Pemenang teka jumlah harga di Rumah Thai ^_^

Salam 16 Jamadil Awal kawan-kawan!

Entahlah dilanda 'ribut taufan' dari arah mana, tetiba aje rasa malas menyerang hampir sepanjang minggu ni! Malas nak buat semua perkara. Update blog malas. Kerja pun malas. Buat kerja rumah pun malas. Pendekata memang malaslah nak buat segala!

Sebelum kemalasan melanda lagi kali ni, biarlah I up entri ni secepat mungkin. Tentang teka jumlah harga makanan di sini.

Tiada siapa pun yang meneka tepat ya tapi I dah buat keputusan. I tetap akan hantar hadiah kepada kawan yang meneka hampir tepat. 

Meh, kita tengok dulu harga yang diteka oleh kawan-kawan alam maya I yang awesome ni ~_^

1.  Norhayati Mohd Isa ~ RM59.60

2.  Aizamia3 ~ RM53.10

3. Daddy Ziyyad ~ RM58.40

4. Qhaifar Nur ~ RM60.00

5. Azian Elias ~ less than RM100 (memang pun bawah R100, Kak Yan... hehehe!)

6.  HainomOKje ~ RM48.70

7. PuanKutu ~ RM54.50

8. Zee Suhaini ~ RM49.50       

Dan.....

Jumlah sebenar ketika makan di sini adalah ....

V

V

V

V

V

V

............   RM50.00  aje ~_^

Maka, you all taulah siapa pemenang yang meneka hampir tepat ya @_@

Tak lain tak bukan adalah ......

Zee Suhaini

Beza yang Zee teka cuma RM0.50 aje! Hebatlah tukan!

Okey, Zee! Silalah hantar nama penuh dan alamat (nombor telefon pun kalau bolehlah...) untuk penghantaran hadiah katanya ~_^ Boleh hantar ke my email, hppyrynne2906@gmail.com atau pun tinggalkan ajelah details di kotak komen. I tak akan publishlah komen tu ya ~_^

   

Comments

  1. NO Comment sebab kita tak semapt nak omen dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apanya yang no comment ni, Cho? Takpalah, lain kali saya buat teka-teki lagi bolehlah sama-sama komen ya ^_^

      Delete
  2. Assalamualaikum, punya la lama tak buka blog, tengok2 ada org menang dapat hadiah ehehe..apa khabar sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Lama tak dengar khabar. Saya alhamdulillah, sihat dan keletah macam biasa ^_^ Thankslah ya sudi singgah dan membawa diri ke sini ^_^

      Delete
  3. waaaah waah tahniah.! (^^,) MD buat la lg pop kuiz teka meneka ni. iols nak join jugak. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau akak buat lagi, akak beritahu ya! Tapi kalau nak tahu, akak memang jarang buat pop kuiz ni, Aina ^_^

      Delete
  4. tahniah buat yang berjaya.hari tu nak masuk gak lupa pulak nak taip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bagi peluang kenapa tak mahu teka, Lea. Takpalah lain kali boleh cuba lagi. Saya kalau bagi kuiz, memang tak payah nak like itu ini sebab saya sendiri takda apa kebendanya nak dilikekan. Hahaha!

      Delete
  5. Lupalah CH .. patutnya tak payah masuk harga air tu MD..
    Sebab MD selalu kongsi dgn adik cute hahahaha..

    Tahniah pada zee sebagai pemenang tu..

    eehhhh jiran ko tu pun MD dah dekat juga tu..
    Kalau dibundarkan mahu jadi RM50 jugak hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya masa tu saya order tiga pinggan nasi dan tiga jenis minuman aje. Kira hebatlah sayakan, masa membayar genap-genap RM50 katanya!

      Hahaha! Yang itu memang tak dapat hadiahlah sebab jatuh no. 2. Sebenarnya kalau Zee tak datang balik baca dan komen, kemungkinan besar jiran sebelahlah yang menang! Nasib tak menyebelahi badan MakJilap. Hahaha!

      Delete
  6. Replies
    1. Hadiah pun belum sempat hantar lagi ni, KakYon ^_^

      Delete
  7. Terpaksalah akur dengan kekalahan katanya. Heroin mmg cenggitu, tak akan selalunya menang, kena ada kalah, kalah, kalah, dan kalah,tak menang menang hihi.....

    Mungki mak terunder bajet air bubbly abanglah tu...ok fine.

    Mak kan susah hati tau kalau Kak Ton malas. Mak takut hari hari kak Ton goreng ayam jer kang. Maklumlah masak tu yg senang banget, buh kunyit ngan garam jer, nak lagi malas, goreng gitu jer tak payah buh apa apa, nak lagi malas, suruh jer Ngah gorengkan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Perasan!

      Bila pulak filem Melayu lama ambil heroin anak tiga? Pehlizlah! Sudah-sudahlah membelek gambar selfie tu. Dah terlambat sekarang ni nak jadi heroin filem kungfu!

      Kita order tiga pinggan nasi dan tiga minuman aje, Mak. Kita takda pinggan nasi dan air tau! Kita makan sisa Adik Cute aje ^_^ Tapi kira kita memang bijak laksanalah sebab masa bayar tetiba dia kata RM50 genap-genap. Terkejut gegirl masa tu tau sambil hulur duit dan senyum tersipu-sipu malu katanya!

      Oh, Mak jangan gitu! Kak Ton kalau tak rajin update blog maknanya Kak Ton rajin buat kerja lain tau! Kak Ton ni rajin memasak tahun ni cuma malaslah nak lawan-lawan dengan Mak. Takut Mak kalah jerk...

      Delete
  8. yeayyy menang..tahniah untuk diri sendiri..hehehee..
    penangan dua kali baca kot ni..memula takmo teka pastu esoknya rasa nak teka plak..

    pepon tq MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. tahniah.. tahniah.. hehee

      Delete
    2. Zee : Tahniah sekali lagi ya, Zee. Mulai dari tarikh entri ni disiapkan, kenalah tunggu dengan penuh sabar hadiahnya. Masalahnya hadiah pun belum beli lagi alahai, Zee. Hahaha!

      Fyda : Pandaikan Zee, RM0.50 aje beza dengan harga sebenar. Harga sebenar tu pulak bukan dibundar-bundar ke apa. Memang yang sebenar-benarnya ^_^

      Nora : Rezeki Zee kali ni. Nanti lain kali kalau saya buat lagi, bolehlah turut serta kalau berkesempatan ^_^

      Delete
  9. Tahniah lah pada pemenang.Dalam malas2 pun tercatat juga n3 kan.Tapi macam tak puas je akak baca alih2 dh penghujung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan boleh percaya sangat, kak. Kalau kata takda mood, tetiba aje nanti mood sampai. Bila kata ada mood nak menulis entri, tetiba aje takda mood nak update blog tau!

      Yalah, yalah... nanti saya panjangkan lagi entri saya akan datang biar semua yang membaca semput ^_^

      Delete
  10. Tahniah pada yg menang..terlepas pula n3 MD yg ni kalau x boleh turut meneka heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, takpa. Lain kali kalau ada lagi, jemputlah join, kak! Tapi bilanya tak tahulah saya ^_^

      Delete
  11. huwaaaa tak tau pun ada main teka teki mcm ni...
    takpe harap2 ada teka2 lagi lepas ni ye MD...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, takpa. Jangan menangis. Buruk rupa kalau menangis tau. Hahaha!

      Lain kali boleh join ya ^_^

      Delete
  12. Tahniah pada yang menanng..tahniah juga pada yang mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pada mereka semua kerana sudi turut serta. Sampai ke hari ni saya belum pergi cari hadiah! Kasihan si Zee!

      Delete
  13. Alooo....akak terlepas teka teki ni T___T teka sekarang bole tak....jawapan nye rm50 hengget....wakakakak...matilanakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x. Bukan main bijak. Tekaan pun betul ^_^ Tapi minta maaflah ya, orang bijak macam ni memang tak merasa nak dapat hadiah. Hahaha!

      Delete
  14. Tahniah buat zee. Hehe smpi skrg LM heran MD masih blh share air ngan adik cute. Adik cute yg minum sikit atau MD yg x minum manis? Jg kesihatan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute makan dan minum memang sikit aje, LM. Bukan saya yang tak minum manis. Saya minat air manis ni. Tak serik lagi. Dek kerana selalu order Milo ais untuk Adik Cute, automatik saya pun suka Milo ais.

      Delete
  15. tahniah pemenang..
    Lyn tak teka pun hari tuh. lupa kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kenapa tak teka. Kalau tidak, akak hantar hadiah personally terus depan rumah Mak Lyn tau ^_^

      Delete
  16. Husband saya pun suka main teka2 harga makanan ni.. asal di p bayar kat kaunter, mesti suh teka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka tau. Lagi-lagi kalau saya terasa harganya macam tak masuk akal murah/mahal, terus saya pakat dengan anak suruh Daddynya teka berapa harga!

      Delete
  17. ala...terlepas pulak teka-teki ni.tahniah ye pemenang..hadiahnya percutian ke thai ke?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau akak nak bagi hadiah percutian di Lombok, akak beritahu Sal siap-siap ya!

      Yang ni percutian belakang rumah aje, Sal ^_^

      Delete
  18. Replies
    1. Tahniah pada mereka yang rajin main teka-meneka ni ^_^

      Delete
  19. Alhamdulillah rezeki zee...org jedua meneka hampir tepat tu taknak bg hadiah ke.hahahaha..

    samalah kita malas sungguh lately..dua hari gantung kuali tu rasa heaven sgt la..klu bley nk tido lepak2 ja smp bersalin.huhu
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kedua meneka tepat memang tak dapat hadiahlah, PK. Kalau ada hadiah percutian minum kopi sambil makan goreng pisang cheese buatan sendiri, mungkin bolehlah hantar voucher percutian tu kat pemenang no.2. Hahaha!

      Delete
  20. tahniah kepada yang menang. ooo rm50 ke jawapan dia.. haha .. :)

    Blogwalking sini..

    Jom dapatkan freebies header background / turial / sedikit ilmu SEO dan banyak lagi..

    Klik link ini Header Bacground Percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah bundar-bundar. Memang tepat RM50. Kira restoran ni memang suka beri harga kasih-sayanglah. Dah tiga kali saya pergi makan di sini sejak entri ni dipublished. Semua pun murah-murah aje!

      Delete
  21. Replies
    1. Lain kali kalau akak buat lagi, Nani mesti join tau. Akak belanja makan-makan pulak. Hahaha!

      Delete

Post a Comment