Jom jamu mata ^_^

Salam 24 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Lega rasanya bila Adik Cute dah sihat. Kalau tidak, kacau-bilau hati ni bila tengok dia sakit. Lebih-lebih lagi bila dengar macam-macam penyakit yang timbul sekarang ni!

Jomlah kita mulakan entri dengan cerita yang ringan-ringan tapi mengenyangkan ^_^

By the way, my previous boss dah lama meninggalkan Malaysia ni. Sebelum pulang, kita pergilah menjamu makan di restoran Jepun bagai dikata. Puas dok fikir nak makan apa. Akhirnya, lepaskan jua dengan berat hati grilled salmon dan digantikan dengan ini ...


Bila dah mula makan makanan Jepun, mulalah tekak tetiba nak jadi orang Jepun sekejap. Sekejap ajelah, bukan lama pun. Maka ke KLCC lah kita ... Dah lama sebenarnya tak ke sana. Sejak kena beratur kereta nak keluar pejabat, tak danlah nak melepak kat KLCC. Setakat melepak 45 minit waktu lunch break apa kes. Buang minyak kereta, buang duit dan buang tenaga aje!

Tapi dek kerana tekak Jepun ngengada datang menjelma, maka kita pun redah ajelah menuju ke KLCC nak beli ini katanya ..


Kering terus tekak dok pulun tuna ni. Jangan terpedayalah dengan tag 'salad' tu, asal termakan celery  yang secoet pun, I luahkan semula ^_^ 

Jadi isteri dan emak ni, bila nak makan selalulah teringatkan suami dan anak-anak. Makanya jomlah belikan untuk suami tersayang makanan kegemaran katanya ...



Dan juga anak bujang tercomel...



Dan juga anak bujang tersado ...   





My anak-anak bujang ni, yang eldest memanglah sebiji perangai Mommynya, kuat memilih makan. Kalau memilih, amboi bukan main lagi! Tapi my youngest memang ikut perangai Daddylah senang cerita! Kalau makan, boleh berkongsi dengan Daddy! 

Dan disebabkan hati dah gembira semula, maka pagi ni marilah kita bersarapan heavy sikit ^_^




Nampak sangat teh tarik tu dah kena 'touch-up' ^_^ Hahaha!  

Eh, nak gambar makanan lagi tak? Banyak ni sebenarnya dalam folder 'food'. JJCM tak berkisah lagi. Coklat import pun baru aje sampai tapi dah separuh habis ^_^

Sambung kemudianlah ya ... ~_^  











 

 

Comments

  1. ADUH KAK...die punyeee zoom in pic makanan tu bikin drooling tauuuuu...lagi2 sushi2 tu mmg peberet sepanjang zaman lieya....tgk pic sushi akak teringat mia dok berzikir kat telinga hari2 ajak buat sushi...masalahnye tak jumpe set yg jual sekali dgn beras jepun, cuka, kicap jepun ngan bamboo mat tu....dulu ade jumpe kat aeon big...la nii takde plak...nak beli asing2 mcm leceh ajek...

    alhamdulillah adik dah sihat...skrang mcm3 sakit kan kak...risau jek....demam on off ...batuk kejap dtg kejap baik.....moga2 family akak semua sihat2 yeak kak....

    kak, nak limau 2 bijik...ehhh heheheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan photographer handalan yang snap gambar. Kalau tidak, tak dapat dibendung air liur yang meleleh tu, Lieya. Hahaha!

      Akak tak makan sushi tapi HD dan Adik Cute memang sukalah. Kalau bab gula-gula dan coklat tu kena serahkan pada yang pakar, si Bubbly Abang. Laju aje dia memilih!

      Ish, tak rajinlah Lieya akak ni sekali teringin makan sekali nak buat sendiri. Makanan Melayu pun tak khatam, inikan pulak nak buat makanan Jepun sendiri. Nanti kalau Lieya buat, hantarlah barang semangkuk tingkat ke rumah akak eh. Nanti akak beri alamat rumah ^_^

      Macam-macam penyakit sekarang. Lepas satu, satu penyakit timbul. Takut weyh. Mintanya kita semua dilindungi Allah hendakNya!

      Eh, akak baru nak minta kat Lieya sekotak limau! Dah dia pulak minta kat kita....

      Delete
  2. OMG lontonggg! hahaha.. Aina biasa beli sushi dekat cold storage.
    pasni nk cuba isetan punya pulak la. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bila kita nak makan lontong bersama kat KLCC ni?

      Pergilah beli kat Isetan tu, Aina. Betul-betul tersentap deria makan nanti. Memang sedap. Akak walaupun tak makan sushi, tertelan-telan air liur aje bila tengok sushi kat situ. Rasa macam nak beli semua!

      Delete
  3. erm...tetibe teringin nak makan sushi..tapi salad jopun tu memang tak pernah try.ingat jamu mata gambar kasut ke, handbag ke, orang ke..eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 in 1 tu, Sal. Angkat letak tuna+celery+raisins, crab stick, dan pasta. Memang menjilat bekas plastik dibuatnya. Kalau bos lalu dan minta sikit, memang sorrylah akak tak kuasa nak beri!

      Hahaha...jamu matalah. Nak ajak jamu selera, tak akan nak makan gambar makanan pulak ~_^

      Delete
  4. Weyhjenub mak belek pengganti salmon tu! Apa kah itu? Ayam gorengkah?
    Tak pernah test makan makanan Jepun set cenggitu. Rasa mcm simple sangat pulak. Mcm rugi.

    Nama pun selera manusia lain lain ek Kak Ton. Tuna tu mak reti makan ngan roti je Kak Ton.

    Tengok pasta Kak Ton mak teringat pulak beli salad kat Jaya Groceries kat KL Central. Banyak pilihan, rambang mata mak. Yg pasti mmg mabeles!!

    Nasiblah 2 anak, Allah bagi adil ambik perangai sorang satu. Kalau dua dua ikut mommy, huh ....fengsan mami haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam gorenglah, Mak! Berdolak-dalik hati ni nak tukar menu tau. Orang suruh tengok menu 2 minggu sebelum, sekejap-sekejap kita tukar ^_^ Akhirnya pejam mata tak mahu makan salmon. Yang ini pun saya pernah makan. Garing dan takda minyak langsung. Sedap!

      Tuna tu kalau makan banyak sangat nanti keringlah tekak. Lepas tu rasanya tu kan melekat kat mulut! Stress Kak Ton lepas makan tuna tau!

      Masa Kak Ton pergi makan percuma hari tu, waitress tu pun gelak-gelak sambil tanya, 'Kenapa ambil ala carte macam ni? Rugilah! Macam tak cukup makan!'

      Kak Ton sengih ajelah sambil jawab tak tahu dah nak makan apa!

      Delete
  5. Aiyokkk.petang2 tengok sushi nampak sedap pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalalalala! Balik kerja nanti singgahlah memana beli sushi tau! Kalau tak, kempunan nanti ^_^

      Delete
  6. ehh dah lama tak datang sini tak tahu kisahnya menantu tak sihat.nasib dah kembali cute seadanya ye..tak sempat tanya khabar.hahaha..

    saja la tayang makanan macam tau je kite ni tengok apa pun teringin..nasib baik boleh kontrol keinginan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, semenjak mabuk-mabuk ni jarang dah singgah rumah berborak yerk ^_^ Hahaha! Kita pun samalah, PK. Tak sempat nak pi 'utara'. Asal nak pi aje, mesti ada yang mengacau. Terbantut terus blogwalking sambil makan goreng pisang cheese!

      Delete
  7. Sedapnyaa famaous amos, lama dah tak beli. Huhi ! Sushi tu sedapnyaaa. Banyaknyaaa makanan sedap sedap dekat sini. Hahahahah Lontong lagi lapar terus dibuatnya. Hahahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada offer terbaik tau, Nani sempena CNY tak silap. Beli 2 packs 200g dapat extra 60% plus semua tu dimasukkan dalam box yang cantik menawan.

      Jom kita pi makan lontong cuti panjang ni, Nani! Suggestlah kat mana. Asal bukan Pahang sudah ^_^

      Delete
  8. lama dah tak makan sushi.. tapi tak lah teringin sgt pun..
    now betul2 teringin dim sum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah gian bantai fresh salad kat salad bar di Isetan. Sebelum makan teringin. Lepas makan terus menyesal. Lebih baik makan makanan Melayu lagi best. Hahaha!

      Delete
  9. kak yang dalam cawan tu ape? sup cendawan ke atau air yang ada cendawan? errrrrr. kita bukan tekak jepun. dah banyak kali cubaan melepaskan sushi ke dalam tekak. tapi tetap tak lepas2 hewhehwew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya chawan mushi. Telur tu, dalam tu adalah juga isi ayam sikit, 2,3 ketul. Kalau tertelan pun tak rasa. Sedap tau. Macam lengkunglah. Hahaha!

      Akak tak makan sushi sebenarnya. So kalau pi restoran Jepun mesti pekena grilled salmon memanjang!

      Delete
  10. teringatlah dulu beli sushi kat giant sbb my anak buah teringin sgt nak mkn . sudahnya mak usunya yg kena habiskan dek kerana termakan wasabi yg menyucuk hidung pedasnya . tak memasal saya kekenyangan tau ... lodeh itu buat saya teringat lontong . lapar terus md... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takdalah suka sangat kalau termakan wasabi ni tapi sesekali tu okeylah juga. Sushi saya tak suka makan sebenarnya. Kalau masuk restoran Jepun, saya target grilled fish aje!


      Hahaha... lontong memang epik tau! Kalau tetiba teringat memang menggagau tak tahu nak cari kat mana! Nak masak, malaslah pulak!

      Delete

Post a Comment