Salam 12 Rabiul Akhir kawan-kawan!
Ingatkan hari ni tak 'berdaya' nak up satu entri kerana sibuk. Nasib baiklah ada juga gap sekejap. So, kita uplah entri JJCM ya.
Balik dari bercuti (which cerita pun tak up lagi) takdalah I sibuk nak ke dapur memasak. Satu apa pun bahan mentah takda. Memang sebelum bercuti dah plan jangan buat stok. Merana badan aje nanti habis semuanya tak bermasak. Maklumlah I ni bukan isteri mithali yang rajin di dapur gitu ^_^ Ikut mood katanya! Kalau mood datang barulah bedal memasak di dapur sesaja!
Macam biasalah sekarang ni walaupun rajin membaca blog dan selalu aje take note kalau ada kawan-kawan yang suggest port makan yang kita tak pernah cuba, bila nak keluar rumah cari makan aje, mulalah kepala blank tetiba. Tak tahu nak makan kat mana!
Makanya, macam selalu bila ada yang terliur nak makan di luar, tugas HD lah untuk menggoogle tempat makan baru katanya ...
Kita terjumpalah restoran ini ... Dekat aje ya dengan Cendol Wahab tu. Asal kejadian pun sebab si Abang nak makan cendol dan Mommynya teringin nak makan char kuey teow dek kerana sepanjang bercuti, langsung tak dibawanya kita ke tempat makan char kuey teow best-best nun di sana tu ^_^
Maka kita pun keluar rumah dengan harapan nak makan Cendol Wahab dulu! Bila dah sampai di kawasan Sri Rampai ni lain pulak kejadiannya. HD ngengada drive kereta keliling kawasan nak check apa lagi restoran yang ada di sini. Banyak juga ya... antara nak dengan tidak aje untuk mencuba!
Akhirnya Cendol Wahab jadi kenangan dan kita singgahlah di sini dah tetiba masing-masing kata lapar pulak!
Meh letak alamat dulu ya manalah tau ada yang teringin nak singgah ...
Kalau dah namanya restoran nasi ayam dah tentu-tentulah signature dishnya nasi ayamkan! Tapi masa membelek -belek menu (yang agak limited) terpandang pulak si char kuey teow tertera kat situ. Tetiba aje rasa termengidam tu datang ...
Pilihan memang tak banyak. Janganlah ngengada datang sini nak minta mi kari, nasi goreng Cina, mi tomyam, ikan siakap tiga rasa and blahblahblah ya! Memang tertelan-telan air liurlah sebab tak dijual di restoran ni ...
Inilah menu yang kami order malam tu...
HD, Bubbly Abang dan Adik Cute pilih nasi ayam; nasi ayam stim untuk HD dan nasi ayam biasa untuk anak-anak. Macam biasa nasi ayam stim HD punya tu I tak ambil gambarlah ya ^_^ Takut!
Tuan blog tetaplah nak cuba char kuey teow katanya. Kalau tak makan char kuey teow malam tu, memang dia nak merajuk tak mahu masak sepanjang bulan Januari gamaknya ^_^ Maka kenalah akur!
Set nasi ayam anak-anak memanglah sedap terutama ayamnya tu. Sedap sosnya tau, tapi nasi ayam HD tak tahulah apa rasa. HD kalau makan di luar memang sentiasa standby jadi DBKL tapi kalau di rumah sentiasa aje diet tau! So pada yang tak habis makan, janganlah risau kerana Daddy sedia menanti baki makanan!
And for my char kuey teow yang tak boleh tidak nak makan juga malam tu, okeylah! Buat lepas teringin nak makan char kuey teowkan... Kalau ditengok memang nampak pucat sikit tapi bolehlah kalau dah lapar dan teringin.
Dari segi harga agak murah. Nasi ayam stim untuk HD berharga RM7.50 manakala nasi ayam biasa untuk anak-anak pula berharga RM6.50 sepinggan. Char kuey teow lagilah murah, cuma RM5.00 aje!
Sebelum masuk restoran bukan main beria plan nak beli Cendol Wahab selepas tu tapi bila selesai makan, masing-masing geleng kepala tak mahu, ajak balik rumah cepat-cepat sebab dah kenyang ^_^

Tat Nasi Ayam @ Wangsa
No.7, Jalan Rampai Niaga 5
Rampai Business Park

Nasi ayam ni selalunya sedap bergantung pada sos dan ayam gorengnya tu MD..
ReplyDeleteTengok nasi ayam anak2 tu nampak sedap..
Char kuew teow tu memang nampak pucat tapi sedap ye..
CH pun dah lama tak makan char kuew teow tu..
Macam nak mencari juga petang ni..
Selalu kat pasar malam tu memenuhi selera CH.
Harga pun murah RM4.50.
Yang anak-anak makan tu memang sedaplah pada tekak saya ni, CH tapi yang HD makan tu rasa tak lalu pulak. Itu yang tak teringin nak minta sikit!
DeleteIni bukan char kuey teow tersedaplah yang pernah saya rasa. So-so aje rasanya tapi kalau tak silap (lupa pulak dah...) udang pun banyak! Kerang tak payah ceritalah, sekor pun tak nampak!
Char kuey teow dengan kerang sedapnya alahai, CH...
Md kenapa ek?
ReplyDeleteBila makan luar, kita selalu terliur mknan yg diorder laki kita.. try sikit memng sedap sgt.
esok2 kita g, order blk yg laki kita pesan hr tu... x sedap ah.
Hah, itu memang betul tapi sayakan memang tak pernahlah nak minta sikit suami punya. Takut kena sergah! Hahaha!
DeleteBiasalah tu PB kalau orang order kita nampak sedap lepas tu menyesal guling-guling dok fikir kenapa tak order macam tu juga! Bila kita order macam tu juga, tak sedap pun rasanya di anak tekak.
Itu namanya 'ngengada' kan!
Melepas lagilah nak try cendol wahab tu.. takpe.. next time.. ;)
ReplyDeleteIni kali pertamanya. Kali kedua tu barulah pergi makan kat 'Go-abe' tu. Entri pun dah kacau bilau ikut mood saya juga nih ^_^
DeleteTakpa selagi Cendol Wahab masih wujud, selagi itulah kita ada peluang nak merasa cendolnya. Tapi cendol kat Shah Alam tu lagi bestkan...
saya suka order abc bila makan di luar . selalunya , abc sampai dulu sebelum hidangan g diorder sampai . mmg terkulat2lah nak menghabiskan wey . .. sedap ayam merah tu ... ngences .
ReplyDeleteSaya pun suka abc tu tapi setiap kali saya order, adalah anak-anak ni yang skodeng segala isi abc saya tahu. Lagi satu, kalau keluar makan, saya memang selalu kena share dengan hero comel tu. Makanya, saya dapat saki-baki orang taknalah selalunya tau!
DeleteAyam tu memang sedap tapi takdalah sampai termimpi malam nak datang lagi ^_^
Slalu gak dulu makan kat situ..lama dah xg..slalu amik set 2orng mkan skali ngan air buah..sedapnya...jambu batu..xpun epal asam boi...
ReplyDeleteSaya baru aje terjumpa tempat ni. Dalam pada nak pergi tempat lain, terpergi tempat lain. Tapi memang banyakkan restoran kat sini. Lain kali nak jenjalan lagilah meninjau...
DeleteHD macam abang juga bila kami makan luar, tak habis dialah jadi tukang licinkan. Tapi kalau banyak sangat biasa kakak tapau bawa balik especially lauk-lauklah. Tapi kalau macam mee/nasi taklah tapau sebab kucing kat rumah tu tak makan nasi/mee.
ReplyDeleteBiasalah tu, kak. Siapa lagi nak habiskan kalau bukan HD? Saya ni kalau mampu, cuba juga jadi DBKL kadang-kala!Kalau tak mampu, memang tak dapatlah nak menolong. Kalau dibiarkan aje tak habis, sayang pulak. Membazir nanti! HD tak suka pembaziran makanan, tak baguskan!
DeleteDah kenyang mesti balik tau!! Cubalah bawak bawak exercise....ronda ronda dulu ke, ni nak tido jer memanjang hihi...
ReplyDeleteAyam dia banyak ke sikit Kak Ton? Mak ni kalau makan nasi ayamkan, kalau ayam satu mcm tak puas gituuuu....Lagi lagi kalau portionnya kecik. Adoiii rasa tak sampai usus huhu....
Kyew Teow tu kurang nampak mengghairahkan lah Kak Ton. Ada kerang ke tak tu?
Habis tu nak exercise apanya, Mak? Dah tentu-tentu keluar makan malam katanya... Adik Cute bukan suka keluar rumah lama-lama. Mesti nak balik sesaja. Dah balik rumah tu tau-tau ajelah, nak buat apa lagi. Tidurlah... Hahaha!
DeleteOkeylah ayam dengan nasi ayamnya. Ayam tu perapannya yang buat sedap. Ayam stim HD memang takda seleralah saya nak cuba. Tak nampak macam pedas, takdalah nak rasa!
Memang pun. Tapi perut lapar, semua pun sedapkan, Mak ^_^ Kerang ilek. Udang aje banyak!
murah-murah plak harganya. ayam masak merah tu memang menggoda!
ReplyDeleteMemang murah. Sekali makan kalau tak sampai RM50 tu kira murahlah sekarang ni. Kalau macam ni, bolehlah kita pergi berkali-kalikan ^_^
Deletesaya agak sos ayam tu rasa manis sikit ya, nampak mcm manis.. itu yg saya suka tu. tpi kalau sos nasi ayam manis, maunya papa naim komplen tak sedap..
ReplyDeletekami makan tat ni rasanya yg cawangan seksyen 18 dan cyberjaya, dh lama.. eh, rasanya nama nama makanan yg MD sebut ni dah lama tak masuk mulut saya, char kuey teow dan nasi ayam.. hik oloh, kemain diet ye.. ok, minggu ni saya dah kembali macam biasa, berat saya dh 47kg.. huhu.. jeles tak?
Tak berapa manis. Kalau manis tau ajelah saya ni, AN. Saya tak boleh terima ^_^ Nasi ayam anak-anak sedaplah pada tekak saya tapi HD punya yang stim tu, langsung tak menarik minat saya nak mencuba!
DeleteAmboi, 47kg! Sajalah tu nak warwarkan bagi kita jealous. Penimbang kita takda nombor '4' di depan. Hahaha!
ayam nampak menggoda
ReplyDeleteAyam yang ditunjukkan memang ada sikit menggoda, Mar ^_^
DeleteAaaaaa sedapnyaaa nasi ayam. Jalan jalan blog orang petang ni banyak pulak yang buat entry pasal makanan. Kejap lagi pergi pasar malam harus rambang mata ni kang. Hahahah !
ReplyDeleteSesajalah tu baca tentang makanan. Yang sebenarnya mesti ada plan nak makan di luar tu, Nani. Tengah mencari port terbaik yang orang review lah tu. Hehehe...
Deletedah lama tak makan nasi ayam..
ReplyDeleteteringin lah pulak
Lyn ni memanjang aje diet tau. Entah part mana yang gemuk sangat tu tak tahulah akak. Akak dok tengok slim aje! Pi lah cuba makan nasi ayam! Sedap tau!
DeleteTak pernah try lagi... tapi mmg nampak sedap nasi ayamnya tu... kue tiaw tu pun pada saya nmpk sedap... hahaha sebab kalau keluar mkn, saya suka minta kue tiaw... sbb kat rumah ni saga sorang je mkn kue tiaw.. anak2 n encik hubby tak mkn kue tiaw... so kalau masak kat rumah alamatnya tak bermakan la...
ReplyDeleteSaya suka char kuey teow lebih-lebih lagi kalau ada kerang. Walla weyh, terliur pulak bila mengenangkannya! Lepas ni nak aim satu restoran ni. Lama betul nak sampai, tak tahulah mengapa! Kena juga cuba walaupun sekali aje barulah boleh buat revie kata blogger ^_^
DeleteJeling2 gak nasik ayam hero MD tu nmpk sedap. Terliur tgk.
ReplyDeleteKlu sos x okey mmg lah x syok nk makan. Wah penggemar cendol ye? LM tak jmp lg cendol sedap. Selalu kecewa.. Sejak kawen makn cendol mertua je tp skrg ni sabtu ahad dia x berniaga mmg la blk kg x merasa cendol. Nnt nk carik gak cendol wahab tu
Yang penting sos nasi ayam tukan, LM. Kalau sos tak sedap, memang tak sedaplah jawabnya. HD punya nasi ayam stim tu sebab nampak putih aje, teruslah tak teringin saya nak cuba tau. Tapi anak-anak punya, tak habis saya tolong makan jugalah. Adik Cute punyalah! Bubbly Abang kalau part ayam memanjang aje habis dimakannya!
Delete