Wednesday, January 13, 2016

Bila orang buat boleh, bila kita buat TAK BOLEH pulak!

Salam 3 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Akhirnya sampai juga hari Rabu tapi minta maaflah ya, mood nak buat Wordless Wednesday langsung tak timbul! Sepanjang jalan ke tempat kerja dok fikir nak taip entri panjang berjela tanpa gambar! Ahah, jangan main-main dengan akak punya skil meroyan dalam blog! Memang havoc!

Apanya yang orang buat boleh, kita buat tetiba tak bolehnya, MD? - tanya kawan-kawan (Errk...skemanya ayat PT3! Padanlah tak dapat masuk dewan exam tahun lepas!)

Ni nak tanya dari mulut ke hati, fikir elok-eloklah ya sambil baca entri ni ~_^ Pernah ke tidak melalui pengalaman yang kita selalu nampak orang buat something yang tak betul tapi selamba aje macam semua orang sekeliling tak kisah tapi bila kita buat, aduhai... sakit telinga dan mata ni tengok reaksi orang sekeliling? (Eleh, macam brefie tulah... keh3x! Errrk, betul ke kata gabungan breasfeeding and selfie jadi brefie? Ah kak ni buta media sosial, Dik Non!) 

Mehlah nak bagi contoh paling sempoi ~_^

Bila mak-mak hantar anak ke sekolah, biasalah tu pesanan penajanya memang banyak. Itu, ini nak dipesannya. Tak pastilah pulak anak tu betul-betul mendengar ke tidak sebab pepagi macam tukan, malas betul nak dengar mak depa membebel pantang-larang dalam hidup ni!

So, tau ajelah bila masing-masing hantar anak kesayangan ke sekolah pada waktu yang lebih kurang sama. Boleh jadi jem. Ada yang sibuk nak keluar kereta, angkat beg, letak kat bahu anak. Nak kiss and hug anak. Lepas tu nak tengok anak catwalk lagi masuk kawasan sekolah. Nak babai, babai lagi... Kalau sepuluh makpak buat perkara yang sama depan pintu pagar sekolah, wajiblah jem depan sekolah tukan...

Kak Ton pun tak terkecuali sebenarnya ~_^ Sebaik aje masuk jalan ke sekolah Bubbly Abang, mulalah pesanan penajanya yang berkoyan-koyan. Belajar rajin-rajin sampai dapat pi aerospace. Nanti dah besar bolehlah jadi ATM machine Mommy ~_^

Jangan tunggu Daddy kat depan situ, tunggu kat dalam kawasan pagar sekolah. Kalau stranger sentuh sikit aje badan, jerit sekuat hati panggil MommyDaddy sampai semua orang dengar. Kalau ada orang lain nak ambil jangan ikut, MommyDaddy takda authorize sesiapa kecuali kami berdua aje yang akan terpacak mengambilnya di sekolah.  Dengar betul-betul apa laoshi ajar, jangan bawa balik ajaran sesat! Ishhh...macam-macamlah pesanan Mommynya ni. Pitam si Bubbly Abang kalau nak dengar semua, setiap pagi ^_^

Dalam pada queue nak berhenti kereta di depan pintu pagar tu, mestilah nak cium tangan Mommy. Nak kiss pipi Mommy. Lepas tu Mommy pulak nak kiss pipi kiri, pipi kanan, dahi, dagu dan hidung. Lepas tu nak hug lagi tanda sayang .... 

Sebaik sampai depan pintu pagar, nak unlocked pintu kereta. Nak pesan anak tengok kiri-kanan, depan-belakang kot ada motor ke, ada kereta ke nak jalan. Lepas tu nak tengok tak berkelip mata sampai anak betul-betul kaki dah jejak masuk dalam pintu pagar sekolah. Barulah lega nak start kereta dan jalan!

By the time kita buat semua tu, dah tentu-tentu kereta belakang pun dah makin banyak tunggu turn nak turunkan anak. Pak Guard pun dah kering air liur dok tiup wisel suruh jalan cepat sikit tapi makpak biasanya buat selamba aje sambil dalam hati berkata,

Ehhh...Pakcik Guard ni! Kalau anak hilang tak masuk kawasan sekolah, siapa nak bertanggungjawab? Mesti Pak Guard ni tak pernah hantar anak pi sekolah tau!

Marah oi, kalau orang tegur ^_^

Makpak yang lain pun nak buat perkara yang sama juga. Maklumlah bukan kita aje yang sayang anak, depa pun sayang juga anak depakan! No argue-arguelah this bab, okey! Kena toleransi. 

Hang buat kat anak hang boleh, apsal aku nak buat kat anak aku tak boleh pulak? - kata Nyonya Meneer dalam kereta belakang!

Ya tak ya jugakan... ~_^  

Tapi itulah... kita selalu nampak orang buat tapi bila kita yang buat, bertalu-talu makpak lain hon kereta suruh cepat. Ada juga yang nak kena seligi ni tau! Pak Guard pun sama, bukan main melambai-lambai tangan sambil tiup wisel sampai sesak nafas suruh kita beredar secepat mungkin! 

Ini yang nak marah ni!

Apahal orang lain rileks aje buat perkara yang sama tapi bila kita sesekali buat, bukan main alahai macam-macam bunyi kedengaran! Nasib baik tak dengar kata-kata cacian dalam hati depa tu!

Okeylah, lupakan situasi tu! Marilah kita ke situasi yang seterusnya. Jangan bimbang, dua situasi aje ah kak bagi, kalau tidak, pukul berapa entri ni nak siap Dik Non....

Pagi-pagi Kak Jah bangun terbeliak mata sebab teringatkan pakaian kotor berbakul-bakul tak cuci lepas balik holiday. Holidaynya dah over minggu lepas tapi pagi ni aje baru teringat ^_^ Kak Jah pun menononglah ke dapur nak basuh pakaian. Dah pilih-pilih pakaian, campak baling dalam mesin basuh, letak sabun dan softener, tetttt.... tekanlah punat 'Start' kat mesin basuh tukan!

Tiba-tiba mesin tak gerak pun. Statik aje takda bunyi air masuk, takda bunyi nak mula beroperasi. Kak Jah pun tekan, tekan lagi. Belek-belek mana patut. Eh, tetap takda apa-apa berlaku. Kak Jah naik angin, ditendangnya mesin basuh berkali-kali (Errr... macam sama aje cerita ni dalam blog sapa tu ekkkkk ^_^ Tapi takpa 'Kak Jah' yang itu sporting orangnya. Boleh bertepuk bertampar sampai guling-guling kat lantai kalau jumpa. Maklumlah Kak Jah peramah ^_^) 

Kak Jah pun apalagi, pakai instant shawl, ambil kunci kereta dan kepit dompet nak pergi kedai elektrik Ah Seng - tempat Kak Jah bergurau senda, merayu-rayu menawar kalau nak beli barangan elektrik (nasib baik isteri Ah Seng sporting bab-bab macam ni...)  Tak tahan rasanya nak gila kalau tak dapat basuh pakaian kotor tu by today! Memang tak lelap tidur malam ni! Kang tak pasal-pasal Kak Jah termimpi jadi owner kedai laundry tengah potong reben untuk opening ceremony!

Masalahnya lokasi kedai Ah Seng ni susah nak cari parking. Semua kedai ohsem ada sederet dengan kedai Ah Seng - kedai bunga Mawar, kedai jahitan MayaKaran, kedai jamu Ibu Ganteng, kedai urut 30-minit-percuma-sesi-beramah-mesra, restoran 24 jam Nasi Kandar Meletup, 7-11 dan macam-macam lagilah. Makanya memang susah nak parking oiii....

Kereta pulak memang diparked kiri kanan jalan. Kalau dah rasa terror jadi pemandu, mereka double parking jerk! Maka Kak Jah pun terpaksalah ikut trend masa kini; Kak Jah pun double parkinglah mini coopernya yang comel mana dapat! Gigil dah tangan ni nak beli mesin basuh baru!

Tapi kalau Kak Jah ikut trend terkini, ada 3 kemungkinanlah yang akan terjadi :

1. Tiba-tiba ada pemandu F1 hon bertalu-talu suruh Kak Jah alihkan kereta. Dia nak keluar tak dapat sebab kereta Kak Jah menghalang jalan. Kalau Kak Jah buat derk, berkoyanlah kena hamun dalam hati dek pemandu tadi. Member dah sakit perut lepas makan kat Restoran Nasi Kandar Meletup. Memang Kak Jah saja-saja cari pasallah!

Kak Jah yang tengah sibuk bargain merayu memujuk dengan Ah Seng tadi tentang harga kasih sayang mesin basuh baru, terpaksalah menangguhkan pujuk rayu. Pergilah alihkan dulu kereta tu Kak Jah oi. Kang tak pasal-pasal kena simbah cat merah pulak! Zaman sekarang jangan main-main. Nothing is impossible kalau dah marah. 

Yang buat Kak Jah bengang, depan Kak Jah tu rileks aje satu pemandu ni double parked keretanya sambil  sebelah tangan keluar sikit kat cermin kereta. Berkepul-kepul asap rokok yang disedutnya. Main jeling-jeling kat mirror jerk dok gelakkan Kak Jah. 

Sakit tak hati? 

Sakitkan kalau kita aje yang kena tapi orang lain yang buat perkara yang sama, rileks aje ^_^

2. Masa Kak Jah terniat nak double park, masa itulah pihak penguatkuasa sibuk nak menjalankan rutin denda-mendendanya. Sibuk betul nak tinggalkan love note kat wiper kereta! Kalau Kak Jah tak buat, takdalah pulak kita nampak depa sibuk bekerjakan. Ahah, nasib memang selalu tak menyebelahilah Kak Jah nampak gayanya tu ... ~_^

3. Disebabkan jalan sempit, tetiba aje ada satu pemandu 'P' ni yang baru dapat lesen kelmarin dan baru bawa kereta semalam lalu dan terlanggarlah mini cooper Kak Jah ... Orang lain double park ikut suka hati aje, letak tangan bertatu kat tepi tingkap bajet tak putuslah kena langgar dek kereta yang lalu-lalang, dan surprisingly, takda apa pun yang berlaku. Ni hah, Kak Jah yang baru first time ikut trend katanya, tetiba aje kemik pintu kereta kesayangan dek pemandu 'P' tadi! 

Harunya alahai rasa dalam hati.... Nak salahkan siapa? Kak Jah sendiri yang pilih parking itukan... Kak Jah menangis dalam hati ajelah yerk. Lagi pun petang nanti mesin basuh baru sampai, apalah susah sangat. Tentu hilang rasa sedih tengok kereta comel dah kemik pintu sebelah...

Apa motifnya I menaip 'kemerapuan teragung' pagi ni?

Sebabnya contoh-contoh di atas tu bukan setakat boleh berlaku pada Kak Jah aje, Kak Ton pun pernah kena tau! Maklumlah Kak Ton ni kan perempuan Melayu terakhir, selalu aje diuji dengan ujian remeh-temeh begini. Itu tandanya Allah nak mengukur betapa tinggi level kesabaran Kak Ton dalam hiduplah tu.... ~_^ 

Mulakan hari dengan senyuman, takmo marah-marah selalu yerk ^_^ (Tetiba jerk...apa ingat advertisement tivi ke apa ni? ^_^) 

         

     

     


26 comments:

  1. Hadoiiii...macam2 masalah bertimpa2...kalau kena sekaligus, mahu pecah kepala...

    Semua yang terjadi kadangkala kerana ego manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita buat, kita tak nampak salah. Tapi kalau orang buat, mulalah kita rasa macam apa aje. Tapikan kak selalu berlaku tau, kalau kita tak pernah buat dan tetiba buat ikut orang, memanglah kita kena. Orang yang selalu buat tu takda pulak apa-apa masalah menimpa!

      Delete
  2. Hi! MD. Lama tak terjah sini. Mood swing gittew.

    Macam2 kisah yerp. Biasalah tu klo dah hantar anak gi skolah. Tak sah kalau tak bagi pesanan penaja panjang berjela. Tak lupa juga kiss2 & hug2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Fiza! Samalah kita. I bukannya mood swing tapi entah kenapa masa tu tak mencukupi pulak! Asyik berangan aje ^_^

      Biasalahkan mak-mak dengan anak-anak. Kalau takda pesanan penaja, macam tak sempurna aje hari!

      Delete
  3. Amboi panjang nya kak. Mcm mcm jadi ye.
    Sama la kita meroyan dalam blog je mampu.. Haha yg penting lega lepas meluah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni Aina kalau menaip entri tak pernah pendek. Silalah percaya. Kalau tak percaya juga, pi lah cari bukti kalau rajin. Hahaha!

      Akak suka meroyan dalam blog ni. Dalam alam nyata pun kadang-kala meroyan juga tapi pilih 'bulu'lah. Yang esklusif jerk dapat menyaksikan akak meroyan tak ingat dunia. Hehehe!

      Delete
  4. Memang biasa lah tu...kita tengok ragam orang...bila masa kita buat ragam orang tengok n mengumpat kita pulak... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan, Bunda. Bila kita buat, semua menuding jari, mengomel-ngomel mulut marahkan kita. Tapi bila orang buat, kita rasa macam takda siapa pulak yang marah! Serius geram!

      Delete
  5. macam2 ragam sekarang ni, semoga urusan sis dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu. Kalau kita yang tak pernah buat, buat sesuatu, ramai betul yang nampak. Orang yang dah biasa buat, takda siapa pun peduli ^_^

      Delete
  6. hahah.betul sangat..kita buat kita rasa "biasa la.."..orang buat kita kata "kuang ajaq betoi.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Itu yang buat rasa nak marah aje. Kalau kita tak pernah buat sesuatu perkara, cubalah buat sekali. Ada aje masalahnya. Tapi kalau dah biasa, takda siapa peduli pun!

      Delete
  7. Ko kijam...ko kijam dik...nape ko tendang dia...hahaha...ok..ok...sabo...tarik napas hembus...tarik...hembussass...akak yg baca ni pon dpt rase betapa bergelodak perasaan ko tu...sebab...sebab...hakak pon penah gak kene kes2 cam gini...contoh terdekat ada sekali tu cik boss curik ayam atas jalan...takde ape2 pon dia pon memandu dgn gembira...pastu akak pon buat la pekara yg sama di jalan yg sama...dan2 ada pulak pakcik polis tunggu kat depan...maka hari tu akak pon menerima surat saman yg petama sepanjang menjadi pemegang lesen ni...hukhikhuk...menci ar...kenapa dunia ni tak adil....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang kejam sebenarnya? Siapa yang mula-mula mendera 'orang gaji'? Ahah, saya ikutkan aje perangai oghang ^_^ Hahaha!

      Hahaha.... nak padankan muka tak sampai hati pulak! Takpalah kita gelakkan dalam diam ajelah! Bukan dia nampak pun! Hahahaha! (tinggi sikit pitching gelak hari ni..)

      Walaupun saya ni kuat verangan masa memandu, belum pernah saya dapat surat cinta dari pak polisi tau. Hebatkan saya ni ^_^

      Delete
  8. Apa yg Kak Ton bebelkan ni sebenarnya? Kan mak dah pening dah ni nak komen. Kalaulah dapat tengok, sure banyak wire berselirat dlm otak mak ni tau, maklumlah otak dah hampir kilauan hihi.

    Kalau sekolah menengah, mmg le tak de mak yg gomol gomol anak masa nak htr tu. Kalau nak mengiring anak sampai pagar, silalah parking kat tepi jalan kalau tak mmg kena hon. Mcm mak ni salam ngan cium pipi cepat cepat jer Kak Ton sebelum depa nak turun keta tu Tu pun bersalam sambil drive. Kiranya tak kacau keta belakanglah....
    Sekolah rendah lain kot, maklumlah anak anak semuanya lum baligh hihi...

    Psst....jiran Kak Ton yg mana satu ni Kak Jah?

    Nasib tak baiklah tu Kak Ton namanya, sabor jerlah. Alah...senang cerita kasi chance aje le kat orang lain bagi pahala free kat kita. Walaupun pahala dah banyak katanya hihi...





    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni, apa ni! Potong stim betul tau! Penat Kak Ton mengarang entri abad ini, dia pun buat tak faham pulak! Ngengadalah tu. Siapa suruh dok bertapa lama sangat sampai tak faham bahasa seorang penulis novel ni? Err, Mak! Kalau kita buat novel, orang pertama yang kena beli Maklah tau! Jangan lari-lari!Hahaha!

      Yalah, anak-anak Mak dah besar panjang. Dahlah katanya Mak awet muda. Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau Mak gomol SA dalam kereta di pagi buta. Buat orang salah anggap aje, Mak oi. Nanti dikatanya Mak gomol anak ikan. Hahaha!

      Kak Jah tu siapa lagi, Mak... Tak akanlah Mak tak ingat dia cerita pasal orang gajinya yang kena tendang keluar rumah baru-baru ni. Kak Jah yang itulah, siapa lagi. Tu dia komen dia di atas komen Mak. Keh3x.

      Delete
  9. Laaaa .....Kak Mel ek....hihi...
    Lambat pickupppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita gelak sama kita ajelah ya, Mak. Cuma kita-kita aje yang faham perangai tak senonoh masing-masing ni. Suka sangat gelakkan orang ^_^

      Delete
  10. hehe.. penah jgk kene mcm tu..
    org lain blh buat, tp kita xblh plak..
    tp situasi x sama..

    mungkin org yg da biasa buat tu, dia da x heran kot kene marah atau apa.. kita yg baru 1st time ni je rasa mcm salah.. hehe..
    apa2 pun, itu la kan dugaan hidup.. kene banyak bersabar..

    biasa la kalau mak htr ank ke sekolah, bnyk pesanan penajanya..
    skg ni ira x htr aimy pegi tadika, ayah dia yg hantar.. kalau dulu masa ira hantar, siap sampai depan pintu kelas. hehehe.. sbb pk nnt lmbt sampai ofis, tu yg sampai depan pintu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Itu yang buat sakit hati. Orang buat rileks aje tapi bila kita sesekali nak buat, banyak pulak yang mencemik muka! Geram!

      Betul tu, Ira. Yang dah biasa, tak menjadi kudis dah. Yang tak biasa ni janganlah cuba-cuba nak buat, dah tentu kena!

      Emak-emak mana boleh lari dari pesanan penaja. Kalau takda pesanan, tak lengkap dunia mak-mak, kan ^_^

      Delete
  11. mimpilah kalau MD tu nak buat wordless
    buat entry pun dah cam novel 700 pages
    demam nak habiskan baca...haha

    ni kejab kak ton, kejab kak jah,
    pastu kang datang sawan lain, MD plak
    cer fokus satu nama aje...jadilah macam yana
    sambil kedua tangan diletakkan atas bahu
    nampak tak? nampak tak? haha...gaya diva gitu...haha

    eh samalah persoalan kita
    orang lain buat boleh, asal kita aje...cam2 hal
    wei mana...P jangan sebut ye
    bulan 6 nanti baru dapat lesen penuh
    tapi saya sangat berhemah tau, paling laju bawa 40 aje
    orang belakang hangin aje...tapi saya pemandu berhemah
    saya sayang nyawa saya dan orang keliling
    yana prihatin dan baik, jadilah macam yana...haha

    MD! mesin basuh kat rumah pun rosak ni
    tak nak tolong belikan ke?
    nak yang auto, kalau dapat hak dry cleaning lagi bagus =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan, YY! Mimpi adakalanya boleh jadi kenyataan! Saya ni bukan apa, saya tak mahulah kawan-kawan urut dada bila masuk sini tengok takda tulisan merapu. Gambar jerk! Urut dada masing-masing nanti kata pulak saya buang tabiat! Hehehe!

      Eh, mana boleh! Takkan saya nak conquer semua! Dahlah saya penulis novelnya, penulis skripnya, pelakon utama lelaki/perempuan/kanak-kanak/makcik/pakcik terbabit dalam drama, pengarah lagi, penerbit lagi. Nampak sangatlah saya ni gila kuasakan. Sebab itulah diwujudkan watak KakJah yang diilhamkan dari cerita rakan blogger yang berhati waja menendang 'orang gaji' sampai dihalau keluar ^_^ Kak Jah tu of course bukan saya tau!

      Eleh, ada orang dah tamat pun percubaan dua tahun tu tapi taknak tanggalkan 'P'. Sayang konon! Awak memang belum habis percubaan lagi ke, YY? Ni yang kalau saya nampak saya nak main hon 18kali sepanjang jalan dan tunda aje kereta dia... Kereta awak kaler apa, apa no. plate? Habaqlah sikit ^_^

      Oh, please nak ber'Yana-Yana' pulak! Tetiba rasa makan tengahari ni tak sedap!

      Pi lah cari mesin basuh baru siap dengan dryer sekali. Cakap kat Ah Seng nak hutang 12 bulan! Hujung tahun depan saya langsaikan. Kah3x.

      Delete
  12. alahaiiii sesak dada baca entry akak yg pjg berjela ni. tapi klu tak pjg bkn MD lah gamaknya.. hahahha

    eh, mmg klu org buat salah saja nampaknya. tapi klu sendiri yg buat, dlm hati tu ada rasa serba salah, cth mcm double park. tgk org selamba jer buat double park, tpi diri sendiri sanggup cari parking kosong. tu Lyn lah yer. tak suka org honk berkali2. rimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak panjang bukan entri akaklah, Lyn. Itu memang trademarkkan ^_^ Kadang-kala tu nak jugalah tulis pendek-pendek tapi sekali jari jemari dah kat keyboard, memang takda tanda nak berhenti menaip, Lyn ^_^

      Itulah, bila orang buat kita tengok macam takda kesalahan aje. Semua orang pun tak dok sibuk memekak. Tapi bila kita buat, tetiba aje semua orang kata salah! Nyampah!

      Delete
  13. Kite paling tak suka hantar anak ke sekolah, masa tu ada yang sibuk nak parking depan pagar sekolah. Parkinglah jauh sikit, lepas turun hantarlah anak tu. Kesian dekat orang belakang beratur panjang.
    Pasal kereta kena langgar.. huhuhu.. baru jadi kat kite kelmarin.. kita langgar belakang kereta orang wak.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nasiblah anak awak tak sama sekolah dengan anak kita. Kalau awak membontoti kereta kita, memang kena bertabahlah. Tapi sekurang-kurangnya saya ni prihatin juga tau. Takdalah nak berlama-lama pastu lenggang-lenggang menguruskan anak depan pagar sekolah tu. Kita pun tau orang lain pun nak hantar anak juga dan nak cepat! Masing-masing mengejar masa. Tapi sesetengah orang memang tak reti bahasa tau. Buat tak tahu aje!

      Ada baca tentang tu. Semoga dah dapat selesai dengan baik kes awak tu ya!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...