Oh, my baby!

Salam 19 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Baru hampir sebulan di tahun baru, sudah 3.5 hari cuti I ditolak. Macamanalah nak cukup cuti sepanjang tahun kalau sikit-sikit aje nak ambil cuti!

Sejak minggu lepas my anak bujang tersayang sudah selsema. Masuk minggu ni dah kena batuk-batuk. Dan malam kelmarin, dah mula demam si kecil ni. Siksa agaknya 'putus cinta'. Sejak putus sudah kasih-sayang, lemah aje anak bujang I, si Adik Cute ni ^_^

Posing versi tak sihat. Kesian pulak Mommy tengok!

By the way, sebelum terlupa... nama si gegirl yang 'tak sayang Adik Cute'  tu I dah tahulah. Nasiblah dah masuk dalam senarai hitam, tak akan mungkinlah lepas 10, 20 tahun lagi terjumpa Adik Cute boleh nak berbaik-baik lagi, okey! Kata Adik Cute namanya 'Puteri'!

Puteri Santubong ke, Puteri Gunung Ledang ke, mahu pun Puteri Gunung Jerai ke, memanglah I tak tahu nama penuhnya! Pendekata siapa dengan nama 'Puteri' memang kena scan habis-habislah nanti dek Mommy Adik Cute ni ~_^

Kalau suatu hari nanti ada kawan-kawan Adik Cute yang nak jadi teman tapi terlebih mesra, memanglah Mommynya ni akan check education history sampai ke sekolah tadika okey. Just to make sure... Hahaha!

Berbalik kepada anak bujang tercomel dalam my hati ni, pecah dah rekod kedatangan tadikanya. Minggu pertama dah tak pergi tadika pada Jumaat pertama  kerana demam. Minggu kedua pun tak pergi tadika pada hari Jumaat sebab bila dibilang dengan sebelah jari, dah 4 hari dia ke sekolah. Banyak dah tu katanya. Lagi pun buat apa nak sekolah hari Jumaat sebab the next two days, Saturday & Sunday dah tak payah school. Maka Daddy pun happily tak hantar anak ke tadika, akur pada bijak pandai anak mengira hari katanya ... ~_^

Minggu ke tiga, dia pergi sekolah cukup 5 hari dan happy sangat sebab hari Jumaat tu, I yang pergi ambilnya di sekolah. Macam-macam cerita keluar sementara dalam kereta menuju ke sekolah Bubbly Abang. 

Katanya si 'ex-girlfriend' tu suka menyakatnya. Kejap-kejap pukul manja. Dia pun anginlah. Marah balik sambil kata jangan datang ke rumahnya lagi! Erkkk... pelik statement Adik Cute ni! Entah bilalah si gegirl ni pernah datang rumah!

Si gegirl ni pun satu! Kata kumbang bukan seekor, yang sibuk nak berbaik-baik semula dengan anak bujang Aunty ni apahal! Aunty dah nak marah ni 'mempermain-mainkan' hati dan perasaan anak Aunty yang suci murni tak tahu apa-apa ni! Keranamulah anak Aunty 'putus sudah kasih sayang' pada umur 5 tahun tau tak!

Makanya Mommy yang suka menghasut ni pun cakap kat anak bujang tersayang,

Lain kali kalau dia usik macam tu atau pukul Adik, cakap dengan Teacher Anita tau!

Eh, yalah! My anak ke tadika nak belajar abc, 123 tau! Bukan nak berkasih-sayang. My anak dah okey dah tu kena 'tinggal' dek girlfriend tapi si girlfriend ni pulak tetiba nak mengendeng jadi kawan semula!

So selepas cuti tiga hari sempena Thaipusam, pergi jugalah Adik Cute ke sekolah macam biasa walaupun selsema. Balik dari sekolah kali ni dia pun beritahu,

Mommy, gegirl tu nama dia 'Puteri'! Tadi kat sekolah pun dia pukul tangan Adik macam ni (sambil tunjuklah kat Mommynya part tangan mana yang kena pukul tu) Then, Adik cakap dengan teacher, 'Teacher! Teacher! Dia beat saya!' Then, teacher Anita marah dia! Lepas tu dia nangis macam ni... (sambil tunjuk lagi gaya budak Puteri ni menangis...)

Opsss... mendengar kata rupanya my anak bujang ni! Baru I nasihatkan, habis dah dia beritahu kat teacher budak gegirl ni kacau dia! 

Aduhai... nasiblahkan 'ex-girlfriend! Bukan salah Aunty mengajar anak ^_^ 

Berbalik kisah malam kelmarin, memang I tak cukup tidurlah ya. Tengah malam si kecil ni merengek sebab batuk, selsema dan bila I sentuh dahinya, aduhai panasnya! I pun cepat-cepatlah letak tuala lembab. Kat my rumah ni biasalah, kalau tak sakit semua benda ada tapi bila sakit, ubat batuk habis. Ubat demam dah expired. Ubat selsema expired juga! Cool fever pun takda! Semua pun ilek! Kalau kita beli buat stok, takda siapa pun yang sakit sampailah semuanya expire dengan sendirinya tanpa diguna!

I sendiri sakit badan duk tidur kat kakinya. Kang bila dia berpusing, berpusinglah I juga cari port baru nak lelap semula. Meringkuk pelbagai gayalah senang cerita! Awal pagi semalam teruslah sms bos kata nak ambil cuti anak demam!

Terus bawa si kecil ni ke klinik. Balik rumah, terus minta nak makan ubat! Belum cukup masa lagi pun, minta nak makan ubat lagi. Katanya tak tahanlah batuk macam ni, kena makan ubat selalu!

Yalah, Dik! Makan ubat pun kena ikut masa, ikut sukatan. Bukan main telan aje sebotol macam tu, walaupun nak cepat baik semula! 

Hari ni pun demamnya belum kebah lagi. Pagi-pagi lagi teacher kat Smart Reader dah called bertanya khabar. I pun katalah my anak demam, batuk dan selsema. Okeylah kata teacher tapi jangan lupa nanti minta Mommy datang tadika untuk ambil HOMEWORK si Adik Cute. Cuti tiga hari nanti bolehlah buat homework sambil berehat!

Aduh!

Kalau ikutkan Mommy, homework pun Mommy tak bagi buat. Rehat ajelah ya. Tengok kartun. Main Lego. Baring-baring berehat cam tu. Kata sakitkan. Tapi dah teacher minta ambil homework si Adik Cute, terpaksalah nampaknya pepagi esok pergi ambil homework si Adik Cute!

Teacher kata next Tuesday bolehlah Adik Cute datang tadika semula. Bila tanya kat Adik Cute, katanya cukup-cukuplah kena pergi sekolah. Buat apa nak pergi sekolah hari-hari. I pulak kata kesian si minah sorang tu nanti tak dapat nak kacau Adik Cute sebab lama sangat tak pergi school. Selamba aje jawabnya,

Biarlah!

Yalah, cakap budak tak cukup umur macam tulah. Yuran Smart Reader bukan sikit alang. Boleh pengsan nanti Mommy kalau Adik Cute tak mahu pergi tadika tau!  Baru sebulan sekolah, dah 5 hari tak datang belajar. Minggu nilah paling meriah. Sehari je pergi tadika. Sejak Rabu lepas tak sekolah sampailah Isnin minggu depan dia bercuti. Memanglah tak tahu nak kata macamana bila kena pergi sekolah Selasa depan! Mahu merengek aje lebih!

Biar Daddylah uruskan. Kalau Mommy yang uruskan, mahu lagi mengada-ngada. Pagi tadi pun dia dah merengek bila dengar I nak pergi kerja. Katanya dia sayang Mommy. Lagi suka kalau Mommy duduk rumah. Lepas tu sempat lagi dia fikir,

Eh, kalau Mommy tak kerja, nanti Mommy tak dapat gaji pulak.....

Ahah, tahu pun takut! 

Bukan takut apa... takut tak dapat apa yang dia nak aje! Dengan Daddy, tak usahlah berangan jauh sangat. Semua pun kalau boleh a big 'NO' jawabnya ~_^   

Apa-apa pun moga demam Adik Cute cepat kebah. Kalau tidak, bukan aje hati Mommy yang susah, badan Mommy pun penatlah alahai.... ^_^ 

   

  


Comments

  1. Semoga Adik Cute segera sihat sepenuhnya...

    Ex-gf Adik Cute mesti 'memendam dendam dalam diam' tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Dah sihat si kecil ni cuma masih ada batuk bersisa lagi. Selagi tak habis ubat batuk kat rumah tu, selagi itulah dia terbatuk-batuk minta ubat!

      Jangan-jangan hari ni jenuh bergaduh dengan ex-gf, Kakcik ^_^

      Delete
  2. anak saya pun minggu lepas rasanya 2 hari je pergi sekolah.. demam on off.. minggu ni je nampak sihat sepenuhnya.. Sama la anak saya ni susah nak sakit. bila sakit mengelabah maknya check tarik exp ubat2.. Makin comel pulak adik cute lepas putus cinta. patut ex gf tergila gilakn dia.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy sakanlah dia tak perlu pergi sekolah. Hari-hari kita tanya, hari-hari jawabnya tak boleh pergi sekolah sebab demam, batuk dan selsema. Tapi masa 3 hari demam tak kebah tu takutlah juga si emaknya. Rasa nak bawa pergi hospital check darah. Nasib baiklah kebah juga demam. Lega bila tengok dia mula angkat kaki nak ajak boxing dengan Daddy!

      Ex-gf tak tahu yang dia dah kena blacklisted dek Mommy Adik Cute. Mommy Adik Cute jangan main-main, memang over tau ~_^

      Delete
  3. Aduhai demam pulak si adik cute..
    Cepat sihat ye sayang..
    Nanti ada orang rindu tak dapat sakat adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah baik dari demam sejak dua hari lepas, CH. Lega Mommy dapat tidur lena semalam ^_^

      Delete
  4. Mommy tak bolehlah nak ukur jalan sambil jalan jalan cari makan minggu ni kalau dah adik cute demam. Tak perlah, kasi chancelah minggu ni mommy duk rumah sambil melengko lengko depan TV

    Adik cute ni asyik nak mengelat memanjanglah kalau bab pergi sekolah. Taulah baru putus cinta! Hihi...Kalau ye pun janganlah menonggeng sangat dikkk...

    Moga adik cepat sembuh yee....tak perlah jugak tu Kak Ton, adik cute senang makan ubat, cepatlah baiknya tu


    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyh sonyap yo.....sambung cuti laie ke hari ni

      Delete
    2. Memang tak mengukur jalanlah, Mak cuti kali ni. Mengukur jauh katil aje. Rasa nak lepas geram landing atas katil berdengkur aje tau! Lepas anak baik demam, emak pulak mata tak leh lelap cepat-cepat. Kalau tidak, nikmatnya alahai tidur ^_^

      Delete
    3. Amboi, Mak! Rindu bangat ke?

      'Tanpa kusedar, aku tersebut namamu! Di dalam mimpi...' tetiba nak nyanyi lagi Siti Fairuz ^_^

      Delete
  5. Moga cepat sembuh ye adik cute. Mirip sgt ngan muka abg bila adik makin besar ni.

    Mesti puteri santubong rindu nk pukul2 manja tgn adik lg.

    Pas demam dan cuti panjang agak liat jugak ni nnt nk pujuk g sek balik ni MD. bertabah la... Memula je. Nnt dh ada geng dia merengek la tu suruh hantar awal ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua puteri kat tadika tu rindu nak bermanja-manja ni, LM. Hahaha!

      Entah apa ceritanya hari ni pergi tadika. Jangan-jangan melalak pulak. Takda pulak Daddynya mengadu apa-apa. Okeylah tu agaknya. Dia pun rindu nak minta dibabat di tangan katanya ^_^

      Delete
  6. semoga adik cute cepat sembuh ye aamiin
    puteri.. puteri siannya ke awakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ciksu. Alhamdulillah, Adik Cute dah kebah dari demamnya.

      Eh, kenapa kesian kat Puteri? Kena kesian kat Mommynya tau manalah tahu lepas 10,20 tahun persahabatan bertaut kembali. Mommy tak sanggup nak terima gegirl yang menghancurkan hati Adik Cute masa kecil. Hahaha!

      Delete
  7. semoga cepat sembuh hensem boy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah sembuh si kecil ni, Kak Yan. Terima kasih atas doa ^_^

      Delete
  8. Hahahaha. Dah 4 hari pergi sekolah, hari kelima dah tak nak pergi. Bagus adik ni dengar cakap mommy suruh bagi tahu teacher. Belajar rajin2 dik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal 2,3 hari pergi tadika mesti komplen lepas tu. Asyik nak ngelat aje kerjanya. Ni kira dah baiklah dapat seminggu duduk rumah. Lepas ni takda ponteng lagilah!

      Delete
  9. semoga demam,selsemadan batuk adik cute dah kebah . bebudak klu demam mmg kesian . blh jadi kurus . my kakak klu anak dia demam , dia balut badan anak tu dengan tuala basah atau mandikan lama sikit . setakat ini , berkesan ... bila bab makan ubat tu , saya teringat my anak buah sakit dan bengkak di bahagian dagu . balik dari klinik , makan pil memanjang wpun baru beberapa jam makan pil . lepas seminggu sakit tak kebah juga sampai ponteng sekolah . bila doktor cek , rupanya gigi bungsu nak tumbuh ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah kebah pun Vee! Cuma batuk tu masih bersisa lagi. Nasib baik Adik Cute tekun bab makan ubat ni!

      Saya tengok badannya panas tiga malam berturut-turut, saya mandikan aje. Bila dia sibuk kata sakit perut, sakit kaki, dah mula risau. Bimbang sungguh apatah lagi sekarang ni macam-macam penyakit timbul. Nasib baiklah kebah demamnya. Lega rasa hati!

      Delete
  10. alolo.. sian adik cute, Get well soon dear.! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah sembuh dari demam si kecil ni, Aina ^_^

      Delete
  11. mmg musim demam kot ye...anak saya si adik tu pun 3 hari tak dapat gi sekolah...sebab demam panas...suhu cecah 40...huhu...
    semoga hensem boy cepat sihat ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang musim demam agaknya, Wahida ^_^ Kalau anak-anak yang demam, memang susah hatilah dibuatnya.

      Delete
  12. moga cepat sembuh yer...mummy risau sangat tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Dah sembuh dari demam pun, Ema. Biasalah kalau anak-anak tak sihat, memang Mommy yang susah hati lebihkan!

      Delete
  13. drama cinta ni patut buat novel..mana tau jumpa 20 tahun lagi..pembuli itu suami aku..kihkihkih..nakal ye Puteri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang membuli si Puteri. Tajuk tu dah silap, Sal. Isteriku, pembuliku. Hahaha!

      Oppss... tak akan approvelah tajuk macam ni. Dah 'lepaskan' silalah lepaskan terus anakanda aunty ni yerk. Takda dah kasih nak bertaut-taut kembali lepas 10,20 tahun!

      Delete
  14. Semalam patutnya dah boleh pergi sekolah tapi tengok hingus pun meleleh tak reti nak lap, batuk pun masih kuat, tak sampai hati pulak nak suruh dia ke sekolah. Cutilah, Dik!

    Tapi hari ni takda alasan lagilah. Malam semalam nampak elok aje maka pagi ni haruslah pergi sekolah!

    ReplyDelete
  15. moga adik cute cepat sihat...
    musim demam lah skrg ni. my niece & cucu2 sedara lyn pun demam gak..
    cuaca tak menentu barangkali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah kembali menghiruk-pikukkan rumah si kecil ni, Lyn. Harapnya takda siapa lagilah dalam rumah ni yang demam. Kalau kita sendiri demam, kita tak larat. Kalau orang lain demam pun, kita sama tak larat!

      Delete
  16. hahahaha adoii adoiii doii macam2 budak2 skang ni kan. kadang rasa nak gelak kadang rasa serammmm erkkkk. tapi mujur adik cute masih lagi 'anak mommy' kalau tidak jadi mangsa penderaan emosi pulak kihkihkih. moga mommy sihat2 nanti, biasanya lepas anak sihat mesti mak nya pulak yang sakit2 nguuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia kata tak sayang Mommy, memang Mommylah pulak tumbang lepas tu. Demam terus!

      Akak jarang jatuh sakit tau, Kira. Tapi kalau sakit, memang landing atas katil aje. Macam kapal karam keadaan rumah jadinya. So harapnya, janganlah jatuh sakit!

      Delete

Post a Comment