Teaser

Salam 9 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Apa khabar semua? Mood ceria masih menguasai diri makanya apa-apa yang berlaku pun, semuanya I redha aje!

Ish, ngengada aje siap nak berteaser bagai! Macamlah pergi North Pole yang sibuk sangat nak berteaser bagai! Ni kena jaga-jaga ya, kalau I pi memana, siaplah dia keluarkan entri berpart-part. MD ni bukan boleh kalau bermalam di luar. Habislah you all semput I kerjakan hah!

By the way, ni nak bagi tahu sikit ... 

My new big boss dah sampai ya pagi tadi ~_^ Tinggi lampai, menawan dan 'berambut' orangnya! Hahaha....

My colleague mula-mula nak amend resignation letterlah kononnya tapi bila tengok fizikal boss yang agak menyakinkan, makanya I suruhlah dia fikir 18 kali sebelum amend surat tu ^_^

I pulak okey aje! Termasuk yang ini, sudah 8 kali I bertukar bos besar. Itu belum termasuk my immediate superiors yang bergilir-gilir datangnya sejak I bekerja di sini. So, kita okey aje dapat bos baru. Makanya esok boleh pergi makan percuma ^_^

Dalam diam tak diam, sehingga semalam I dah meroyan dalam blog ni melalui 600 entries yerk! Walaupun tak banyak berbanding dengan blogger tegar katanya, bukan mudah ya nak meroyan panjang berjela. Semput nafas berfikir idea! Hehehe... boleh bayangkan tak macamana pulak nafas boleh semput memikirkan idea? Lantak ler ... 

Ahah, nilah sikit gambar berkaitan dengan tajuk di atas ya.... Lepas-lepas ni barulah kita bercerita lebih lanjut ^_^






Ah kak nak pergi menghadap bos baru sekarang. Sesi beramah-mesra on Day 1 itu perkara wajibkan *_* 

Comments

  1. sila, sila...

    amacam bos baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haishhhh! Bos baru ceria aje macam staffnya. Boleh ngam ni, boleh ngam ^_^ Lagilah laju menaip entri masa waktu pejabat. Kah3x.

      Delete
  2. Pehh dah lapan kali bertukar bos. Hahaha. Lepas ni boleh buat perbandingan bos mana yang paling mesra rakyat. Eheh. Wahh nak jalan jalan ke mana tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap kali tukar bos, tiap kali akak buat perbandingan dari segi fizikal. Hahaha....


      Nampak gaya bos kali ni macam cool aje. First time ni dapat bos besar yang cool. Biasanya sengal-sengal jerk ^_^

      Bukan nak pergi mana... dah pergi pun, Nani ~_^

      Delete
  3. pegi kota singa ke? kira buat masa skang baru dua kali tukar boss besar. boss kecik dah banyak kali. yang syoknya tula. tiap kali tukar boss dapat makan free. kalau untung dapat la makan sedap sikit hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan! Bukan! Bukan!

      Tak keluar dari Malaysia pun, Kira ^_^

      Syok tukar boss selalu ni. Kalau boss 'mereng' bestlah dan-dan tu dapat pengganti. Takdalah kita pun mereng sama selamanya! Cuma kalau dapat boss yang baik, itu sedihlah sebab lepas 2 tahun dah kena say byebye!

      Delete
  4. Eh sukanya adik, pergi mana tu? Haha.. lagi orang bgtau teaser, lagi menyebok nak tanya kan?

    8 kali tukar bos ya, sy congak2 saya sejak keje cikgu no dah berkhidmat dengan 6 pengetua.. haha.. nak juga bgtahu ramai bos, lain2 ragam kita dah alami ya.. bertabah jela walau apa pun dasar dan corak pemerintahannya.. moga org2 cemerlang ni cpt2 naik pangkat dan pindah segera.. haha.. baik jg doakan gitu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak menaip entri pasal nilah, AN. Tapi sebab teaser dah keluar, haruslah masuk blogkan ^_^

      8 kali tu bos besar aje. Belum termasuk dua lagi boss yang gedik-gedik tu. Hahaha!

      Delete
  5. Replies
    1. Yup. Bos paling besar pulak. Untuk 3 tahun akan datang ^_^

      Delete
  6. Replies
    1. Physical look okey aje. Mentally tak tahulah sengal ke tidak. Huhuhu!

      Minggu depan baru dia start kerja sebab bos lama masih lagi ada di sini. 25hb baru terbang pergi Holland!

      Delete
  7. Eleh nak cite dia bercuti kat Penanglah tu haha......mcm tak tau. Eleh, mak dah kenal sangat tau dgn bukit tu, maklumlah dah selalu ulang alik highway hala utara.

    Nampaknya kak Ton lepas ni lebih bersemangatlah nak kerja ek, maklumlah ada boss hensem tunggu kat ofis hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kan... Suka tau buat style ni! Kalau dah tau pun senyap ajelah. Hilang nanti thrillnya pulak!

      I know! I know. Mak kan dah kata Mak lakibini tua atas jalan jerk. Manalah tau nanti dapat menantu dari jauh, memang tua atas jalanlah asyik nak menebeng rumah besan. Hahaha!

      Bos Kak Ton nampak macam okey aje dari segi luaran tapi dari segi mental tak dapat detect lagilah, Mak. Kak Ton takut bos sengal aje, lurus alang-aland bendul gitu gayanya! Minta jauh ler... no increment nanti dia kerjakan sebab dia takut bersuara!

      Delete
  8. Macam tak percaya entry ni pendek.. dah bersedia dari mental ni nak membaca sampai habis.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek eh? Sebab nak cepatlah tu. Nak menyambut bos baru kononnya ^_^

      Delete
  9. ingat teaser ada gambar bos baru, nak tengok betapa menawannya...haha.pergh..600 entry! saya baru 300.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, tak boleh! Itu hak milik peribadi warga kerja dia aje! Tak leh showing off takut kecur pulak air liur. Hahaha!

      Eh, akak lagi banyak menulis dari Sal, lah ya! Hebat juga akak ni dapat kalahkan Dik Sal yang kuat meroyan ^_^

      Delete

Post a Comment