Tuesday, February 16, 2016

Deko CNY (Keh3x)

Salam 7 Jamadil Awal kawan-kawan!

Siapalah semalam yang kutuk hobi I mengambil gambar semasa majlis perayaan tu? Angkat tangan!

Oh, tak payah! Tak payah!

I dah ingat dah!

Siapa lagi kalau bukan jiran sebelah rumah I ni yang memang tunggu masa aje tau nak beraksi perli-memerli di litar alam maya! Ketuk kang dengan senduk baru tau benjol ke tidak ~_^

Maka dengan itu, I nak up entri special ini sebelum tahun 2016 berlalu pergi.

Yes, I know! I know! Panjang lagi perjalanan di tahun 2016 ni tapi my neighbour busyuk-busyuk manja dah mengusulkan pertanyaan berbaur perli yang berbunyi ~ Deko CNY tahun depan ke baru nak keluar?

Nampak tak betapa membaranya rasa di hati dengan pertanyaan macam ni!

Nak jumpa tepi simpang tak ni? Jomlah, bila kita nak bergusti lengan ni.... Dah hampir 3 tahun dah sejak I kenal you, you kenal I. Auwww!

Okeylah, marilah kita kembali ke pangkal jalan cerita hari ni!  

Walaupun CNY telah seminggu berlalu (tapi masih lagi mood rayakan...), I tetap juga nak tempek gambar deko CNY dalam my blog. Eh, sukahati kitalahkan! Kita nak tempek deko  raya Cina ke, Thaipusam ke, Deepavali ke, sukahati kitalahkan T_T Janji kita gembira aje walaupun kena kutuk ~_^

Disebabkan CNY I tak ke mana-mana, memang kita melenjan sekitar Kuala Lumpur ajelah. Nak balik kampung ada aje alasan tak munasabah nak diberi ~ jalan jemlah, penatlah jalan jauh (pi sampai Penang, sampai Terengganu takdalah pulak penat), tak tahu nak buat apa kat kampunglah, kedai makan tutup raya Cinalah takleh JJCM kat BPlah, dan macam-macam lagi! So akhirnya, memang tak balik kampunglah jawapannya!

Maka kita tolong celebrate CNY dengan menyibuk di  KLCC dan Sunway Putra ^_^

Kami pergi ke KLCC pun sebab nak sarapan pagi kat port biasa nun di Ground Floor itu ~_^ Hah, mesti nak tau kat manalah tu! Nak pi skodeng I lah tu ~_^ (tetiba terasa glamourlah pulak ada juga 2,3 orang nak skodeng kita! Keh3x! Eh, ada ke?) 

Sebenarnya plan snap deko CNY ni impromptu. Asalnya pun bukan sebab nak tengok deko pun yerk...



Hai, yang abam sado tu tunduk ke lantai sebab marahlah Mommy suruh posing duplohlapankali depan ni ^_^

Inilah hasilnya kalau suruh Kak Ton snap gambar 'menara'. 'Ground Floor' dengan 'Penthouse' hilang terus *_*

Kali kedua pulak kami ke Sunway Putra Mall sebab kami tak pernah lagi 'pijak tanah' kat sini! So sementara orang lain sibuk balik kampung dan pergi bercuti, marilah kita memeriahkan shopping mall yang sendu aje dengan pengunjung (Eh, tapi tak juga tau! Kali ni tak macam dulu-dulu, boleh tidur baring kat parking area! Ramai betul I tengok Chinese pakai baju warna merah, makan-makan kat restoran masa CNY dua hari tu! Kat depan Sogo pun ramai sungguh orang Melayu kita dan warga asing dok lepak-lepak sambil posing depan deko CNY!)








Yang sebenarnya kami keluar nak makan Prosperity Burger, McD. Tapi punyalah teruk, dua shopping mall kita masuk tak jumpa McD. Padahal kalau hari kita tak kepingin makan McD, merata-rata pakcik McD tu 'sengeh' aje tengok kita tau! Akhirnya kita settled dengan Marrybrown aje kat Maju Junction!

Deko kat tempat lain takdalah pulak I sibuk nak snap sebab selalunya bila tuju sesuatu tempat tu mereka tiga beranak menonong aje tinggalkan I terkontang-kanting jalan sensorang tau. Tak akanlah I nak jerit-jerit panggil my superheroes suruh snap photo dulu. Mahu kena tempelak dengan Daddy mereka!

So, ini ajelah ya deko-deko CNY untuk tahun 2016. Kita ketemu lagi untuk deko-deko tahun depan pulak. InsyaAllah ^_^ 

P.S. Entah apalah Makcik Bedah sebelah rumah nak komplen pulak lepas baca entri ni nanti. I dah siap pakai perisai dah ni, Mak oi! 

 

 

  


46 comments:

  1. Sat lagi dtg komen....nak kumpul idea nak mengebom ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya kumpul idea. Ni mesti takda idea ni tapi saja-sajalah tu nak nakut-nakutkan pesaing katanya! Hahaha!

      Delete
  2. assalamualaikum MD buka pintu blog ni mata dh jdi silau lah dgn warna merah tu, cepat2 kaknoor cari spek hitam supaya tk sakit mata, nasib baik spek hitam ada sebelah je sbb baru lepas jd supir td.

    meriah sunggub rupanya sambutan Cny di sana ya tk macam di sini sunyi sepi je dah lah cuti sehari je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam!

      Pandai KakNoor standby spek mata hitam kat sebelah. Macam tau-tau aje saya nak letak gambar terang benderang menyilaukan mata bagai tau!

      Kita orang cuti seminggulah KakNoor kat sini. Eh, bukan! Budak sekolah aje yang cuti. Kita orang ni tolong bercuti aje. Nasiblah KakNoor nak buat camna dapat cuti sehari jerk kat Brunei ^_^

      Delete
  3. baru perasan hari ni kaknoor dpt first parking hahah ye ke ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lagi, KakNoor. Jiran sebelah saya dah parked awal-awal tapi komennya belum lagi!

      Delete
  4. Merah semuanya ye MD..
    Dah CNY kan itulah warna deko nya..
    Kalau CH ambil gambar menara macam tu jugak rupanya..
    hahahha hilang hujung pangkal..
    terkontang kanting lah gambar tu macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, CH. Saya ni bukan setakat amatur, bawah lagilah senang cerita levelnya. Kalau saya snap gambar dengan bersungguh pun tetap tak awesome hasilnya. Lagi-lagi dah tua, tangan gigil sesaja pegang smartphone!

      Delete
  5. sakan deco CNY pun jadi tempat berposing bagai nak rak.almaklum takdpt balik kmpg kan.kami jalan2 sakan cuti CNY ni tau...dua2 kmpg balik..pastu p perlis..pi CH p penang.hangan jeles tau.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Lepas PK komen entri Krismas tu saya rasa betul-betullah nak buat hobi ambil gambar deko-deko perayaan kat Malaysia ni. Gegar tak gegar belakang cerita. Janji masuk blog.

      Saya mana ada kampung, PK. Sayakan orang Bando! (baca : bandar). Hehehe!

      Delete
  6. Sana-sini masuk aje shopping mall rata-rata ada deko yg memang gah. Nak kata apa meamng dah ekonomi dia yg pegang. Rasa kakak tiap satu yg dibuat di setiap lobby mall tak kurang ribu-riban modalnya MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time CNY ni memang bestlah kak sebab warna merah merata-rata. Saya memang suka warna bright macam ni. Ceria aje rasa. Kalaulah boleh saya snap semua deko kat shopping malls masa CNY ni mesti gempak!

      Mesti mahal tu kak bajetnya. Deko pun bukan main glamor lagi. Kalau kita selfie kat situ, tetiba aje lawa tau gambar selfie kita! Hahaha!

      Delete
  7. Makanan kat Marrybrown tu sedap tak?

    Anak-anak kakcik tanya, tapi kakcik tak dapat nak jawab! Rasanya ada sekali je kakcik makan di Genting Highlands lamaaaaaaaa dulu, sampai dah tak ingat macamana rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang cerita, tak sedaplah Kakcik!

      Kalau anak-anak tanya, jawab ajelah tak payah cuba. Lebih baik pi Texas Chicken!

      Delete
  8. merah menyala-nyalanya kak oi klu buat deko ni kat umah..hihi..tpkan sy minat sgt seni cina, dy punya jed, tulisan calighrafi lama pastu dy punya senibina, corak..unsur2 tradisional tu yang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat deko kat rumah ni, memang tak boleh tidurlah. Terang benderang satu rumah! Akak pun sebenarnya sukalah warna merah ni sebab cantik tapi takdalah fanatik sangat!

      Delete
  9. Nampak sangat abang bengang kena posing doplohlapan kali... ha ha ha..
    Apa la mummy ni... abang sado nak suruh posing genit2... ingat amoi ke?

    Tahun ni kami langsung tak pegi mana2 shopping mall yg ada deko CNY..
    beli barang kat pasaraya borong darulsalam belakang rumah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dah besar mana suka nak posing-posing macam ni. Bapaknya pun tak bagi tau Makchaq anak disuruh posing macam ni. Katanya anak lelaki pun bukan perempuan! Hahaha!

      Saya kalau CNY suka juga masuk shopping mall sebab deko cantik-cantik. Merah menyala. Terang benderang jadinya!

      Delete
  10. Nani pun kalau amsuk Shopping Mall kalau ada bahagian yang deko2 tu nak jugak ambik gambar. Hahaha. Dalam Sunway Putra Mall tu tak banyak fast food yang ada ke takdek langsung. Hahaha. Baru sekali kot pergi sana. Hari tu pun masa pergi Nani makan dekat Penyet Express. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni takdalah nak bergambar dengan deko-deko tu tapi sebab ada blog, itu yang sibuk suruh anak-anak bergambar. Nanti boleh buat entri ^_^

      Betullah, Nani. Tak banyak tempat makan. Pepagi buta tak akan nak makan heavy-heavy. Ingatkan nak try Prosperity aje tapi cari McD sampai dua shopping malls pun tak jumpa. Kira first timelah!

      Sebab Nanilah akak teruja nak ke Sunway Putra Mall tau tak!

      Delete
  11. terang benderang tetiba bila masuk blog ni..silau mata makcik..
    Eh!adik pakai kasut nampak encem la..sesuai gitew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik tak pakai spek mata hitam ke masa berblogging. Itulah lain kali tengok tajuk dulu demi langkah berjaga-jaga. Oh, lupa pulak! Entri dan tajuk saya sangat rare membawa maksud yang sama. Hahaha!

      Itulah aje satu kasut yang dia ada sebab dia memang tak suka pakai kasut pun. Lepas ni nak ajar jugalah budak berdua ni pakai kasut. Kalau tak, selamanyalah selesa pakai sandals aje!

      Delete
  12. terang benderang terus kat sini. menarik kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deko CNY biasanya memang menarik sebab warnanyakan.

      Delete
  13. Fuh.. puas tengok.. tetiba ai rasa dengki sebab ai takde bergambar macam tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak baik tahu ada perasaan dengki kat insan marhaen macam I ni ^_^

      Deko CNY memang best sebab warna merah tu menyerlah tau. Tetiba selfie kita jadi menawan-nawan gitu!

      Delete
  14. Settttt.....simpang mana mak kena tunggu? Gebang bukan main, rupanya dah 3 tahun ek? Eleh setakat lengan Kak Ton tu, mak settle 3 minit jer tau.... ceh!

    Tapi mmg jem pun Kak Ton lepas pedas linggi hari tu....biasa ar ramai sangat org BP turun kot hari tu. Mak rasa org BP baru sedar asal usul ar. Ada sorang jer yg lupa daratan kat KL tu....

    Abg kalau pakai baju kuning tu nampak kecik sikit. Janganlah pakai baju belang tu labuh sgt kot....

    Hish Kak Ton ni kan ....
    Nama jer mak artis, selalu teman anak buat photoshoot katanya, tp bab foto langsung out....huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpang biasa yang kita selalu potpetpotpet tulah, Mak!Tak akan tak ingat! BMC apa ada!

      Mana Mak tahu lengan Kak Ton kecil aje? Mak fikir lengan Kak Ton ni macam budak kecil kat Afrika yang tak cukup makan tu ke Mak? Nampak jauh benar silap Mak ni. Tapi bagus juga kalau dia tak tahu kekuatan lawannya! Hahaha!

      Eh, kalau balik ke selatan orang BP aje ke? Kak Ton ingat orang Muo yang suka sangat balik kampung 2x sebulan!

      Biasalah Kak Ton kan urban. Mana ada kampung! Tempat lahir aje. Itu pun nasib baiklah Kak Ton nak mengaku. Kalau tidak, nak aje Kak Ton propa kata lahir kat New York!

      Abang dah balik menggebulah, Mak! Makan Kak Ton bagi 2x sehari aje - pagi dan tengahari. Tapi entahlah si abang ni. In between masa Kak Ton takda, dia kerja mengunyah agaknya kat rumah Ngahnya. Kita tak sediakan air sedap kat rumah, dia bantai request macam-macam kat rumah MakNgah!

      Kak Ton dah lanjut usia, Mak! Tangan ni gigil aje kalau pegang gajet moden katanya. Kalau bagi Iphone6 tu pun gambar Kak Ton snap tetap tak maju kualitinya tau!

      Delete
    2. Hish....cakap tu baik baik sikit ar JJ BMC dah ada Johnny tau, senang banyak mak nak bersteamboat hokay!!

      Tak per bagi kecik lagi, tgh suka makan umur gitu. Bagi chance abg enjoy sampai tingkatan 3. Insyaallah lepas tu biasanya dia akan mengecik dan meninggi sendiri.

      Huh....dasar lupa daratan!!

      Delete
    3. Eleh, setakat ada Johnny dah eksyen! Tak heranlah kita, Mak. Kalau diberi pilihan pun, BMC tak masuk dalam pilihan tau ^_^

      Dulu sebelum dia sekolah, orang selalu kata nanti dah sekolah kuruslah tu. Penat belajar. Tapi sekarang ni suruh tunggu sampai Tingkatan 3 ke, Mak? Kalau tak kurus juga macamana? Kak Ton dah nak kenakan regim riadah tiap-tiap hari jerk ni! Risau tengok badannya makin naik. Rasanya lebih gemuk daripada sebelum ni tau!

      Delete
  15. Dasyat ko dik meriah deco raya sana sini...merah di mana2 yek...sesekali camni ape la salahnye ko berselfie sepam dua muke ko sendiri...akak berani kerat jari kompom ramai je nak skodeng tau...ni asyik mempergunakan dak abang dgn adik cute je...sian diorang...ok esok masukkan gambo sendiri ye akak tunggu depan laptop tau....kahkahakh

    ReplyDelete
    Replies
    1. My rupa is very exclusive ^_^ Hahaha! Habislah kena kutuk kaw-kaw macam ni. Gaya exclusive mengalahkan Che Ta pulak!

      Ada anak ni biarlah kita mempergunakan mereka selagi terdaya. Nanti dah besar panjang, kita pulak yang dipergunakan. Hehehe...

      Request macam nikan, dah dekat 3 tahun tau tapi tak satu pun yang berjaya membuka dada, erkk... pintu hati kita untuk berselfie ^_^

      Try lagilah ya ...

      Delete
  16. Saya tak pernah ke Sunway Putra Mall tu..kat mana pun saya tak sure...hahaha...

    Breakfast apa yg best kat GF KLCC tu yer? nak gak try..

    JJCM kat BP la best !! nasi beriani, mee racun, soto...aiyooooo..sedap woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunway Putra Mall tu dulunya Yaohan the Mall, kat depan PWTC tu, DZ. Saya ni insyaAllah, kalau bab shopping mall tanya ajelah memang saya tahu ^_^ Maklumlah bekas kaki melenjan shopping malls masa muda belia dulu.

      Hehehe....kat sini ada lontong favorite saya! Kalau makan lontong kat KLCC, memang kena marah kawkaw dek suami sendiri. Katanya kalau nak lontong, pi makan kat depan rumah tu aje! Menyusahkan orang aje drive ke KLCC nak makan lontong katanya!

      Ehhh... I ex BP. Sekarang ni KLite tau! Hahahaha!

      Dalam perancangan ni DZ nak meluaskan JJCM saya ke selatan, negeri Johorku tercinta ^_^

      Delete
    2. Ooooo..lontong ya? Saya pun peminat lontong. Apa nama kedai nya

      Delete
    3. Lontong kat sini masih lagi biasa-biasa, DZ. Kalau saya kepingin lontong dan tak tahu manalah lagi nak pergi, memang ke sinilah saya tuju sebab saya tau memang ada lontong! Kedainya dekat dengan area CIMB & RHB di KLCC tu. Tapi saya rasa kalau nak lagi sedap, pergilah WakDol kat Setia Alam tu. Saya kalau bab lontong ni saya suka yang ada tempe tapi jarang jumpa tau!

      Delete
  17. Lawanya deco CNY. Kami tak pernah gi mall time raya cina. Konon malas nk layan jem. Konon laaa. Pastu gi gak redah jem last minute plan nk ke sana sini. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time CNYlah deko menarik LM sebab warna terang-benderang. Saya suka tau warna merah ni. Terus ceria hari saya jadinya kalau nampak merah sana-sini!

      Delete
  18. sama la kita cuti CNY dok ukur mall jer. Plan nak balik kampung tak jadi sebab asben kena kerja. Tapi tu la kita ni jenis suka lupa ambil gambar kalau tak boleh mentiru entri ni.. tayang gambar2 deko2 CNy hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan semua orang bercuti atau balik kampung tapi tak juga rupanya tahun ni. Ramai lagi umat manusia kat KL ni termasuklah kita-kita nikan ^_^ Lain kali kenalah rajinkan tangan pegang smartphone kalau berjalan. Kalau dah duduk dalam handbag, memang beratlah nak snap gambar, Dik Suria ^_^

      Delete
  19. ape2 benda pun klu tak dicari kemain dpn mata..
    time cari. mmg tak jumpa..
    Lyn pg paradigm hari tuh.. tgk2 gitu jer deko CNY . sbb niat nak membeli & chaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Selalu terjadi macam ni. Kalau kita mencari bagai nak rak, memang tak jumpalah. Tapi kalau kita tak nak, tetiba semua depan mata. Sakit hati tau!

      Delete
  20. Rajin betul MD berjalan2 n amik gambar deko CNY... ada model boleh la kan?! Modwl saya yg dua org tu, tak maunya bergambar.. .huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Time rajin menjelma, jauh pun kata dekat, Nora. Nasib baik model saya masih boleh 'dipaksa'. Tak lama lagi memang model bujang tu nak surrender. Sekarang pun kalau kita suruh posing, mencemik aje muka. Maklumlah dah tau malu orang dok tengok ^_^

      Delete
  21. merah mak !
    anak2 aida kalu disuruh pose di mana2, ok aje.
    just yg kenit tu la, susah skit mau senyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang saya yang besar tu dah tak suka ambil gambar lagi. Kalau tidak, dialah jadi model utama dalam blog. Sekarang ni turn si adik pulak. Masa dia tengah suka diambil gambar tu, kita sakanlah suruh dia bergambar! Ya tak?

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...