JJCM: Zam Zam Restaurant

Salam 10 Jamadil Awal ya kawan-kawan!

Legakan hari ni dah hari Jumaat ^_^

Pagi tadi masa bersiap nak ke sekolah, I ingatkan Bubbly Abang jangan lupa ikut Daddy pergi solat Jumaat dan katanya masa mandi tadi dia asyiklah terfikir hai, lambatnya nak hari Jumaat sebab dok fikir hari ni baru hari Khamis! 

La, teruja juga rupanya nak jumpa hari Jumaat! Tak lain tak bukan ikut perangai Mommylah tu. Asal hari Jumaat aje gembira bukan kepalang sebab esok dan lusa cuti. Bukan nak beramal lebih pun ~_^ Lagi pun, hari Isnin ni sekolah Bubbly Abang tutup sebab Chap Goh Mei! Dan esok, adalah tu kami nak melenjan ke sesuatu tempat ^_^

By the way, kepada sesiapa yang masih teringin nak meneka jumlah harga makan di luar kami di sini, bolehlah ke entri ini ya ^_^ Teka ajelah berapa nak. Kita nak beri hadiah ni, tak mahu ke? Hadiahnya bukanlah sebatang pensel Mickey Mouse, okey  @_@

Hari ni sekali lagi kita akan berJJCM sebabnya nak menaip entri untuk tajuk-tajuk lain yang ada di dalam draft akan mengambil masa yang lama. Maklumlah, I bukan reti nak taip entri pendek-pendek ni. Kalau orang membaca tak semput I kerjakan, memang I tak berhenti menaiplah gamaknya tau!

Kali ini seperti tajuk di atas, kita akan makan-makan di Restoran Zam Zam yang terletak di Jalan Tuanku Abdulrahman. Ini alamatnya pada yang tak tahu Jalan TAR tu di mana ^_^ :- 



Restoran Zam Zam
135, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur 


Sebenarnya kami mencari sarapan pagi tetapi sedia maklumlah kalau dah mencari sarapan pagi pukul 10-11 pagi, bukan sarapan dah namanya! Lebih baiklah kita terus makan tengahari. Tak payahlah nak brunch-brunch sangat!

My sister Ngah ada sama. So, HD dengan penuh kepropaan nak ajak Ngah pergi Taman Seri Rampai meninjau restoran-restoran baru yang kita tak pernah sampai lagi! Sampai aje di Taman Seri Rampai, pusing sana, pusing sini, langsung takda port yang menarik di hati nak berJJCM lewat pagi macam tu.

Tetiba aje Ngah tanya,

Kalau pekena nasi Arab ni best juga. Kat mana yang korang selalu makan nasi Arab  tu?

Weyh, peliklah! My sister ni kalau diajak makan, restoran Arab paling bawah dalam senarai. Ngahkan tekak Melayu sepenuhnya. Mesti nak makanan yang pedas-pedas, nampak merah lada dan sebagainya. Kalau kita kata nak pergi makan nasi Arab, mulalah Ngah kata yang sebulan kat Kuwait tu dah cukuplah menu nasi Arab. Tak mahu dah! Kalau tak pergi Kuwait pun, Ngah memang tak berapa in lah senang cerita dengan makanan Arab ni. Makanan Melayu juga menjadi pujaan hatinya ^_^

Maka, HD pun tetiba nak patah balik dari Taman Seri Rampai ke Al Rawsha di Bulatan Kampung Pandan nun. Kalau I yang buat kerenah macam ni, memang nak minta kena lepuk walaupun katanya sayang sangat kat isteri mithali... 

Tapi dalam pada nak menuju ke Bulatan Kampung Pandan, tetiba aje HD bagi suggestion ajak makan di Restoran Zam Zam sebab HD pernah makan di sini!

Wah, wah, wah...bila ek laling you pergi makan kat sini? I cannot recall pun pergi sini!

Ada! Pergi dengan sahabat-sahabat baik senegara katanya!

Amboi! Tak habaq pun tau... ni lah baru pecah rahsia ^_^ Hidup berumahtangga tak boleh berahsia ya, laling ~_^ Bukan I marah pun kalau ya pergi dengan sahabat-sahabat baik tu. I bukan queen control. You aje yang suka beritahu I everything yang berlaku ....

Eh, sorry! Melalut pulak dah ....

So, akhirnya kita berempat diturunkan depan restoran ni dan HD pergi mencari parking. Nasiblah masa ni Jalan TAR ni tak crowded dengan manusia, okeylah juga tak bersinggul-singgulan masa ke sini!

 Mari kita tengok apa menu yang kita pesan ...

Nasi Briyani Kambing RM18.50 milik Hubbydearie

Nasi Briyani Ayam RM10 sebab ada promosi. Kalau tidak, tak silap RM16.90lah. Ini madam punya ya ^_^

Murtabak Ayam   RM10
 
Jangan disangka ini aje yang kami makan ya! Tiga gambar ini aje yang I sempat snap. 

My sister order mi rebus berharga RM10.90. Terlupa nak tanya sedap ke  tidak sebab kalau tengok macam tu aje, nampak takdalah sedap sangat!

Bubbly Abang pulak mogok sebab dia tak mahu makan di sini. Itu pun dipaksa makan nasi tak mahu, dia nak order mi goreng mamak campur daging ayam berharga RM9.90. Bila mi goreng sampai dan dia nampak penuh sayur dan bawang goreng, mulalah muncung berdepa-depa. Lagi sikit aje nak kena seligi dengan Mommy. Nasib baik Mommy duduk bertentangan dengan Daddy dan di sebelah Adik Cute. Kalau tidak, kena dah!

Adik Cute pulak makan soto ayam (RM8.90). Besar portionnya memang tak sesuailah dia nak habiskan. Ingat nak kongsi makan soto ayam tetiba terliur pulak I tengok nasi briyani ada promosi. At the end, Adik Cute makan sesuap dua aje sotonya lepas tu minta transfer my ayam ke dalam pinggan kosongnya! Kita bawa baliklah baki soto ayam adik (dan seriously, bila I makan sebelah petangnya, tak sedap langsunglah!)

My sister pulak tetiba aje pergi tapau nasi lemak dan ayam goreng (RM5) untuk Bubbly Abang bila tengok dia meragam. Aduhai... 

Minuman pulak macam biasalah kami order Teh tarik (RM2.50) for me and my sister, teh 'o' lemon (RM3.50) untuk Hubbydearie, milo ais (RM3.50) untuk Adik Cute dan fresh orange (RM6.00) untuk Bubbly Abang.

Kesimpulannya, makanan di sini biasa-biasa sahaja. Bolehlah makan kalau lapar. Kalau tak lapar pun masih boleh makan. Cuma kalau separuh kenyang, tak payahlah singgah. Tak habis makan nanti dibuatnya!

Seperti sedia maklum (kalau you congak atau ambil calculator) jumlah harga makan-makan di sini adalah RM91.35. Ini lebih mahal daripada teka-teki semalam tau ^_^ 

Lepas ni kita terjah restoran lain pulak ya. Inilah kisah JJCM untuk hari ni. Jumpa lagi minggu depan. I ni hujung minggu tak menatap blog. Sibuk menguruskan suami, anak-anak dan rumahtangga katanya ^_^ 

Bye.....  
         
 

Comments

  1. saya ni ada cita2 nak buat JJJCM kat blog.. nak bolot semua niche sumbat dalam 1 blog sebab cerita seram pun dah kurang tapi malangnya asal keluar makan je tak pernah ingat nak snap gambar. konon dok melagukan irama nak camera kecik satu senang nak bawak. Nak ambil gambar kat luar. dh di beli galaxy s4 zoom utk ambik gambar tetap tak boleh nak ingat tiap kali makan. Tak tau spesis pelahap jugak kot. Takpe minggu ni tekad... Lepas je order keluarkan camera siap2.. Sebelum masuk kedai/restoran snap dulu signboard supaya tak lupa nama restoran hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada cita-cita, usahakan. Kalau tidak nanti jadi angan-angan sahaja ^_^ Orang yang rajin menulis 'ruangan pojok' macam kita ni memang sumbat ajelah semua dalam satu blog. Senang orang nak baca. Tak suka yang ini, cerita yang itu ada... Hahaha!

      Time nilah nak mengasah bakat terpendam. Tapi akak nikan, beri apa pun kamera, bakat photography memang sentiasa terpendam tau. Hahaha!

      Delete
  2. hehehe.. ai dah terbiasa mesti nak ambil gambar makanan tapi jarang nak up dalam entry.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ikut mood. Kalau mood okey, sempatlah ambil gambar. Kalau mood kurang okey, sempat juga tapi celah belum ajelah yang dapat!

      Delete
  3. SA kalau dengan cik abe memang tak dapat la nak amik gambar..ngan family takpe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, SA. Dengan cik abe, kenalah bersopan-santun sikit. Hahaha!

      Delete
  4. Dapat pulak MD pinggan makan HD tu..
    Tak kena jerkah ke hahaha..

    Betul pesanan MD tu..
    Kalau tak benar2 lapar jgn lah mkn kat restoran gi..
    Mahal bukan main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut moodlah, CH. Kalau HD okey, sempatlah minta nak snap gambar. Kalau tak okey, jangan haraplah. Yang susahnya saya selalu duduk dengan si bujang kecil. HD pulak duduk bertentangan. Kalau bertentangan dengan saya, okeylah. Kalau tidak, memang tak kuasa nak diberi izin ambil gambar platenya ^_^

      Delete
  5. Zam zam alakazam haha...
    Restoren ni femes jugakkan kalau tak silap. Mak kalau resto area KL mmg nampaknya akan kempunan sampai sudahlah jawabnya.

    Ni briyani ke Nasi Arab? Konfius mak....

    Ngah tu mimpi ke apa, beriya ngajak ke Resto Nasi Arab, ordernya mee rebus ....buat kelakolah Ngah ni.

    Maknya kerja nak menyeligi saje, eleh dia tu sama je ngan abg. Tak makan daun...ceh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak! Bukan jauh mana pun. Mak ni tak akanlah setakat KL tak boleh pergi. Tu sampai MV pun Mak tuju. Mak merajuk ajelah, tentu PakJilap ikut aje kata hati Mak tu!

      Ngah tu memang macam tu. Tekak Melayu tulenkan...

      Delete
  6. Banyak pulak entry JJCM hari ni. Aduh duhh duhh lapar perutku dibuatnya. Hahaha. Apaaa ni tunjuk gambar nasi arab pulak. Murtabak ayam lagi. Pehhh pehh pehh. Nani baru nak keluar gi makan jap lagi. Ahaaa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan Nani menahan air liur daripada terlebih merembes ya! Apa susah, kumpulkan geng JJCM dan keluarlah cari makan ^_^

      Ni Nani pergi makan kat mana pulak minggu ni? Nanti akak pi terjah ya :)

      Delete
  7. sy klu kerestoren arab suka order western..tekak western kan..tp klu nk jimat makan dalam talam tu dh order byk kan..makan jugaklah nasi arab.hahaha..

    kita ni punya sama minat..suka makan n ambil pic makanan..pastu masuk blog hahaha..kt IG lglah byk pic makanan..yg tak tertempek kt blog semua ada.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dua menjak ni lah memang rajin ambil gambar. Tak lama lagi bila superheroes dah tak sudi bergambar untuk blog Mommynya, saya kenalah sharpenkan skill yang sentiasa tumpul ni untuk ambil gambar scenery dan food pulak. Ni tengah mencubalah ni tapi sentiasa failed!

      Delete
  8. ingat pergi restaurant zam zam yg kt shah Alam tuh..
    yg kat situ katanya sedap. Lyn tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada ya Restoran ZamZam kat Shah Alam? Akak tak tahu pun or maybe pernah nampak tapi biasalah bila tengah JJCM selalu terlupa benda macam ni. Otak dah tepu sebenarnya!

      Nanti lain kali kalau ke Shah Alam boleh juga cari Restoran ZamZam ni!

      Delete
  9. Rajinnyalah MD ke tgh bandar KL tu... kalau saya xde la... nasi arab ni mmg portion dia banyakkan?! Saya kalau mkn nasi arab mmg kongsi dengan anak2... besar sgt portionnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya tak berapa suka area Jalan TAR ni. Sibuk sentiasa. Pening kepala. Baik memandu atau pun berjalan-jalan shopping. Penuh orang sentiasa!

      Ni nasib baik HD yang teringin nak ke sini. So kita okey ajelah janji bukan kita yang kena memandu! Nasi Arab portion memang besar belaka. Boleh berkongsi makan kalau order sepinggan aje pun!

      Delete
  10. Kah kah kah.. Samalah ngan LM. Klu dgr laki pernah mkn kat sinun mesti nk tny.bila u mkn situ? Ngan sape pulak?


    Rajin suami MD patah balik ek? Demi akk ipar kesayangan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilahkan kena rasa syak wasangka. First time datang bukan dengan kita. Mestilah nak soal-siasat habis-habisan. Sesekali cemburu tu penguat kasih-sayang katanya. Hahaha!

      Suami saya memang bab memandu ni no hal. Pergi utara patah ke selatan jalan ke timur balik ke barat pun sanggup aje kalau HD suka ^_^

      Delete
  11. murtabak ayam tu nyumnyum!!!
    aida tgk mood kalau nak amik gambo time makan.
    sebab, kena tgk sekitar, sesuai x amik gambo.
    tak kena tempat, aida x nak amik gambo, nanti rasa diri ni poyo!
    yg pasti, before makan, anak2 akan tanya, "ibu x amik gambo dulu?"
    ho ho ho awak perli ibu ke hape ni??!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ala-ala pemalu juga mula-mula. Segannya alahai nak keluarkan smartphone. Lama-lama jadi tak tahu malu pulak! Hahaha!

      Selalu juga kena perli dengan suami, 'tu ambil gambar nak masuk dalam bloglah tu!'

      Buat bodoh aje!

      Delete
  12. PARKING KAT MANA, JIKA MAKAN KAT RESTORAN ZAM-ZAM NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak parking kat parking area belakang bangunan Jln TAR tu, dik. Yang menghala ke Sogo tu. Nak makan kat sini memang siksa sikit nak cari parking.

      Delete

Post a Comment