Jerawat

Salam 8 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Aha, jangan bimbang tak cukup panjang entri hari ni ya ^_^ Sebabnya I dah bercadang-cadang nak menaip entri aje hari ni. Hahaha! 

Nasiblah ada kawan-kawan yang sudi baca atau tidak! Apa yang penting, I boleh menaip sesuka hati dalam my blog ni! Syok sendiri pun takpalah, janji hati gembira, riang-ria selalu makanya barulah awet muda macam jiran sebelah ah kak ^_^ (Perasanlah tu! Perasanlah tu! Kembang-kuncup hidung bila orang ter'cebut' nama!)

Sekarang ni sejak menjadi rajin di dapur dan memasak di awal pagi, memanglah tak dan nak berdandan di rumah bila keluar bekerja. Biasanya masa yang ada di pagi hari tu dan-dan aje, pepandailah nak dahulukan  rutin yang mana. Kalau rutin melibatkan diri sendiri macam bermake-up, berdandan lawa-lawa tu, memang terkebawahlah sekali dalam senarai ^_^

Biasanya I sempat berbedak aje, demi menutup jeragat yang ada ^_^ Lepas tu jom-jomlah ajak si Bubbly Abang keluar rumah. Lewat 5 minit pun si anak bujang ni prihatin alahai. Lebih-lebih lagi kalau hari Isnin. Pukul 6.50 pagi katanya dah ke dewan untuk perhimpunan, makanya tak bolehlah lewat. Hari lain tu kalau setakat sampai sekolah pukul 7 pagi, dah kira 'Lambatlah kita hari ni, Mommy!'

Duh!

Cerita pagi ni, sedang asyik berbedak tetiba terasa 'keras' bawah dagu! Maklumlah I ni berbedak disinari cahaya lampu romantik, makanya kalau macam tepung gomak pun muka pepagi tu, memang tak perasanlah. Nasiblah kalau orang nampak! Setakat pakai shawl terbalik tu, kira dah biasa sangat! Tak kisah dah pun! Lagi pun bukan keluar kereta. Nanti lepas sampai pejabat, lepas selesai solat, barulah kita make up elok-elok mana yang tak berapa elok. Barulah kita top up apa yang kurang kat muka. Nak kening lebat, nak pipi merah, nak lipstick menyala bak biji saga, masa tulah kita berdandan. Untunglah weyh pada sesiapa yang ada muka sesuci embun, yang tak perlu dioles apa-apa pun bahan tiruan. Hahaha!

Rupa-rupanya yang keras tu jerawat! Comel aje alahai bertenggek bawah dagu di sebelah kiri. Kalau masa zaman '20-ang' dulu, memang menjeritlah nampak jerawat. Mahu kalau emergency, I letak satu dot hitam guna pensel mata! Kononnya tahi lalat pemanislah! Tapi dulu-dulu jerawat nak tumbuh, port paling indah yang disukainya dah tentu kat pipi. Since my pipi ni pun banyak  tahi lalat, makanya mudahlah sikit kerja. But then, jerawat zaman muda walaupun rare dan sebiji jerk pun, very annoying tau!

La ni, usia dah meningkat, memanglah jerawat jarang bertandang. Palin koman pun, setahun 2,3 kali aje, takdalah sebulan sekali ikut mood nak mencelah tumbuh di muka. Dan sejak usia meningkat ni, port yang paling diidam-idamkan pun selalu juga bawah dagu. Jerawat pemanis ni kononnya ...

And now, takdalah ya I pi lukis dengan pensel mata lagi macam dulu-dulu! Kalau nak tumbuh pun, tumbuhlah... Itu tandanya I ni masih muda, belum menopause lagi. Hahaha!

Bab-bab terjerit terpekik dan terkejut bila nampak jerawat nampaknya dah lama berlalu. Takdalah susah hati time nampak, time tu juga nak pi membeli ubat jerawat. Kita redha ajelah sekarang ni. Lagi pun yang paling ngeri bila nampak jerawat kita sekarang ni cuma sang suami jerk ^_^ Kita dah lama redha dah dengan takdir. Hahaha ....

Eleh, jerawat usia lanjut ni pun dah pandai sekarang! Tumbuh pun sekejap aje lepas tu susutlah tanpa tempek apa-apa pun. Sekadar buat pemanis senyuman jerk tu ^_^ 

Tak payahlah susah hati sangatkan. Kalau dulu orang berpaling 18kali nak tengok kita bila muka jerawat-less. La ni pun orang berpaling 18kali bila muka tumbuh jerawat sambil berkata,

La, kak! Tumbuh jerawat lagi rupanya! Ingatkan dah menopause! 

Hehehe .... 

Makanya, gembiralah selalu bila di saat ini masih lagi dihinggapi jerawat! Asalkan bukan jerawat batu-batan, sudahlah...
   

  








Comments

  1. baru nak suggest produk jerawat.. almaklum la sebagai bekas jurujerawat paling aktif dulu kita ada banyak produk boleh usulkan untuk membenteras kegiatan haram jerawat di muka.. tapi dah happy di tumbuhi jerawat.. tak jadi pulak nak suggest produk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, teruja kita jurujerawat termashyur nak beri suggestion. Tapi orang lama macam kita ni, jerawat tak mahu singgah berlama-lama, Suria. Touch n go aje. Depa tau dah kita tak heran pun tengok depa hinggap kat muka! Lebih baik cari port lain yang lebih ngeri kalau nampak depa!

      Delete
  2. Sebulan sekali bagilah peluang jerawat singgah kat muka kita. Jadikan penyeri. Cuma kalau tang hidung tu kakak tak tahan MD. Kalau takat bawah dagu ok lagi taklah jelas dipandang mata:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jaranglah jerawat tumbuh kat hidung ke, dalam hidung ke tapi bab pipi dan dagu biasalah. Port kesukaan jerawat tu nak tumbuh. La ni dagu aje memanjang kalau dia nak tumbuh. Itu yang saya kata, pemanis tu ^_^

      Delete
    2. paling benci jerawat dalam hidung sebab nampak cam taik hidun...huhu

      Delete
    3. Setakat nampak macam tahi hidung tu takpa lagi, Sal. Yang buat peduli tu sebab sakit oi. Rasa macam nak cucuk-cucuk aje dengan brooch kat tudung ni hah!

      Delete
  3. pendeklah sangat katanya
    susah i nak percaya u

    apa? jerawat?? nasib i muda lagi
    jerawat pun tak berani singgah...haha...
    kalau ada pun...i bangga tayang...haha
    takbur betul minat sorang ni...=)

    hakikat sebenarnya, selalu sangat naik ke muka
    cuma tak penah kisah nak lukis ke, nak guna krim ke
    lagi suka dok picit
    pasal tu muka dah macam struktur bulan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kira antara yang terpendeklah. Kenapa? Tak pendek ke ni? Ingat tadi nak tambah lagi meroyan tapi fikir-fikir balik, cukuplah. Kasihan kawan-kawan kena beli extra Neslo setakat nak datang membaca aje. Hauskan! Itu belum bab mengomen lagi, nak lawan tuan rumah punya reply lagikan!

      Laa...dah 13 tahun pun jerawat tak sudi singgah. Nampak sangat something wrong somewhere tau. Hahaha!

      Jerawat ni dia pandai nak tumbuh kat mana dan kat muka siapa. Lagi takut dengan dia, lagilah dia nak tumbuh tau! So, jangan takut! Tips tu ^_^

      Delete
    2. actually kan, bila tumbuh jerawat, automatik saya rasa diri ini muda remaja gitu

      Delete
    3. Memanglah sebenarnya jerawat buat kita terasa muda tau. Tapi yang tak berapa faham ni, ada tu dah akil baligh, dah 13 tahun, tapi masih takda jerawat katanya! Konpiuslah!

      Delete
  4. My Hb. cukup tak suka kalau ada jerawat naik kat muka ai juga kat muka anak dara dia.. huhuhu.. tapi nak wat camane.. mesti akan naik.. sebiji.. pasti hilang.. nanti datang balik.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya takdalah kata apa tapi bila nampak jerawat mulalah kata besarnya! Lagilah kita macam alahai... tapi yang sebenarnya, kalau dia tak kata apa, kita pun okey jerk. Dah tak heran sekarang ni setakat jerawat tumbuh tunggal kat muka ^_^

      Delete
  5. salam.

    Hahahahaha comel je awak ni. Tak payahlah stress pasal jerawat comel tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Dulu-dulu yalah stress hanya keranamu jerawat. Sekarang dah tak kuasa nak stress. Banyak lagi perkara yang boleh buat stress zaman sekarang ni ^_^

      Delete
  6. hehehe.lea sekarang pun ada sebiji jerawat dekat dagu n 1 dekat pipi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, asal tumbuh kat dagu. Memang ya kot nak jadi pemanis muka kekdahnya!

      Delete
  7. Replies
    1. Yeah! Mesti happykan sebab jerawat tinggalkan parut. Hahaha!

      Delete
  8. Kita pun sekarang ada sebijik jerawat kat muka.. Tanda2 kedewasaan gitu...hahahaha.. abaikan je le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... yalah tu, tanda kedewasaan kononnya! Sayakan kalau dulu-dulu zaman anak dara bergetah ler, bila timbul jerawat sebiji, stressnya berdas-das tau!

      La ni, redha ajelah ^_^

      Delete
  9. Hahhaha entri MD hari ini cerita jerawat bawah dagu ye :)
    Good idea jugak jadikan tahi lalat..
    Nampak manis menawan ye dok MD..
    CH ni jenis kulit kering..
    Susah benor jerawat nak hinggap..
    Jadi cepat sangatlah nampak kilauan emas tu hahahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerawat pemanis aka tahi lalat palsu, CH ^_^ Dulu-dulu kalau emergency sangat, memang saya put a dot lah kat jerawat tu, konon-kononnya one of the tahi lalatlah ^_^

      Kadang tu saya jealous dengan orang yang berkulit gelap sebabnya muka depa jarang tau nampak jeragat ke, jerawat ke. Cemburu I ^_^

      Delete
  10. susah hati lah kalau dah jerawat bertenggek kat muka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu yalah susah hati sangat. La ni dok tayang-tayang aje kerjanya nak bagi kengkawan jealous sebab itu tandanya kita muda lagi! Hahaha!

      Delete
  11. Bila dah tua2 ni selalu jerawat yang singgah kat muka saya mesti jerawat yang gatal tu..walaupun tumbuhnya sebulan sekali je tapi tetap diingati sebab tak tahan gatal dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nasib baik jerawat yang tumbuh kat muka saya 'baik-baik' belaka, Diana. Saya ni tak tahan gatal orangnya. Kalau ada yang buatkan kita gatal, memang masaklah!

      Delete
  12. Cerita bab2 bermakeup, akak tak tau nak kata apa daa, mungkin zaman untuk melawa sudah berlalu, seiring dengan peningkatan usia.

    Kalau tak sempat nak pakai bedak kat rumah, bawa wajah pucat jer ke pejabat, kat sanalah nanti tempek apa yang nak pada wajah ni.

    Tercari2 juga jerawat kat wajah barang seketul dua pagi ini, x jumpa lak,erkkkk udah nak menaupos ke daku tapi... rasanya usia masih muda lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... samalah saya pun macam tu sebenarnya! Dah malas. Biasalahkan bila dah bersuami, dah beranak dua, mulalah malas berdandan tu datang 'merasuk'! Nasib baiklah ada lagi aktiviti tempek muka dengan bedak! Kalau tidak, memang sesuci embunlah muka bila ke pejabat!

      Hahahah...itu pendapat sayalah! Kalau dah menopause, jerawat tak sudi dah nak datang!

      Delete
  13. Huwaaa Nani kalau jerawat naik kat muka memang kekadang confident level turun. Kahkah ! Nak nak hari yang nak kena present pheww memang rasa nak lenyapkan jerawat tu serta merta :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Nani. Tetiba confident level turun sebab jerawat tumbuh di muka. Dah itu yang selalu iklan ajuk-ajukkan, ya tak? Makanya jadi less confidentlah kita ^_^

      La ni, tak payah down sangat. Anggap ajelah jerawat tu pemanis muka. Harap-haraplah setiap bulan sang jerawat cuma sudi tumbuh kat bawah dagu, macam akak ni ^_^

      Delete
  14. ohhhh patutlah akak tak kisah pun kalau tak mekap dekat rumah. dekat ofis baru tapau ek. kira kalau kt ofis memang tak sempat la. mana nak sempat lagi dua minit baru terpacak dekat thumb print hahahahaha.

    kan kan dulu masa remaja remaji kemain lagi susah hati jerawat siap sanggup simpan duit belanja sekolah nak beli oxy tu. kan benda tu je yang jerawat cepat hilang. skang ni tak heran dah bila ada jerawat. kalau ada jeragat je heran sikit hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau tak keluar rumah tak makeup takpa, Kira. Nanti dah sampai office kita touch uplah. Banyak lagi masa sebelum start kerja. Akak sampai ofis awal pagi, pukul 7 dah terpacak. Masuk kerja 8.30 pagi. Kalau masa umur 20-an, memanglah asal keluar rumah aje mesti bermakeup even nak pergi pasar malam jerk pun ^_^

      Jerawat is not a big deal nowadays. Kalau dulu yalah... Jerawat yang akak sibukkan dalam entri ni pun dah lama susut ^_^

      Delete
  15. Awalnya abang kena ada di sekolah. LM ingat lg dulu keje sek cina. Pagi2 gelap lg lum pukul tujuh dorang dh smpi. Pastu perhimpunan kat dlm dewan yg lantainya bersih blh guling2. Tp budak2 tu duduk atas bangku. Tiap org ada bangku simpandlm kelas

    Jerawat kat dagu tu sakit. Selali sgt LM kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM pernah kerja di sekolah Cina? Tak pernah pulak saya tahu. Pernah jadi guru agama tu taulah. Memang LM sekolah Cina memang macam tu. Masuk kelas pukul 7.30 pagikan tapi kalau sampai sekolah lepas pukul 7 tu, bising cikgu. By 7am, guru kelas dah duduk dalam kelas mengajar anak-anak murid membaca. Kalau ada perhimpunan hari Isnin, 6.50 pagi dah beratur ke dewan besar. Memang mereka duduk bersila dalam dewan. Masa Abang di sesi petang, setiap kali sampai sekolah kena duduk bersila kat dewan sementara menunggu loceng berbunyi!

      Delete
  16. zaman sekolah dulu mmg dah penuh jerawat. skrg ni segan2 jer dia nak tumbuh. tapi sesekali menjengah gak masa bendera jepun. hehehhe
    lagi2 muka Lyn yg sensitive ni.. tak boleh salah pakai product mulah dia dtg. so mmg takut sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni masa zaman muda pun takdalah muka tu berjerawat. Memang licinlah. Kah3x. Kalau pun jerawat tumbuh masa bulan mengambang penuh, kat dagulah, kat pipilah, kat dalam hidunglah. Tapi sekarang ni bila dah tua, jerawat pilih port yang sama aje, bawah dagu!

      Delete
  17. Esok sambung komenlah kak Ton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang macam ni tau! Asyik melayan rasa malasnya sambil seronok berbaring di sofa sambil makan, sambil dengar ceramah ustaz kat TV katanya!

      Delete
  18. Biasalah .....kalau org kuat berangan dan kuat perahsantan mmg gitulah, jerawat suka hinggap kat dagu hihi....
    Beranganlah lagi banyak banyak....

    Lepas ni kalau mak jumpa Kak Ton kat mana mana senanglah mak nak cam. Yang taik lalat berterabur kat muka tulah orangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang takda jerawat (batu)ke? Hebatlah, Mak ni! Mesti sebelum kilauan lapliplaplip dulu suka pakai bedak sejuk. Padanlah Kak Ton kalau memalam buka tingkap jengah keluar, terus nampak lembaga putih berkelawar kat tingkap bilik tidur Mak tau! Mak rupanya... Selama ni Kak Ton ingatkan langsuir ^_^

      Mana ada tahi lalat banyak. Jeragat banyaklah ^_^

      Delete

Post a Comment