Krismas (setahun) yang lalu ^_^

Salam 3 Jamadil Awal dan salam Jumaat kawan-kawan!

Aduhai, inilah jadinya bila simpan gambar terlalu lama! Makin lama makin banyak dan lepas tu, tak boleh nak ingat details ^_^ Maklumlah usia dah tua tapi masih berlagak muda! 

Alright! Alright! Takda maknanya pun kata-kata tersebut. Yang sebenarnya, I malas nak menggarap karangan abad ini untuk setiap gambar. Itu yang dok perap gambar-gambar dalam draft. Mood tulis panjang berjela tak merasuk pulak lately ni. Setakat entri macam ni kira kurang panjanglah ya ^_^

Ini kira macam kompilasi gambar-gambar yang I snap ketika Krismas bulan Disember tahun lepas. Bila sebut 'tahun lepas' tu macam dah setahun berlalu padahal baru aje beberapa bulan berlalu ~_^

I rasa kebanyakan gambar ni di ambil MidValley Mega Mall dan juga The Curve. Masa dekat-dekat Krismas tu memang kami rajin luar biasa melenjan dan mencari deko-deko Krismas tapi kebanyakannya tak kesampaian tempat yang nak dituju. Siap simpan keratan suratkhabar lagi bab deko Krismas di shopping mall ni.

But then, adat my familylah kalau dari rumah plan begini tetiba separuh jalan bertukar plan mengejut. Itu memang dah jadi kebiasaan! Makanya, deko Krismas ke mana dan kita satu family entah ke mana akhirnya ~_^


Amboi, bukan main jeling di sebalik spek mata hitam nampaknya! Macamlah kita tengah ambil gambar dia...
Muka bila ceria ^_^

Muka bila dah tak ceria lagi akibat dipaksa bergambar ^_^









Christmas deco yang di atas tu kalau tak silap di The Curve. Termasuk jugalah yang di bawah ni ...




  Ini pulak dah tentulah di MidValley Megamall ...










 Sambil-sambil tu kita pose jugalah kat sini atas permintaan Adik Cute ^_^





I pun tak berapa pastilah ke mana lagi kami mencari deko-deko Krismas ni. Kalau tak silap rajin juga terjah sana-sini tapi berantakan gambar dalam folder ni. Hehehe!

Mana yang ada ajelah ya kita letak. Yang tak perasan tu, memang tersimpan elok dalam komputer ajelah buat tatapan sendiri ^_^

 

 




Comments

  1. kalau deko krismas memang cantik2 juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka jugalah kalau nampak deko-deko ni suruh anak-anak bergambar. Nak suruh saya bergambar, tidaklahkan ^_^

      Delete
  2. Deco krismas ni meriah sebab berwarna warni & kreatif. Dkt klcc tahun lps buat rumah candy. Adoi kaakkk nasib baik berpagar rumah candy tu. Kalau tak mau kena jilat n kena gigit dgn budak. Kaaahh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa CNY lagi bestkan, Aina. Semua pun merah menyala, terang-benderang lagi. Akak suka sangat. Tak perasanlah pulak deko Krismas di KLCC. Rasanya ada pergi (sendiri) tapi takdalah nak snap gambar kalau anak-anak takda. Akak ni KLCC tu hujung minggu memang tak jejak kakilah!

      Delete
  3. Dorang ni memang sanggup berhabis banyak untuk deco cantik2.. saya tinggal kat Sabah.. memang lagi la meriah sebab siini ramai kristian kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok deko-deko bila time ada festival. Pelbagai warna. Menarikkan.

      Delete
  4. Mmg cantik2 dekonya... sbb warna warnikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau CNY, semua pun merah aje. Tapi cantik juga sebab terang benderang suasana rasanya ^_^

      Delete
  5. Deko CNY baru ni kat MidValley tak pulun ke? Hihi..Kenak tunggu tahun depan baru published?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, lasernya mulut kilauan emas! Ni lepas ni kita uplah deko CNY pulak. Maklumlah mood kedaung katanya sebab rindu kat Mak, tu yang malas nak menaip entri. Meh lepas ni satu-satu JJCM kita tintakan gitu tau ^_^

      Delete
  6. ohh memang hobi suka tgkp gambar dekat deco2 krismas ke..memang setiap mall hiasannya pelbagai..cantik menarik tertarik..tp tak terfikir pulak nak ada hobi macam MD ni.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aje hobi datang menyeru tahun lepas tau, PK. Saya suka tengok deko-deko ni. Lagi terang warna, lagilah saya suka. Memang in lah dengan saya yang terasa muda tapi tak awet muda ni. Hahaha!

      Delete
  7. Replies
    1. Masa perayaan ni memang seronok tengok deko-deko kat shopping malls. Cantik-cantik belakakan, Lyn!

      Delete
  8. next time try deko Pavilion..memang win, terutama Krismaslah..try tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, kat Pavillion dah berapa tahun ada 'salji' turun masa Krimaskan, Sal. Akak ni kalau hujung minggu nak masuk ke area tempat kerja memanglah malas. Itu yang bercinta nak ke Pavillion dan kawasan sekitar.

      Delete

Post a Comment