Bila Russian menari ala Bollywood ^_^



Jangan tak tahu, mereka pun terpengaruh dengan dunia Bollywood yang penuh warna-warni ni.

Semalam, dalam pada I sibuk melipat pakaian tetiba Hubbydearie datang dan tunjuk video ni kat I. Ditanyanya sama ada I tahu tak lagu Jimmy, Jimmy ni. Asal lagu dalam filem yang dilakonkan oleh Mithun Chakraborty (Hah, tengok ahkak ni! Walaupun katanya bukan peminat filem Hindustan, Mithun Chakraborty pun ah kak kenal rapat tau! Thanks to my sisters yang suka filem Hindustan dan selalu memaksa I untuk dok sama tengok adegan tari-menari keliling taman filem-filem Hindustan zaman dulu kala!)

Actually, I tak tahu pun lagu Jimmy, Jimmy ni tapi selalu dengar HD whistling lagu ni. Si Adik Cute dan Bubbly Abang pun tau tapi Mommy mereka aje macam tau-tau lagu ni tapi sebenarnya tak tahu @_@ Bila HD kata asalnya dalam filem si Mithun bibir tebal tu, barulah ah kak teringat kat pelakon ni ~_^

Jangan tak tahu, setakat filem Winter Sonata dan filem-filem Hindustan tu, HD pun layan masa tinggal di kampung halaman tau! Sibuk dok tanya I tengok tak filem Bobby! I memang pernah menonton Bobby ni tapi janganlah ditanya jalan cerita. I cannot, cannot remember even the first ten minutes pun!

Wah, kira hebat jugalah penangan Bollywood ni, sampai ke Russia dan NIS countries pun sampai tau walaupun bahasa Hindi ni mereka sepatah haram pun tak faham macam kita-kita juga!

Nah, I beri satu lagi kejutan bila Russians asyik menari ala Hindustan ^_^

Errr... itu perempuan yang menyanyi bukan Hindustan mari okey, itu Russian singer alright ~_^

Dan si lelaki tu pulak meniru gaya si Mithunlah. Tengok aje style rambut Mithun yang dipakainya @_@

So, enjoylah ya lagu dan tarian Hindustan dendangan si Russians ni semua! Ah kak nak pi buat kerja dulu. Semalam I cuti, you ^_^  








Comments

  1. Erkkk rambut di kemain lg MD. lum kira seluar lagi

    Tak sangka MD tau nama pelakon. Ekeke.. Dulu teman mak tgk masa kecik2. Kita bantai tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu rambut si Mithunlah tu ^_^ Tak tahan tengok mereka pakai berwarna-warni demi nak menari/menyanyi lagu Hindustan. LM tau tak lagu ni? Hehehe ...

      I is hafal bab-bab nama pelakon ni walaupun tak minat. Maklumlah, rajin membaca majalah hiburan sejak umur 5 tahun katanya. Hahaha!

      Delete
  2. Alaaa xdpt tgk. huhuhu.. Xpe nnti blik keje ni usha blog MD lg. =D
    *Btw MD aina private blog kejap.. nnti bila da okay smua kita BW ye. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tengok, Dik! Kelakarlah tengok Russians menari dan menyanyi lagu Hindustan. Copycat habis semuanya!

      Laaa...nape diprivatekan blog? Tengah reno ke apa ni?

      Delete
  3. Wah...HD pun minat Bollywood ya? Jangan minat dengan drama Melayu yang maha mengarut tu dah le...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat 'kampung' dulu minatlah juga agaknya, Kakcik. Sekarang ni dah tua HD tak minat hiburan katanya ^_^

      Hahaha...bab drama Melayu tu kalau saya tertengok, kecoh tau HD mengutuk saya. Katanya takda kerja lain dok tengok entah apa-apa! Kesian saya ^_^

      Delete
  4. saya kalau dengar lagu hindustan mesti nak tertido...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... samalah kita! Tak tahu part mana yang best. Dulu-dulu lainlah, terpaksa. Kalau tidak, takda hiburan lain. TV gedabak tu aje yang memberikan 'hiburan' masa zaman dulu-dulu!

      Delete
  5. Hahahaha..terbakor gitar tuuu..
    Tarian hindustan mmg femes seantero dunia...filem melayu kita aja yg takleh nak ke mana..sebab apa? hahahaha..fikir fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata HD kononnya dia frustlah gitar terbako. Itu yang panggil penyanyi perempuan tu memujuk hati yang lara. Hahaha!

      Itulah, terkejut mulanya bila HD kata di kampungnya dulu semua pun minat tengok cerita Hindustan. Mereka taulah filem Bobby dan juga zaman-zaman SRK semua tu. Sekarang pun dah terkena 'ombak' K-pop gak ^_^

      Delete
  6. Ahaaaa samalah dengan Nani kalau tengok hindustan, lepas tu kalau orang tanya jalan cerita memang blur blur lah nak jawab. Hahahaha ! Masa tengok tu je menghayati lebihnya lepas tu tak dek dah. Heheh !

    pssst : Tadi ada nampak Bubbly Abang dekat tv. Ahaaaa. Baru perasan. Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak minat dari dulu tapi masa kecil dulu, turutkan ajelah kalau kakak-kakak nak tengok Hindustan. Stress tau setiap hari Sabtu bermula pukul 2 petang sebab TV2 ada filem Hindi!

      Sekarang ni takdalah nak memaksa diri menonton filem Hindi lagi!

      Yalah tu, Nani. Kat TV AlHijrahkan? Bukan Bubbly Abang aje, Adik Cute pun ada sekali tu ^_^

      Delete
  7. Kalau CH ni lagi lah MD..
    Bukan nak ingat nama pelakon tu..
    Tajuk cerita pun tak ingat hahahha..
    Hebat juga HD tu ye..
    Layan gak cite hindustan ni..

    Memang gelak sorang2 CH dalam bilik ni MD..
    eehhh lupa nak tanya pulak..
    HD tu kalau dengan lagu hindustan tu menari sama ke hahahha.

    p/s CH ada tag MD.. nak tahu lah apa lah perkara yg MD BENCI sangat.. adakan ~__^..
    Sudi-sudikan lah memeriahkan tag tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni CH walau katanya tak minat, memang hafal lah juga nama-nama pelakon. Sekarang ni aje yang tak ingat. Dah tak kuasa nak mengingat katanya.


      HD masa kat 'kampung' tu kecil lagi. Masa tu tengoklah Hindustan macam cerita Bobby tu. Sekarang ni TV pun jarang tengok. Buang masa katanya...

      Yalah, CH! Saya dah buat entri pun. Saya jangan dipelawa, memang takda pendek-pendek saya buat tau. Memanjang terkeluar dari batas-batas tajuk. Kah3x.

      Delete
  8. Ada ek lagu ni...mcm tak pernah dengar jer. Sure lagu tak femes ni tau. Malas ar nak layan sampai habis ....lagu tak best!

    Pak Jilap la ni tgh syok tgk video Janam Janam tu...mak pun lama lama dengar sedap pulak Kak Ton. Layan lagu tu lagi sedap ..

    Yelah, betul jugak....depa nak masuk contest ni takkan nak buat lagu slow pulak ek, mcm tak kenalah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, peminat filem Hindustan yang suka berpura-pura! Kata minat kat Mithun ni! Tak akanlah tak tahu. Ni siapa heroin dalam cerita ni pun silap haribulan memang Mak tahu tapi tak mahu mengakulah tu!

      Lakibini minat Hindustan! Padanlah jiwa karat sampai sekarang! Hahaha!

      Delete
    2. Mmg nak kena jumpa kat simpang ni nampaknya!!!

      Delete
    3. Kenyataanlah Mak... memang tak harus dipertikaikan. Nantilah kita jumpa kat simpang empat mata. MakPakJilap dan MDHD, tengok sapa yang menang gusti lengan.

      Ish, takut pulak suami masing-masing kalah,kita berdua yang seri! Ngeri alahai!

      Delete
  9. meriah ekk lagunya. zaman ky nak melayan lagu hindustan dah berlalu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, KakYon. Zaman sekarang nak menonton filem Hindustan ada 'ngeri' sikit. Tak kuat iman, rebah. Hahaha!

      Panjang sangatlah filem Hindustan. Kita dah siap masak, makan, tidur baring pun tak habis-habis lagi satu filem. Satu lagu tu banyak lokasi. Penatlah nak tengok!

      Delete
  10. tak minat hindustan tahu nama pelakon tu kira ok la..klu sy nama pelakon pun tak tau.haha..


    betul kan.memang hebat penangan bolly wood dinegara luar..klu tak filem dilwale tu tak pecah panggung juta2 la kt malaysia..kt india ja tak laku.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang bijak, PK. Hahaha! Cuba tanya pulak nama-nama pelakon HongKong drama TVB dulu. Hampir semua kita tahu. Itu belum masuk filem lagi!

      Tapi yalah, itu dululah. Zaman sekarang ni melambak pelakon berbakat dan tak berbakat. Tak kuasa nak ingat siapa. La ni kita dah upgrade, kenal pelakon Hollywood aje ^_^

      Delete
  11. amboii MD segala nama hisdustani kuaw U confem minat sangt tu tkdpt pertikaikan lagi, bukan sister2 lgi yg dok ajak ni rasa nya haha. Dulu2 kaknoor pun enjoy tengok hisdustan ni tpi skrg ni mcm buang masa je hahah jngn marah tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salah faham KakNoor. Saya memang tak minat Hindustan tapi yalah masa kecil dulu, selalu terikut tengok TV dengan adikberadik yang lain. Mereka memang peminat tegar tapi saya ni pembenci tegar, KakNoor! Dalam kata tak suka, semua pelakon lama tu saya tau. Hahaha!

      Delete
  12. aduuhhh MD macam2 nama filem MD tau ni confem minat bebeno tu kan, kaknoor dulu2 mmg tk boleh tahan lah kalau nk lawan dgn MD ni tpi skrg serender lah mcm buang masa je tengok lelama sampai 3 jam adoii buat kueh pun tk sampai 3 jam hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab nama pelakon tanya ajelah, semua saya tau KakNoor. Sayakan suka baca majalah hiburan sejak belum tadika lagi. Kah3x.

      Saya pun tak kuasa nak duduk lama-lama tengok Hindustan. Satu lagu pun lama gila nak habis nyanyi. Panas punggung tunggu mereka lari-lari sambil menyanyi. Sedih ke gembira ke, nyanyi tetap nyanyi!

      Delete
  13. Klau yg sedap tu layan jugaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni dulu-dulu aje terpaksa tengok. Sekarang dah tak tengok lagi. Dah tak minat pun filem Hindustan ni.

      Delete
  14. Dasat jugak penangan hindustan ni.. ingat orang Malaysia je terpengaruh... rupanya sampai ke Rusia...
    Makchaq kecik2 tengok hindustan.. la ni tv pun x de...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Makchaq terjumpa American pun pi lah cuba tanya. Silap haribulan peminat filem Hindustan juga. Hahaha!

      La ni saya tak tengok filem Hindustan ni, Makchaq. Tak tahan saya tengok mereka menyanyi lama sangat. Semua eventlah nak nyanyi!

      Delete
  15. haha...saya suka lagu ni.saya kan hantu hindustan..uish, tengok tajuk tadi ingat HD and the sons joget hindustan..saya nak viralkan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Sal tau eh lagu ni? Pernah tengok tak filem lakonan Mithun ni? Akak tak tahu pun Sal pasal lagu ni sampailah HD dok kejap-kejap nyanyi Jimmy, Jimmy, Aaja, Aaja (itu pun aje yang HD tau!)

      Amboi, ngerinya statement! Takut arghh kena viral!

      Delete
  16. suka tgk citer hindustan yg dulu2..
    kitorang kat rumah klu time lagu dia jer sambil tgk dorang menari kitorang pun ikut sekali step dorg tu walaupun kelaut..hahaha
    skrg dah kureng dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang dari dulu tak minat Hindustan ni, Lyn tapi sebab akak-akak yang lain semuanya minat, terpaksalah kita beralah. Macamana nak conquer TV kalau dah semua yang lain pun sama naik dok menghadap filem Hindustan ni!

      Delete
  17. ai tengok tajuk jugaklah.. kalau jalan citenye best, ai layan sampai habis.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Saya memang tak berapa minat Hindustan ni. Penatlah tunggu mereka habis menyanyi!

      Delete
  18. hindustan dulu2 memang feveret aida.
    yg skang ni byk tak best la. da le seksi mak aii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang bukan main seksikan. Tertelan-telan air liur tengok keseksian heroinnya ^_^

      Saya tak berapa minat Hindustan ni sejak dulu lagi. Sekarang lagilah tak minat tapi entah macamana boleh pulak tekun tengok filem Bajrangi Bajran tu!

      Delete
  19. saya tahu dan ingat lagu jimmyq2 tu..ye..saya hantu hindustan..anak2 pun tahu kalau ibu layan hindustan jangan kacau..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tau juga ya! Kira hebatlah. Saya sendiri bila HD tanya tak tahulah. Rasa macam pernah dengar tapi tak tahu betul ke tidak pernah dengar. Hahaha!

      Err... peminat Mithun ke ni? ^_^

      Delete
  20. rasanya masyarakat mereka ada juga tarian gelek ala arab yang ada tempias hindustan tu terutama negara yg dah dimerdekakan / jiran rusia ... saya dulu rajin gak tgk citer hindustan masa cuma ada tv1 , tv2 dan tv3 je tapi haram tak kenal nama mithun tu ... heh heh heh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Teringat zaman menonton TV1 dan TV2 dulu. Lepas tu datang pulak saluran TV3. Memang gempak masa tukan, Vee. Rasa macam banyak pilihan aje. La ni, tak hairan dah nak tengok TV1, TV2 mahu pun TV3 ^_^

      Saya tak minat Hindustan dari dulu tapi sebab adik beradik lain minat gila, saya kenalah mengalah duduk sama menonton seisi keluarga katanya...

      Delete
  21. Hebat betoi penangan hindustan ni keliling dunia kenal depa!!! Cuba bayang kalau akak dgn HD akak menari cenggitu :p larikkkkkkkkkkk hewhewhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan.. Masa mula-mula HD beritahu mereka pun tengok Hindustan terasa pelik pulak.

      Hahaha...akak dan HD dah tak boleh jadi pelakon utama filem Hindustan. Kita orang sekarang jadi pelakon thriller jerk ^_^

      Delete
  22. saya ni kalau filem hindustan hak yang lama, layan juga
    tapi kenapa tidak pernah ku dengar lagu ini ya..emm
    mungkin terlalu lama sampai tidak ku ingat...haha
    kalau hindustan yang versi moden, serius tak minat
    tak boleh hadam jalan cite...

    wah HD layan hindustan ye. kalau suami saya siap dia tukar channel
    dasar pedengki katanya...haha
    tapi kadang dia layan juga. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya bukan peminat tegarlah ni... Entahlah jangan tanya saya lagu ni dari filem si Mithun yang mana. Saya memang tak suka Mithun ni, macam pelakon filem Tamil. Tapi memang pun ^_^

      HD tak ngaku layan Hindustan. Cuma kata ajelah kat sana pun ada demam Bollywood ni. Sekarang turn demam K-pop pulak. Sama aje macam kita kat Malaysia ni!

      Delete

Post a Comment