Monday, February 15, 2016

JJCM : Ryndu Hot & Grill

Salam 6 Jamadil Awal kawan-kawan!

Selamat kembali kepada rutin kerja normal kepada semua yang bekerja dan pada surirumahtangga sepanjang masa, bergembiralah sentiasa buat kerja rumah yang tak henti-henti tu ya ~_^ Sama aje kekdahnya sebenarnya kita orang perempuan ni, baik bekerja mahu pun sebagai surirumahtangga sepenuh masa. Sibuknya boleh bawa sampai ke dalam mimpi!

Lepas ni takdalah cuti-cuti panjang lagi. Lama juga ni, mahu dekat 2 bulankan. Tunggu cuti Hari Pekerjalah nanti. Tak pun ambillah cuti tahunan yang ada tu ^_^

Ni nak berkisah tentang misi JJCM tapi bukan baru terjadilah. Quite lama juga. Kalau tak silap haribulan maybe tahun lepas kot ~_^

Ronda-ronda cari makan, akhirnya berjumpa restoran ini  ~ Ryndu Hot & Grill ^_^


Sumber gambar dari sini
Eh, ni bukan terjumpa sebenarnya tapi my sister Ngah yang terjumpa dalam FB ke atau tersiar dalam suratkhabar. I' m not surelah, lama punya cerita!


Restoran ni senanglah nak cari. Berhampiran dengan masjid baru di Wangsa Maju nun. Apa ke nama masjid ni, lupa pulak! (Nampak sangat jarang masuk masjid! Oppss! Berdosa tau menduga yang bukan-bukan ~_^)

Masa kami sampai, restoran baru aje nak beroperasi. Biasalah my geng JJCM ni, biasanya tahan lapar sampai ke petang lepas tu restoran tak buka lagi, kita dah dok terpacak depan restoran! Biasa sangatlah tu kami buat gaya gini!

Dek kerana kami ni first customer, makanya kita pilihlah tempat duduk mana suka.  Buat pesanan dan tunggulah bagai nak rak. Bukan sebab servisnya lembap, tapi dah katakan, kami yang bukan main awal lagi tak sabar nak makan katanya! Nasiblah! 


Tengoklah my anak bujang tersado, makanan tak sampai lagi, air minuman dah separuh dikerjakan. Sekarang ni kalau keluar rumah, I bawa dua botol besar plain water. Siapa yang habiskan 'air sedap' sebelum makan, silalah dogok plain water tu banyak-banyak! Nasiblahkan ... 

Mari kita lihat menunya satu persatu pulak. Sila standby sekotak tisu di sebelah. Bukan apa, tak elok tau sambil baca, sambil meleleh air liur kat tudung. Dahlah tudung beli bukan main mahal, sesuka hati aje nak merembeskan air liur kat tudung pulak. Lepas tu ada hati nak pakai dua tiga kali baru basuh! Hahaha!

Kita mulakan dengan menu yang paling simple milik siapa lagi kalau bukan my anak bujang tercomel yang banyak keletah, Adik Cute ^_^

Kita beri dia  mamam mushroom soup dan garlic bread aje. Ada juga nasi putih untuknya dengan plain sup jerk. Cukuplah tu. Si kecil ni tak makan banyak. Ini pun beria-ia Mommy tolong habiskan tau, takut membazir ~_^ 



Oh, lupalah! Ada juga order mashed potato! Yang ini I  terlupa sama ada si Adik Cute habiskan semua ke atau MommyDaddy yang tolong habiskan juga ~_^


Cepat teka! Siapa punyalah agaknya gerangan ayam goreng ni? 

Takdalah I nak bagi hadiah ya sebab rasanya semua pun akan menjawab dengan betul!

Siapa lagi kalau bukan jejaka tersado dalam my family ~ si Bubbly Abang! Ayam goreng dan Bubbly Abang memang tak dapat dipisahkan rasanya!


Alamak! Lupalah apakah namanya ini dan milik siapakah agaknya... Kemungkinan besar memang HDlah!


Saja-saja jerk nak tempek dua kali gambar yang sama! Biar 'asap' tu naik ke muka yang membacanya. Hehehe... 


Bagi terkedu sikit tengok gambar yang sama ^_^

Yang ini pulak memang my niece punyalah. Dia memang 'kaki ngembek' nih ~_^


Ini pun tak payah tekalah siapa punya. Dah tentu-tentu madam blog ni yang punya. Diakan asal pergi makan western first time, mesti-mesti nak try spaghetti olio. Kebaboom rasanya wa cakap lu. Sampai la ni teringat-ingat akan rasanya ~_^


Eh, my sister Ngah makan apa yerk? Lupa pulak. Kalau tak silap nasi goreng aje kot. Maklumlah, tekak Melayu memang nak bantai makanan Melayu aje pun walaupun Ngah yang ajak kita berwestern kali pertama di sini ~_^


Minuman memang standard ajelah ya. Paling-paling havoc pun kita minum orange juice jerk! Bab minuman ni memanglah kami takda over sangat nak mencuba. 


Adik Cute macam biasalah, merasmikan makanannya lepas dua, tiga suap dia kata dah kenyang. Itu tandanya adalah yang akan jadi DBKL. Sebab itu malas nak order lain-lain kalau keluar makan ni. Mommy dan Adik Cute selalu share makanan tapi bila dia nak makan mushroom soup aje, Mommy terkesima pulak nak berkongsi makanan katanya ...

Kebulurlah Mommy kalau share mushroom soup aje dengan Adik Cute. Mahu balik rumah main masak-masak lagi sebab lapar tak hilang katanya... Sebab itulah kena order spaghetti ~_^

Okey, cukup-cukup sudahlah ya! Meh I beri alamat manalah tahu ada hati nak terjah restoran ni :-

Ryndu Hot & Grill
Jalan 1/27A, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur 

Kesimpulannya memang sedap tau. Lain kali kita terjah lagi kalau tak tahu nak pergi mana tapi the last time I remember, I baru aje print out artikel berkaitan 11 restoran western gempak minggu lepas. Nak mencubalah tu nanti ~_^




















32 comments:

  1. sedapnya....suka makan yang grill2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya pun suka tau. Kalau orang belanja lagilah suka. Tak pernah terniat nak menolak tau! Hahaha!

      Delete
  2. Eh....cepat nampak post entri hari ni....selalu bukan tengahari ke Kak Ton? Ohhh terima kasihlah Kak Ton bagi tahu cuti panjang seterusnya, mak ni sejak jadi suri rumah,mmg jarang sungguh belek kalender, maklumlah cuti sepanjang masa haha...

    Ni yg mak pun tak sabo nak tempek western jugak ni.... tunggulah....

    Kak Ton apa ada dlm spaghetti tu, mcm takde isi jer. Mak ni kalau makan western mau pilih yg mcm HD punya,barulah rasa kenyang perut, puas tekak haha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak beritahu rahsia ya, Mak. Gambar dah siap watermark minggu lepas. Entri aje tulis pagi tadi. Itu yang cepat up entri. Kah3x.

      Mak untunglah jadi surirumahtangga sepenuh masa. Dok kat rumah aje. Banyak jimat. Tapi itulah, sepanjang penghayatan Kak Ton sebagai surirumahtangga separuh masa dan ibu bekerjaya (kononnya gempak), memang dok di rumah lagi banyak kerja nak dibuatnyakan, Mak. Tak terpikul tanggungjawab hari-hari kadang-kala. Semput pun lagi cepat. Langsung takda masa nak ngap. Tapi Mak lainlah anak-anak dah besar panjang. Memang kerja ngap ajekan, Mak! Hahaha!

      Spaghetti olio tu walaupun nampak simple tanpa anasir-anasir seafood, tetap juga sedap rasanya, Mak. Yang penting ada terasa-rasa kepedasan di hujung jari. I like lah makanan macam ni!

      Errk... Kak Ton mana minat daging 'ngembek' ni! Steak pun Kak Ton tak berapa heran tau. Yang selalu menjadi kehairanan kalau tak spaghetti, fish and chip tak pun chicken chop jerk Mak ^_^ Kak Ton kan insan marhaen, sentiasa ikut kata kerajaan!

      Delete
  3. amboi MD kes takde modal nak update ke apa..JJCM tahun lepas punya diupdatenya..padahal tahun lepas baru sebulan dua kan.haha

    mujur hari ni kena buat bsp..so tgok makanan ni tak seleralah..lepas pukul 10pm br boleh makan dengan gelojohnya.semua untuk memastikan bacaan bsp ku cantik.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, PK jangan tak tau! Sebab saya tengah mood kedaung juga ni cuti panjang minggu lepas. Tajuk draft banyak bersusun PK tinggal nak taip isi entri aje. Gambar pun banyak ni ^_^

      Saya kasihan kat kawan-kawan, penat hari-hari datang sini dok baca entri saya. Baik-baik tak semput jadi semputkan! Hahaha!

      Oh, yalah! Nanti datang balik tau tengok gambar. Lepas tu cover sikit air liur yang 'tertumpah' tu. Jangan pulak ngengada nak salahkan baby dalam perut, okey!

      Delete
  4. Mujurlah kakcik baca catatan MD ini sambil makan mee goreng hasil masakan sendiri, jadi taklah meleleh airliur. Lagi pun kat meja kerja kakcik ni tak perlu pakai tudung, sekali lagi selamat... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kakcik ngelat tau. Tengok tajuk aje terus ambil sepinggan mee makan kat depan komputer! Tu, tu saya nampak tu siap lap dengan sapu tangan lagi tu. Terliur lah tu ^_^

      Delete
  5. Kikiki.. Adeehh kena cuba ni! mmg terliur teruk ni kak. Hahaha
    Tu la kak lps ni cuti panjang 1/5 yg ni memamng aina ingat sesangat. Maklum lah tarikh kawen nanti. Insyaallah. =D Kalau akk ada ke jb jemput la singgah. nak kad pun boleh. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lepas kerja bolehlah pergi dengan tunang tersayang, Aina ^_^

      Kan! Lepas ni takda cuti dah. Kena bersabar ajelah kerja penuh tekun selama dua bulan. Hari Pekerja nantilah baru kita cuti.

      Oh, hari kahwin masa 1 Mei ya! Kalau ada kat Johor, nak juga terjah tapi malulah Dik. Nanti sampai orang tak kenal kita siapa, dah katanya salah rumah pengantin pulak. Keh3x.

      Delete
  6. Rasa macam Mummy tersangatlah kejam tempek gambar sama secara berulang.... Nak kasi basah keyboard kami2 laaa ni... Amboiii mashed potato tu hensem bebenau.... meleleh air liur hingga ke urat nadi tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Niatnya memang nak berlaku kejam gitu! Kira tercapailah hasratkan ^_^ Laplah tudung tu, penuh dah air liur! Dari kejauhan akak boleh nampak tau!

      Hensemkan! Kacak kan! Itulah akak dah kata, memang hensem dik oi mashed potato tu. Pendekata semua yang ada pun memang sedap tau. Nah, lap lagi air liur yang meleleh tu!

      Delete
  7. alahaiiiii MD bagi ngences je tengok semua menu tu tambahanenu yg letak 2x tu adoiiii baru je makan nasi dgn rendang pucuk ubi tetiba je teringin nk jugak yg gmbr 2x tu adoiiii sakitnya tu "disini"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saja je KakNoor nak bagi ngences katanya! Padahal dah terwatermark dua kali gambar yang lebih kurang sama ^_^

      Delete
  8. Melting tengok emmbeekk tu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ramai peminat ngembek ni yerk! Saya memang tak makan pun, itu yang tak hairan!

      Delete
  9. Aduh duh duhh petang ni jalan2 banyak pulak yang tulis entry makan sedap sedap. Hahahah. Tergugat jiwa raga yang membaca ni hah. Mashed potato tu mengancam nya. Dah lama tak makan grill grill macam ni, nak kena terjah jugak nampaknya. Hahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap haribulanlah Nani jalan petang-petang. Yang sebenarnya entri makan-makan ni jalan pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke, sama aje kekdahnyakan! Saja-saja nak bagi orang terliur!

      Delete
  10. tunjuk gambar kemain...sedap ke tak semua menu tu MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kali ni memang sedap, Mar! Boleh pergi kalau dekat tapi nak buat macamana, awakkan jauh di selatan nun. Kena datang KL lah kalau nak mencuba ^_^

      Delete
  11. ok,serious meleleh air liur Lyn kak..
    sedapnya... nak try lah nnti ajak gang JJCM ku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah try. For me not bad juga makanannya. My kakak dah duplohlapankali mentioned ajak pi sini lagi ^_^

      Delete
  12. amboi...baca malam-malam ni mau bawa sampai ke mimpi.saya pun suka mengembek kalau makan western.baguslah kedai ni ada nasi, takdelah 100 percent kena jadi orang putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi ke tidak semalam? Hahaha.... Lap Sal airliur tu. Tak senonoh tau anak dara tidur malam sampai meleleh air liur dek mimpi makanan!

      Akak tak mengembek sebab itulah kalau makan western tak pernah pun try. Akak ni insan marhaen, paling-paling koman pun makan fish & chips tak pun chicken chop jerk, Sal...

      Delete
  13. Rajin mencari tempat baru MD ni..
    Jadi boleh compare mana yg best kan MD..
    CH ni setakat Shah Alam jer lah JJCM..
    Tidak lah hendak keluar kawasan hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang rajin, CH. Kalau malas nak masak, memang jawabnya makan luarlah. Tak kiralah kat mana. Saya rajin apa pergi Shah Alam cari makan especially hujung minggu. Sampai mood teruja, weekday pun saya pernah terjah Shah Alam cari makan!

      Delete
  14. Ko kijam dik..kp kijam...akak duk golek2 ni tisu sume pon takde tau...last2 lap ailio guna bucu cadar je ni...takpe la cukup bulan nanti akak basuh la...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau ya pun, tak payahlah nak bagi tahu cadar tu basuh sebulan sekali. Hai, habislah semua peta benua ada kat situ. Kalau belum kahwin ni, memang jatuh saham menjunam-junam! Nasib baik dah anak tiga!

      Delete
  15. Nampak sedap MD!!!

    Ahaaa air tu selalu kena cam kami. Makanan sampai kena order lg air sbb yg ada dh tinggal sekali sedut je. Bkn cukup segelas budak2 ni(ank kami la)

    Huhu busy kan jadik mak mak ni? Klu lah dgn ank lima ni LM masih bekerja, mmg x masak tak mengemas la kot? Entah bila nk urus baju, nk lap habuk. Nk masak nak cuci pinggan? Tak keje pun asik x siap je kerja umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau dengan budak-budakkan, LM. Kalau dulu lepas habis air sedap, saya order ais kosong untuk mereka. Tapi sekarang saya bawa siap-siap botol air dalam kereta tu keluar. Habis air, habislah. Dogoklah plain water banyak-banyak. Siapa suruh habiskan cepat-cepatkan!

      Itulah selalu baca LM kata busy sangat anak lima. Padahal saya yang anak dua ni pun busy alahai, LM. Yang sebenarnya time management mungkin tak berapa bagus kot ^_^

      Delete
  16. elok jugak bawak plain water biler keluar MD..sekarang ni cuaca panas membahang..
    makan western ni sedap memang sedap tapi kalo perot zee memamng kena telan nasik jugak..entah ler..kenyang tu kenyang tapiiiiii nasi tetap kena balun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik tak cukup air sedap, tak boleh jadilah, Zee. Kena bawa bekalan air juga. Selalunya bawa sebotol seorang untuk dalam kereta. Tapi sekarang ni memang bawa keluar bila pergi makan. Tak cukup air sedap, minumlah plain water dari rumah. Free aje takda GST pun!

      Saya pulak kalau dah selalu sangat makan takda nasi tetiba aje nanti teringat nak makan nasi tau. Tapi biasanya kalau dah sekali makan di luar, kami tak makan lagilah hari yang sama. Kecuali kalau makan fastfood!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...