Jalan-jalan & makan-makan di PD

Salam 14 Jamadil Awal kawan-kawan!

Hari ini kita sambung cerita Port Dickson lagi ya. Harapnya janganlah penat membaca ^_^

Biasalah I ni kan, kalau pergi bercuti sehari pun I boleh buat entri berpart-part. Takda gambar pun okey aje jari jemari ni menaip. No hal punya @_@

Hari ni I nak bercerita tentang aktiviti kami di Port Dickson. Bukan aktiviti beriadah ya, aktiviti makan-makan aje dan jenjalan hirup udara segar di petang hari, di pantai je...

On the way dari rumah, kami singgah di RnR Seremban untuk sarapan pagi. Nampak ramai orang. Cuaklah juga kotnya semua orang nak menuju ke PD. Cuti panjang dah lama habis, tak akanlah minggu lepas ni ada lagi orang yang teringat nak balik kampung di selatankan ^_^ Tapi yang ramai kelihatan pakai baju kurung bagai. Ni mesti ada majlis kahwin atau rombongan meminang anak dara orang ni!

Ada jugalah group mat-mat motor berkuasa tinggi. Bukan satu group aje, banyak pulak. Tertelan-telan air liur anak-anak bujang I tengok Ducati ... Siap main booked sorang satu motor orang. Nasib baik mereka tak minta Mommy snap gambar kat motorbikes yang bersusun tu!

Gambar makan-makan di sini tak ambillah sebab mood snap gambar tak mari lagi. Kami memesan sarapan pagi yang biasa aje seperti nasi lemak ayam goreng, kuey teow goreng, nasi goreng dan minuman pun macam biasalah teh tarik, teh o ais dan milo ais!

Bila dah masuk bilik di Puteri Beach Resort, kami turun mandi-manda dulu di swimming pool. My superheroes dah tak tahan godaan nak bermain air.  Bila balik bilik masing-masing dah lapar. Maka semua sepakat nak keluar makan tengahari.

Kami makan di sini ...

Cowboy Place @ Watie Beach Cafe nama diberi ...

 
Ini ajelah gambar nasi kukus yang dapat disnap. Nak tahu kenapa? Tengok gambar di bawah ni ...


Si budak cute ni telah menumpahkan secawan plastik air tembikai. Belum sempat kena marah kaw-kaw, dia dah bantai merajuk dan menangis. Nampak tak sisa air mata kesedihan sebab baru nak kena marah tu?

Dah masuk JJCM TV3 kan tempat ni. Masa tengok si pengacara tu makan, rasa tak dan nak pergi PD dan makan ayam kukus ni tau. Cara dia makan buat kita meleleh air liur jadinya. Tapi bila dah merasai sendiri, takdalah sampai tak lena tidur malam kalau tak dapat makan ya! 

Kami order nasi ayam kukus (RM6 sepinggan), 2 pinggan sayur berlainan jenis (RM4 sepinggan), telur dadar (RM2 sepinggan) dan 2 jug air tembikai. Air minuman takda pilihan ya, cuma ada air tembikai aje. Malang sungguh I tak minum air tembikai. Nasib baiklah ada plain water anak-anak yang I bawa ke hulu ke hilir tu. Plain waterlah yang I teguk. 

Rasa ayamnya tu memang sedap. Sup yang ada pun sedap juga tapi takdalah ya sampai terindu-rindu nak makan lagi. Okeylah, janji dah pernah mencuba! Kalaulah kawasan persekitaran tu dijaga rapi dan lebih bersih, mungkin tergoda jugalah nak singgah lagi...

Lepas makan, kami berkereta aje melilau sekitar Port Dickson. Keluar masuk tengok pantai cantik. Manalah tau lain kali tetiba bangun pagi nak pergi PD balik hari, tau dah mana pantai cantik nak terjah! Nak masuk rumah terapung ke apa tu dan 3D Trick Art Museum, semua tak beri kerjasama. Maka kita berkelana ajelah dalam kereta ... 

Sebelum pulang ke Puteri Beach Resort, kita pekena dulu 'desserts' kat PD World Famous Asam Pedas dan Coconut Shake. Ini pun kira first time singgah. Selalu pergi PD kami bawa bekalan secukup makan dan keluar makan malam aje. Kali ni kita makan-makan sianglah pulak!  


Lama tak jumpa pisang tanduk buat pisang goreng tau. Gembira aje makan ^_^

Tauhu sumbat ni cuma my sister Ngah dan HD aje yang beria-ia makan.Yang lain semuanya jakun especially I dan anak-anaklah ^_^


Cendol semangkuk RM2 aje. Okeylah, lepas juga kepingin nak makan cendol!

The Coconut Shake ~_^
Oh, gambar keropok lekor tak sempat snap pulak sebab Adik Cute kedekut ^_^

Bersih tempat ni, I suka sangat!  Pelbagai jenis makanan dijual di sini tapi sebab kami baru makan, tak akanlah nak makan berat lagi. Sejam pun tak sampai tau!

Balik ke hotel, kita berehat-rehatlah sekejap. My superheroes dah sibuk ajak turun mandi kolam lagi tapi bila menjenguk dari 'jendela kamar', duh bukan main ramai pulak. Ingat lepas Asar nak turun. Bila tengok mak hai, makin ramai! Kebetulan ada family day hari Sabtu tu. So lepas pukul 3 petang, ramailah checked inkan. Nasib baik pagi tadi my superheroes dah mandi berjam-jam.

Kita decided petang sikit nanti nak berjalan-jalan di tepi pantai  ajelah ... I suruh my sister, my nephew and his wife bawa my superheroes so dapatlah I berjalan berpimpin tangan dengan HD. Hahaha... 


Inilah dia Hibiscus tu ya. Boleh nampak dari pantai kat Puteri Beach Resort!

Kalau macam ni memanglah tak nampak bentuk bungarayanya. Kenalah tengok gambar kat website Hibiscus ni.








Dah puas tengok pantai, kita balik ke bilik semula. Bersiap-siap untuk solat Maghrib dan juga nak keluar makan malam. Mulanya nak ke pasar malam tapi tak jadi pulak. Malas nak bersesak-sesak katanya. Pasar malam kat KL tak pernah pergi, nak pergi yang kat PD pulak. Mengada sangat tau!

Tapi yang paling best, I terlupa nak tengok apa nama restoran ni. Eh, bukan tak tahu nama restoran, tak nampak pun signboardnya. Yang ada cuma tulis asam pedas, ikan bakar dan blahblah. Dek kerana malas, takdalah I proceed bersusah-payah cari nama restoran!



Air minuman macam biasalah. Tak pernah vogue. Cuma Bubbly Abang aje order air strawberi. Sampai nak habis makan, tak nampak pun strawberinya di mana!

Punah harapan HD. Tomyam biasa yang diidamkan tetiba tomyam putih ni yang sampai pulak! Hilang selera nak melantak kononnya...

Sotong tepung dan telur dadar dah macam serupa sebab kegigilan tangan tukang snap gambar!


Tak lengkap hidangan ni sebenarnya sebab mood dah kedaung sebab lapar. Siakap tiga rasa sampai kemudian sekali.  Itulah yang paling sedap. Ikannya rangup dan sosnya marbeles ^_^ 

Lepas makan malam, kita pulanglah ke bilik dan  tidur. Tamat sudah sehari di PD. Esok pagi-paginya bawa my superheroes mandi di kolam renang sekali lagi. Pukul 8 pagi dah melenjan mandi ya. Agak-agak sejam lepas tu balik bilik dan sarapan nasi lemak ayam goreng dan roti canai, tapau aje. 

Selesai sarapan, berkemaslah kami untuk pulang ke KL. 

Bila sampai di rumah terasa macam dah berhari-hari tak 'cium' bau rumah. Home tetaplah sweet home jugakan... Anak-anak meneruskan aktiviti harian mereka dan HD best alahai tidur. Penat katanya memandu...

Dan I pulak macam biasalah, kembali menjadi bibik. 4 bakul pakaian I cuci petang tu tau! Superb tak superblah!

But then petang tu kita buat grocery shopping di Aeonbig Wangsa Maju, pekena ayam goreng cheese, Pirate Coffee dan sekali lagi makan malam di Rumah Thai ^_^ Kali ni Ngah ikut sekali @_@

P.S. Teka-teki jumlah harga makan-makan di Rumah Thai tu I rasa sudah berakhirlah.  Tiada peneka tepat maka I akan umumkan peneka yang paling hampir sekali. Bezanya cuma sen aje tau ^_^     












 

 
 

 
   


Comments

  1. tu le kak..kalo pi tempat org ni harus jjcm..sedap tak sedap belakang citer yg penting kite try dulu kan...lieyapun dah try nasi cowboy tu...setuju ngan akak kate nak sedaaaap sgt sampai ulang2 pi tu takde laaaaa....boleh laa kan kak....yg penting dah rase bile org citer2 kite dah sampai sane....

    wajib kak pi pd cari kedai makan ala thai gitu...kene plak ikan 3 rase sedap mmg syok leeee..... oo mcm lieya suke lagi tomyam putih kak.... kalo tomyam merah ni selalu kedai pakai paste...tak suke rase die...kalo tomyam putih ni mmg resepi sendiri...ketuk2 halia, lengkuas, limau pun perah sendiri...syok le sikit.....

    tp kak, pic gigil sotong ngan telur tu buat aku gelak hahaahahah lawak caption akak tau hahaahah...gigil sebab lapoo tu kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni pulak Lieya ada satu sifat. Kalau dah makan tak sedap, mulalah rasa membazir aje. Padahal baca review hampir semua kata best. Lagi satu kalau pergi tempat jauh tapi tak seronok lagilah geram tapi nak juga selalu JJCM. Makan-makan ni bestkan!

      Akak pun kalau pergi makan ala-ala Siam ni bukan cari tomyam tapi mencari siakap 3 rasa. Kalau sedap, okey memang sedaplah! HD pulak memang nak pekena tomyam aje! Lain-lain lauk tak dihairankannya!

      Nampak sama kan akak ambil gambar sotong dengan telur? Nampak macam expert pulak telur dan sotong pun takda beza! Hahaha!

      Delete
  2. Hari tu pergi tak pergi pantai pun sebab bz berendam dalam kolam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang seronok berendam dalam kolam bila orang tak ramaikan. Kolam kanak-kanak pun sesuai sangat untuk mak-mak budak tau. Quite dalamlah bagi orang yang masih pakai pelampung macam kita ni. Hahaha!

      Delete
  3. Eleh....cuaklah tu tengok org ramai ramai, takut mak tangkap pinggang dia ajak bergusti lengan.

    Mak pun dah test kat Nasi ayam Cowboy tu Kak Ton. Bagi mak biasa biasa jerlah, sos dia tak best langsung, berkanji ek...tak perlah, mungkin org PD suka kot.

    Hibiscus tu pernah lalu tp takat lalu jerlah hihi...nak duk situ mcm tak lalu jer. Tunggulah duit terlajak banyak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinggang kita tak boleh main tangkap-tangkap, Mak! Kita bukan macam LieyaLatif tu! Hahaha!

      Tau tak apa HD cakap semalam? Katanya nasi koboi ni tak sedap pun tapi malas nak cakap banyak sebab anak saudara yang suggest! Padahal tukang suggestnya kita tau, Mak ^_^

      Entahlah nak menabung ke tidak untuk ke Hibiscus ni tapi saya lagi suka yang satu lagi tu. Pun tak sampai-sampai lagi. Nak pergi tempat macam tu, berjemaah paling best. Kalau bawa Ngah, semua kelengkapan pasti disediakan dengan baik. Hahaha!

      Delete
  4. JJCM kdg kdg x blh pakai sgt. Kena JJCM sendirik hihihi... bukan apa kdg kdg selera tekak lain lain. Goreng pisang tanduk mmg sodap kak.. Tapi syg nya jarang jumpa sobbb... Aina x pernah mkn lg dkt cowboy place tu tggu la nnti bila reda reda kita p jenjalan PD pulak. Boleh jd kan ref entry MD ni. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang tak boleh pakai pun JJCM TV3 tu, Aina. Akak dah banyak kali terkena tapi redha ajelah sebab selalunya akak yang buat plan. Memang kena pangpungpangpung kiri-kanan tau bila tak sedap! Menyampah sangat!

      Pisang tanduk bestkan. Kalau dapat pengat pisang tanduk alahai, meruntun jiwa raga memikirkannya!

      Delete
  5. Port Dickson memang tempat paling bes untuk short vacation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Senang nak pergi dan sesuai untuk bersantai.

      Delete
  6. yg pd world tu ai tak berape suka sbb pekerjanya...ade le kesnye ... tp mmg tak kan jejak kaki dah ....


    kami pi pd kadang balik hari je ...pi pg blk ptg ....kadang tido smlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Time saya ke mari tengok bersih aje tempatnya dan pekerja pun nampak okey. Tapi yalah, mungkin juga pengalaman tu tak samakan. Ada masa-masanya kita rasa okey tapi kena kat orang lain tak okey dan sebaliknya.

      Kadang-kadang nak juga buat macam tu tapi anak-anak ni suka lepak kat swimming pool lepas tu balik hotel. Mereka rasa seronok je. Kita ni pulak kalau ke PD of courselah nak cari pantai indah!

      Delete
  7. PD mmg tmpt tumpuan ramai..klau pergi x pernah tido..blik ari aja..dpt jjcm seronoknya..rupanya tmpt yg byk best klau kita terokai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak lagi tempat yang best kat PD ni kita tak terjah walaupun katanya paling kerap pergi.

      Makan-makan kat sini pun best juga tapi kena tengok-tengok juga kat mana nak makan. Banyak aje kes orang komplen pasal gerai/restoran makanan di PD ni kan... Ikut nasib juga kadang-kala.

      Delete
  8. Betullah kalau masa tengok JJCM punya program tu macam best sangat. Tapi tak semuanya menepati apa yg dikatakan. Tapi lain org lain citarasa.

    Kesian adik rasa bersalahlah tu belum apa-apa dah nangis dulu. Alahai adik.. adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJCM memang tak boleh buat panduanlah, Kakzakie! Selalu sangat terkena tapi still nak rasai pengalaman makan di tempat yang sama!

      Saya sekarang google aje tempat makan. Kalau banyak orang review bagus, kami terjahlah. Mostly puas jugalah hati daripada ikut JJCM ni!

      Delete
  9. tak pernah lagi makan kat sini...biasa la MD,bila dekat malas nak pi explore..tempat jauh bukan main lagi..nanti SA nak buat la JJCM sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SA. Kalau dekat-dekat ni, tak mainlahkan. Samalah macam saya, restoran belakang rumah tak habis semuanya saya terjah. Nak yang jauh-jauh aje, barulah thrill sikit omputih kata berJJCM.

      Delete
  10. CH dulu masa pergi PD tu ada jugak singgah Kedai COWBOY tu..
    Bila en suami tengok persekitaran tu tak jadi makan..
    Rupanya tak menyesal ye kalau tak makan kat sini ye MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persekitarannya memang tak berapa nak memberangsangkan nafsu makanlah, CH. Kalau banyak pilihan tu bestlah juga. Air minuman pun sekadar air tembikai aje. Jenuhlah pada yang cerewet makan macam saya dan Bubbly Abang tau!


      Nak kata menyesal tu tidaklah sebab kenyang juga perut. Tapi takdalah sedap mana pun. Kat Shah Alam tu lagi banyak tempat sedap, CH. Habiskan JJCM kat situ dulu ^_^

      Delete
  11. Mmg tak boleh pakai testimoni JJCM tu... padahal makanannya biasa2 je... kena jalan2 sendiri la nak cari tmpt mkn yg sedap... syok la dapat berendam anak2 bujang MD tu.. heheh anak2 saya pun suka pantai... kalau cuti tu mmg ngajak je pi pantai or mandi kolam..

    MD, saya kalau dah blk dr jalan jauh x kuasa nak jalan mesin, sidai, lipat kain bagai... sah2 saya penat gak.. so hantar dobi jek.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nora. Janganlah menaruh harapan yang tinggi, memang punah punyalah!

      Saya dah banyak kali terkena tapi cuma tak serik-serik aje ^_^

      Kalaulah ada rumah tepi pantai, memang 24 jam menghadap laut ajelah agaknya kita-kita nikan, Nora ^_^

      Oh, tak pernah terfikir pulak nak hantar dobi, Nora! Selalu kalau balik dari mana-mana memang pakaian yang didahulukan tasknya! Tak sanggup tengok menimbun! Sakit mata!

      Delete
  12. Saya pernah jugak singgan nasi ayam bakar koboi tu. Biasa2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasa-biasa aje rasanya. Takdalah sampai menjilat jari dan nak bertambah nasi dan ayam bakarnya, betul tak?

      Delete
  13. Alamak...nmpk makanan trs laparrr

    Salam Kenal dr Akak Kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita! Saya pun kalau nampak makanan terus rasa lapar. Tapi yang lagi bermasalah, tak nampak makanan pun kadang-kala rasa lapar. Macamana tu!

      Terima kasih ya sudi singgah sini ^_^

      Delete
  14. ala, pendeknya entry ni..orang nak lepas rindu membaca blog adik cute ngan abang sado ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek ya, Sal? Akak ni sedang dilanda virus M lah, Sal. Ada banyak idea tapi malas dah menyerang memang susahlahkan!

      Delete
  15. nampak makanan kt restoren cowboy tu macam tak menarik lngsung.cair bair cendolnya.kompem la tak sedap.hahaha..

    adik rupanya pandai berlakon..biasalah tu sblom kena marah baik nangis dulu.untung2 mummy tak jadi marah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol tu kat PD World, PK. So-so aje rasanya. Nama pun cendol RM2 jerk. Takdalah expectation tu tinggi mana.

      Dia punya mengalir air mata macam lepas kena marah. Padahal kita baru aje meninggi suara nak marah tau! Propa aje lebih macam Mommynya ^_^

      Delete
  16. kesimpulan.. eh terus simpul yer.. JJCM kat TV3tu jangan percaya sangat.. lagipun tu dah keje dia nak bagi orang terliur tengok... der kedai makan kat kawasan rumah kitatu masuk JJCM gak tapi dah tutup .. hakikatnyer kitapun tak tau kenapalah kedaitu yang dipilih memang takder orangpun.. selalu kita pusing2 nak tengok ada tak orang makan ...
    anyway masa tengok gambar kedaitu memang cam OMG.. OMG tak cantiknyer tak berjagaker.. eh camni ker ghopenyer kedaitu yer... ehm... dah boleh panggil orang masuk kedai jadi tolongler jaga kebersihan dan kesedapan makanan.. sebabnyer der orang yang kedainyer kemain sedap masakan tapi nak panggil orang masuk ke dalam kemain payah.. jadi sayanglah apa yang Allah dah bagi pada kitatu...
    eh membebel kat blog orang pulak..
    lagi satu nak cakap lama sangat kita tak gi PD.. berkurun lama rasanya padahal dekat sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalahkan masa mereka buat shooting tentulah owner restoran buat kaw-kaw. Tapi bila kita pergi, nasiblah. Mostly apa yang disuggest dek JJCM tu takdalah sedap mana pun. Tak dinafikan, ada juga yang best tapi very rarelah, Cho!

      Takpa Cho. Blog saya ni kalau nak minta satu entri nak membebel pun saya bagi senang hati jerk. Saya okey kalau orang suka membebel. Saya pun spesies yang tak kenal mana blog orang, mana blog kita sendiri. Hahaha!

      Delete
  17. Sian adik cute kene marah dgn mommy ye...sememeh muka merajuk tu...hahaha...dik situ jual ayam panggan ke ayam kukus? Konfius sebab last akak makan dulu ayam bako...kikiki..best gak kan cuti2 pd ni...lagi2 bab makan2 tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air mata meleleh membasahi pipi, wa cakap lu ^_^ Hahaha... Adik Cute ni propa ajelah lebih. Jangan percaya kalau kata dia didera. Saja-saja aje nak perhatian tau! Samalah macam Mommynya!

      Eh, nasi kukus tapi ayam tu kena panggang kalau saya tak silap tengoklah! Hahahah!

      Delete
  18. Sian tgk adik cute. Dh tumpahkan air mood nk mkn pun lari la kot?

    Cantik lak PD. rasanya dah setahun lbh tak ke PD. last pergi sblm hamilkan baby ariz dan blk tu rumah kena pecah. Masa gi tu x pula jln. Kami duk berehat je dlm bilik. G pool dan pantai je. Bila nk g lagi rasa cam terkenang2 pulak kes pecah rumah tu.

    Teringin nk g 3D tu. nk bergambar je pun. Hari tu panas terik beriya g museum askar atas bukit tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah kata nak minum cakap dengan Mommy sebab cawan diberi tu cawan polisteren aje. Dia nak juga minum sendiri lepas tu sambil lewa letak cawan yang penuh air tu. Bila tumpah, memang nak kena jeritlahkan!

      PD ni banyak rupanya tempat cantik yang tak sampai lagi. Hajat di hati nak juga cover semua hotel yang ada di PD! Hahahaha!

      Delete
  19. alahaiiiii sedapnya makan2 di PD..
    klu tak ramai boleh lah mkn luar kak..
    Lyn sefamily klu ke PD mmg masak lah jawabnya... ramai sgt kot org nya... almost 50 org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak lagi tempat makan sedap kat PD ni akak tak sempat nak terjahlah, Lyn. Dah berjam berendam dengan budak-budak dalam air lepas tu makan. Dah kenyang memang tidaklah nak terjah tempat makan lagikan.

      Nanti-nanti kita pergi PD buat JJCM lagilah. Akak pun sebenarnya kalau ramai ahli keluarga memang tapau bawa balik bilik aje. Kalau makan kat luar, kecohnya hanya Tuhan yang tau ^_^

      Delete
  20. sungguh lama da aida x jengah pd, tido tido situ.
    sebab dulu kala time anak2 dara aida kecik2, duit tak brape byk, asyik la ke pd sebab dekat :)
    now, tak moh da gi pd (perasan duit da byk la ni!!!).
    explore tempat holiday lain.
    baca2 entry ni, rindu la plak mau kembali holiday di pd.
    lagipun, pd ni setengah jam aje dari umah mak (kuala sg baru).
    tu yg rasa mcm dekat bebeno!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PD ni pada saya paling senang nak pergi. Kalau teringin aje, boleh pergi balik hari. Banyak juga tempat di PD ni yang tak diterokai lagi walaupun rajin ke sini. Sesekali keluar dari KL tak tahu nak ke mana, haruslah redah PD ^_^

      Delete

Post a Comment