JJCM : Go'bang Maju Patin Tempoyak

Salam 9 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Tajuk ni kan kalau si Nani yang nampak, memang meraunglah dia nak balik kampung! Kah3x!

Pi belajar rajin-rajin ya, Nani! Nanti hujung minggu boleh balik kampung minta mak masak ikan patin tempoyak seperiuk belanga hak yang saiz besar tu, yerk!

Ini amaran keras :- 

Tajuk aje gempak ya! Jangan haraplah you all dapat menatap rupa ikan patin tempoyak tu sebabnya tuan punya blog ni tak makan ikan patin. Durian dia bantai tak ingat dunia tapi tempoyak, sentuh pun enggak bisa, buk!

Al kisah, dalam lipatan sejarah JJCM kami, tetiba HD yang sedang berdiet katanya teringin nak makan kat luar. Macam biasalah, sibuklah HD menggoogle tempat makan best katanya. Tetiba aje bertempik,

Hah! I dah jumpa! Go'bang Maju! You makan tak ikan patin?

(Apa ni dear, kahwin dah lama, tak akanlah tak tahu isteri mithali tak makan ikan patin! What la weyh ....) 


Tapi memandangkan keterujaan HD, I pun akur ajelah. Sebab HD boleh makan apa sahaja yang edible, makanya I expect, tentu HD akan mencuba makan ikan patin tempoyak ni ...

Me? No, no, no lah jawapan seriusnya! Don't ask me to coba-mencoba apa-apa yang I memang tak makan. Kalau kujerit nanti, satu kedai bergegar!

Bagi siap-siap nama restoran ya ...

Go'bang Maju Patin Tempoyak
No.19, Jalan Seri Rejang 1
Taman Seri Rampai
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4144 1705

Yang sebenarnya, a week ago kalau tak silap, kami pernah ke sini. Asal kejadian nak pergi makan kat Cendol Wahab, tapi bila dah sampai, lain restoran pulak yang kita terjah ^_^ Itu kebiasaan my familykan. Nanti kita cerita kemudianlah JJCM yang itu ~_^

My HD kan expert bab mencari jalan ni. Just bagi aje alamat, macam Adik Cute belajar 1,2,3 nanti HD mencarinya. Kacang hazelnut aje buat HD, tak payah nak berwaze bagai. Maklumlah dah lama duduk kat Malaysia ni, dah macam Malaysian. I aje yang tak jemu-jemu mengaku dirinya 'tourist' kat negara sendiri ^_^

Disebabkan kita keluar rumah selepas Isyak, sesampai aje di restoran, keadaan quite lenganglah. Pelanggan yang ada I tengok semuanya makan nasi putih berlauk ikan patin tempoyak! I pun segeralah buat tinjauan! Oh, meng! Yang ternampak di depan mata cuma nasi putih, sayur-mayur dan ikan patin aje. Bab ketam bakar, talapia bakar, patin bakar, semuanya dah tutup kedai! 

I pun segeralah dok merisik kotnya ada makanan bergoreng/panas-panas. Maklumlah jam dah 9 lebih dan kalau ikut time table, restoran patut tutup pukul 10 malam! My anak-anak and I manalah makan patin tempoyakkan ...

Nasib baiklah ada menu lain... 

So, nasiblahkan! Pelanggan lain datang sini dengan keutamaan nak merasa signature dish yang awesome bangat tu - patin tempoyak, tapi kami berempat dok merasa makanan lain pulak. HD tetiba aje dah malam katanya, siapa yang nak makan nasi putih dan lauk-pauk! Lainlah kalau ada tomyam! (Ish! Tomyam, tomyam,  tomyam ajelah .... masakkan seperiuk belanga besar nanti baru tau!)

Maka kita orderlah ini aje ...

Mi sup kepunyaan Adik Cute tapi Mommy yang buat decision to order this ^_^ Adik tak mahu makan, Mommy yang kena licinkan dengan bantuan Daddy!

Nasi goreng kampung, MD yang punya. Makan sikit lepas tu HD tolong licinkan!


Nasi goreng tempoyak HD I tak sempat nak snap. Biasalah, makanan suami memang takut-takut nak ambil gambar katanya. Nanti kena sergah! Orang sibuk nak makan, dia sibuk nak ambil gambar nak masuk blog! Sekeh kang!

Yang kelakar, HD beria-ia mengorder nasi goreng tempoyak. Bila dah order, barulah tanya I soalan cepu cemas nak pengsan ...

What is tempayan? Errr... tempoyak?

(La...gagal lagi rupanya BM my husband ni.... Ingatkan dah clever bangat!)

Lepas tu gigil-gigil kepala lutut dok membayangkan nasi gorengnya ada letak durian ^_^

Si Bubbly Abang tak mahu makan sebab katanya tak lapar. Si bujang tersado ni lately tak mahu makan sesaja especially malam. Jangan-jangan dah ada girlfriend kot ^_^

My anak-anak cuma minum air aje ~ yang kecil mengerjakan air bandung special Mommynya dan si abangnya pulak mengerjakan air Milo si Adik! Gambar minuman tiada dalam gambar sebab of courselah ah kak kalau dah lapar, gigil-gigil nak makan (tapi tetap juga snap gambar gegar sebelum makan!)

Air buah-buahan semuanya dah kehabisan buah pulak. Kenalah order minuman biasa-biasa aje. Ingat nak jugalah order T-Rex ke apakan... ^_^

Sebelum makan  tu I sempat lagi tau makan tapai pulut ^_^ Apa? Apa? Fikir 'perempuan urban' tak makan tapaikah? Hahahah....     

Selesai makan, jomlah kita pulang ke rumah. Time untuk movie dan tidur lena kekenyangan ^_^

Kalau nak suruh I bagi bintanglah kat restoran ni, I bagi 3.5 out of 5 bintang, okey! Not badlah, boleh cuba kalau nak. Mana tau peminat ikan patin akan 'gumbira' kalau ke sini sebab I tengok pelanggan yang ada berlumba-lumba makan patin tempoyak walaupun jam dah dekat 10 malam! Sedaplah tu kan...

Sekian JJCM entah apa-apa dari Kak Ton. 

Kak Ton ada senarai JJCM banyak ni nak masuk blog. Tunggu ajelah ya sambil-sambil telan air liur ^_^    
   



 

 

     


Comments

  1. gulp..gulp..patin tempoyak..sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... patin tempoyaknya takda! Tajuk aje propa lebih ^_^

      Delete
  2. Haahahahha ! Weekend ni balik Pahang jeng jeng jeng. Boleh lah request ikan patin. Lalalala ! Rugi kak tak makan patin tempoyak pehh terbaik. Go'bang ni memang femes restoran dia, selalu dah masuk dalam tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah boleh agak dah. Memang Nani AKAN balik Pahang hujung minggu ni. Maklumlah, nak makan air tangan mak dan mak-mak saudara katanya. Hahaha!

      So, tak terliurlah ni yerk! Kalau ada pun gambar patin tempoyak, akak sanggup tak letak sini takut air liur Nani meleleh sampailah nak balik kampung hujung minggu ni nanti ^_^

      Delete
  3. Kakcik suka patin tempoyak dan selalu makan di Shah Alam, tapi tak pernah pula cuba (tak tahu pun) nasi goreng tempoyak. Apalah rasanya, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Lupa pulak nak tanya kat HD apa rasa nasi goreng tempoyak ni. Tapi kalau HD tak kata apa-apa, maksud yang tersirat tu maknanya biasa-biasa aje. Takdalah kot rasa tempoyak tu ... Dedo dah badan HD kot-kot nasi gorengnya ada 'digaul' dan digoreng bersama durian. Hahaha!

      Delete
  4. Ok kite geng tak makan patin.. apa yang berunsur durian ai tak makan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah saya tak boleh terima patin ni; sama ada ditempoyakkan mahu pun tidak!

      Oh, bab durian tu saya suka bangat dong... Kalau ada seguni, I sembunyikan buat makan breakfastlunch&dinner ^_^

      Delete
  5. tak suka la tajuk entri MD ni... baca tajuk je dah buat orang terliur..
    sedap kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk aje Mar yang lebih gendang! Padahal gambar patin tempoyak tu takda pun. Jangan bimbang terliur lebih-lebih. Ni kalau lepas bersalin terliur mesti mengidam masa mengandung dulu tak dapat tau. Hahaha!

      Delete
  6. CH dua2 bedal MD..
    Durian memang queen lah .. hihihi
    dah macam nak cari durian pulak..
    Tempoyak pun suka..
    Lebih2 lagi patin masak tempoyak tu..
    Selera anak beranak sekarang ni..
    Restoren Patin Temerloh kat SS 15 tu..

    Penyudahnya HD tu makan tak Nasi Goreng Tempoyak tu MD..
    hahaha mana tau gigil lutut mengingat ada durian dalam nassik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peminat fanatik durian, CH. Kalau ada depan mata, yang sedap tu semua saya nak makan! Hahaha!

      Tempyak memang saya tak pernah merasalah. Tak reti nak makan. Sebab itu bila orang bercerita pasal patin masak tempoyak, saya tak rasa lapar ke apa. Saya tak makan!

      Oh, kat Shah Alam pun ada restoran ikan patin ya! Inilah kot yang Kakcik selalu pergi tu ^_^ Tak mungkinlah jumpa saya kat sana ya! Hahaha!

      Makan habis nasi goreng tu. Mungkin manalah ada rasa duriannya bila dah jadi tempoyakkan. HD pun bukan tau tempoyak apa rasanya. Hehehe!

      Delete
  7. kira pulak tak makan durian tapi hantu tempoyak. bagi la gulai tempoyak ke sambal tempoyak ke sapu je. nasi gorg tempoyak je belum pernah try lagi ekekekeke. suami pulak mcm akak. durian makan tempoyak tak makan. terbalik laki bini hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OH, terbaliklah kalau macam tu dengan akak ni, Kira! Akak ni hantu durian. Kalau nak bagi souvenir lain kali, bagilah durian. Tak pun keychain gambar durian ke. Hahaha!

      Akak pun tak pernah tau ada nasi goreng tempoyak. Kotnya dia letak sikit tempoyak dalam rencah nasi goreng tu. HD tak kata apa-apa pun. Maybelah kot takda rasa pun tempoyaknya ataupun chef lupa letak tempoyak ^_^

      Delete
  8. huhuhu..sedap nya patin tempoyak...dulu kecik2 saya pun tak makan tempoyak tau..tapi bila dah besar berani kan diri untuk cuba terus ketagih..rasanya macam asam pedas je..tempoyak tu bukan rasa durian pun tapi dia lebih kpada masam2 je..durian bila dah jadi tempoyak dah tak de rasa durian tu..try tau nanti..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak makan ikan patin. Tempoyak pun tak makan. Apa rasanya ek Diana tempoyak ni kalau takda rasa durian langsung? Hahaha!

      Durian, durian! Sedapnya... Nasib baik dah musim sekarang ni makanya takdalah kempunan kalau teringat duriankan!

      Delete
  9. Mak makan patin......mak kan bedal apa yg lalu depan mata hihi.....

    Patin tempoyak ni makan pun kena banjir weyh, baru sedap!

    Mahal ke idok Kak Ton? Sebelum ni HD dah pernah makan patin tempoyak ke lum? Awat beriya sangat nak perginya tu? Restoren tu jauh ke tak dari rumah? Ha kau, bertubi tubi soklan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau memang Mak semua pun Mak bedal. Of course yang tak boleh makan, Mak tak bedallahkan!

      Rasa kuah patin tempoyak ni macam gulai asam pedas yang cair tu Mak ya? Kata Diana dah tak rasa dah durian. Tempoyak pun rasanya masam-masam aje tapi sebenarnya tempoyak ni rasa macamana ek? Konpius lah....

      Tak mahal pun. Kalau tak silap masa makan kat sini cuma RM26.70 aje untuk dua hidangan dan 3 air biasa-biasa aje. Tapi bab ikan patin tu saya tak tahulah Mak berapa harganya!

      Oh, kat Taman Sri Rampai, Mak... Dekat dengan Wangsa Maju. Mak tau ke area Wangsa Maju? Hahaha!

      Delete
    2. Betul dah tu apa yg makcik ckp, rasanya masam masam, pedas dan manis durian gitu, sedap weyh....Rugi tau tak mencuba sementara lum senja ni, mak takut je kak Ton terbalik pulak, dah senja semakin menjadi jadi pulak sawan makannya haha...

      Wangsa Maju tu mak tau Alpha Angle jer hihi

      Delete
    3. Belum teringinlah Mak nak makan tempoyak mahu pun patin tempoyak. Pendekata apa pun masak tempoyak belum teringin lagilah.

      Mak, dekat dengan Wangsa Maju tapi bukan di Wangsa Maju. Eleh, Kak Ton rasa Mak sure sesat punyalah kalau nak ke sini. Lebih baik singgah rumah Kak Ton, Kak Ton masakkan olivye dulu. Kalau tak jumpa restoran, takdalah orang kata sampai kebulur nanti!

      Delete
  10. La.. sekali tengok tajuknya td saya mcm ingat MD nak bercerita pergi makan lauk patin kat pahang.. huhu.. kl je rupanya..cemana boleh lain pulak saya faham ni....
    Saya sejak jadi bini orang ni dah pandai makan lauk tempoyak..kalau x, bau pun dah rasa tak best.. apa taknya, kuah tempoyak ni sedap tau.. rugi rasanya zaman dulu2 tak nak makan. Hihi..

    pasti kedai tu sedap ya..dah malam pun ramai lg pelanggannya.

    Mana gamba lauk tempoyaknya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan saya dah bagi amaran, gambar patin tempoyak pun takda. Saya ni dah suami ajak try makan kat sini, kita ikutkan ajelah tapi saya memang dah kata tak makan patin. Kalau ada nasi campur berlauk bagai jenis mungkin juga saya makan. Tapi dah malam AN, takda rasa nak makan nasi putih pulak!

      Masa kami singgah pelanggan tak ramai mana tapi semuanya memilih makan ikan patin. Sedaplah tu agaknya...

      Lauk patin tempoyak kami tak cuba ^_^ HD aje makan nasi goreng tempoyak!Habis licin, okeylah kot!

      Delete
  11. Nasik goreng tempoyak??? Rasa dia mcm mana? LM mkn ikan patin tempoyak tp x mkn tempoyak sbb x thn bau masam dia tu. mkn durian mnis ngn cili api blh la..

    Ingatkn sumi MD mkn ikan patin tenpoyak. Beriya2 membayangkn. Mkn nasik goreng rupanya...

    Anak teruna MD dah dpt penyakit xmo mkn sejak naik sek ke? Letih sgt ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nama yang diberi. Rasanya tak tahulah LM macamana. Kita punya husband makan sampai licin pinggan tapi bila tanya katanya okey aje. HD lapar gamaknya malam tu ^_ ^

      Durian! Sedapnya! Bab tempoyak memang saya tak makan. Rasa of courselah tak tahun macamana!

      Taklah, Adik Cutem memang tak kuat makan. Kalau sekali dia dah makan, seharilah dia tak mahu makan lagi. Kalau makan pun bukan banyak mana. Lepas dia demam, muntah dan cirit, terus tak nak dah makan sup fishball kegemarannya. Susu pun dia tak minum lagi. Minum Milo aje tiap hari!

      Delete
  12. Lyn pun tak makan ikan patin & segala jenis ikan sungai..
    tempoyak tak makan, apatah lagi durian. Busyukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni kalau orang letak ikan patin bakar atas meja, tentu akak bantai makan sebab akak bukan kenal ikan kecuali beberapa jenis yang dah biasa makanlah. Samalah macam talapia. Akak tak makan sebenarnya tapi termakan sebab tak tahu pun itu talapia. Punyalahkan!

      Tapi ini dah ada nama patin tempoyak, memanglah akak tak makan punya ^_^

      Delete
  13. Ada sedikit persamaanlah kita ni MD. Kakak kalau durian sebiji makan sorang pun boleh habis tapi tempoyak sampai dah tua ni pun masih belum pandai lagi nak mencuba. Mungkin sebab keluarga kakak dari kecik tak pernah buat tempoyak utk masakan jadi kakak pun ikut sama ak pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian sedaplah kak ... Rugi siapa yang tak makan durian tau! Bab tempoyak tu sampailah ni saya tak pernah mencuba. Asal ada nama tempoyak aje, memang saya tak makanlah!

      Delete
  14. dah acane nak sebut go'bang tu? gok bang? go bang? tp patin masak tempayan, eh tempoyak memanglah awesome!habis tu HD habis tak nasi goreng tempoyak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go (in English) Abe (in Kelantanese dialect) ! Hahaha...

      Sebut Go-Bang aje kot macam kita suh laki kita pi main jauh-jauh ^_^

      Nasi goreng tempoyak habis licin. Sapu bersih lagi nasi goreng kampung ahkak. Lapar tahap gabanlah tu ^_^

      Delete
  15. Akak pon tak makan dik ikan patin...tapi tempoyak akak makan...dap2 kalau di lenyek2 dgn sambal cili padi...terua tak perasan TERmakan nasik 2 pinggan...hahhaa
    Mee sup adik cute tu nampak sedap pulak...baru pwrasan dah lama gile2 tak makan mee sup cengitu...selalu kalau sup2 ni order dgn bihun je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kaki bantai durian tapi tempoyak memang tak pernah merasa. Secara rasmi memanglah tak makan patin tapi saya ni manalah kenal sangat rupa ikan. Kalau letak atas meja lepas masak, memang termakan jugalah kalau orang tak beritahu. Kalau tak tahu takpa. Kalau saya tahu ikan tu saya tak makan, memang tak boleh telan!

      Delete
  16. Saya sebenarnya tak makan ikan patin tapi baru-baru ni adalah juga cuba kuah patin tempoyak ni ^_^

    Maybe next time bolehlah dicuba makan ikan patin ni...

    InsyaAllah, ada masa saya akan ke blog awak pulak. Maklumlah saya ni memang suka bab makan-makan dan JJCM ni!

    ReplyDelete

Post a Comment