Salam 22 Jamadil Awal ya kawan-kawan!
Hari ni I nak menunaikan permintaan ibu kepada chef cilik ni...
Entah apalah yang difikirkan oleh CH ni masa meng'tag' I tau ~_^ I suspect memang CH minta I meroyanlah dalam entri ni! Tak gitu, CH? Mesti CH fikir sebab I jarang memasak di dapur, tentulah banyak masa terluang nak mengekspresikan kemarahan dalam blog ni. Hahaha!
Okey, lari tajuk sudah!
I' m sorry @_@
CH kata suruh I buat entri dengan menyenaraikan 5 perkara yang I tak suka/benci dan sila tag pulak 5 orang kawan lain untuk sama-sama memeriahkan majlis katanya.... ~_^
Meh tengok apa yang menjadi kebencian I ya...
1. Orang yang suka buat orang lain menunggu ~ I ni verylah punctual orangnya. Kalau kata nak jumpa I pukul 7 pagi, pukul 6.30 pagi I dah terpacak menguap-nguap menunggu tau. I memang tak suka orang menunggu I makanya I pun expect orang tak akan buat I menunggu (lama). Kalau ditakdirkan I terlambat, mulalah nanti panik menyerang diri, serba-serbi jadi tak kena dan lepas tu kelam-kabutlah my day. Itu yang I tak suka! Lagipun bila kita menunggu ni, hati cepat benar alahai jadi marah tanpa sebab. Untuk merealisasikan impian menjadi perempuan Melayu terakhir yang paling sabar, memang I tak sukalah perkara negatif macam ni ^_^
Cuma seorang aje dalam dunia ni yang boleh buat I menunggu dan I tak akan ekspresikan kemarahan tu di depannya. Nak tau siapa?
Suami sendirilah!
HD kalau katanya 10 minit lagi nak sampai, janganlah ditunggu. Mahu lepas 2 jam barulah muncul! Tapi yang peliknya, HD tak suka orang buat dirinya menunggu. 5 minit lewat pun marahnya bukan main tau! But then again, I tak tahulah ni between kami suami-isteri aje ke atau memang HD marah kat semua orang yang buat beliau menunggu lama!
2. Orang yang suka berdolak-dalik ~ I memang pantang tau dengan orang yang suka bercakap berdolak-dalik macam ni. Contoh paling simplelah, bila kita hendak membeli sesuatu dan minta pendapatnya, dia akan suggest kaw-kaw suruh ambil apa yang cantik di fikirannya. Siap bagi pendapat bernas lagi kenapa kita harus memilih yang itu dan bukannya yang ini! Tapi, bila kita dah buat pilihan dan kemudian tunjukkan pada orang lain, tetiba orang lain kondem pilihan kita dan dengan dia-dia sekali kondem kita dengan berkata yang pilihan yang satu lagi tu lagi better daripada yang kita beli!
Memanglah nak kena hempuk tau!
Tapi, ada seorang juga yang I tak boleh buat apa-apa walaupun selalu aje beliau berdolak-dalik macam ni. Nak tau siapa?
My sister, Ngah ler....
3. Orang yang tau serba-serbi ~ Spesies manusia macam ni pun I memang tak boleh tahanlah. Kononnya semua dia tahu tapi hakikatnya, kalau kita 'discuss' lebih lanjut, memang dia tak tahu apa-apa pun. Cakap kosong aje bagi gempak. Konon nanti semua orang akan kata dia bijak padahal kalau tersilap langkah sikit, memang kena label manusia paling stupid dalam dunia!
4. Orang yang rasa 'kasta'nya lebih tinggi daripada orang lain ~ Spesies manusia macam ni pun memang tak boleh geng lah dengan I. Kalau dalam apa keadaan sekali pun, dia sentiasa berfikir yang 'kelas'nya lebih tinggi daripada kita dan kerana itu, kenalah kita sentiasa menghormati dirinya.
5. Orang yang terlebih bijak bila memandu ~ Ini lagilah tak boleh nak kata apa! Kalau dia nak membelok, main belok aje tak bagi signal. Suka-suka hati masuk jalan orang tak bagi signal. Kalau dia nak berhenti, main brek mengejut pun takpa. Bawa slow-slow walaupun tau di belakang banyak kereta yang menunda hanya kerana dia tak tahu jalan mana sebenarnya dia nak pergi!
Dah nampak jalan sehala tapi dia pi hentam jadikan jalan tu dua hala. Lepas tu boleh pulak buat muka tembok tanpa rasa bersalah. Dijelingnya kita adalah sebab dok pandang dia buat kesalahan lalulintas!
Eh, pendekata orang macam ni memang melambak boleh jumpa hari-hari! Nak kena kuatkan semangat memandu dan bersabar selalu. Kalau dah tak sabar tu, nak buat macamanakan... Kalau tak sengaja terniat nak buat jahat tapi tak buat, tak dapat dosakan? Hahaha!
Errr.... CH! Boleh tak nak tambah lagi 20 senarai?
Apa?
Tak boleh?
Kalau gitu, kita tamatkan di sini ajelah ya! CH kata jangan pepandai nak buat senarai panjang berjela. Hitam betullah hati si MD ni banyak perkara yang dia tak suka/benci dalam dunia ni. Hahaha!
Oh, by the way... I nak jugalah tag kawan-kawan yang ada! Sat eh, I pilih bola pingpong bernombor dalam balang kaca jap!
Siapalah agaknya I nak kenakan ni yerk....
Okey! Silalah rajinkan diri anda! Kalau tak buat takpa, tapi I kecil hatilah nanti tau. Huahahaha...
Dan senarainya ...
1. MakJilapah selpie bersepah
2. DikSal si reporter (ke tukang baca suratkhabar ni?)
3. Si cantik dengan senyuman menawan
4. Dik Nani yang educated
5. Chef Linda Off dari rancangan 'Ketuk-ketuk terketuk kepala'
Tambah dua orang lagi boleh ya, CH...
6. Ibu Dak Nuha yang bakal jadi calon menantu (kah3x)
7. Mak si Adli yang comel ni
Silalah fikir apa yang you all bencikan ya tapi jangan pulak dalam senarai tu ada tertulis macam ni,
I paling benci kalau ditag oleh rakan blogger tau!
Memang nak kena hemps dengan ah kak nanti ~_^

akak pon benci dengan ape sume yg ko tulis tu dik..nak2 yg nombor 3,4,5 tu...paling benci yg nombor 4 tu la...tak payah nak berkasta pagai ye...sok2 mati tanam dlm tanah gak bukan nye mayat ko tu diorang rendam dalam air bersama bunga2 pon...hahaha..eh! teremo pulokkk...yg ni pon bole buat hakak marah...baru akak tarik napas..fuhh!..fuhh! tetiba terkono gak kek sini...nasib baik anak2 bujang ko cute tau...hahaha
ReplyDeleteKan! Menyampah kan spesies manusia macam ni! Tapi yang no.1 dan 2 tu, tak bolehlah nak kata menyampah sangat dan contoh pun bagi orang yang terdekat aje. Kalau orang lain, memang tahap menyampahnya macam minta nak kena hempuklah! Keh3x.
DeleteTarik nafas kuat-kuat lepas tu fikirkan apa yang Chef Linda benci pulak ya. Tak boleh tiru meniru tau. Hahaha!
setuju dengan semua senarai kak atas tu. huhuh
ReplyDeleteBenci tau kalau terjadi perkara yang tersebut di atas ni dalam kehidupan sehari-hari. Terus mood tak best on sepanjang hari!
DeleteHahahaha..
ReplyDeleteCH gelak dulu ya MD..
Kannnnnnn..
Tengok nak tambah smpi dupuluh..
Suka kan menulis MD...
Bab yg no 5 tu pun..
Bagi CH hangin satu badan..
Dia pulak buat muka poyo..
Dah buat kesalahan suka suki jalan sehala dia belasah ajer..
Udah kita pulak terpaksa mengelak dan bagi laluan..
Memang nak kena hempok.. hahaha..
Betul tu MD jgn dibuat ayat saya benci kena tag hahaha
CH bagi 5 Bintang MD..
*****
Itulah siapa suruh CH warning suruh tulis 5 aje. Lain kali kalau nak ajak join bagilah kita bebas menulis. Tak berhenti kita menulis nanti, CH. Kah3x.
DeleteBab memandu tu rasanya ramai share feeling yang sama. Biasalah pemandu kat Malaysia ni asal masuk kereta aje terus bertukar rupa. Seriaukan!
Kalau ada yang tulis macam tu, memanglah nak ajak putus kasih-sayang ^_^
dah lame takde tag2 ni...kini kembali lagi heheehehehe...lieya anak murid yg paling pemalas kak...kalo kene bagi keje tag2 ni mmg berkurun le daku nak buat hahaahahaha...
ReplyDeletetapi lieya suke semua point akak.... lagi2 yg no 1... tapi tang hubby akak tu lieya tegelak2 kak hahaahaha.... nak buat camne kak, syorga dibawah tapak kaki somi so kite iyee kan ajek dan sabar ajek hahaahhahha.....lagi satu yg no 4 tu pun iye jugak..... bajet bagus tak kene tempat.... adoiii payah ade org mcm tu kat sekeliling kite....
Betul tu, Lieya. Sejak Libster Award berakhir, lama jugalah tak kena adegan aku ditag kamu ni. Hahaha!
DeleteLieya memang tau. Kalau tak kerana tenggelam dan timbul hari Khamis, dah tentu-tentu akak nak tag Lieya sekali. Maklumlah nak juga tau apalah pakar bento tak suka dalam dunia ni. Hehehe!
Kalau dah namanya suami sendiri, tak bolehlah nak komplen banyak-banyak. Bak kata Lieyalah, syurga di bawah tapak kaki suami. Kenalah akur walaupun dalam hati ni Tuhan aje yang tahu rasa nak mencakar aje kalau nampak muka! Hahaha!
Nombor satu tu sama haaa dengan Nani. Malam nanti Nani buat ok :)
ReplyDeleteOkey, Nani! Akak tunggu. Nanti dah siap, akak pi baca yerk!
DeleteNombor satu tu kalau orang lain selain HD, memang akak angin satu badan tau!
Orang terlebih bijak ketika memandu ni adakala ai 'ajar' dia balik biar dia sedar yang dia berada di laluan yang salah ketika memandu..
ReplyDeleteYang paling tak tahan nak marah tu bila dia rasa dia ada 'hak' nak buat macam tu. Sakitnya hati alahai. Kalau my HD pun sama, selalu nak berlawan balik tapi wifenya yang 'penyabar' ni selalu menenangkan si suami tau ^_^
DeleteKakak ingatkan betullah nak tambah lagi 5
ReplyDeleteSemakin rancak segment ini kan.. seronok juga supaya kita tahu betapa kita jgn jadi seperti yg kawan-kawan kita tak suka/benci.
Memang nak tambah lagi, kak tapi takut pulak semput kang orang membacanya. Saya ni kalau menulis, idea merapu tak berhenti tau. Kena tekan suis kasi stop! Hahaha!
Deletenasib tak kena tag.haha..
ReplyDeletebetul ke HD klu kata 10 minit..2jam baru muncul..klu sy memang naik hantu dh..tak kira la suami sendiri pun..hahaha..
yg terlebih bijak i pun benci.macam dia je tau serba serbi.huh..
Tak sampai hati nak tag orang mengandung ni ^_^ Kalau ajak makan-makan, nak juga tag. Hahaha!
DeleteHD kalau katanya 'lagi 10 minit I sampai' silalah bersabar. Lepas 1 jam nanti baru nampak HD sampai. Masa kata nak sampai tu sebenarnya start enjin kereta pun tak lagi. Arif dah isteri mithalinya ni tau!
Ok....terima kasihlah sebab mengetag mak. Mcm tau tau pulak isi hati org yg kena tag tu cenggitu ek hihi....
ReplyDeleteTp mak tau, kali ni Kak Ton suka bila CH tag Kak Ton, sebab sejak kebelakangan ni kan Kak Ton dah kekeringan idea. Tak gitu?
So, tulah yg top 5 bencinya tu...
Ok....noted. Nanti kalau kita nak dating mak akan dtg cepat.
Ok babaiii
Konpius pulak dengan ucapan terima kasih Mak ni. Mak suka kena tag ke atau tak suka ni. Eh, tak kiralah! Janji Kak Ton memang tak suka kalau Mak tak buat tau! Hahaha!
DeleteMak ni banyak masa lapang. Surirumahtangga lain Kak Ton fahamlah sibuk tapi setakat Mak ni janganlah nak tipu Kak Ton. Lebih banyak landing atas sofalah rasa-rasanya!
Eh, siapa kata Kak Ton takda idea? Nak Kak Ton tunjuk drafts yang terbengkalai? Kak Ton bukan kering idea, Kak Ton kering vitamin rajin aje Mak oi!
Kalau Mak nak jumpa Kak Ton bergusti lengan, lagi sejam sebelum Kak Ton sampai Mak mesti terpacak kat simpang tu. Kalau tidak, Kak Ton tak nampak Mak, Kak Ton balik jerk!
Baca tajuk akak ingat betul2lah 10...
ReplyDeleteHahaa...seronok pulak baca apa yang MD bebel kan.
Hahaha, kak! Baru hari ni terperasan. Saya tersilap tulis tajuk! 5 aje bukan 10!
DeleteHahahha..tajuk kata 10 things, tapi baca2...ada 5 saja!! tak acii....
ReplyDeleteOrg yg memilih kasta ni, sebenarnya ramai.....huhuhu
Yalah, DZ! My mistake @_@
DeleteTeruja kot nak menulis sampai silap. 5 aje bukan 10 ya ^_^
No 4 tu memang takleh blah.. kalau saya bolayan je...
ReplyDeleteBerlagak aje lebih. Macam dialah aje yang ada segala-galanya. Above everyone else dalam dunia ni. Saya tak leh geng dengan orang macam ni!
DeleteAssalamua'laikum Sis...
ReplyDeletehere i am, si biskut chipsmore..
tetiba rinduuuuuu nak jengah blog...
1st place me terjah is your blog...
see see i windu your celoteh hehehehehe
mostly apa yg u kureng suka i pun kureng...
tapi nak buek camno...lain org lain ragamnya kannnn...
ada je yg tak berkenan di hati...
taking cares sis ....
Sis Chipsmore.... I rindu kat you tau. Penat I jengah sidebar. Ingatkan you nak buat 'tempoh bertenang' selama setahun! Hehehe!
DeleteOh, thank youlah sis! Sudi datang terjah sini melepaskan rindu dendam. Nanti I membebel kat rumah you pulak yerk!
Memang pun. Bukan kita boleh kawal semua orang. So, kena hadamlah juga pelbagai perangai umat manusia yang kita jumpa setiap hari!
Tak cukup 5 kn...klau bole nk lebihhh
ReplyDeleteseronoklah baca....
Betullah. Kalau boleh nak tulis lagi banyak dari 5. Kalau ikut tajuk asal, 10 patutnya kena tulis ^_^
DeleteAhahahahaha adoiii...! Bru un-private blog terus kena tag. Tapi aina sokong 200% semua yg akk list down kn ni. Memang sehati sejiwa berhemah tinggi la kita ni. eh? mcm xde kaitan.. haha. Insyaallah tunggu cheq punya list noh... bab tunggu org tu mmg pantang tok nenek moyang. Jgn la janji memang blh jd hulk. Kekeke
ReplyDeleteAha, dah buka blog balik ya! Main private-private pulak dia. Akak nak inform pun tak dapat tau!
DeleteMemanglah kita sehati sejiwa, maklumlah Bangsa Johor! Eh, Eh, Eh!
Jangan biar akak menunggu. Akak ni kalau lama menunggu boleh bertukar jadi singa betina tak cukup makan tau!
wah..you tag I rupanya..OK,no problem, I olls akan buat!
ReplyDeleteJangan tak buat, Sal! Nanti kecikkkk hati akak ni tau! Hahaha!
Deletenombor tiga tu serupalah...haha, bab benci spesis pemandu tu akak ni sama je ngan jiran sebelah..
ReplyDeleteNo.3 tu banyak juga spesiesnya melambak keliling kita nikan, Sal.
DeleteSabar ajelah!
bagus tak kena tag.. klu kena pun mmg malas skit nak buat.. hahahhaha
ReplyDeleteJangan suka sangat, Lyn. Ni mereka tengah seronok mengtag, tak pasal-pasal nanti kena dengan blogger lain pulak. Hahaha!
Deleteno 5 tu aida nak sep sep skali la.
ReplyDeletememang i hate jugak!
Kan! Menyampahlah kalau kena macam tu. Rasa nak resign dari memandu aje. Hahaha!
DeleteRamaikan yang kita boleh jumpaa bersifat macam ni. Tak kuasa nak melayanlah. Nasiblah badan sendiri. Dengan saya pun memang tak boleh nak geng. Saya bukan jenis kawan yang 'menurut perintah' sepanjang masa!
ReplyDeleteorg yg tahu serba serbi tu paling saya tak suka . saya gelarkannya professor serba tahu . org dikeliling saya ada yg mcm tu . selalunya saya dgr je apa yg dia nak cakap . lepas tu , bila ada silap , saya terus je templak dia tapi perkara tu mestilah yg saya sgt tahu ttgnya ...
ReplyDeleteAhah, saya memang tak sukalah kalau apa yang kita cakap, semua pun dia tahu walaupun pada hakikatnya dia cuma auta aje lebih dengan harapan semua orang percaya dan takda yang lebih tahu daripada dia!
DeleteSetuju semua di atas!!!! Ehhh tetiba hahahaha. Kira pun pling tak suka menunggu dan ditunggu. Tp lately sejak mengandung pergerakan terbatas. Dalam pada nk cepat nk cepat tu mesti terlambat sikit aduhhhh
ReplyDeleteTak baguskan suruh orang menunggu lama-lama. Kalau kita kena menunggu pun tak suka, tak akanlah nak buat orang menunggu kita pulakkan, Kira...
Deletefuh...selamat tak kena tag
ReplyDeletenampak sangat dah lama tak ke sini sampai dilupai...haha
kalau saya apa saya benci ye? emm
tak payah jawablah sebab tak kena tag...haha
Malas nak tag sebab awak kata tak aktif sekarang nikan, terkejar-kejar masa. Kalau dia aktif menulis blog hari-hari, memang dah masuk senarai kena tag dah ni. Nasib baik!
Delete