Great Eastern Mall, Toys R Us dan anak-anak

Salam 2 Jamadil Awal kawan-kawan!

Honestly speaking, sekarang ni I memang tak berapa nak hairan dengan shopping malls. Rasa macam dah habis semua shopping malls di Kuala Lumpur ni kita lenjan sampai tak tahu nak buat apa lagi. Bila keluar dengan family ni, biasanya I jarang bershopping kecuali kalau perlu. HD pulak kalau nak beli something, mesti nak ajak I dan anak-anak. 

Kalau sendirian di shopping mall tu lainlah pulak ceritanya. Memanglah panjang kaki melangkah ^_^

Pun begitu, bila tiba hujung minggu dan kami tak tahu nak buat apa, memang main terjah ajelah mana-mana shopping mall yang terfikir dek minda katanya ...

Great Eastern Mall di Jalan Ampang ni bukanlah baru tapi I memang jarang terjah sini. Boleh kira dengan sebelah jari aje berapa kali kami sudah ke sini. Kebetulan baru-baru ni HD ajak ke sini atas urusan tertentu, maka apalagi, kita tiga beranak sanggup ajelah keluar malam ikut Daddy ^_^

I ingat lagi pernah sekali kami keluar rumah tanpa hala tuju dan tak tahu nak makan di mana. Pandu punya pandu, akhirnya kami sampai di Jalan Ampang. Nampak mall ni apalagi, teruslah ajak HD singgah. Itulah rasanya kali pertama kami ke sini - mencari makan!

Pusing dari satu level ke satu level, takda satu pun tempat yang teringin nak mencuba. Akhirnya kami bersarapan lewat pagi di The Chicken Rice Shop. Oh, my.... memang takdalah I nak up entri makan-makan kat sini sebab restoran ini memang bukan kegemaran kami sekeluarga. Semua pun macam tak kena di anak tekak I ni ... (maklumlah kalau pepagi tu mestilah nak nasi lemak ke, roti canai ke, lontong ke, tiba-tiba dihidangkan dengan nasi ayam blahblahblah, memanglah tak in dengan anak tekak!) 

Lupakan ajelah kisah pertama kali ke GEM ni, yang penting sekarang ni kalau ke mana-mana haruslah suruh superheroes berposing selagi mereka menyanggupi. Bila dah besar panjang nanti, takda pedulinya mereka dengan permintaan Mommy ni ~_^

Adik Cute bukan nak pee tapi tengah belajar posing sambil pegang seluar style gitu ^_^ Ada nampak apa-apa yang luar biasa tak? Kalau tak nampak, kena baca sehingga ke akhir entri untuk mengetahui ceritanya @_@

Bubbly Abang dan ke'sado'an, berpisah tiada ~_^


I tengok escalator yang panjang tu aduhai gayat weyh! Tak berani I nak naik escalator tu. Takpalah, kita 'panjat' escalator dari satu level ke satu level yang lain. Bukan terdesak nak cepat pun. Kalau terasa gayat tengok bawah, kita tekan butang elevator ajelah ^_^   

Seperti yang dikata, dek kerana HD ada urusan lain, maka kami pun berpecah. HD menguruskan sesuatu manakala I dan anak-anak teruslah 'menjelajah' GEM ni. 

By the way, belum apa-apa lagi mereka dah nampak nun di atas sana ~ Toys R Us!

Maka, wajiblah menyinggah dulu di sini ...








Bukan main ralit my superheroes ni bila dapat masuk Toys R Us. Tak mahu keluar-keluar! I bagi 10 minit, mereka minta masa tambahan lagi dan lagi. Asyiklah 10 minit lagi, 10 minit lagi tapi keluarnya tak juga!

Walaupun ada beberapa orang lagi kanak-kanak di dalam ni, suara si Adik Cute ajelah yang kedengaran. But one thing about my superheroes ni, mereka memang 'loud speaker' tapi dari segi lasak berlari sana-sini, usik itu ini, memang tidaklah keterlaluan. Masih terkawal perangai masing-masing walaupun Adik Cute yang masih kecil ni.

Kalau di khalayak ramai, memang dia behave sikit punya baik kecuali suara nyaringnya tulah aje yang tak dapat dikawal! Baka Mommynya ni rasanya. Hahaha!

Selesai 'grand tour' di Toys R Us, kami pun beredar. Ingatkan adalah peluang nak tinjau tempat-tempat lain lagi di GEM ni tapi mesej dari suami tercinta dah masuk ~_^ Habislah peluang!

Kami pun segeralah turun ke LG. Naik lif aje senang. Malas nak turun ikut eskalator. Sampai di level berapa entah tetiba Adik Cute suruh berhenti kejap sebab nak betulkan kasutnya...

Masa itulah baru I terpandang sesuatu.... 

Hahahaha! Adik! Adik pakai kasut sebelah lain, sebelah lainlah!

Habis dah kena gelak dengan si abangnya ^_^

Rupa-rupanya sepanjang kami berjalan tadi, si kecil ni selamba aje pakai kasut sebelah kiri lain, sebelah kanan lain! Yang lagi best, dia pergi bantai kasut dua-dua untuk kaki kanan!

Kasut di kaki kiri tu sebenarnya kasut untuk kaki kanan. Dua-dua kasut kaki kanan dirembatnya!


Padanlah dia macam tak selesa aje bila berjalan tadi. Dah kasut kaki kanan pakai di kaki kiri. Senang cerita dua-dua kasut kaki kanan disarungnya dan berbeza pulak tu!

Inilah padahnya bila nak keluar rumah dan Mommy tak 'pantau' anak-anak. Seingat I masa keluar rumah tadi, HD suruh dia pakai kasut sendiri. Mungkin sebab nak cepat, dia main rembat aje kasut dalam almari kasut tu tanpa sedar terambil kasut sebelah lain!

Kasihan alahai anak Mommy jadi bahan jenaka sampaikan bila kita nak cerita semula pada Daddynya dalam kereta, serta-merta dia tarik muka sambil kata,

Sudahlah! Sudahlah! Bosanlah asyik nak cerita benda ni aje!

Huhuhu...tau pun malu ya, Dik ^_^     

      

    















 

  

Comments

  1. tu diaaa kak..semua mall dah terjah yeak ehehehehe..lieya ni dah umur2 gini mmg malas tul nak pi mall jalan2...melainkan kalo betul2 nak cari barang atau tgk wayang....ye laa wayang kan dalam mall heheheeheheh

    abang makin sadoo jek kak...mesti selera tgh naik ni kan....kak, tang kasut tu mmg lawak...dah berjalan sepanjang hari baru perasan hahaahahahaha....halal le kak...kalo kite yg salah mau malu sepanjang zaman...ni budak2 hahaahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasanya memang hampir 99.9% malls yang ada kat Kuala Lumpur dan negeri berjiran dah akak terjah. Maklumlah terlebih rajin! Tapi bukan setakat Lieya aje, akak pun sekarang ni dah tak rajin sangatlah nak terjah mall kecuali ada yang berkenan di hati. Tapi kalau sendirian tu, ligat lagi sebenarnya Lieya cuma sebab malas nak memandu, itu yang limited melenjannya ^_^

      Tak tahulah akak, Lieya. Kejap susut, kejap menyado semula. Tapi yang lagi banyak menyado ajelah. Nak kata makan tak juga tapi rehat terover berlebihan ni rasanya!

      Memang tak perasan tau. Masa berjalan tu adalah juga kejap-kejap dia nak betulkan kasut tapi akak memang tak tengok pun. Dah nak turun tu baru perasan sebelah lain, sebelah lagi lain. Itu okey lagilah, trend namanya ^_^ Ini dua-dua sebelah kanan tu yang tak boleh menahan!

      Pandai malu okey si kecil ni kalau kita asyik bercakap tentang dia!

      Delete
  2. Boleh dpt reward tu MD..
    Masuk Malaysian Record pun ok..
    Sebab semua mall dah lenjan hahaha..
    Aduhai kesian adik cute..
    Pasrah je lah dik oiii..
    Mummy tu dah tak sabar nak melenjan kat mall tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Buat gelak ajelah, CH. Jangan-jangan kalau tersenarai saya baru aje masuk top ten tau. Ada lagi yang lebih hebat dari saya! Macamana nak masuk MBR?

      Nasib baik Mommy tak perasan dari awal. Rasa-rasanya orang lain pun tak perasan juga anak saya pakai kasut sebelah lain ^_^

      Delete
  3. GEM.. waaa x pernah poie lg ni. Kena pergi one day. hihhi..
    Alolo sian adik cute pakai kasut lenlain, belah kanan pulak tu dua dua. haru. Takpe nnti bila da besar mesti gelak terbahak bahak pengalaman selipar ni bila MD cerita balik. Keekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda apa pun dalam ni. Tapi kalau untuk budak-budak memang happeninglah sangat ada Toys R Us dan juga tempat permainan kanak-kanak. Setakat orang dewasa macam kita ni, takda bendalah Aina nak cari. Lebih baik kita pi shopping mall yang lebih happening untuk membeli-belah ^_^

      Delete
  4. assalamm mommy :)
    alahai sian adik.. nsb adik warning sesiap..

    GEM dkt je dgn saya.
    saya pon gayat bila naik eskalatornya tu.. perghh, mmg x brani nk tgk bawah.. seriau aje. rasa mcm lambat pon ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak keluar rumah tak dipantau, memang macam tulah gayanya, Ciksu. Pernah sekali tu, mereka keluar rumah pakai selipar cabuk aje. Dah sampai mall baru saya perasan. Angin alahai satu badan!

      Semacamkan eskalatornya tu. Takutlah saya nak naik dari level paling bawah ke level paling atas walaupun cepat katanya takda transit kat mana-mana level ^_^

      Delete
  5. hahaha.. dah syok puas berjalan baru perasan salah pakai kasut.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal! Dah nak balik baru perasan kasut sebelah lain, sebelah lagi lain. Aduhai...

      Delete
  6. entah.bosan la..asyik kena kan adik je...kesian adik tau..

    hahha..dah tau malu ye budak tu..ingatkan dia nak buat muka selamba senyum2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan boleh. Kalau kita mengata dia depan-depan, memang asyik senyum sumbing jerk lepas tu tetiba marahlah konon orang asyik cakap benda yang sama tentang dia. Kelakar betul kalau dia terasa tau! Hahaha!

      Delete
  7. Haha.. tgk gambar mula2 tadi tak perasan, rupanya pakai salah pasangan ya.. haha.. sian adik ya..

    Untungla lama dpt duduk kat kedai toys tu.. saya takkan buat tu.. haha mama kedekut. Kalau papa dh pemurah mama kena jd kedekut kan? Xtahan wei, naim ni kalau kat kawal, bimbang gak makin menjadi kalau dia dh besar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakan dia berjalan sana-sini dengan kasut sebelah lain, sebelah lagi lain tau. Mommy pun satu, boleh tak perasan langsung padahal dah nampak anak tu beberapa kali dok betulkan kasut sebab tak selesa. Manalah nak selesanya kalau kasut kanan sarung kat kaki kirikan!

      Delete
  8. la..nasib baik Adik,kalau mummy yang pakai sebelah lain, kan lagi haru.GEM ni memanglah sendu bagi saya..last time gi situ pun masa kena keje kat one of the retail store.tapi sebulan je la.mall ni kul 9.30 dah tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mommy yang salah pakai, terus masuk kedai kasut beli kasut baru! Hahaha!

      GEM ni memang sendulah, Sal. Takda apa pun yang menarik. Kalau akak masuk sini, mesti pergi kedai jual pet tu, pi guardian, pi Cold Storage, pi Toys R Us, tempat main budak-budak tu pastu keluar. Tempat makan pun langsung tak ohsem!

      Delete
  9. Bila tiba Krismas bukan main meriah kompleks belibelah di negara kita. Macam kat obesi je rasanya...

    Tak pernah sekali kakcik masuk ke GEM tu walaupun seringkali melaluinya. Entah macamanalah rupa kat dalam tu...

    Cantik juga fesyen sebelah lain kasut Adik Cute tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa perayaan pun saya rasa memang meriah di negara kita. Kalau kita tak sambut pun, kita tolong shopping sama ^_^

      GEM ni takda apa yang menarik sangat, Kakcik. Kalau nak shopping, ini bukanlah pilihan yang terbaik.

      Aha, dah nak balik baru perasan kasut anak sebelah lain, sebelah lagi lain. Nak buat macamana. Buat joke bengang ajelah sampai dia geram!

      Delete
  10. Rajin MD pi mall yek... saya ni kalau la diberi pilihan pi mall or dok rumah... biarlah dok rumah... duit pun tak habis... hahahahaha

    Alahai kesian adik cute tersalah ambil kasut tu... malu dia kena gelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak serajin dulu, Nora. Kalau dulu, tak betah duduk di rumah bila hari cuti. Asyik nak berjalan aje kerjanya. Tapi sekarang ni, kurang banyak dah. Mungkin juga sebab usia dah tua ^_^

      Dia memang dah pandai malu sekarang ni. Kalau kita mengumpat, lagilah dia terasa malu berkoyan-koyan!

      Delete
  11. MD dan mall memang tak dapat dipisahkan..hairan pulak bila MD kata tak hairan dah dengan shopping mall.hahaha..

    sabaq ye adik cute.sesekali jadi bahan jenaka..memang siang malam satu hari la dok cerita part salah pakai kasut tu kan.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah boleh pisah sikit-sikit, PK ^_^ Maklumlah dah tua katanya, tak daya nak ronda dari hujung ke hujung, dari utara ke selatan balik timur ke barat katanya!

      Oh, biasalah! Memang sampai esok lusa asyik dok kenakan dia sampai melalak dibuatnya. Seronokkan sakat anak sekali-sekala ni!

      Delete
  12. alahaiiii cian adik kena jdi bahan gelak...hehehe..
    dorg masuk toy r us, tak paw akak ker?? hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka bersedia aje nak paw macam-macam tapi akak tepis dengan jayanya. Apa yang kita benarkan aje boleh beli. Kalau nak beli yang mahal-mahal, sediakan duit sendiri ^_^

      Delete

Post a Comment