Salam 16 Rabiul Akhir kawan-kawan,
Macamana cuti tiga hari hujung minggu yang lalu? Seronok mengulit anak-anakdan suami? I tak ke mana-mana pun sebab HD sibuk alahai melayan kaum kerabat katanya ...
Kita duduk rumah diam-diam, makan tidur, makan tidur aje kerjanya. Ada kawan anak dua kata berat dah turun 'normal' to 47kg! Jealous ke I? Of courselah jealous, mahu tak jealous! Membara-bara kejealousannya tapi tak juga stress fikir nak diet ^_^ My penimbang berat badan tak pernah jejak angka '4' di depannya ya ... Maklumlah nafsu makan ganas katanya ~_^
Back to the topic (as usual lah, menyimpang jauh dari topik memang kegemaran semulajadi I. Cukup berbakat dalam bab ni...), pagi tadi I terdengar di radio sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.
Tertarik dengan satu caller ni, katanya her parents ajar dia berdikari (berdiri di atas kaki sendiri...pada yang tak tahu.. hahaha!) sejak umurnya 7 tahun!
My oh my....
At the age of 7, dia belajar semuanya dari pergi sekolah naik mini bus yang packed macam sardin, pergi kelas tuisyen, prepare bekal sendiri, semuanya dia buat tanpa bantuan ibubapanya! Respectlah kat minah ni...
Tapi the best part katanya, kalau sekarang nak implement perkara yang sama pada anak-anak, tak berani oi ^_^ Keselamatan anak-anak sekarang lagilah di hujung tanduk berbanding dengan zaman dulu-dulu. Kalau sudah tiada pilihan lain, tak boleh buat macamana lagi untuk dielakkan, terpaksalah merelakan aje anak-anak belajar berdikari macam cik caller ni pernah merasa!
Nak kunci aje anak-anak dalam rumah pun tak boleh juga. Pendekata berserah ajelah pada Allah, semoga anak-anak sentiasa di bawah lindungan-Nya!
Yalah, masa I kecil-kecil dulu kalau dengar kes rogol for example, dalam 2-3 tahun mungkin sekali. Kira kes maha besarlah tu. Semua orang melopong sambil geleng-geleng kepala tak percaya. Kasihan pun ada...
Tapi zaman sekarang ni, boleh kata hampir setiap harilah ada kes macam ni. Itu belum kes anak sendiri lari dari rumah. Dunia memang dah nak hampir ke penghujung mungkin ...
Berbalik pada diri I sendiri, I ni pun anak manja tak tahu nak kata macamana. Memang 'duduk dalam sangkar' aje. Asal keluar rumah aje berteman (bapak). Nak keluar dengan adik beradik perempuan pun tak dapat kecuali tengok wayang berjemaah dengan adik-beradik termasuk abang kandung.
Selain daripada itu, jangan haraplah dapat 'lari dari rumah', okey! Mahu kena kejar dengan lembing dek my abah, bukan diraungnya dalam suratkhabar minta balik rumah! Kalau jumpa, tak dibaling dengan lembing, mahu dijerlusnya kepala masuk dalam kolam! Beranilah kecil-kecil takda kudrat, nak lari dari rumah konon....
Sungguh pun begitu, masuk sekolah rendah aje I belajar juga berdikari macam basuh dan kapur kasut sekolah sendiri, gosok pakaian sekolah sendiri. Bab memasak tu masih serahkan tugas pada kakak-kakak dan emaklah. Tak kuasa nak belajar ^_^ Tak mungkin kelaparanlah masa tu sebab mesti ada aje yang dah sediakan makanan! Kalau tidak, mahu kena pelangkung dengan my abah sebab pemalas! I aje yang terselamat daripada masuk dapur belajar memasak ^_^ Maklumlah anak perempuan bongsu yang gedik nak minta kena lempang jerk kekdahnya!
Kalau takda sesiapa yang memasak pun, my emak kan ada ^_^ Mak tak pernah culas walaupun sehari untuk memasak. Maklumlah my emakkan isteri mithali ~_^ Kalau Mak takda, Ngahkan ada ....
Dan sekarang ni bila dah ada anak-anak sendiri, I takdalah bertindak over-over suruh anak-anak berdikari. In fact, yang sebenarnya I dah cuak juga ni bila tengok my anak-anak bujang sakan bergantung hidup pada Mommynya. Kalau Mommy takda, entahlah mereka ni boleh berdikari ke tidak!
Kalau Mommy ada di rumah, masuk bilik air pun takda toleh-toleh ada towel ke tidak. Lepas mandi nanti barulah terseru-seru Mommy minta ambilkan towel. Kalau si kecil tu lagilah pendek akalnya, dia main meluru keluar tanpa towel. Lencun jadinya. Dua, tiga kali kena tempik, takdalah buat lagi tapi dia berdiri ajelah terkebil-kebil mata tunggu Mommy yang diseru datang hantarkan towel.
Itu belum cerita time makan. Semua Mommy sediakan dan hidangkan. Mereka tahu makan aje. Lepas makan, bangun dan tinggalkan meja. Mommylah kalut berkemas sorang-sorang. Pendekata, my anak-anak bujang memang rilekslah kalau di rumah.Tapi I tak salahkan anak-anak juga kerana I patut salahkan diri sendiri. I yang manjakan mereka makanya nak komplen gempak-gempak buat apakan! Padanlah muka ^_^
Takdalah juga I berharap my anak-anak bujang belajar berdikari macam pandai masak nasi ke, gosok pakaian ke atau kemas rumah exactly macam Mommy buat. I takda berangan jauh sangat macam tu tau! I sedar I dah terlambat mengajar mereka berdikari but it doesn't mean I tak boleh lagi melentur sifat mereka.
Contohnya, Si Bubbly Abang tu. Sampai Tahun 3 tau I masih basuh dan kapurkan kasut. Bukan itu aje, pakaian sekolah masih I gosokkan. Buku sekolah masih I kemaskan setiap malam! Walaupun time table dalam Bahasa Mandarin, I usahakan si Abang untuk terjemah supaya I boleh buat another time table dalam bahasa yang I fahami ^_^ Senanglah nak mengemas buku sekolahnya.
I did this sebabnya I nak check buku latihan, homework dan juga kondisi kesemua buku-buku sekolahnya termasuklah isi perut pencil casenya dan segala mak nek dalam beg sekolah tu. Kalau takda lead pencil, Mommy letakkan yang baru. Kalau mechanical pencil dah rosak, Mommy ganti yang baru. Pensil warna kontot, Mommy korekkan kasi tajam. Pendekata senanglah Mommy nak update stok peralatan sekolah sebab semua pun Mommy yang buat!
Bukannya my anak bujang tak pernah cuba basuh kasut tapi bila I tengok kasut yang dibasuh dan dikapurnya, alahai.... sedih! Kalau pakai kasut macam tu pergi sekolah dan dilihat oleh ibubapa yang lain, mesti dok fikir,
Kasihan betul budak ni, emaknya tak reti basuh dan kapur kasut ke? Anak ke berapalah agaknya ni yang emaknya macam tak reti aje jaga anak?
Eh, memanglah tak perlu peduli apa orang kata kerana itu keluarga kita, hidup kita tapi manusia ni kan adakalanya suka nak bangga diri. Kalau orang puji anak, emaknya yang lebih-lebih. Hah, I lah tu ~_^ Baik ngaku daripada berpura-pura decent konon! Hahaha!
Amboi, tajamnya side baju sekolah budak lelaki tu! Siapalah emaknya... Mesti jenis bersih dan teliti orangnya tu... ~_^
Hahaha...siapalah yang tak sukakan kalau orang puji dalam hati jerk gitu, belum face to face lagi @_@ Wajib nak kembang kuncup hidung kalau taukan...
I ni pulak jenis emak yang freaking like crazylah kekdahnya. I nak ajar anak I masak nasi, belum sempat ajar tetiba I dah terfikir,
Alamak! Kalau takda sesiapa di rumah dan dia tinggal sorang, buat dia masak nasi guna rice cooker ni bahayalah! Short circuit ke, mana tau tangan basah tekan punat switch on! Eh, bahaya! Bahaya!
Terus tak jadi ajar ~_^
Begitu jugalah yang terjadi bila I nak ajar anak gosok pakaian sekolah sendiri. Tetiba teringat alahai bahayanya guna seterika kalau dia alone at home.
Sama jugalah nak ajar dia goreng nugget mahu pun drummet kalau-kalau lapar sangat. Main dengan minyak panas, dengan dapur gas... aduhai.... takutnya!
Makanya, tak belajarlah my anak sampai la ni ^_^ Mommynya penakut! Suka negative thinking memanjang! Tanggunglah akibatnya jadi 'amah' sampai anak-anak besar panjang!
Another example yang sempoilah ya... I tolong korek pensil warna anak-anak lepas tu bila tengok pensil warna tu tajam sangat teruslah terfikir,
Alamak! Tajam ni! Bahaya! Bahaya! Buatnya dia main 'pedang-pedang' dengan kawan guna pensil warna ni, lain pulak kang jadi!
Makanya...
I pi 'kontotkan' balik pensil warna yang baru berasah tu supaya tak tajam sangat ~_^
Yeah, I know! Kita dah buat yang termampu seterusnya angkatlah tangan tu berdoa pada Allah semoga segalanya elok-elok sahaja!
Tapi hati emak yang ini, memanglah teruk betul! Takut memanjang....
Bila I baca tentang kawan-kawan yang melepaskan anak-anak untuk berdikari (contoh, pergi belajar di sekolah berasrama, ikut rombongan sekolah, belajar basuh kasut, masak nasi, iron pakaian) ternganga mulut I ni tau! Dalam hati selalu terfikir,
Boleh ke aku buat macam ni?
Anak depan mata pun I jerit macam nak rak bila mereka buat something yang I klasifikasikan sebagai 'bahaya', inikan pulak nak 'melepaskan' tanpa pengawasan dan kawalan ekor mata I ni...
Like yesterday, si Bubbly Abang tertinggal beg sekolah dalam kereta I since last Friday okey! Makanya konon dia nak turun dan ambil beg sekolahnya dalam my car. Disebabkan my car parking di luar, di tepi jalan, di laluan kereta keluar masuk, makanya I pun segera capai tudung nak turun temankannya.
Bila HD tanya kenapa tak biarkan aje si Bubbly Abang pergi ambil sendiri, kan dah besar. I pun segeralah jawab, kereta I macam nilah, macam tulah, padahal yang sebenarnya I bimbangkan keselamatan my anak! Hahaha...
Tapi I pun ada berfikir, kalau I tak 'let it go, let it go.....' (termenyanyi pulak!) bilalah masanya my anak-anak akan belajar berdikari. Sampai bila akan bergantung hidup pada Mommy. Mommy bukan makin muda; makin anak-anak membesar, bermakna makin tualah Mommy ni. Berapa lama kudrat ni dapat bertahan mengawal segala tingkah-laku anak-anak. Kecil-kecil bolehlah, bila mereka dah besar panjang, dah lebih berakal, tak mungkinlah nak bergantung hidup 24-7 dengan Mommy. Kenalah belajar berdikari!
So, starting this year, I mulalah berdikit-dikit mengajar si Bubbly Abang berdikari. Kasut sekolah cuba basuh dan kapur sendiri. Sakit pandangan mata Mommy tengok kerjanya takpalah. Nanti boleh improve. Buku susun sendiri ikut time table. Tak payah translatelah lagi. Lepas makan kena angkat pinggan dan cawan letak dalam sinki. Nak basuh pun boleh. Mommy tutup mata jerk tengok tak bersih. Nanti Mommy cucilah sekali lagi ^_^
Si kecil tu kan I kata rajin tolong lipat pakaian. Bolehlah harapkan untuk lipat spender sendiri dan short pants. Tak kemas pun takpalah, nanti Mommy buat semula bila dia tak nampak ^_^
So, kalau ada kawan-kawan yang sudah lama ajar anak-anak mereka berdikari, I salutelah. I tak sampai hati nak buat begitu tapi at the same time, tak sampai hati kalau mereka tak mampu berdikari bila sampai masanya!
Susah tu ^_^
Macamana cuti tiga hari hujung minggu yang lalu? Seronok mengulit anak-anak

Sebenarnya kita ni hampir sama.. sampaikan my en. hb pulak rimas dengan sikap ai.. Bersih atau tidak belakang kira, yang penting ada usaha dorang untuk buat sendiri.. dalam masa yang sama ai ajar balik macam mana nak bagi bersih atau macam mana nak kemas dengan elok.. walau tak dapat seperti kehendak mata maknya ni tapi sekurang-kurangnya dorang dapat buat sendiri.. ;)
ReplyDeleteMy husband pun sama, selalu komplen kata sayalah punca anak-anak tak pandai berdikari. Yalah, cakap memang senang. Tanggungjawab berat menjaga anak-anak. Asal ada salah silap kat mana, mesti kita ditujunya dulu nak dipersalahkan. Kenalah precautionkan...
DeleteSaya pun dok fikir tak boleh macam ni. Manja, manja juga tapi kenalah sikit-sikit belajar berdikari. Nanti kalau sampai ke besar, kemas bilik sendiri pun tak pandai, nak jadi apakan!
Akak dulu sama macam MD..
ReplyDeleteAsyik takut ajer..
Lepas tu kena sound face to face dgn en suami..
Kalau awak buat semuanya.. sampai bila anak nak pandai..
Ni angkat beg sekolah pun awak nak buat..
Maka semenjak hari itu..
Bermula episod keras hati..
Suruh dorang buat cuci kasut, gosok baju, basuh pinggan, susun jadual dan sewaktunya..
Alhamdulillah.. mereka boleh melakukannya..
Yang agak bahaya tu bila saya ada rumah jer mereka boleh lakukan..
Macam kakak nak goreng telor..
Kena ada saya atau abahnya..
Kalau tidak akak akan beritahu bahayanya ..
Sampai terbuntang2 mata mereka mendengarnya..
Amat takutlah mereka hendak melakukannya..
Macam contoh.. kalau siapa main api gas sekali tu terbakar semua..
Pastu dibuat korang tak sempat utk menyelamatkan diri.. maka mati rentung lah dalam rumah macam korang tengok dalam tv tu.. hendak tak jadi macam tu.. hahaha macam mana tak terbuntang-buntang mata dorang mendengar macam mana bahayanya dari cerita mamanya ini ~__^
Memang saya ni penakut sangat, CH. Kalau pergi taman permainan, nak lepaskan anak-anak panjat itu ini pun sayalah yang paling sibuk jadi bodyguard kat tepi. Takut apa-apa berlaku. Itu, ini saya bebelkan. Suami saya marahlah. Katanya sikap saya ni buat anak-anak tak lepas bebas, tak berani nak menghadapi apa pun nanti! Anak-anak jadi takut dengan orang katanya dan anti-sosial. Yalah, yalah, semua pun sayalah yang salah!
DeleteHahaha...saya takdalah takut-takutkan anak-anak macam tu tapi saya yang selalu terfikir bukan-bukan dalam hati. Pernah sekali masa 6 tahun cikgu Smart Reader bawa abang dan rakan-rakannya naik bas ke hotel Summit USJ untuk buat berlatih buat persembahan. Saya tak tahu menahu pun! Bila abang balik dan bercerita, anginnya saya!
zaman sekarang tak boleh nak compare ngan zaman dulu lagi dah..jauh sangat bezanya..nak kate manjakan anak pon tak jugak.. kita yang tak yakin..
ReplyDeletezee kekecik memang berdikari sendiri MD..maklom la umur 8taon family divorce..memang terpaksa berdikari..hidup pon tak menentu..kejap orang tu jaga, kejap orang ni jaga tapi family member jugak ler..
Jauh berbeza dulu dan sekarang. Rasanya makbapak dulu-dulu pun takdalah susah hati mana mengenangkan anak-anak tak macam zaman sekarang ni. Nak lepaskan sekejap pun terasa berat. Tapi dalam bab berdikari ni, kalau tak diajar langsung pun susah jugakan, Zee.
DeleteBaguslah macam tu.Sekurang-kurangnya ada pengalaman dan tahu apa maknanya bila kena berdikari tapi seriuskan, nak dibuat perkara yang sama pada anak-anak pula memang rasa macam tak boleh!
hmm boleh tiru cara nurhayati tu MD tapi sebenarnya anak2 juga belajar berdikari perlahan-lahan drpd pemerhatian mrk terhadap apa yg ibubapa mrk lakukan demi mrk tanpa kita sedari...sikap protective trhadap anak2 mmg patut demi keselamatan anak2 bagus sgt tu...maklum la ni kalau kita xbegitu ambil berat tntg tu mudah saja perkara yg diingini berlaku..
ReplyDeleteHarapnya kuatlah semangat ni nak mengajar anak-anak berdikari, kak. Saya ni memang penakut ya amat. Manjakan anak-anak pun ya juga kot. Jadi teramat protective pulak sampai itu tak boleh, ini tak boleh. Saya nak hantar anak pergi kem 2,3 hari, saya yang bimbang saya tak sanggup berpisah dengan anak. Punyalahkan...
DeleteKak Ton, kekadangkan, mak rasa, mak ni gagal mendidik anak anak. Kadang tu bila baca blog orang, anak dia org pandai buat kerja rumah ke, berdikari ke, rasa cemburu pun ada.
ReplyDeleteSama je... anak anak mak dulu pun mak yg basuhkan kasut sampailah ke beso. Mungkin sebab dulu mak ada maid, tu yg diaorg tak pandai berdikari. Dah terbiasa dari kecik kot. Silap mak jugak kat situ. Nak buat camne.Tp kalau banding kakak abg dia, si TLBD lebih berdikari kot..
Elok jugak tu... ajar ajar bubbly abg sementara dia masih kecik lagi, sekurang kurangnya dia belajar. Tak payahlah nak risau sangat sampai terover dose kak Ton...hihi...
Betul, Mak. Tengok orang lain macam takda masalah aje nak 'melepaskan' anak-anak tapi saya ni aduhai, banyak betul fikirnya. Anak-anak saya, nak jalan jauh naik kereta dengan my kakak pun saya tak benarkan tau tanpa saya! Saya pernah baca satu blogger famous ni, anak-anaknya travel sampai Kelantan ikut adiknya beraya. Okey aje nampaknya. Kalau sayalah, tentu dah meroyan sampai nak pitam-pitam rasanya fikirkan anak-anak yang takda depan mata!
DeleteSaya tak suka kerja imperfect ni sebab itulah lambat sungguh nak suruh si abang tu belajar berdikari. Tapi bila fikir-fikir balik, tak bolehlah macam ni. Parah nanti kalau sampai ke besar tak belajar berdikarikan!
Mak pun kurang gemar anak anak ikut sedara mara sampai jauh perjalanan cenggitu, risau, takut apa apa terjadi... Tp yg bagusnya anak anak mak pun jenis yg tak mau mengikut ...
DeleteAnak-anak saya kalau mak saudara/pak saudara mengajak, nak aje ikut apatah lagi kalau jalan-jalan makan angin tapi jangan haraplah dapat izin daripada Mommynya. Memang tak merasalah. Pernah sekali bermasalah takda siapa nak jaga Adik Cute sebab Ngah nak balik kampung lama sikit, sanggup saya bergilir dengan HD take turn jaga anak. Ngah nak bawa balik tinggal dengannya di kampung memang tidaklah saya benarkan!
DeleteAnak2 saya expose pada benda2 simple mcm susun kasut/selipar, angkat pinggan kotor dan letak dlm sinki, simpan mainan dlm tempatnya selepas main, buang sampah dlm tong sampah, basuh kasut, siram pokok bunga, lipat kain, vacuum, mop lantai, tolong kerja2 di dapur macam potong sayur, kacau2 lauk, hidang makanan, sediakan meja utk mkn, dan mcm2 lagi atas permintaan mereka sendiri.
ReplyDeleteBila mereka tengok saya buat, dan nak cuba, saya benarkan atas tiket pembelajaran baru buat mereka... saya tak pernah suruh sebab saya pun macam MD, sangat berfikiran negatif takut datangkan bahaya. Mana yang agak bahaya, saya make sure akan pantau.
Tapi anak2kan, mereka ada satu sifat ingin tahu yang sangat mendalam... bila kita tak kasi buat, mereka akan buat dalam diam... so itu lagi bahaya... huhuhuhh sebab tu bila anak2 ckp nak cuba, saya akan bg mereka cuba... walaupun outcomenya tidak seperti yg kita nak... saya ajar diri utk sabar, sbb benda baru pada mereka mmg akan banyak kekurangan.
Menariknyakan, makin lama... mereka akan faham dan cuba buat seperti yang kita buat. Lama2 kualiti kerja mereka pun makin capai standard kita...
Tu la cara saya... tak suruh, tapi atas permintaan anak2 yg nak belajar, baru saya ajar...
Anak-anak saya memang manja, Nora. Lepas tu saya pun takdalah menyuruh sangat. Itu yang jadi macam ni. Tapi setakat nak susun kasut, kemas mainan lepas main, bolehlah diharap. Cuma nak buat benda yang kita rasa gempak macam buat air sendiri, masak nasi ke, goreng telur ke, basuh baju dalam mesin basuh ke, yang itu memang tidaklah mereka pandai lagi kerana tak diajar. Jadinya nak salahkan mereka pun tak boleh juga sebab saya sebagai emak pun tak ajarkan. Takpalah, ni mereka dah besar bolehlah slow-slow ajar. Memang kena pejam mata ajelah tengok mereka buat kerja. Kalau nak ikut gaya kita, memanglah tak sempurnakan!
DeleteBetul... betul... setuju... tak pe lah... ajar sikit2... nanti smpi masa mereka tahu juga kan?! Hehe
DeleteHarapnya pun begitu. Slow-slow ajar. Kalau semua nak suruh mereka buat, kasihan pulak rasanya. Sementara ada Mommy, biarlah Mommy buat semuanya ^_^
DeleteTakpe dik slow2 anak2 ko kire kekecik je lagi...masih bole di bentuk..cuma perlukan lebih kesabaran jelah dulu...bebudak lelakikan kalau bab2 camgitu ape la diorang heran...tapi lama2 mesti ok punye la...mulakan daei sekarang sok2 dah beso sikit mesti kebanyakan benda diorang dah bole buat sendiri...kipidap hokey...dongibab
ReplyDeleteHarapnya mereka tak terus lekalah daripada membuat kerjarumah ^_^ Susah masa depan gegirl yang jadi pasangan nanti. Hahaha!
DeleteTengok! Mommy mereka ni memang berfikiran jauh tau! Nak suruh mereka berdikari supaya tak menyusahkan pasangan suatu masa nanti. Chewwah!
Sama lah dengan saya pun MD...
ReplyDeleteKadang2 rasa bersalah bila tak ajar anak2 berdikari...
Tapi itu lah, rasa takut jer yg lebih2...
Ada juga Irfan kata, Can I help you wash the laundary?
Pasti saya jawab no.
Tanya dia lagi, "Can I iron my own shirt?"
No jugak jawapannya....
Haih, bila fikir balik rasa mcm tak patut jer halang dia nak buat benda baik ni...
Tapi dari sudut yg lain, rasa belum bersedia lagi nak suruh dia tolong buat kerja2 mcm tu...
Tapi kalau setakat kemas bilik, sapu lantai tu dah boleh harap pun.
Hehehe, tak pe la kan.. at least, bukan saya jer yg mcm tu... (hahaha, ayat back up diri sendiri :p)
Hah, nampaknya kita tak bersendirianlah, Nur! Macam takutkan nak suruh mereka berdikari. Dalam certain aspectslah... Tapi kalau tak disuruh pun, susah juga akan datang. Anak saya yang kecil tu pun rajin. Kalau disuruh mesti nak buat tapi saya tak suruh. Si abangnya pun sama. Adakalanya lepas makan dia basuh pinggan tapi saya ni mulut kecoh. Tak bersihlah, itulah, inilah. Senangnya mereka lepas makan, bangun aje tinggalkan. Padanlah muka saya pulak!
Deletezaman skrg tak mcm zaman dulu kak. kita zaman dulu keluar main2 kat depan rumah or jauh skit pun mak pak tak kisah. zaman skrg bahaya, dlm rumah pun org boleh rompak, apa lagi kt luar. mcm2 hal skrg ni...
ReplyDeletesemoga kita di jauhkan dari perkara2 yg tidak elok.
Betul tu, Lyn. Dulu makpak pun takdalah seriau mana kalau anak-anak nak jalan sampai hujung kampung. Jaranglah dengar kena cekup ke, kena itu ke, kena ini ke, kan! Zaman sekarang ni dalam rumah pun orang boleh dera sampai mati, kidnap dan macam-macam lagilah! Siksa jiwa makpak zaman sekarang ni nak melepaskan anak-anak sendirian tau!
DeleteHihihi gelak baca pasal kisah basuh dan kapur kasut tu MD. adik ad dulu darjah dua LM cucikan lagi kot? Lupa dah, pastu dia darjah tiga dh pki kasut hitam, dia pulak jenis join sama klu akk cuci kasut, tu yg dia basuh sendiri tu. kakak pulak masa tu dia teruja bab cuci kasut sebab masa kat doha dulu budak2 ni pakai kasut kulit hitam tu. mmg tak berbasuh tiap mgu pun. Haha.,
ReplyDeleteAcha dh darjah dua ni pun LM cuciikan lagi. X senonoh rupa kasut klu dia yg cuci. Mcm x berbasuh je. Klu kalur bertepek2. Sakit ooo mata LM nengoknya. Baik la mak dia ni kapur kan, tgk pun menyampah, takut cikgu lak tak suka ank den sbb selekeh nnt. Ahaha
Bab baju LM yg gosokkan. Jarang sgt ank gosok sendiri walau dia reti kecuali zaman LM mabuk peknen baby ariz dulu. Dorang gosok lambat sgt, bazir letrik bazir masa. Baik ummi buat! Ank2 blh buat keje lain klu ummi buat benda tu. tak berapa rapi hasil kerja adik ad klu dia yg gosok. Sakit mata LM tgk.
Ada org kata ajar ank lipat baju. Walau lipatan LM ni tak cantik tetap xmo ank buat sebab sakit mata tgk tak kemas, maknanya lipatan mereka lg x senonoh dr ummi buat. Makanya smpi skrg tugas lipat baju ummi sorang yg layak buat. Duk bebel keje melambak tp bila laki nk tlg lipat cepat2 halau sbb dia lipat lain sgt ngan cara kita. Ank2 lipat lg lah kita kirai balik.. Ahaha sama cam MD la kirai balik org dh tlg lipatkan kain ye tak? Cuma bab yg mudah cam buang sampah.. Sidai baju.. Tu blh la LM mintak tlg adik ad buat. Ops kain tu yg dh siap LM hanger dari dlm umah. Dia sangkut je. Bkn beriya dia sidai sendiri dari A-Z. Ank2 byk keje sek.. Nk ajar berdikari smpi goreng telur bagai tu tak la kot? Bab main minyak mmg LM larang keras. Masak megi pun tak izinkan walau maisarah. Mmg LM tgu dia siap cedok br tinggalkan. Bahaya benda panas klu tumpah mau2 melecuh satu bdn,manjakan anak? Terpulang la apa org nk kata. Yg penting kita tau apa kemampuan ank kita. Tgu dh tinggi dh cukup besar bkn takat telur..goreng la kambing ke rusa ke .. Ahaha
Betul tu, LM. Saya bab melipat pakaian ni memang tak suka orang lain buat. Memang saya selongkar balik dan lipat. Suami saya selalu komplen kalau saya mengeluh. Katanya saya sendiri yang 'cari susah'. Orang nak tolong tapi banyak komplen macamlah perfect sangat kerjanya. Duh!
DeleteSaya pun tak beranilah. Tapi pernah suatu hari saya tengok microwave ada orang gunakan. Saya tanyalah, rupa-rupanya si Abang masak maggi. Saya pun marahlah. Dia kata Daddy ada di rumah masa tu dan Daddy yang benarkan. Daddy tunjuk ajar lagi macamana nak buat maggi guna microwave. Bila saya tanya Daddy tengok tak masa dia buat tu? Katanya tidak! Aduh, menyerap darah saya! Nak marah Daddy of courselah tak bolehkan. Jadi marah anak ajelah. Lain kali jangan buat lagi!
takpelah kak, slow2 insyaAllah depa akan berdikari juga nanti
ReplyDeleteKalau boleh memang nak mereka pandai berdikari tapi buat masa ni terasa anak-anak masih 'kecil' lagi di mata saya ni tau ^_^ Itu yang tak berani menyuruh buat tasks yang saya rasakan masih bahaya pada tahap umur mereka!
DeleteinsyaAllah ok tu kak, insyaAllah anak2 kak boleh berdikari lepas ni
ReplyDeleteHarapnyalahkan, Anah! Kalau nak pandai kenalah berdikari. Kalau tak diajar langsung, janganlah expect yang bukan-bukan pulak daripada anak-anak ^_^
Delete