Salam 1 Rabiul Akhir kawan-kawan!
Alhamdulillah, selesai masalah dengan Adik Cute! Pagi tadi takda pulak dapat call daripada Hubbydearie. I pulak yang menggagau capai smartphone nak tahu apa cerita. Mengikut kata HD, okey aje si kecil ni pergi tadika pagi tadi. No adegan air mata sedih terharu bagai...
Hujung minggu ni kecuali keluar makan, memang kami duduk di rumah aje. HD dan Adik Cute dua-dua pun jatuh demam dan selsema! Paling teruk HD lah. Sampai berkelubung sehari suntuk semalam, tak larat nak bangun. Kejap-kejap bersin, kejap-kejap batuk! Alahai, nak kesian sangat dah besar panjang. Hehehe! Cuma I dan Bubbly Abang aje yang tegak berdiri di hujung minggu, penat-penat kat rumah tak tahu nak buat apa ^_^
Tapi dalam pada demam, batuk dan selsema tu sempat lagi HD google tempat makan. Katanya teringin nak makan tomyam sedap (weyh, jangan mengumpat kata isterinya tak pandai buat tomyam ... ) Makanya, kami pun keluarlah dinner di gerai Yusuf Tomyam ^_^ Gerai aje tau, bukan restoran!
Di manakah gerangan gerai ni?
Ahah, ini alamatnya ya :-
HD yang mencarinya ya. Bila sampai depan gerai ni I rasa macam tak percaya pulak HD nak makan di sini. Maklumlah HD ni bab-bab gerai memang kurang sikit sebab apa lagi kalau bukan tahap kebersihan. Kebetulan pulak my sister ada. Sibuklah HD tanya my sister samada she's okey with that place padahal semua pun tahu yang selalu prihatin sangat bab-bab kebersihan tempat makan ni HD, bukan kami. Bukannya nak kata kami tak pembersih orangnya tapi kalau setakat boleh makan tu, kami makanlah juga. Kalau memang terang, jelas dan nyata kotor teramat, memang tidaklah kami singgah makan!
Dek kerana HD teringin sangat nak pekena tomyam, makanya kita makan nasi putih dan lauk-pauk termasuk semangkuk tomyam ayam khas untuk HD seorang sahaja ^_^ HD tak makan seafood, makanya kita asingkanlah semangkuk tomyam ayam tu untuk suami tercinta. Katanya demamkan...
Ini pulak lauk-pauk yang turut serta terpesan katanya ...
I tunjuk gambar minuman tuan empunya blog ajelah ya. Yang lain-lain tu sama aje, rasa aje yang berbeza ^_^
Okey, marilah kita pergi ke bab rasa ...
Secara keseluruhannya boleh tahan sedaplah makanan di sini. Cuma ikan siakap tiga rasa tu tak berapa garing. Tapi bab ikan masak tiga rasa ni, memang tangan I merayau mencari nenas ^_^ Suka betul dok kutip nenas tau!
Tomyamnya pun tidaklah mengecewakan. Berpeluh-peluh HD makan sambil menghirup tomyam kegemarannya. Katanya nak tomyam yang panas dan pedas memijar supaya hilang segala demam, batuk dan selsema. Tapi sehari selepas tu berkelubung dalam selimut jadinya. Hahaha!
Bab harga pun tidaklah mahal sebab kami makan beramai-ramai. Total harga RM109 tapi tuan punya gerai bagi diskaun murah hati sebanyak RM9. Eh, bukan senang nak dapat diskaun bila pergi makan tau! Paling-paling pun dapat tolak baki siling aje adalah!
Semoga perniagaan Yusuf Tomyam ni teruslah maju sampai mampu bukan restoran satu hari nanti ^_^
Itulah aje kisah JJCM awal tahun ni ya. Ada lagi JJCM yang tak sempat nak draft sebab I is menyibukkan diri awal-awal tahun macam ni. Cerita jalan-jalan pun tak keluar lagi ni ...

Sumber gambar dari blog ini |
Di manakah gerangan gerai ni?
Ahah, ini alamatnya ya :-
Yusuf Tomyam
Gerai No.13, Lorong Ara Kiri 3
Lucky Garden
Bangsar
HD yang mencarinya ya. Bila sampai depan gerai ni I rasa macam tak percaya pulak HD nak makan di sini. Maklumlah HD ni bab-bab gerai memang kurang sikit sebab apa lagi kalau bukan tahap kebersihan. Kebetulan pulak my sister ada. Sibuklah HD tanya my sister samada she's okey with that place padahal semua pun tahu yang selalu prihatin sangat bab-bab kebersihan tempat makan ni HD, bukan kami. Bukannya nak kata kami tak pembersih orangnya tapi kalau setakat boleh makan tu, kami makanlah juga. Kalau memang terang, jelas dan nyata kotor teramat, memang tidaklah kami singgah makan!
Dek kerana HD teringin sangat nak pekena tomyam, makanya kita makan nasi putih dan lauk-pauk termasuk semangkuk tomyam ayam khas untuk HD seorang sahaja ^_^ HD tak makan seafood, makanya kita asingkanlah semangkuk tomyam ayam tu untuk suami tercinta. Katanya demamkan...
Ini pulak lauk-pauk yang turut serta terpesan katanya ...
Sambal udang petai (Udang I kerjakan, petai my sister kerjakan ^_^) |
Telur bungkus |
Ayam goreng kunyit ni taulah lauk siapakan... |
Seafood tomyam untuk kami dan tomyam ayam untuk HD seorang (tiada dalam gambar ~_^) |
Siakap tiga rasa |
Retak seribu dah ni sebab tukang ambil gambar dah kebulur ^_^ |
I tunjuk gambar minuman tuan empunya blog ajelah ya. Yang lain-lain tu sama aje, rasa aje yang berbeza ^_^
Milo ais milik tuan empunya blog ^_^ Uniklah juga guna bekas macam ni walaupun namanya makan kat gerai aje! |
Okey, marilah kita pergi ke bab rasa ...
Secara keseluruhannya boleh tahan sedaplah makanan di sini. Cuma ikan siakap tiga rasa tu tak berapa garing. Tapi bab ikan masak tiga rasa ni, memang tangan I merayau mencari nenas ^_^ Suka betul dok kutip nenas tau!
Tomyamnya pun tidaklah mengecewakan. Berpeluh-peluh HD makan sambil menghirup tomyam kegemarannya. Katanya nak tomyam yang panas dan pedas memijar supaya hilang segala demam, batuk dan selsema. Tapi sehari selepas tu berkelubung dalam selimut jadinya. Hahaha!
Bab harga pun tidaklah mahal sebab kami makan beramai-ramai. Total harga RM109 tapi tuan punya gerai bagi diskaun murah hati sebanyak RM9. Eh, bukan senang nak dapat diskaun bila pergi makan tau! Paling-paling pun dapat tolak baki siling aje adalah!
Semoga perniagaan Yusuf Tomyam ni teruslah maju sampai mampu bukan restoran satu hari nanti ^_^
Itulah aje kisah JJCM awal tahun ni ya. Ada lagi JJCM yang tak sempat nak draft sebab I is menyibukkan diri awal-awal tahun macam ni. Cerita jalan-jalan pun tak keluar lagi ni ...
Telur bungkusnya berkuah ya?
ReplyDeleteOk jugalah harganya untuk makan beramai2... :)
Ya, Kakcik. Saya pun first time tengok telur bungkus berkuah macam ni. Tapi boleh tahanlah sedap. Saya janji nampak macam pedas aje dah cukup puas nafsu makan. Hahaha!
DeleteTak kisahlah restoren ke gerai, yg penting dapat sapedek hihi....Kalau gerai, mak lagi suka sebab biasanya mesti murah dpd restoren.
ReplyDeleteDahsyatlah kak Ton ni ye...asal teringin nak makan je, google, asal tekak nak makan luo je, google, mak ni pulak, asal teringin nak makan tomyam je, kedai yg dah biasa lew pak Jilap tuju....Hadap jerlah mak ni weyh.
Namanya pun kedai tomyam, mmg lauk lauk tu jerlah yg kita order ek...
Tapi udang petai tu mmg tak pernah mak order kalau makan gerai tomyam ni tau.
HD tu tahu ajelah Mak selalu komplen kata gerai kat Malaysia ni tak bersih jadinya Kak Ton memang malas nak pergi makan gerai. Nanti mulut HD tak berhenti komplen. Hahaha!
DeleteSekarang ni yang biasa menggoogle HDlah sebab kalau nak keluar makan kena ikut kehendaknya. Kalau tak mahu keluar, memang tak keluarlah. Nasib baiklah suami pun rajin makan kat luar, makanya dapatlah peluang kita merasa makan di luar juga. Tapi jangan tak tahu, Kak Ton sejak awal tahun ni rajin Mak oi memasak! Hahaha!
Udang petai tu sebab my sister ada. Kalau tidak tak order juga. Saya bantai udang aje, petai tak mainlah masuk mulut. Rugi order kalau Ngah takda sama!
Akak bukan pengemar tomyam tapi kalau dapat yg sedap panas2 dan pedas2 mesti tak tolak punye...kikiki...time selesema memang sedap makan lauk berkuah panas2 camni ni....moga2 somi dan anak cepat sehat ye
ReplyDeleteBila demam ni memang suka sup-sup, makan panas-panas memang sedaplah. Yang lagi bagus, HD tu demam tapi masih lagi melayan anak tekak nak makan di luar. Hehehe...
DeleteAlhamdulillah, dah beransur sihat dah mereka berdua!
Bila badan kurang sihat makan hidangan macam ini baguslah MD
ReplyDeleteTomyam dia tu mak-ai menggoda betul!
Itu pun HD kata tekaknya tak berapa dapat detect sedap ke tidak tomyam yang dimakan tapi katanya lagi, bolehlah buat pengubat rindu nak makan tomyam ayam pedas dan panas!
DeleteSeafood tomyam pulak saya dan kakak saya aje yang mengerjakan. Akhirnya dah habis isi di dalamnya, kuah kami hulurkan kat HD suruh habiskan ^_^
tak tahan tengok.. tergoda ai.. ;)
ReplyDeleteTengok aje, Aiza. Kalau tergoda pun bukan boleh makan gambar. Hehehe...
DeleteTapi kalau depan mata tu, kenalah tahan nafsu jangan sampai terlajak makan tau ^_^
Nmpk sdp ikan tu MD. perghh dpt tomyam sedap mmg syok mkn. Payah nk dpt tomyam sedap ..
ReplyDeleteIkannya memang sedap cuma kurang garing ajelah, LM. Saya pernah makan ikan siakap tiga rasa yang lebih best daripada ini. Tapi keseluruhannya, okeylah. Bolehlah juga menghilangkan lapar ^_^
Deletekalau demam memang selalu teringin tomyam kan...terliur lah plak walaupun tengah sihat ni..hahaha.Adik tu takdelah berdrama kalau ngan dedi..lainlah ngan mami, bolehbuat kabhi kushi kabhi gham
ReplyDeleteBetul tu, Sal. Nak makan makanan yang berkuah. Kalau hirup panas-panas, aduhai sedapnya! Hilang jugalah kempunan HD nak makan tomyam sedap, panas dan pedas! Akak ni selalu juga buat tomyam tapi katanya belum betul-betul best sampai boleh buka kedai. Hahaha!
DeleteNo more dah adegan lari keliling pokok taugeh antara emak dengan anak sambil tukar-tukar baju lagi dah! Sekarang kita K-pop dance happy-happy jerk, Sal ^_^
sedapnya nampak...
ReplyDeletetomyam mmg pembuka selera bilabdn x sihat..lg2 kalo kena y kaw2 ada masam2 tu...
kt rmh ada mug mcm tu..beli kt kedai rm2...
Lagi masam, lagi bestkan, Lya. Akak pun suka tomyam. Tapi akak suka seafood tomyam tak macam HD yang suka ayam aje. Bukan senang nak cari tomyam sedap kat KL ni. Kalau terjumpa memang akan makan hari-hari sampai jemu!
DeleteOh, ya ke? Barulah tau ada kat kedai RM2 ya. Akak ni sejak Bubbly Abang sekolah pagi memang jadi isteri mithali betul. Habis kerja, teruslah balik rumah tak singgah mana-mana!
Ai HD, samalah perangai kita.. suka tomyam bila tak sedap badan.. rasa segar gitu bila jumpa tomyam ye.. moga arini dah kembali sihat ye. Kemain bergoogle bagai utk cari tomyam sedap ya. Legala dapat kedai yg ok.. kalau x mau rasa keciwa kan..dah la tak sihat, mesti la harapkan yang sedap d tekak..
ReplyDeleteHai, AN! Saya pun suka tomyam tau, bukan HD sahaja! Hahaha!
DeleteAlhamdulillah, dah beransur sihat masing-masing. Cumanya si bujang tersado saya pun dah mula nak dapat selsema dan saya sendiri dah mula batuk-batuk. Itu pun masih lagi nak mengunyah maruku pedas! Nasib badanlah ...
Kami memang rajin menggoogle AN kalau nak cari port makan. Kalau tau kat mana-mana yang sedap, silalah beritahu kat saya ya. Akan saya terjah kalau ada kelapangan. Err, kalau pemandu F1 saya suka nak terjahlah ^_^
nampak sedap & menarik. Jadi lapar dibuatnya lagi2 tgh hujan lebat ni hah...
ReplyDeleteHujan ke kat sana petang semalam, Lyn? Kat KL ni okey pulak panasnya tak tahan (hujan ke panas, komplen tetap komplen alahai...)
DeleteTomyamnya boleh tahan sedap. Kiranya 90% mencapai piawaianlah!
Uuwwaaaaa...rasa macam nak jilat screen jer. Dah lah tak kluar lunch ni. Panas berdenting el nino buat malas nak gi lunch. Suma nampak sedap.
ReplyDeleteJilatlah, jilat! Takpa. Takda siapa pun nampak. Make sure kawan-kawan pejabat pun tak nampak tau. Nanti apa pulak kata mereka. Hahaha!
DeleteMemang panas sekarang ni. Kalau dulu buku aircond masa nak tidur tapi sekarang ni balik rumah siang-siang hari pun dah buka aircond. Habislah pengsan tengok bil elektrik nanti!
Ya Allah kecur ailio haa tengok siakap tiga rasa, udang lah tomyam semuaaaa. Bergegar balik perut sebab terliur walaupun tadi dah bedal nasi kerabu telur masin. Hahahaha ! Aishh tak boleh jadi ni, kena buat JJCM jugak macam ni. Hehhee !
ReplyDeletePagi lagi ni, Nani. Bukan ke tadi baru sarapan? Habislah diet kalau macam ni gayanya tau. Hahaha!
DeletePergilah JJCM. Kalau perut kenyang, barulah boleh belajar dengan tekun ^_^
masa baca nama restoran ni kan, saya dok sebut yusuf tayobbb
ReplyDeletebuat suara sama cam iklan dia, ulang lagi, yusof tayobbbb
sat2...kering pula tekak dok buat gitu...haha
takpe2, neslo ais ada ni...slurppp...ahhh...lega2 =)
where are we...ooo yusof tayobbbb...haha
siakap tiga rasa tu nampak sedap, tak best ye?
presentation dia nampak okaylah kan, cam nak makan aje walau tengok gambar
wah, siap dapat diskaun! rezekilah tu
lain kali ajak saya sekali...confirm lagi banyak diskaun dapat =)
Ni mesti dah kebatang minum air Neslolah ni! Dah mulalah tu, mulalah tu ^_^ Yusof Taiyoob pun Taiyooblah! Tapi ni belum puasa lagilah! YT keluar masa sepanjang Ramadhan jerk ^_^
DeleteSiakap 3 rasa tu sedap cuma ikannya takdalah garing sangat. Saya suka kalau ikan garing-garing, barulah sedap mengunyah!
Okeylah gerai ni. Bolehlah memenuhi selera anak tekak. Lain kali kalau tak tahu nak ke mana, memang boleh juga terjah. Saya di selatan, awak di utara, manakan boleh kita makan bersama. Nak belanja lagilah jauh! Wakakah!