JJCM : Jom Western and Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka

Salam 1 Jamadil Akhir kawan-kawan!

Hari ini marilah kita bercerita tentang makan-makan dan jalan-jalan cari makan aje ~_^

Entah kenapa lately, sibuk pulak di office. Celah dan aje mana dapat I blogwalking. Memang not my typelah mencelah sana-sini. I ni kalau blogwalking biasanya rajin ^_^ Lagi satu, sebab sibuk jugalah entri pun celah belum aje wujudnya. Kalau ikutkan hati, memang malas nak menaip entri baru tapi biasalahkan, dah terbiasa menaip panjang berjela tetiba nak berhenti, rasa macam ralat paralaks pulak @_@

Jom kita tengok restoran ni ~ Jom Western nama diberi!

Restoran ni adik beradik kepada Jom Bali rasanya. Maklumlah sama aje lebih kurang nama diberi. Kami biasa dah ke sini. Kalau tak tahu mana nak tuju atau tak sempat menggoogle tempat baru ketika berada di luar, memanglah kami terjah ke sini. 

Berbanding dengan abang sulungnya Jom Bali, menu yang dihidangkan pun tak banyak perbezaan. Ada di sana, ada juga di sini tapi mungkinlah ada di sini, tiada di sana... Ada faham saudara-saudari yang budiman? Hehehe ...

So tak payahlah nak tempek gambar banyak sangat sebab ini bukan kali pertama ke sini. Masa ni musim I meroyan nak makan spaghetti olio makanya, ke mana aje western restaurant yang I terjah, dah tentu-tentu I dok ulang order spaghetti olio ni ^_^ Well, you know my eating habit by now, right....

Seafood mewah betullah. I memang suka! But then, pedas memijar sampai tak cukup teguk air! Olive pun banyak sangat diletaknya!

Kalau tak silap, dalam jangkamasa yang dekat, tiga restoran I terjah dan asyik repeat order makan spaghetti ni. Yang takda gambar of courselah di Secret Recipe. Sebabnya, dah pasti you all tahu dari entri ini ^_^ 

Abang dan Daddynya macam biasa memilih nasi goreng tiga rasa dengan ayam sahaja. Disuruh order lain tak mahu, makanya malaslah I nak ambil gambar banyak kali menu yang sama aje.

Yang ini kepunyaan Adik Cute ...


Pun dia tak habis makan dan terpaksa kami tapau (and at the end of the day, MommyDaddy juga yang tukang perabih makanan ~_^) 

Tengoklah my superheroes bila dapat keluar rumah. Baik pergi makan di luar mahu pun sekadar berjalan-jalan ambil angin berdebu, mereka gembira sahaja...

Ceria aje muka tunggu makanan sampai. Si kecil ni tertekan loceng masa sibuk bergurau-senda dengan abangnya. Kalau ke mana-mana dan you all terdengar suara 'besar' budak bercakap sambil gelak ketawa, tolehlah! Kemungkinan besar itu adalah my anak bujang, si  Adik Cute!

Gambar lepas kena marah. Yang besar muka dah masam, yang kecil pulak dah ketakutan bila waitress nak datang ke meja kami dek kerana dia tertekan loceng!

Kami ke sini pada hari bekerja. Kebetulan I ambil cuti. Lepas ambil Adik Cute dari tadika dan Bubbly Abang dari sekolahnya, kami teruslah ke sini kononnya nak makan tengahari! Sempatlah juga 'sambil menyelam, minum air' ^_^!

Ingat tak dalam entri ni bila I kata nak pergi ke satu restoran ni. Tiga kali kami terjah dan gagal! Kali pertama sebab takda parking langsung. Kali kedua bila kami pusing balik after a few hours, still takda parking dan hujan pulak lebat. Kali ketiga ke sini, tetiba tutup pula hari Isnin!

Maka, dengan gigih kita cuba lagi hari Ahad lepas ni. Maklumlah reviews yang diberi semuanya memberangsangkan. Semua kata sedap. Ada jugalah yang negatif dan I dah take note siap-siap!

Inilah restorannya ya ...

Sumber dari sini 
Seperti tertera dalam tajuk di atas ~ Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka yang terletak di AU2 ~_^ 

Balik dari  MidValley, teruslah nak menuju ke restoran ni. Macam biasalah, berbalah lagi tentang apa nak dimakan. Anak-anak nak makan McD, McD, McD. In fact sejak hari Sabtu lagi mereka nak McD tapi malas betul nak layan. Tak bosan-bosan sungguh dengan McD ni. Dek kerana tak sampai hati nak menghampakan permintaan, I pun ajaklah HD pergi  tapau aje McD di Ampang Park dah terlanjur lalu di situ.

Di Fiske Steakhouse ni ada menu western dan juga asam pedas Melaka Rancangan asal memang nak merasa western food dulu (olio lah tu... ~_^) dan kalau sedap, next time kita datang untuk makan asam pedas Melaka pulak!

Bersungguh ni nak mencuba tau. So redah ajelah sekali lagi. Kalau kali ni tak dapat juga tempat, maka kita haruslah melupakan terus restoran ini *nada sedih bangat ni*

Alhamdulillah! Rezeki kami kali ini. Banyak juga parking yang ada. So, apalagi, cepat-cepatlah park kereta sebelum terlambat! 

Sebaik aje kami letak kereta, hujan pun mulalah rintik-rintik turunnya. So, kita sediakan payung sebelum hujan lebat ~_^ Dek kerana area berair-cond penuh, maka kita duduk di luar aje. Tengok hujan pun macam nak tak nak aje turun. So, kami berharap sangat hujan tak akan turun lebat. Kalau tidak, tentulah makan dalam basah kuyup kena tempias hujan!



Alhamdulillah sekali lagi, hujan tetiba berhenti ^_^ 

Nasib memang baik betul kali ni. Mesti semua pun langkah kaki kanan semasa keluar dari rumah tadi ~_^

Time to order ...

Anak-anak dah kenyang makan McD dalam kereta so mereka tak mahu makan lagi. Si Bubbly Abang minta Strawberry Latte dan nak berkongsi dengan adiknya...




Very rare kes berkongsi macam ni. Tapi takpalah, ada bagusnya juga. Belajarlah berkongsi abang-adik! Sepanjang keluar rumah hari tu, entah berapa banyak mereka dah minum air, baik yang berperisa mahu pun air kosong. Botol-botol air plain water yang I bawa pun licin habis airnya dikerjakan. 

I dan HD order Iced Lemon Tea aje macam selalu... Maklumlah kali ni tak kena share dengan Adik Cute, so takdalah order Iced Milo ~_^ 

Bila bab makanan ni, puas jugalah kita belek. I pesan kat HD katanya review tentang steaknya tak berapa memberangsangkan. So, kalau tak nak kecewa, tak usahlah order! Selain western food, ada juga set asam pedas pelbagai. Ada nasi Arab juga. But then kami datang demi western food, makanya tidaklah kami order makanan lain!

Kita ambil keputusan untuk order ini,

Spaghetti Creamy Mushroom untuk Hubbydearie


dan ini, 

My spaghetti olio

Seriously I tell you, lepas makan kami berpandangan sambil tersenyum simpul suami isteri! Lidah kelu tak terkata dok pandang antara satu sama lain. Ala-ala masa first dating aje gamaknya!

Total cost makan berdua ialah RM44.80 tapi memanglah I rasa ralat sangat sampaikan bila dah masuk kereta I pun terus beritahu pada HD,

Dear, next time kalau banyak kali kita terjah sesuatu restoran tu tapi tak berjaya, means that petanda yang kita tak perlulah cuba lagi and lagi!

HD angguk aje ...    

I rasa failedlah taste kedua-dua makanan yang kami order tu! Walaupun tengok orang berasak penuh memenuhi ruang tempat makan, I tak pasti apa yang sedap sangat. Nampak gaya, review yang I baca tu semua macam tak betul aje. 

You all tengok gambar pun dah boleh agak mungkin apa rasanya kalau dinikmati! My spaghetti olio tawar betul, harapkan udang aje itu pun udang kecil bukan besar mana pun. I pun cubalah merasa spaghetti creamy mushroom yang HD order, oh my... tawar juga. Tengoklah spaghettinya tu, memang hilang terus rasa nak makan! Harapkan sos aje curah sepenuh jiwa raga tapi bab rasa memanglah tak terkata apa dah!

So, kami ambil keputusan tak jadilah nak datang again untuk merasa asam pedas Melaka pulak. Cukuplah sekali aje pengalaman makan di sini. Tak sesuailah dengan tekak kami ni! 

Perasaan kecewanya bila JJCM gagal?

Oh, tak tahu nak explain macamana!   

      






  

     

  

 


Comments

  1. lea kalau pedas mau hidung dan mata berair. tapi tetap juga nak makan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pedas-pedas pun, tetap kita nak makankan ^_^ Tak berapa sedaplah kalau makanan tak pedas @_@

      Delete
  2. Bila anak-anak masih mahu 'keluar' bersama, layankanlah sahaja...

    Bila dah jadi macam kakcik suami isteri sekarang, kebanyakan masa ke mana-mana kembali berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan, Kakcik. Sekarang ni mereka bergantung sepenuhnya pada makpak. Nanti-nanti bila dah pandai bergantung hidup pada 'kawan-kawan', takdalah lagi memori keluar 4 beranak macam ni.

      Oh, tetiba syahdu!

      Delete
  3. oic aida ingat kan di melaka tadi :)
    spegeti olio tu memang pedas ekk?
    aida baru try skali je. aduhai! pedas cilipadi nyer terangkat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama aje Asam Pedas Melaka tapi letaknya di Kuala Lumpur ^_^ Acah-acah aje nak bagi glamour sikit ^_^

      Olio kat Jom Western memang pedas betul tapi lagi terbakar lidah, lagi sedap pulak makan ^_^

      Delete
  4. Lps ni rindu asam pedas melaka boleh la terjah AU2 je. Dkt pon dekat kan MD.. Yeke MD, kira spagheti depa ni indah rupa (sbb creamy mushroom n udang bertaburan) dari rasa la ni.. mmg kuciwa la bila rasa yg di harap kan tak kena dgn selera. Nanti MD try asam pedas dia pulak okeh.. If tiptop roger! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangguplah Aina akak nak pergi lagi makan kat Fiske Steakhouse ni. Takut merana sekali lagi. Makan tak kenyang, hati terasa bagai tertusuk sembilu. Hahaha!

      Lain tempatlah lepas ni akak review ya ^_^

      Delete
  5. nama pon blogger MD.. biler orang review bab makan or tempat riadah yang cantik secara automatik rasa nak mencuba juga kan?
    then ape jadi lepas tu nasib lah..dapat yang sedap untung..dapat yang tak sesuai ngan anak tekak kiter memang takat tu jer lah..kecewa opkos ler..hehehee..taste memasing tak sama..
    kitorang pon banyak kalo gak terkena..yang tak sedap memang tak up entri or komen jujur cam MD takkan repeat lagi..so paham la yer..

    spageti last 2plate gambar bawah nampak suram jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah orang yang review jugakan, Zee. Yalah tekak masing-masing. Kita kata sedap, orang kata tak sedap. Kita kata tak sedap, orang bermati-matian kata sedap betul. Kita ni ikut aje kata majoriti, itu yang gatal nak mencuba juga. Nasiblahkan... Hahaha!

      Memang tak rasa apa pun. Kalau nak juga cuba, silalah jangan order spaghetti ni. Tak pun hari tu kebetulan chef yang biasa takda, maka nasib saya malang sikit kot ^_^

      Delete
  6. mmg review selalu je kata sedap tapi bila kita pegi kita pulak rasa upset...huhu..
    tapi tu lah, tekak lain org lain kan...tak boleh nak salahkan org yg review tu, mungkin pada dia sedap...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, tak bolehlah nak salahkan orang yang review. Tekak masing-masing memang tak sama citarasanya. Tapi itulah, memang sedih betullah kalau dah keluar duit tetiba tak kenyang makan sebab rasa tak menepati citarasa. Kalau kena bayar RM10 pun masih rasa tak berbaloi! Hahaha!

      Delete
  7. waaahhhh JJCM bersama MD...
    spag aglio olio tu paberet hubby i...
    tapiiii slalu i ngendeng sama hehehehe...

    dah big your heros sis...
    hahahaha ciannnn muka mcm kena sound ek...
    sapphire pun kekadang terrrr tekan gak butang tu...
    sib baik takat ni prasan...cepat2 tekan cancel hehehehe..

    hurrmmm slalu gak ler lalu kat restaurant fiske tu...
    tapiiiiii memang cam tak teragak nak stopby & test...
    ni kalo review cenggini mmg ok ler i tak terstop & test kannnn
    xde rasa ralat hehehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap spaghetti olio ni.... ^_^

      My superheroes dah 10 years old and 5 years old, sis! Masa berlalu terlalu pantas. Tau-tau aje anak dah besar ^_^

      Eh, janganlah terpengaruh dengan review negative I ni. Tekak berbeza. Maybe ada makanan lain yang sedap, itu yang orang penuh sentiasa. Kena kat I, chef yang biasa tu takda! Makanya kurang sikitlah kesedapannya ^_^

      Delete
  8. Ngantuklah pulak, esok sambunglah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kan, rasa nak babat aje tau! Dah ngantuk tu tidur ajelah. Siapa suruh buka blog oghang!

      Cemolot kang! Baru tau gigil ^_^

      Delete
  9. Fuhhh...ingatkan kodai makan kek melaka rupenye nun jauh di sana...gitu la dik cam dah dpt petanda kan tapi tak paham2 gak..last2 termenung jelah dua orang laki bini...kikiki...takpe dik sekurang2 nye dah rase camne lepas2 ni takde la rase ralat sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksyen aje lebih. Nama aje copycat. Lokasinya tetap di KL. Nak JJCM sampai ke Melaka lepas tu balik KL terasa macam jauh pulak. Kalau dah turun ke selatan tu, apa kata balik kampung terus! Hahaha!

      Itulah, teringat pulak kali pertama makan bersama menghadap each other. Lidah kelu tak terkata. Masa tu senyuman manis aje nampak. La ni, senyuman dah sumbing. Hahaha!

      Delete
  10. Kenapa spageti nya tu putus2 MD..
    Macam dah lama yek..
    Adalah hikmahnya jika pusing2 cari parking tak ada nanti..
    Mungkin makanan nya tak kena dgn tekak MD tu..

    Terliur pulak tengok air sirap bandung abang sado tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang bila tengok makanan sampai, terus hilang mood nak mencuba! Gitu ke gaya spaghetti kat restoran makanan barat?

      CH... itu Strawberry Latte lah bukannya sirap bandung ^_^

      Delete
  11. Cuti ke beb? Mcm senyap jer sehari dua ni. Bizi ek....

    Taulah mmg olio tu faveret dia, dibantainya hari hari...tak jemu ke? Tak perlah selagi ada selera, silakanlah.....

    Tak sedap ek kat kedai tu. Tak perlah sekurang kurangnya Kak Ton dah cuba. Selagi tak cuba kang takut mengigau pulak hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kan kalau kita takda, merindu aje kerjanya ^_^ Cubalah simpan sikit kerinduan tu, jangan sampai orang nampak. Hahaha!

      Ahah...kalau dah minat, bantai hari-hari pun takpa. Ni pasallah naik darah!

      Pada saya tak bestlah Mak tapi tak tahulah kenapa setiap kali lalu memanjang aje penuh. Asam pedas Melakanya kebaboom kot... Nak try lagi tidaklah!

      Delete
  12. MD ooo MD... senyap je. Rindu ni rindu nak baca entry yg kadang kadang blh gelak mcm kena geletek. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah kembali ke udaralah, Aina. Rindu ya... Nanti hari-hari kena datang bila akak update entri tau ^_^

      Delete
  13. Seronok food hunting ni. OZ pun kadang2 buat gila g food hunting dgn boy satu hari sampai dua tiga kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau at the end dapat makan yang sedap-sedap. Tapi bila terjadi sesuatu macam ni, mulalah menyesal tak sudah. Hahaha!

      Delete
  14. LM memambg perasan makanan kegemaran MD tu. ngeeee


    Ceria je muka ank berdua tu. ank2 LM yg ramai tu sementara menanti makanan smpi asik la bergelak ketawa. Selalu je kena marah sbb ummi suruh diam. Ehehe

    Gelak baca tertekan loceng pastu ketakutan. Ank2 daku selalu sgt tekan loceng tu. dia usik segala benda atas meja. Sibuk dia menyusun padahal dah siap susun pun. Pastu tertekan loceng😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau dah hari-hari cerita JJCMnya sama, manalah tak perasankan, LM!

      Anak-anak saya yang dua tu pun sama aje, LM. Mereka berdua kalau bergurau, mengalahkan macam 10 adik beradik bergurau! Sorang suka menyakat dan yang sorang lagi suka menjerit!

      Delete
  15. hahaha sabaq je la..nk buat macam mana kan..atleast dah cuba n tahu cmna rasa makananannya..so next time bak kata en suami tak payah ajak aku pi sini lg.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takdalah nak pergi lagi, PK kalau dah macam ni gayanya. Kalau hantar orang mengandung yang berselera pun, terus hilang selera tau ^_^

      Delete
  16. erkkkk memang kena alert la petanda tu lepas ni. tambah kalau dating jauh2 semata nak rasa konon sedap tu kannnn nguuuu. tapi yang olio akak atas sekali tu memang terasa pedasnya. Nampak banyak lada hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Itu akak punya conclusionlah. Kalau dah susah sangat nak sampai, cuba banyak kali tak berjaya adalah sebab-musabab kita tak patut cuba di situ ^_^

      Yang atas tu datang dari restoran lain. Yang itu memang sedap cuma pedas memijar kalau makan!

      Delete
  17. La kesiannya.... sampai 3 kali mencuba baru dapat rasa... dah dapat x sedap pulak.... lagila sedih dan kecewa...Nasib baik BA & AC dah kenyang.. kalau diaorang pun order jugak.. & tak sedap... lagi la.... rugi..

    Makchaq sekali saja rasanya JJCM.. tu pun entah apa mimpi pakchaq.. lepas keluar breakfast tiba2 dia drive arah selatan... rupanya nak pi makan asam pedas kat Muar.. siap sesat2 lagi sampai kena call kawan datang tunjuk jalan....

    Tu la the first & the last JJCM makchaq.. kejadian 6 ke 7 tahun lepas rasanya..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal nak dijadikan cerita, Makchaq! Penat aje ushar dua, tiga kali rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Tapi entahlah, setiap kali lalu tetap ramai pelanggan sampai takda tempat parking. Kemungkinan juga kami salah buat pilihan. Ada makanan yang lebih sedap daripada itu. Tapi nak suruh pergi lagi rasa macam tidaklah pulak!

      Delete
  18. kak ooo kak...lame ko senyap ni kak...

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    mabuk2 pembawakan ke kak....krik...krik...krik...krik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wah...baru tau ni
      dahsyat ko bab bawa gosip lieya...haha

      Delete
    2. Amboi! Amboi! Bukan main lagi penggosip dan penyampai gosip! Sepakat nampaknya!

      Malangnya gossipan anda adalah tersasar jauh. Hahaha!

      Delete
  19. awak kat mana?awak..awak kat mana??
    esok tak update saya nak merajuk la...

    ekekek..macam heran sangat nak merajuk ke apa..kan??/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mabuk pembawakan kata lieya...hehe
      betul ke idak tak tahulah
      sampaikan gosip aje...hehe

      Delete
    2. Oh, besan ni! Kalau dia ada masa free berlebihan, memang rajin betul menyampaikan gosip. Hahaha!

      Kita masih di sinilah, awak ^_^ Kita tersibuk dan tertak sihat aje, sebab BP ternaik tanpa sengaja. Hehehe!

      Delete
  20. adeh....lapar la tgk pic tu. semua nmpk sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bawah tu tak sedaplah, kak ^_^ Atas tu memanglah sedap cuma pedas memijar aje. Sekarang saya insaf sekejap makan olio yang dipenuhi seafood. Dara eh, darah naik mencanak. Kenalah kawal pemakanan ^_^

      Delete
  21. wow 44 hingit yer. hurmmm.. mcm makan di restoran high class harga dia..
    saya memangla jarang sangat dah pegi kedai2 makan cmni bagus makan dekat warung lagi sedap.. serius.. kadang2 perusaha bukak kedai tapi kualiti tak jaga rasa kejap sama kejap tak. tapi harga mahal teett memang boikot terus kedai tu..

    bagus makan di ar rawsha makan nasi arab lagi sedap and puas hati, tak pun akak try chilis pun boleh tahan juga.. ada satu kedai makan dalam klcc tingkat atas tu masakan dari penang kalau tak silap lupa lak nama dia, pun sedap juga kedai dekat dpn branch faber castel tu.. tapi kena awal la, law dtg peek hour beratur la dkt luar tunggu nak masuk makan mmg full house.. hehe.. try abc durian mmg superb..

    Assalam kak,
    saya ada dah menjawab persoalan akak dulu dalam komen di artikle saya adakah seo sudah mati,
    yang akak tanya bagaimana nak tingkatkan trafik blog yer.
    Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog> article.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard harga untuk menu western tapi itulah kalau bayar lebih dan rasa sedap, takpalah juga. Kalau tak sedap, bayar murah pun nak juga komplen! Adat manusia memang macam tukan ^_^

      Saya suka AlRawsha tu tapi dah lama pulak tak pekena nasi Arab. Mood nasi arab belum datang menyeru lagi nampaknya ni.

      Cawangan Faber Castle kat mana tu? Kalau orang ramai, mesti sedap tu. Saya pun kalau nak makan kat gerai, tengok gerai mana yang penuh orang. Yang itulah kita tuju.

      Oh, terima kasih ya! Nanti akak pergi tengok jawapannya!

      Delete
  22. saya paham perasaan sis tu, baca review mcm nak rak sedapnya, sekali rasa hammmpeeeh, eeee sakit hati. maybe tukang masak berubah kot (positive thinking)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang macam tulah. Lagi-lagi kalau yang dapat makan percuma dan kena review. Takda istilah tak sedapnya bila mengreviewkan.

      Tapi kita pun kenalah faham, tekak masing-masing berbeza. Mungkin sedap pada orang ni, tak sedap pada orang tu. So, kenalah juga pandai membuat pilihan nak ikut ke tidak :)

      Hahaha! Betul tu. Tukang masak MC sebenarnya hari tu. Itu yang hidangan kami tak sedap!

      Delete
  23. as-salam kak...
    lamanya x kesini..tqsm ats komen2 kata2 semangat dr akak MD.lya amat2 hargainya..

    samalah jgk dgn lya..kdg2 j update blog..kdg2 nk bw pom x smpat.. update pon y dh scheduled awal2.. tp tabik dgn kak MD sbb selallu ada idea tlis pnjang2.. lya mmg x reti, tkut byk typo..hehe

    btw..mknanan tu nmpk sedap2 sgt..
    dh besar n mkin cute hero2 MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Samalah tu, Lya. Akak pun celah belum aje dapat blogwalking. Niat dihati kalau boleh nak cover semua blog kawan-kawan tapi apakan daya! Masa tak mengizinkan pulak sekarang ni!

      Eh, tapi akak selalu juga baca entri panjang dari Lya ^_^ Kira okeylah tu.

      Lately akak tak sempat nak update entry bergambar. So hadam ajelah ya entri akak yang panjang tanpa gambar ni *_*

      Delete
  24. bab western food ni saya memang fail tau
    tu spaghetti olio tu belum penahnya hayat dok cuba
    selalu dengar orang cite aje
    tapi kenapa dua kedai tu lain rupa dia ye?

    tapi hak first paling menarik
    lagi pedas lagi bagus, barulah truly malaysian katanya...haha

    yeke tak sedap? ke mabuk pembawakan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena gaya, sedap olio tu, YY. Tapi itulah bergantung juga pada anak tekak masing-masing, boleh terima ke tidak. Macam saya ni, banyak makanan yang saya tak cuba lagi sebab tak berapa suka. Bab tu kalau orang review banyak kali pun saya buat tak kisah aje.

      Yang gambar pertama tu port yang kami selalu pergi. Yang itu sedaplah tapi olionya dah ala-ala taste Melayu, pedas betul.

      Yang gambar di bawah tu pulak memang restoran nak kena ban dengan saya satu keluarga. Takdalah kot nak mencuba lagi walaupun review bukan main bagus, ramai pelanggan pun ya juga. Saya aje yang tersisih rasa di restoran ni ^_^

      Ni lagi seorang nak kena hemps ni tau ...

      Delete
  25. Kata nak bangun pengsan bulan April??? Mana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu kita bangun, Mak tak datang dah kenapa? Kita nak bertapa balik. Mak pujuk rayulah kalau boleh ~_^

      Delete
  26. klu kureng mmg takkan terjah lagi.. klu mahal tapi sedap In Sha Allah akan repeat lagi.. rasa nya rata2 kita2 ni mmg mcm tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun setiap kali lalu depan restoran tengok bukan main ramai pelanggan, takdalah rasanya akak nak mencuba lagi, Lyn!

      Cukuplah sekali!

      Eh, dah macam orang patah hati pulak ^_^

      Delete

Post a Comment