Salam 4 Rabiul Akhir kawan-kawan!
Hari ni kita siapkan dua entrilah ya ^_^ Mood tengah rajin menjelma, janganlah dibuat main. Tak tidur malam nanti mengarang entri dalam kepala!
Masuk tahun 2016 ni, my anak-anak bujang pun dah meningkat usia (maka, Mommy mereka pun makinlah tua ...) Si Bubbly Abang sudah 10 tahun manakala si Adik Cute pulak sudah 5 tahun. Namun, secara rasminya mereka ni lahir hujung tahunkan, makanya masing-masing belum cukup umur sebenarnya ^_^
Makin membesar my anak-anak. Tak lama lagi memang dah boleh masuk meminang anak-anak dara oranglah gamaknya. Hahaha!
Si Bubbly Abang pun dah tak macam dulu. Kurang keletahnya. Maklumlah sudah dewasa. Berkali-kali I ingatkan, dah masuk 10 tahun ni tak bolehlah act macam budak-budak sangat walaupun memang budak lagi! Kena bawa diri macam seorang abang yang prihatin. Jangan dok asyik nak kacau adik yang kuat menjerit tu!
Time solat Mommy dah tak mahu ingatkan lagi. Kena rajin buat sendiri. Jangan harap Mommy jerit aje tiap masa (Oopss...pecah rahsia Mommy mereka kuat jerit macam bini tarzan!) Belajar pun sama. Kena ada tanggungjawab sikitlah. Kalau tidak, macamana nak beli Lamborghini after 10 years nanti?
Semalam balik dari sekolah dah mengeluh sebabnya masuk aje Tahun 4, dah ada aktiviti ko-kurikulum. Sekolah Cina ni lain macam sikit ya, cikgu yang buat keputusan my Bubbly Abang kena masuk Kelab Catur, Persatuan Sains dan juga Taekwando. Sibuklah anakanda hamba ni menggoogle catur tu macamana nak mainnya! Keh3x.
Di Tahun 4 ni pun banyak subjek baru kena belajar selain daripada sistem peperiksaan yang akan ditukar lagi tu (pengsanlah my anak bujang tersado boleh jadi kurus macam ni bila semua subjek ada dua papers!) Nak kena belajar Sejarah, Rekabentuk dan Teknologi (err, betul ke nama subjek ni), ada poems lagi nak kena baca! Ish, kesian pulak I tengok budak-budak sekarang ni!
Semalam masa keluar bersama, my anak bujang pun dok tanya,
Mommy, have you ever heard of this song?
Which one?
Dia pun mulalah rap!
Berkerut dahi I dok fikir lagu apa yang dia sibuk menyanyi tu ...
Guess you don't know this song because it's from my book! I started first and then, some of my friends followed me!
Ada ke poem dalam buku di 'rap'kannya!
Teacher tau ke ni?
Takdalah! Masa teacher belum masuk kelas je kita buat!
Yalah, yalah...buatlah depan teacher kalau nak suruh teacher awak berkerut dahi!
Cuti sekolah yang baru ni, Bubbly Abang dah mula belajar bahasa Uzbek dengan Daddynya. Alhamdulillah, cepat tangkapnya tapi belumlah boleh bertutur sepenuhnya. Patah-patah perkataan tu dia tahulah dah ertinya. Bagus! Bagus anak bujang tersado Mommy ni! Lepas ni kita proceed with Russian language pulak!
Si Adik Cute pulak dah back to normal. Takda lagi adegan sedih pilu dan terharu mengenangkan nasib yang dah kena pergi Smart Reader lima hari seminggu. Dah pandai tunjuk jari mengira berapa hari yang tinggal kena pi sekolah, setiap hari lepas balik sekolah. Biasa jugalah ditanya soalan cepu lempang sejak awal tahun ni ~ Kenapa Adik kena pergi school banyak kali? Sekali tak cukup ke, Mommy?
Kalau nak simen batu-bata kat dinding bangunan yang baru dibina tu, tak pergi sekolah pun takpa, Adik! Tapi kalau ada hati nak mengurat anak dara orang dari dalam Lamborghini Huracan katanya, kenalah rajin belajar ya, Adik ^_^ Mommy baru aje nak hantar Adik terus masuk universiti lepas habis dua tahun kat Smart Reader Kids, ada hati tak nak belajar pulak dia ni... ^_^
Tapi macam biasalah, memanjang aje lupa belajar apa kat sekolah. Baru dua hari ni bawa balik homework a,b,c. Bila ada homework aje mulalah tepuk dahi,
Alamak! Adik belum buat homework lagi! Jom Mommy kita buat homework!
Asal nampak muka I baru balik kerja, masa tulah dia ingat homework! Tapikan, bukan dia yang nak buat. Dia jom-jom tu sebab dia nak suruh I yang buat homeworknya. Jangan haraplah Mommy buatkan ya!
Adik tak pandailah, Mommy! Mommy tolong buatkanlah!
Adik buat sendiri, Mommy tolong ajar okey!
My anak-anak ni bukan macam anak-anak you all. Selagi tak masuk sekolah, selagi tulah I tak suruh belajar. Penat tau belajar. Setakat mengenal a,b,c, dan 1,2,3 tu adalah. Belajar sampai penat memang takdalah dalam kamus mereka. Sebabnya I kesian kat anak-anak bila dah sekolah nanti penat memerah otak belajar! I bagilah mereka rileks habis-habisan sebelum mengenali alam persekolahan.
HD sama aje sepakat dengan I. Tak payahlah susah-susah nak ajar anak cemerlang, gemilang, terbilang sebelum mereka ke tadika. Nanti bila dah mula belajar, pandailah mereka catch up dengan rakan-rakan sebaya. Kata HD, kalau dah akal bijak, tetap bijak. Ya betul, tapi kalau bijak dan malas pun tak guna juga. Hilang kebijaksanaan tu akhirnya ... Sikap rajin tu yang kena tanam dalam diri mereka. Kalau bijak tapi tak rajin, tak guna juga!
Kata HD, sejak awal minggu ni memang Adik Cute tak sempat menangis bila sampai tadika. Sebabnya bila kereta Daddy sampai depan Smart Reader Kids, teacher dah menunggu bukakan pintu kereta. Terpaksalah dia akur. Nak nangis-nangis fikir teacher tu penyabar macam Mommy ke? Jangan haraplah ya!
Akhirnya pandailah dia bawa diri ...
Setiap hari sekarang ni ada aje cerita nak beritahu. Dah ada 'girlfriend' okey ^_^
Mommy, kenapalah Adik kena pergi school banyak kali?
Kenapa tak mahu pergi?
Adik malaslah. Teacher asyik nak marah jerk...
Teacher marah Adik ke? Nanti Mommy telefon teacher kenapa dia marah Adik!
Bukan marah Adik, dia marah si Maisarah tu! Maisarah tu degil sangat!
Laa...kalau teacher marah Maisarah, kenapa pulaklah dia yang tak nak pergi school ni? Konpiuslah cam gini!
Adik, tadi kat school belajar apa?
Alamak! Adik lupalah belajar apa tadi!
Adik ada kawan tak kat school?
Ada! Nama dia 'Adam' (padanlah mula-mula dulu dia pernah beritahu ada satu budak tu 'besar' macam abangnya, rupa-rupanya maksudnya nama budak tu sama dengan nama si abangnya ...)
Lagi ...
Maisarah!
Lagi...
Aha, budak perempuan yang cakap masa adik nangis tu, yang cakap 'Janganlah nangiss..nanti mak ko datanglah!' ! (Amboi, ber'ko', 'ko', belajar kat manalah ni...!)
Siapa nama dia?
Nama dia? Errr..... nama dia girlfriendlah!
Aduh! Sesak dada mendengarnya!
Tapi yang paling top dalam carta memang nama si Maisarah nilah!
Ni nak kena juga menyiasat 'bunga' di taman tadika ni... Nak juga tahu rupanya, siapa makpaknya. Hahaha...mengalahkan orang nak meminang pulak dah kekdahnya, MD oi!
Aha, kalau nak berkenalan manja-manja dengan anak-anak bujang I, memang kena melalui Mommynya dulu! Anak-anak I ni I nak 'coach' sampai jadi macam Katy Fauziah dan anaknya, Saheizy Sam!
'Hidup hanya untuk Mommy! Everything buat untuk Mommy bahagia!'
Aha, kalau my anak-anak ada motto macam tu dalam hidup mereka, habislah perempuan-perempuan di luar sana kena berdepan dengan beloved Mommy depa ^_^ Kah3x!
Nama gegirl top dalam first batch of friend list ni samalah macam kes si Bubbly Abang dulu-dulu. Asyik bercerita tentang Auni. Tapi sekarang Auni ni dah masuk dalam lipatan sejarah hidup si Bubbly Abang. Tak berkenan si Abang dengan bunga sekuntum ni. Entah siapalah agaknya yang menarik perhatiannya nanti ek ^_^ Mommy haruslah kena standby situasi macam ni; anak-anak dah makin membesar! Aduhai, jangan gelak over-over okey! Sakit jaws tu nanti, not my faultlah!
Oh, ya... dalam entri ni kan I ada beritahu my leg cramped. So Adik Cute ni pun mulalah sesi kaunseling kat I ...
Mommy, kaki mana yang patah?
Bukan patahlah, Dik! Kaki Mommy cramplah! (jawab Bubbly Abang...)
Diamlah Abang ni! Kalau sakit kaki tu, samalah macam patah! (Eh, nak juga menegakkan benang basah. I dahlah sakit tapi nak juga gelak..manalah HD tak kata I 'berdrama' sesaja!)
Mommy, Mommy! Nanti balik rumah, Adik massage kaki Mommy eh! Mommy kena makan nasi, makan ayam goreng, lagi... makan gula-gula.... Eh, gula-gula tak boleh nanti sakit perut! Mommy kena makanlah eh barulah tak sakit!
Terus dipeluknya Mommy tanda sayang sangat ^_^ (teringat masa Bubbly Abang sebaya Adik Cute, macam nilah perangai. Mommy ni centre of attraction tau! Apa-apa pun semua Mommy. Kalau Mommy takda, memang sedih betul alahai. Sayang sangat Mommynya. Bila dah besar sikit, terus nak menebeng kat Daddy lebih. Terharu Mommy jadinya....)
Apa-apa pun perangai, memang anak-anak ni menjadi buah hati pengarang jatuh I lah. Daddy mereka jatuh di tempat terakhir selepas mereka berdua sampaikan terlupa tarikh anniversary kali ni. Hahaha!

Hehehe. seronok baca gelagat anak bujang 2 orang ke sekolah.hihihi
ReplyDeleteKisah anak-anak memang seronok aje di mata mak-makkan, Lea ^_^
DeleteSaya pun suka baca kerenah anak kawan-kawan. Seronoklah keletah budak-budak ni. Kalau dah besar nanti, tak seronok jadinya melayan keletah depakan!
hahaha...lawak la adik cute ni...banyak nau peminat...jeng..jeng...jeng...sapa kah maisarah ??? motif takmo sekolah sebab Maisarah kene marah???...hahaha...bubly abang pon bijak ye macam2 bahasa dia nak belajo...bagos..sebab otak kanak2 ni kan macam span...semua pelajaran diaorang bole serap...cakap dgn bubbly abang takmo stress2 belajo je nanti mesti bole score punye...
ReplyDeleteHah, berdebar-debar pulak nak tahu siapakah gerangan si bunga 'Maisarah' ni ... ^_^ Baru 2 minggu sekolah dah pandai nak bergirlfriend, kalau beranilah buat betul-betul depan Mommy, memang kena babat dengan pembaris kontot ni nanti!
DeleteKan! Apa motifnya dia yang malas pergi sekolah sedangkan yang kena marah si Maisarah? Nampak sangat anakanda hamba ni pemalas tau! Ngikut sapa ntah tak tahulah! Hahaha!
Abang kena belajar lebih sikit bahasa. Jangan jadi macam Mommy yang berkeinginan aje tapi sampai sudah tak pandai-pandai belajar lain bahasa. Bukan tak pandai, tapi malas sebenarnya ^_^
Amboi adik dah ada girlfriend ye:) Kalahlah abang macam ni.
ReplyDeleteItulah MD budak sekarang ni belajar kita pun kena belajar sama. Tak apalah baca buku teks dia pun jadilah at least tahu sikit. Kalau tak nanti dia tanya kita tak dapat jawab. Kena lagi KBAT lagilah kita pun confuse dibuatnya tau.
Dah ada, kak ...
DeleteYang sebenarnya dia tak tahu nama budak perempuan yang pujuk dia tu masa kuat melalak tapi yang selalu nama disebut-sebut kat rumah tu si Maisarahlah! Kalau bercerita, memang tak mahu kalah. Abang kata dia kena masuk persatuan, kelab dan sebagainya, dia pun sama kena masuk persatuan, kelab dan so on. Macamlah dia faham apa maksud perkataan tu!
Buku anak saya semua dalam Bahasa Mandarin makanya saya kenalah juga tinjau buku SK sebab senang sikit nak ajar anak kalau tahu sukatan pelajarannya!
Assalam...terima kasih singgah kat blog kak Zai. Seronok kak Zai baca kisah anak2 MD. Comel kedua2nya bijak pulak bercakap.
ReplyDeleteWa'alaikum salam, Kak Zai!
DeleteMasa umur macam ni memang seronok melayan keletah anak-anak. Bila dah besar nanti, takdalah ni semuakan, kak!
Hahaha ingatkan akak jer yg terlupa tarikh anniversary..
ReplyDeleteMD pun sama ye..
Redha jer lah dah kilauan mas fasa 1..
Akak ni dah nak masuk fasa 5 punya kilauan emas..
Banyak benor lupanya..
Kenangan bersama anak2 sewaktu mrk kecil MD..
Esok2 kita rindu moment tu ;)
Dah petang hari baru teringatkan. Masa tengok kalendar tu, dok fikir 18kali juga kenapalah tarikh ni macam bererti aje! Tapi tetap juga lupa!Hahaha!
DeleteAdatlahkan CH dah masuk kilauan permata macam nilah gayanya. Nak buat macamana, kenalah redhakan!
Betul tu,CH. Makin mereke membesar, makin terasa keakraban tu berkurangan. Lagilah sedih macam saya ni, anak-anak bujang aje yang ada!
Keluhan tu mengalahkan mcm anak dah habis u tau Kak Ton ni...berangan nak bercuculah tu, tak sabo nak jaga kehkehkeh....
ReplyDeleteAbg ni kira kretiflah, nak cepat mengingat dirapkan poem tu. Kalaulah boleh digamekan mau jugak tu. Mommy apa lagi? Joinlah abang berrap hihi....
Mak pun lega tau kalau adik dah tak nangis, maknanya Kak Ton dah legalah ek. Nanti balik sapa jemput? Daddy ke?
Hish tak payahlah anak mommy sangat, kesian kat bini dia nanti. Semua nak kena mintak permission, dahlah mommy mertua kuat berangan pulak tu hish....masalah tu!
Hahaha! Biasalah Mak! Kak Tonkan kuat berangan katanya. Kalau sekali berangan memang terus sampai ke bulan dan bintang!
DeleteGelak dengar dia buat rap. Dia selalu suruh saya teka siapa penyanyi lagu baru itu, ini. So saya pun memang blank tak tahu, maklumlah umur dah senja, kurang dah dengar lagu 'anak-anak muda'!
Hari ni dia buat keputusan tak mahu pergi sekolah sebab dah Friday. Esok dan lusa cuti sekolah makanya tak payahlah pergi! Daddynya okeykan aje. Boleh gitu, Mak!
Memang anak-anak dijemput Daddy. Kalau Daddy takda barulah Mommy yang menyusul pergi menjemput. Daddy jemput anak senang, dari dalam kereta aje, main hon aje! Kalau Mommy ni mestilah nak kena parking dulu, keluar tunggu depan pintu pagar. Lepas tu bila nampak anak, lambai-lambai senyum dulu. Barulah berjalan kaki masuk kereta. Hahaha!
Eh, sukahati kitalah Mak! Kalau nak kat anak-anak kita, 'tawan' hati Mommy mereka dulu. Kalau Mommy mereka suka, InsyaAllah, senang kehidupan kamu nanti. Hahaha!
Kak Ton, makkan ambik anak mmg pesen HD tu....dua tiga buah keta kat depan dah hon bagi anak alert mak tgh queu dah hampir sampai....tak kuasa mak nak turun keta....
DeleteTapi yelah depa masih kecik ek....Mak pun dah lupa dulu dulu mak ambik camne.... Lupa pulak dulu van yg ambik hihi
Melampaulah Mak ni. Boleh dia lupa kecil-kecil dulu anak-anak dia naik apa balik sekolah. Mak, ni nak tanya, pernah tak berlaku terlupa ambil anak kat sekolah? Hahaha!
DeleteKak Ton ni Mak fikir boleh percaya ke van ambil anak? Padahal melambak van sekolah lalu-lalang depan rumah, untuk ke sekolah Abang pun ada tapi itulah, Kak Ton ni kurang menaruh kepercayaan kat orang lain! Hehehe ...
Kalau HD takda, masa tulah Kak Ton bagai nak rak kelam kabut tau nak ambil anak. Sengih-sengih cakap kat bos nak keluar setengah jam awal dan balik setengah jam lewat sebab nak ambil anak kat sekolah. La ni dua anak di sekolah/tadika berbeza, kalau HD takda, Kak Ton tak tahu dah nak buat macamana. Sorang keluar pukul 12.30, sorang lagi pulak pukul 1.20 petang. Kak Ton pulak lunch break sejam aje 12.30 -1.30 petang. Tak ke haru kalau Kak Ton yang kena ambil anak-anak? Kesian Kak Tonkan...
Ya Allah MD kaknoor salute lah dgn MD ni menulis dgn panjang lebar satu persatu cerita diflash back kembali kisah adik dgn bunga ditaman tadika tu, ber 'ko' 'ko' segala, first time kaknoor jumpa org yg tk bg anak nya belajar before masuk sekolah inilah MD sorang ni, normal org ramai akan berlumba2 ajarkan anak mcm2 sebelum sekolah supaya pandai senang nnt sekolah, percaya lah MD mmg unik !!
ReplyDeleteBukannya luarbiasa sangat, KakNoor. Saya ni memang suka menceceh. Kalau saya pandai memasak, habislah KakNoor nanti. Sebab itulah saya tak menjurus kepada bidang masakan. Keh3x. Pepandai aje!
DeleteSaya pun salute juga kat KakNoor ni. Ada cucu dah tapi masih aktif berblogging. Pandai snap gambar. Bab masak, tak payah puji melambunglah. Semua orang pun tahu KakNoor ni terror bab masak memasak. Saya rasa kalau KakNoor buat sambal belacan lepas tu ambil gambar pun boleh buat orang terliur lap-lap air liur tau menengoknya ^_^
Tak payahlah belajar sakan sebelum masuk tadika. Nanti nak kena belajar banyak tahun lagi (2 tahun tadika+ 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sekolah menengah + 4 tahun universiti) Memang lepas aje masuk tadika, memang aktiviti belajar tu tak akan tamat, KakNoor. Masa tu belajarlah sampai ke bulan, jangan tak belajar!
Abang dah tak merasakan si Auni tu molek budi pekertinya. Hahaha!
ReplyDeleteMemang dia tak pernah cerita pasal budak-budak perempuan dalam kelasnya. Balik-balik cerita kawan-kawan sekelas aje, itu pun lelakilah.
Sekarang ni suka berangan tau. Saya tanyalah berangankan girl ke apa tu? Selalulah dia mencemik sambil kata, 'Mana ada, Mommy ni!'
Hahaha!
oo darjah 4 baru ada koku ya. agaknya sebab sekolah rendah lagi jadi cikgu aturkan semua dulu. penat anak sekolah ni kan MD
ReplyDeleteSayakan dari anak masuk Tahun 1 beria-ia menunggu bilalah dapat pergi Hari Sukan sekolah. Tapi langsung takda. Sukaneka lari dalam guni ke, jalan sambil bawa bola dalam sudu ke, langsung takda tau! Rupa-rupanya kat sekolah si Abang ni, budak Tahun 1-3 takda sukan-sukan ni. Sukan hanya untuk 'budak besar' yang berada di Tahun 4-6. So tahun ni tak sabar pulak rasanya nak pakai spek hitam di bawah terik matahari tengok Hari Sukan kat sekolah anak! Hahaha!
Deleteanak MD yang 5 tahun sebayalah dgn anak no 2 saya, tapi anak saya lahir disember. mmg kecik je orangnya
ReplyDeleteOh, ada anak sebaya kita rupanya ya! Anak saya lahir awal November. Kira usia mudalah walaupun asal masuk tahun baru aje, consider dia dah besar setahun!
DeleteSeronok baca cerita anak2 MD ni tau...lucu .Betul lah MD anak bongsu kakak ni pun dari tadika dah suka kan sorang budak ppuan tapi dah sekolah rendah dah suka kan budak lain tanpa selindung pulak bagitau kita padahal anak2 yang lepas2 takde lah pulak macam tu.
ReplyDeleteHahaa...abang baru 10 tahun tu MD tak kan dah nak meminang anak orang.
Budak-budak sekarang bukan macam zaman kita dulu-dulu. Kita ni nak sebut boyfriend, girlfriend belakang makpak pun takut. Kalau setakat baru sekolah rendah dah pandai berboyfriend, girlfriend, memang nak minta celup kepala dalam kolahlah gamaknya. Hahaha!
DeleteSaya ni biasalah,kak! Memang Mommy yang over. Anak-anak kecil lagi saya dah berangan jauh betul. Maklumlah kita kena berpandangan jauhkan, kak. Kalau gitu, berangan pun kena jauh jugalah ^_^
saya ni pun jenis tak mengajar anak sebelum sekolah MD
ReplyDeletelebih kurang sama aje "fahaman" kita
bukan apa, takut stress...zaman kita dulu umur camtu kan main aje
so saya buat benda yang sama
nanti dah sekolah...taulah diorang semua tu
bilangan A pada saya bukan penentu kejayaan...lagipun saya tak penah dapat A
alhamdulillah kerja okay juga ni...hehe (sambil sengih cam kerang busuk)
adik cute! tolonglah jangan curang
mana nak letak aisyah yang setia ni...cehwah...haha
Yalah, YY! Kasihan tau budak-budak sekarang kalau bab belajar ni. Makpak berlumba-lumba nak tengok anak siapa yang paling cemerlang. Kasihanlah kalau katakan anak kita so-so ajelah. Nanti jadi down pulak mereka malas nak belajar! Pada saya time mereka nak main, mainlah puas-puas. Bila dah masuk sekolah, rasakanlah belajar puas-puas pulak. Saya pun sebenarnya bukannya susunan A yang dikejar sangat. Kalau dapat pun, alhamdulillah! Syukur saya ke hadrat Ilahi. Kalau tak dapat, bukan bermakna kita terpaksa beritahu anak yang kehidupan yang berjaya dah tamat untuknya sebab tak dapat keputusan exam cemerlang. Kata HD, sekolah kat Malaysia ni tak tahu sebenarnya belajar apa. Ilmu yang tak diguna pakai sangat bila kita dah masuk ke alam dewasa katanya ^_^
DeleteSaya ni straight A student, YY tapi biasa-biasa ajelah kerjayanya takdalah kata cemerlang sampai keluar masuk TV! Kalau saya tau dulu, lebih baik saya banyak main daripada baca buku. Keh3x. Itu yang saya nak terap pada anak-anak. Belajar kena bijak. Tempuh kehidupan masa depan dengan akal yang bijak. Harapkan keputusan exam cemerlang atas paper aje tak ke mana juga kenkadang!
eh dah habis dah ke
ReplyDeletebaliklah kalau camtu...nak nyinggah rumah lain pula ni
lepak kat rumah MD pun dah sampai petang
punya lama melayan MD membebel
neslo ais pun dah habis dah huh...haus la pula ni
ish...balik dulu lah
chow cincau! hehehe
Oh, since dia komen dua kali saya nak sambunglah reply dari komen di atas tu ^_^
DeleteAdik Cute belum mengenali erti curang lagi, YY! Sekarang ni dia baru belajar berkawan. Nanti-nanti dah akil baligh barulah memetik sekuntum bunga di taman. Sekuntum aje saya beri keizinan, takdanya 3,4 kuntum ek ^_^
Suruhlah si Aisyah bersabar! Semoga jodoh tak pergi ke mana, balik-balik kat situ gak. Hahaha!
Saya kalau orang datang lepak-lepak lama sangat memang rasa macam nak halau jer balik tapi memandangkan tetamu bawa rezeki, saya biarkan ajelah dia nak buat macam rumah sendiri ^_^
hehehe.. seronok ai baca entry ni dengan kerenah anak2 MD..
ReplyDeleteyou pun sama dengan ai, biarlah dia enjoy, masuk sekolah baru pulun habis.. apa yang kita fikir hampir sama sebenarnya.. ;)
Anyway tq sebab jengah baca entry ai.. ai je tak dan dan lagi nak jengah entry you MD..
Kerenah anak-anak memang seronok dilayan, Aiza. Masa ni lah kita dapat bermanja dengan mereka sebenarnya. Esok-esok bila dah besar kita dah tak menjadi keutamaan mereka mungkin :(
DeleteSaya malaslah nak paksa anak-anak belajar sebelum tiba masanya. Kasihan sangat terkial-kial belajar padahal sekolahnya lama lagi. Even anak saya dah sekolah pun takdalah saya paksa sangat kecuali kalau saya tengok bukan main berlemak tak buka buku, memang kenalah juga. Nanti bila dah mula belajar, memang takda berhentinya menuntut ilmu tu. Bagilah mereka peluang enjoy kehidupan kanak-kanak masa ni.
Sama-sama! Ada masa kita terjahlah, kalau takda masa tengoklah berapa bulan kemudian baru kita sampai ke sana, awak ^_^
habislah, bakal-bakal besan akak yg baca blog ni dah ada pesaing bernama maisarah..harapnya hangat-hangat tahi ayam cam abang ngan auni gak lah ye..
ReplyDeletebaguslah adik dah tak berdrama, senang lah sikit..biar dia rileks je tadika ni.masuk sekolah nanti belajar lah macam abang.takpun, jadi je penyanyi rap..hihihi
Hahaha... Masalahnya, akak tak kenal lagi si budak Maisarah ni, Sal. Ni nak kena risik-risik manjalah kat sekolah! Maklumlah asal kata bakal menantu aje, haruslah risikan tu dibuat dari sejak mula. Manalah tahu kekal sampai ke besar, ahah, susah nak pisahkan kalau tak suka tau! Hahaha!
DeleteSenang hati Mommynya ni bila Adik Cute dah takda buat drama sebabak depan pintu tadika. Lega banyak tau!
Nak dengar Abang rap ke? Eh, tak payahlah. Takut pulak ramai yang tersuka dan nak buat menantu nanti. Kah3x.
masa anak2 kecik ni lah memacam jadi.. jadi kenangan buat kita. now my kids all grown up.. rindu tau bila teringat karenah depa waktu sekolah tu.
ReplyDeleteBetul tu, Kak Yan. Kalau dah besar panjang nanti, dah takda indahnya keletah mereka. Silap haribulan, makan hati pulak kita ^_^
DeleteSaya yang anak-anak belum besar lagi pun dah mulai rindu zaman mereka kecil-kecil dulu. Lebih kecil daripada sekaranglah ...
Urmmmmmmmmmmmmmm tak lama lagi bermenantulah MD, jangan lupa jemput rakan2 blogger k..
ReplyDeleteHahaha... Tak lama tu, lama lagi sebenarnya! Takpalah, nanti saya siapkan senarai jemputan termasuklah rakan blogger yang saya kenali semua ^_^
Deletebestnya baca keletah anak2 MD ;)
ReplyDeleteTerima kasih sudi datang bertandang ya! Saya ni memang berblogging sebab nak menceceh tentang anak-anak ^_^
DeleteKat tv sebut isu racism kat sek cina, sy teringat pasal abang luth adam ni.. ok kot kat sekolah dia? Media sebut general je tu, takkan semua sekolah gtu kan? Risau la juga dengan pkembangan semasa dalam dan luar negara ni. Ancaman keganasan ni tak kira tempat skrg..
ReplyDeleteEh sama la ayat kita.. saya pun kalau membebel pd naim, sy sebut yg dia dh 6 tahun kena buat perangai mcm org besar.. haha..mcmla dh besar sgt anak ya.. tapi at least naim faham dia dh makin besar.. kalau cakap gtu pd nazif dia akan jwb, " mana ada, adik kan baby lagi".. memang tak sampai la mesej sebenar..
Kalau dh sentiasa cramp kaki tu kena makan vitamin b dan c cukup2 ya.. mesej kasih sayang ni sb sy pun sokmo kena marah dgn papa naim sebab guna alasan kaki cramp nak relax dan suruh dia picit2..
Auni dah ada pakwe lain kot tu? Haha.. budak2 kan berubah2 , mommy tulis sini nama2 awek abang, sampai abg besar nanti agaknya berapa ramai nama awek2 yang jadi perhatian abang ye.. jenuh weh kalau bakal mil abang nanti pembaca blog MD ni.. haha.. bahaya gak tu..
Saya pun masa mula-mula masukkan dia ke sekolah Cina ni, itulah yang paling saya geruni. Risau macamanalah kalau berlaku hal macam ni di sekolah. Tapi alhamdulillah, setakat ini okey sahaja. Akan datang tak tahulah, AN. Harapnya kita teruslah aman hidup di bawah satu negara ni! Kalau fikir banyak-banyak, memang risau memanjang jadinya!
DeleteSaya memang banyak kali tegur si Abang ni sebab macam tak sesuailah sekarang ni suka menyakat adik yang kuat menjerit tu. Tapi biasalah, dah namanya budak-budak lagi, dia buat tak kisah aje. Mommy pulak bila asyik buat tak kisah, memang kenalaha nanti! Mommy yang ini garang tau, AN ^_^
Si kecil saya kalau saya kata dia baby, sibuk menjawab, 'Mana ada baby lagi!' Maklumlah diakan gentleman tapi kuat melalak!
Hahaha... saya sejak dua menjak ni rajin pulak cramped. Selalu juga kena marah dengan HD sebab katanya memilih sangat makanan. Nasiblah kalau tak nak berubah! Umur makin meningkat! Aduhai, niat nak dapat simpati, akhirnya bertukar jadi dengki hati ^_^
Saya pun tak nampak lagi si budak Auni ni. Tak kenal lagi sebenarnya walaupun emaknya adakala terjumpa di luar sekolah mereka.
Nasiblah anak, kecil-kecil punya rahsia Mommy simpan dalam blog. Kalau bakal-bakal mak mertua jumpa, pandai-pandailah nak auta macamana... Hahaha!
ohhhh dorang beza 5 tahun ek. cute je tengok adik peluk abg tu hihihihi. Fateh Uwais tu skang kemain manja kededek abi. ape pun semua abi. tapi rileks la sikit ummi ni sebab dia mengempeng dengan abi. basuh berak pun abi. mandi abi. ok la ummi boleh tenang tenang sikit hahahahahaha
ReplyDeletedorang balik sekolah tu mesti syok dengar macam cite kan kak. time tula syok kalau mengusik sekali ekekekeke
Ingatkan lepas dapat Bubbly Abang, itu ajelah anak tunggal. Rupa-rupanya ada satu lagi rezeki Allah nak beri ^_^ Rasanya by now, memang inilah dua anak akak, Kira. Dua pun dualah, janji ada anak buat peneman di hari tua. InsyaAllah!
DeleteUsia macam ni memang seronoklah melayan. Lebih-lebih lagi kalau baru pandai bercakap. Banyak tau Kira yang mereka nak bebelkan. Kita tadah ajelah telinga mendengarnya!
adik tak nangis lagi erk? bagus lah. dorang ni dpn kita jer ngada2 lebih, tapi takde kita pandai jer independent.
ReplyDeleteErmmm dah besar dah anak2. seronok dgr cerita dorang kat school. sama mcm my grandson. excited sgt
4 hari pertama aje buat hal. Dah 2 kali Jumaat tak sekolah! Jumaat pertama tu demam sebab asyik melalak tak mahu pergi school agaknya. Jumaat kedua tu dia sendiri memontengkan diri! Takpalah kecil lagi. Kalau dah besar rajin ponteng, memang kena piat telinga tu!
DeleteMakin lama makin besar. Apa lagi yang kita nak expectkan, memang itu lumrah hidup. Selagi boleh enjoy dengan mereka, kita enjoylah sepuasnya!
MD pun pandai ckp uzbek jugak ye?
ReplyDeleteAnk2 MD lebih kurang je dgn ank org lain. Takda yg pelik bila ank kita ada yg meragam sikit ke apa MD. cuma LM selalu kagum org yg penyabar. LM ni layan ank ngamuk sampai urut dada takut kita terrr mengamuk sekali. Haha
Saya ni bahasa asing apa yang saya reti, LM... Bertahun-tahun kerja ngan Jepun pun tak boleh lagi tangkap simple words mereka! Saya ni pemalas walaupun berkeinginan tinggi. So manyak rugi worrr! Saya taknaklah anak-anak jadi macam saya. Makanya, sebab itulah Abang ke sekolah Cina dan InsyaAllah jika keadaan mengizinkan dan masih 'aman', Adik Cute pun kena pergi sekolah Cina yang sama!
Delete