Tuesday, January 12, 2016

Saja suka-suka menaip tanpa tujuan ...

Salam 2 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Eh, I ingatkan hari ni hari Rabu! Laju aje I nak mencuba buat Wordless Wednesday! Manalah taukan mulut ni boleh dikunci, jari-jemari boleh diperlahankan rentak menekan keyboard dan akal boleh diberhentikan seketika idea-idea yang datang mencurah dengan WW! Rupa-rupanya baru hari Selasa! Lambatnya alahai nak hujung minggu @_@

Sebenarnya I lapar ni sebab tak makan breakfast. Bawa bekal untuk lunch sahaja. Dah dua hari I sampai pejabat pukul 6.56 pagi. Tercanguk sorang-sorang dalam kereta. Nak pergi beli breakfast malas pulak. Pagi tadi, tengah asyik memasak nasi lemak tetiba gas habis! Nasib baik nasi lemak dah siap masak. Sambal tumis pun dah siap. Yang penting ayam goreng pun dah siap bergoreng. 

Bekal anak-anak pun dah siap tersedia. Cumanya masa merebus telur dan memasak air, tetiba gas habis. Maka pagi ni tak dapatlah anak-anak I minum Milo. Daddy pun tak dapat makan oatmeal ^_^  Air panas dalam termos dah habis! Depa ni pulak tak suka guna air panas kat water dispenser. Cerek elektrik pulak baru menimbulkan masalah dan belum berganti. Betul-betullah nasib tak baik!

So, since dah berborak tentang makan-makan, sarapan pagi dan sebagainya, marilah kita terus borak tentang makan demi melayan kelaparan yang 'menggigit ^_^

Bulan ni dua kali ya kami di pejabat akan makan percuma. Kalau kata percuma tu maksudnya perbelanjaan bos-boslah yang akan tanggung dan itu juga bermakna restoran yang menjadi pilihan dah tentu-tentulah restoran Jepun! Bulan ni akan menyaksikan my HOD bertukar wajah ^_^ Bos yang ada sekarang ni akan dipindahkan ke Holland manakala bos baru pula akan diterbangkan dari Canada ke Malaysia! 

Yeah! Yeah! Yeah! Dapat bos baru! Mulalah semua pun kena baru. Pengalaman pun barulah!  Akak nak start spring cleaning meja kerjalah macam ni!

Marilah tengok apa menu yang I tibai masa welcome party untuk my immediate boss yang baru joined kami bulan lepas. Ini kejadian minggu lepas. Kalau tengok macam tak kenyang aje tapi baru makan nasi dengan grilled salmon, dah tak tahan nak sedawa tau ~_^

Salmon Shioyaki Set (Lepas makan, balik pejabat terus mengantuk!)

Jangan terpedaya dengan salad dalam bowl tu. I kalau makan di sini, memang selalu buat sistem barter dengan rakan terdekat yang duduk di sebelah ^_^ Kita memang dah berpakat-pakat siapa nak makan apa dan nak tukar apa suka sama suka. Biasanya I cuma makan nasi, grilled salmon dan chawan mushi. Lain-lain dalam hidangan tu I serahkan pada my kawan suruh langsaikan mana patut. Lepas tu silalah hulur chawan mushinya kat I pulak tanpa teragak-agak! Tak akanlah I nak ambil sendirikan! Hahaha!
 
Makan percuma yang lagi satu akan diadakan pada 20hb. di restoran yang samalah sempena welcome party untuk bos baru dan farewell party untuk bos lama. Dah lama I bekerja di sini tau dan I rasa menu yang ada kat restoran Jepun ni dah muak I belek-belek. Balik-balik kupilih salmon! Dah nak muntah rasanya tengok muka salmon ni! Tapi apakan daya, siapa suruh memilih sangat bab makanankan! Tapi takpalah, bab salmon ni I memang suka. Hari-hari makan salmon pun takpa ~_^

Tengah fikir ni nak makan apa untuk the next makan-makan percuma... 

Yang pasti memang salmon tetap akan jadi pilihan cuma menu utamanya tu tak tahu dah apa nak dimakan! Kalau dapat macam ni best juga tapi ini bukan Japanese food ^_^

Kak Ton dengan kentang, berpisah tiada ^_^

Okeylah, I malas nak merapu dalam entri ni. Lepas-lepas nilah tengok macamana pulak kemerapuan yang tercipta ya ^_^

  

 

 


44 comments:

  1. mampu ke MD buat entri wordless Wednesday ?? Kalau ada confirm rasa blog MD macam kena hack je hahaha... Saya makanan jepun ni yang paling suka sushi jer.. yang lain2 tu tak pernah nak ingat nama.. makan je tahu. Almaklum tak berapa lidah jepun nak menyebutnya. makan je mampu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tadi nak membuktikan kemampuan! Tiba-tiba baru hari Selasa rupanya. Makanya tak jadilah WW kita minggu ini. Esok, malas nak ceritalah. Idea dah bersarang penuh dalam kepala ni ^_^

      Akak pulak tak makan sushi. Tak sukalah yang mentah-mentah ni. Kalau makan salmon pun mesti yang bergrilled punya. Lazat habaq hang ^_^

      Delete
  2. Untungla selalu tukar2 bos ni..dapat makan free selalu.. huuu. Tak kisahla kat tempat yg sama pun ye..

    Ai. Kemain kak ton, sempat pagi2 bersilat kat dapo masak nasi lemak lagi. Canggihnya tahun ni.. hush kagum weh.. mujur gas habis arini ye.boleh buat modal buat cerita kak ton tahun ni dah rajin buat breakfast berat.. adoi.. kagum la weh.. siap lengkap lagi ayam, sambal bilis, nasi , lagi nk buat telur rebus. Adoi. Cayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal ada yang baru datang, ada yang nak balik, memang makan-makan percumalah kami. Budget RM40 seorang tu. Kalau dapat bos yang baik, kita suka-suka sendiri anjakkan budget tu lepas tu suruh bos bayar. Bos kan kaya! Gaji double triple ganda daripada kita. Itu tak kira gaji yang masuk kat home country lagi. Mana boleh kedekut-kedekut. Tak berkat. Hahaha!

      Eh, saya memang dah rajinlah cuma malas nak canangkan aje. Tahun ni saya memasak sebelah pagi. Petang dah rehat kecuali nak tambah-tambah lauk ^_^

      Nasib baik timun dah habis. Kalau tidak, lengkap nasi lemak course saya tau ^_^

      Delete
  3. Salmon..ada masanya boleh makan.ada masanya rasa geli geleman. Syoknya boss belanja. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan suka sangat Japanese food ni tapi lebih baiklah daripada terpaksa telan Korean food. Bab salmon aje yang saya suka. Lain-lain tu memang tak boleh hadam!

      Bos kalau belanja budget kadang-kadang besar, ikut kemurahan hati depalah ^_^ Kita bantai aje makan apa nak!

      Delete
  4. En Suami kakcik pun suka sangat makan salmon. Kakcik tak suka, baik kakcik makan kentang putar atau coleslaw je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka kentang putar, Kakcik tapi bukan yang KFC punya tu. Yang itu dah muak sesangat rasanya!

      Salmon ni saya boleh aje telan hari-hari asalkan berpangganglah. Sedap tau, Kakcik ^_^

      Delete
  5. terbaik tau akak..akak laa satu2 nye blogger yg tanpa gambar pun leh celoteh panjang2...kalo lieya mmg surrender kak oiiii haahahaha...semata2 harap pada gambar ajek laaaa...

    kak, nasi lemak pagi ni....wooowwww...best2....sedap2...tu le kak, mujur sempat siap menu utama....tang air tu tak dpt nak tolong leee masing2 heheeheheh.... lieya bab gas tu laa lemah kak....mujur ade multicooker....kat putrajaya dah start pakai salur gas tu...mmg dont worry le gas abis nie...tapi tu laa nak pasang tu mcm2 peel le plak...kene book apointment lah, reno sikit dapur...install salur gas laaa...gedebak gedebuk mau 3 minggu gak tak masak gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun akak dah berjaya buat complete set nasi lemak di subuh hening, akak masih lagi konpius macamana Lieya sempat memasak segala bento aneka jenis untuk anak-anak. Bento anak-anak akak simple je makanya takdalah makan masa lama. Akak buat slot sejam aje kat dapur tetiap pagi dan akak dah try banyak kali tak banyak tau lauk-pauk boleh disediakan kalau masak nasi putih. Paling koman pun dua jenis lauk jer. Akak dah ikut segala petua Lieya pepagi hari tapi itulah, camna nak jawab ni... Naklah juga pepagi masak nasi tomato ke, ayam tergolek ke, ayam panggang berlemon ke, tapi tang mana yang akak nak kejarkan dulu dalam 1 jam sepagi di dapur tu, Lieya! Cer habaq sikit!

      Err...tang itu akak anggap pujianlah ya! Makanya terima kasih banyak-banyaklah sebab suka layan akak berceloteh tanpa usul kat dalam blog ni ^_^

      Delete
  6. Ohhhh.....bekal tengahari tu tak boleh makan untuk pagi ek? Kena tunggu jugak pukul 1 baru makan.
    Pergh!!! Disiplin mcm tentera tuuuu...

    Weyh....habis tu boss pompuan tu ada lagi ke tak? Tak delah ni ek...

    Mak tengok salmon tu mcm sikit jer. Kalau tekak mmg tak puas tu. Ke Kak Ton dah makan yg separuh lagi... sajalah tu.... konon konon makan sikit...

    Mak masa keje dulu pun ada sorang kawan yg tak suka makan sayur, untung kalau makan tengahari dgn dia sebab sayur dlm lauk dia semuanya pindah kat pinggan mak hihi... Dialah yg rugi, tak dpt pertukaran apa apa, sebab mak, apa pun mak bedal hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekal tengahari kita lauk pauk semalam yang tak habis ^_^ Balik petang semalam kita menggoreng kacang panjang berkentang macam nak buat kenduri pastu siap teringin nak makan ikan tenggiri jeruk goreng berbawang bagai alahai omak den! Makanya pagi ni terpaksalah kita bawa bekal saki-baki semalam. Nak suruh anak-anak makan, katanya nak jadi mak mithali, tak akanlah nak makan lauk pauk semalamkan!

      Kitakan asalnya ada 3 bos jadi 2 lepas tu akhir Dec tetiba jadi 3 balik. La ni yang betul-betul besar (dan tua) yang nak blah. Makanya kita dapatlah bos besar yang muda sikit ^_^ Bos perempuan tu baru sampai tahun lepas, mahu lagi 3 tahun baru boleh balik negara sendiri ^_^ Itu okey je, maklumlah madu-madu Yutaka Takenouchi katanya ^_^

      Memang banyak tu aje salmonnya, Mak. Tapi tahulah nasi jepun ni nampak aje seciput. Lepas makan terus malas nak gerak, ngantuk Mak oi! Saya pun rasa tak cukup aje salmon tu tapi apakan daya, sopan santun haruslah dijaga, makanlah apa adanya ^_^

      Delete
  7. CH tak pernah makan kat Restoren Jepun ni MD..
    Tak tau lah macam mana rasa kesedapan makanan Jepun ni..
    Nampak sangat orang kampung CH ni kan hahhaha..

    Tengok nampak sedap tu MD..
    Tak tahulah boleh masuk kat tekak org Melayu terakhir ni hihihi..

    p/s tak ada email dari MD tu.. tapi tak apa lah ni no WA Jamilah tu 0122882994. Cuba WA ada tak lagi cempedak tu ye MD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan boleh masuk sangat. Tengok juga apa menunya. Selalunya memang saya bantai grilled salmonlah. Adakala bila tak tahu nak makan saya siap minta garlic fried rice lagi, CH. Hahaha! Nampak sangat tekak Melayu tu menebal dalam diri ^_^

      Terima kasih ya CH beri nombor telefon ni. Nanti ada masa saya WA kawan CH ni. Terliurlah ingat cempedak jerk!

      Delete
  8. Ok, aina tunggu akk update rabu utk WW. hihi
    Ermmm sedap nya grilled salmon.! Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baiklah Aina jangan tunggu. Akak ni propa je lebih. Yang sebenarnya memang tak pernah buat WW. Akal ni panjang sangatlah. Banyak idea nak ditaip sampai tak boleh berhenti jari jemari tekan keyboard tau!

      By the way, terima kasih ya sudi singgah teratak akak ni ^_^

      Delete
  9. Terima kasih singgah blog kakak.
    Banyaknya cobaan pagi ni ya...nasib baik dah siap masak .
    Kakak pun sejak Johor cuti jumaat sabtu ni masih lagi konfius hari ni ingat dah rabu .
    Kakak ni lagi lah jakun dek makanan jepun ni tak boleh masuk kat tekak kg kakak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih, kak. Lama dah teringin nak menyinggah tapi itulah kesuntukan masa nak blogwalking. Hari ni free banyak, saya terjahlah ya ^_^

      Saya pun bukan selalu makan makanan Jepun, kak. Tak semua boleh in dengan anak tekak Melayu saya ni. Kalau nampak merah cili, lagi saya suka berbanding dengan makanan Jepun macam ni. Harga aje yang mewah tapi takpalah bos yang bayar ^_^

      Delete
  10. saya pun kalau bawak bekal lauk semalam tak habis kadang tu takde selera pun ada. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lauk pauk semalam tak habis, memang akaklah yang kena bawa pi kerja. Nak recycle suruh anak-anak makan, kasihan pulak. Itulah kalau masak macam nak buat kenduri. Inilah jadinya...

      Delete
  11. Cemana HD gayakan makan oat tu ye?

    Saya ada sepeket besar oat konon nak diet. Tapi tak boleh telan le oat tu. Dgn air panas aje sudah, susu pun sudah, taruk milo konon bg sedap sikit pun sudah. Tetap tekak susah terima hahaha...

    ke ada cara lain lagi nak bagi sedap? Sebenarnya takut kena marah dgn suami sebab saya yg request suruh beli tapi macam jadi tukun je kat dapur tu bila tak dimakan2 =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni jahat tau. Hari tu pakat-pakat awal tahun nak breakfast oat bersama-sama tapi sampailah ni, suami aje yang makan oat tu. Selalunya HD makan kosong aje curah air panas lepas tu letaklah raisins ke, apa-apa buah yang sedap ke, tapi saya ni selalu dengki, letak susulah, letak inilah, itulah!

      Hahaha...biasalah masa membeli teruja lepas tu dok peram buat stok sampai expiry kat celah mana dalam kabinet tu. Saya pun rajin juga buat perangai macam tu!

      Delete
  12. untung lah dpt makan free dgn bosses. nak complaint pun cam tak best lah pulak kan. Janji free. Heheheh..
    salmon sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan budget dianjakkan ke RM45. Wah, enjoylah kita orang memilih menu ^_^

      Janji makan free, kita makanlah sungguh-sungguhkan, Lyn ^_^

      Delete
  13. Memang setiap pagi ke MD memasak?saya memang setiap pagi masak nasik sebab anak nak bawak bekal nasik dengan ayam goreng.kalau nasik lemak biasanya saya masak nasi tu sebelum tidur.ayam pulak saya rebus siap2 malamnya supaya pagi tu goreng tak la lama sangat...jimat sikit masa pagi2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulai tahun ni saya masak sebelah pagi, Diana. Petang dah tak masak lagi sebab nak beri tumpuan pada dua anak yang dah mula bersekolah. Nak luangkan masa lebih dengan mereka. Kalau bab sayur-mayur tu, kalau ada yang HD nak, saya tambah ajelah masak petang. HD pun dah mula buat hal tak mahu makan malam katanya. Nak diet ^_^

      Bekalan anak-anak yang simple aje. Anak-anak saya tak suka makan berat di sekolah. Lepas siap bekal mereka saya memasaklah 1,2 jenis lauk. Nasi pun saya masak pagi. Dalam masa 1 jam tulah saya tergopoh-gapah buat semua. Masuk pukul 6 pagi, nak uruskan diri sendiri pulak bersiap-siap ke tempat kerja!

      Delete
  14. ASSALAM XPERNAH LAGI MERASA MAKANAN JEPUN NI WALAU SUSHI TEKAK X TERTELAN...SELERA ORG KAMPUNG BETUL KAN..KAK NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Kita orang Melayu ni kalau tak rasa lemak berkrim, rasa pedas-pedas cili, macam tak seronok aje nak makan. Kalau pekena sambal belacan, lagi best kak dari salmon ^_^

      Delete
  15. AKAK ! Tulias pasal nasi lemak dengan ayam goreng pun buat perutku menyanyi nyanyi riang tanpa segan silu. Hahahahaha! Terbayang banyang dah rupa nasi lemaknya. Hihi. Dugaan betul di pagi hari kan. Aihh mashed potato tuu nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyanyi sama takpa tapi jangan makan sama! Kata nak diet azam tahun baru ni! Hahaha!

      Anak akak si Bubbly Abang makan bertambah 3,4 kali! Katanya sedap alahai nasi lemak Mommy. Yalah, anak Mommykan. Puji-pujian mesti lebih. Betul ke sedap tak tahulah sebab akak sendiri tak makan pun semalam!

      Delete
  16. salam MD
    aduhh lama nya tak kesini, dok busy macam2 nasib baik masih ada address jumpa jugak akhirnya sebab tengok salmon tu yg terhingin sangat trus terbang memalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, KakNoor!

      Saya pun lama tak ke sana. Rindu nak tengok gambar masakan KakNoor yang ohsem tu!

      KakNoor preparelah masakan berasaskan salmon pulak. Manalah tau saya teruja nak buat juga nanti ^_^

      Delete
  17. Salam MD, sushi ni bunda kurang sangat...umai tu bolehlah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua orang suka makanan Jepun ni, Bunda. Tapi kalau tanya pada saya, makanan Jepun lebih berasa di tekak saya ni berbanding dengan makanan Korea. Yang itu memang saya tak boleh telan!

      Delete
  18. Apa yg pasti bagusnya kalau selalu tukar boss akan ada majlis makan-makan sedap. Tak kisahlah pilih salmon ke apa janji foc:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun sekali bertukar boss, kak. Kalau bos ada 3 orang, memang enjoylah time mereka nak berwelcome, farewell ni. Tapi itulah, tetap tempat yang sama. Jemu, duh!

      Delete
  19. Dah bertahun tak merajinkan diri buat nasik lemak.malasssss sangat. Sayang nk tinggalkan bantal. Sekarang ni rasa nk tumpu pd masa rehat utk diri sendiri je lah kononnya. Ekeke(tamak tido)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni dah dua kali saya buat nasi lemak untuk breakfast/lunch, LM. Datang rajinnyakan. Yang sebenarnya saya tak tahu dah nak masak apa pepagi tu. Kalau baca blog orang lain yang tayang resepi, dan-dan tu nak buat itu ini tapi bila masuk dapur rumah sendiri, lupa pulak apa menu nak dibuat. Itu ajelah yang paling senang. Saya ni pun rasa macam tak cukup tidurlah! Maklumlah sebelum ni tidur cukup tapi sekarang sebab tidur pukul 12 malam dan bangun pukul 5 pagi, tetiba rasa tak cukup tidur 8 jam. Hehehe!

      Delete
  20. Nasib sempat masak lauk bekal. Memang stress klo gas habis time waktu puncak. Iols pernah gas habis. Nasib ada NOXXA si periuk ajaib tu. Sminggu lebih gak lah bertabah masak dalam piuk ajaib. Air plak masak pakai kettle letrik. No kedai gas hilang sbb HP rosak. Nak gi kedai somi sado malas nak angkat tong gas...ppffttt...

    Errkkk...tukar bos lagi. Best nya dapat bos baru. Sedap plak nengok makanan2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekal makan anak-anak bukan susah sangat, Fiza. Yang simple-simple aje. Mereka tak suka makan berat waktu rehat. Lepas tu barulah saya memasak untuk makan tengahari/malam. 1 jam aje bajet masa tiap pagi makanya tak bolehlah masak yang ohsem-ohsem. Simple-simple lauk-pauk aje.

      Dua tahun sekali tukar bos maknanya kalau ikut rutin, 2018 nanti baru bertukar bos lagi ^_^ Lama tu :)

      Delete
  21. Seronok la dapat boss baru pastu makan2 free lagi...anak2 akak baru2 ni mengaruk dah gidam nak makan sushi...bercinta akak nak bawak...lemah gemalai seluruh tubuh...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak makan sushi tapi kalau grilled tu okey lagi. Ni untuk makan percuma minggu depan, risau hati ni hah tak tahu nak order apa. Hahaha!

      Delete
  22. bestnya dapat makan2 percuma
    saya semua sendiri...bebaru ada juga bos belanja
    resipi rahsia...jadilah...ada juga daripada takde

    saya tak penah cuba makanan jepun
    geli tekak rasanya...haha
    nampak cam mentah tu, segan nak masuk mulut
    tapi tengok orang lain makan cam sedap aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, minggu depan makan percuma lagi! Tapi itulah, dah berapa kali tukar menu atas kertas. Tak tahulah nak makan apa!

      Saya pun setakat sushi memang takdalah saya nak merasa walau sedap macamana sekalipun! Saya tak boleh telan yang mentah-mentah ni. Sebab itulah selalu aje pilih grilled salmon!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...