Friday, January 8, 2016

Smart Reader Kids

Salam 27 Rabiul Awal kawan-kawan!

Sekejap aje dah hari Jumaat, bermakna dah seminggu kita di tahun baru ya!

Hari ni my buah hati @ Adik Cute tak pergi tadika. Dah demam pun... Ada di rumah berehat-rehat santai. Semalam bila I balik, suaranya pun dah serak. Hidung dah tersumbat dek selsema. Berpuluh kali dia beritahu yang kemungkinan besar tak dapatlah dia nak ke tadika hari ni sebab badan rasa tak sihat ^_^



I diamkan aje tak menjawab bila dia tanya boleh ke tidak kalau dia tak ke tadika. Lepas tu bukan main sibuk suruh I bagi dia makan ubat demam cepat-cepat sebab dia dah demam dah tu... 

Ikutkan ajelah...

Selepas berbincang dengan HD, I pun ambillah keputusan suruh HD tengok keadaannya pagi ni. Kalau badan panas dan memang nampak lesu, tak payahlah dihantar ke tadika. Biarlah dia berehat di rumah. Kalau nampak okey, hantarkan ajelah. Tapi kami berpakatlah jangan sampai dia tahu yang kalau demam aje, tak perlulah ke tadika. Nanti dibuat modal pulak. Nangis MommyDaddy nak membangkang fakta nanti ^_^

Masa I nak keluar rumah menghantar Bubbly Abang, sentuh juga dahinya. Takdalah nampak macam demam. Tapi dia terjaga. Sempat lagi tu berpesan suruh I balik hantar dia ke tadika. Kalau bercakap, memang pandai. Dah sampai depan tangga tadika nanti, dialah satu-satunya budak yang meronta bagai nak rak tak mahu melepaskan Mommynya pergi dan tak mahu masuk belajar!

Tapi sebaik I sampai di pejabat, HD pulak buat keputusan bersendiri - tak dihantarnya si kecil ni ke tadika. Kata HD, tengok keadaan macam memang tak sihat si kecil ni. I tak sempatlah bercakap dengan Adik Cute lagi tapi I bet, memang happylah tu tak payah pergi tadika!

Ni sebenarnya nak bercerita tentang tadika my anak bujang....

Selepas perbincangan demi perbincangan dilakukan, kami ambil keputusan untuk menghantar Adik Cute ke Smart Reader Kids, cawangan yang sama di mana Bubbly Abang belajar 5 tahun lalu.   

Kami ambil kata sepakat menghantar Adik Cute di sini sebab perancangan yang sama macam si abangnya. Tahun pertama di Smart Reader Kids, Adik Cute akan belajar dalam English medium dan tahun kedua nanti akan ditukarkan ke Mandarin medium kerana Adik Cute pun akan I daftarkan tahun ini ke sekolah Cina yang sama dengan Bubbly Abang

By the way, pada yang tak tahu, pendaftaran sekolah anak yang bakal masuk Tahun 1 kena dilakukan dua tahun sebelum mereka mula bersekolah. Makanya, I tengah standby aje tunggu sekolah Bubbly Abang hantar surat untuk pendaftaran sekolah si adiknya. Masa Bubbly Abang dulu, sebab kali pertama, hari-hari sepanjang awal tahun I dok lalu depan sekolah Cina tu. Yalah, masa tu first time tak tahu macamana padahal boleh aje telefon ke sekolah bertanya ^_^

Berbalik kepada Smart Reader Kids, masa kami membuat pendaftaran pada akhir Disember lalu, memang terkejut beruk jugalah dibuatnya. Memang dijangkakan harga akan meningkat berbanding dengan 5 tahun yang lalu, itu sudah pasti. Tapi bila melihat senarai maknenek fees yang terlibat, tergamamlah juga ^_^ Sampaikan HD bertanya, lepas tadika ni bolehlah agaknya terus masuk universiti! Skip terus sekolah rendah dan menengah ^_^

Inilah kos menghantar anak ke Smart Reader Kids untuk tahun 2016 :-

Registration fees                         RM100
Misc fees                                      RM160
Concert & Sport                          RM390
Deposit (Dec2016)                     RM295
Term fees (Jan-Mar)                   RM885
1 Full set of uniform(2sets)        RM200
(incl. school bag, shoes&socks)
Package books                           RM280
Extra level book                           RM150
Music Class                                  RM80
(Jan-Mar, Dec 16)
Total                                 RM2540  

Setakat hari ni masih lagi tak dapat uniform, beg sekolah, stokin dan kasut sebab itulah Adik Cute berpakaian santai ke tadika. Stress Mommy cuti lama-lama tapi masih tak dapat ambil gambar anak lengkap beruniform ^_^ 
 
Ada juga disediakan kelas agama di mana ustaz akan dipanggil untuk mengajar dengan tambahan yuran sebanyak RM250 sebulan tapi I tak ambillah. Pelik pulak rasanya sebab tenaga pengajar di Smart Reader Kids my anak ni kebanyakannya Cina dan India. Cuma satu aje Muslim teacher yang I tahu. Makanya, walaupun mereka panggil ustaz, I rasa biarlah I sendiri cari ustaz untuk mengajar my anak ni nanti.  

For another 2 terms lagi kenalah bayar sebanyak RM1180 setiap term, bermakna jumlah keseluruhan kos belajar di Smart Reader Kids untuk setahun almost RM5000! Kalau dua tahun di Smart Reader Kids, buatlah calculation sendiri ya! Bayaran untuk belajar di sekolah rendah pun tak banyak macam ni....     

Seingat I, masa I belajar kat universiti dulu pun tak sampai RM20,000 tau. Itu 4 tahun punya pengajian. Kenapalah sekarang ni semuanya mahal-mahal belaka ya! 

Sebab itulah bila Adik Cute buat hal melalak tak mahu masuk kelas, hati I dah gundah-gulana. Semalam bila Daddynya hantar dan dia buat hal, selamba aje Daddynya kata nak stopkan sehari dua supaya Adik Cute ni kembali 'pulih' dari gayat ke tadika! Oh, my..... of courselah I membangkang. I dok kata kat HD, kalau tak mahu hantar, I sanggup punch card merah semata-mata nak suruh anak get used dengan alam tadikanya ni! Nangis gigil-gigil I nanti kalau anak tak nak belajar!

Tapi nak buat macamana, dah demam pulak si kecil ni! Tetiba tak sampai hati nak dibiarkan melalak pagi ni. Mahu pulak hilang suara nanti. Mommy juga yang susah hati dan susah segala-galanyalah ^_^ 

I ada juga call teachernya. Kata teacher dia okey aje dalam kelas. Bercakap dengan kawan-kawan. Time balik aje kalau teacher suruh menunggu sibuk mulutnya suruh call Mommy datang ambil. Entah kenapa nak masuk kelas aje dia buat hal!

Tengoklah nanti hari Isnin macamana. Harapnya sihat dan bolehlah pergi  tadika tanpa ada adegan drama sedih lagi!  

Nantikan Mommy snap gambar Adik Cute pakai uniform Smart Reader Kids nanti. Bila tu tak tahulah ^_^ 

 

    

42 comments:

  1. Waduh waduh waduh...kok mahal amat bayarannya?

    Aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tahu akan ada kenaikan harga sejak 5 tahun lepas semasa Bubbly Abang belajar di sini tapi taklah sangka semahal ni. Bila dicongak-congak memang dekat RM10K jugalah akhirnya nanti. Itu belum teacher beritahu kalau-kalau ada extra books nak kena beli. Budak-budak ni belajar ikut level. Kalau lepas level tu, kena beli buku lagi!

      Delete
  2. Masya-Allah! macam student U aje punya mahal.
    Tapi mungkin sebab tenaga pengajar dia special kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kak. Buatnya akan datang yuran untuk ke sekolah rendah, menengah dan universiti pun semakin tinggi harganya, kenalah cari jalan menyimpan lebih nampak gayanya ni...

      Delete
  3. mahal giler tuu., huhu2 semoga dipermudahkan .,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingat saya aje yang fikir mahal, Wak. Rasa-rasanya memang mahallahkan yuran Smart Reader Kids ni. Padanlah murid-murid pun tak ramai sangat tahun ni. Sebaya anak saya adalah dalam 25 orang. Kalau 5 tahun lepas masa abangnya belajar di sini, 2,3 kelaslah budak-budak belajar!

      Delete
  4. Alahai kesian nya adik cute..
    Sampai demam ye gi school ye..
    Cepat sembuh ye sayang..
    Rajin2 pegi sekolah tau..
    Kesian kat mummy tu..
    Adik cute kan sayang mummy..
    Boleh tahan harganya tu MD..
    Sama macam nak masuk U jer hehehe..

    p/s MD beri email add.. nanti CH email no telefon kawan CH yg jual cempedak.. email adress CH cahaya2569@gmail.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gelak pun ada, CH. Sampai demam dan serak suara selsema. Mesti penat melalak kat tangga tadika ni...

      Hari ni nampak okeylah pulak. Daddynya takda call langsung. Saya yang lintang-pukang call nak tanya apa berlaku. Kata Daddynya okey dah, tak nangis pun!

      Saya baru email no.telefon. Nanti kalau ada masa CH whatsapp ajelah yerk ^_^ Terbayang-bayang cempedak sedap ^_^

      Delete
  5. Assalammualaikum,thanks sudi komen kat blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Err...ada juga terjah tapi tak perasan part mana yang saya komen. Anyway, thank you ya sudi singgah sini ^_^

      Delete
  6. Betul tu Kak Ton yuran tadika mmg mengalahkan yuran sekolah, ngarut kekadang bila difikirkan balik.Mahal bebeno.

    Si TLBD dulu masa 5 tahun mak masukkan jugak Smart Reader. Konon nak suruh anak pandai ckp omputih. Kejam mata jerlah walaupun mahal bukan main banding tadika melayu biasa. Tapi tulah....lambat pulak nak pandai bacanya. Mungkin depand pada budak jugak kot. Sudahnya tahun 6 htr tadika melayu je. Save sikit duit nak hihi....

    Kesian adik cute, baru beberapa hari sekolah dah demam. Demam penat melalak tu agaknya hihi...







    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah pun tak mahal macam tukan, Mak! Kalau sekarang ni yuran universiti tak tahulah pulak berapa harga sebab zaman kita-kita dulu, jauh perjalanan flashbacknyakan. Tentulah dah naik harga ^_^ Kak Ton dulu tadika pun tak pergi tau, Mak sebab masa umur 4 tahun dah pandai baca so abah tak pi hantar ke tadika pun. Sibuk baca suratkhabar memanjang ^_^

      One thing for sure, Smart Reader Kids cawangan yang anak saya masuk ni okeylah. Memang cepat menangkap budak-budaknya. Si Bubbly Abang tu kejap aje masuk dah pandai baca. English pun memang improved banyak. Harapnya Adik Cute pun begitulah hendaknya. Si kecil ni lain sikit, ikut perangai dia aje mana suka!

      Delete
  7. hihihi. memang itu la dilemma mak bapak. nak hantar anak ke tempat bagus2, semuanya mahal! ke mana2 mmg duit. Nanti, ada buku baru, tambah duit lagi. ada lawatan, tambah duit lagi. Kena cop duit banyak-banyak la mak bapak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nak kena keluar duit. Kalau nak free, kenalah ajar anak sendiri. Bantuan belajar pun nak kena beli jugakan, Ida! Hahaha!

      Entahlah sekarang ni apanya yang tak mahal. Semuanya mahal. Tercungap-cungap juga kadangkala tengok bil!

      Delete
  8. Alahai si comel dh demam ye semalam? Hari ni pasti dah sihat ye? Hihi.. moga2 dh sihat ya..agknya nak menyesuaikan diri dengan tempat baru tu demamnya..

    Aiyo.. mahal tu yuran smart reader..kejut tgk.. kami bayar dua beradik ni punya tadika tahun ni pun mula rasa stress.. itu yg baru bwh 2k sorang punya bayar.. kalau kos adik ni, kami masuk 2 anak mau 5k.. adoi..

    Tapi dgn mak ayah yg mampu, takde masalah la tu.. hihi.. doakan utk yg terbaik dan moga adik minat nak ke sekolah.. aiya.. adik, dh besar boleh bc blog mommy ni tahu la korang mommy layan sama rata je anak dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni pun nampak macam masih selsema. Suara pun dah husky jadinya, AN. Bahana melalak kat tangga tadikalah tu!

      Nasib baiklah anak tak ramai dan pergi sekolah pun satu-satu. Kalau tidak, korek duit tabunglah nampaknya... Mahalkan setakat 5 tahun sampai RM2K lebih. Apa yang special tak tahulah. Nantilah kita tunggu lepas 6 bulan apa ceritanya ^_^

      Alhamdulillah! Hari ni kata HD dah tak menangis lagi. Lega banyak hati saya ^_^

      Delete
  9. wow..mahalnya.Adik cute pun terkejut tengok harga tu sampai demam..hehe.get well soon ye!nanti takde sape nak buat drama sebabak ibu dan anak kat pintu tadika..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau nak ikutkan mahal tu, makpaknya yang terus tumbang 'terdemam', Sal ^_^ Nak bagi samarata, adil dan saksama punya pasal, kenalah berkorbang wang ringgit. Koreklah mana yang dapat ...

      Dah takdalah drama sedih sebabak. Nampaknya Adik Cute dah insaf dan perasan macho - tak mahu melalak lagi. Pagi nilah mengikut kata Daddynya ^_^

      Delete
  10. Alahai, kesian pula kat Adik Cute.... Demam trauma ke sekolah ke MD? Moga adik cepat2 sihat....

    Tahun lepas masa mula2 balik M'sia, begitulah Danish hari2... Kadang2 main kejar2 di pagi hari bila saya hantar pintu depan, tup2 dia lari keluar ikut pintu belakang masuk dlm kereta.... Huwaa, stress tu Allah saja yg tahu.... Pagi2 dah hilang mood... Nasib baik Irfan dan Aisyah tak berdrama swasta.... huhuhu

    Tahun ni saya carikan tadika baru utk Danish yg guna English medium.... Mungkin dia terkejut dari English terus kena belajar dlm Malay kat tadika lama... Tgk yuran, boleh tahan mahal juga.... Tapi lepas fikir masak2, menabung jugalah utk bayar yuran tahunan... So far, seminggu dia sekolah masih lagi eksaited nak ke sekolah... and he looks happy everyday... Alhamdulillah, lega rasanya.... Harapnya kekal lah hingga ke akhir tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah kot, Nur. Tapi cuaca pun boleh tahan panas terik sekarang ni. Mungkin cuaca pun ya juga.

      Terkejutlah tu. Dia biasa speaking London tetiba kena berbahasa ibunda tercinta. Hahaha! Alhamdulillah, dah selesai masalah Nur ya. Saya pun sama. Dengar kata HD, hari ni dah tak nangis. Dah insaf kot dan nak nampak macho depan gegirls lah tu ^_^

      Delete
  11. Sekarang memang musim ramai orang tak sihat. Nani ni pun baru lepas baik sakit tekak, selsema tak hilang lagi. Get well soon adik cute. Boleh tahan juga harga smart reader kids ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas terik sangatkan, Nani. Akak pun dah mula gatal-gatal anak tekak ni. Hujung minggu baru ni, suami dan si kecil tu dah tumbang dek demam dan selsema. Tinggallah akak berdua dengan si bujang sado lagi satu. Terbantut rutin hujung minggu jadinya...

      Delete
  12. Setuju dgn MD.. Rasanya baik lah punch card merah dari cutikan dia sbb nnt lg la dia takmo gi sek.

    Moga adik cute cepat sembuh MD. adik cute belajar rajin2.. Nnt lg dua thn nk masuk U. Hihihi..mmg mahal yuran skrg ni MD, payah kot nk carik tadika yg bulanan bawah 150.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya dah berkira-kira nak datang lambat ke tempat kerja kerana nak hantar anak dulu. Nasib baiklah Adik Cute dah okey. Lega banyak tau saya, LM!

      Hahaha...betullah tu! Kalau memang boleh skip, saya rasa nak skip juga sekolah rendah dan menengah ni. Mengah oi cari duit ^_^

      Delete
  13. fuhhh...dh mcm nk masuk universiti kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang dah masuk universiti pun tak 'berbelanja' semewah ni untuk belajarkan, Lya ^_^

      Delete
  14. wah mahal betul yer. Tapi lately ni semua brg naik harga. nak tak nak hadap jer lah.. huhuhu
    adik ok dah ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni mananya ada yang murah. Semua pun mahal. Itulah kami bajet-bajet habis tadika dua tahun ni ingat nak hantar Adik Cute masuk universiti teruslah. Hahaha!


      Adik dah okey sekarang. Tak nangis lagi. Kata Daddynya tak sempat nangis sebab sampai aje kereta, teacher dah buka pintu nak ambil. Tak bolehlah dia nak bermanja-manja sampai melalak!

      Delete
  15. ya Allah, mahalnya...itu baru sorang, kalau 10 orang? perghhh pengsan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni semua benda pun mahal, Siti. Memang kena pandai-pandailah nak hidup macamana ...

      Delete
  16. Gosok² mata nengok fees tadika adik. Perghhhh...Dah macam nak masuk U yurannya. Pitam mak nak. Tapi memang tetiap tahun yuran naik lah MD. PASTI (tu jer yg iols mampu) pon naik jugak. Sian adik awal2 tahun dah tak sihat yerp.

    Last year dah daftar my anak dara untuk tahun 1 next year. Cuma tak gi skolah lagi jer untuk pengesahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal betul! Masa si Bubbly Abang dulu kalau tak silap dalam RM1800 tapi itulah, 5 tahun dulu punya cerita. Alangkah selang beberapa bulan pun harga barang dah naik mencanak, inikan pulak dalam jangkamasa 5 tahunkan. Saya ni pulak masam mendaftar tu bawa duit bajet mestilah bawah RM2000 tetiba bila tengok senarai, alamak tak cukup bawa duit! Aduhai, berlari pergi bank nak keluar duit lagi!

      Oh, anak dara awak nak masuk Tahun 1 tahun 2017kan. Anak saya ni 2018 baru masuk sekolah, masa tu abangnya pun dah 12 tahun. Aduhai, kenapalah cepatnya masa berlalu!

      Delete
  17. Oh my Allah...mahalnyeeee...takut akak dengo skola tadika bayo beribu2 camtu...kalau akak pon meroyan kot dah bayo memahal anak takmo sekolah....nangis dlm stor le gamaknye...kikiki...takpe slow.je dgn adik cute tu nanti2 mesti dia ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah dibuat macam Izara sampai mimpi-mimpi ngeri tak mahu pergi tadika, patutkah agaknya saya melalak kerugian? Hahaha...

      Sebab itulah bila tengok dia melalak 4 hari pertama tak mahu masuk kelas tu, saya dah gundah-gulana dalam hati. Guling-guling atas lantailah Mommy ni nanti kalau anak asyik tak mahu pergi tadika tau!

      Sekarang dah okey dah. Dah ada 'girlfriend' pun ^_^

      Delete
  18. aduss...demam saya MD wei tengok fees gitu
    tadika swasta memang mahal harganya
    boleh kata semua gitu
    tapi smart reader ni memang agak melampau mahalnya
    kalau ianya peluangan yang berbaloi, tak mengapalah

    afif masa memula masuk tadika dulu
    dia kena scarlet fever, seminggu tak sekolah
    tu yang masuk sekolah buat perangai
    walhal sebelum tu dia okay sangat
    hari2 bagi alasan tak nak sekolah
    paling kelakar alasan dia, afif tak boleh sekolah sebab ada kahak kat pinggang...hahaha
    saya penah listkan semua alasan afif dalam entry, alasan afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak survey tadika lain pun, YY. Sebabnya Bubbly Abang memang tadika di sini dan saya akui, pengajaran teachersnya bagus. Anak-anak sayakan tak sungguh belajarnya kalau sebelum masuk tadika, tapi masa Abang bertadika di sini, cepatlah dia belajar membaca dan sebagainya. English pun improved a lot! So saya harapkan perkara yang sama untuk Adik Cute tapi tengok gayanya macam alahai, lain macam sikit daripada abangnya!

      Lagi pun kerana plan nak masukkan dia ke sekolah abangnya tu. Hanya SR aje yang ada Mandarin medium dan boleh switch nanti bila masuk 6 tahun. Syllabus Mandarinnya pun susah mak datuk mengalahkan budak sekolah Cina Tahun 1. Masa Abang dulu memanglah kita risau bila cikgu kata kelas Mandarinnya lambat pick up sampai kena hantar tuisyen. Rupa-rupanya sukatan pelajaran SR yang susah sangat! Masuk sekolah okey aje si Abang, takdalah masalah sampai tak boleh langsung berkomunikasi dalam B.Cina!

      Hahaha...epik sangat alasan ada kahak kat pinggang!

      Delete
  19. mak oi.baru tahu mcm tu bayarannya T-T nak nangis hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigit jari lepas bayar yuran anak. Sebulan dah plan nak makan maggi aje. Hahaha!

      Itulah yang buat hati 'bergolak' mengalahkan orang putus cinta bila anak tak mahu pergi tadika. Mahal oi yuran. Dia bukan tahu apa. Tahu nak rileks aje kat rumah!

      Delete
  20. Salam,

    Mohon pandangan.

    Anak saya dh macam-macam sekolah dh try. Bermula akhir thn 2014 (masa tu umur anak 3 thn)& 2015 (4 tahun) berada di PASTI. Tapi dh masuk tahun 2016 (5 tahun) dh start x nk g tadika. Maybe sbb xde kawan so tukar ke Little Caliph (5 tahun) dgn harapan ok ler sbb ramai kawan & byk aktiviti. Yuran mmg cecah RM2.5k (April 2016 time daftar). After 5-6 months anak dh mula x nak g sekolah. Sbb cikgu byk kali bertukar ganti (anak x dpt nk get used dgn cikgu baru). After Oct 2016, dh x antar sekolah sbb tiap2 bln bayar free jer yuran tp melalak bagai x nk g sekolah. Saya risau juga sbb next year dh 6 thn. Leh ke agaknye kalau sekolahkn kt Smart Reader ni? Sbb anak ni jenis cepat pick up cuma dia memilih guru n persekitaran. Atau ada cadangan lain? Buntu memikirkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Susah juga ni sebenarnya. Macam anak saya dia ni merengek masa awal-awal tu, dekat beberapa bulan juga. Lagipun sebelum ke tadika, dia selalu sendirian dengan abangnya di rumah, tak bercampur sangat dengan budak lain. Itu yang buat dia mungkin takut nak bersosial pada mulanya dan merengek tak nak pergi sekolah. Tapi sekarang ni, dia boleh merengek kalau kita kata tak payah pergi sekolah pulak!

      Smart Reader ni pembelajaran memang bagus. Nampak kesannya selepas beberapa bulan menghantar anak ke sana. Malangnya, cawangan SR di mana anak saya belajar ni telah keluar dari francais dan memulakan jenama baru sebagai Kidsworld. Tapi guru masih kekal sama cuma tukar nama dan sukatan pelajaran yang baru.

      Kalau dia cepat belajar senang juga tapi bab pergaulan dengan rakan sekolah dan tenaga pengajar tu susah sikit nak komen. Mungkin cikgu barunya tu tak begitu bijak menangani masalah anak Syamlina ni kot...

      Delete
  21. Kerajaan tak pantau ke kenaikan harga sekolah2 swasta ni? Kalau anak sorang boleh lah kita duk hadap duit kita ke dia sorang jew.. ni adik beradik ramai. Nak daftar tadika kerajaan mmg awal2 lagi dah penuh.. kadang bayaran tu tak relevan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tadika kerajaan pun tak boleh simply daftar ya? Ada kuota juga ke?

      Smart Readers ni memang mahal yurannya tapi pengajaran tu bagus. Itu di cawangan yang saya hantarlah. Tapi entah mengapa, selepas bertukar nama, saya tak berapa berkenan dah dengan teknik pembelajaran yang diperkenalkan. But then nak buat macamana sebab yuran dah habis bayar. Kenalah teruskan juga!

      Delete

Okay, ni entri terpendek ^_^

Salam kawan-kawan! Hari ni bukan nak meronta tak tentu arah ya! Takda mood nak bercerita. Fikiran melayang entah ke mana sudah perginya...