Makanan Uzbek

Salam 17 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Hari ni marilah kita mulakan entri dengan gambar makanan ~_^

Makanan bukan calang-calang makanan ya! Jauh perjalanannya dari Tashkent ke Kuala Lumpur. 8 jam baru sampai kat KLIA. Selepas setengah hari arrived, baru sampai ke my rumah. Aha, kasihan makanan! Oleh itu, kenalah makan bersungguh-sungguh bagai tak akan berjumpa lagi makanan seperti ini! 

Nak tengok gambar gegar ah kak snap tak?

Mestilah nakkan.... ^_^

Alamak! Tak sempat susun pulak!

Okeylah ni susun macam ni! Dah tersilap potong. Ini bukan pizza ya. Ini roti keras ^_^ Makanan tradisi orang Uzbek. Kalau sehari tak jumpa roti ni, samalah macam sehari kita orang Melayu tak dapat makan nasi. Gian oi depa ^_^

Nampak tak corak tu? Setiap roti ada corak berbeza ya. Kalau nak ukir nama sendiri pun boleh jugalah rasanya. Nanti I suruh HD tanyakan kat Mami kalau nak ukir nama macam atas kek birthday tu boleh tak. Hahaha!

Aiyoo! As usual gambar gegar ke silap touch up ni. Yang putih tu entahlah apa nama, lupa nak tanya HD. Ianya yoghurt ya. Masam-masam gitulah. Yang hitam tu raisins sebenarnya ^_^

Ini kacanglah. Nama in Uzbek, tak belajar lagi. Sorry!

Alamak! Silap make up lagi. Maklumlah jurugambar bawah amatur katanya! I don't know the namelah yang pasti bukan doughnut okey. Comel jerk, cute mute saiznya. Sekali wallop masuk mulut terus tertelan!

Hah! Gambar the real ones tanpa make up yang melampau ^_^


Sebelum ni ada juga dapat 4kg coklat (Sedap wa cakap lu... macam Ferrero Rocher jerk rasanya tau!) tapi dek kerana sedap sehingga menjilat kertas pembungkus, makanya tak sempat disnap gambarnya ^_^

Okey, since hari ini hari Rabu (Eh, Rabukan bukan Khamiskan?) makanya ah kak 'hadiah'kanlah entri yang terpendek pernah digarap ^_^ 

Harapnya semua gembira dan lega sebab entri hari ni terpendek dalam sejarah penulisan meroyan Kak MD yerk ~_^

Byebye, ah kak nak berangan sampai ke bulan sekejap ^_^  

P.S. Macam nak berjaya aje buat WW. Takpalah slowly, slowly akan berjaya juga menggarap entri tanpa sepatah perkataan pun ~_^  

Comments

  1. macam menarik je roti tu. makan kena cicah dengan apa2 ke? contoh kari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka makan macam tu aje. Sambil-sambil minum kopi di pagi hari mahu pun di tengahari, petang bawalah ke malam ^_^

      Saya pulak tak reti makan roti keras ni tak cicah. Cicah kuah karilah lagi bestkan! Anak saya dibuatnya pizza roti ni tau *_*

      Delete
  2. Kacang tu nampak macam besar je... mesti sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar tu takdalah besar mana pun, Kakcik tapi sedap memang pasti!

      Delete
  3. Nampak menyelerakan pulak roti tu... mungkin ukirannya tu kot... mkan dgn apa agaknya roti tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak jenis ukiran boleh buat atas roti ni. Yang plain pun ada. Saiz pun berbeza; macam pizzalah ada personal, regular dan large. Extra large pun ada, Nora ^_^

      Mereka suka makan macam tu aje. Tapi kalau kitakan, memang nak kena cicah kuah yang sedap-sedaplah. Asam pedas tenggiri pun kalau buat pencicah roti ni, terangkat juga!

      Delete
  4. Next time ai singgah umah u, minum petang sambil makan roti tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggulah sampai kita rajin meroti keras ni. Sedap juga ya sambil-sambil gosip, sambil makan roti ^_^

      Delete
  5. Hero MD yg dua org tu mesti sukalah dpt habuan dari kampung daddy mereka (eh.. kampung ke? hihi..) Kacang tu dah boleh terus ngap ke MD? Besar betullah - geram kakak tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, kak. Kira kampung halaman Daddynyalah walaupun berlainan negara dan benua ^_^ Ni tengah menunggu bila coklat nak tiba ni. Mintanya 5kg lagilah ^_^

      Kacang tu terus makan, kak. Tak payah nak rebus ke, nak goreng. Kunyah ajelah banyak mana nak!

      Kalau banyak, nak juga bagi kawan-kawan. Ni sampai-sampai aje, licin kami sekeluarga kerjakan!

      Delete
  6. sedapnya pasti tu walau xpernah rasa...mai jauh pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu sedaplah, Kak. Kalau cicah dengan air milo/teh/kopi memang terangkatlah. Lain-lain makanan Uzbek ni ada juga yang saya tak boleh terima. Bukan salah makanan, tapi salah saya yang cerewet ^_^

      Delete
  7. wah sampai 4kg colkat tu dapat, bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah tunggu lagi 5kg nak sampai. Bilalah agaknya ...

      Delete
  8. sedap tu kak, jauh pulak tu orang kasi ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kalau sesekali sampai rumah, bolehlah buat hilangkan kempunan suami nak makan makanan tradisi mereka.

      Delete
  9. Untungnye ko dik dapat makan makanan dari jauh...naik kapal terobang lagi...kikiki...memang sume tu idok le penah akak nampak melainkan kacang tanah sesaje...sedap2 gamaknye ye...part cekelat tu ko memang tak patut tau...5 kilo tu sampai begambo pon tak sempat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang makanan nak sampai ke tangan ^_^ Kalau dah sampai tu, lupakanlah orang lain. Kita bantai makan sekeluarga. Hahaha!

      Nantilah coklat nak sampai lagi ni tapi tak tahu bila. Kali ni bila sampai, kita dulukan snap gambar sebelum makan yerk ^_^

      Delete
  10. Baru tahu kewujudan sejenis UZBEK..... rasa macam tak jelajah doooniaaaa lagi... sekali tengok tadi ingatkan mooncake...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... Uzbek ni kalau nak tahu paling popular sebab perempuannya cantik-cantik dan tettttt ^_^ Kenalah cari sendiri kalau nak tahu *_*

      Delete
  11. curlass roti uzbek...
    siap berukir lagi...
    Nak makan pun rasa sayang...

    Apa yg specialnya tang kacang tu MD?
    Tak sama ke dgn rasa kacang kita?
    Masa kat UK pernah juga beli yg jenis caler pink cenggitu, tapi yg kaler coklat jugak jadi pilihan...
    lebih rasa meletop bila buat kuah kacang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali kalau sampai rumah, mahu dekat 6,7 keping, Nur. Pelbagai saiz dari yang personal, regular, large, extra large semua pun ada. You just name it ajelah!

      Kacang tu sedaplah, Nur. Tak macam kacang tanah kita yang biasa kunyah tu.Saya tak pernah buat kuah kacang sendiri tau makanya tak tahulah apa beza kalau dibuat kuah kacang dengan ni.

      Delete
  12. Menarik! dapat la iols kenal makanan uzbek. hehehe.
    Kemain jauh datang nya. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nanti kita perkenalkan lagi kepada makanan uzbek yang lain-lain ^_^

      Delete
  13. Roti tu dah jadi makanan ruji mereka kan MD..
    Kita yg tekak melayu memang mencari nasi jer..
    Ingat lagi CH pergi Jordan masa konvo adik disana..
    Duduk saya 2 minggu.. boleh minta adik cari beras utk CH masak..
    Punya tekak melayu ni tak boleh benor masuk roti keras tu..

    Tapi sedapkan MD cicah dgn kopi panas... emmmm enaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, CH. Mana boleh sehari tanpa nasi katanya. Macamana nak diet. HD pun kalau ada dapat roti ni, memang pagi petang siang malam ini ajelah yang dikerjakannya. Tapi sebab dah lama kahwin dengan Melayu, kalau tak jumpa nasi tu, mengaduh juga. Hahaha!

      Wah, kalau cicah kuah kari ke, dalca tetel ke, tak pun sambal tumis ke, sedapnya lahai, CH! Terliur pulak tapi roti dah habis!

      Delete
  14. Hari tu tengok racangan Spice route chef pergi uzbek belajar wat roti. Nampak best sgt roti dorang, dahla besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga tengok Spice Route ni tapi yang episod kat Uzbekistan tu tak pernahlah pulak tertengok. Selalu juga kalau keluar cerita Uzbekistan, memang ehem-ehem kat suami sendiri, kotnyalah kalau nak tengok negara sendiri dalam TV Malaysiakan ^_^

      Delete
  15. mcm menarik jer yg mcm pizza tuh..
    mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti pelbagai jenis dan saiz. Sekali dihantar, memang kenyanglah kita seminggu makan roti ^_^

      Delete
  16. roti makanan ruji depa ya MD, sebab tu macam2 roti depa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Kira makanan ruji jugalah roti ni tapi yang paling utama mereka suka pilaf ^_^

      Delete
  17. saya pun suka juga kalau menu ala2 arab ni. tapi janganlah hari2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang Melayu kalau berhari-hari tak jumpa nasi, terasa lain macam sikit tau kat anak tekak ni ^_^

      Delete
  18. Nmpk sedap roti tu. tawar ke MD? Mcm
    Roti yg org mkn ngan ayam panggang kat arab tu ke rasa dia? Yg ala2 roti nan tu? Bercorak2 lg.. Kreatif dorang ni..

    Yg mcm donut tu menarik.. Rasa dia mcm roti ke MD? Ke rangup? Ecehh cuba membayangkan rasa , tak pernah mkn tgk pun dh teruja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawar aje, LM. Takda flavour. Cicah kuah kari, kuah asam pedas memang sedap kebaboomlah gamaknya.

      Lebih kurang kot sebab roti Arab tu pun saya tak berapa pandang sangat ^_^

      Yang macam donut tu pun rangup je. Buat kudapan sedaplah tapi yang ini kita makan sikit aje, bapaknya habiskan semua! Takda can nak buat kudap-kudapan tau!

      Delete
    2. Hahaha makanan dia. Lama dh dia rindu makanan tu mmg la laju dia ngap. MD mkn donut malaysia dh la .. Kikiki

      Delete
    3. Nampak gaya memang gitulah kekdahnya, LM. Kalau sesekali dapat, memang HD bantai lepas geram. Maklumlah bukan senang nak dapat kat sini. Nak suruh isteri memasak style Uzbek, memang lama lagilah masanya. Hehehe!

      Delete
  19. Wahhh roti diorang ala ala pizza kita kat malaysiaa. Heheheh. Bila entah dapat rasa makanan uzbek ni. Ehhhh. HAHAHAHAHA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pizza sebab ada ukiran macam-macam ^_^ Ada juga yang plain tak berukir macam ni.

      Kalau dapat banyak bolehlah hantar tapi by the time sampai, berkulat dah kot. Hehehe!

      Delete
  20. Cubalah describe rasa dia ngan structure dia macamana. Barulah senang mak nak baca sambil imagine sambil telan air liur. Hish....ni harap baca nama jer.

    Keras dia tu camne Kak Ton? Mcm roti margerine kering ek. Yelah kan dah katanya makanan kebangsaan depa haruslah gian bila dpt sesekali tu.

    Yg bulat tu pulak cair di mulut ke? Manalah tau ala ala biskut semperit susu ke hihi....

    Mak rasa yg mcm baby donat tu mesti sama mcm kuih dram kita. Sedap weyh kuih dram tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana nak describe dengan perkataan Mak... Kalau sedap tu nak describe pun tak tahu. Hahaha!

      Sajalah tu nak bagi tertelan-telan air liur. Kalau tak diberi, dah tentu tak dapat merasakan. Hahaha, nasiblah Mak dapat jiran pendengki macam Kak Ton. Meranalah badan ^_^

      Tak samalah dengan kuih neram tu. Takda rasa gula pun okey :)

      Delete
  21. roti rupanya ingatkan macam manisan arab tu ke. hihihihi. tapi syok jugak kawen dengan 'orang luar kawasan' ni boleh rasa makanan2 dorg pulak. memang totaly tak sama langsung la dengan kita ni hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan ruji mereka lebih kepada roti tapi kita ni biasalah, mesti nak makan nasi. Nasib baiklah suami akak ni dah get used dengan kehidupan di Malaysia ni. Adakalanya kalau tak jumpa nasi lama sangat, meminta juga!

      Delete

Post a Comment