Selamat Tahun Baru 2016

Salam 23 Rabiul Awal kawan-kawan!

Lamanya tak merapu dalam blog! Tak rindu kat kita ke? 

Sebenarnya I belum mula bekerja lagi. Masih bercuti sampailah Rabu nanti. Dek kerana ada sejam masa terluang sementara melopong menunggu anak-anak pulang dari sekolah, I pun on lah laptop ...

Kali ni memang lamalah I cuti bekerja. Dua minggu lebih rasanya. Rasa macam tak mahu pergi kerja lagi tapi apakan daya, duit dah habis ^_^

Seronoknya alahai jadi surirumahtangga sepenuh jiwa-raga, tapi sekarang ni terasa sunyi-sepi rumah bila anak-anak takda. Bila mereka ada di rumah dan memekak 24-7, I pun memekak sama; suruh semua diam jangan buat bising! Bila mereka takda di rumah, mati kutu pulak! Tak tahu bila masa boleh 'memekak'. Sunyi betullah terasa... macamanalah nanti bila dah tua gayut yerk, memang sadislah perasaan sunyi sepi sambil merenung mata laki bini, sesama sendiri. Hehehe...

Oh, ya! Hari ni Adik Cute dah memasuki 'alam persekolahan'. Yang sadisnya, uniform tak dapat lagi! Maka terpaksalah anak bujang tercomel I ke tadika tanpa uniform. Nantilah kita borak panjang tentang my anak-anak bujang,

Tahun ni ingatnya nak buat azam baru tapi malam tahun baru yang lalu I sibuk tengok bunga api belakang rumah sampai terlupa nak berazam. Berkejar-kejaran suami-isteri nak tengok 'munge' api! Hahaha... Makanya, I malaslah nak pasang 20 azam yang biasanya satu pun tak terlaksana. Tapi, tapi, tapi... I memang berharap tahun ni menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun lalu dan kehidupan kami sekeluarga lebih terarah kepada jalan yang diberkati dan diredhai oleh-Nya. InsyaAllah!

Begitu jualah doa I untuk semua rakan yang dikenali baik di alam nyata mahu pun di alam maya. Walaupun kita tak pernah bersua muka dan bertentang mata, I anggap semua kawan-kawan alam maya ni macam my adik-beradik. I love you all so, so much ^_^

Dan, apa-apa perkara baru yang I telah mulai buat atau akan buat pada tahun ini, biarlah I aje yang tahu ya ^_^ Harapnya semua akan berkekalan 'sempurna' sehingga ke penghujung tahun @_@

By the way, tak payahlah tanya bila nak tambah ahli keluarga! As I mentioned many times before, usia dah meningkat. Kilang pengeluaran pun dah ceased operation ^_^ Cukuplah kami empat beranak memekak dalam rumah ni. Itu pun dah lintang-pukang dunia kecil dibuatnya ...

Oh,  sebelum terlupa ... terima kasih pada kawan-kawan yang masih bertandang ke sini walaupun I lama tak update blog. I bukan malas nak update tapi memang sengaja tak mahu update sebab seronok bersantai bersama keluarga ^_^ 

Insya Allah, tahun ini I akan cuba merajinkan diri dengan merapu macam tahun yang sudah. Tapi yang sebenarnya, I malas nak merapu sakan sebab usia pun dah berkurang setahun sejak masuk tahun baru ni. Lebih baik menimba lebih banyak ilmu agama daripada merapu tapi masyaAllah, memang bukan benda mudah nak dibuat. Hahaha...

Okeylah, I nak start memasak sebab anak-anak dah nak balik sekolah dalam sejam nanti. Tak sabar nak tahu cerita si Adik Cute tentang his first day di kindergarten. Bubbly Abang pun kasihan juga sebab tahun ni kelas di tingkat dua. Kasihan anak bujang tersado I kena turun naik tangga. Mesti penat, dapat I bayangkan macamana. Buku-buku pun alahai, macam nak terkoyak beg sekolah dibuatnya! 

Eh, better stop nowlah! I ni kalau jumpa keyboard memang tak reti menahan jari-jemari dari menari-nari riang. Takda full stop nanti entri pertama di tahun baru ni.

Selamat tahun baru 2016 ya semua. Biar terlambat asal terucap ~_^ 
 
  


Comments

  1. cuti kerja 2 minggu rupanya, ingat berhenti terus..lamanya akak x update blog, siap ngumpat ngan jiran sebelah u/mak mertua yang kononnya akak gi balas dendam cuti2 terengganu.hehe.selamat tahun baru kak MD!selamat kembali bersekolah for both adik and Abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berhenti terus, tak update dah blog selama setahun! Sibuk menikmati hidup sebagai surirumahtangga sepenuh masa katanya ^_^

      Aha, akak nampak Sal mengumpat. Nasib baik tahun lepas punya cerita! Akak dah maafkan. Hahaha!

      Memang akak pergi bercuti tapi tak sampai Terengganulah. Baru pergi, tak mungkinlah nak pergi lagi @_@

      Delete
  2. Selamat tahun baru MD.. semoga diberikan segala yang terbaik utk tahun 2016..
    Hari ni jd surirumah ye.. sama la.. ira pun jd surirumah jgk. Letihnya x terkata.. baru aimy sorang pun da terpekik2 berckp ngan dia.. suruh 10x dia buat xtau je.. sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Ira. Baru hari ni ngap sikit nak tengok-tengok blog katanya. Menguruskan dua anak macam menguruskan sepuluh orang kecohnya! Tak cukup kakitangan dibuatnya!

      Delete
  3. Selamat tahun baru.. semoga tahun 2016 ni ada banyak kejayaan datang dalam keluarga MD ye..dari anak2 tentunya..kan??Adik dah sekolah ke?/ala..mesti comel nanti pakai uniform...dia tak gaduh ke nak bawak lego dia , kereta semua tu?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Diana! Amacam, kecoh tak hari pertama anak naik sekolah? Mak-mak berpengalaman setahun dua jagung macam kita ni mesti okey ajekan ^_^

      Oh, tak! Dia tak ingat pun mainannya. Apa tak, beg sekolah omaknya yg uruskan. Dia tukang angkut naik kindy jerk!

      Delete
  4. Happy new year kak. Semoga thn ni adalah thn yg lebih baik dr sebelum2 nya.
    owh yer, sama cam Lyn takda azam pun. Sbb tiap2 thn tak tertunai pun. asik carry forward jer. Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year, Lyn! Harapannya begitulah. Semoga apa yang Lyn hajati pun tertunai di tahun baru ni ^_^

      Azam tu pasang tak pasang, tetap juga jarang terlaksana. Hahaha!

      Delete
  5. Amboi2 dia cuti 2 minggu lebih.. tang mana dapat cuti lama2 tu? Aritu bukann ke kata dah tinggal nyawa2 ikan bilangan hari cuti tahunannya? Compuse ni.. huhu.. inilah kata kalau MD, semua jadi! Tapi jeles weh.. dah kena kerja ni, ada lagi orang yang bercuti sampai rabu? Nape tak lajak sampai jumaat terus? Hihi.. lari sblm kena delete msj ni..

    Ha.. alang2 cuti, hari ni mesti ada kisah ari pertama adik di sekolahnya kan? Haha.. kasi best ya..

    Bagus azam nk menimba ilmu agama tu.. insyaAllah, moga istiqamah ...utk saya sekali doa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua minggu lebih lebih sikit, AN! Ahah, jangan konpius. Office kita memang hujung tahun cuti panjang. Kita ambil 2 hari jerk terus jadi 2 minggu. Mana ada orang suka ambil cuti awal tahun tapi kita siang-siang dah bercuti. Manalah cuti tak cepat habis!

      Cerita banyaklah AN tapi tak tahu mana satu nak taip dulu. La ni rasanya kena autopublishlah. Tak cukup kakitangan. Hahaha!

      Delete
  6. Salam Tahun Baru 2016 mak Ton haha....Rasanya tahun baru ni mak nak istiqomah panggil 'Mak Ton'lah haha....Tak puas hati ar tu....

    La cuti lagi ke? Nak masaklah tu kononnya....Emmm, yelah sangat, kotnya beli lepas ambik adik cute tu hihi....

    Yelah....moga azam kak Ton terlaksanalah tahun ni yek. Mak mmg tak pernah ada azam punnnn.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, Mak ni awal-awal tahun dah nak ajak gaduh mulut! Tunggulah sampai bulan Feb ke baru ajak bertikam lidah. Tang mana yang vogue dan kontroversinya nama Mak Ton ni, Mak oi! Tak cun langsunglah! Saya bangkang!

      Well, untuk orang yang bekerja dapat bercuti jadi surirumahtangga sepenuh masa ni satu nikmat terindah tau. Mak of courselah tak faham sebab memanjang jadi suri sofa kat rumah tu! Hahaha!

      Samalah Mak ya! Moga apa-apa yang Mak hajati tu tercapailah tahun ni. Nak menang bercuti free ke, nak ajak main drill dengan PakJilap ke tak kisahlah apa-apa pun. Moga terlaksana. Tapi bab tambah anak tu Mak fikir-fikirkanlah semula ya Mak..... Hahaha!

      Delete
  7. selamat tahun baru 2016 MD..owhh adik cute dh school ye..bubbly abg baru tingkat 2 kot..klu kelas tingkat 4 lg ok..kasi excercise sikit biar makin sado.hehe..

    lama betul cuti.heavennya jadi MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, PK. Yalah, anak kita dah 5 tahun, dah patut-patut pergi belajar menimba ilmu pulak ^_^

      Mommynya yang terlebih kesian tengok anak panjat tangga tapi tahun nikan saya takdalah duduk depan pintu kelas. Ada sikit rasa malu. Hahaha!

      Delete
  8. Selamat Tahun Baru 2016 MD..
    Lama betul cuti tu MD..
    Seronon berjimba-jimba dirumah tu..
    Untunglah tu.. akak minta cuti 5 hari jaga Nabil berkhatan pun payah nak lepas..
    Gunakan masa ni sebaik mungkin MD..
    Seronok masak , tunggu mereka balik sekolah..
    Teringat akak dulu2.. Bila akak cuti dan mereka sekolah itu sangat gembira buat mereka..
    Siap kata mama tak payah kerja lah.. best mama buat macam ni tak lah hari2 mama terkejar-kejar..
    Tapi apakan daya hutang keliling pinggang..
    Layan kan juga kerja tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama tahun baru, CH. Memang seronok kali ni bercuti sampai rasa malas nak pergi kerja. Tapi macam CH jugalah, tak kerja takda duit sendiri nanti!

      Anak-anak pun pelik memanjang saya ada di rumah. Rasa berat hati nak memulakan tugas pejabat sedangkan hati masih lagi di rumah bersama keluarga.

      Delete
  9. sy kalau cuti lama mmg rasa mcm malas betol nak masuk kerja balik....adehhhh...nk kena start enjin balik laaa....sy pun baru jer balik dr cuti 2 minggu jugak....hihihi....bersemangat beul nk blik kpg utk bercuti...tp bila dh bis cuti...muncungg jer....hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, DM. Akak pun kalau dah berlama-lama bercuti, memang malas ler nak start kerja balik. Rasa macam kena halau dari rumah aje kekdahnya!

      Ingatkanlah bila dah lama cuti, semangat membara bila masuk kerja tapi tak jugakan... ^_^

      Delete
  10. Lamanyaa menghilang akak ni. Heheh. Busy buat persiapan abang dengana dik nak sekolah ke? Selamat tahun baru. Have a great 2016 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama, Nani. Akak berehat-rehat di rumah ^_^ Eh, tapi tak juga rehat namanya. Lagi haru-biru dibuat dek anak-anak adalah! Persiapan tu dari awal cuti dah sediakan tapi biasalah, balance-balance tu nak juga tunggu last minute. Barulah indah hidup katanya!

      Selamat tahun baru buat Nani juga! Semoga segala yang diazamkan, tercapai ya tahun ni ^_^

      Delete
  11. Takmo ckp apa.. Nk kata mmg rindu sgt kat MD!!

    Ank ada dpn mata mmg suruh diam. Bila takda rasa kosong sgt kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I miss you toolah, LM. Tapi apakan daya, bila sibuk tak dan nak 'berlayar' rumah kawan-kawan! Kalau ada masa, memang nak bertapa aje kat rumah you all tau tak ^_^

      Betullah tu. Terasa sangat sunyinya bila anak-anak takda. Lepas ni makin keraplah timbul perasaan macam ni dah anak-anak dua-dua pun dah mula bersekolah!

      Delete
  12. Selamat tahun baru MD. Baru nak wish. SMoga tahun ni lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Fiza. Takpalah janji berucapkan. Saya pun lambat sungguh bab-bab buat ucapan ni semua. Maklumlah, dah tua ^_^

      Harapannya begitu jugalah. Semoga awak sekeluarga pun beroleh keberkatan dan lebih kebahagiaan pada tahun baru kali ni ya!

      Delete
  13. assalamulaikum!
    ada orang kat rumah tak? nak melepak ni
    kali ni tak usah risau pasal air...standby by sendiri dah
    sat hirup neslo ais jab...aaahhhh...lega!!! =)

    wahhh...lamanya cuti MD wei! syoklah ye
    ke mana aje lelama tu...tak akan suri rumah sepanjang 2 minggu tu?
    cam tak caya aje...tak p tawaf mana2 shopping mall ke?
    saya cuti 2 hari aje, tapi plus public, 5 hari jugalah...
    aisyah tak sekolah lagi, so takdelah sunyi sangat...
    adalah juga peneman kat rumah...abang takde, behave sikit dia

    awal sangat nutup kilangnya MD wei
    mak saya ada 6 orang anak pun kata sunyi rumah
    lagilah kita yang 2 ketul ni aje...haha
    niat di hati ada, rezeki yang takde nak nambah
    at least ada jugalah kan buat teman gaduh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam besan....

      I ada kat rumah ni. Tengah melopong baca entri kawan-kawan. Entri sendiri tak siap lagi. Hahaha!

      Nasib baik dah tahu bawa diri ya! Tak payahlah susah-susah kita keluarkan berjenis air dalam peti sejuk tu. Jimat sikit kos buat air Neslo. Zaman sekarang ni, guna air batu hidangkan tetamu pun kena kira betul-betul berapa ketul nak letak. Rugi oi banyak guna ais!

      Bestlah kali ni cuti lama-lama. Seronok sakan duduk kat rumah melayan keluarga. Adalah saya keluar dari KL sekejap tapi itulah sampai la ni entri tak up lagi. Tunggu cerita dah boleh dibuat throwback kenangan terindah kot, barulah nak up ^_^

      Cukuplah YY, dua aje. Saya ni dah tua. Bukan maintain 13 tahun forever macam awak tu. Awak lainlah, kalau diizinkan Allah, memang nak anak sedozen kan, kan, kan ^_^

      Delete

Post a Comment