...

Adik cakaplah ~ Then, kenapa awak sekolah kat sini? Ini sekolah kitalah!

Oh, my! Adik, Adik! Takpalah Adik. Bunga bukan sekuntum, ada banyak lagi kat luar. Tapi kumbang rare spesies macam Adik Cute ni, bukan senang nak cari ^_^ Jangan pernah mengalah okey! Mommy pun sekarang ni  tengah sibuk mencari jodoh anak-anak! Don't you worrylah setakat kena reject dengan budak perempuan yang nama pun dia tak sempat nak tau! Hahaha!

I pun mulalah mengajar anak (yang bukan-bukan) ^_^ ...
 
Adik, dengar sini! Kalau girlfriend kata tak sayang Adik lagi, sayang orang lain, Adik cakap kat dia macam ni tau~ Eleh, kita pun tak pernah sayang awaklah! Ada banyak gegirl keliling kita yang sayang kita tau!

Eh, eh.... over pulak Mommy dia ni.....

So, apalah perasaannya kalau you all dapat 'berita sedih' macam ni daripada seorang anak yang baru aje berumur 5 tahun? 

Aduh! I nak berhenti ketawalah! Ada kerja nak buat nih!

Nak buat gaya James Bond posing pegang pistol di kedua belah tangan tapi tak jadi ^_^
                

Comments

  1. hahahaha.. adik dah putus cinta dalam usia 5 tahun. so kalau 20 tahun lagi kena reject pun dah tak frust menongeng sangat dah sebab dah ada pengalaman hadapi kena reject dengan awek dalam usia muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat putus cinta, Suria. Baru nak berkenal-kenalan. Nama pun tak tahu lagi, itu yang dipanggilnya 'girlfriend' aje. Takpalah, setakat nak cari girlfriend ni Mommy boleh uruskan (aiyok, Mommy dah sibuk nak masuk campur!)

      Delete
  2. hehehe.ingat kena reject palah tadi.tergelak jugalak tadi.nasib baik dok sorang2 dalam bilik ni. hehehelucu tullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang mendengar pun 'sakit jiwa' dibuatnya! Boleh selamba aje dia bercerita budak tu tak sayang dia lagi, sayang orang lain!

      Kalau dah besar nanti putus cinta macam ni gayanya, legalah Mommy. Takdalah Mommy susah hati nak memujuk bagai atau nak carikan pengganti. Cool aje!

      Delete
  3. Alala.. kene reject pun tetap cute.. Takpe bunga bukan sekuntum.. cari yang lain ye...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan.. bunga bukan sekuntum. Kumbang cute pulak bukan senang nak cari. Hahaha!

      Delete
  4. Alahai adik.. adik... relaks aje dia kena reject. Budak belum faham apa pun MD. Kakak baca pun boleh senyum sendiri tau. Bebudak umur 5 tahun biasalah semuanya lebih kurang aje - sekejap kawan sekejap ada yg tak berkenan kata tak kawan, nanti bila dah lupa kawan balik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rileks habislah kak putus kasih-sayang! Hahaha!

      Semalam saya tanya apa cerita 'ex-girlfriend', kawan lagi ke tidak? Dia kata setiap kali dia bercakap, ex-girlfriend tunjuk tangan kat mulut suruh senyap! Hahaha!

      Delete
  5. Ahahaha... alolo adik o adik. Comel betul gelagat nya.
    Biasa la kan budak budak kak, rasa nya masa kecik ayat paling win " Tak nak kawan awak" =P. Skrg advance sikit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyiklah tak kawan aje kerjanyakan. Mana tau esok lusa atau bila besar nanti itulah pulak yang jadi BFF ke, boyfriend ke. Malang sungguhlah!

      Delete
  6. hahaha..takpelah Adik.auntie Sal ni berkali-kali kena reject, hidup elok je.moga makin tabah dalam percintaan dan kehidupan.kah kah kah..

    intro pasal Abang, ingatkan Abang yang kena reject.memang main roller coaster betullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni aunty Sal beri pendapat. Terimakasihlah Aunty Sal beri galakan untuk terus move on. Hahaha!

      Eh, biasalah tu, Sal! Kata nak adil dan saksama! Keh3x.

      Delete
  7. Kah kah kah.. gelak wei.. adoi ya. Maknya pun. Gelaran dah mommy, tapi risaukan anaknya blm cukup 5 tahun xda gf.. huhu.. relaxla.. mommy. Aip, kali ni nak selamat ya, tak tulis nama awek adik ni ya.. jadi kalau mommy in law baca nati takla risua ya. Xleh detect berapa ramai awek2 si adik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy memang over, itu biasalah! Hai, sedihlah AN baru 5 tahun dah kena reject dek girlfriend! Mahu tak sedih tau!

      Eh, tak! Memang Adik Cute tak tahu siapa nama budak tu sebab itulah dia panggil budak tu girlfriend. 'Girlfriend' di sini bermaksud kawan perempuan tau bukannya kekasih hati! Hahaha!

      Delete
  8. Hahaha rasa nak gelak guling2 jugak ni MD..
    Tapi adik cute terbaikkkk..
    Cool jer gelperen rejek..
    Hado aku kesah kan adik cute ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Perkataan 'terbaik' tu pun bukan main lagi si Adik Cute ni suka gunapakai! Dari mana tu, CH? Upin Ipin ke apa?

      Dia memang sentiasa cool walaupun kena tinggal girlfriend ^_^

      Delete
  9. Aduhai...sakit perut kakak tahan ketawa....suspen kakak nk tau reject apalah tadi.Takpe lah adek cute hensem ...ramai lagi yang menunggu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihlah kak anak kena reject dengan gegirl. Akak tak faham perasaan saya. Baru 5 tahun dah kena reject tau. Hahaha!

      Delete
  10. Ha3.. akakpn x terkata apa..

    Nak sambung gelak lg.. Ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambung aje gelak, kak. Tak payah kata apa-apa. Hahaha!

      Delete
  11. AllahhuAkbar!

    Bergetar badan kakcik menahan ketawa seorang diri...

    Alahai Adik...Adik...

    Dah remaja nanti, takut Adik tak larat nak reject gegirls pulak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamba badak aje dia beritahu Daddynya 'girlfriend' tak sayang dia lagi! Anak-anak zaman sekarang ni tak takut dah dengan makbapak. Bukan macam kita masa kecik-kecik kan, Kakcik. Kalau kita dulu tersebut perkataan boyfriend pun, mati alahai takut kena pelangkung dengan rotan! Saya rasa tak lama lagi anak-anak saya akan datang kat Daddynya sambil minta tips nak menjaga hati girlfriend masing-masinglah!

      Delete
  12. Hahaha...MD buat kak Zai suspend ingat kena rejek apalah td.Adik cute belajar pandai2 boleh jd hero dlm class nanti ramai gergirl Yang minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya saja aje berpura-pura sedih padahal Kak Zai, nak pengsan gelakkan perangai si bujang seorang ni. Seorang tak mahu girlfriend, seorang lagi sibuk kumpul girlfriend! Tapi bila fikir balik, salah Mommy merekalah. Over sangat sibuk mencari 'bunga' di taman rumah orang! Hahaha!

      Delete
  13. alaaa mesti adik cute frust menonggeng tuh walaupon muka rileks..hahahaha..kena macho skit tu yang tak tunjuk kesedihan depan mummy..sempat berkasih tak dik?
    paham pulak dier apa ertinya di'reject'.. takpe dik, cari bunga baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia langsung tak 'terluka', Zee. Maklumlah Mommy dah beri kata-kata semangat ~ bunga melambak kat luar sana, petik aje mana nak! Hahaha!

      Delete
  14. Ecehhh ibu dia dah ajar ayat lg best. Kdg2 budak ni tak phm apa pun MD. tp bila yg budak pompuan tu asik ckp benda sama berulang kali nnt dan adik cute x jwb apa2, takut jejas emosi dia pulak nnt. Mcm syafiq dia bkn phm pun org kata suka ke makwe ke.. Pastu dia punya ckp cam dewasa je bila minah tu kata suka dia. Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy dia memang kekwat, LM. Anak kena reject, Mommy yang menyirap darah. Sampai diajarnya macamana nak jadi kasanova. Hahaha!

      Dia tak tahu pun nama budak tu sebab itulah dia panggil si budak tu 'girlfriend' tapi yang selamba cakap dengan Daddy girlfriend tak sayang lagi tu apahal... selamba dia aje tau!

      Delete
  15. HEH..HEH..SIAN ADIK KENA REJECT GIGIRL YA...RISAU JUGA BACA INTRONYA INGATKAN ADIK KENA REJECT PROGRM PENTING SEKOLAHNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda apalah, kak. Saja suka-suka buat-buat sedih padahal tak tahan nak gelak dengan si kecil ni. Ada aje ideanya nak bagi riuh rumah saya!

      Delete
  16. Tak per adik...satu reject 10 mari...kan adik cute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Bunda! Apa nak susah hati. Cool ajelah. Lagi pun kena reject pada usia 5 tahun, takda tinggal kesan. Dah besar nanti lupalah tu. Hahaha!

      Delete
  17. Boleh terada kalau terkena di batang hidung sendiri. Saborjelah adik yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jangan bimbang, Adik Cute cool aje kena reject. Makpak pulak yang runsing anak hilang 'bunga' di taman ^_^

      Delete
  18. he..hee.. comel lah dia.. takut nnt bersusun gegerl.. takut diia lak yg tak larat nak reject.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang saya ni sebenarnya takut gegirl, Kak Yan! Kalau depan gegirl memang budiman betul sebab dia takut. Hahaha!

      Delete
  19. tunggulah 10 tahun lagi.. nyesal x sudah gigirl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulahkan! Padan muka gegirl. Jangan jilat balik meludah ke langit. Memang tak akan diterima jadi menantu! Hahaha!

      Delete
  20. hahah saya ingat rejek apa tadi.. budak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ni anak kena reject! Baru 5 tahun tu ^_^

      Delete
  21. sabar je la adik ya, nanti cuba lagi ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba petik bunga yang lainlah pulak. Bunga yang ini dah kena ban. Hahaha!

      Delete
  22. eh oke la tu kak...pesatuan dan kelab yg abg join tu agak pemes gak kalo kat sekolah2 tuh...cikgunye tgk abang 'boleh' tu kak.....jgn mcm anak lieya masuk puteri islam...adoiiii mentang2 le puteri islam takde kawad2 hahaahahahah....

    kemain si adikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...hahaahahah...kak, lieya pun tegelak goling2 nieh..kemain...kecik2 dah ade pengalaman kene reject hahaahahaha....adoi lahhhh...takpe adik macho, kejap jek dpt pengganti tu...tapi kalo dah sunat lagiii cepat dpt pengganti kaakakakakakaka....serius kak, mmg happening anak2 akak nieh.....boleh lieya bygkan kecohnye umah akak sehari2....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas akak dok tanya dengan kawan-kawan yang anak ada di sekolah Cina tapi takdalah pulak mereka kata cikgu yang tentukan persatuan/kelab apa yang mereka kena masuk. Double confirm dengan si Bubbly Abang kalau-kalau tak sesuai, Mommy ni sanggup menghadap cikgu minta ditukarkan tapi dia tak nak pulak! Okeylah tu kot. Tapi bab catur tu, dia tak reti main. Cuba tengok online, katanya pening kepala nak faham cara main!

      Sedih tak Lieya kalau si Dayyan kena reject dengan gegirl? Sedihkan... Hahaha! Akak kena taulah nama budak ni siapa, anak siapa. Nanti kalau dah besar memang jangan ngengada nak tertackle anak bujang akak. Memang kena ban foreverlah jawabnya! Hahaha!

      Akak dah kata, dua orang aje di rumah tapi kecohnya macam ada 10 anak lelaki tau! Tak pernah senyap! Memekak 24 jam sehari!

      Delete
  23. Eh!!! Takkanlah anak kena reject semalam mak dia terus cuti tulis entri hari ni? Takkan lah dilema pulak nak mengaccept mak jadi friend kat FB sampai mood pun tak stabil....Aduhhh!!!!

    Wahhhhh itu gegurl sudah buta warna ke hape, adik punyalah hensem, pan asian lagi, kulit putih melepak, kaxak bergaya cenggitu boleh sekelip mata jer beralih arah! Dasar gegurl sungguhlah....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton sibuk semalam dan hari ni, Mak. Hari ni pun tak tahulah nak up entri ke tidak. Tengok ni, baru nak berbalas-balas komen katanya!

      Bab FB tu Mak sabarlah dulu. Kak Ton dah kata tak aktif kat situ yang Mak ngengada hantar friend request buat apa? Kak Ton kena selidik dulu latar belakang Mak baru boleh accept. Huahahaha!

      Entahlah Mak, kumbang mana yang lebih disayangi si gegirl! Tapi apa yang pasti dah besar nanti jangan harap nak ngendeng dengan anak Kak Ton. Kak Ton dah ban seumur hidup, tak leh rapat dah dengan anak Kak Ton tau!

      Delete
  24. ekekek...cemana ni adik..awal2 dah kena reject..aih..cari yang lain tau..bunga bukan sekuntum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Bunga berlambak kat luar tu. Pilih aje apa warna nak. Bunga yang dah layu janganlah dirindu-rindu sangat. Rimaslah simpan bunga layu dalam hati ^_^

      Delete
  25. Kikiki...sian adik cute...tapi nape mak dia yg sentap lebih ni...hahaha...takpe dik sorang reject 100 beratur nak berkenalan gituuuu...hahaha...ni mesti kene reject pasal kes nangis2 time kene tinggal kat sekola hari tu...jatuh saham terus dik...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bab Mak dia yang over tu memang biasa dah! Tapi tak akanlah akak tak rasa apa-apa kalau anak direject kumbang/bunga di luar sana? Serius ni! Tak kisah ke? Hahahah!

      Budak ni dah kena ban dengan Mommynya. Kalau besar nanti ngendeng anak aunty, jagalah kome! Memang tak dapat merasa nak jadi girlfriend lagi tau. Menantu apatah lagi!

      Itulah siapa suruh melalak 4 hari pertamakan. Nasib badanlah pi tunjuk kelemahan kat gegirl watpa!

      Delete
  26. hahhahahaha... tak kisah lah kena reject kan adik..
    sekali petik, berduyun2 yg dtg kan.. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas 'putus cinta', eh makin menjadi-jadilah pulak nak jadi kawan baik tau!

      Stress akak!

      Delete

Post a Comment