Thursday, February 4, 2016

Filem Hindi : Bajrangi Bhaijaan ~_^

Salam 25 Rabiul Akhir kawan-kawan!


Aha! Jangan terkejut dengar tajuk! I pun terkejut chimpanzee ni macamana I ada hati nak tulis entri ni ^_^

Serius kata, I ni bukan peminat filem Hindustan ya! For me, filem Hindustan memang tak menarik minat ni langsung untuk menonton. Pun begitu, dek kerana masa zaman muda belia remaja, seluruh ahli keluarga meminati filem Hindi, makanya memang tak boleh mengelaklah untuk sesekali menonton sama. Maka dengan itu, I pun quite familiar dengan pelakon filem Hindustan dan juga pelakon HongKong. Pendekata hampir kebanyakan pelakonnya I tahu nama dan rupa, thanks to my sisters and majalah hiburan zaman 80-an ^_^

Walaupun begitu, tipulahkan kalau I kata langsung tak pernah menonton filem Hindustan sampai habis. Dulu masa SRK muda, minatlah juga tengok mukanya; menawan juga bila ditenung ~_^ Cuma satu aje filem Hindustan yang I suka tengok - lakonan SRK, Preity Zinta dan Saif Ali Khan. Nama tajuk filem, lupa dah ^_^

Sejak pandai berblogging ni, memang kebanyakan sumber info (baik bermanfaat mahu pun tidak) memang semuanya datang bila berblogwalking. Maklumlah, spesies tak ceria di media sosial ni memang susah nak catch up dengan berita terkini. Twitter takda. Instagram takda. Pagi orang WA, malam esok baru perasan. FB pun nak log in malu, nak log out tak upaya (makanya janganlah tarik muka kalau friend request belum diapprove yerk ^_^ Errrk... tetiba!)

Makanya... ni barulah nak masuk jalan cerita seperti tajuk ~_^

Dah banyak kali I terbaca kawan-kawan review tentang filem Bajrangi Bhaijaan ni. Orang pertama dah tentulah cikgu pakar menjawab soalan KBAT (hahaha....). Dari blog inilah, pertama kali I mendengar tentang filem si Salman Khan ni.

By the way, I memang menyampah dengan si Salman ni. Kalau berlakon tak buka baju, memang tak sah. Dia fikir semua peminat suka tengok badan sasanya. Kalau I tengok hari-hari, mahu jadi sasaulah juga sebab tak tahan menyampah! Memang semua cerita yang ada Salman Khan, I tolak ke tepi. Tak kuasa nak tengok walaupun trailer aje pun!

Tapi sebab you all kata filem ni berbeza, makanya hati ni dapdupdapduplah juga nak menontonnya ^_^ Bukan sebab si Seleman ni, tapi suka tengok muka si Munni/Shahida tu. Comel sungguh ^_^ Arghhh...mak-mak sangatlah!


Maka pada suatu tengah malam, bila seisi rumah dah lena diulit mimpi indah dan mata I pulak tak boleh nak lelap, I pun bukalah youtube mencari subtitle untuk filem ni...

Aha, dapat sub Indon pun takpalah. Dalam keadaan darurat, bisa difahami juga ^_^ Terkulat-kulatlah I sambil membetulkan spekmata sambil menonton skrin smartphone yang tak cukup membesar tu....

Eh, sinopsis filem ni tak payahlah dipanjanglebarkan ceritanya ya! Tak kuasa jari jemari ah kak nak elaborate jalan cerita filem ni. Nak baca sinopsis, google aje. Mesti ramai yang bercerita tentang filem ni.
 
Mula-mula menonton, nak gelak aje tengok karakter si Seleman ni. Lurus bendul yang amat. Semua pun nak bersikap jujur. Dan, nasib baiklah dalam filem ni dia pakai baju selalu. Kalau tidak, mahu baru 10 minit, I dah terlelap tak tahan tengok dia menari sambil tanggal baju! Nasib baik juga awal cerita, dia tak muncul lagi. Makanya tekun jugalah I ni menonton supaya faham jalan ceritanya ...

And seriously, ah kak termengalir juga air mata sambil tersob-sob sendirian dalam kegelapan malam bila tiba scene Shahida bertemu dengan emaknya. Of course sedih juga bila budak ni pertama kali menjerit memanggil nama si paman ni....

Oh, ending memang beremosi okey! Disebabkan ending aje I bagi terus 5 bintang ^_^ Kalau nak suruh rate lakonan lurus bendul si Salman tu, I tak tahu berapa bintang yang tinggal nak diberi ^_^

Dek kerana I menonton movie ni tengah malam, tentulah takda suara kedengaran cuma mengharapkan subtitle aje untuk faham jalan cerita (Kalau buka suara pun bukan I faham sepatah apa pun yang diucapkan!) Kalau ada lagu pun, memang I tak dengarlah ya!

Okeylah cerita ni, lain daripada yang lain! Asal takda adegan tari menari di beberapa lokasi sambil tukar-tukar pakaian dan berjam-jam nak habiskan satu lagu, kira okeylah for me! 

Oh, yes! Don't ajak-ajak ayam I untuk menonton jahanamjahanam pulak ya lepas ni! My sister siap offer lagi nak belikan tiket ajak Bubbly Abang and I menonton Dilwale, tapi serentak kami anak beranak menjawab,

Nampak gaya tertidurlah kita dalam panggung!

Ceritalah bagai nak rak, mood I nak menonton filem Hindustan memang takda buat masa ni ^_^ Lebih baik I layan drama 'Koya' (baca : Korea, versi Adik Cute) tiap-tiap malam ~_^      

     


32 comments:

  1. terjebak jugak ktorg laki bini dengan cite ni hihihi. dan Fateh Uwais sampai tertido la atas riba abi dia sambil tunggu ummi abi habis layan movie ni hahahaha. tapi pada pandangan seorang syakira. agak best la jugak. sebab genre dia tak sama mcm cite hindustan biasa2 tu haaaa. dan tersebak jugak di hujung2 cerita hahahaha. paling sedih part kena tinggal ketapi tu. masa tu Uwais belum tido. sempat la bg pengajaran dekat dia huuuu. cuma tak suka sebab dalam cite tu penganut agama lain tak boleh menipu. org islam boleh menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cerita ni lain sikit daripada cerita Hindustan yang biasa tu. Akak ni memang rarelah nak tengok cerita Hindustan tapi yang ini akak boleh layanlah. Menarik jalan cerita yang dipaparkan.

      Ahah, bab tu pun akak setuju juga. Baguslah sangatlah si Salman ni jadi penganut Hindu kononnya. Yang sebenarnya dia tu Muslimkan, nama pun Khan. Tapi biasalah kat India nama aje macam Muslim tapi tidak!

      Delete
  2. hehehe.sedih kan hujungnya...lea banyak kali tengok dekat astro part hujung tu mesti nangis. adli pun suka tengok part munni jumpa maknya balik. mesti adli cakap. munni dah jumpa umienya lah umie. sian dia.adli panggil cerita ni cerita munni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part ending tu memang winlah. Terus bercucuran air mata. Lagi-lagi masa dia jumpa semula dengan emaknya. Aduhai, tersayat-sayat hati kita jadinya padahal tengok movie aje pun!

      Delete
  3. Ramai yg dah menonotn Bajrangi ini MD. Tapi kakak bab menonton-nonton ni memang entahlah sebab dah tua agaknya memang malas. Tak kiralah filem melayu/hindustan/'koya' ke dah malas nak layan. Agaknya kalau dinovelkan ada chances kakak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang jarang tengok filem Hindustan, kak. Very rare ocassion. Ini pun sebab terpengaruh baca kawan-kawan review. Nak juga tau apa kelainan jalan ceritanya. Kalau ikutkan, tengok nama Salman Khan ada, memang tak ingin nak tengok trailer aje pun!

      Delete
  4. Bila MD kata tengok cerita hindustan tahun 80an..
    Teringat pulak CH tengok cerita hindustan ni cara berjemaah adik beradik..
    Adik beradik dah lah ramai perempuan..
    Bab menangis tu jangan cakaplah..
    Cerita hindustan ni touching dia lain macam..
    Buat hujung baju penuh dengan hingus hahhaha...
    Sekarang ni CH tak tengok cerita filem / drama...
    Bak kata kakzakie kot..
    Dah masuk kilauan emas ni..
    Rasa nak terbaring depan TV menonto filem/drama tu dah kelaut.. hihihi

    Tapi bila MD kata suka pulak tengok si Shahidah tu..
    Macam teruja pulak CH nak mencarinya di youtube nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham tu CH sebabnya samalah macam situasi saya. Asal petang Sabtu aje mesti ramai-ramai duduk depan TV nak tengok cerita Hindustan. Dulu-dulukan selalu ada kat RTM2. Hehehe. Saya ni dalam pada tak suka tengoklah juga tapi tak khusyuk pun. Asal nyanyi tukar baju aje, saya pergi dapur cari makan, cari minum, masuk toilet. Memang tak in lah dengan diri ni bab nyanyi berjam-jam ni!

      Budak tu cutelah, CH. Jalan ceritanya yang menarik berbanding dengan filem Hindi yang lain, yang asyik-asyik antara dua darjat, berkasih-sayang separuh nyawa lepas tu ditentang, naik bosan. Sama macam drama Melayu sekarang. Sinonim semua cerita!

      Ini kisah budak Pakistan yang bisu tertinggal keretapi di India. Salman ni Indialah, makanya sebab dia penganut Hindu yang jujur (and lurus bendul), dibawanya budak Pakistan ni balik rumah tanpa tau asal usul, agama dan sebagainya. Kisahnya tentang betapa berazamnya Salman nak bawa budak ni balik Pakistan dan berjumpa ibubapanya kembali. Itu yang buat cerita ni jadi menarik dan emosi sangat jadinya!

      Delete
  5. Mak Ton, awat tetiba cite pasal FB ni, sajalah tu nak bagitahu mak indirect ....eleh!

    Mak pun sejak dah kilauan ni mmg kurang suka jugak layan hindustan. Entah kenapa. Weyh mak pun tak suka dgn Salman Khan ni, entah kenapa, kalau dia berlakon, mmg tak ghairah langsung nak tengok.
    Kalau SRK tu ada napsu jugaklah hihi...
    Best ek cite dia?

    You, kita pulak teringin nak tengok Dilwale tu, tengok youtube lagu dia mcm best best jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukanlah, Mak. Serius FB kita memang tak aktif pun. Mak tengoklah mana ada berupdate. Itu pasallah nak log in dan approve Mak punya request pun ambil masa. Takda mood nak buka FB katanya. Tapi Mak janganlah kecil hati, memang kita approve. Kitakan sayang bangat kat jiran sebelah ni ^_^

      Ingatkan Mak suka cerita Hindustan sampai la ni. Rupanya dah tak suka ya. Samalah Mak. Kita pun tak sukalah si Salman ni. Menyampah betul. Asyik nak tayang body. Rimas eh! SRK tu lainlahkan, tengok muka aje dah dapdup jantung ni tapi sekarang dia dah tua, tak mainlah hero tua ni. Hahaha!

      Best Mak cerita ni. Kalau jenis tangkap leleh macam Mak, sure kena beli siap-siap 4 kotak tisu Premier sempena raya Cina ni. Hingus meleleh-leleh kalau tak lap, Mak. Sedih sangat! Yalah, kisah budak kecil kehilangan emaknya dan si Salman ni berusaha nak bawa budak ni balik ke negaranya mencari keluarga! Dahlah budak tu bisu. Uwahhhh....tercerita pulak!

      Delete
    2. Alamak....nak tengok jugak ar,mcm best jer

      Delete
    3. Pergilah tengok, Mak. Best tau jalan cerita ni. Kali ni kita pastikan Salman Khan pakai baju penuh. Hahaha!

      Delete
  6. Rugi lah tak tengok Dilwale, best ooooo. Nani mula mula tak nak tengok pastu kiri kanan depan belakang semua cakap best last last tengok jugak. Dah tengok asyik nak layan aje lagunya siang malam pagi petang. Fengsaaaan! Hahahahahha. Bajrangi bhaijaan ni hari tu tengok sikit lepas tu entah tak dek rasa nak tengok walaupun kawan cakap best. Hahahaha ! Tengok lah nanti kot kot ada rasa nak tengok balik. Hehehe ! MD, jangan lupa tengok Dilwale. Ehhhhh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda hatilah Nani nak tengok Dilwale. Akak tak tahan kalau banyak sangat lagu dalam filem ^_^ Nanti akak tertidur pulak dalam panggung!

      Biasalah tu budak-budak muda kalau cerita cinta memang tangkap syok lain macam tau. Macam akak ni dah mak-mak, takda feeling lagi dah apa itu percintaan. Hahaha!

      Jangan bimbang, akak masih tak teruja lagi nak menonton Dilwale! Nani cuba lagi ya pujuk-pujukan itu ~_^

      Delete
  7. alahaiiii kaknoor mcam malu je nk tengok filem hindustan skrg ni sbb dh tk sesuai kot dgn org yg dh separuh abad ni MD ok lah masih muda belia tengok lah ya hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah KakNoor malu nak tengok dah sekarang ni. Saya pulak yang malu nak mengaku yang saya masih lagi tengok hiburan macam ni, KakNoor!

      Delete
  8. Haha... hindustan yer....zaman bunda muda2 dulu rajin jugaklah layan filem hindustan ni.... sebab zaman dulu punya hindustan walaupun banyak lagu tapi ceritanya ada mesej dan tauladan jugak...

    Hindustan zaman sekarang ni mesej nyer tak seberapa...tapi pakaiannya tu mengalahkan movie orang putih... menjolok giler mata ni... lagi pun bunda dah malas dah nak hadap movie panjang2 ni... kalu drama tu layan jugaklah...

    Kalau anak2 bawak g panggung pun bunda bolih terlelap kalau citer yang bunda tak minat... percaya ke idok bunda boleh terlelap..walau pun sound dalam panggung tu kuat kan.... tapi itulah kebenarannya...faktor usia sama kot... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hindustan sekarang memang dah daring berbanding dulukan, Bunda. Teringat masa zaman sekolah dulu, tengok Hindustan biasa-biasa aje. Sekarang ni bukan main lagi, adakalanya kena tutup mata! Tapi cerita omputih lagilah teruk ^_^

      Saya tak suka Hindustan sebab tak tahan banyak sangat lagu. Walaupun lagu adakalanya sedap, tak laratlah saya sambil dengar lagu sambil baca subtitle!

      Standard tu Bunda! Kalau dah jalan cerita bosan, memang tidur ajelah lagi best!

      Delete
  9. saya yang kaki hindustan pun tak tengok cite ni lagi..huhu.betul ada kat youtube?lunch hour hari ni nak tengok.ramai kata filem ni berbeza.akak ngan jiran sebelah, sama je tak suka salman khan.apalah dosa dia kak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah Sal kat youtube. Akak search kat youtube aje. Hari tu terjumpalah sub Indon. Layankan ajelah. Fahamlah 99.9% jalan cerita dengan membaca sub aje!

      Ish! Memang menyampah sejak dulu lagilah tengok si Salman Khan ni. Satu lagi sapa tu namanya Ajay Devgan! Dah takda lagikan berlakon sekarang! Nasib baik!

      Dosa dia eh... dosa dia eh... sebab suka sangat tak pakai baju masa menari! Hahaha!

      Delete
  10. nak tengok citer ni tapi xde yang nak teman..cik abe tu x nak pi sebab x suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik tengok cerita ni daripada Dilwale tu, SA. Kalau takda siapa nak teman, tengok kat rumah pun boleh. Kat youtube pun ada ^_^

      Delete
  11. bila ambil pakej box office movies , ada dapat sekali box office tamil . bila dah bosan tgk movie org putih yg berulang je tu , sesekali jengah juga si tamil and hindustan tapi , bab menyanyi tu mmg saya terus je tkar channel . tak mampu weyh nak hadap yg seksi menari terkangkang2 tu ... aiyyakkk ... saya x minta salman . bagi saya lakonan salman agak kaku berbanding SRK yg nampak natural ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak berkenan si Salman ni kalau berlakon sebab asyiklah nak buka baju tayang body. Konon-konon sasalah sangat!

      Saya pun tak minatlah bab menyanyi-nyanyi pusing satu taman, satu bangunan, satu negara ni. Kalau bab nyanyi aje, saya take a breaklah!

      Delete
  12. haha, tergelak2 saya baca sis! teringat kat kawan saya yang memang menyampah betul tengok salman sebab salman suka bukak baju ahaks! ramai dah orang kata best giler cerita nih, tapi saya masih belum tengok...ada kawan saya tu, mak dia siap belikan tiket wayang ajak anak lelaki die tgk cerita nih...haha..penangan hindustan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul-betul menyampah tau, bukan main-main ^_^ Ini pun tak tahulah sebab penangan review kot, itu yang teruja nak tengok. Dah kata dah dalam hati, kalau Salman keluar menyanyi-nyanyi sambil buka baju, memang takdalah nak bersengkang mata tengok filem ni. Nasib baik dia tak buat hal kali ni. Hahaha!

      Delete
  13. Ramai yg kata cerita ni best. I pun mcm u, bukan jenis tgk Hindustan. Dilwale mmg i tak de perasaan pun nak tgk. Terutamanya kalau yg bagi review ialah wanita-wanita melayu. Heheh. Jangan marah ye. Sebab mcm dah banyak movies yg i tgk bersandarkan review makcik-makcik ni contohnya Ombak RIndu, sekali bila i tengok, halaaaah, tak memenuhi piawaian langsung. Filem Salman Khan yg u rekemen ni i ada jgk la hati nak tgk cuma kena tunggu malam buta la baru boleh tgk guna XpAx Burung Hantu. Hahah. Jimat data. Lagi satu movie hindustan yg org kata berbaloi tgk ialah filem PK. Lakonan Aamir Khan. Tp yg tu pun i tak tgk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berkenan sangatlah cerita Hindustan ni. I lebih rela tengok filem seram daripada tengok filem Hindustan. Tak boleh nak hadam sangatlah. Tapi kisah ni lain sikit. Okeylah boleh hadam sekali-sekala. Tapi itulah si Salman pulak yang berlakon. Kalau bagi watak tu kat SRK pun elok juga tau. 10 kali I re-tonton demi nak mengeluarkan air mata tau!

      Nama filem tu 'PK' ke? Tak pernah tau pun. Nanti I googlelah. Tapi itulah, Aamir Khan pun I nehi minat sebenarnya. Hahaha!

      Delete
  14. Ha.. baru nak tengok ye..saya dh lama cakap ini cerita best tau.. haha.. untung ada kawan org sikh ya.. dpt info awal, tengok pun awl.. MD tgk citer ni dulu, kalau tgk dilwale nati mesti rasa dilwale biasa2 je.. ramai yg tgk citer ni dulu rasa mcm tu.. haha.. kemain ya komen saya, kang peminat dilwale baling telur nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dari blog awaklah kita tau tentang filem ni tapi masa tu memang tak berapa terujalah AN nak tengok filem Hindi. Lepas dok baca beberapa kali orang review, eh macam kenalah tengok juga trailerkan ^_^

      Oh, setakat putus cinta, cinta terhalang, cinta antara dua darjat, menyimpan perasaan sampai ke sudah, memang tidaklah saya minat sangat AN. Kiranya Dilwale ni tak tengok pun takpalah....

      Delete
  15. dah lama tak layan citer hindi ni. org sibuk ckp pasal dilwale, lyn tak heran pun. rasa takde nafsu nak tgk.
    tapi citer hindi dulu2, rajin tgk sampai nangis.. skrg sorry.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bab Dilwale tu takdalah terbuka selera nak menontonnya. Ini pun sebab asyik baca review orang kata lain daripada yang lain kisahnya. Itu yang tertengok juga!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...